Peranan Kaunseling Kerjaya Dalam Menangani Implikasi Pengangguran Belia Ketika Transisi Pandemik Covid-19 (The Role Of Career Counseling In Addressing The Implications Of
Youth Unemployment During Covid-19 Pandemic Transition)
Nur Shakira Sarifudin1*, Mohd Izwan Mahmud1*
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected] [email protected] Accepted: 15 July 2022 | Published: 1 August 2022
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.30
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan pengangguran ialah perihal keadaan menganggur dimana ramai individu tidak mempunyai pekerjaan. Penularan COVID-19 banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia di seluruh dunia. Antara golongan paling teruk terjejas akibat penularan wabak ini adalah belia di bawah usia 30 tahun yang majoritinya belum memiliki kestabilan kewangan kerana baru memulakan pekerjaan ataupun masih belum bekerja. Masalah pengangguran pada masa kini semakin meningkat dan boleh menyebabkan pelbagai kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara.Penulisan ini mengetengahkan bagaimana pengangguran dalam kalangan belia mendatangkan pelbagai implikasi antaranya kesulitan kewangan, masalah sosial dan kesihatan mental yang lebih buruk. Dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan untuk mencari maklumat sekunder.
Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, dan artikel akhbar serta majalah yang berkaitan dengan kerjaya belia dan kesihatan mental semasa Covid 19. Hasil data pembacaan yang diperoleh dibincangkan dan hasil penulisan ini akan memberikan beberapa cadangan penambahan aspek kajian mengenai kaunseling kerjaya dan kesihatan mental belia yang menganggur.
Kata kunci: Pengangguran Belia, Kaunseling Kerjaya, Covid 19
Abstract: Dewan Bahasa dan Pustaka defines unemployment as a state of where many individuals do not have a job. The transmission of COVID-19 has greatly affected human life around the world. Among the worst affected by the outbreak are youths under the age of 30, the majority of whom do not yet have financial stability because they have just started work or have not yet worked. The problem of unemployment is currently increasing and can cause various adverse effects to individuals, society and the country. This paper highlights how unemployment among youth has various implications including financial difficulties, social problems and mental health. By using library research methods to find secondary information.
The information obtained is from various sources such as books, journals, and newspaper articles as well as magazines related to youth careers and mental health during Covid 19. The results of the reading data obtained are discussed and the results of this writing will provide some suggestions for additional research aspects on counselling. careers and mental health of unemployed youth.
Keywords: Youth Unemployment, Career Counselling, Covid 19
1. Pendahuluan
Pengangguran adalah masalah makro-ekonomi yang mempengaruhi serta memberi impak secara langsung kepada golongan belia dan merupakan isu yang hangat diperkatakan.
Berdasarkan definisi yang dinyatakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, pengangguran ialah perihal yakni keadaan menganggur dimana ramai orang tidak mempunyai pekerjaan. Penularan COVID-19 banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia di seluruh dunia. Antara golongan paling teruk terjejas akibat penularan wabak ini adalah belia di bawah usia 30 tahun yang majoritinya belum memiliki kestabilan kewangan kerana baru memulakan pekerjaan ataupun masih belum bekerja. Pengangguran dalam kalangan belia dicatatkan pada kadar 12.0 peratus iaitu hampir tiga kali ganda lebih berbanding kadar pengangguran negara (Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia , 2021).
Masalah pengangguran pada masa kini semakin meningkat dan boleh menyebabkan pelbagai kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara. Takrifan penganggur belia ini merangkumi peringkat usia bermula 15 tahun sehingga 24 tahun di bawah pengiraan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Berdasarkan kajian Mansor dan Rahim (2020) melaporkan belia adalah penyumbang penting kepada pasaran buruh nasional dimana secara umum pada tahun 2018 adalah 15.3 juta, di mana 5.45 juta (35.7%) adalah golongan muda 15 hingga 29 tahun. Belia di Malaysia merangkumi 40% keseluruhan tenaga buruh dan memainkan peranan yang penting sebagai tonggak kemajuan negara. Belia perlu dibantu untuk memperolehi pekerjaan yang berkualiti dan sesuai dengan setara kelayakan mereka. Kajian mengenai isu pengangguran di Malaysia merangkumi pelbagai sudut, sama ada dari segi penawaran buruh itu sendiri ataupun dari sudut prespektif makroekonomi (Batong, Buruh dan Lim,2017).
Cheng (2021) melaporkan walaupun pertumbuhan ekonomi dan kemajuan teknologi telah memberi banyak peluang kepada para belia untuk mengasah bakat dan mengejar impian mereka, masih ada lagi belia di Malaysia yang terpinggir. Ramai yang tidak dapat menamatkan pendidikan sekolah menengah mereka dan masih ada yang berjaya menamatkan pengajian di universiti tetapi tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan yang berpendapatan tinggi menyebabkan mereka masih menganggur. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada pengangguran dalam kalangan belia. Antara faktor yang boleh dikenalpasti ialah kekurangan peluang pekerjaan dan pasaran buruh yang terhad (Yong,2017).
Tinjauan oleh Grant Thorton iaitu sebuah firma pengauditan 62 peratus syarikat Malaysia mengalami kesukaran mencari pekerja mahir, dan 48 peratus mengenal pasti kekurangan bakat dimana bakat boleh merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk mewujudkan perbezaaan yang ketara terhadap prestasi dan pencapaian syarikat pada masa kini dan pada masa akan datang (Ghazali dan Ismail,2013).
Kehadiran pandemik COVID-19 menambah lagi implikasi kepada belia yang mengganggur.
Pada 24 Januari 2020, kes pertama COVID-19 dikesan di Malaysia. Kesan COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia dapat dilihat dengan tinggi kadar pengangguran dan penyusutan nilai Ringgit Malaysia berbanding USD (Ernst dan Young,2020). Pasca-pandemik akan menyaksikan penguncupan ekonomi yang menyebabkan pengurangan tawaran pekerjaan yang mendadak dan peningkatan pengangguran hasil dari penamatan pekerjaan (Mansor dan Rahim, 2020). Kehadiran pandemik COVID-19 juga mengubah senario pekerjaan di Malayisa dan pandemik telah menyebabkan lebih 100,00 orang telah kehilangan pekerjaan berkemahiran sederhana,ditambah lagi dengan jumlah penganggur yang sedia ada menyebabkan kadar pengangguran meningkat (Syed Abdullah,2021).
Kajian lepas menekankan bahawa pengangguran dan pekerjaan yang tidak tetap akan mendatangkan pelbagai implikasi termasuk kesulitan kewangan, kepuasan kerja yang lebih rendah dan kesihatan mental yang lebih buruk (Lewchuk et al., 2008; McGann et al., 2016;
Park and Kang, 2015; Warren, 2017; Gousia et el,2021). Tambahan pula, banyak pekerja yang mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang stabil sebelum COVID-19 telah kehilangan pekerjaan menghadapi kesan psikologi yang negatif negatif (ILO, 2020). Pengangguran jangka panjang dan pengurangan pendapatan boleh mengakibatkan masalah lain yang berkaitan dengan keperluan asas manusia contohnya, ketidakmampuan untuk memenuhi kewajipan kewangan, kekurangan akses kepada rawatan kesihatan, ketidakupayaan untuk membayar pembayaran sewa dan kekurangan makanan. Kesan negatif lain yang berpotensi termasuk kemerosotan hubungan sosial dan keluarga serta tingkah laku yang berkaitan dengan kerjaya (Drosos, Theodoroulakis, Antoniou & Rajter,2021). Keperluan bantuan psikososial dan kaunseling kerjaya juga amat diperlukan pada waktu pandemik ini berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Daripada 1 Januari 2021 sehingga 18 Jun 2021, Talian Bantuan Sokongan Psikososial telah menerima sebanyak 122,32 panggilan.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 109,806 panggilan (89.4 peratus) adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial dan salah satunya kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan. Kertas ini ingin melihat bagaimana isu pengangguran di Malaysia dan bagaimana peranan kaunseling kerjaya dalam membantu belia yang terjejas sewaktu pandemik ini.
2. Kajian Literatur
Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini adalah kesannya terhadap sektor pekerjaan. Ini kerana banyak sektor pekerjaan perlu ditutup untuk membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat. Sebilangan besar syarikat, operasi perniagaan, organisasi swasta, dan kerajaan juga ditutup dengan segera.
Sebenarnya, penutupan sektor -sektor ini semasa PKP telah menyebabkan banyak perusahaan tidak dapat membayar perbelanjaan termasuk gaji pekerja, sehingga menyebabkan pemberhentian kerja (Jabatan perangkaan Negara ; Abdul Aziz, 2020). Dalam dua dekad akan datang, keadaan dijangka bertambah buruk, dengan lebih daripada 54 peratus daripada semua pekerjaan di Malaysia mungkin berisiko tinggi digantikan oleh teknologi (MOHR, 2019; Abd Rahman, Ismail, Ridzuan, Abd Samad, 2020). Situasi ini menyebabkan kemelesetan pasaran tenaga kerja yang berpanjangan dan peningkatan pengangguran.
Penularan virus ini juga telah memberikan kesan yang negatif kepada individu dan keluarga.
Antara golongan paling teruk terjejas akibat penularan wabak ini adalah belia di bawah usia 30 tahun yang majoritinya belum memiliki kestabilan kewangan kerana baru memulakan pekerjaan ataupun masih belum bekerja. Disebabkan virus ini juga banyak sektor pembuatan dan perkhidmatan terpaksa gulung tikar. Misalnya sektor perkilangan dan pengusaha hotel yang terpaksa menanggung kerugian besar akibat ketiadaan pelanggan yang menginap. Begitu juga dengan peniaga-peniaga kecil yang mana perniagaan mereka juga turut terjejas akibat penularan wabak ini. Bagi golongan belia pula, isu masalah Covid-19 telah memberi tamparan hebat kepada mereka. Kebanyakan daripada mereka hilang sumber pendapatan dan pekerjaan.
Hal ini kerana kebanyakan sektor terpaksa mengurangkan jumlah pekerja kerana tidak mampu untuk membayar gaji disebabkan ekonomi yang merundum. Selain itu, graduan yang baru tamat belajar tidak terkecuali menerima impak daripada penularan wabak ini, mereka juga mempunyai implikasi yang hampir sama. Kebanyakan daripada mereka masih lagi belum mendapatkan pekerjaan dan terpaksa mencari jalan penyelesaian yang tersendiri seperti
menjadi rider food panda, grab food, grab car dan sebagainya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Walaupun sejak 1 April yang lalu, negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik dan ini telah menjadi titik tolak kepada pemulihan ekonomi negara yang kini berada pada momentum yang baik. Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pekerjaan negara dengan kadar pengangguran pada tahun 2020 dan 2021 berada di tahap yang tertinggi iaitu pada kadar 4.5 peratus dan 4.6 peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sehingga April 2022 kadar pengangguran negara telah menurun kepada 3.9 peratus, berbanding 4.6 peratus bagi tempoh sama pada tahun 2021. Ini merupakan kali pertama kadar pengangguran menurun di bawah empat peratus sejak pandemik COVID-19 dengan bilangan penganggur kekal pada trend menurun bagi sembilan bulan berturut-turut. Akan tetapi, walaupun kadar pengangguran menyeluruh memaparkan penurunan namun secara khususnya untuk kadar pengangguran dalam kalangan belia telah meningkat kepada 13.1% sehingga mac 2022.
Sebelum wabak, pasaran buruh adalah sudah tidak menguntungkan belia di seluruh dunia termasuk dia wilayah asia (ILO,2022). Dari segi permintaan, banyak peningkatan hubungan antara pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan pekerjaan penciptaan di banyak negara (ILO 2021a, 2020h). Dari segi bekalan,terdapatnya jurang berterusan antara output pendidikan dan sistem latihan dan permintaan pasaran buruh (ILO 2021e). Lebih – lebih apabila negara telah berada di peringkat endemik dan sektor-sektor utama telah kembali dibuka. Permintaan pasaran tenaga kerja adalah tinggi namun daripada segi bekalan para belia ini masih tidak bersedia menghadapi alam pekerjaan lagi-lagi dalam keadaan norma baharu ini. Berdasarkan laporan daripada FlyMalaysia.org (2020) terdapat kira-kira 116,000 siswazah baru yang kini mencari pekerjaan di Malaysia. Dari sudut pandangan majikan, mereka teragak-agak untuk menawarkan pekerjaan mahir kepada graduan baru kerana mereka tidak mempunyai kemahiran insaniah dan pengalaman langsung. Lulusan baru mungkin cemerlang dalam akademik, tetapi mereka gagal memberikan keputusan yang cemerlang apabila mereka diuji dalam keadaan kerja yang sebenar. Seperti yang terbukti dalam tinjauan Bank Dunia dan Talent Corporation, 81% syarikat melaporkan kekurangan pekerja dalam kemahiran komunikasi (soft skill) sementara 80% majikan menyimpulkan bahawa kurikulum universiti tidak mewakili pengalaman praktikal yang sebenarnya.
Selain itu, industri juga seringkali membangkitkan isu kelulusan yang diperolehi dan kemahiran yang dimiliki belia tidak memenuhi keperluan industri. Majikan terpaksa melatih semula sekiranya mereka diambil bekerja. Sebagai alternatif, pekerja asing menjadi pilihan majikan. Mereka lebih komited malah sanggup bekerja dalam apa jua keadaan. Dalam persekitaran yang tidak menentu ini dimana pihak majikan mengambil sikap bertahan dengan apa yang ada iaitu cuba untuk tidak melakukan pengambilan pekerja-pekerja baru telah menyebabkan golongan belia ini merupakan antara kumpulan yang paling terkesan (Zakaria, n,d). Jika dilihat dari sudut lain pula, pengangguran belia juga boleh disebabkan oleh upah yang rendah dan peluang yang terhad turut menyumbang kepada pengangguran dalam kalangan belia. Sebagai contoh, Disebabkan pandemik ini juga jumlah lulusan baru (pencari kerja) melebihi jumlah pekerjaan eksekutif yang diciptakan di pasaran pekerjaan Malaysia. Malah ada yang mula mencari peluang pekerjaan di negara asing dengan harapan gaji lebih tinggi dan menjamin kestabilan pekerjaan. Tanpa belia, Malaysia tidak akan mengalami kemajuan yang berkelanjutan pada tahun-tahun mendatang dan mungkin mempunyai pertumbuhan yang negatif jika dibandingkan dengan negara-negara lain (Panirselvam,2020).
Walaupun bagaimanapun, berdasarkan penyelidikan daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) (2017) menunjukkan sebab berlakunya pengangguran dalam kalangan belia ialah perubahan struktur dalam pasaran buruh yang memberi kesan teruk kepada golongan muda, yang kadangkala mungkin diburukkan lagi oleh kemelesetan ekonomi atau kemelesetan. Tetapi alasan yang lebih berbahaya hanyalah diskriminasi yang jelas oleh majikan. Adalah difahami bahawa firma atau syarikat memilih pekerja yang lebih tua kerana selain daripada mempunyai lebih banyak pengalaman, mereka percaya bahawa orang dewasa lebih dipercayai dimana klien atau lebih senang berurusan dengan mereka dan mengurakan isu ketidakhadiran ke tempat kerja (absentiseem). Bagi belia yang bekerja pula, majikan seringkali menghadapi kesukaran untuk mengekalkan (retain) mereka dan golongan ini juga seringkali dikaitkan dengan isu disiplin serta kurang komited. Ditambah lagi apabila kebanyakan belia yang menganggur adalah disebabkan sikap mereka itu sendiri. Ramai belia yang tidak suka menyahut cabaran dalam mengambil peluang untuk mempelajari ilmu atau kemahiran baharu.
Mereka tidak ingin keluar daripada zon selesa mereka kerana takutkan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka (Minderjeet, 2016). Kebanyakan mereka tidak mahu terlibat dengan pekerjaan yang melibatkan tiga “D” iaitu Dangerous, Dirty and Difficult (Bahaya, Kotor dan Sukar). Beliau turut menyambung bahawa belia yang menganggur hari ini bukan disebabkan ketiadaan pekerjaan, namun disebabkan sikap mereka sendiri (Utusan Borneo Online, 2017;
Othman, Mutalib dan Manjamain, 2020).
Senario transisi pandemik norma baharu ketika ini telah banyak mengubah trend pekerjaan masa kini. Dimana industri akan mencari pekerja yang mempunyai beberapa kemahiran yang menjadi trend seperti Automasi dan kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain yang bersesuaian juga dengan untuk bersiap sedia untuk usaha masa hadapan lebih-lebih pada era Revolusi Industri 4.0 (Emily, Ice dan Krustch,2022). Berdasarkan kajian daripada Biro Buruh Amerika Syarikat (2022) mendapati sejak wabak ini bermula, kebanyakan tempat kerja telah meningkatkan pengaturan kerja secara jarak jauh (remote) dan hibrid, e-dagang juga telah melonjak dan ketersediaan perkhidmatan teleperubatan dan telekesihatan telah berkembang dengan pesat.
Sektor pekerjaan seperti ini memerlukan penyelesaian keselamatan siber yang dipertingkat dan canggih, dan oleh itu lebih ramai pakar komputer diperlukan. Selain daripada Perkembangan pesat dalam gig ekonomi dalam trend pekerjaan juga memerlukan perhatian. Menurut paulhypepage & Co (2022) Kira-kira 30% daripada tenaga buruh di Malaysia (5 juta orang) bekerja dalam ekonomi gig dan bilangannya semakin meningkat. Dengan industri teknologi yang berkembang pesat, platform dalam talian telah sedia dan mudah diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja. Diiringi dengan fleksibiliti dari segi waktu bekerja dan lokasi bekerja, mereka bebas memilih jenis pekerjaan serta imbuhan. Bekerja dari rumah kini menjadi norma baharu di Malaysia apabila kes Covid-19 meningkat, memacu permintaan untuk ekonomi gig . Oleh itu, para belia dalam situasi sekarang perlu diberi maklumat dan latihan mengenai senario dan bagaimana untuk beradaptasi dalam dunia pekerjaan secara norma baharu sekaligus memberikan mereka peluang dalam mempunyai pilihan dalam pekerjaan.
3. Metodologi
Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan untuk mencari maklumat sekunder yang berkaitan dengan kerjaya belia dan kesihatan mental semasa Covid 19.
Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, dan artikel akhbar serta majalah. Maklumat ini dikumpul dan disaring serta dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Analisis kandungan terhasil apabila pengkaji
latar belakang terhadap kandungan kajian literatur yang hendak dijalankan. Seterusnya pengkaji membaca dan memahami bahan literatur yang diperoleh.
4. Perbincangan dan Implikasi
Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan bahawa pengangguran boleh memburukkan kesihatan mental dan fizikal. Masalah pengangguran dan kesihatan mental adalah saling berkait antara satu sama lain. Pengangguran boleh menjadi tekanan psikologi. Situasi baru dan tidak selesa ini boleh menyebabkan berlakunya tekanan yang berlebihan sehingga menganggu kesihatan mental individu. Contohnya individu akan mengalami tekanan yang serius sehingga menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Apabila seseorang individu itu kehilangan pekerjaan, bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan tetap tetapi juga kehilangan hubungan dengan rakan sekerja, struktur harian dan kepentingan matlamat diri. Pengangguran juga boleh mengakibatkan status seseorang itu dipandang rendah oleh kalangan rakan-rakan dan keluarga, dan di dalam masyarakat secara keseluruhannya. Kesan ini boleh menyebabkan individu kehilangan harga diri. (Björklund, 1985). Menurut kajian Ipsos pula, dapatan menunjukkan bahawa 62 peratus rakyat Malaysia sangat bimbang akan ancaman COVID-19. Tahap kebimbangan ini adalah yang tertinggi di kalangan warga negara lain.Kajian Pusat Penyelidikan EMIR mendapati 81 peratus daripada responden menunjukkan kebimbangan akan kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 (Syed Abdullah , 2021).
Selain daripada itu, walaupun kemelesetan ekonomi mempengaruhi semua orang, seseorang yang menganggur paling terdedah kepada implikasi ini kerana pengurangan pendapatan dan pengangguran dan boleh dikaitkan dengan peningkatan masalah kesihatan mental (Drosos 2020 ; Antoniou &Dalla, 2011, 2015; Economou et al, 2013; Murphy & Athanasou, 1999) seperti ketagihan dan masalah penyalahgunaan bahan serta masalah kesihatan fizikal.
Kehilangan pekerjaan yang membawa kepada pengangguran juga merupakan peristiwa yang tidak diatur ,tidak menyenangkan, dan menyakitkan, lebih-lebih lagi bagi mereka individu yang telah melaburkan banyak masa dan identiti dalam kerjaya mereka. (Gabriel et al., 2010).
Implikasi ini juga disokong oleh OECD (2021) hasil tinjaun mereka mendapati perbezaan risiko, dan ketahanan terhadap kesihatan mental adalah berbeza terutamanya berdasarkan usia, jantina, status pekerjaan, keadaan kewangan dan latar belakang sosio-ekonomi. Orang muda atau belia, individu yang tinggal sendiri atau yang mempunyai status sosio-ekonomi yang lebih rendah serta individu yang menganggur mempunyai tahap tekanan jiwa yang lebih tinggi.
Kesan kesihatan mental terhadap kehilangan pekerjaan hari ini adalah tinggi , memandangkan sejumlah besar penyelidikan menunjukkan bahawa pengangguran dikaitkan dengan kegelisahan, kemurungan dan kehilangan kepuasan hidup serta dapatan hasil negatif yang lain.
Begitu juga, ketiadaan dan ketidakstabilan pekerjaan yang menyumbang kepada pengangguran dalam situasi pandemik ini akan menimbulkan kesusahan yang tidak mampu di tanggung lagi oleh mereka. Oleh itu, sebilangan besar orang ini memerlukan sokongan psikologi untuk membantu mereka mendapatkan kembali kesejahteraan hidup yang baik (Pappas,2020).
Tujuan kaunseling kerjaya ialah untuk membantu individu (klien) mencapai persetujuan dengan perasaan mereka, untuk meneroka dan menjelaskan pilihan mereka dan memberi mereka keyakinan untuk membantu diri mereka. Khususnya, terdapat kemungkinan peningkatan keperluan untuk profesional dalam bidang kerjaya yang mahir dalam intervensi berdasarkan trauma. Pendekatan kaunseling kerjaya berdasarkan trauma meliputi (a) mewujudkan persekitaran kepercayaan dan keselamatan, (b) menilai gejala yang berkaitan dengan trauma, (c) penggunaan kerangka ekologi untuk mengkonseptualisasikan hubungan antara pengalaman trauma dan pekerjaan, (d) mengembangkan alternatif strategi yang sesuai,
dan (e) mempromosikan kesesuaian kerjaya. Intervensi kaunseling kerjaya juga mungkin bermatlamat untuk membantu memenuhi keperluan hidup asas, keperluan sosial, dan keyakinan terhadap diri sendiri yang telah terhakis oleh pekerjaan atau pengangguran yang tidak menentu yang berkaitan dengan pandemik, kerana semuanya berkaitan dengan kesejahteraan psikologi (Duffy et al., 2016).
Kajian daripada Autin, Bluestien, Ali dan Garriot (2020) mendapati bahawa terdapatnya keperluan kaunselor kerjaya untuk menggabungkan intervensi kaunseling kerjaya dan kesihatan mental dalam pekerjaan mereka dengan klien yang terkena wabak COVID-19. Ini juga turut disokong oleh Cedepof (2020) iaitu sebuah Pusat Pembangunan Latihan Vokasional di eropah menyatakan permintaan yang meningkat untuk perkhidmatan kaunseling kerjaya diperlukan oleh responden di seluruh dunia semasa peringkat pertama wabak khususnya daripada bimbingan dan bantuan mencari pekerjaan, peluang penempatan semula, pendidikan dan peluang latihan. Terdapat juga peningkatan yang ketara dari segi permintaan untuk sokongan psikososial. Potensi kaunseling kerjaya ini mampu menyumbang kepada pemulihan dari segi penggunaan sumber untuk kerjaya melalui pendidikan, pengembangan kemahiran tenaga kerja dan kecekapan menilai pasaran pekerjaan.
Selain daripada itu belia perlu didedahkan dengan program bimbingan dan kaunseling kerjaya dan mencari kerja sejak di peringkat sekolah lagi. Belia perlu didedahkan dengan aspirasi yang realistik dan maklumat terkini tentang keadaan pasaran buruh dan peluang pekerjaan . Kaunselor bimbingan yang terlatih dan dilengkapi dengan pengetahuan mengenai maklumat pasaran buruh yang tepat mampu membimbing golongan belia pada ketika keputusan berkenaan pemilihan kerjaya perlu dilakukan (Abu Rahim,2021). Dalam mendepani wabak sekarang ini, pencarian pekerjaan mencabar kerana dua sebab. Salah satunya disebabkan penguncupan ekonomi secara keseluruhan telah mengurangkan jumlah pekerjaan baru yang ada, bermaksud calon akan menghadapi persaingan yang sengit untuk bekerja. Walaupun pendekatan berdasarkan psikologi mungkin tidak dapat membantu masalah ini, tetapi pemahaman tentang kesihatan mental, motivasi dan tingkah laku manusia mungkin dapat menangani cabaran kedua iaitu menyesuaikan intervensi kerjaya dengan gaya kerjaya norma baharu(Pappas,2020).
Pengurusan kerjaya yang baik dapat mengelakkan individu daripada mengalami tekanan semasa wabak COVID-19 ini yang seterusnya mengakibatkan gangguan fizikal, mental dan emosi. Persediaan awal untuk merancang kerjaya semula bagi mereka yang telah berhenti kerja atau diberhentikan kerja perlu dibuat bagi menampung aspek kewangan dan sara hidup yang kian meruncing semasa wabak melanda (Abdul Aziz,2020).
5. Rumusan
Soroton literatur menunjukkan bahawa isu pengangguran ini akan menganggu kesihatan mental dan kesejahteraan hidup belia di seluruh dunia. Langkah awal perlu diambil untuk membantu menurukan kadar pengangguran dalam kalangan belia sekaligus mengurangkan perkara-perkara negatif yang mungkin akan menganggu kehidupan mereka sekaligus mempengaruhi masyarakat sekeling.Berdasarkan dapatan pembacaan kepustakaan pengkaji, antara kajian-kajian yang boleh dilakukan untuk kajian lanjutan adalah seperti mengenalpasti tahap kesihatan mental para belia Malaysia yang menganggur ketika pandemik COVID -19.
Dengan mengetahui tahap kesihatan mental para belia ini, dapat membantu pengkaji untuk mengaplikasikan perkhidmatan kaunseling kerjaya dalam membantu belia meningkatkan pengetahuan pekerjaan, keyakinan diri, efikasi kendiri sekaligus membantu mereka menangani
punca-punca yang boleh menyebabkan kesihatan mental mereka dan kesejahteraan hidup mereka tergangggu.
Isu kerjaya dalam era pandemik memberikan cabaran yang besar kepada golongan pekerja walaupun berbeza impaknya. Hakikatnya, ramai yang hilang pekerjaan dan mata pencarian dan yang jumlah menganggur juga semakin bertambah, persaingan untuk mencari rezeki demi meneruskan kehidup semakin sukar yang boleh menyebabkan krisis kepada kebanyakan individu. Disebabkan itu, tindakan awal dalam menghadapi krisis kepada golongan yang sedang berjuang ini dan bantuan sokongan psikososial sedikit sebanyak membantu individu daripada berada dalam keadaan lebih membimbangkan yang mana akan memberi implikasi kepada kesihatan mental dan kesejahteraan hidup mereka.
Rujukan
Abdul Aziz, A. R. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 1–
9. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.539
Abd Rahman, N. H., Ismail, S., Ridzuan, A. R., Abd Samad, K. (2020). The Issue of Graduate Unemployment in Malaysia: Post Covid-19. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 10(10), 834-841.
Abdullah Syed, (2021). Impak Covid-19dan Implikasi terhadap Kaunseling Kerjaya. Webinar on Webinar PERKAMA International,Malaysia.
Anders Björklund, (1985), Unemployment and Mental Health: Some Evidence from Panel Data, Journal of Human Resources, 20, (4), 469-483
Au Yong, H. N. (2019). Preparing for youth employment in Malaysia: the influence of education and training policy. International Economic Policy, 30, 7–28.
https://doi.org/10.33111/iep.2019.30.01
Autin, K. L., Blustein, D. L., Ali, S. R., & Garriott, P. O. (2020). Career Development Impacts of COVID 19: Practice and Policy Recommendations. Journal of Career Development, 47(5), 487–494. https://doi.org/10.1177/0894845320944486
Batong, A., Boroh, R. P., & Lim, B. (2017). Faktor Yang Mempengaruhi Belia Untuk Tidak Bekerja: Kajian Kes Di Daerah Tawau, Sabah. Proceedings of International Conference on Economics, 493–500. https://www.ums.edu.my/fpep/files/Abd.pdf
Cedefop; European Commission; ETF; ICCDPP; ILO; OECD; UNESCO (2020). Career guidance policy and practice in the pandemic: results of a joint international survey – June to August 2020. Luxembourg: Publications Office of the European Union.
http://data.europa.eu/doi/10.2801/318103
Cheng, C. W. B. 2020. Malaysia’s youth on the unemployed frontline. Malaysiakini.
https://www.malaysiakini.com/columns/521283 [15 Jun 2020]
Drosos, N., Theodoroulakis, M., Antoniou, A. S., & Rajter, I. C. (2021). Career Services in the Post-COVID-19Era: A Paradigm for Career Counseling Unemployed Individuals.
Journal of employment counseling, 58(1), 36–48.
https://doi.org/10.1002/joec.12156
Duffy, R. D., Blustein, D. L., Diemer, M. A., & Autin, K. L. (2016). The Psychology of Working Theory. Journal of Counseling Psychology, 63(2), 127–148.
https://doi.org/10.1037/cou0000140
Ernst & Young. (2020).Economic impact of COVID 19: A Malaysian context.
https://www.myfuturejobs.gov.my/wp-content/uploads/2020/04/COVID 19-Economic Impact_Malaysia_080420.pdf [27 Jun 2021]
Ghazali, S. Z., & Ismail, A. (2013). Kaitan Antara Latihan Pengurusan Bakat dengan Prestasi Kerja dalam Sektor Perbankan Islam. Prosiding Perkem Viii, 1, 101–111.
Gousia, K., Baranowska-Rataj, A., Middleton, T., & Nizalova, O. (2021). The Impact of Unemployment and Non-Standard Forms of Employment on the Housing Autonomy Hylton, S., Ice, L., & Krustch, E. (2022, February 24). What the long-term impacts of the
COVID-19 pandemic could mean for the future of IT jobs : Beyond the Numbers: U.S.
Bureau of Labor Statistics. U.S Bureau Labour of Statistic.
https://www.bls.gov/opub/btn/volume-11/what-the-long-term-impacts-of-the-Covid- 19-pandemic-could-mean-for-the-future-of-it-jobs.htm
ILO Monitor : COVID-19 and the world of work : updated estimates and analysis. (2020). ILO Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh. (2017). Youth Unemployment - ILMIA.
https://www.ilmia.gov.my/index.php/my/dashboard-datamart/kilm/indicators/youth- unemployment
International Labour Organization (ILO). (2022). World Employment and Social Outlook:
Trends 2022. © International Labour Organization 2022.
Jabatan Perangkaan Malaysia (2022, May 10). Kadar Pengangguran Kekal 4.1% - Seramai 669,200 Penganggur Kini Dicatatkan.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2022, May 20). Sorotan Pasaran Buruh, Suku Pertama 2022 [Press release]. https://www.dosm.gov.my/
Jabatan Perdana Menteri. (2022, June 26). Teks Ucapan Sempena Karnival Kerjaya (BN Youth Job Fair) [Press release]. https://www.pmo.gov.my/2022/06/780690/
Mansor, J., & Abu Rahim, M. A. R.(2020).Cabaran dan Strategi Pasca-Pandemik Untuk Belia.
KhazanahInstituteResearch.
Michael, E., & Geetha, C. (2022). Macroeconomic Factors That Affecting Youth Unemployment In Malaysia. Malaysian Journal of Business and Economics, 7(2), 181–
205.
Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim. (2021). Kebolehpasaran Graduan: Cabaran fasa pemulihan krisis. Kuala Lumpur: Khazanah Research Institute. License: Creative Commons Attribution CC BY 3.0.
OECD (2021), "Tackling the mental health impact of the COVID-19crisis: An integrated, whole-of-society response", OECD Policy Responses to Coronavirus (COVID 19), OECD Publishing, Paris, https://doi.org/10.1787/0ccafa0b-en.
Othman, F., Mutalib, R., & Manjamain, R. (2020). Perspektif Mahasiswa Terhadap Faktor Pengangguran Siswazah Di Malaysia. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial Dan Kemanusiaan Ke-5PASAK5 2020), 609–620.
Pappas, S. (2020). The toll of job loss. American https://www.apa.org/
(2022b, June 19). The Gig Economy in Malaysia. Company Incorporation in Malaysia | PaulHypePage.My. https://www.paulhypepage.my/the-gig-economy-in-malaysia/
Utusan Borneo Online. (2017). Terlalu memilih kerja punca graduan menganggur. Diakses pada 15 Jun 2022 daripada http://www.utusanborneo.com.my/2017/05/06/terlalu- memilihkerja-puncagraduan-menganggur
Zakaria, N. (n.d.). Pengangguran Di Malaysia : Kesan Pandemik Covid 19. Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. Retrieved June 25, 2022, from https://jpp.mohr.gov.my/