67
Peningkatan Penguasaan Tatabahasa Melalui Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Kalangan Pelajar Kolej
Komuniti Ledang Bagi Kursus MPU 1212: Bahasa Kebangsaan
Saritha Chellamuthu1, Wan Muna Ruzanna Bt Wan Mohammad2
1Sekolah Kebangsaan Convent Muar, Malaysia
2 Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia [email protected] , [email protected]
ABSTRAK
Pengenalan - Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan PBP dapat meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa bagi kursus MPU 1212 Bahasa Kebangsaan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Ledang.
Tujuan- Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) dapat meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa bagi kursus MPU 1212 Bahasa Kebangsaan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Ledang.
Methodologi - Kajian ini pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) ini dilaksanakan kepada 6 orang pelajar yang mengambil kursus MPU 1212: Bahasa Kebangsaan di Koleh Komuniti Ledang, Johor. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang tidak kredit Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Instrumen ujian pra, ujian pasca, dan intervensi PBP digunakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran (PdPc) serta pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Dapatan - Hasil dapatan terbukti bahawa terdapat kesan yang signifikan terhadap tahap penguasaan tatabahasa pelajar dengan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) semasa PdP berlangsung. Dengan penguasaan tatabahasa dan penggunaan bahasa yang betul dan tepat, didapati pelajar juga telah menunjukkan perubahan dalam komunikasi, kerja berkumpulan, serta tidak lagi segan untuk membentangkan hasil kerja di hadapan pelajar yang lain.
Kepentingan - Implikasi kajian mendapati PBP merupakan satu cara yang terbaik untuk mencapai matlamat, iaitu dapat meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa dalam kursus Bahasa Kebangsaan
Kata Kunci : Pembelajaran Berasaskan Projek, Tatabahasa, MPU 1212 Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu, Kolej Komuniti Ledang
68 Pengenalan
Perlembagaan Malaysia Perkara 152(1) telah memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan negara Malaysia (Siti Nor Azhani Mohd Tohar, 2013). Peranan Bahasa Kebangsaan adalah sebagai mewujudkan jati diri, identiti dan nilai warganegara, bahasa perpaduan rakyat, bahasa pengantar ilmu dan satu mekanisme kemajuan yang seimbang dan menyeluruh. Akta Pendidikan 1996 telah termaktub Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama di dalam sistem pendidikan.
Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar di sekolah- sekolah negara ini kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi yang dikecualikan. Kursus Bahasa Kebangsaan (BK) MPU 1212 ini adalah matapelajaran wajib bersyarat. Kursus ini wajib diambil dan wajib dilulus oleh pelajar Malaysia yang tidak memperoleh sekurang-kurangnya kredit dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
Kursus ini disediakan untuk mempertingkatkan kecekapan bahasa, berkomunikasi dengan berkesan serta tulisan dalan konteks rasmi secara kreatif.
Pengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Melalui pengalaman dan latihan ini dapat mengubah tingkah laku manusia yang agak kekal dan stabil (Mok 2010). Menurut Nizam (2016) pada kurun ke-21 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan kaedah pembelajaran abad ke-21(PAK-21) telah berteras dengan zaman industri revolusi 4.0.
Empat elemen yang penting dalam pembelajaran ini adalah komunikasi, kolabratif, pemikiran secara kritis dan kreatif. Sebagai seorang pelajar perlu berkomunikasi dengan berkesan dan berani menjanakan idea pada masa hadapan. Seterusnya elemen yang penting adalah berkolabrasi dengan orang lain supaya meningkatkan metakogntif. Kaedah pembelajaran ini menekankan bahawa seorang pelajar harus berfikir secara kritis yang berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pelajar juga menjana idea yang rasional serta dapat mengkritik sesuatu secara positif. Akhirnya elemen yang penting adalah kreativiti. Zaman industri revolusi perindustrian 4.0 sangat kompetitif antara satu sama lain di kalangan pelajar perlu menghasilkan satu idea yang baru dan bernas.
Menurut takrifan KPM (2006) Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah satu model aktiviti yang dilaksanakan di luar kelas daripada di dalam bilik darjah. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) ialah proses pembelajaran yang berlaku melalui tugasan dengan matlamat akhirnya murid menghasilkan sesuatu projek (Nitce Isa Medina Machmudi Isa 2013). PBP adalah satu kaedah pengajaran dan pemebelajaran boleh menarik perhatian dan bersesuaian untuk genarasi yang cilik dalam ICT (Robin Sidin, 2003). Pengkaji memilih kaedah PBP menerapkan dalam aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini menarik perhatian pelajar. Melalui aktiviti yang membuat projek atau aktiviti kumpulan dapat menarik perhatian supaya dapat meningkatkan pemahaman pelajaran dan mencapai objektif. Selain itu, kaedah PBP ini menggalakan pelajar untuk menjana idea yang rasional dan bernas. Kelebihan PBP dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menerima dan menghormati perbezaan individu.
Mengikut kajian ini, pelajar menghadapi masalah dalam Bahasa Melayu iaitu penggunaan tatabahasa dan struktur ayat yang betul. Masalah ini yang menjadi fokus kajian ini. Oleh itu, merancang tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kajian ini
69
telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan PBP dapat meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa bagi kursus MPU 1212 Bahasa Kebangsaan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Ledang.
Sorotan Kajian
Kajian yang pernah dihasilkan oleh Abdul Rashid Daing Melebek (2015) menyatakan bahawa purata pencapaian pelajar dalam ujian tatabahasa Bahasa Melayu sekadar B dan B+ sahaja. Beliau juga menyatakan bahawa pihak yang masih teragak-agak dan keliru untuk menggunakan perkataan yang sesuai dan betul dalam pertuturan dan penulisan menggunakan bahasa Melayu. Kajian yang telah dijalankan oleh Nor Hashimah Jalaluddin dan Julaina Nopiah (2011) terhadap penguasaan tatabahasa remaja malaysia: analisis pragmatic. Beliau juga menyatakan bahawa remaja Malaysia masih lagi lemah dalam menguasai soalan yang memerlukan pragmatik. Ini membuktikan remaja Malaysia masih lagi kurang menguasai dalam penggunaan tatabahasa.Menurut kajian ini bahawa pencapaian pelajar ini adalah tahap sederhana iaitu masih lagi pelajar tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik di kalangan pelajar yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. (Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar, Nor Hashimah Jalaluddin.2012).
Dapatan kajian Nor Khayati Basir (2017) PBP adalah satu inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memberi keberkesanan dalam peningkatan pencapaian pelajar serta memberi impak positif dalam sikap pelajar terhdap pendekatan PBP. PBP ini adalah satu keperluan pembelajaran abad ke-21. Dalam proses pembelajaran, penggunaan pelbagai kaedah dapat merangsang pelajar dalam pembelajaran. Pendekatan PBP adalah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan pelajar dalam proses pembelajaran (Mohd Azli Yeo). Menurut Roslina (2017) PBP ini menunjukkan kesan positif terhadap sikap dan tingkah laku murid tahun 5 terhadap tajuk tenaga berbanding dengan menggunakan kaedah pengajaran tradisional.
Zaman revolusi perindustrian 4.0 ini menjadikan dunia yang berkembang pesat dalam teknologi. Oleh itu, sistem pendidikan juga berteraskan dengan revolusi perindustrian 4.0.
Oleh sebab itu, gen Z juga amat celik dalam penggunaa teknologi terutamanya telefon pintar. Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013- 2025) juga telah menggariskan penggunaan teknologi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam 11 Anjakan yang telah ditetapkan. Menurut kajian Izyani binti Mistar (2016) menyatakan bahawa kegunaan alat pembelajaran kepada pelajar yang boleh cadangakan adalah penggunaan WhatsApp ini dapat menarik minat dan menyeronokkan pembelajaran. Seterusnya Rafiza (2013) berdasarkan kajian ini menyatakan bahawa pendekatan teknologi dapat meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar dalam Komsas bahasa Melayu.
Methodologi
Reka bentuk kajian tindakan adalah berbentuk kuantitatif bagi mengenalpasti keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) dapat meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa bagi kursus MPU 1212 Bahasa Kebangsaan dalam kalangan
70
pelajar Kolej Komuniti Ledang. Kajian tindakan ini selaras dengan Model kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988). Model ini amat sesuai untuk mengenal pasti masalah dan menyelesai masalah dengan lebih tersusun. Dalam model ini terdapat 4 langkah utama dalam kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Tempoh kajian tindakan ini dilaksanakan selama 2 bulan iaitu satu bulan bagi setiap kitaran. Berdasarkan model ini adalah mempunyai kitaran berterusan jika ada penambahbaikan dalam intervensi. Pensyarah melaksanakan pendekatan PBP dilaksanakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kitaran 1. Bagi kitaran 2 pensyarah menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) yang berteraskan teknologi.
Rajah1: Kitaran kajian Kemmis &Mc Taggart
Dalam prosedur kajian tindakan, pelaksanaan kajian berdasarkan empat langkah dan prosedur:
1. Sebelum merancang tindakan pengkaji mengenal pasti masalah – masalah yang dihadapi oleh pelajar dan amalan PdP. Mengikut kajian ini, pelajar menghadapi masalah Bahasa Melayu iaitu penggunaan tatabahasa dan struktur ayat yang betul.
Masalah ini yang menjadi fokus kajian ini. Oleh itu, pengkaji merancang tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar.
2. Pengkaji melaksanakan tindakan. Pengkaji melaksanakan langkah-langkah yang telah dipilih atau tindakan-tindakan yang telah ditetapkan untuk menyelesaikan isu atau masalah tersebut.
3. Tindakan yang dijalankan perlu mengumpul data ujian pra dan ujian pos dan menilai keberkesanan pendekatan tersebut. Pemerhatian juga dilakukan semasa aktiviti dijalankan.
71
4. Refleksi adalah penting untuk mengetahui keberkesanan tindakan intervensi. Melalui refleksi ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan tertentu supaya ini akan menjurus kepada satu lagi gelung baru yang perlu dirancang untuk tidakan seterusnya. (Shuki bin Osman, Hashimah & Zaida 2010)
Kajian ini pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) ini dilaksanakan kepada 6 orang pelajar yang mengambil kursus MPU 1212: Bahasa Kebangsaan di Koleh Komuniti Ledang, Johor. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang tidak kredit Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Instrumen ujian pra, ujian pasca, dan intervensi PBP digunakan sepanjang pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kesemua soalan ini disemak oleh 2 orang pensyarah di Kolej Komuniti Ledang dan disahkan oleh Ketua Program Pengajian Am Kolej Komuniti Ledang.
Dapatan Kajian
Ujian pra dilaksanakan untuk mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman tentang penguasaan tatabahasa dari aspek pengimbuhan, ejaan dan pembentukan ayat. Kajian tindakan ini menentukkan keberkesanan pendekatan PBP dalam meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu melalui prestasi pelajar secara keseluruhannya.
Rajah 2: Perbezaan Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca Pencapaian ujian pra dan ujian pos ini dapat mengukur tahap keberkesanan pendekatan PBP dalam meningkatkan tahap penguasaan dalam kursus Bahasa Kebangsaan. Rajah ini menunjukkan pencapaian (skor) responden di dalam format markah dan gred di dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ia menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian responden. Ia juga menggambarkan pencapaian individu dalam kedua-dua ujian. Markah
Responden 1
Responden 2
Responden 3
Responden 4
Responden 5
Responden 6
Ujian Pra 66 54 50 56 52 50
Ujian Pos 70 60 52 60 62 64
Peningkatan (%) 25 20 10.6 27.2 8.8 20.8
0 10 20 30 40 50 60 70 80
Markah
72
minima di dalam ujian Pra ialah 40 manakala markah minima bagi ujian Pasca ialah 48.
Nilai maksima bagi ujian pra ialah 66 manakala markah maksima bagi ujian Pasca ialah 70. Peningkatan yang minima adalah 8.8%. Peningkatan yang maksima adalah 27.2 iaitu responden 4. Data ini telah menunjukkan ada sedikit peningkatan antara ujian pra dan ujian pos.
Peningkatan dalam peratusan bagi responden 1 ialah 25%, responden 2 ialah 20%, responden 3 ialah 10.6%, responden 4 27.2% , responen 5 ialah 8.8 dan responden 6 ialah 20.8%. Analisis peningkatan peratusan tidak menunjukkan perubahan yang drastik.
Dapatan analisis data ini menunjukkan pendekatan PBP ini dapat membantu pelajar untuk menambahbaikan pencapaian mereka dalam penguasaan tatabahasa dari segi tatabahasa, membina ayat dan kesalahan ejaan dalam kursus Bahasa Kebangsaan. Secara statistiknya, ia telah membuktikan peningkatan markah di dalam ujian pasca berbanding dengan pencapaian dalam ujian pra. Intervensi pendekatan PBP di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat menarik perhatian pelajar.
Rajah 2 Analisis Perbandingan Ujian Pasca bagi Kitaran 1 dan 2
Pencapaian ujian Pasca ini dapat mengukur keberkesanan pendekatan PBP dalam meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa dalam kursus Bahasa Kebangsaan. Rajah ini menunjukkan terdapat peningkatan apabila penambahbaikan dalam pendekatan PBP yang berteraskan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah peningkatan ini bukan yang drastik. Peningkatan pencapaian dalan ujian Pasca bagi responden 1 ialah 3.6%, responden 2 ialah 10.4%, responden 3 ialah 2%, responden 4 ialah 11.7%, responden 5 ialah 25.8% dan responden 6 ialah 9.3%. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan pendekatan pembelajaran berasaskan projek telah membawa keberkesanan dalam tahap
84
48 52
60 62 64
87
53 53
67
78
70
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Responden 6 Ujian Pasca (K1) UjianPasca (K2)
73
penguasaan tatabahasa di kalangan pelajar. Penggunaan teknologi juga memainkan peranan untuk keberkesan pendekatan ini dalam penguasaan tatabahasa.
Perbincangan
Dapatan kajian telah membuktikan bahawa pendekatan PBP dalam kursus Bahasa Kebangsaan ini meningkatkan kerana pemahaman yang lebih mendalam tentang kemahiran membina ayat, penggunaan tatabahasa serta terbinanya tahap keyakinan diri yang tinggi. Kajian ini berguna kerana menjadi satu panduan yang berkesan bagi pensyarah- pensyarah yang bukan opsyen. Kaedah pembelajaran dengan PBP ini telah mendapat memenuhi keperluan pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini juga telah membuktikan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh meningkatkan prestasi pelajar. Selain daripada itu, pengajaran berpusatkan pelajar memberi kesan yang amat berefektif berbanding dengan pengajaran berpusatkan guru.
Penggunaan teknologi dapat menarik pelajar dan menjadi satu keperluan yang mesti ada dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti latih tubi dengan menggunakan kahoot. Penggunaan ICT dalam pembelajaran ini memupuk keminatan pelajar. Daripada pemerhatian semua responden menunjukkan keminatan dalam akvtiti seperti kuiz dalam kahoot ini kerana pelajar telah mendapat keputusan yang serta –merta. Ini membuktikan penggunaan ICT dalam kaedah pembelajaran ini memupuk keminatan pelajar. Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013- 2014) juga telah menggariskan penggunaan teknologi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam 11 Anjakan yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, salah satu alat komunikasi yang telah diwujudkan sepanjang kursus ini adalah “whatsapp group”. Alat ini adalah satu kemudahan untuk berinteraksi dengan semua pelajar. Dapatan pemerhatian semasa kelas, seorang responden sangat pasif dan tidak berani memberi idea. Tetapi responden itu yang sangat aktif apabila diwujudkan “whatspp group”. Menurut kajian Izyani binti Mistar (2016) menyatakan bahawa kegunaan alat pembelajaran kepada pelajar yang boleh cadangakan adalah penggunaan WhatsApp ini dapat menarik minat dan menyeronokkan pembelajaran.
Setelah mengikuti pelajaran ini selama 5 bulan dengan mempelbagaikan pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran responden dapat bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan menggunakan bahasa yang berkesan untuk berkomunikasi. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran seharusnya menekankan pendekatan PBP dalam pengajaran. Ini selaras dengan usaha memenuhi syarat kelulusan yang ditetapkn oleh Kolej Komuniti Ledang.
Namun demikiann, pensyarah juga digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan pelajar. Keberkesanan PdP adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar serta strategi mengajar seperti main peranan, pembentangan, lakonan, kuiz “kahoot” dan penggunaan teknologi dalam pengajaran yang dapat merangsang dan menggalakan murid-murid berkomunikasi,
74
berinteraksi dan berfikir. Menurut Bryan Coombs (2010) menyatakan bahawa mengajar secara efektif dengan pelbagai keadah ini dapat mengekalkan motivasi pelajar.
Menurut kajian Izyani binti Mistar (2016) menyatakan bahawa kegunaan alat pembelajaran kepada pelajar yang boleh cadangakan adalah penggunaan WhatsApp ini dapat menarik minat dan menyeronokkan pembelajaran. Seterusnya Rafiza (2013) berdasarkan kajian ini menyatakan bahawa pendekatan teknologi dapat meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar dalam Komsas bahasa Melayu Dalam proses pembelajaran, penggunaan pelbagai kaedah dapat merangsang pelajar dalam pembelajaran. Pendekatan PBP adalah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan pelajar dalam proses pembelajaran. (Mohd Azli Yeo). Menurut Roslina (2017) PBP ini menunjukkan kesan positif terhadap sikap dan tingkah laku murid tahun 5 terhadap tajuk tenaga berbanding dengan menggunakan kaedah pengajaran tradisional.
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) ialah proses pembelajaran yang berlaku melalui tugasan dengan matlamat akhirnya murid menghasilkan sesuatu projek (Nitce Isa Medina Machmudi Isa 2013). Melalui PBP diharapkan murid akan memahami matlamat pembelajaran mereka dengan cara merancang dan menghasilkan sesuatu produk. Proses pembelajaran melalui pendekatan PBP bermula dengan soalan- soalan berpandu, memahami konsep dan prinsip teras mata pelajaran. PBP berjalan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Pengintergasian ini membuka peluang kepada guru untuk lebih bijak menggunkan sumber pendidikan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Pendekatan PBP ini adalah satu pendekatan alternatif yang sesuai dengan pembelajaran abad ke-21. PBP adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh menarik perhatian dan bersesuaian untuk generasi yang cilik dalam teknologi (Robin Sidin, 2003).
Pengajaran dan pembelajaran adalah satu aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Melalui pengalaman dan latihan ini dapat mengubah tingkah laku manusia yang agak kekal dan stabil (Mok 2010). Menurut Roslina (2017) PBP ini menunjukkan kesan positif terhadap sikap dan tingkah laku murid tahun 5 terhadap tajuk tenaga berbanding dengan menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Kajian Kizkapan Oktay, Bektas Oktay (2017) adalah mengkaji sama ada terdapat kesan signifikan pembelajaran berasaskan projek pada pencapaian akademik pelajar kelas tujuh dalam struktur dan sifat materi. Dapatan kajian ini menyatakan tidak perbezaaan yang banyak dalam ujian prestasi pencapaian. Tetapi pra aktiviti berdasarkan pembelajaran berasaskan projek dilakukan yang sesuai dengan pelajar dan guru.
Kajian kemahiran mencipta rekabentuk produk berbanding dengan pembelajaran berasaskan projek dengan Pembelajaran Berasaskan Projek(PBP) yang berkerjasama. (Sya Syahril Syahril, Nizwardi Jalinus, Rahmat Azis Nabawi, Yaumal Arbi,2019). Dapatan kajian ini menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kelas dengan
75
pelaksanaan kedua-dua model tersebut. Kaedah PBP yang berteraskan kerjasama ini merangsang dalam membangunkan kemahiran penciptaan dikalangan pelajar vakosional.
Menurut kajian kesan pembelajaran berasaskan projek terhadap keberkesanan dan pencapaian diri pelajar guru (Mahasneh Ahmad, Alwan Ahmed F (2018). Dapatan kajian ini adalah menunjukkan bahawa perbezaan statistik secara statistik antara kumpulan percubaan dan kawalan dalam skor keberkesanan diri dan pencapaian kerana PBP memihak kepada kumpulan eksperimen para penyelidik mencadangkan mengadoptasi PBP dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, selain melakukan lebih banyak kajian untuk mengesahkan penggunaan PBP versus cara tradisional di negara-negara Arab.
Kesimpulan
Data yang telah didapati membuktikan bahawa pendekatan PBP di dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh meningkatkan tahap penguasaan dalam kursus Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar KKL. Keseluruhan dapat disimpulakan bahawa kajian ini mendapati kefahaman pelajar dalam pelajaran Bahasa Kebangsaan. Pendekatan PBP dalam pengajaran Bahasa Kebangsaan ini menjamin prestasi pelajar dalam kursus Bahasa Kebangsaan dapat meningkatkan sekali gus kajian ini juga dapat membantu misi negara untuk melahirkan masyarakat dengan celik dari segi ilmu dan ICT serta memartabatkan Bahasa Kebangsaan negaranya sendiri.
Rujukan
Abdul Rashid Daing Melebek.(2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Abdul Rashid Daing Melebek.(2015).Tahap Penguasaan Tatabahasa Bahasa Melayu Pelajar Sebelum Ke Menara Gading. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Bryan Coombs. (2010).Successful Teaching: Siti Aishah Mohd Elias.Kuala Lumpur:
Institut Terjemaahan Negara Malaysia
Izyani binti Mistar, Mohamed Amin Embi. (2016). Students’perception on the use of whatsapp as a learning tool in esl classroom. Journal of Education and Social Sciences.
Kizkapan, Oktay; Bektas, Oktay.(2017). The Effect of Project Based Learning on Seventh Grade Students' Academic Achievement. International Journal of Instruction, v10 n1 p37- 54 Jan.
Mahasneh, Ahmad M.; Alwan, Ahmed F. (2018). The Effect of Project-Based Learning on StudentTeacher Self-Efficacy and Achievement. International Journal of Instruction.
Eskisehir Osmangazi University, Faculty of Education, Eskisehir, 26480: Turkey.
Mohd Azli Yeo.Abdul Latif Haji Gapor.(2013). Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi Pencapaian Dan Penerimaan Pelajar.
http://www. researchgate.net/ publication/304503776
76
Mok, S.S.(2010). Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Nitce Isa Medina Machmudi Isa.Mai Shihah Hj Abdullah.(2013). Pembelajaran Berasaskan Projek: Takrifan, Teori dan Perbandingannya dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Project Based Learning: Definition, Theory and a Comparison with Problem Based Learning). CREAM - Current Research in Malaysia Vol.2, No. 1, January 2013:181-194.
Nor Hashimah Jalaluddin, Julaina Nopiah Julaina. (2011) Penguasaan Tatabahasa Remaja Malaysia: Analisis Pragmatik. Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Nor Khayati Basir; Mohd Isa Hamzah; Khadijah Abdul Razak. (2017). Sikap dalam Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap pencapaian pelajar di Politeknik Perak. Tinta Artikulasi Membina Ummah 3(1), 2017 1-14, e-ISSN: 2289-960X.
Rafiza Abdul Razak, (2013). Pembelajaran berasaskan penghasilan penceritaan digital multimedia bagi menganalisis novel bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38
(1). pp. 53-64. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.
Robiah Sidin. (2001).Inovasi Kaedah Pengajaran: Penglaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding National Conference on Teaching & Learning in higher.
Education.Universiti Utara Malaysia.
Roshidah Hassan. (2017). Gaya dan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Perancis.Universiti Malaya
Roslina Abd Karim.Zanaton Iksan.(2017). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Ke Atas Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku Murid Tahun 5 Terhadap Tajuk Tenaga.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. http://conference.kuis.edu.my/pasak2017
Siti Nor Azhani Mohd Tohar. Asbah Razali. Ros Mahwati Ahmad Zakaria. Khadijah Muda. (2018). Krisis Keyakinan Terhadap Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Mandala Ilmu Tinggi di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar Antarbangsa Arkeologi, Sejarah, dan Budaya di Alam Melayu
Syahril Syahril, Nizwardi Jalinus, Rahmat Azis Nabawi, Yaumal Arbi. (2019). The Create Skills of Vocational Students to Design a Product: Comparison Project Based Learning
Versus Cooperative Learning-Project Based Learning.
https://doi.org/10.2991/ictvet18.2019.72
Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013- 2025)
https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2018/05/Pelan-Hala-Tuju-Pendidikan- Bahasa-Melayu-2016-2025.pdf
KPM (2006) PBP..https://www.padu.edu.my/my/about-the-blueprint/
Nizam(2016) pada kurun ke-21 ini.. https://www.thepatriots.asia/16750-