• Tidak ada hasil yang ditemukan

215 PERANAN IBU BAPA MENDEPANI NORMA BAHARU: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI BAHASA MELAYU DI SEKOLAH-SEKOLAH PANTAI BARAT UTARA SABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "215 PERANAN IBU BAPA MENDEPANI NORMA BAHARU: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI BAHASA MELAYU DI SEKOLAH-SEKOLAH PANTAI BARAT UTARA SABAH"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN IBU BAPA MENDEPANI NORMA BAHARU: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI BAHASA MELAYU DI SEKOLAH-

SEKOLAH PANTAI BARAT UTARA SABAH

Sinon binti Longguyu1 Atiah binti Awang2 Siti Munirah binti Abdullah3

Hendon binti Ramlan4

1 Sekolah Kebangsaan Labuan Kota Belud, Sabah(E-mail: sinon5198@gmail.com)

2Sekolah Kebangsaan Melangkap Kota Merudu, Sabah(E-mail: Atiahawang17@gmail.com )

3Sekolah Kebangsaan Kebayau Kota Belud, Sabah(E-mail: irahctira@gmail.com )

4Sekolah Kebangsaan Sarang Kota Belud, Sabah(E-mail: hendon5638@gmail.com )

___________________________________________________________________________

Abstrak: Fokus kajian ini untuk melihat kesan pandemik terhadap prestasi bahasa melayu Tahun 6 di sekolah-sekolah Pantai Barat Utara ,Sabah. Peranan ibu bapa mendepan situasi baharu dalam pembelajaran anak-anak dilihat satu kekuatan . Pengkaji telah memilih empat buah sekolah iaitu sebuah Sekolah Gred A,sebuah Sekolah Gred B dan dua Sekolah Kurang Murid(SKM). Prestasi sekolah kajian pada tahun 2019 dalam Bahasa Melayu berada ditahap cemerlang bagi kedua-dua kertas.Pada tahun 2020, melalui Peperiksaan Alternatif kerana Ujian Penilaian Sekolah Rendah dibatalkan, hasil ujian prestasi Bahasa Melayu Pemahaman(BMK) mmengalami penurunan. Menerusi UPSR 2019,sekolah Gred A, SK. Labuan Bahasa Melayu bagi kedua-dua kertas 100%,, dan dapat mengekalkannya pada tahun 2020 walaupun kualitinya agak menurun.SK Melangkap yang mewakili Gred B telah mencatatkan penurunan iaitu dari 96% kepada 81% dan BMP dari 96% kepada 81%.Wakil sekolah SKM(B) iaitu SK. Sarang, BMK mengalami penurunan iaitu dari 100% kepada 85% dan BMP dari 100% kepada 75%. Bagi Sekolah SKM SK. Kebayau dapat mengekalkan prestasi 100% tetapi mengalami penurunan kualiti.. Pengumpulan data menggunakan Ujian Pra, Ujian Pos, data UPSR dan temu ramah dengan ibu bapa pelajar.Data skor diperolehi melalui guru Bahasa Melayu kedua-dua sekolah. Kajian mendapati 20% murid yang tidak lulus terdiri daripada pelajar yang berprestasi rendah dan mempunyai pelbagai faktor kekangan. Manakala sekolah gred A lokasi sekolah dan latar belakang keluarga murid merupakan satu kelebihan dan kekuatan. Data dianalisis secara manual menggunakan jadual, graf dan peratus.

Kata kunci: Prestasi, Bahasa Melayu, kesan pandemik, latar belakang murid, pendidikan ibu bapa.

Abstract: The focus of this study is to look at the pandemic effect on Year 6 Malay language performance in North West Coast schools, Sabah. The role of parents in facing new situations in children's learning is seen as a strength. The researcher has selected four schools, a Grade A School, a Grade B School and two Schools with Few Students (SKM). The performance of the study school in 2019 in Malay was at an excellent level for both papers. In 2020, through the Alternative Examination because the Primary School Assessment Test was canceled, the results of the Malay Comprehension (BMK) performance test experienced a decline. Through UPSR 2019, Grade A schools, SK. Labuan Bahasa Melayu for both papers 100% ,, and can maintain it in 2020 although the quality is somewhat decreased.SK Melangkap representing Grade B has recorded a decrease from 96% to 81% and BMP from 96% to 81% .School representatives SKM (B) i.e. SK. Sarang, BMK decreased from 100% to 85%

and BMP from 100% to 75%. For SKM SK School. Kebayau was able to maintain 100% performance but experienced a decline in quality. Data collection using Pre-Test, Post-Test, UPSR data and interviews with parents of students. Score data was obtained through Malay language teachers of both schools. The study found that 20% of students who did not graduate were low -achieving students and

(2)

had various constraint factors. While a grade A school the location of the school and the family background of the students is an advantage and strength. Data were analyzed manually using tables, graphs and percentages.

Keywords: Performance of Malay language, pandemic effects, student background, parent education.

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kajian ini telah dimulakan sebaik PKP dikuatkuasakan untuk melihat prestasi Bahasa Melayu Tahun 6 di Pengkaji telah memilih empat buah sekolah iaitu sebuah Sekolah Gred A,sebuah Sekolah Gred B dan dua Sekolah Kurang Murid(SKM). Kajian ini dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) untuk menyekat penularan virus Covid 19. PKP telah menyebabkan sekolah ditutup pada 18 Mac 2020 sehingga 21.7.2020. Sekolah dibuka tetapi dalam masa yang singkat sahaja dan ditutup semula pada 12.10.2020 sehinggalah cuti.

Penutupan sekolah telah mengubah secara automatik kerana guru dan murid tidak lagi dapat bersemuka. PDPC yang lebih popular dengan nama PDPR dilaksanakan sepenuhnya melalui aplikasi whatsapp dan modul bercetak.Situasi pembelajaran dan pengajaran sangat berbeza kerana masa bersemuka dengan murid terlalu kurang manakala penggunaan whatsap sepenuhnya pada masa penutupan sekolah. Selain itu, talian internet terlalu terhad pada PKP berbanding sebelumnya. Jika sebelumnya pada masa persekolahan harian murid bersemuka dengan guru di sekolah dan pada malamnya murid menyambung kerja melalui whatsapp, tetapi masa PKP murid hanya boleh bersoal jawab melalui whatsapp dalam telepon mudah alih.

PDPR yang di laksanakan merujuk sepenuhnya kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitiu Manual PDPR 2020.

Pernyataan Masalah

Prestasi akademik murid sekolah rendah dilihat melalui keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Pihak pentadbir menjadikan prestasi akademik murid fokus utama yang harus ditingkatkan. Pelbagai program dan usaha untuk meningkatkan prestasi murid. Walaupun dikalangan murid mempunyai pelbagai kekangan untuk mengubah prestasi, namun dipihak sekolah dengan sedaya upaya mencari pendekatan yang sesuai. Pihak pentadbir memberi fokus kepada prestasi Bahasa Melayu kerana murid harus menguasai kemahiran dalam bahasa terlebih dahulu untuk memudahkan murid tersebut menguasai kemahiran mata pelajaran lain.

Murid yang tidak melepasi tahap minimum yang mendapat gred E dalam salah satu mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan mengakibatkan murid tersebut tidak tersenarai dalam pengiraan peratus lulus keseluruhan ujian. Nora’azian Nahar dan Fadzilah Abd. Rahman (2018) , Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan wajib lulus bagi setiap murid. Kegagalan murid menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu akan mempengaruhi kepada kepada subjek lain. Contohnya, jika murid tersebut tidak boleh membaca atau memahami kandungan teks yang dibaca, murid tersebut tidak dapat memberi penyelesaian masalah atau memberi jawapan yang betul kepada soalan dalam semua subjek kerana murid tidak tahu kehendak soalan. Ini menyebabkan guru berusaha berlipat kali ganda mencari idea bagaimana cara terbaik mengatasi kelemahan murid dalam pembelajaran untuk mengurangkan gred ‘E’ kerana gred inilah yang menjadi penyebab peratusan lulus UPSR

(3)

rendah. Kualiti sekolah dan kemenjadian murid dapat digambarkan melalui pencapaian murid terutamanya dari sudut akademik.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan pandemik Covid19 terhadap prestasi Bahasa Melayu di empat buah sekolah yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mempastikan prestasi bahasa melayu sentiasa kekal pada tahap cemerlang. Penurunan prestasi subjek bahasa melayu akan dikaji untuk mencari penambahbaikan. Bahasa melayu harus diperkasakan kerana subjek ini membawa pengaruh yang sanggat tinggi jika murid belum menguasai kemahiran terutama sekali memahami maksud dan cara penulisan yang betul.Kelemahan murid dalam subjek bahasa melayu akan memberi kesan dalam pembelajaran mereka.

Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai dua objektif yang perlu dicapai;

1. Meneliti kesan pandemik covid-19 terhadap prestasi Bahasa Melayu Tahun 6 di empat buah sekolah-sekolah Pantai Barat Utara ,Sabah

2. Mengenalpasti faktor perubahan prestasi bahasa melayu di Tahun 6 di empat buah sekolah-sekolah Pantai Barat Utara ,Sabah

2. Tinjauan Literatur

Habibie Ibrahim. Et.al. (2018) , ibu bapa mempengaruhi kejayaan anak khususnya kejayaan di dalam pemelajaran. Ini adalah kerana ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan galakan sehingga anak-anak timbul minat, bersemangat dan menunjukkan ketekunan serta keyakinan diri di dalam proses pembelajaran. Hubungan yang erat antara ibu bapa dengan anak akan member motivasi kepada anak-anak untuk lebih tekun dalan pembelajaran.

Prestasi akademik merupakan indikator utama untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar dalam semua peringkat dari prasekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Menurut Nur Maizatul Azra Mukhtar et.al. (2017), penguasaan bidang akademik diukur pada tahap penguasaan, pencapaian yang diperolehi, khususnya prestasi dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Prestasi murid harus berada ditahap cemerlang untuk memastikan kualiti sekolah baik dan melahirkan kemenjadian murid serta tidak meragukan pelanggan sekolah.

Menurut Sylvester Lau Yueh Wei el.al. (2020), apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran bahasa Melayu dengan baik, ini akan menjejaskan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Ini sangat bertepatan kerana buku teks yang dibekalkan oleh kementerian selain daripada buku teks Bahasa Inggeris semuanya menggunakan bahasa melayu . Berlandaskan fakta ini pihak sekolah mengambil langkah proaktif dengan segera bagi mengatasi kelemahan dan kekangan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak semua bertutur bahasa melayu di rumah.

Noor Azmira Mohamed & Nor Azlili Hassan. (2019), penggunaan Bahasa Melayu menjadi medium penting dalam mewujudkan keharmonian dan mengukuhkan perpaduan masyarakat di Malaysia. Penguasaan Basaha Melayu akan mengeratkan perpaduan yang telah

(4)

menjadi agenda penting kerajaan dalam mewujudkan dan mengekalkan keharmonian dan kestabilan masyarakat di Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama. Dengan erti kata lain Bahasa Melayu dapat mengelakkan kecelaruan murid dalam kelas.

Mohd Khaidir Abdul Wahab et.al.(2016), Matlamat pendidikan bahasa bukan sekadar untuk menguasai sistem dan kemahiran bahasa, tetapi membentuk murid yang bersahsiah tinggi, mempunyai semangat nasionalisme terhadap negara, menyuburkan tradisi pemikiran dan budaya ilmu melalui kreativiti bahasa.Justeru itu, Bahasa Melayu perlu diketengahkan kepada murid agar dapat melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sistem bahasa malahan dapat membentuk murid yang berakhlak mulia di peringkat individu dan masyarakat.

3. Metodologi Kajian

Penyelidik Menggnakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan data kajian.

Justifikasi penggunaan Kaedah gabungan (Mixted Method)

Tujuan penyelidik menggunakan mixed metode iaitu pendekatan kuantitatif dengan kualitatif penyelidik dapat mengetahui secara mendalam pandangan pelajar terhadap pembelajaran menggunakan whatsApp. Menurut Chua (2016) dalam buku 2, menyatakan kepentingan penyelidikan kualitatif pengkaji memahami cara mendalam tentang fenomena di bawah kajian kerana tingkah laku, emosi manusia, ciri-ciri dan situasi persekitaran sukar difahami sepenuhnya dengan hanya menggunakan angka-angka. Menurut Mohamad Zainudin (2016), kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif mempunyai kelebihan seperti dapat membandingkan data kuantitatif dengan kualitatif khususnya untuk memahami dan memberi gambaran terhadap pandangan responden dan memastikan hasil dapatan adalah pengalaman mereka sendiri dan menggalakkan interaksi ilmiah. Menurut beliau lagi, kaedah pengupulan data pendekatan kualitatif termasuk catatan, temu bual, pemerhatian dan dokumen teks dapat membantu menguatkan dan memantapkan kajian jika menggunakan mixed metode.

1. Reka bentuk

Reka bentuk dalam penyelidikan ini terdiri daripada perancangan, pelaksanaan ,pemerhatian dan refliksi. Bahagian perancangan, penyelidik telah mendapatkan data Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) keputusan Bahasa Melayu Tahun 6 dua tahun berturut-turut daripada Sektor pengurusan sekolah daerah. Pelaksanaan, peringkat sekolah telah membekalkan bahan iaitu bahan cetak dan modul sebagai tugasan PDPR kepada murid Tahun 6 dan dijelaskan penerangan tugasan melalui saluran grup whatsap. Pemerhatian dilaksanakan melalui respon tugasan murid digrup kelas Tahun 6. Penyelidik menyimpulkan refleksi selepas ujian pos.

2. Persampelan

Kajian ini menggunakan prosedur persampelan bertujuan dalam kategori persampelan bukan kebarangkalian kerana telah memilih murid Tahun 6 sebagai sampel yang telah ditetapkan.

Menurut Chua (2013), persampelan bertujuan adalah pemilihan responden dengan tujuan untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan kajian.

(5)

3. Instrumen

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian ini, iaitu ujian pra dan post untuk melihat prestasi dan interaksi pelajar. Menurut Lay & Khoo (2013), Instrumen merupakan satu alat atau prosedur yang digunakan untuk mengumpul maklumat secara sistematik manakala instrumentasi pula merangkumi instrument dan cara pengurusan instrument termasuk tempat, masa dan kumpulan sasaran. Ujian pra sebagai markah awal dan ujian Pos (Peperiksaan Alternatif) berikutan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah dibatalkan.Sepanjang penutupan sekolah pembelajaran dan pemudahcaraan dirumah (PDPR) dilaksanakan melalui aplikasi whatsapp dalam group kelas setiap kelas. Penghantaran modul dan bahan bercetak ke rumah murid di aktifkan setiap minggu.

4. Temu bual

Dalam kajian ini temu bual tidak berstruktur, soalan-soalan tidak berformat fokus umtuk mendapatkan maklumat yang berkaitan kajian. Kamarul Azmi Jasmi, (2012), melalui temu bual pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang meluas dan sempurna dengan cara

“mendalami” sesebuah topik tertentu dalam kajian, kerana itu temu bual mendalam merupakan instrument yang dianggap penting.

5. Pemerhatian

Penyelidik telah membuat pemerhatian sepanjang kajian melalui grup whatsap. Respon setiap responden melalui tugasan bahasa melayu. Kekerapan penghantaran tugasan adalah dasar penyelidik membuat ziarah cakna ke rumah responden untuk mendapatkan maklumat pembelajaran responden.

6. Prosedur pengumpulan data

Penyelidik membuat perbincangan dengan ketua panitia Bahasa Melayu dan Guru Bahasa Melayu Tahun 6 diawal perancangan kajian. Data ujian pra dan data ujian pos iaitu daripada peperiksaan alternatif. Penyelidik juga telah menziarah cakna kepada respondan untuk mendapat maklumat pembelajaran dan pengajaran dirumah (PDPR). Penyelidik juga telah menemubual ibu bapa responden untk mendapatkan maklumat berkaitan pembelajaran murid.

Data peperiksaan UPSR diperolehi fail peperiksaan UPSR; Lembaga Peperiksaan Malaysia.

7. Penganalisian data

Data yang telah dikumpul dianalisis secara manual. Ujian pra,pos dan keputusan ujian UPSR dimasukkan dalam jadual dan diaplikasikan dalam graf untuk melihat perkembangan prestasi kedua-dua kertas Bahasa Melayu. Penyelidik hanya membuat perbandingan prestasi berdasarkan peratus pencapaian sebelum dan semasa pandemik. Hasil temu bual dari responden dicatat dan dikod. Hasil permerhatian direkod untuk melihat kekerapan responden menyelesaikan tugasan.

8. Kebolehpercayaan dan kesahan

Chua (2016), kebolehpercayaan dan kesahan adalah merupakan dua ciri utama yang saling berkait dalam menentukan kesesuaian dan kebolehgunaan sesuatu instrumen dalam sesebuah kajian penyelidikan. Kajian ini menggunakan beberapa kaedah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.

(6)

Triangulasi

Kaedah triangulasi digunakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.

Dalam kajian ini, data dikutip dan dicatat dari hari ke hari melalui temu bual, pemerhatian dan tinjauan, kenyataan ini disokong oleh Jasni K.A (2012). Data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis utuk perbandingan, melihat perkembangan murid dan seterusnya sebagai bahan utama untuk menjawab persoalan kajian. Chua (2016), triangulasi adalah satu kaedah yang dapat memberikan data yang mempunyai kreadibiliti dan kesahihan yang tingi kerana dilihat dari pelbagai arah, kenyataan ini disokong oleh Lay (2013) dan Lily Hanefarezan Asbulah (2018), dalam konteks penyelidikan di mana kesahan dan kebolehpercayaan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan dalam kajian.

4. Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Jadual 1: Prestasi Bahasa Melayu 2019 hingga 2020 Sekolah Kajian

TAHUN % LULUS BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN

2019 (UPSR) 2020 (PA) Bahasa

Melayu Kefahaman

Bahasa Melayu Penulisan

Bahasa Melayu Kefahaman

Bahasa Melayu Penulisan

Catatan

SK Labuan, (Gred A)

100% 100% 100% 100% Penurunan

kualiti SK.Melangkap

(Gred B)

96.15% 96.25% 81.15% 81.25% Penurunan

% SK. Sarang (SKM

–B)

100% 100% 85% 75% Penurunan%

SK. Kebayau (SKM)

100% 100% 100% 100% Penurunan

kualiti

Rajah 1: Menunjukkan Perbezaan Pencapaian Prestasi Bahasa Melayu Kefahaman (BMK) di Keempat-Empat Sekolah

0 20 40 60 80 100 120

SK.Labuan SK. Melangkap SK. Sarang SK. Kebayau

2019 2020 BMK Column1

(7)

Rajah 2 : Menunjukkan Perbezaan Pencapaian Prestasi Bahasa Melayu Penulisan (BMP) di Keempat-Empat Sekolah

Ulasan data prestasi yang diperolehi

Dapatan Kajian ini menujukkan SK. Sarang yang mewakili Sekolah Kurang Murid(SKM) dan SK Melangkap tidak dapat mengekalkan prestasi dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu iaitu BMK dan BMP. Manakala SK. Labuan mewakili sekolah Gred A SK. Kebayau dapat dapat mengekalkan prestasi 100% untuk kedua-dua kertas Bahasa Melayu BMK dan BMP. Tetapi kualiti skor mengalami penurunan.

Faktor Kegagalan mencapai markah lulus bagi SK. Sarang dan SK. Melangkap.

Hasil daripada kunjungan penyelidik ke rumah setiap murid yang dikenalpasti, berikut adalah hasil perbincangan daripada penjaga murid. Tema terhasil daripada temu bual dengan murid bersama ibu bapa. Analisis ini fokus kepada lima(5) orang murid yang gagal mencapai markah lulus.

Jadual 3: Tema Faktor Kegagalan Murid

Bil Tema Bil.Murid

1. Ibu bapa berpendidikan rendah 10

2. Masalah kewangan keluarga 9

3. Tiada dorongan daripada ibu bapa 9

4. Tidak berminat belajar 7

5. Masalah keluarga 10

Jadual 4: Analisis Faktor Kegagalan Murid Tidak Mencapai Skor Lulus

Bil Nama Murid Faktor Tema

1

Exsol Bin Pulin

Ibu yang tidak pernah bersekolah. Tiada galakan daripada penjaga dan kemudahan pembelajaran kurang terutama kos kreadit telepon. Modul pembelajaran oleh guru yang dibekalkan tidak diendahkan. Pekerjaan ibu menorah getah, bapa buruh di Kota Kinabalu. Datuk dan nenek murid tinggal bersama yang telah uzur.Jumlah orang dalam rumah seramai 5 orang.

1 2 3 4 5 2 Fanney Binti

Ketawa

Murid tinggal dengan ibu bapa. Jumlah adik beradik 8 orang.Sekolah menengah 2 orang, sekolah rendah 3 orang. Pekerjaan bapa penoreh getah, ibu suri rumah sepenuhnya. Hasil perbincangan, mendapati ibubapa tidak

1 2 3 0

20 40 60 80 100 120

SK. Labuan SK. Melangkap SK. Sarang SK. Kebayau

2019 2020 BMP Column1

(8)

mampu membeli kredit telepon bimbit.Pendidikan Ibu bapa setakat Tahun 6. Murid membantu jaga adik-adik yang masih kecil.

5 3

Hij. Muhira Binti Yapin

Pendidikan ibu bapa lepasan Tahun 6. Murid ini tidak boleh menyebut perkataan dengan betul (sengau). Adik-beradik seramai 5 orang dan seorang daripadanya OKU(sindrom). Pekerjaan bapa nelayan.

1 2 3 5 4

Mohd Haikal Asyraf Taip

Ibu bapa murid bercerai. Ibu dan murid tinggal dengan datuk dan nenek.

Murid sebenarnya bijak. Murid ini telah menyalahgunakan telepon.

Telepon digunakan untuk keseronokan ‘ketagihan games’ sehingga tidak memperdulikan tugasan sekolah dan sering menimbulkan masalah.

1 4 5 5

Nel Wilson Latius

Murid tinggal dengan ibu bapa. Tiada galakan belajar daripada ibu bapa.

Pekerjaan bapa petani. Bilangan keluarga yang ramai. Tidak mampu membeli kreadit telepon. Murid membantu kerja bapa menorah getah.

1 2 3 4 6

Sean Bradley

Menghadapi masalah pembelajaran, tiada bantuan daripada ibu bapa kerana pendidikan rendah. Menghadapi masalah kewangan

1 2 3 5 7.

Sherah Riddon

Menghadapi masalah pembelajaran, tiada bantuan daripada ibu bapa kerana pendidikan rendah.. Masalah kewangan keluarga

1 2 3 5 8.

Shervia Raycher

Menghadapi masalah pembelajaran, tiada bantuan daripada ibu bapa kerana pendidikan rendah.

1 2 3 5 9.

Vivi Vercyta Jaslie

Menghadapi masalah pembelajaran, tiada bantuan daripada ibu bapa kerana pendidikan rendah. Masalah kewangan keluarga

1 2 3 5 10.

Denley Alfred

Menghadapi masalah pembelajaran, tiada bantuan daripada ibu bapa kerana pendidikan rendah. Masalah kewangan keluarga

1 2 3 5

Berdasarkan kepada dapatan ini didapati pernan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah merupakan punca utama murid kurang bermotivasi belajar semasa melaksanakan PDPR. Temubual ini didapati kelima-lima tema telah mempengaruhi murid yang tidak mencapai skor markah lulus. Semua tema ini berkisar kepada situasi keluarga murid.

i. Ibu bapa berpendidikan rendah

Tema pertama iaitu ibu bapa berpendidikan rendah setakat tahun 6 melibatkan semua murid.

Sebaik-baiknya mempunyai pendidikan yang baik dan mempunyai kesedaran bahawa pendidikan anak-anak penting bagi menjamin masa depan yang mapan. Selain itu, ibu bapa yang rendah pendidikannya tidak mampu membantu anak mereka dalam pembelajaran kerana mereka tidak memahami dan mengetahui isi kandungan pelajaran anak mereka. Peranan ibu bapa sangat terbatas.

(9)

ii. Masalah kewangan keluarga

Terdapat empat orang murid yang menghadapi masalah kewangan atau kemiskinan. Menurut Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid et.al.(2018), hubungan kemiskinan dengan pencapaian pendidikan dapat dikaitkan dengan kesan negatif terhadap perkembangan minda yang melibatkan prestasi murid. Kemiskinan secara psikologinya mengurangkan minat murid belajar disebabkan keperluan murid tidak dipenuhi.

iii. Tiada dorongan daripada ibu bapa

Penyelidik mendapati empat orang murid kekurangan dorongan daripada ibu bapa menyebabkan murid kurang motivasi menghadapi pelajaran. Zulkifli Abd.Hamid.et.al. (2011), ibu bapa mempunyai peranan yang sangat penting untuk mendorong anak-anak dalam pendidikan dari awal untuk mencorakkan keperibadian menerusi didikan yang sempurna dalam suasana yang harmoni. Ini bermaksud perhatian yang secukupnya serta kasih sayang terhadap anak-anak agar mereka lebih berkeyakinan dalam apa juga yang mereka lakukan.

Murid yang lambat menerima pelajaran sangat memerlukan bimbingan, dorongan dan motivasi daripada ibubapa selain guru. Semasa penutupan sekolah murid akan menghadapi PDPR, ibubapa adalah orang yang terdekat dan orang yang terpenting dalam melangsungkan pembelajaran murid.

iv. Tidak berminat belajar

Hasil daripada temu ramah didapati 3 orang murid tidak berminat belajar semasa penutupan sekolah tanpa bersemuka dengan guru.Murid seperti ini sangat memerlukan bimbingan selain daripada ahli keluarga iaitu guru. Guru tahu keperluan murid dan memahami cara terbaik untuk membantu supaya berlakunya pembelajaran yang efektif dan berkesan. James A. J. E. (2019), guru menguasai kemahiran dan pendekatan mengajar dalam proses mendidik. James Ang Jet Ing.(2013), kepentingan guru dalam pengajaran tidak boleh dinafikan kerana kualiti guru mempunyai perkaitan rapat dengan peningkatan pencapaian akademik murid. Berdasarkan pernyataan tersebut murid yang lambat memerlukan bimbingan guru untuk membantu murid memperbaik prestasi sekurang-kurangnya menguasai tahap minimum. Data hasil temubual ini untuk menjawab objektif yang kedua.

v. Masalah keluarga

Murid yang menghadapi masalah keluarga seperti bercerai dan dijaga oleh nenek seramai empat orang. Menurut Maznah Othman et.al.(2018), keluarga menjadi tonggak pembinaan masyarakat, bermakna jika keluarga itu berperanan dengan baik dan sejahtera, maka sudah semestinya melahirkan masyarakat yang baik , sejahtera dan harmoni. Maka itu, keluarga seharusnya stabil untuk menwujudkan persekitaran yang sempurna bagi anak-anak. Keluarga yang bahagia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak terutamanya pendidikan dari semua aspek.

Faktor Kejayaan mencapai markah lulus bagi SK. Labuan sekolah (Gred A).

i. Taraf pendidikan ibu bapa lebih baik yang mana 98% ibu bapa murid berpendidikan . Walaupun latarbelakangnya keluarga murid terdiri daripada 55% golongan B40, namun mempunyai kesedaran kepentingan pendidikan dan boleh membantu anak

(10)

dalam pengurusan pembelajaran dirumah. Dorongan yang baik serta memberi motivasi kepada murid.

ii. Lokasi yang dekat dari pusat pentadbiran dan pekan, tidak mengalami masalah talian internet yang berpanjangan. Ibu bapa juga lebih mudah mendapatkan reload telepon.

iii. 80% murid tahun 6 memiliki telepon bimbit masing-masing, berbanding SK. Sarang yang bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa mereka.

5. Cadangan dan Refleksi

Kajian ini telah menyedarkan penyelidik agar memperbagaikan kaedah dalam usaha menyampaikan PDPR kepada murid. Murid harus menguasai dengan kukuh kemahiran- kemahiran pelajaran ketika mereka berada di Prasekolah dan di Tahap 1 iaitu Tahun 1 hingga 3 agar mereka mempunyai persediaan di Tahap 2 yang kemahirannya lebih mencabar. Jika murid telah menguasai kemahiran awal, murid mudah menguasai kemahiran seterusnya. Selain itu, mengharapkan sepenuhnya kepada aplikasi whatsapp adalah tidak sesuai kerana terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa diharungi oleh murid sehinggakan skor tidak mencapai.

Pengkaji berpendapat penggunaan Modul adalah lebih baik kerana tanpa talian internet murid masih boleh menyiapkan tugasan. Tugasan dalam modul mestilah jelas walaupun terdapat arahan guru melalui whatsap. Pengkaji mendapati penggunaan modul lebih jimat kos dan memudahkan kerja murid. Cadangan kajian seterusnya, pengkaji ingin mengkaji bentuk modul yang sesuai bagi mengukur pentaksiran murid terutama murid yang lambat menguasai kemahiran.

Melalui kajian ini juga, penyelidik mendapat kesedaran betapa pentingnya bimbingan bersemuka dengan murid terutama murid yang mempunyai masalah pembelajaran dan juga murid yang menghadapi masalah kewangan keluarga. Mereka perlu dorongan dan motivasi untk menguatkan semangat untuk menghadapi cabaran yang mereka tempuhi. Penulis mengharap kajian ini dapat memberi gambaran situasi PDPR pada masa PKP. Selain itu semoga memberi manfaat bukan sahaja kepada guru-guru di sekolah SK. Sarang tetapi juga kepada semua warga pendidik. Kebijaksanaan para pendidik melakukan penambahbaikan dalam mencari kaedah yang sesuai kepada murid adalah bonus bagi murid-murid. Bagi mencapai kecemerlangan, memang tidak dapat lari dari peranan utama yang dimainkan oleh para pendidik. James (2019), perolehan akhir pembelajaran adalah kebijaksanaan. Oleh itu, guru harus kreatif dan inovatif kerana ia adalah tunjang utama bagi melahirkan murid yang berkemenjadian.

Rujukan

Chua, Y.P. (2016). Asas statistic penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education.

Habibie Ibrahim.Et.Al. (2018). Peranan Dan Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Pengasuhan Anak Dan Remaja.Asian Social Work Journal, Volume 3, Issue 5, (Page 18 - 24), 2018. Social Work Journal, Volume 3, Issue 5, (Page 18 - 24), Https://Msocialwork.Com/Index.Php/Aswj/Article/View/61

James A.J.E & Lim.S.N. (2019). Guru Sebagai Pakar. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke 21.Perpustakaan Negara Malaysia. PTS Media Group Sdn.Bhd.Selangor.

(11)

James Ang Jet Ing. (2013). Kepimpinan Intruksional. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarul Azmi Jasmi, (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatitif. Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia. : Jurnal Research Gate. https://www.researchgate.net/publication/293097563

Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2013). Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

Mohamad Zainudin et,al (2016) .Kaedah Gabungan (Mixed Methods) Dalam Kajian Pembasmian Kemiskinan Di Malaysia Dan Indonesia: Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Malaysia.E ON TECHNOLOGY IN E file:///C:/Users/acer/Downloads/1923-5154-1-SM%20(1).pdf

Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (2020). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maznah Othman et.al.(2018). Meneroka Kefungsian Keluarga Remaja Perempuan Tidak Terkawal Yang Dirujuk Ibu Bapa Untuk Intervensi Kerja. Journal of SoCial Sciences and Humanities. Vol. 16. No.9 (86-101), ISSN: 1823-884x

Mohd Khaidir Abdul Wahab et.al.(2016).Universiti Pendidikan Sultan Idrisinterpretasi Guru Bahasa Melayu Terhadap Penyerapan Elemen Falsafah Bahasa Untuk Penyatupaduan Nasional: Satu Kajian Analisis Keperluan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ. ISSN: 2180- 4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 1-15

Nora’azian Nahar dan Fadzilah Abd. Rahman , (2018). Tahap Penguasaan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay MyLEJ ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018) Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putera Malaysia

Nur Maizatul Azra Mukhtar et.al. (2017). Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik: Satu Sudut Pandangan. International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 195-201. Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang 2SK Sri Relau Pulau Pinang

Sylvester Lau Yueh Wei el.al. (2020),Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Bukan Penutur Jati DI Bintulu, Sarawak. Journal of Social Science (EJOSS), Vol.6 No. 1,2020. Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Narimah Samat, (2018). Kemiskinan Keluarga Dan Pengaruhnya Terhadap Tahap Pendidikan Rendah Masyarakat Luar Bandar: Kajian Kes Di Jajahan Bachok.Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Vol. 13, No.2 (2018) 011-023, ISSN: 1823-884x 11

Zulkifli Abd.Hamid.et.al. (2011). Hubuangan Antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor. Jounal Of Islamaik and Arabic Education 3(2), 2011 31-40

Referensi

Dokumen terkait