• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penurunan kepada 145 yen berbanding dolar AS sekitar sebulan lalu mendorong campur tangan pembelian mata wang Jepun buat kali pertama sejak 1998

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Penurunan kepada 145 yen berbanding dolar AS sekitar sebulan lalu mendorong campur tangan pembelian mata wang Jepun buat kali pertama sejak 1998"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

TOKYO: Dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini berada di paras tertinggi dalam tempoh hampir 32 tahun berbanding yen Jepun.

Dolar AS juga meningkat berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain apabila peniaga menimbang sentimen risiko yang lebih baik berbanding prospek kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) yang agresif.

Mata wang AS melonjak kepada 149.395 yen semalaman buat kali pertama sejak Ogos 1990, sebelum dagangan terakhir pada 149.18 pada awal sesi.

(2)

Peniaga berada dalam langkah berjaga-jaga kemungkinan Kementerian Kewangan Jepun dan Bank Jepun melaksanakan langkah kekangan apabila mata wang itu bergerak ke arah 150 yen.

Penurunan kepada 145 yen berbanding dolar AS sekitar sebulan lalu mendorong campur tangan pembelian mata wang Jepun buat kali pertama sejak 1998.

Menteri Kewangan Jepun, Shunichi Suzuki, berkata pihaknya sedang menyemak kadar mata wang dengan teliti dan lebih kerap.

Dolar AS, yang kini menjadi mata wang pilihan selamat, telah merosot minggu ini di tengah-tengah kenaikan harga dalam ekuiti di seluruh dunia.

Namun, sokongan asas terus datang daripada harga pasaran untuk dua lagi kenaikan 75 mata asas daripada Fed tahun ini kerana ia memberi tumpuan kepada inflasi, walaupun berisiko mencetuskan kemelesetan.

Ketidaktentuan fiskal di Britain turut menyelubungi tinjauan bagi pasaran di seluruh dunia.

"Kami meragui bahawa ini lebih daripada pemberhentian sementara kenaikan dolar AS,"

kata ahli strategi Westpac di Sydney, Sean Callow, yang menjangkakan dolar AS akan menguji sekali lagi kemuncak bulan lalu menuju ke November.

Sementara itu, pound sterling hampir tidak berubah pada AS$1.1318, selepas mencatatkan penurunan 0.34 peratus pada sesi dagangan sebelum itu.

Mata wang itu pada awalnya meningkat pada Selasa selepas laporan Financial Times bahawa Bank of England akan menangguhkan langkah mengetatkan kuantitatif, namun merosot selepas bank pusat itu menjelaskan bahawa artikel berkenaan adalah 'tidak tepat'.

-Reuters

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Referensi

Dokumen terkait