• Tidak ada hasil yang ditemukan

*Penulis Penghubung Abstrak Al-Quran merupakan sebuah kitab agung yang diturunkan dengan pelbagai gaya bacaan sebagai suatu kemudahan untuk umat Islam mempelajarinya dan membacanya

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "*Penulis Penghubung Abstrak Al-Quran merupakan sebuah kitab agung yang diturunkan dengan pelbagai gaya bacaan sebagai suatu kemudahan untuk umat Islam mempelajarinya dan membacanya"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 20 Jurnal Pengajian Islam

ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2019, Bilangan 12, Isu 1, Halaman 20-30

PENDEKATAN PENGGUNAAN WARNA DALAM QIR

A’A

T QUR

A

NIYYAH APPROACH USING COLOUR IN QIR

A’A

T QUR’

A

NIYYAH

Sabri Mohamad1, Mohd Faizulamri Mohd Saad 2, Hamdi Ishak 3 dan Muhammad Izzat Ngah*4

1Dr, Pensyarah Kanan Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, UKM, sabri_m@ukm.edu.my.

2Dr, Pensyarah Kanan, Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, UKM, faizam@ukm.edu.my.

3Dr, Pengerusi Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, UKM, hamdi@ukm.edu.my.

4Pensyarah Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS, muhdizzat@kuis.edu.my.

*Penulis Penghubung

Abstrak

Al-Quran merupakan sebuah kitab agung yang diturunkan dengan pelbagai gaya bacaan sebagai suatu kemudahan untuk umat Islam mempelajarinya dan membacanya. Kitab mu‘jiz ini juga telah melalui proses dan peringkat penulisannya yang ketat bermula daripada zaman wahyu lagi hinggalah ke masa kini melalui proses dan gaya penulisan/pencetakan yang pelbagai yang sesuai dengan tuntutan semasa.

Antara pendekatan pemudah cara yang berlaku kepada Qira’at Qur’aniyyah ialah penandaan dan penulisannya melalui penggunaan warna-warna tertentu yang di sebaliknya terdapat justifikasinya yang tertentu. Berdepan dengan aplikasi penggunaan warna inilah timbul pelbagai pendapat tentang keharusan penggunaan warna dalam Qira’at Qur’aniyyah. Sehubungan itu, artikel ini akan mengupas aplikasi penggunaan warna dalam Ilmu Qira’at serta sikap dan reaksi Ulama’ terhadapnya. Artikel ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan (library research) untuk mendapatkan sumber-sumber rujukan dari pelbagai perpustakaan. Hasilnya, pendekatan penggunaan warna dalam Ilmu Qira’at telah lama diamalkan oleh pelbagai generasi yang terdahulu yang sekaligus mengundang pelbagai reaksi di kalangan para ilmuan di antara kumpulan yang mengharuskan dan kumpulan yang melarangnya.

Kata kunci: pendekatan; penggunaan warna; ulama’; mushaf; qira’at qur’aniyyah.

Artikel diterima: 24 Mac 2019 Selepas Pembetulan: 8 Mei 2019 Diterima untuk terbit: 9 Mei 2019

(2)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 21

Abstract

Qur’an is a great book that had been sent with various reading styles for Muslims to learn and read it easily. Qur’an had undergone a very strict process and stages of its writing from the time of revelation to the present through the process and style of writing or printing that are suitable with current demands. One of the simplest approaches to Qira’at Qur’aniyyah are its tagging and writing through colours which each colour has its own definitions. The challenging of using this colour coded technique, there are various opinions on the necessity of the colours usage in the Quranic Qira’at. Therefore, this article will be reviewed on the application of colour usage in Qira’at knowledge and the attitude and reaction of the scholars to it. This study will be using library research methods to obtain references from various libraries. As a result, the approach to the usage of colour in Qira’at knowledge has long been practiced by many previous generations who have also invited various reactions among scholars which among groups who agreed and groups who forbid it.

Keywords: approach; usage of colour; scholars; mushaf; qira’at qur’aniyyah.

1.0 Pengenalan

Al-Quran Kalam Allah SWT sebuah kitab agung yang sentiasa mendapat tempat dan tumpuan oleh umat Islam di sepanjang zaman. Golongan cerdik pandai dalam Islam juga sentiasa memikirkan pelbagai pendekatan bagi menarik kumpulan sasaran agar lebih mendekati diri dengan al-Quran dari pelbagai sudut.

Antara pendekatan yang telah diilhamkan oleh para ulama dahulu dan kini ialah melalui penggunaan warna dalam Ilmu Qir

a’a

t Qur’

a

niyyah. Walaupun cara tersebut tidak pernah diamalkan di zaman Nabi Muhammad SAW namun ianya mempunyai kelebihan dan faedahnya yang tersendiri sesuai dengan kehendak pelbagai lapisan masyarakat dan tuntutan semasa. Bahkan ianya suatu rahmat yang memungkinkan al- Quran didampingi dan dipelajari dengan mudah dan menarik.

Kertas ini akan membicarakan aplikasi penggunaan warna dalam Ilmu Qir

a’a

t dan pandangan ulama’ terhadapnya tanpa memberi tumpuan terhadap aspek Ilmu Tajwid walaupun ianya berada di bawah naungan ilmu tersebut.

2.0 Sejarah Ringkas Penggunaan Warna Dalam Mushaf Secara Umum

Sedia maklum bahawa teks al-Quran pada zaman Nabi SAW hanya dengan menggunakan satu warna sahaja, iaitu warna hitam atau warna seakannya kerana tiada faktor atau dorongan atau desakan untuk menggunakan warna selain warna tersebut.

Ada pendapat yang mengatakan fenomena penggunaan warna pada teks al-Quran termasuk penandaannya bermula pada pertengahan kurun pertama hijrah. Menurut Mawlay Muhammad al-Idrisiyy al-Tahiriyy penggunaan warna pada masahif sudah terbit semenjak zaman sahabat RA dan pembesar tabi‘in lagi ketika mana adanya ciptaan titik al-Quran (al-Tahiri 2009). Sebagai bukti, banyak riwayat yang menunjukan bahawa kemunculan penggunaan warna dalam mushaf ialah bermula daripada rekaan Abu al- Aswad al-Du’ali ketika diminta oleh pihak pemerintah untuk membasmi masalah

(3)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 22

kesalahan dan kecacatan pembacaan al-Quran di kalangan sesetengah umat Islam yang semakin meruncing. Antara pendekatan beliau ialah menjadikan warna penandaan titik al-Quran berbeza dengan warna teks mushaf (al-Dani 1986). Namun riwayat-riwayat yang ada tidak dapat memastikan warna apakah yang digunakan oleh beliau selepas mana beliau menugaskan penulis-penulisnya menjalankan proses penandaan al-Quran?

Walau pun begitu telah masyhur selepas itu penggunaan warna merah untuk titik-titik yang menunjukkan kepada tanda harakah, sukun, tashdid dan takhfif. Manakala warna kuning digunakan untuk huruf hamzah. Warna-warna inilah juga diaplikasikan oleh penduduk Madinah dan Andalus. Hal tersebut berbeza pula dengan penduduk Iraq yang hanya menggunakan warna merah untuk menunjukkan kepada semua tanda tersebut (al-Hamad 1982).

Menurut ulama’, penggunaan warna pada teks al-Quran sebelum era pencetakan al- Quran1 dan selepasnya, kebanyakannya dengan 3 warna berikut:

i. Warna merah: digunakan untuk baris/harakah dan pada perkara-perkara lain.

Inilah warna yang paling banyak digunakan.

ii. Warna kuning: digunakan untuk huruf hamzah muhaqqaqah.

iii. Hijau: digunakan untuk tanda ibtida, iaitu ada tanda garis panjang yang mengiringi hamzah wasl dan dan sekaligus menunjukkan barisnya ketika ibtida

(al-Tahiri 2009).

Ketiga-tiga warna di atas digunakan secara meluas oleh penduduk Madinah.

Sesetengah ahli Iraq pula menggunakan warna merah untuk harakah dan hamzah sahaja. Warna biru (dinamakan juga dengan allazawardi) juga turut digunakan dalam masahif lama. Terdapat juga sesetengah penulis masahif menggantikan warna hijau dengan warna biru dan sesetengah mereka juga menggunakan warna tersebut (biru) untuk menunjukkan kepada tanda sukun dan shiddah (al-Tahiri , 2009).

Manakala penggunaan warna di era selepas pencetakan pula: Pada peringkat permulaan, walaupun telah munculnya alat pencetakan al-Quran, namun ia belum mampu mencetak dengan pelbagai warna. Justeru itu, Ulama Rasm dan Dabt al-Quran di kala itu hanya mampu menggunakan warna yang sama dengan warna penulisan al- Quran untuk menunjukkan kepada tanda-tanda tertentu (Ahmad Khalid Shukri , 1433H).

Namun setelah mesin cetakan semakin canggih dan maju ianya telah memberi impak yang besar kepada dunia percetakan al-Quran. Hasilnya boleh dilihat aplikasi penggunaan pelbagai warna dalam mushaf tajwid, iaitu dengan warna merah dan pelbagai warna yang terbit dari acuannya, kuning dan acuannya, kelabu, biru dan acuannya, hijau dan acauannya, warna ungu dan acuannya, coklat dan acuannya dan warna hitam. Sebagai contoh lihat mushaf cetakan Dar al-Ma‘rifah, Damshiq, cetakan ke 10, 1429H. Terdapat juga dalam sesetengah mushaf Qira’at yang menggunakan

1Sebelum tahun 1436M/840H, namun al-Quran yang pertama dicetak pada tahun 1499M/904H. Alat cetakan yang pertama sekali direka di Jerman pada tahaun 1436M/840H, manakala mushaf yang pertama dicetak pula ialah pada tahun 1499M/904H namun Baba Vatican di kala itu mengarahkan agar ianya dilupuskan.

Pada tahun 1537M/943H al-Quran dicetak lagi yang kemudian dituruti sekali lagi pada 1694M/1106H yang dikenali dengan versi cetakan Hambrug. Selanjutnya pada tahun 1890M/1308M akhirnya al-Quran dicetak di Mesir di bawah pengawasan dan semakan Syaikh Ridwan al-Mukhallilati. Dan begitulah berterusannya cetakan al-Quran.

(4)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 23

warna-warna seperti al-Bambi al-Zuhri (merah jambu), biru muda, biru pekat dan warna keemasan sebagai warna tambahan. Dan begitulah seterusnya pada masahif lain yang penggunaan warnanya tidak terkeluar daripada warna-warna yang telah dinyatakan atau warna-warna acuannya (Ahmad Khalid Shukri 1433H).

3.0 Kepelbagaian Penggunaan Warna Dalam Mushaf

Secara umum penggunaan warna dalam mushaf al-Quran berlaku pada pada:

i. Penandaan/Dabt al-Quran: Seperti yang telah dinyatakan bahawa Abu al- Aswad al-Du’ali telah menggunakan warna dalam penulisan mushaf. Beliau telah menggunakan titik berwarna merah untuk menunjukan kepada tanda fathah, kasrah, dammah dan tanwin. Di era al-Khalil bin Ahmad beliau telah melakukan sedikit perubahan di sebabkan berlakunya percampuran antara tanda titik untuk i’rab dan tanda titik untuk i’jam. Begitulah berterusannya penggunaan warna merah untuk penandaan al-Quran agar ianya berbeza dengan lafaz-lafaz al-Quran (al-Dani 1932).

ii. Untuk menunjukan kepada khilaf Qira’at di kalangan qurra’ qira’at dan perkara- perkara yang berkaitan. Inilah fokus perbincangan artikel ini yang akan dibicarakan dengan lebih teliti nanti.

iii. Untuk menunjukan kepada hukum-hukum Tajwid al-Qur’an sebagai salah satu pendekatan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran ilmu tersebut.

iv. Untuk memfokuskan dan menunjukan kalimah-kalimah tertentu, seperti lafaz Allah, asma’ al-Husna dan lain-lain yang difikirkan perlu kepada penggunaan warna.

v. Pewarnaan untuk menunjukan kepada topik-topik dan tajuk-tajuk tertentu, seperti pada ayat-ayat yang terkandung di dalamnya tentang kewujudan Allah, kekuatan Allah, kenabian, hukum-hukum, akhlak dan seumpamanya.

vi. Pewarnaan untuk membezakan ayat-ayat mutashabihat dari sudut maknanya atau lafaznya yang terdapat pada halaman yang sama dengan cara diwarnakan dua ayat yang ada tashabuh tersebut dengan warna yang berbeza.

vii. Mewarnakan kalimah perbuatan /f‘al yang tertentu untuk tujuan memudahkan hafazan dan ingatan, terutamanya bagi penghafal al-Quran.

viii. Untuk tujuan perhiasan dan mewarnakan mushaf bagi menarik orang ramai kea rah mempelajarinya dan menekuninya.

ix. Untuk tujuan memudahkan pembelajaran dan pengajaran al-Quran, terutamanya golongan sasaran yang baru berjinak dengannya.

4.0 Warna Dalam Khilaf Qira’at.

Kepelbagaian khilaf dan cara bacaan qira’at qur’aniyyah terkadang agak susah hendak diingati dan dipelajari oleh sesetengah individu. Namun dengan adanya pendekatan penggunaan warna kelihatan ia boleh membantu dan memudahkan pembelajaran dan pengajarannya.

Penggunaan bermacam warna dalam ilmu ini berlaku dengan cara diwarnakan harakah/baris pada perkataan-perkataan al-Quran yang dikhilafkan bacannya di kalangan qurra atau diwarnakan kalimah tersebut sekaligus. Menurut ulama’, cara sedemikian telah pun dipraktikan suatu ketika dahulu. Imam Abu ‘Amru al-Dani pernah

(5)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 24

menyebut perkara tersebut dan mengkritik pelakunya dengan alasan ia boleh membawa kepada percampuran/campur aduk di antara qurra’.

Beliau juga ada menukilkan keharusan penggunaan warna untuk menunjukkan kepada kepelbagaian qira’at qur’aniyyah oleh sesetengah ulama’, namun disyaratkan dengan dawabit dan syarat-syarat yang sangat ketat agar tidak menimbulkan apa jua masaalah dan kekeliruan. Ia boleh dilakukan dengan cara menjelaskan petunjuk-petunjuk penggunaan warna ditempat khas dan hanya menggunakan warna-warna yang jelas, terang dan bersinar (al-Dani 1986).

Sesetengah ulama’ mengkhususkan penggunaannya dengan menjadikan warna hijau untuk qira’at shadhdhah dan ada antara mereka golongan yang menjadikan warna merah untuk qira’at shadhdhah dan hijau pula untuk qira’at mashhurah (al-Farmawy 2004).

Terdapat juga pada sesetengah masahif al-Quran yang mana penulisnya akan mewarnakan baris perkataan al-Quran yang dikhilafkan dengan warna penulisan mushaf itu dan dengan warna lain yang berbeza untuk menunjukan kepada qira’at lain.

Manakala di era kini dapat dilihat perkembangan penggunaan warna dalam khilaf qira’at dengan pelbagai cara dan pendekatan yang pelbagai dan lebih menarik, antaranya:

i. Dengan cara mewarnakan lafaz-lafaz al-Quran yang dikhilafkan antara qurra’

atau dihighlightkan khilaf tersebut dengan warna yang berbeza dengan warna penulisan teks mushaf dan dijelaskan pelbagai gaya cara bacaannya pada bahagian hashiyah. Penjelasan gaya bacaan pada bahagian hashiyah terkadang dengan cara disebut nama qurra’nya dan cara bacaan mereka.

Sesetengahnya pula melakukan tambahan dengan mewarnakan nama-nama qurra’ dan perawi mereka dengan memilih warna yang tetap bagi setiap mereka dari awal al-Quran hingga akhir. Teknik ini boleh dilihat aplikasinya pada sesetengah masahif Qira’at Tujuh dan Sepuluh. Antara mushaf yang menggunakan pendekatan sedemikian ialah; (Ahmad Khalid Shukri 1433H) ii. Mushaf al-Tajwid, oleh Prof. Dr. Ahmad ‘Isa al-Ma‘sarawi yang pada

hamisahnya terdapat Qira’at Sepuluh, cetakan Dar al-Ma’rifah, Damshiq.

iii. Mushaf dengan riwayat Hafs dan di hamishnya riwayat Shu‘bah, oleh Syaikh Tawfiq Damrah, Jordan, dan banyak lagi.

Dengan cara mewarnakan bab-bab tertentu dalam Ilmu Qira’at dengan pelbagai warna.

antaranya dengan:

i. Warna merah untuk menunjukan kepada bab dalam farsh al-Huruf.

ii. Warna biru untuk menunjukan kepada tempat adanya naql dan saktah.

iii. Warna al-Bambi (merah jambu) untuk ibdal.

iv. Warna banafsaji (ungu) untuk hukum idgham kabir dan saghir.

v. Warna emas untuk idgham bi ghair ghunnah di sisi huruf waw dan ya’.

vi. Warna fustaqi (biru muda) untuk idgham bi ghunnah.

vii. Warna ramadi (kelabu) untuk kalimah al-Quran yang terdapat padanya qira’at mutawatirah dan qira’at shadhdhah

(6)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 25

viii. Warna kuhli (hitam pekat) untuk qira’at shadhdhah.(Dr. Ahmad ‘Isa al-Ma‘sarawi 2001)

Dalam kitab Mawsu‘ah Jami‘ al-Qira’at oleh ‘Abd al-Latif dan rakan-rakan boleh dilihat dengan jelas tentang praktikal kepelbagaian warna tersebut pada pelbagai tajuk dalam usul qira’at. Pemilihan warna untuk satu-satu riwayat juga dilakukan dengan penuh hati- hati agar tidak berlaku kesamaran.(‘Abd al-Latif Salah dan rakan-rakan 2009)

Dengan cara mendatangkan lafaz al-Qur’an yang diperselisihkan bacaannya di kalangan qurra pada hashiyah mushaf dan kemudiannya mewarnakan nama qari’ atau meletakannya dalam dua kurungan. Cara ini kelihatan lebih sesuai jika sekiranya perselisihan/khilaf melibatkan jumlah qurra yang sedikit. Pendekatan ini boleh dilihat dalam mushaf al-Qira’at wa al-Tajwid yang dicetak dengan menggunakan riwayat Hafs:

i. Garisan warna merah akan diletakan di bawah mana-mana kalimah al-Quran yang dikhilafkan.

ii. Jika garis putus-putus di bawah kalimah dengan warna yang sama maka ia hanya melibatkan khilaf dalam bab usul.

iii. Manakala garis yang tidak putus ia menunjukan kepada khilaf dalam bab farsh.

iv. Lafaz al-Quran yang dikhilafkan sekali lagi akan diletakan pada hashiyah. Jika ia diletak dalam kurungan dengan warna hitam, maka ia menunjukan kepada bacaan riwayat Shu‘bah, kurungan warna merah menunjukan riwayat Warsh, kurungan warna hijau riwayat Qalun, jika terdapat kurungan begini [ ] dengan warna biru ia menunjukan kepada riwayat al-Duriyy Abu ‘Amru dan kurungan yang sama juga dengan warna hitam ia menunjukan kepada riwayat al-Susiyy pula.

v. Manakala jika terdapat pada kalimah yang dikhilafkan dua kurungan atau lebih, dengan dua warna atau lebih, ia menunjukan bahawa pada kalimah tersebut terhimpun padanya lebih dari dari seorang qari’ atau riwayat yang membaca dengan bacaan yang sama.

vi. Terkadang mushaf ini akan mewarnakan kalimah yang dihehendaki dengan warna merah atau hijau atau biru ganti kepada kurungan.

vii. Terkadang untuk tujuan ringkasan dan meminimakan penggunaan kurungan digunakan satu kurungan dengan warna berbeza pada kurungan kanan dan kiri.

Pewarnaan mengikut mushaf yang dicetak dengan menggunakan riwayat tertentu.

Hukum-hukum tertentu akan diwarnakan dengan warna tertentu. Contohnya pada mushaf riwayat Warsh, cetakan Dar al-Ma’rifah 1419H yang antaranya menggunakan pendekatan warna peach untuk hukum mad badal dan warna orange untuk mad lin mahmuz.

5.0 Reaksi Ulama’’

Oleh kerana penggunaan warna dalam mushaf al-Quran suatu perkara yang baru dan tidak pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, maka ia telah menjadi suatu perdebatan dan perselisihan di kalangan golongan umat Islam yang terkemudian.

Tiadanya penyataan yang jelas daripada Nabi s.a.w juga telah melahirkan pelbagai reaksi dan pendapat ulama’ yang terbahagi kepada yang melarangnya, kumpulan yang membolehkan dan kumpulan yang membolehkan dengan syarat-syarat tertentu.

(7)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 26

5.1 Kumpulan yang melarang, antaranya:

i. Ibn Mas’ud r.a melarang keras sebarang unsur percampuran yang dimasukan ke dalam al-Quran dengan mengatakan: “Biarkan/kekalkan al-Quran sebagaimana asalnya dan jangan kamu mencampurinya dengan perkara yang bukan darinya”. Ungkapan larangan yang sama juga diungkapkan oleh Ibrahim al-Nakha’i (al-Dani 1986).

ii. Malik bin Anas tidak membenarkan apa-apa penambahan pada mushaf induk, namun pada mushaf dan sebarang cacatan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran bagi kanak-kanak kecil tidak mengapa (al-Dani 1986).

iii. Berkata al-Hasan bin Abi al-Hasan diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Shaibah katanya, “Tidak mengapa diletakkan titiknya dengan warna merah”. Ibn Abi Zayd al-Qayrawani pula berkata, “Imam Malik dan beberapa orang lagi tidak bersetuju dengan perletakan titik dengan warna merah dan kuning” (al-Ishbiliyy 1988).

iv. Imam al-Dani mengkrikitik penggunaan warna dalam dalam qira’at kerana dibimbangi akan berlaku percampuran antara qurra. Namun begitu ada nukilan yang mengatakan bahawa terdapat sesetengah ulama’ yang mengharuskan penggunaannya dengan syarat mesti ada panduan tertentu bagi mengelakan kekeliruan (al-Dani 1986).

v. Sesetengah penulis mushaf suatu ketika dahulu mengabaikan penggunaan warna dalam penandaan al-Quran kerana dirasakan tiada keperluan kepadanya atau sikap malas mereka, sedangkan Ulama’ Dabt al-Quran telah mengnaskan kemestiannya pewarnaannya (al-Tahiri 2009).

vi. Larangan untuk menambah al-Qira’at al-Shadhdhah dalam mushaf dan menandakannya dengan warna hijau. Terdapat segelintir dari kalangan ahli Kufah dan Basrah telah memasukkan huruf-huruf shawadh dalam mushaf dan mewarnakannya dengan warna hijau. Ada juga yang mewarnakan Qira’at Sahihah dengan warna hijau dan menggunakan warna merah pada Qira’at Shadhdhah. Perkara tersebut telah menyebabkan berlakunya percampuran serta perubahan serta mengakibatkan sesetengah Ulama’ tidak bersetuju dengannya” (al-Dani 1932H).

vii. Daripada Ahmad bin Jabir kata beliau: “Berwaspadalah kamu dengan peenggunaan warna hijau dalam mushaf. Sesungguhnya ia mengelirukan, menyebabkan perselisihan dalam memberi ta’wil serta mengakibatkan huruf tidak dibaca dengan bacaan yang sama” (al-Farmawy 2004).

viii. Salah seorang ahli anggota Persatuan Hal Ehwal Kajian Islam di Mesir, Dr Muhammad al-Sahhat al-Jundi dan Dr Mukhtar Marzuq, Dekan Usuluddin di Universiti al-Azhar, Asyut, Mesir mengatakan bahawa mushaf yang berwarna- warni suatu perkara yang karut, menyimpang, boleh membawa kepada hilangnya kehebatan al-Quran dan bercanggah dengan agama kerana ia seumpama ‘bermain-main’ dengan kesucian al-Quran (Majallah al-Liwa’ al- Islami 2016).

Kesimpulan daripada perbahasan golongan di atas yang melarang penggunaan warna dan percampuran apa sahaja unsur yang tiada kaitan dengan al-Quran adalah disebabkan kepada 3 alasan utama berikut:

i. Kebimbangan timbul atau berlakunya perkara yang baru yang tiada asas langsung dan kaitan dengan al-Quran dan ianya dikecam oleh baginda Nabi

(8)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 27

Muhammad s.a.w. Dan kebimbangan ini ada kewajarannya yang tersendiri kerana ia berkait dengan Kalam Allah Ta’ala yang Maha Suci dan bagi mengelakannya daripada apa jua perkara yang bukan daripadanya.

ii. Mengelakan kesucian al-Quran daripada bercampurnya dengan perkara yang tiada hubungan dan perkaitan dengannya.

iii. Menghindari dan menjaga al-Quran daripada apa jua perubahan sama ada dalam bentuk penambahan atau pengurangan.

5.2 Kumpulan yang mengharuskan, antaranya:

i. Imam al-Ghazali pula mengatakan: Diriwayatkan oleh al-Sha’bi dan Ibrahim tentang beliau tidak bersetuju mengenai perletakan titik dengan warna merah.

Berkata ulama’ lain mengenainya bahawa, Abu Bakr al-Hazali berkata: aku bertanya kepada al-Hasan mengenai perletakan titik dalam mushaf dengan warna merah, maka beliau berkata: “Apakah yang diletakkan titik dengan warna merah itu?” Aku menjawab: “Mereka menterjemahkan baris untuk kalimah dengan bahasa ‘Arab”. Beliau menjawab bahawa memberi baris terhadap al-Quran adalah tidak mengapa (al-Ghazali 1988).

ii. Sementara ulama’ kini cenderung serta menganjurkan perletakan tanda mushaf melalui penggunaan warna mengikut ayat kerana mereka menyusun berdasarkan kemaslahatannya. Ianya dapat diterima oleh generasi yang datang selepas itu serta tidaklah dilihat sebagai sesuatu yang bercanggah dengan yang asal daripada asas syariah (al-Tahiri 2009).

Menurut al-Tahiri lagi, ulama’ yang berpandangan sedemikian ialah Abu ‘Amru al-Dani yang mengatakan bahawa umat pada zaman tabi’in sehinggalah zaman kini memudahkan tentang perkara tersebut dalam al-Quran dan selainnya dan dibolehkan dengan penulisan Fawatih al-Suwar dan bilangan ayatnya serta penulisan al-Khumus dan al-‘Ushur pada tempatnya (al-Tahiri 2009).

iii. Tentang kebolehan menggunakan warna, Ibn Mujahid berpendapat bahawa ianya akan lebih cepat difahami berbanding dengan satu warna (al-Dani 1986).

iv. Imam al-Ghazali, beliau berpandangan bahawa dianjurkan untuk memperelokkan penulisan al-Quran dan menjelaskannya dan tidak mengapa untuk memberi titik dan tanda-tanda dengan warna merah dan lain-lainnya.

Sesungguhnya dengan menghiasi serta menjelaskannya akan dapat mengelakkan daripada kesalahan bagi sesiapa yang membacanya (al-Ghazali 1988).

v. Abu ‘Amru al-Dani membolehkan penandaan al-Quran secara berwarna, namun perlu dipastikan ianya mengikut manhaj yang benar, mencapai objektif, terhindar daripada perubahan dan percampuran serta selainnya yang boleh menjadi hujah terhadap alasan-alasan para ulama’ yang menolak pembaharuan tersebut. Namun begitu, dari sudut yang lain beliau mengatakan perlu ada kawalan tentang tatacara penggunaan warna dalam al-Quran seperti larangan menggunakan warna hitam terhadap tanda-tanda mushaf. Dikatakan tentang perkara tersebut: “Sesungguhnya penandaan dalam mushaf dengan warna hitam adalah tidak dibolehkan akan tetapi ianya telah diingkari (al-Dani 1986).

(9)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 28

Kata beliau lagi, ada juga yang mengatakan bahawa, “Tidak boleh menandakan dengan warna hitam kerana akan bertukar dengan penulisan mushaf dan ianya telah dikatakan oleh Abdullah bin Mas’ud dan selainnya daripada para ulama’ “umat Islam” (al-Dani 1986).

Pemahaman ungkapan Imam al-Dani dan apa yang beliau nukilkan di atas menunjukan bahawa penggunaan warna dibolehkan, namun dengan syarat bukan dengan warna hitam kerana warna tersebut hanya digunakan untuk penulisan teks al-Quran sahaja.

vi. Mafhum daripada kata-kata Imam al-Nawawi (al-Nawawi 2005), Ibn Taymiyah (Ibn Taymiyah 2004) dan lain-lain mereka mengisyaratkan kepada boleh sahaja penggunaan warna dalam mushaf al-Quran.

vii. Sebaliknya Abu al-Hasan bin al-Manadi berpendapat, mengenai penulisan tanda ialah tidak menjadi suatu kesalahan menggunakan warna-warna yang pelbagai mengikut qira’at yang berbeza-beza dalam satu mushaf. Akan tetapi, ianya perlu diberitahu pada ruangan catatan tambahan mushaf yang dipisahkan dengan tulisan mushaf tersebut. Hakikatnya, bagi guru-guru al- Quran kelihatan penggunaan warna adalah suatu perkara yang amat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran dan boleh dikatakan ia suatu metode pengajaran yang wajar diterapkan (al-Tahiri 2009).

viii. Berkata Dr ‘Abd al-Mahdi ‘Abd al-Qadir, profesor hadith di al-Azhar:

penggunaan warna dalam mushaf dan juga dalam penulisan tiada kaitan dalam hal-hal penghormatan kita terhadap al-Quran” (Majallah al-Liwa’ al- Islami, 2016).

Kesimpulan daripada pendapat kedua-dua golongan tersebut ialah:

i. Terdapat di kalangan mereka yang menghalang dan memakruhkan penggunaan warna secara mutlak dengan beralasan dibimbangi perkara bid’ah dan juga dibimbangi berlaku kesamaran antara tulisan dan penandaannya.

ii. Kelompok ulama’ yang mengharuskan secara mutlak dengan beralasan ianya sebagai suatu penerangan dan penjelasan kepada orang yang belajar.

iii. Kelompok ilmuan yang menegah pada mushaf induk dan diharuskan pada mushaf dan alwah untuk pembelajaran. Hujah mereka mirip kepada kesederhanaan antara dua kelompok ilmuan di atas.

Terdapat sesetengah fuqaha tidak melihat kepada alasan-alasan dan hujah-hujah di atas, bahkan mereka lebih melihat kepada arahan dan tuntutan syara yang bertujuan menghilangkan apa jua kesamaran, memudahkan kepayahan kepada setiap hamba dan juga dengan melihat keserasian umat semenjak sekelian lama serta ianya memang diterima dan diredai.

Penulis berpendapat, oleh kerana iklim menuntut ilmu semakin berubah/pantas dan pendekatan kepada penghasilannya juga semakin menuntut kepada adanya inovasi yang pelbagai demi memudahkan pembelajaran dan pengajaran al-Quran, maka pendekatan penggunaan warna dalam Ilmu Qira’at adalah sesuatu yang menarik.

Namun penggunaannya seharusnya ada pantang larangnya agar ia tidak mengganggu gugat keistimewaan al-Quran Kalam Ilahi.

(10)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 29

6.0 Penggunaan Warna Qira’at Di Nusantara

Sehingga kini, di peringkat nusantara belum ada lagi pendekatan penggunaan warna dalam Ilmu Qira’at sebagaimana telah adanya di negara-negara Islam yang lain.

Tampak penumpuan kepada penggunaan warna dalam mushaf Nusantara hanya berlegar antaranya dalam perkara-perkara berikut:

i. Pewarnaan hukum-hakam tajwid al-Quran yang boleh dikatakan semuanya berarahkan kepada riwayat Hafs sahaja.

ii. Penggunaan warna untuk menunjukan kalimah Allah SWT dan sifat-sifatnya.

iii. Untuk menunjukan kepada topik-topik tertentu seperti kelompok ayat-ayat ibadat, tauhid, akhlak sirah dan lain-lain.

iv. Penggunaan warna bagi menunjukan kepada musahif khusus untuk golongan tertentu, seperti warna khusus untuk golongan perempuan, remaja dan seumpamanya.

Selain itu, belum ada lagi pendekatan penggunaan warna khusus kepada musahif qira’at di Alam Nusantara.

7.0 Kesimpulan

Walaupun penggunaan warna dalam Ilmu Qira’at tidak pernah berlaku di zaman Baginda SAW, namun berdasarkan kepada pendapat yang membenarkannya yang turut meraikan tuntutan semasa ia kelihatan amat perlu diaplikasikan dalam pembelajaran ilmu tersebut. Kemaslahatan ini semakin jelas terserlah jika dilihat kepada realiti pembaca al-Quran yang semakin hari semakin terdesak untuk dipersembahkan pelbagai pendekatan dan inovasi yang boleh menarik golongan ini ke arah membudayakan pembacaan al-Quran dengan lebih menarik.

Namun, harus diingat bahawa penggunaannya seharusnya ada pantang larangnya agar ia tidak mengganggu gugat keistimewaan al-Quran Kalam Ilahi. Perlu ada garis panduan yang jelas dan mantap serta penyelarasan yang jitu agar penggunaan warna dalam Ilmu Qira’at ianya tidak disalah gunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berniatkan keuntungan semata-mata. Pihak yang berwajib juga perlu memainkan peranan yang lebih bererti demi memartabatkan al-Quran di tahap sepatutnya.

8.0 Senarai Rujukan

Al-Dani, Abu ‘Amru ‘Uthman bin Sa’id. (1986). Al-Muhkam fi Naqt al-Masahif. Damsyiq:

Dar al-Fikr.

Ghanim Qadduri al-Hamad. (1982). Rasm al-Mushaf. Bayrut: Muassasah al-Matbu’at al’Arabiyyah.

Al-Tahiri, Mawlay Muhammad al-Idris. (2009). Isti‘mal al-Alwan fi Istilahat Dabt al- Masahif. Al-Dar al-Bayda’: Matba‘ah al-Najah al-Jadidah.

Ahmad Khalid Shukri. (1433H). Istikhdam al-Alwan fi al-Masahif Qadiman wa Hadithan.

al-Riyad: Majallah Maahad al-Imam al-Shatibiyy.

Al-Dani, Abu ‘Amru ‘Uthman bin Sa‘id. (1932H). al-Muqni‘ fi Rasm Masahif al-Amsar, Istanbul: Matba‘ah al-Dawlah.

Al-Zarqani, Muhammad ‘Abd al-‘Azim. (2001). Manahil al-‘Irfan. Al-Qaherah: Dar Ihya’

al-Turath.

(11)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2019, BILANGAN 12, ISU 1, HALAMAN 20-30 30

Al-Sijistani, Abu Bakr ‘Abd Allah bin Sulayman al-Asy’at, al-Masahif, 2002M, Dar al- Bashair al-Islamiyyah: Bayrut.

Al-Ishbiliyy, Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad Ibn Wathiq al-Andalusi. (1988). Al-Jami‘

Lima Yahtaj ilaih min rasm al-Masahif. Dar al-Anbar li al-Tiba’ah.

Al-Dani, Abu ‘Amru ‘Uthman bin Sa’id. (1932H) Al-Naqt. Istanbul: Matba’ah al-Dawlah.

Al-Farmawy, ‘Abd al-Hayy Husayn. (2004). Rasm al-Mushaf wa Dabtuh. Jeddah: Dar Nur al-Maktabat.

Majallah al-Liwa’ al-Islami, 2016.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (1988). Ihya’ ‘Ulum al-Din. Bayrut:

Dar al-Ma’rifah.

Al-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Din al-Shafi’ie. (2005). Al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Qur’an. Bayrut: Dar al-Nafais.

Ibn Taymiyah, Ahmad bin ‘Abd al-Halim. (2004). Majmu‘ al-Fatawa. Mujamma’ al-Malik al-Fahd: Al-Awqaf.

Referensi

Dokumen terkait

In your answers you will be assessed on how well you: ■ demonstrate understanding of how particular ways of thinking have shaped and are reflected in texts ■ sustain an extended

Jurnal Pengajian Islam, 2020, Bilangan 13, Isu I, Halaman 56-66 58 artikel ini membincangkan seorang tokoh al-Quran kontemporari yang masyhur iaitu Shaykh Muhammad Mutawallī