I
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL
ISSN 1675 - 5936
U S.M UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
ooeee
VOL.8 (JUNE) 2012 pp 41-57
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT: Analisis Pemikiran Tuan Minal
Faizuri bin Abdul Latif & Faisal l' @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid Universiti Malaya
Abstrak
Tuan Minal merupakan seorang tokoh ulama Melayu dan pengarang aktif dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Nama beliau berada sebaris dengan tokoh-tokoh ulama Melayu abad ke-19. Beliau dilahirkan di Kampung Bendang Badang, Patani dan meninggal dunia dalam lingkungan tahun
1913M di Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang. Tuan Minal bukan sahaja pengarang kitab-kitab agama, malah menghasilkan karya dalam pelbagai genre ilmu termasuk sastera dan ilmu pengetahuan lain. Artikel ini akan membincangkan pemikiran Tuan Minal berkaitan sifat-sifat Allah melalui kitab akidah karangan beliau terutamanya kitab Aqidah al-Najin.
Terdahulu pada itu akan dibincangkan perkembangan perbahasan sifat Allah SWT dalam sejarah pemikiran Islam. Penelitian mendapati bahawa beliau sepertimana ulama Melayu lain menjadi penyokong kuat kepada aliran pemikiran al-Asyairah yang merupakan tunjang akidah umat Islam di sebelah Asia Tenggara. Kitab akidah beliau bertajuk Aqidah al-Najin menjadi bukti keutuhan pemikiran al-Asyairah dalam kerangka pemikiran ulama Melayu buat sekian lama.
Kata Kunci: Sifat-sifat Allah SWT,Tuan Minal, ulama Melayu Abstract
Tuan Minal was a Malay muslim scholars who was actively involved in writing many works in the various disciplines of Islamic knowledge. His name was in line with Malay Muslim scholars of the 19th century. He was born in Bendang Badang, Patani, and died within 1913M in Permatang Sungai Dua, Georgetown, Penang. Tuan Minal was not only the author of religious works, but had also produced works in many genres, including literary knowledge and other knowledge. This article will discuss on Tuan Minal's idea on the attributes of God based on his book Aqidah al-Najin.
Reviously the debate on the attributes of God in Islamic Thought history will be highlighted. The study finds that he, as other Malay muslim scholars was a strong supporter to al-Asya'irah schools of thought that is the backbone
Corresponding author : Faizuri bin Abdul Latif, Universiti Malaya, email : fa72@
um.edu.my
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
of the Muslims faith in Southeast Asia. His book, entitled 'Aqidah al-Najin is an evidence of veracity to Asya'irah thought among Malay scholars for a long time.
Keywords: attributes of God, Tuan Minal, Malay scholars, aqidah, Asyasirah Pendahuluan
Perbahasan sifat Allah SWT merupakan salah satu topik penting yang terkandung dalam persoalan Ilahiyyat (ketuhanan). Perbincangan ini menjadi penting kerana ianya berkait rapat dengan akidah dan kepercayaan Islam mengenai Allah SWT, di samping itu ianya juga merupakan salah satu jalan altenatif bagi mengenal Allah SWT melalui sifat-sifatnya yang Maha Sempurna. Mengenali Allah SWT adalah suatu perkara yang amat dititik beratkan dalam agama Islam, tanpa mengenal-Nya seseorang itu tidak akan yakin dan tidak mungkin akan mentaati-Nya dengan penuh ikhlas dan reda.
Justeru, umat Islam diwajibkan mengenal Allah SWT terlebih dahulu atau terlebih awla (utama) mempelajari apa sahaja ilmu yang mendorongnya ke arah mengenal Allah SWT. Memandangkan mengenal Allah SWT melalui sifat-sifat-Nya adalah suatu jalan yang menghala ke arah mengesakan Allah SWT, maka tanpa mengenali-Nya ketauhidan kita tidak akan menuju kepada kesempurnaan. Meskipun mengimani dan meyakini kewujudan sifat bagi Allah SWT merupakan kewajipan bagi umat Islam kerana perkara tersebut termaktub dalam al-Qur'an dan al-Hadith, namun terdapat beberapa golongan yang memperdebatkan isu tersebut.
Rasulullah SAW melarang umat Islam daripada membincangkan isu ketuhanan, termasuklah persoalan sifat, namun selepas zaman sahabat, perbahasan mengenainya menjadi semakin rancak. Ini kerana persoalan akidah yang dahulunya diyakini sepenuhnya oleh umat Islam, telah menjadi medan perdebatan secara terbuka dalam kalangan ulama-ulama Islam.
Pemikiran Islam terus bergolak dengan kemunculan banyak perbahasan ketuhanan. Perbincangan ini lahir antaranya ekoran usaha ulama-ulama Islam untuk mempertahankan keagungan dhat Allah SWT dan membersihkanNya daripada sifat kekurangan. Ekoran daripada itu, lahirlah beberapa orang tokoh seperti Ja' d Ibn Dirham, Jahm Ibn Safwan, Wasil Ibn 'Ata', al-Asy' ari, al-Maturidi dan lain-lain. Meskipun mereka mempunyai misi yang sama untuk mentanzihkan Allah SWT daripada sifat kekurangan, namun metod yang digunakan berbeza dan bertentangan antara satu sama lain. Situasi ini mengundang kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam kalangan mereka yang mengakibatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Setelah itu, ajaran ketuhanan telah diresapi pula oleh unsur falsafah yang mengakibatkan berlakunya kecelaruan dalam pemikiran umat Islam dalam memahami konsep ketuhanan yang sebenarnya. Bagi menyelamatkan situasi tersebut, ulama Islam telah mengambil inisiatif memurnikan ajaran ketuhanan dengan membersihkannya daripada fahaman ahli falsafah yang
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT Analisis Pemikiran Tuan Minal 143
menyeleweng. Antara ulama tersebut ialah Imam al-Sanusi yang berusaha mengharmonikan beberapa persoalan ketuhanan yang menjadi perdebatan sebelumnya melalui karyanya yang terkenal Umm al-Barahin. Menerusi karyanya al-Sanusi berusaha memberi panduan kepada umat Islam agar tidak melampau dalam membincangkan isu ketuhanan, selain tidak terjebak dalam perdebatan yang tiada kesudahannya sebagaimana yang berlaku kepada ahli falsafah. Justeru, al-Sanusi telah memperkenalkan konsep sifat dua puluh yang akhirnya pendekatan tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada ulama Melayu yang menjadikan karyanya (Umm al-Barahin) sebagai sumber rujukan penting dalam perbahasan akidah.
Bagi ulama Melayu, mereka tidak berminat untuk mencetuskan isu barn dalam perbahasan ketuhanan. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk mengembangkan perbahasan ketuhanan yang berkisar dalam persoalan sifat dua puluh yang pernah dipopularkan oleh al-Sanusi. Oleh kerana Allah SWT yang diimani oleh umat Islam itu tidak mungkin dilihat dengan pancaindera mereka selama hidup di dunia ini, maka kaedah mengenal Allah SWT melalui sifatnya telah diperkenalkan sebagai penyelesaian terhadap keperluan mengenali Allah SWT oleh para ulama Islam. Antara kaedah dan pendekatan itu ialah melalui pendekatan "Sifat Dua Puluh". Kaedah dan pendekatan ini telah diterima pakai oleh ramai para ulama Islam termasuklah ulama Melayu, sehingga kerangka pemikiran "al-Sanusi" menjadi begitu popular dalam kalangan ulama Melayu dan menjadi sebagai bahagian penting dalam perbahasan akidah. Hasil dan penerimaan yang meluas itu kitab-kitab tauhid yang tersebar luas di Nusantara sekitar abad ke-18 dan 19 ini ditulis mengunakan kerangka Sifat Dua Puluh. Kitab-kitab tersebut seperti Bidayah al-Hidayah (1757M), Al-Durr al-Thamin (1816 M), Siraj al-Huda (1885-1886M), Zuhrah al-Murid fi 'Aqaid al-Tawhid (1892M), Faridah al- Faraid fi 'Ilm al-Aqaid (1886M), Miftah al-Jannah oleh Muhammad Tayyib bin Mas'ud al-Banjari, Faridah al-Fara 'id oleh Sheikh Ahmad al-Fatani, Aqidah al-Najin karangan Sheikh Zainal Abidin al-Fatani (Tuan Minal) dan sebagainya dan banyak lagi telah dijadikan teks dalam pengajian ilmu tauhid di kebanyakan pondok, masjid dan surau.
Sorotan Ringkas Perbahasan Sifat Allah SWT di Alam Melayu Perbincangan yang mendalam mengenai sifat-sifat Allah SWT tidak berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Islam pada zaman tersebut menerima ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w tanpa banyak persoalan. Sekiranya timbul sebarang permasalahan dalam sesuatu perkara, para sahabat akan terus merujuk kepada Rasulullah s.a.w bagi mendapatkan penjelasan mengenai kekeliruan tersebut. Sebagai utusan Allah, baginda s.a.w sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan serta jawapan terhadap sebarang kemusykilan yang dikemukakan. (Mahmud al-Khalidi, 1985: 27)
Justeru, dengan kekuatan iman yang tertanam dalam din umat Islam pada waktu itu, telah mendorong mereka melebihkan pengamalan daripada
44
I
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012berbahas dalam permasalahan akidah ('Abd al-Mu'ti Muhammad Bayumi, 1982 : 5). Ketika kewafatan Rasulullah s.a.w para sahabat masih tetap berpegang teguh dengan kebenaran akidah Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Apabila timbul sebarang kemusykilan mereka tidak mudah hilang panduan, bahkan akan menjadikan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber rujukan. Sekiranya tidak ditemui dalam dua rujukan tersebut, mereka akan meminta pandangan daripada sahabat-sahabat lain bagi menjawab segala permasalahan tersebut (Al-Asy' ari, 1990: 34).
Pada penghujung zaman sahabat telah mula lahir bibit-bibit perpecahan dalam kalangan umat Islam dengan kemunculan golongan-golongan yang cuba mentakwilkan ayat-ayat suci al-Quran yang berhubung dengan masalah sifat dengan sewenang-wenangnya, serta menimbulkan perkara-perkara yang syubhat, sehingga sampai kepada peringkat mentasybih dan mentajsimkan Allah SWT. Golongan yang menimbulkan permasalahan ini terdiri daripada golongan-golongan yang melampau seperti al-Sab'iyyat (Abu al-Wafa al- Ghinami al-Taftazani, 1979: 102), dan golongan Syi' ah yang ekstrim (ghulat Syi'ah).
Individu yang berperanan besar dalam menyebarkan fahaman sifat ialah Ghaylan al-Dimasyq. Ghaylan yang merupakan seorang hamba telah menafikan sifat bagi Allah SWT, namun kemasyhuran beliau lebih terserlah dalam permasalahan al-qadar, sehingga beliau digelar dengan "Ghaylan al-Qadari" ('Ali Arsalan 'Aidin, 1987: 79). Selepas itu, muncul lelaki bernama al-Ja' d Ibn Dirham yang memperkenal fahaman Jabariyyah. Al- Ja' d dianggap antara individu pertama yang memperkenalkan fahaman al- ta‘til (menafikan sifat bagi Allah SWT), dan mengatakan al-Qur'an adalah makhluk dalam Islam ('Irfan 'Abd al-Hamid 1967: 129).
Pada akhir kurun pertama atau pada awal kurun kedua hijrah, muncul Jahm Ibn Safwan di "Turmuz". Tokoh ini berusaha menanamkan rasa keraguan dalam diri umat Islam dengan mengemukakan pelbagai ideologi yang menyeleweng. Beliau yang terpengaruh dengan fahaman yang disebarkan oleh Ja' d Ibn Dirham, turut menafikan sifat bagi Allah SWT (Al-Asy' ari, 1969: 14). Setelah itu, lahir pula golongan Mu'tazilah (al-Syahrastani, 1986: 43). Kumpulan yang muncul di zaman pemerintahan Bani Umaiyyah ini, mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana memberi kebebasan kepada akal tanpa terikat dengan nas al-Qur'an dan al-Sunnah. Di samping itu, golongan ini berusaha menyatukan antara akal dan nas, sehingga mewujudkan banyak pentakwilan dalam al-Qur'an ('Ali Arsalan 'Aidin, 1987: 117). Antara tokoh ternama Mu'tazilah ialah Wasil Ibn 'Ata', Abi Huzail al-' Allaf, al-Nizam, al-Jahiz dan sebagainya (Ahmad Amin, t.t: 50).
Setelah itu, ajaran ketuhanan yang terkandung dalamnya persoalan sifat telah diresapi pula oleh unsur falsafah yang mengakibatkan berlakunya kecelaruan dalam pemikiran umat Islam dalam memahami konsep ketuhanan yang sebenarnya. Bagi menyelamatkan situasi tersebut, ulama Islam telah
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT Analisis Pemikiran Tuan Minal 145
mengambil inisiatif memurnikan ajaran ketuhanan dengan membersihkannya daripada fahaman ahli falsafah yang menyeleweng. Antara ulama tersebut ialah Imam al-Sanusi yang berusaha mengharmonikan beberapa persoalan ketuhanan yang menjadi perdebatan sebelumnya melalui karyanya yang terkenal Umm al-Barahin(Al-Sheikh Ibrahim al-Baijuri, 1949: 10; Prof.
H.M. Asywadie Syukur LC,1994: v-vi; Ahmad 'Atiyyah Allah 1970: 531;
Abi 'Abd Allah Muhammad bin 'Umar bin Ibrahim al-Malali al-Tilmisani, 2003: 8-10).
Di Alam Melayu, perbahasan ketuhanan yang sering dibincangkan oleh ulama Melayu ialah berkaitan sifat dua puluh. Pada dasarnya prinsip ajaran Tauhid adalah berpandu kepada enam rukun Iman iaitu percaya kepada Allah SWT, Malaikat, Nabi dan Rasul, kitab-kitab, hari kiamat dan qada' dan qadar. Tetapi dalam konteks kepercayaan kepada Allah SWT, ajaran yang dipegang oleh ulama Melayu adalah berpaksi kepada doktrin sifat dua puluh.
Menurut ulama tradisional, dua puluh sifat tersebut merupakan sifat-sifat yang wajib bagi Allah SWT, yang turut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: sifat nafsiyyah, sifat salbiyyah, sifat ma'ani dan sifat ma'nawiyyah (Abdul Rahman Haji Abdullah,1998: 39). Di samping sifat wajib, terdapat dua puluh sifat yang mustahil serta satu sifat yang hams bagi Allah SWT.
Berdasarkan pembahagian sifat-sifat tersebut terdapat perbezaan dengan pandangan yang dikemukakan oleh al-Asy' ari. Ini kerana beliau tidak pula menyebut tentang sifat ma'nawiyyah, namun sifat tersebut diakui oleh al- Razi (al-Baqilani (al-Baqilani, 1987: 48-49), Imam al-Haramain al-Juwayni (Imam al-Haramain al-Juwayni,1995: 36-37), dan setengah kalangan Maturidiyyah ( 'Abd al-Malik 'Abd al-Rahman al-Sa' di, 1999: 38-49) dan golongan Mu' tazilah ('Abd al-Jabbar bin Ahmad, 1965: 195). Dengan pengagihan seperti ini menggambarkan pembahagian tersebut bukanlah bermula daripada al-Asy' ari, bahkan is datang daripada salah seorang ulama al-Asya' irah iaitu Muhammad ibn Yusuf al-Sanusi (Ahmad al-Fatani, t.t: 10-
11; Abdul Rahman Haji Abdullah, 1998: 40).
Orang pertama yang dikatakan terlibat dalam pengajaran sifat dua puluh di Alam Melayu ialah Sheikh Abd Rauf Fansuri. Beliau telah mengupas persoalan tersebut dalam karya tasawufnya yang berjudul 'Umdah al- Muhtajin (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 108). Pada abad yang ke- 18, tokoh pertama yang mengembangkan Ilmu Kalam di Tanah Melayu ialah Muhammad Zayn Faqih Jalal al-Din al-Asyi. Antara usaha terpenting beliau ialah menghasilkan sebuah karya tauhid bertajuk Bidayah al-Hidayah (1757M) yang merupakan pengadaptasian dan komentar daripada kitab Umm al-Barahin karangan al-Sanusi (Kamarul Bakri Abd. Aziz, 1999: 80-81).
Selepas itu, muncul beberapa karya akidah yang bersumberkan kitab Umm al-Barahin seperti Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tawhid nukilan Sheikh 'Abd al-Samad al-Falimbani pada tahun (1764M) di Makkah. Syeikh Nawawi Bentani turut mensyarahkan kitab Umm al-Barahin dengan tajuk Zari'at al-Yaqin. Demikian juga ajaran "Sifat Dua Puluh" terns berkembang
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
dengan kelahiran kitab Aqidah al-Bayan oleh Tok Syihab al-Din Palembang (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 110).
Pada abad yang ke-19, lahir beberapa karya yang membahaskan tentang "Sifat Dua Puluh" . Antaranya ialah Ini Kitab Sifat Dua Puluh oleh Sayyid Uthman Ibn Yahya al-Betawi pada tahun (1886M). Selepas daripada itu muncul beberapa kitab yang diadaptasi daripada kitab Umm al-Barahin seperti kitab Siraj al-Huda karangan Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi al-Sambawi sekitar tahun (1885-1886M). Kemudian muncul pula kitab Aqidah al-Najin yang dikarang oleh Sheikh Zainal 'Abidin ibn Muhammad al-Fatani pada tahun (1890M) (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 111).
Pada abad ini juga telah muncul seorang ulama Melayu yang produktif dalam bidang penulisan, beliau ialah Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani.
Beliau turut membincangkan ajaran sifat dua puluh dalam karyanya al-Durr al-Thamin dan Sifat Dua Puluh. Di Kelantan muncul Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih yang terkenal dengan Tuan Tabal turut membincangkan persoalan sifat dua puluh dalam karyanya Bi Kifayah al-Awam. Sementara itu, di Kedah lahir Muhammad Tayyib bin Mas'ud al-Banjari yang turut menyentuh tentang ajaran sifat dua puluh dalam karyanya Miftah al-Jannah (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990: 111).
Perbahasan mengenai sifat dua puluh turut dibincang secara ringkas oleh Uthman bin Abdullah bin Yahya al-Batawi dalam karyanya yang bertajuk Kitab Sifat Dua Puluh pada tahun (1304H/1886M). Selain itu, Tok Wan Ali Kutan atau nama sebenarnya Sheikh Abd Rahman al-Kelantani turut memuatkan perbahasan sifat dua puluh dalam karyanya Zuhrah al-Murid fi Aqaid al-Tawhid yang selesai dikarang pada tahun1310H (Mohd Nor
Ngah,1983: 7).
Bagi ulama Melayu, mereka tidak berminat untuk mencetuskan isu barn dalam perbahasan ketuhanan. Ini kerana mereka lebih cenderung untuk mengembangkan perbahasan ketuhanan yang berkisar dalam persoalan sifat dua puluh yang pernah dipopularkan oleh Imam al-Sanusi. Keyakinan terhadap al-Sanusi yang dianggap sebagai wali Allah SWT oleh kebanyakan ulama Melayu menjadikan mereka begitu kagum dengan pemikiran sifat dua puluh yang diketengahkan oleh beliau. Kekaguman tersebut terpancar melalui kata-kata ulama Melayu berikut:
" bahawa muqaddimah Sheikh Sanusi itu, dan jika adalah ia kecil jirimnya sekalipun sangat besar ilmunya lagi yang mengandung atas sekelian 'aqaid serta dilebih beberapa fawaid dan kerana demikian itu adalah ia terlebih elok daripada segala yang dita'lijkan pada tauhid dan terlebih sucinya daripada hampa,
dan to'gid ictimewa pula orang yang mengarang akan dia itu wall Allah dengan tiada syak dan namanya Muhammad anak Yusuf al- Sanusi al-Husni ..."( Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 2)
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT. Analisis Pemikiran Tuan Minal 47
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Sheikh Zainal Abidin al-Fatani (Tuan Minal) tentang keistimewaan teks Umm al-Barahin karangan al-Sanusi meskipun kecil dan segi saiznya, namun tidak ternilai dan faedah dan manfaatnya.
Kekaguman bukan hanya terletak kepada pengarangnya yang dianggap sebagai wali Allah, malah karya tersebut dianggap antara karya terbaik tauhid yang pernah dihasilkan (Wan Suhaimi Wan Abdullah, 2001: 111).
Pujian terhadap Umm al-Barahin turut diutarakan Sheikh Zayn bin Faqih Jalaluddin melalui karyanya Bidayah al-Hidayah dengan katanya,
... maka aku kehendak aku terjemahkan akan karangan Imam yang lebih lagi warak yaitu Abu 'Abdullah kunyahnya Muhammad anaknya Yusuf Sanusi, nama negerinya Husni bangsanya yang redha Allah daripadanya, dan dinamai karangannya yaitu Umm al- Barahin...."(Muhammad Zain Ibn Faqih Jalaluddin, t.t: 2)
Kekaguman yang sama turut diutarakan oleh pengarang Siraj al-Huda, sebagaimana katanya,
"... hal keadaan menjadi syarah atas main Umm al-Barahin, dikerana bahawasanya ia memberi faedah padanya. (Adapun) ia memberi faedah, maka iaitu bahawasanya ialah kitab yang kecil pada bicara 'aqa 'id yang terlebih masyhur pada segala orang Arab dan Jawi dan Turki dan Hindi dan lainnya membaca segala mereka itu akan dia, serta diamalkan segala barang yang tersebut didalamnya, dan tersebut pada satu citra daripada orang yang soleh bahawasa Sayyidina Ibrahim a.s mengajar akan Umm al-Barahin bagi segala kanak-kanak yang mati dahulu daripada baligh dengan sebagai pada langit yang ketujuh" (al-Sambawi, t.t: 2).
Kenyataan di atas mendedahkan tentang kepentingan kitab Umm al-Barahin kepada ulama Melayu. Bagi mereka keterangan yang dikemukakan oleh al-Sanusi tentang sifat dua puluh tetap releven dikembangkan kepada masyarakat Islam di Nusantara.
Biografi Than Minal
Tuan Minal tergolong dalam kalangan tokoh ulama Melayu Patani yang terkenal selepas daripada Sheikh Daud al-Fatani, Sheikh Ahmad al-Fatani dan Sheikh Nik Dir al-Fatani. Nama penuh beliau ialah Zainal 'Abidin bin Muhammad bin Muhammad Dahhan bin Syeikh Wan Syamsuddin bin Syeikh Jaafar, namun beliau lebih terkenal dengan gelaran "Tuan Minal". Gelaran ini dikatakan mempunyai kaitan dengan peristiwa Tuan Minal dengan muridnya, di mana apabila beliau merasa marah atau rungsing terhadap murid-muridya beliau akan membaca surah al-Nas. Apabila sampai kepada ayat min al-jinnati wa al-nas beliau meninggikan suaranya. Semakin kuat rasa marahnya, semakin tinggilah tekanan suaranya terhadap ayat tersebut.
Ekoran seringkali menyebut ayat tersebut, maka lama kelamaan melekatlah
48
I
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012kalimah min al-jinnah menjadi gelarannya. Kemudian kalimah tersebut disingkatkan menjadi "minal" (Wan Muhamad Shaghir Abdullah, 1991:
16; Ahmad Fathy al-Fatani, 2002: 71). Tuan Minal dilahirkan di Kampung Bendang Badang, iaitu sebuah kampung yang terletak di lembangan Sungai Patani, berdekatan dengan Pekan Binjai Lama yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara Bandar Patani dengan Bandar Yala, Thailand (Ahmad Fathy al-Fatani, 2002: 64).
Tuan Minal mendapat pendidikan secara informal di madrasah kampung beliau sendiri. Pada zaman tersebut pusat pengajian pondok menjadi pilihan utama muda-mudi yang berminat terhadap pendidikan agama. Berbekalkan keazaman dan kesedaran yang tinggi untuk mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan agama, beliau telah mengambil inisiatif untuk meneruskan lagi pengajian di pusat pengajian pondok. Pusat pengajian yang menjadi pilihan beliau ialah pondok Bendang Daya. Semasa berada di pondok ini, beliau berkesempatan belajar dengan beberapa tokoh ulama pondok yang terkenal pada waktu itu. Antara guru-guru beliau ialah Sheikh Wan Mustafa bin Muhammad Faqih al-Patani@Tok Wan Pa yang merupakan pengasas pondok tersebut (Wan Muhamad Shaghir Abdullah, 1991: 16; Ahmad Fathy al-Fatani, 2002: 71), dan Sheikh Abdul Rashid al-Fatani yang terkenal dengan gelaran "Keramat Pulau Bidan". Tuan Minal juga berkesempatan belajar ilmu usuluddin dengan Syaikh Muhammad Thayyib bin Mas'ud al- Banjari al-Qadhi (Kedah) (Wan Mohd Saghir Abdullah, 2007: 137).
Berbekalkan keazaman yang tinggi untuk menambah ilmu pengetahuan, Tuan Minal sekali lagi menyambung pelajaran ke luar negeri. Kali ini pusat pengajian yang menjadi pilihan beliau ialah di Masjid al-Haram, Mekah.
Pada waktu itu, pengajian di Masjid al-Haram lebih terkenal sebagai pusat pendidikan sama ada secara formal atau tidak, dan telah dikunjungi oleh ramai bangsa Melayu bagi menimba ilmu agama untuk dunia dan akhirat (Che Zarrina Sa'ari, 2001: 62). Ketika berada di Mekah beliau sempat menimba ilmu dengan beberapa tokoh ulama Arab dan Patani yang terkenal pada waktu itu, antaranya seperti Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasb Allah al-Makki, Sheikh Wan Ali bin Ishak al-Fatani, Sheikh Abdullah bin Abd al- Rahim al-Fatani dan lain-lain lagi (Mohd Zamberi A. Malik, 1994: 120).
Di samping turut berguru dengan Sheikh Daud al-Fatani (Wan Muhamad Saghir Abdullah, 2007: 137-138). Tuan Minal tidak bermastautin lama di Mekah seperti rakan-rakannya yang lain yang terus bermukim di sana. Ini kerana setelah selesai menuntut ilmu beliau tidak menetap lebih lama di sana, bahkan terus pulang ke tanah air (Ahmad Fathy al-Fatani, 2002: 64).
Pemikiran Than Minal Tentang Sifat Allah SWT
Tuan Minal termasuk di kalangan ulama Melayu yang menyokong kewujudan sifat bagi Allah SWT. Buktinya beliau mengiktiraf dan mengakui pembahagian sifat Allah SWT kepada dua puluh sifat. Sekiranya Tuan Minal menentang perkara tersebut, pastinya beliau tidak akan membincangkan persoalan tersebut dalam kebanyakan karyanya. Ini kerana dalam beberapa
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT. Analisis Pemikiran Tuan Minal 49
karyanya seperti 'Aqidah al-Najin dan Miftah al-Murid, beliau menghuraikan secara terperinci tentang persoalan sifat dua puluh.
Sifat menurut pentakrifan Tuan Minal ialah "sesuatu yang ada (wujudi) yang terdapat kepada pihak yang disifatkan (mawsuf), yang dinamakan kepada selain daripada dhat Isa bin 'Abd Allah Mani' al-Humairi, 1998: 43; Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 15). Berdasarkan penta'rifan tersebut, Tuan Minal ingin menjelaskan bahawa sifat adalah benar-benar ada, dan bertempat, namun sifat dan dhat merupakan dua elemen yang berbeza. Justeru, kalaulah dikatakan sifat dan dhat adalah sesuatu yang berbeza bagaimana pula dengan sifat Allah SWT, adakah ia juga terpisah daripada dhat?
Berhubung persoalan ini Tuan Minal menegaskan bahawa Allah SWT berbeza dengan makhluk yang sangat berhajat kepada sesuatu termasuk kepada sifat, sedangkan Allah SWT adalah berlainan daripada itu, kerana Dia tidak memerlukan kepada sifat dan juga kepada pencipta sifatNya. Meskipun begitu Tuan Minal tidak dapat mengelak daripada menyatakan bahawa sifat Allah SWT adalah bertempat (mahal) iaitu berada pada dhat. Menurut beliau, yang tidak bermahal hanyalah dhat Allah SWT sahaja, manakala sifat sama ada yang qadim maupun baharu (hadith) semuanya mempunyai mahal (Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 20). Pandangan Tuan Minal ini seolah- olah menyamakan sifat Allah SWT dengan makhluk kerana menganggap sifat adalah bertempat iaitu berada pada dhat. Namun pandangan ini ditolak kerana bagi Tuan Minal semua perkara yang berada bersama Allah SWT adalah qadim termasuk sifat, tetapi menggambarkan sifat berdiri sendiri tanpa dhat adalah bertentangan dengan logik akal.
Meskipun mengakui sifat Allah SWT berada pada dhatNya atau bermahal, namun Tuan Minal menolak pandangan yang menyifatkan sifat Allah SWT amat memerlukan kepada dhatNya. Oleh itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Fakhr al-Din al-Razi yang menyifatkan mustahil sifat Allah SWT berdiri dengan sendiri, bahkan wajib berdiri dengan dhatNya. Kenyataan
"jahat adab" ini ditujukan kepada al-Razi yang berpendapat bahawa sifat Allah SWT tidak berdiri dengan sendiri, bahkan memerlukan tempat iaitu dhat. Pendapat ini seolah-olah menganggap sifat sangat berhajat kepada dhat yang merupakan sesuatu yang bertentangan dengan pandangan Asya' irah.
Hujah al-Razi tentang keberhajatan sifat kepada dhat ialah pertamanya alam adalah baharu, dan Allah SWT adalah pencipta alam sejak azali, kerana pencipta (fa'il) tanpa perbuatan (f i'1) adalah mustahil. Maka jadilah pencipta dan perbuatanNya (fi sebagai suatu yang berkait antara satu sama lain.
Justeru, benarlah sifat berada pada dhat Allah SWT (Al-Razi, 1991: 366- 367). Menurut Tuan Minal, tidak layak menyifatkan Allah SWT berkehendak kepada dhat, kerana ia boleh menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap Allah SWT seolah-olah Dia berhajat kepada sesuatu. Sedangkan wajib ber'itiqad bahawa sifat Allah SWT adalah qadim dan maha sempurna daripada bergantung kepada sesuatu, bahkan sesuatu yang sangat berhajat kepadaNya (Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 20).
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 201Z
Kenyataan Tuan Minal tentang kedudukan sifat Allah SWT menepati pandangan beberapa ulama Asya' irah seperti al-Asy' ari, al-Baghdadi, al- Baqilani dan al-Ghazzali yang turut mengakui bahawa sifat bukanlah dhat, bahkan merupakan tambahan bagi dhat, namun sifat tersebut adalah qadim sebagaimana dhat. Ini kerana Allah SWT mengetahui dengan ilmu, hidup dengan hayah dan sebagainya (Al-Ghazzali, 1983: 84; Al-Baghdadi, 1928:
90; Al-Asy' ari, 1975: 30). Pandangan ini bertujuan menjawab fahaman Mu'tazilah (Al-Ghazzali, 1983: 84 ; Al-Imam Muhammad Abu Zuhrah, t.t:
127; Dr. 'Abd Al-Mun' im al-Hufni, 1993: op.cit, h. 358; Al-Taftazani, 1989:
78) dan ahli falsafah (Al-Taftazani, 1989: 78-79) yang menafikan kewujudan dua yang qadim iaitu dhat dan sifat, sehingga menafikan sifat bagi Allah SWT. Menurut Mu'tazilah Allah SWT mengetahui, berkuasa, dan hidup dengan dhatNya, bukan dengan qudrah dan hayah ('Abd al-Jabbar Ahmad, 1965: 197-200). Ahli Falsafah pula mempunyai pandangan yang sama dengan Mu'tazilah yang menafikan sifat ma'ani seperti qudrah dan iradah. Tetapi penolakan Ahli Falsafah adalah sangat melampau kerana menafikan keseluruhan sifat Allah SWT. Menurut ahli Falsafah, sekiranya Allah SWT mempunyai sifat, maka pastinya Dia amat memerlukan kepada sifat tersebut. Berhajat kepada sifat dengan sendirinya menafikan Allah SWT dengan Wajib al-Wujud (Al-Ghazzali, 1962: 170-171).
Pandangan Tuan Minal tentang persoalan sifat ini turut disepakati oleh kebanyakan pengarang kitab jawi yang menyifatkan sifat sebagai sesuatu yang lain daripada dhat, antara mereka ialah Sheikh Muhammad Zin Faqih Jalaluddin, Pak Da'el, Sheikh Muhammad Zainuddin al-Sambawi dan sebagainya. Menurut Sheikh Muhammad Zin Faqih Jalaluddin, sifat Allah SWT ialah suatu makna yang lain daripada dhat, tetapi berdiri pada dhat (Muhammad Zin Ibn al-Faqih Jalaluddin, t.t: 7). Pak Da'el pula berpendapat, sifat Allah SWT ialah perkara yang bersangkutan atau perkara yang berkaitan dengan dhat (Ismail Abdul Kadir al-Fatani, t.t: 5). Sheikh Muhammad Zainuddin al-Sambawi pula berpendapat, sifat Allah SWT ialah sesuatu yang berada pada sesuatu yang disifatkan (mawsun, namun is bukanlah dhat (al-Sambawi, t.t: 8). Berdasarkan kenyataan tersebut menggambarkan bahawa kebanyakan pengarang tersebut sebagaimana Tuan Minal berusaha menghindarkan sifat Allah SWT daripada menyerupai sesuatu yang baharu, namun tidak dapat mengelak daripada menyifatkannya berada pada dhat.
Bilangan Sifat Allah SWT
Tuan Minal dalam karyanya seperti 'Aqidah al-Najin menerangkan secara terperinci bilangan sifat Allah SWT. Berkaitan persoalan ini Tuan Minal lebih cenderung kepada pandangan Imam al-Sanusi yang membahagikan sifat Allah SWT kepada dua puluh sifat. Terpengaruh dengan pandangan al- Sanusi, bukanlah bererti Tuan Minal bertaqlid buta terhadap pandangan tersebut, bahkan beliau mempunyai hujah bagi membuktikan kerelevenan bilangan tersebut. Sebagaimana al-Sanusi, Tuan Minal juga tidak menghadkan sifat tersebut kepada dua puluh sifat sahaja, kerana sifat kesempurnaan Allah
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT: Analisis Pemikiran Tuan Minal I 51
SWT tidak terhitung banyaknya. Ketika menjelaskan bilangan sifat yang wajib bagi Allah SWT, pandangan Imam al-Sanusi dijadikan rujukan oleh kebanyakan ulama Melayu termasuk Tuan Minal, sebagaimana katanya, famimma yajibu liMawlana Jalla wa 'Azza sifah, ertinya " maka di antara yang wajib bagi Allah dua puluh sifat ". Dengan menyebut perkataan
"min ma" yang bermaksud sebahagian, menunjukkan bahawa al-Sanusi tidak membataskan sifat-sifat Allah SWT kepada dua puluh sifat sahaja, bahkan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT adalah melebihi daripada itu.
(Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 16). Membataskan bilangan sifat Allah SWT seolah-olah menghadkan sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh syarak.
Keyakinan beliau terhadap pembahagian sifat dua puluh bukanlah semata- mata kagum dengan kewalian al-Sanusi, bahkan bersandarkan kekuatan hujah dan dalil yang membuktikan keberadaan sifat-sifat tersebut.
Hitungan Tuan Minal terhadap bilangan sifat Allah SWT adalah menepati pandangan beberapa ulama Asya'irah seperti seperti al-Baqilani dan al-Juwayni serta al-Maturidi. Namun berbeza dengan Al-Asy'ari yang membahagikan sifat tersebut kepada dua belas sifat sahaja kerana tidak mengkategorikan sifat nafsiyyah dan ma'nawiyyah sebagai sifat, bahkan dianggap sebagai asma' Allah.
Pembahagian Sifat Allah SWT
Tuan Minal tidak hanya membincangkan tentang bilangan sifat Allah SWT semata-mata, bahkan turut menjelaskan kategori yang selayaknya dimuatkan keseluruhan sifat-sifat tersebut. Berhubung persoalan ini, Tuan Minal telah mengagihkan sifat tersebut kepada empat kategori utama iaitu nafsiyyah, salbiyyah, ma'ani dan ma'nawiyyah.
Bahagian yang pertama ialah sifat nafsiyyah. Perkataan nafsiyyah menurut Tuan Minal berasal daripada kalimah "nafs" yang bermaksud sifat ini adalah dhatNya dan bukan menunjukkan kepada perkara yang za 'id (tambahan) pada dhatNya. Berkaitan sifat nafsiyyah, Tuan Minal telah mengemukakan dua penta'rifan mengenainya iaitu pertamanya, sifat ini dikatakan sebagai
"tidak diterima akal ada dhat melainkan dengannya" (Zainal Abidin al- Fatani, t.t: 23). Kenyataan ini menjelaskan bahawa akal yang sihat dan waras tidak dapat menerima keberadaan sesuatu melainkan didahului oleh wujud.
Manakala ta'rif kedua, iaitu sebagaimana yang diutarakan oleh sesetengah ulama ialah "hal yang thabit bagi dhat, selama ada dhat itu padahal tiada dikeranakan dengan suatu kerana" (Mubarak Hasan Husin,1995: 175; Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 23). Berdasarkan penta'rifan ini, Tuan Minal menj elaskan bahawa sifat nafsiyyah adalah termasuk dalam kategori hal iaitu sesuatu yang berada dipertengahan antara wujud dan tiada ('adam). Justeru itu, sifat ini pada hakikatnya tidak dikatakan benar-benar ada dan tiada. Manakala dimaksudkan dengan "tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana" ialah sifat ini tidak berkait dengan sesuatu apa pun. Ini kerana tiada sesuatu pun yang
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
dikaitkan dengan kewujudan sifat ini, sama ada is berpunca daripada sifat lain atau sebagainya. Selain itu, menurut Tuan Minal, sifat nafsiyyah turut disebut sebagai sifat itu adalah dhat (hiya huwa). Memandangkan sifat ini tiada lain melainkan dhat, dan tiada sifat lain yang dinisbahkan kepadanya melainkan sifat wujud (Zainal Abidin al-Fatani, t.t: 23). Maka jelaslah di sini bahawa sifat nafsiyyah hanyalah satu sahaja iaitu wujud.
Kategori kedua ialah sifat salbiyyah. Tuan Minal menta'rifkan sifat salbiyyah sebagai " sifat yang menunjukkan atas nafi barang yang tiada layak dengan Allah 'Azza wa Jalla (Mubarak Hasan Husin, 1995: 175). Dimaksudkan dengan penta'rifan di atas ialah mengenepikan sebarang sifat yang tidak layak dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ini bermakna kelima- lima sifat salbiyyah iaitu qidam, baqa', mukhalafatuhu li al-hawadith, qiyamuhu bi nafsih dan wandaniah bertindak menolak sifat-sifat yang tidak layak Allah SWT. Umpama sifat qidam bertindak menafikan ada permulaan bagi kewujudan Allah SWT. Manakala sifat baqa' menafikan ada kesudahan bagi kewujudan Allah SWT. Sifat mukhalafatuhu li al-hawadith menolak adanya persamaan Allah SWT dengan makhluk. Sifat qiyamuhu bi nafsih menafikan Allah SWT berhajat kepada pencipta. Dan sifat wandaniyyah menafikan banyak dhat, sifat dan alai Allah SWT (Zainal 'Abidin al-Fatani, t.t: 23).
Di samping itu, Tuan Minal ingin memperbetulkan pandangan yang cuba menyisihkan sifat salbiyyah daripada kategori sifat Allah SWT, kerana menganggap sifat tersebut merupakan sifat-sifat negatif yang tidak layak disandarkan kepada Allah SWT. Menurut Tuan Minal keberadaan sifat ini bukanlah bertujuan meletakkan sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT, bahkan untuk membersihkan Allah SWT daripada sifat-sifat kekurangan, memandangkan keberadaan sifat tersebut telah disepakati oleh kebanyakan ulama (Zainal 'Abidin al-Fatani, t.t: 23).
Menurut Tuan Minal sifat salbiyyah turut dikenali sebagai "sifat tiada"
('adami). Dinamakan dengan "sifat tiada", kerana sifat ini tidak dikatakan sebenar-sebenar wujud seperti sifat Ini kerana sifat salbiyyah tidak benar-benar wujud di alam nyata, melainkan ianya berperanan menolak sifat negatif terhadap Allah SWT. Kategori ketiga daripada sifat dua puluh ialah sifat Sifat ini menurut Tuan Minal ialah "tiap-tiap sifat yang mawjudah pada dhihni dan mawjudah pada kharij dengan berdiri dengan yang mawjudah, yakni yang berdiri pada dhat yang mawjud, yang mewajibkan baginya hukum". Sifat ma'ani menurut Tuan Minal terdiri daripada tujuh sifat iaitu, qudrah, iradah, ilmu, hayah, sama', basar dan kalam (Zainal 'Abidin al-Fatani, t.t: 35). Dimaksudkan dengan "tiap-tiap sifat yang mawjudah pada dhihn (akal) dan mawjudah pada kharij (luar akal)" ialah sifat ini bukan hanya tergambar pada akal fikiran semata-mata, bahkan kewujudannya dapat dibuktikan melalui pancaindera. Antaranya seperti mengetahui kekuasaan Allah SWT (sifat qudrah) melalui penciptaan makhluk, dan (sifat iradah) dengan kehendakNya sesuatu boleh berlaku.
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SIt'T AnalLsis Penakiran Tuan Minal 153
Manakala "mewajibkan hukum" pula diertikan sebagai sifat yang berperanan menghukum sifat ma'nawiyyah. Umpama dengan sifat qudrah melahirkan sifat ma'nawiyyah iaitu qadiran. Begitulah dikiaskan kepada keseluruhan sifat ma'ani (Zainal 'Abidin al-Fatani, t.t: 35).
Tuan Minal turut mengemukakan penta' rifan kedua sifat ma'ani iaitu "la hiya huwa wala hiya ghairuh" iaitu sifat itu bukan dhat, dan bukan selain daripada dhat. Ini menjelaskan bahawa sifat ini tidak dikatakan dhat dan selain daripada dhat, bahkan berada dipertengahan antara keduanya. Dimaksudkan dengan berada dipertengahan antara keduanya ialah sifat ma'ani bukanlah sebenar-benar dhat, kerana ianya adalah sifat. Di samping itu, ianya tidak disifatkan berada di luar daripada dhat kerana ia adalah sebahagian daripada dhat Allah SWT dan bersifat qadim.
Kategori terakhir daripada sifat Allah SWT ialah sifat ma'nawiyyah. Menurut Tuan Minal sifat ma'nawiyyah ialah "hal yang thabit bagi dhat selama ada dhat itu dikeranakan dengan suatu kerana". Dimaksudkan dengan "hal yang thabit bagi dhat" ialah pertamanya sifat ini adalah "har' iaitu tidak dikatakan sebenar-benar wujud dan tiada, bahkan berada dipertengahan antara keduanya. Keduanya disifatkan "thabit bagi dhat" ialah kerana sifat ini berada pada dhat Allah SWT. Manakala pengertian "dikeranakan oleh sesuatu kerana" ialah kewujudan sifat ini bergantung kepada sifat ma'ani, memandangkan sifat ini mempunyai hubungan yang erat dengan sifat Meskipun Than Minal mengakui wujud hubungan antara sifat ma'ani dan sifat ma'nawiyyah, namun ianya hanya menurut akal semata- mata, bukan dari segi hakikat yang sebenamya. Memandangkan sifat Allah SWT tidak ada yang dahulu dan kemudian, juga tidak saling memerlukan antara satu sama lain. Bagi Tuan Minal, apa yang penting ialah beriman dengan sifat-sifat tersebut, memandangkan perkara tersebut telah disepakati oleh kebanyakan ulama (Zainal 'Abidin al-Fatani, t.t: 35).
Berkaitan sifat ma'nawiyyah, Tuan Minal tidak menghuraikan secara panjang lebar seperti perbahasan lain. Ini kerana tidak banyak isu yang dapat dibincangkan dalam persoalan ini, melainkan ia merupakan lanjutan daripada perbahasan sifat ma'ani. Menurut beliau, tujuan dinyatakan perkataan "thumma yajibu" selepas daripada perbahasan sifat ma'ani adalah untuk menggambarkan ikatan dan kaitan yang erat antara kedua-dua sifat tersebut. Lebih-lebih lagi dengan menamakan sifat tersebut dengan ma'nawiyyah yang diambil daripada ma'ani sudah cukup menggambarkan keintiman dua sifat tersebut (Zainal 'Abidin al-Fatani, t.t: 35-36). Meskipun begitu, aspek yang diberi penekanan oleh Tuan Minal ialah tentang keberadaan sifat ma'nawiyyah, sama ada sifat ini benar-benar wujud atau tidak. Menurut beliau penerimaan terhadap sifat ma'nawiyyah bergantung kepada penerimaan "hal", sekiranya menafikan "hal" dengan sendirinya akan menafikan kewujudan sifat ma'nawiyyah.
54
I
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012Ketika menjelaskan sifat Allah SWT atau sifat dua puluh, Tuan Minal berusaha membuktikan bahawa tidak wujud pertentangan atau pengulangan dalam perbahasan tersebut. Menurut Tuan Minal, sifat yang wajib bagi Allah SWT terdiri daripada dua puluh sifat yang terkandung di bawah empat kategori utama iaitu nafsiyyah, salbiyyah, ma'ani dan ma'nawiyyah.
Meletakkan sifat salbiyyah selepas daripada sifat nafsiyyah menunjukkan ketertiban dari segi susunan, ini kerana sifat nafsiyyah iaitu wujud perlu didahulukan kerana ia merupakan asas kepada semua kejadian. Manakala meletakkan sifat salbiyyah seperti qidam, baqa', mukhalafatuhu Ta'ala li al- hawadith, qiyamuhu Ta'ala bi nafsih dan wandaniyyah selepas daripadanya adalah bertujuan membersihkan sifat negatif daripada kewujudan tersebut iaitu Allah SWT. Setelah terhapusnya sifat negatif, barulah dihiasi dengan sifat ma'ani seperti qudrah, iradah, ilmu, hayah, sama', basar dan kalam dan sifat ma'nawiyyah kawnuhu qadiran, kawnuhu muridan, kawnuhu aliman, kawnuhu hayyan, kawnuhu sami'an, kawnuhu basiran dan kawnuhu mutakalliman iaitu sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT. Situasi ini diibaratkan seperti manusia yang perlu terlebih dahulu menyucikan din daripada kotoran sebelum dihiasi dengan pakaian yang cantik dan menarik.
Kesimpulan
Berhubung perbahasan di atas, dapat disimpulkan bahawa Tuan Minal sebagaimana ulama Melayu lain tidak membuat penambahan terhadap perbahasan sifat Allah SWT, bahkan menjadi penerus kepada perjuangan Imam al-Sanusi. Ketika menjelaskan tentang sifat Allah SWT atau sifat dua puluh, Tuan Minal berusaha membuktikan bahawa tidak wujud pertentangan atau pengulangan dalam perbahasan tersebut. Menurut Tuan Minal, sifat yang wajib bagi Allah SWT terdiri daripada dua puluh sifat yang terkandung di bawah empat kategori utama iaitu nafsiyyah, salbiyyah, ma'ani dan ma'nawiyyah. Meletakkan sifat salbiyyah selepas daripada sifat nafsiyyah menunjukkan ketertiban dan segi susunan, ini kerana sifat nafsiyyah iaitu wujud perlu didahulukan kerana ia merupakan asas kepada semua kejadian.
Manakala meletakkan sifat salbiyyah seperti qidam, baqa mukhalafatuhu Ta'ala li al-hawadith, qiyamuhu Ta'ala bi nafsih dan wandaniyyah selepas daripadanya adalah bertujuan membersihkan sifat negatif daripada kewujudan tersebut iaitu Allah SWT. Setelah terhapusnya sifat negatif, barulah dihiasi dengan sifat ma'ani seperti qudrah, iradah, ilmu, hayah, sama', basar dan kalam dan sifat ma'nawiyyah kawnuhu qadiran, kawnuhu muridan, kawnuhu 'aliman, kawnuhu hayyan, kawnuhu samran, kawnuhu basiran dan kawnuhu mutakalliman iaitu sifat-sifat kesempurnaan bagi Allah SWT. Situasi ini diibaratkan seperti manusia yang perlu terlebih dahulu menyucikan din daripada kotoran sebelum dihiasi dengan pakaian yang cantik dan menarik.
Meskipun membahagikan sifat Allah SWT kepada dua puluh sifat, namun Tuan Minal tidak membataskan sifat-sifat Allah hanya kepada 20 sahaja, bahkan sifat kesempurnaan Allah SWT tidak terhitung bilangannya.
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT: Analisis Pemikiran Tuan Minal 155
Membataskan bilangan sifat Allah SWT seolah-olah menghadkan sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh syarak. Keyakinan beliau terhadap pembahagian sifat dua puluh bukanlah semata-mata kagum dengan kewalian al-Sanusi, bahkan berdasarkan kekuatan hujah yang menyokong keberadaan sifat-sifat tersebut. Ini kerana menolak kewujudan sifat sama ada satu atau sebahagiannya seolah-olah menafikan sesuatu yang diiktiraf oleh al-Qur'an dan al-Hadith. Justeru, Tuan Minal berusaha menjelaskan dan menghuraikan sifat-sifat Allah SWT, kerana mengenali dan memahami secara jelas perkara tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan seorang individu muslim terhadap ketuhanan Allah SWT. Oleh itu, keimanan dan keyakinan beliau tentang pembahagian sifat-sifat Allah adalah selari dan tidak bertentangan dengan fahaman al-Asyairah yang turut mengunakan kaedah atau pendekatan Sifat Dua Puluh dalam perbahasannya.
Rujukan
(t.t), Syarh Matn Jawharah al-Tawhid, (terj). Pulau Pinang: Percetakan Dar al-Ma' arif.
'Abd al-Malik 'Abd al-Rahman al-Sa' di (1999), Syarh al-Nasafiyyah fi al- Aqidah al-Islamiyyah. Dar Al-Anban.
'Abd al-Mu' ti Muhammad Bayumi (1982), Al-Falsafah al-Islamiyyah, juz 1.
'Ali Arsalan 'Aidin (1987), Al-Madhahib al-Fitiqadiyyah al-Qadimah fi Mizan al-Islam, Dar al-Razi.
'Irfan 'Abd al-Hamid (1967), Dirasat fi al-Firaq wa al-Aqaid al-Islamiyyah, Baghdad: Matba' ah al-Irsyad.
'Isa bin 'Abd Allah Mani' al-Humairi (1998), Al-Mafahim al-Aqadiyyah fi al-Sifat al-Ilahiyyah. Kaherah: Dar al-Salam.
Abdul Rahman Haji Abdullah (1990), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara Sejarah Dan Perkembangannya Hingga Abad Ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abi 'Abd Allah Muhammad bin 'Umar bin Ibrahim al-Malali al-Tilmisani (2003), Syarh Umm al-Barahin, Dr. Khalid Zuhri (tahqiq). Beirut:
Dar al-Kutub al-' Ilmiyyah.
Abu al-Wafa al-Ghinami al-Taftazani (1979), 'ilm al-Kalam Wa Ba'd Musykilatih, al-Qahirah: Dar al-Thaqafah Li al-Tiba' ah Wa Nasr.
Abu Hamid al-Ghazzali (1981), Ihya' 'Ulum al-Din, jil. 1, h. 341.
Ahmad 'Atiyyah Allah (1970), al-Qamus al-Islami, jilid 3, Maktabah al- Nandah al-Misriyyah, Kaherah.
Ahmad al-Fatani (t.t), Faridah al-Faraid. Patani: Matba' ah Bin Halabi.
Ahmad Amin (1982), Fajr al-Islam, al-Qahirah: Maktabah al-Nandhah al- Misriyyah.
Ahmad Amin (1982), Fajr al-Islam. Kaherah: Maktabah al-Nandah al- Misriyyah.
'ULUM ISLAMIYYAH JOURNAL VOL.8 (JUNE) 2012
Ahmad Amin (tt), Zuhr al-Islam, al-Qahirah: Maktabah al-Nandhah al- Misriyyah, juz 2.
Al-Asy' ari (1975), al-Luma' fi al-Radd Ahl al-Ziyagh wa al-Bida', Dr.
Hamudah Gharabah (tahqiq). Kaherah: Hay'ah al-'Ammah li Syu'un al-Matabi' al-Amiriyyah.
Al-Asy'ari (1990), Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin, Beirut:
Al-Maktabah al-'Asriyyah.
Al-Baghdadi (1928), Usul al-Din. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.
'Abd al-Fattah al-Maghribi (1985), Imam Ahl al- Sunnah wa al-Jamasah Abu Mansur al-Maturidi wa Ara'uhu al-Kalamiyyah. Kaherah:
Maktabah Wahbah.
Al-Ghazzali (1962), Tahafut al-Falasifah. Beirut: Matba' ah al-Katulikiyyah.
Al-Ghazzali (1983), al-lqtisad fi al-7tiqad. Beirut: Dar al-Kutub al- 'Ilmiyyah.
Al-Haji Yusuf bin al-Haji Mustafa Bandar Patani (1991), Sejarah Dan Silsilah Keturunan Tuan Minal, (t.tp).
Al-Jurjani (1985), Al-Ta'rifat.
Al-Maqrizi (t.t), Kitab Mawa'iz wa al-Ftibar bi Dhikr al-Hutat wa al-Athar al-Ma'ruf bi al-Hutat al-Maqriziyyah, Beirut: Dar al-Sadir.
Al-Razi (1991), Kitab al-Muhassal. Kaherah: Maktabah Dar al-Turath, Dr.
Husin Atai (tahqiq).
al-Sambawi (t.t), Siraj al-Huda. Kota Bharu: Cahaya Pumama.
Al-Sheikh Ibrahim al-Baijuri (1949), Hasyiah Tahqiq al-Maqam, Kaherah:
Maktabah Wa Matba' ah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladih.
A1-Syahrastani (1986), al-Milal wa al-Nihal, tahqiq, Muhammad Sayyid Kailani, Bayrut: Dar Syo'b, juz 1.
Al-Baghdadi (1997), Al-Farq Bayn al-Firaq, Bayrut: Dar al-Ma'rifah.
Al-Tabarani (1984), al-Mujam al-Kabir. Hamdi 'Abd al-Majid al-Salafi (ed.) Beirut: Dar al-Ihya' li al-Turath al-'Arabi, juz 3, h. 197.
Hasan Mahmud al-Syafe'I (1991), Al-Madkhal Ila Dirasah al-Kalam, al-Qahirah: Maktabah Wahbah.
Hisham al-Badrani, (1998), Al-Hukm al-Syar'i fi Bahs Asma' Allah wa Sifatihi, 'Amman: Dar al-Bayariq.
Mahmud al-Khalidi (1985), Al-Aqidah wa Ilm al-Kalam, al-'Amman:
Maktabah al-Risalah al-Hadithah, h. 27;
Mahmud Salim 'Abidat (1998), Tarikh al-Firaq wa Aqaiduha, al-Maktabah al-Wataniyyah.
Muhammad Zain Ibn Faqih Jalaluddin (t.t), Bidayah al-Hidayah. Singapura- Jeddah: Percetakan al-Ma' arif Sdn. Bhd.
Prof. H. M. Asywadie Syukur LC (1994), Pemikiran-Pemikiran Tauhid Syeikh Muhammad Sanusi, Pt. Bina 'Ilmu, Surabaya.
Said 'Abd al-Latif Fawdah (2004), Tandhib Syarh al-Sanusiyyah. Amman:
Dar al-Razi.
Tash Kubra Zadah (t.t), Miftah al-Sa'adah, juz 2, h. 162;
Perbahasan Mengenai Sifat-sifat Allah SWT: Analisis Pemikiran Tuan Minal 1 57
Wan Mohd Saghir Abdullah (2007), Tuan Minal al-Fatani, Karangannya Rujukan Ulama Melayu, dalam Wan Mohd Saghir Abdullah, Ulama Dunia Melayu Yang diperkenalkan Dalam Utusan Malaysia, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Wan Muhamad Shaghir Abdullah, (1991), Zainal Abidin al-Fatani, Majalah Dakwah, April, 1991.
Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar Dari Patani, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Faizuri bin Abdul Latif
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Email : [email protected]
Email : [email protected]