• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah Main Peranan Dalam Pembelajaran Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa (Role Playing Method in Learning Speaking Skills for Language Subjects)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kaedah Main Peranan Dalam Pembelajaran Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa (Role Playing Method in Learning Speaking Skills for Language Subjects)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Kaedah Main Peranan Dalam Pembelajaran Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa

(Role Playing Method in Learning Speaking Skills for Language Subjects)

Abg. Ashmirul Abg. Abu Nawas1*, Khairul Azhar Jamaluddin1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 December 2022 | Published: 31 December 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.9

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai pelajar-pelajar yang mempelajari bidang bahasa atau bidang-bidang yang lain. Oleh itu, satu pendekatan yang interaktif dan komunikatif perlulah diaplikasikan di dalam kelas pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang melengkapi ciri-ciri ini adalah main peranan di mana pelajar diberi satu watak untuk dilakonkan berdasarkan kepada situasi yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pembelajaran kemahiran bertutur pelajar dalam subjek bahasa. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran kemahiran bertutur subjek bahasa. Hasil kajian mendapati kaedah main peranan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur bagi subjek bahasa. Selain itu, kajian juga mendapati kaedah main peranan meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari kemahiran bertutur dalam subjek bahasa. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan buat tenaga-tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.

Kata kunci: main peranan, kemahiran bertutur, pembelajaran bahasa

Abstract: Speaking skills is an essential skill to be mastered, especially for students who are learning in language courses. Hence, an interactive and communicative approach needs to be applied in language learning classroom. One of the methods suggested is a role-play method whereas students are given a character to play based on given predetermined situation.

Accordingly, the main focus of this study is to examine the effectiveness of role-play methods towards students speaking skills in language learning. In addition, this study is also to examine the effects of role-play towards students’ motivation in learning speaking skills in language subject. The findings of the study indicate that the role-play methods improve students’

achievement in speaking skills for language subjects. In addition, the study also found that role-play methods increase students’ motivation in learning speaking skills in language subjects. The results of this study can be used as a guidance for teachings in enhancing the effectiveness of the teaching process of speaking skills in language subjects.

Keywords: Role play, speaking skills, language learning

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pendahuluan

Dalam menyediakan pelajar untuk berupaya berkomunikasi dengan efektif dan berkesan dalam kalangan masyarakat, penguasaan kemahiran bertutur adalah satu keperluan (Isnaini, 2018).

Hal ini kerana, penguasaan kemahiran bertutur yang baik akan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai konteks hidup lapangan kehidupan harian.

Pelajar yang mempunyai penguasaan kemahiran bertutur yang baik mampu menggunakan kaedah pertuturan yang berbeza dalam pelbagai konteks perbualan. Malah, kemahiran ini akan menjadi satu kelebihan buat mereka terutamanya didalam bidang pekerjaan yang menuntut seseorang untuk berkomunikasi dalam konteks yang lebih luas (Nurul & Nooreiny, 2018). Oleh itu, tidak hairanlah bahawa kemahiran bertutur amatlah dituntut untuk dikuasai dalam kalangan pelajar di Malaysia (Nur Anis Hidayah & Abdul Malim, 2020).

Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran yang produktif di mana seseorang berkomunikasi menggunakan bahasa (Ana, Mulyadi, & Novia, 2020). Berdasarkan penyataan ini, dapat dilihat bahawa kemahiran bertutur menuntut seseorang untuk mempunyai penguasaan bahasa yang baik supaya boleh melakukannya. Dewa, I, dan Retnyi (2019) menyatakan bahawa kemahiran bertutur melibatkan kemampuan mengeluarkan bunyi khas sesuatu bahasa dengan jelas menggunakan penekanan, pola ritma dan pola intonasi dengan cara yang baik, menggunakan kosa kata yang tepat dan menggabungkan kosa kata dengan tepat.

Penguasaan bahasa yang baik membolehkan seseorang menggunakan ilmu yang ada untuk berinteraksi dengan pihak lain dengan lebih berkesan. Hal ini kerana kemahiran bertutur adalah suatu proses komunikasi antara dua atau lebih pihak yang bertujuan untuk memberi makna kepada proses menerima dan memproses maklumat (Ana, Mulyadi, & Novia, 2020).

Kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran yang dititikberatkan di dalam pembelajaran bahasa. Hal ini kerana, kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling digunapakai dalam kehidupan harian berbanding kemahiran-kemahiran lain (menulis, mendengar, membaca) (Muhammad, 2017). Dalam erti kata lain, penggunaan kemahiran bercakap adalah lebih holistik dan menyeluruh dalam kehidupan harian berbanding kemahiran- kemahiran lain yang diajar di dalam pembelajaran bahasa.

Didalam pengajaran subjek bahasa, satu kaedah berbentuk komunikatif perlulah diaplikasikan terutamanya dalam meningkatkan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana salah satu komponen penting dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran abad ke-21 adalah dengan adanya satu suasana yang komunikatif bagi menghasilkan satu impak pembelajaran yang signifikan dalam kalangan pelajar (Nur Anis Hidayah & Abdul Malim, 2020). Suasana yang komunikatif ini mampu menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari secara lisan di dalam pembelajaran mereka. Malah, suasana pembelajaran di dalam kelas yang interaktif juga mampu menghasilkan satu keadaan yang kondusif untuk pelajar berdialog antara satu sama lain seterusnya menjadi mekanisma pemangkin untuk memupuk motivasi dalam mempelajari dan meningkatkan kemahiran bertutur (Mohd, et al., 2019).

Salah satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan hasrat ini adalah kaedah main peranan.

Kaedah main peranan adalah satu aktiviti bahasa yang meliputi perbuatan simulasi pelaku yang diberi peranan untuk memainkan watak pada sesuatu situasi (Mohd, et al., 2019). Bedasarkan definisi ini, dapat disimpulkan bahawa kaedah main peranan merupakan satu kaedah di mana seseorang melakonkan satu watak lain pada suatu situasi yang tertentu untuk mempelajari sesuatu subjek bahasa. Di sini dapat dilihat bahawa kaedah ini adalah satu bentuk kaedah interaktif di mana pelajar berdialog antara satu sama lain untuk melakonkan watak yang diberi

(3)

berdasarkan situasi yang telah ditetapkan. Selain itu, kaedah main peranan turut digambarkan sebagai satu kaedah pembelajaran bahasa dalam bentuk yang lebih menarik (Isnaini, 2018).

Hal ini kerana kaedah ini menyediakan satu ruang dan peluang untuk para pelajar berkomunikasi antara satu sama lain di satu ruang lingkup yang berbeza di dalam bilik darjah.

Akmal (2018) menyatakan bahawa kaedah main peranan adalah di mana pelajar diberikan satu watak untuk dijayakan dan biasanya mereka diberikan maklumat tentang watak yang dimainkan. Definisi ini memberi penekanan tentang pelaksanaan kaedah ini di mana pelajar perlulah memahami terlebih dahulu dengan mendalam tentang watak yang dimainkan. Jika tidak, mereka tidak akan dapat menjayakan watak tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila setiap penyertaan pelajar adalah perlu bagi menjayakan aktiviti tersebut. Jika tidak, maka persembahan tidak dapat dijalankan akibat daripada kepincangan dari salah satu watak yang ditetapkan. Kaedah main peranan turut ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk mengajar pelajar dengan meletakkan pelajar di dalam suatu situasi sama ada berdua atau berkumpulan (Muhammad, 2021). Aspek yang ditekankan didalam takrifan ini adalah pembelajaran koorperatif di mana perlu dilaksanakan secara berdua atau berkumpulan. Bedasarkan kesemua takrifan tersebut, maka boleh disimpulkan bahawa kaedah main peranan adalah suatu kaedah pembelajaran koorperatif yang lebih menarik di mana pelajar diberi suatu watak dan diterangkan maklumat tentang watak yang dilakonkan.

Dengan adanya pelaksanaan satu kaedah yang aktif dan berpusatkan pelajar, maka pelajar akan lebih aktif dan lebih berminat untuk memberi tumpuan di dalam kelas ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, apabila pelajar diberi kebebasan untuk berkarya dan menghasilkan dialog sendiri bagi melengkapi kehendak peranan yang diberikan berdasarkan situasi yang ditetapkan, secara tidak langsung guru turut mengembangkan kreativiti pelajar. Di sini dapat dilihat bahawa proses ini dapat membantu perkembangan pelajar dari segi minat dan kreativiti (Azian, Siti, & Zaharah, 2021).

2. Penyataan Masalah

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam menguasai kemahiran bertutur di dalam subjek bahasa. Oleh itu, pada bahagian ini, penulis akan menerangkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dan kaedah main peranan boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

2.1 Cabaran dalam Menguasai Kemahiran Bertutur

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam menguasai kemahiran bertutur (Dewa, I, & Retnyi, 2019). Cabaran-cabaran yang dihadapi ini datang dalam pelbagai bentuk dimana ianya mempengaruhi tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran bertutur. Oleh itu, tidak hairanlah kemahiran bertutur dalam kalangan rakyat Malaysia masih pada tahap yang kurang memuaskan (Mohd, et al., 2019). Terdapat tiga bahagian utama kelemahan pelajar Malaysia dalam pembelajaran bahasa khususnya kemahiran bertutur iaitu penguasaan kosa kata, tatabahasa dan tahap motivasi (Mohd, et al., 2019). Antara cabaran lain yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari kemahiran bertutur adalah kebanyakan pelajar merasakan susah untuk bertutur dalam bahasa kedua dan perkara ini menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk menggunakannya di dalam pertuturan sama ada di dalam kelas mahupun dalam kehidupan harian (Ana, Mulyadi, & Novia, 2020). Selain itu, masalah umum yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran kemahiran bertutur ada ketandusan idea yang membawa kepada penurunan motivasi untuk mempelajari bahasa (Muhammad, 2017).

Disebabkan oleh pelajar mengalami masalah ketandusan idea, mereka tidak mempunyai isi yang mencukupi untuk dibicarakan. Jika tiada isi untuk dibincangkan maka mereka tidak dapat

(4)

berbincang dan proses pembelajaran menjadi terbantut. Selain itu, pelajar mengalami masalah tidak yakin dengan sebutan mereka dan takut untuk melakukan kesilapan ketika bertutur menggunakan bahasa yang dipelajari terutamanya melibatkan pembelajaran bahasa kedua (Isnaini, 2018).

2.2 Motivasi Pelajar

Antara faktor lain yang mempengaruhi adalah motivasi pelajar dalam mempelajari kemahiran bertutur (Akmal, 2018). Tanpa motivasi yang tinggi, pelajar tidak mempunyai kemahuan dan keazaman untuk mempelajari bahasa yang dipelajari khususnya di sini kemahiran bertutur.

Disebabkan oleh hal ini, pelajar akan berasa malas untuk memberi lebih tumpuan di dalam kelas tersebut. Ketiadaan motivasi pelajar untuk mempelajari subjek tersebut menyebabkan pelajar kurang bermotivasi untuk belajar bahasa tersebut. Perkara ini ditekankan oleh Muhammad (2021) di mana beliau menegaskan bahawa tahap motivasi pelajar mmemainkan peranan penting dalam mempengarui penguasaan bahasa secara lisan. Dengan adanya tahap motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar, mereka akan lebih berusaha untuk mempelajari ilmu yang diajar dan secara langsungnya meningkatkan kemahiran mereka di dalam bidang ilmu tersebut. Sebaliknya, kurang motivasi dalam kalangan pelajar menyebabkan mereka hilang keupayaan untuk mencuba menggunakan bahasa yang diajar sama ada di dalam kelas mahupun dalam pertuturan harian mereka (Akmal, 2018). Apabila pelajar hilang keupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran bertutur yang dipelajari mereka akan kehilangan keyakinan untuk belajar. Kurang keyakinan dalam bertutur turut mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur pelajar di dalam subjek bahasa (Nurul & Nooreiny, 2018).

2.3 Peranan Guru di Dalam Kelas

Tidak syak lagi bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keberkesanan proses pembelajaran di dalam kelas. Dalam konteks perbincangan di sini, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kemahiran bertutur dapat diajar dengan berkesan di dalam kelas. Muhammad (2021) menjelaskan bahawa sesetengah guru yang menggunakan teknik mengajar yang tidak sesuai dan kurang berkesan dalam pembelajaran kemahiran bertutur menyebabkan pelajar mengalami masalah untuk menguasai kemahiran tersebut. Contohnya, sesetengah guru menggunakan guru menggunakan kaedah

‘chalk and talk’ dalam mengajar kemahiran bertutur menyebabkan tahap motivasi pelajar menurun dan ilmu tidak dapat disampaikan dengan berkesan dan menyeluruh (Azian, Siti, &

Zaharah, 2021). Selain itu, guru tidak mampu mengawal proses pembelajaran yang proaktif dan berlaku kekangan masa dalam pelaksanaan pembelajaran bersifat berpusatkan pelajar (Nur Anis Hidayah & Abdul Malim, 2020).

2.4 Pengaplikasian dalam Kehidupan Harian Pelajar

Pembelajaran bahasa menuntut kepada pengaplikasian dalam kehidupan harian supaya ilmu yang dipelajari bertindak secara holistik. Dalam erti kata yang lain, pelajar perlu berupaya mengaplikasikan dan menggunakan ilmu yang dipelajari agar bermanfaat kepada mereka dalam kehidupan harian. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar menghadapi masalah dalam menggunakan bahasa yang dipelajari dalam kehidupan harian mereka terutamanya melibatkan kemahiran berutur (Gustyawan, 2019). Ini bermakna, pelajar-pelajar tidak mampu menggunakan bahasa yang dipelajari dalam kehidupan harian mereka. Hal ini ekoran kerana mereka merasa takut untuk menggunakan bahasa yang dipelajari dalam komunikasi harian mereka. Perkara ini akan mempengaruhi tahap penguasaan bertutur mereka dek kerana keterbatasan menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam kelas sahaja dan tidak di dalam komunikasi harian mereka. Nurul dan Nooreiny (2018) menegaskan bahawa ketakutan untuk

(5)

mengaplikasikan bahasa yang dipelajari secara lisan di dalam kehidupan harian merupakan satu perkara yang mempengaruhi tahap penguasaan bahasa secara lisan.

2.5 Pengaruh Bahasa Ibunda

Pengaruh bahasa ibunda turut mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur pelajar (Akmal, 2018). Bukhari dan Kechik (2022) menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang lemah dipengaruhi oleh pengaruh bahasa Ibunda dalam mempelajari bahasa kedua. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar yang lemah tidak mempunyai tahap penguasaan kosa kata yang mencukupi untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa kedua di dalam perbualan mereka. Jadi, bagi meneruskan komunikasi mereka sering mencampuradukkan kosa kata bahasa kedua dan bahasa ibunda (Bukhari &

Kechik, 2022). Selain itu pelajar yang lemah tahap penguasaan bahasa kedua juga merasa malu untuk berkomunikasi menggunakan bahasa selain bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini ditegaskan oleh Akmal (2018) dimana sesetengah pelajar terutamanya pelajar yang lemah berasa malu dan takut untuk melibatkan diri didalam perbualan yang menggunakan bahasa selain bahasa ibunda mereka.

2.6 Masalah dalam Penggunaan Kaedah Main Peranan

Terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan kaedah main peranan di dalam kelas. Kaedah main peranan memakan masa yang lama (Nur Anis Hidayah

& Abdul Malim, 2020). Kaedah main peranan bukan sahaja memerlukan persiapan yang rapi bahkan sesetengah aktiviti memerlukan pergerakan fizikal dimana pelajar perlu bergerak aktif bagi menjayakan aktiviti tersebut. Aktiviti-aktiviti ini mengambil masa yang lama dan kadang kala melebihi masa yang diperntukkan bagi guru-guru. Selain itu, pelajar mesti betul-betul memahami konteks dan situasi watak serta mempunyai masa yang cukup untuk menjayakan persembahan kaedah main peranan (Nur Anis Hidayah & Abdul Malim, 2020). Bagi memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, pelajar perlulah memahami watak yang diberikan dan berjaya mempersembahkan watak tersebut dengan baik. Jika perkara sebaliknya berlaku, pelajar tidak akan dapat mempelajari bagaimana bahasa yang dipelajari dipraktikkan dalam situasi-situasi tertentu.

3. Tujuan/Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah main peranan terhadap pembelajaran kemahiran bertutur dalam subjek bahasa. Selain itu, kajian ini turut bertujuan mengkaji kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran kemahiran bertutur dalam subjek bahasa. Dua objektif utama dalam kajian ini adalah:

i. Mengenalpasti potensi kaedah main peranan terhadap pembelajaran kemahiran bertutur pelajar dalam subjek bahasa.

ii. Mengenalpasti potensi kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran kemahiran bertutur subjek bahasa.

4. Kajian Literatur

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan berkenaan dengan teknik main peranan.

Kebanyakan kajian ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap perkembangan kemahiran bertutur. Kajian-kajian ini dijalankan ke atas sampel-sampel yang berlainan di tempat yang berbeza.

(6)

4.1 Keberkesanan Kaedah Main Peranan dalam Konteks Pelaksanaan di Dalam Negara Nur Diyanah dan Syaza Hazwani (2021) menerangkan bahawa penggunaan teknik main peranan mampu meningkatkan pelbagai kemahiran sosial kanak-kanak ke arah perkembangan yang positif dan membanggakan. Kaedah ini juga memberi banyak kebaikan dari segi penglibatan aktif kanak-kanak di dalam kelas. Abdul Halim dan Nur Anis Hidayah (2020) turut menegaskan bahawa penggunaan kaedah main peranan mampu meningkatkan motivasi pelajar untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran dengan bantuan dan galakan daripada guru.

Walaubagaimanapun Abdul Halim dan Nur Anis Hidayah (2020) turut menegaskan bahawa pelajar lebih dipengaruhi oleh rakan mereka dalam melaksanakan aktiviti dan mencadangkan bahawa penting untuk mengetahui tahap kemahiran mereka sebelum mengendalikan apa-apa kajian yang berkaitan. Selain itu, Firuz et. Al (2018) menyatakan di dalam kajian mereka bahawa perlaksanaan kaedah main peranan telah berjaya meningkatkan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar bahasa Arab UKM. Peningkatan ini adalah hasil daripada kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dimana pelajar dapat belajar bahasa yang dipelajari dengan mengalami situasi sebenar dengan menggunakan bahasa yang dipelajari melalui kaedah ini (Firuz et al. (2018). Malah, kaedah ini mampu meningkatkan kecekapan bertutur dalam kalangan pelajar ke satu aras yang tinggi jika diteruskan bagi jangka masa yang panjang (Firuz et al (2018). Norasiah Nurul Fatwa dan Rosnani (2017) menyatakan bahawa kaedah main peranan mampu membawa kelas keluar daripada rutin biasa pembelajaran yang diamalkan di dalam kelas selama ini. Selain itu, kaedah ini juga mampu memberi elemen keseronokan di dalam pembelajaran subjek bahasa dan pada masa yang sama mengelakkan pelajar daripada bosan untuk meneruskan sesi pembelajaran (Norasiah Nurul Fatwa & Rosnani, 2017). Nik Murshidah et al (2017) menyatakan bahawa pengaplikasian kaedah main peranan ini telah berjaya meningkatkan prestasi kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar universiti. Teknik- teknik yang terpilih berpusatkan pelajar dan aktiviti yang menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk terlibat aktif dijalankan bagi memastikan pelajar mampu untuk berkomunikasi dengan baik di dalam pembelajaran bahasa kedua (Nik Murshidah, Nurmila, Rahimah, & Zaiton, 2017). Secara ringkasnya, kajian-kajian yang dilaksanakan di Malaysia berkaitan dengan penggunaan kaedah main peranan menunjukkan kesan yang positif untuk diaplikasikan di pelbagai peringkat umur.

4.2 Keberkesanan Kaedah Main Peranan dalam Konteks Pelaksanaan di Luar Negara Selain daripada kajian di dalam negara, terdapat beberapa kajian yang dilaksanakan di luar negara berkenaan dengan kaedah main peranan. Sepertimana kajian yang dijalankan di dalam negara, kajian-kajian yang dijalankan di luar negara turut menunjukkan kesan-kesan yang positif ke atas sampel kajian.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Simanjuntak dan Sinambela (2017), kaedah latihan lisan dan main peranan merupakan satu kaedah yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian pengucapan interaktif pelajar. Hasilnya dapat dinilai daripada ujian hipotesis yang mana menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar terutamanya yang masih di tahun pertama sekolah menengah dan suka melakukan latihan lisan dan main peranan (Simanjuntak & Sinambela, 2017). Melalui pengamatan pengkaji, didapati bahawa pelajar terutamanya tahun pertama suka melibatkan diri dalam latihan lisan dan main peranan kerana kebanyakan mereka ingin aktif dan suka melakukan aktiviti daripada diam di dalam kelas (Simanjuntak & Sinambela, 2017). Lutfi, Rukmimi dan Sutopo (2018) menyatakan bahawa sampel-sampel kajian telah menunjukkan peningkatan markah yang ketara, peningkatan dari segi motivasi dalam belajar serta dapat mengatasi masalah emosi yang negatif untuk belajar dalam kalangan pelajar. Muhammad (2018) menyatakan dalam kajiannya bahawa skor pengucapan pelajar yang diajar melalui teknik main peranan adalah lebih baik

(7)

daripada sampel kawalan. Ini bermaksud, kaedah ini memberi kesan yang baik kepada pelajar.

Selain itu, pengkaji turut menyatakan bahawa kebanyakan pelajar berpendapat bahawa teknik ini menyeronokkan dan mengelakkan mereka daripada merasa bosan di dalam kelas (Muhammad, 2018). Perkara ini telah mendorong mereka untuk lebih melibatkan diri di dalam proses pembelajaran di dalam kelas (Muhammad, 2018). Castro dan Villafuerte (2019) menyatakan di dalam kajian mereka bahawa penggunaan kaedah main peranan telah memberi kesan yang positif di dalam pembelajaran bahasa sejajar dengan situasi pembelajaran dan polisi pendidikan negara Ekuador. Antara kajian lain yang dijalankan adalah oleh Juvrianto (2018) di Indonesia. Kajian ini telah membuktikan bahawa dengan melaksanakan kaedah main peranan pelajar yang tidak dapat melaksanakan pendapat dan buah fikiran mereka telah dapat menyampaikannya secara lisan (Juvrianto, 2018). Selain itu, pengkaji turut mencadangkan untuk menggunakan fiksyen-fiksyen yang diketahui umum terutamanya karya-karya setempat yang telah difahami oleh sampel-sampel terlebih dahulu (Juvrianto, 2018). Secara ringkasnya, rata-rata kajian-kajian yang dijalankan di luar negara telah menunjukkan kesan yang positif ke atas sampel kajian berdasarkan laporan-laporan yang telah ditunjukkan.

5. Perbincangan

Bahagian ini akan membincangkan kesan kaedah main peranan terhadap kemahiran bertutur pelajar dan bagaimana kaedah ini mempengaruhi motivasi pelajar.

5.1 Potensi Kaedah Main Peranan terhadap Kemahiran Bertutur Pelajar

Secara amnya dapat dilihat bahawa kaedah main peranan memberi kesan yang positif dalam meningkatkan kemahiran bertutur pelajar. Rata-rata pelajar yang diajar menggunakan kaedah ini menunjukkan peningkatan dalam kemahiran bertutur dalam subjek bahasa yang diajar.

Contohnya, hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Dewa, I, dan Retnyi (2019) menyatakan bahawa pelajar yang menjalani kaedah main peranan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak menjalani kaedah ini. Malah kajian yang dijalankan oleh Mohd, et al. (2019) menyatakan bahawa pelaksanaan kaedah main peranan mampu meningkatkan kemahiran komunikasi para pelajar. Selain itu, kajian-kajian lain yang dijalankan turut menunjukkan impak yang positif terhadap pembelajaran kemahiran bertutur.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Nurul dan Nooreiny (2018), pelajar yang diajar dengan kaedah main peranan menunjukkan prestasi yang lebih memberansangkan di dalam pencapaian pasca-ujian berbanding pelajar yang menjalani kaedah konvensional. Kajian yang dijalankan oleh Muhammad (2021) dan Akmal (2018) turut menunjukkan hasil dapatan yang sama dimana pelajar yang diajar menggunakan kaedah main peranan menunjukkan markah yang lebih baik dalam pencapaian pasca-ujian berbanding kumpulan kawalan. Selain itu, Isnaini (2018) turut menyatakan bahawa kaedah main peranan meningkatkan penguasaan kosa kata para pelajar selain meningkatkan kemahiran mengembangkan idea. Selain itu, kaedah ini menjadikan pelajar lebih seronok dan aktif di dalam kelas (Ana, Mulyadi, & Novia, 2020).

Antara lain dapatan daripada kajian ini adalah kaedah ini meningkatkan ingatan para pelajar (Gustyawan, 2019).

5.2 Pengaruh Kaedah Main Peranan terhadap Motivasi Pelajar

Berdasarkan jurnal-jurnal yang telah dianalisis, kaedah main peranan meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari kemahiran bertutur dalam subjek bahasa. Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Mohd, et al. (2019) menyatakan bahawa kaedah main peranan menyebabkan pelajar lebih berkeyakinan untuk bertutur dimana mereka dapat menguasai dan mengembangkan penguasaan kosa kata dalam subjek bahasa yang dipelajari. Malah, perkara ini ditegaskan lagi oleh Nurul dan Nooreiny (2018) didalam kajian mereka di mana hasil

(8)

dapatan menunjukkan kaedah ini membantu pelajar mengatasi rasa takut untuk mencuba melibatkan diri di dalam proses pembelajaran. Kajian-kajian lain yang dijalankan turut menunjukkan hasi dapatan yang sama. Contohnya, kajian yang dijalankan oleh Muhammad (2021) menunjukkan bahawa kaedah main peranan telah berupaya meningkatkan motivasi pelajar dalam belajar kemahiran bertutur. Ini membawa kepada penyertaan yang baik dalam kalangan pelajar sepanjang aktiviti tersebut dijalankan. Dalam erti kata lain, kaedah main peranan didapati telah berkesan dalam meningkatkan motivasi dalam diri pelajar seterusnya membawa kepada penglibatan pelajar yang cemerlang dalam sesi pembelajaran (Nur Anis Hidayah & Abdul Malim, 2020). Motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar akan mewujudkan sikap optimis dalam diri mereka seterusnya meningkatkan keyakinan diri secara tidak langsung (Gustyawan, 2019). Tuntasnya, pelajar yang bermotivasi tinggi akan lebih mudah untuk memahami pelajaran yang disampaikan (Muhammad, 2017).

5.3 Cadangan

Penggunaan kaedah main peranan di dalam pembelajaran subjek bahasa memberi kesan yang positif terhadap perkembangan kemahiran bertutur pelajar. Hal ini telahpun dibuktikan berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan di pelbagai peringkat oleh pengkaji-pengkaji.

Oleh hal yang demikian, wajarlah kaedah ini dipraktikkan dengan lebih meluas oleh guru-guru yang mengajar subjek bahasa untuk diaplikasikan di dalam kelas bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran bertutur pelajar-pelajar dari pelbagai aras. Ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari kemahiran bertutur di dalam subjek bahasa. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, kaedah ini dilihat mampu meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih cenderung mempelajari dan menguasai kemahiran bertutur ketika mempelajari subjek bahasa. Maka wajarlah kaedah ini digunapakai oleh guru-guru yang mengajar subjek bahasa bagi memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar di dalam kelas untuk mempraktikkan kemahiran bertutur ketika proses pelajaran dan pembelajaran subjek bahasa.

6. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa penggunaan kaedah main peranan di dalam pembelajaran subjek bahasa memberi kesan yang positif terhadap perkembangan kemahiran bertutur pelajar dan wajar diketengahkan di dalam proses pelajaran dan pembelajaran subjek bahasa di Malaysia. Ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mempelajari kemahiran bertutur di dalam subjek bahasa di Malaysia terutamanya bahasa asing.

Rujukan

Akmal. (2018). The Effect of Role-Play Method in English Speaking Skill. Journal of Science and Social Research 1(1), 48-52

Ana, T., Mulyadi, & Novia, D. (2020). English Teacher's Perception Towards The Use of Role- Play in Teaching Speaking. English Empower 5(2), 62-65.

Azian, N. A., Siti, A. M., & Zaharah, O. (2021). Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat PraSekolah. Jurnal Pendidikan Awal kanak-kanak Kebangsaan 10(2), 47-60.

Bukhari, H., & Kechik, N. (2022). Pengaruh Bahasa Ibunda Terhadap Kemahiran Bertutur Dalam Kalangan Murid India di Sebuah Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 63-71.

Castro, L., & Villafuerte, J. 2019. Strengthening English Language Teaching in Rural School through Role-Playing: Teacher's Motivations. International Journal of Educational Methodology 5(2), 289-303.

(9)

Dewa, A. S., I, W. A., & Retnyi, A. (2019). Penerapan Teknik Role Play dalam Meningkatkan Kompetensi Berbicara Bahasa Inggeris Siswa Kelas Sebelas Terhadap Keanekaragaman Personality Types di SMK Pariwisata Triatma Jaya Bandung. Litera Jurnal Bahasa dan Sastra 5(2), 46-57.

Firuz Akhtar, M. B., Kaseh, A. B., & Masyitoh, Y. 2018. Kecekapan Bertutur Bahasa Arab dan Pendekatan Pengajaran Berpusatkan Peserta Beserta Elemen Coaching dan Mentoring. ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Educaton 10(2), 28- 44.

Gustyawan, T. (2019). Bermain Peran (Role-Play) dalam Pemelajaran Keterampilan Berbicara Bagi Pelajar Bipa Tingkat Pemula. Art and Design Journal 2(2), 65-68.

Isnaini, N. (2018). The Use of Role Play Technique to Improve Students' Speaking Ability at Grade X of Seniour High School. Journal of English Language and Language Teaching 2(1), 89-94.

Juvrianto, C. 2018. Improving Students' Speaking Ability through Role-Play Method.

Indonesian Journal of English Teaching 7(1), 331-340.

Lutfi, A., Rukmimi, D., & Sutopo, D. 2018. The Effectiveness of Simulation and Role-Play in Teaching Speaking for Students with Different Levels of Motivation. English

Education Journal 8(4), 489-498.

http://journal.unnes.ac.id/sju/index.php/eej/article/view/24828

Mohd, T. T., Nik, M. N., Nooranida, A., Normila, N., Raja, H. R., & Rahimah, E. (2019). Role Playing Techniques in Teaching Arabic Communication: A Case Study at University Sultan Zainal Abidin in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Issues 7(10), 309-318.

Muhammad, S. (2017). The Implementation of Role-Play in Teaching Speaking: An Experimental Study to The Second Years Students of Ma Putra Al-Islahuddiny Kediri Lombok Barat In Academic Year 2017/2018. Journal Realita, 406-417.

Muhammad, S. 2018. The Implementation of Role-Play in Teaching Speaking: An Experimental Study to the Second Years Students of MA Putra Al-Islahuddiny Kediri Lombok Barat in Academic Year 22017/2018. Jurnal Realita 2(2), 406-417.

Muhammad, S. (2021). Teaching Speaking Skills through Role Play at Elementary Level: An Analysis. Jurnal Arbitrer 8(1), 93-100.

Nik Murshidah, N. D., Nurmila, N., Rahimah, E., & Zaiton, M. 2017. Role-Playing Technique in Teaching Arabic Communication: A Case Study at University Zainal Abidin in Malaysia. Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 7(10), 309- 318.

Norasiah Nurul Fatwa, M. R., & Rosnani, I. 2017. The Use of Simulation and Role-Play in Enhancing Speaking Skills in Learning English Language. Journal of Education and Social Sciences 6(2), 72-78.

Nur Anis Hidayah, M. N., & Abdul Malim, M. (2020). Role-Play in Teaching English as a Secon Language in Early Childhood Education. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Special Issue(9),, 143-151.

Nur Diyanah, H., & Syaza Hazwani, Z. 2020. Penerapan Kemahiran Sosial Terhadap Kanak- kanak Melalui Kemahiran Main Peranan. Journal Pendidikan Anak Usia Dini 2, 25-40.

Nurul Ajlea, A. R., & Nooreiny, M. (2018). The Effect of Role Play and Simulation Approach on Enhancing ESP Oral Communication Skills. International Journal of Research in English Education 3(3), 64-71.

Simanjuntak, D., & Sinambela, K. 2017. The Use of Oral Drills and Role-Play Method in Improving Students' Interactive Speaking Achievement. Journal of English Language, Pedagogy, Literature and Culture 2(1), 24-45.

Referensi

Dokumen terkait