Perbezaan Pengetahuan Guru Tentang Kanak-kanak Autisme Berdasarkan Faktor Demografi
(Differences in Teachers’ Knowledge About Children With Autism Based On Demographic Factors)
Kok Wan Sia1*, Mohd Mokhtar Tahar1
1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 April 2023 | Published: 30 April 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.62
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Autism Spectrum Disorder (ASD) tidak mengenal perbezaan kaum, etnik atau tahap pendidikan tetapi boleh menjejaskan mana-mana keluarga dan kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan guru tentang kanak-kanak autisme. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji hubungan antara pengetahuan guru tentang ASD berdasarkan pengalaman mengajar dan taraf pendidikan mereka. Reka bentuk kajian keratan rentas deskriptif digunakan untuk mengkaji tahap pengetahuan berkaitan autisme. Saiz sampel seramai 355 orang guru aliran perdana telah dipilih secara persampelan rawak mudah dari 55 buah sekolah rendah terpilih di Kota Bharu, Kelantan. Data primer dikumpul menggunakan soal selidik dalam bentuk Google Form berdasarkan kajian lepas. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for The Social Sciences SPSS (Versi 26), menggunakan ujian Korelasi Pearson untuk mengkaji instrumen yang telah dibangunkan dengan nilai pekali Alpha Cronbach α = 0.629. Dapatan kajian ini merumuskan tahap pengetahuan adalah sederhana dengan skor min 7.65. Ini menunjukkan pengetahuan tentang ASD dalam kalangan guru perlu dipertingkatkan. Keputusan menunjukkan jumlah keseluruhan 355 orang guru, 87% (n=309) daripada semua responden pernah mendengar tentang autisme dan 31.3% (n=111) pernah mengajar kanak-kanak autisme di sekolah. Tetapi hanya 1.1% (n=4) guru pernah mendapat latihan formal melalui bengkel autisme. Majoriti guru (85.6%) mengatakan bahawa tidak berminat mengajar kanak-kanak autisme. Oleh itu, pengkaji mencadangkan bahawa adalah penting pada masa hadapan bagi setiap sekolah untuk melaksanakan kursus asas, latihan, bengkel atau seminar yang berkaitan untuk guru mereka.
Kata kunci: autisme, guru aliran perdana, pengetahuan guru, perspektif demografi Kata kunci: autisme, guru aliran perdana, pengetahuan guru, perspektif demografi
Abstract: Autism Spectrum Disorder (ASD) does not recognize race, ethnicity or educational level but can affect any family and child. This study aims to evaluate the knowledge level of teacher about autistic children. In addition, this study also examines the relationship between teachers' knowledge about ASD based on teaching experience and their education level. A descriptive cross-sectional study design was used to examine the knowledge level related to autism. A sample size of 355 teachers were selected by simple random sampling from 55 selected primary schools in Kota Bharu, Kelantan. Primary data was collected using a questionnaire in Google Form based on previous studies. The data collected was then analyzed using Statistical Packages for the Social Sciences SPSS (Version 26), the Pearson Correlation test was used to examine the instrument that has been developed with Cronbach's Alpha
coefficient value α = 0.629. The findings of this study summarize the knowledge level is moderate with a mean score of 7.65. This shows that knowledge about ASD among teachers need to be improve. The results show a total of 355 teachers, where 87% (n=309) of all respondents had heard about autism and 31.3% (n=111) of them had taught autistic children at school. But only 1.1% (n=4) of teachers had ever received formal training through an autism workshop. The majority of teachers (85.6%) said that they were not interested in teaching autistic children. Therefore, the researcher suggests that it is important in the future for every school to implement basic courses, training, workshops or relevant seminars.
Keywords: autism, mainstream teachers, teachers’ knowledge, demographic perspectives ___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Menurut The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th Edition (DSM 5), Autism Spectrum Disorder (ASD) dikategorikan sebagai satu penyakit psikiatri. Kanak-kanak autisme terdapat masalah dari segi komunikasi verbal atau nonverbal, sosial dan tingkah laku.
Gangguan ini merujuk kepada keadaan yang biasanya muncul pada peringkat awal bayi atau kanak-kanak, dan dicirikan oleh defisit sosial dan komunikasi yang menghalang fungsi optimum (Elder, Kreider, Brasher & Ansell, 2017). Sistem saraf dalam otak individu yang mengalami autisme mengalami masalah perkembangan dan kesannya dapat dilihat apabila mereka mempamerkan tingkah laku seperti berada dalam dunia sendiri dan tidak peka terhadap persekitaran (Zulkafli, Abdul Majid & Ishak, 2018).
Pada tahun 2014, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menyatakan bahawa kajian atau penyelidikan tentang pengetahuan autisme perlu diperbanyakkan bagi meninjau tahap kesedaran terhadap kanak-kanak autisme dalam kalangan guru di Malaysia. Joanna (2015) menyatakan bahawa kesedaran yang positif tentang autisme bukan sahaja tertumpu kepada satu pihak tetapi semua contohnya sistem pendidikan, sistem kesihatan, ekonomi dan masyarakat. Peningkatan jumlah kanak-kanak autisme di Malaysia ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan guru-guru di sekolah untuk mengenal pasti kanak-kanak autisme. Justeru, kesedaran para guru terhadap kanak-kanak autisme perlu dititikberatkan daripada pelbagai sudut secara terperinci supaya dapat membantu dan mendiagnosis kanak-kanak yang dikesan ada tanda-tanda autisme pada peringkat awal.
Dasar Sifar Penolakan (Zero Reject Policy) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara berperingkat dalam mewujudkan kesamarataan dan peluang dalam Pendidikan termasuklah kanak-kanak autisme untuk memastikan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka. Selaras dengan prinsip pendidikan, semua MBPK yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas aliran perdana. Pelaksanaan Dasar Sifar Penolakan berkesan terhadap tanggungjawab golongan guru sekolah terutamanya dari aspek kesediaan. (Jongkulin, Talip &
Mukti, 2019).
Menurut Snider, Busch dan Arrowood (2016) menjelaskan guru umpama seorang individu yang terutama untuk mempunyai ilmu pengetahuan mengenai ciri-ciri MBPK ini kerana guru adalah individu yang penting bagi mengesan atau mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri autisme. Selain itu, kajian Lalvani (2015) mendapati bahawa sesetengah guru mempunyai ketakutan patologi untuk menjaga kanak-kanak autisme walaupun hanya di dalam kelas mereka sahaja. Kekurangan pengetahuan terhadap austime dapat menyebabkan
seseorang guru gagal untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang dialami oleh muridnya (Schonert-Reichl, 2017). Guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan kanak- kanak autisme dapat membantu mereka untuk mengajar dan menangani masalah dengan berkesan dan cekap.
Di Malaysia, ASD masih dianggap sebagai stigma yang mungkin mempunyai kecendurungan tersirat yang berpotensi tinggi dan memerlukan tahap fokus yang tinggi untuk mendidik generasi guru yang baharu tentang gangguan autisme (Abdulrahman, 2018). Walau bagaimanapun, Malaysia masih kurang dari segi fokus terhadap autisme dan cara menanganinya terutamanya di sekolah. Ramai yang hanya pernah ‘mendengar’ tentang isu autisme melalui laman sosial atau laman media yang lain. Hal ini kerana autisme masih belum mendapat pendedahan yang sepatutnya kepada khalayak masyarakat, menyebabkan susah untuk masyarakat menerima kanak-kanak autisme. Justeru, tahap pengetahuan guru yang tinggi terhadap kanak-kanak autisme dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa untuk memahami keadaan anak mereka jika anaknya didiagnosis sebagai autisme.
Kajian ini berfokus untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru-guru aliran perdana sekolah rendah terhadap kesedaran kanak-kanak autisme berdasarkan pengalaman mengajar dan taraf pendidikan di Kota Bharu. Hasil kajian diharapkan dapat meningkatkan kesedaran guru terhadap kanak-kanak yang mengalami autisme. Kajian ini dapat menjawab persoalan kajian berikut:
i. Apakah tahap pengetahuan guru aliran perdana sekolah rendah terhadap kanak-kanak autisme?
ii. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pengetahuan guru aliran perdana sekolah rendah terhadap kanak-kanak autisme berdasarkan pengalaman mengajar?
iii. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap pengetahuan guru aliran perdana sekolah rendah terhadap kanak-kanak autisme berdasarkan taraf pendidikan?
2. Tinjaun Literatur
Pengetahuan adalah aspek ilmu yang sangat penting kepada seseorang guru. Pengetahuan diutamakan sebagai elemen yang penting. Ini kerana ilmu mengubah perspektif seseorang melalui pandangan yang luas. Dalam konteks ini, apabila seseorang guru didedahkan dengan baik dalam pengetahuan mengajar kanak-kanak autisme, mereka lebih berkemungkinan dapat menerima kanak-kanak autisme. Guru yang berpengetahuan cenderung untuk bertindak dan berkelakuan dalam adab yang mengesahkan tahap pengetahuan mereka dan sebaliknya. Oleh itu, tahap pengetahuan adalah mungkin faktor penting dalam memahami hubungan antara sikap dan amalan (Lais et al., 2017).
Banyak kajian yang telah dijalankan di Malaysia dan luar negara untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap kanak-kanak autisme. Menurut kajian Dolah, Wan Yahaya dan Toh (2011), menunjukkan bahawa kekurangan kesedaran serta pengetahuan dalam kalangan guru menyebabkan kebanyakan kanak-kanak autisme lewat mendapatkan pemeriksaan oleh doktor dan para profesional. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak terlepas peluang keemasan menerima pemeriksaan autisme pada usia lebih awal. Guru merupakan insan yang meluangkan masa yang banyak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak pada peringkat awal umur. Oleh itu, guru mempunyai pengetahuan umum mengenai kanak-kanak autisme adalah sangat penting (Ulah et al, 2015).
Kajian yang dijalankan oleh Philips (2005) mendapati guru yang mengajar di sekolah aliran perdana masih kekurangan pengetahuan tentang autisme, khasnya dalam perkembangan kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak autisme. Terdapat bukti dalam penyelidikan bahawa guru aliran perdana yang tidak berkemampuan untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas (Aslan, 2016). Pengetahuan dan kepercayaan guru telah diperhatikan dan dinilai. Dapatan menunjukkan bahawa guru di sekolah aliran perdana tidak mempunyai kesedaran autisme dan tidak dilatih berbanding dengan guru pendidikan khas (Haimour dan Obaidat, 2013).
Beberapa kajian yang menilai perspektif guru aliran perdana dan guru pendidikan khas menyimpulkan bahawa guru pendidikan khas menunjukkan sikap yang lebih baik secara signifikan terhadap keterangkuman berbanding guru aliran perdana (Saloviita, 2020).
Perbezaan ini mungkin berkaitan dengan latihan yang guru terima bergantung pada pengkhususan mereka. Walaupun guru pendidikan khas dilatih dalam pengetahuan yang berkaitan dengan pendidikan inklusif, guru aliran perdana biasanya menerima latihan pedagogi yang meluas, di mana pengetahuan mengenai pendidikan khas hanya mewakili sebahagian kecil. Perbezaan dalam pengetahuan guru ini mungkin mempengaruhi fakta bahawa guru pendidikan khas menunjukkan sikap yang jelas lebih positif terhadap kanak-kanak autisme (Solis, Pedrosa & Mateos-Fernandez, 2019).
Pengetahuan mengenai autisme didapati secara positif mempengaruhi sikap terhadap individu mempunyai autisme (Kuzminski et al., 2019). Menurut kajian Galosy, Gillespie & Banilower (2018), pengetahuan guru tentang gangguan autisme boleh bertindak sebagai penyiar kesedaran tentang perubahan sosial ke arah pendidikan inklusif. Oleh itu, semakin banyak pengetahuan guru mengenai kepelbagaian fungsi, semakin positif sikap mereka terhadap kanak-kanak autisme. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan tentang autisme adalah peramal yang ketara terhadap keupayaan guru dan kesediaan untuk menyediakan peluang pembelajaran inklusif kepada kanak-kanak autisme dalam sekolah aliran perdana dan sekolah pendidikan khas (Segall et al., 2012; Baglieri & Shapiro, 2012; Busby et al., 2012).
Berdasarkan kajian Liu et. al (2016) terhadap guru di Foshan, China menyatakan terdapat kesan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan berdasarkan pengalaman mengajar guru. Guru yang mempunyai pengalaman bekerja dengan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat markah yang lebih tinggi berbanding dengan guru yang tidak pernah mengajar kanak-kanak autisme. Manakala, guru yang mempunyai pendidikan tinggi juga mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tepat terhadap kanak-kanak autisme. Kajian Syriopoulou-Delli et.al.
(2012 dan Ballantyne et.al. (2019) menyatakan bahawa guru yang mempunyai pengalaman kerja terdahulu dengan kanak-kanak autisme mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang ASD berbanding dengan guru yang tidak pernah mengajar kanak-kanak autism.
Di Arab Saudi, kajian Khalil et. al. (2020) menonjolkan tahap pengetahuan autisme yang rendah dan perspektif guru yang kurang baik terhadap mengintegrasikan kanak-kanak autisme kerana kekurangan latihan dan menghadiri bengkel untuk meningkatkan profesion guru. Oleh itu, lebih banyak usaha diperlukan untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang autisme dalam kalangan guru, terutamanya guru-guru sekolah rendah. Berdasarkan kajian Alharbi et al.
(2019), guru sekolah menunjukkan tahap pengetahuan yang rendah tentang ASD. Taraf pendidikan, gred pengajaran, pengalaman, jantina tidak banyak mempengaruhi pengetahuan guru. Oleh itu, menandakan keperluan untuk mendidik dan melatih para guru dalam mengenal pasti dan mengurus kanak-kanak autisme memandangkan bilangan kanak-kanak yang terjejas semakin meningkat di seluruh dunia.
Di India, pengetahuan guru sekolah rendah tentang ASD dinilai, laporan soal selidik menyatakan 95% guru sedar tentang autisme, tetapi 83% daripada mereka mengakui pengetahuan mereka tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya 50% guru hanya mengenal pasti 6 daripada 12 ciri-ciri kanak-kanak autisme dengan betul. Pengalaman mengajar mempunyai korelasi positif yang kuat dengan tahap pengetahuan mereka (Fombonne, 2020). Kajian tentang pengetahuan guru terhadap murid berkeperluan pendidikan khas melibatkan seramai 200 orang guru sekolah rendah di Bangalore, India menunjukkan taraf pendidikan guru dan pengalaman mengajar adalah faktor penting kepada pengetahuan guru mengenai masalah pembelajaran (Shari & Vranda, 2015).
Menurut kajian Ballantyne, Gillespie-Smith & Wilson (2021) yang mengkaji peranan kedua- dua budaya dan pengalaman mengajar dengan perbezaan dalam tahap pengetahuan tentang ASD antara guru di UK dan China menunjukkan bahawa budaya tidak memberi kesan kepada tahap pengetahuan tentang autisme, namun terdapat kesan signifikan terhadap pengalaman mengajar. Guru yang tiada pengalaman mempunyai pengetahuan ASD jauh lebih rendah daripada mereka yang mempunyai pengalaman mengajar yang lama. Di samping itu, tahap pengetahuan guru UK lebih tinggi berbanding dengan guru di negara China.
3. Metolodogi
Reka bentuk kajian keratan rentas deskriptif digunakan untuk mengkaji pengetahuan berkaitan autisme. Kajian ini mengadaptasi borang soal selidik Schwartz dan Drager (2008) untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru mengenai autisme dan persepsi minat guru-guru untuk mendidik kanak-kanak autisme. Soal selidik ini telah diterjemahan ke Bahasa Melayu dalam kajian Toran et. al. (2010) bagi memastikannya responden dapat memahami soalan dengan jelas. Selain itu, beberapa item dalam bahagian tahap pengetahuan juga merujuk kepada kajian Liu et al. (2016) yang mengkaji tahap pengetahuan guru prasekolah.
Instrumen kajian dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi 10 soalan berkaitan demografi responden seperti jantina, umur, taraf pendidikan, pengalaman mengajar, bangsa dan pendedahan kepada kanak-kanak autisme. Bahagian B mengandungi 12 penyataan mengenai pengetahuan tentang autisme merangkumi maksud, punca, kejadian, tanda dan simptom, rawatan serta pengurusan autisme. Responden perlu memilih betul atau salah mengikut pengetahuan sendiri. Menurut Harrison et al. (2016) menyatakan ukuran autisme yang paling banyak digunakan adalah Autism Knowledge Survey (AKS, Stone 1987). Ini adalah soal selidik gaya likert yang terdiri daripada 'fakta' autisme yang digunakan untuk menguji tahap pengetahuan responden.
Berdasarkan laporan dan statistik senarai sekolah rendah Jun 2022, terdapat 4, 582 guru sekolah rendah di Kota Bharu yang terlibat dalam kajian ini yang boleh dijadikan populasi. Bagi mengenal pasti jumlah sampel yang sesuai, penggunaan saiz pemilihan sampel seperti yang telah dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Mengikut kerangka yang ditetapkan oleh mereka, sampel bagi sesebuah kajian telah ditetapkan mengikut jumlah populasi yang terdapat dalam kajian tersebut. Mengikut jadual Krejcie dan Morgan, sekiranya populasi sesebuah kajian adalah 4, 582 orang seperti dalam kajian ini, maka sampel yang perlu dikumpul adalah sekurang-kurangnya 354 responden.
Maka, soal selidik ini dijawab oleh 355 orang guru berdasarkan pemerhatian terhadap kanak- kanak autisme yang dipilih sebagai subjek kajian. Menurut Creswell dan Clark (2018), reka bentuk persampelan secara rawak sesuai digunakan apabila ciri populasi mempunyai
keseragaman yang tinggi. Oleh itu, responden dipiih dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Sampel terdiri daripada guru aliran perdana yang mengajar Tahun 1 hingga Tahun 6 daripada 55 buah sekolah rendah yang dipilih secara rawak di bandar Kota Bharu, Kelantan.
Statistical Packages for The Social Sciences SPSS (Versi 26) telah digunakan untuk menganalisis data yang telah diperolehi melalui soal selidik. Data yang telah dianalisis seterusnya dipaparkan dalam bentuk jadual. Ini memudahkan pembaca merujuk dan memahami hasil kajian tersebut. Analisis data yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah analisis statistik deskriptif yang digunakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan berdasarkan perspektif demografi guru terhadap kanak-kanak autisme di Kota Bharu dalam bentuk jumlah kekerapan, peratus dan min. Selain itu, analisis varians sehala (ANOVA) pula digunakan untuk melihat sekiranya terdapat perbezaan pengetahuan yang signifikan antara beberapa kumpulan berdasarkan faktor demografi seperti pengalaman mengajar dan taraf pendidikan guru.
4. Dapatan Dan Perbincangan Latar Belakang Responden
Jadual 1 di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu jantina, umur, taraf pendidikan, pengalaman mengajar, bangsa dan perkara-perkara berkaitan dengan kanak-kanak autisme.
Jadual 1: Taburan Responden
Berdasarkan dapatan kajian yang didapati dalam Jadual 1, menunjukkan bahawa 82 responden (23.1%) terdiri daripada guru lelaki manakala 273 responden (76.9%) adalah guru perempuan.
Hal ini menjelaskan bahawa populasi guru lelaki lebih rendah berbanding guru perempuan.
Seterusnya, bagi taraf pendidikan pula telah mencatatkan majoriti responden mempunyai
Ciri-ciri Kategori Frekuensi
(N=355) Peratusan (%)
Jantina Lelaki 82 23.1
Perempuan 273 76.9
Umur 25-35 tahun 22 6.2
35-45 tahun 155 43.7
45 tahun ke atas 178 50.1
Taraf Pendidikan Diploma 31 8.7
Ijazah Sarjana Muda 288 81.1
Sarjana 36 10.1
Pengalaman Mengajar Kurang 5 tahun 2 0.6
6 – 15 tahun 111 31.3
16 tahun ke atas 242 68.2
Bangsa Melayu 198 55.8
Cina 156 43.9
Lain-lain 1 0.3
Pernahkah mendengar ASD Tidak 46 13.0
Ya 309 87.0
Pernahkah anda mengajar kanak-kanak Autisme
Tidak Ya
244 111
68.7 31.3
Berminat mengajar kanak-kanak Autisme Tidak Ya
304 51
85.6 14.4
Pernah menerima latihan / kursus dalam PPKI
Tidak Ya
351 4
98.9 1.1
ijazah sarjana muda iaitu seramai 288 responden (81.1%), diikuti dengan sarjana seramai 36 responden (10.1%) dan guru yang mempunyai diploma seramai 31 responden (8.7%).
Sementara majoriti responden mempunyai pengalaman mengajar yang lama, iaitu 16 tahun ke atas dengan seramai 242 responden (68.2%) manakala responden yang mempunyai pengalaman mengajar 6 hingga 15 tahun seramai 111 responden (31.3 %) dan hanya 2 responden (0.6%) mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun.
Dalam Jadual 1 juga menunjukkan bahawa seramai 309 responden (87%) pernah mendengar mengenai ASD dan 46 responden (13%) tidak pernah. Seramai 244 responden (68.7%) menyatakan mereka tidak pernah mengajar kanak-kanak autisme di sekolah manakala 111 responden (31.3%) pernah mengajar kanak-kanak autisme. Majoriti responden menunjukkan tidak berminat mengajar kanak-kanak yang mengalami autisme dengan seramai 304 orang (85.6%) dan hanya 51 responden (14.4%) menunjukkan minat dalam mengajar kanak-kanak autisme. Akhir sekali, kebanyakan responden (98.9%) tidak pernah menerima latihan / kursus dalam pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas dan hanya 4 responden (1.1%) yang pernah menerima latihan seperti kursus murid berkeperluan pendidikan khas, kursus pendidikan khas ijazah sarjana muda OUM dan latihan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Tahap Pengetahuan Guru Tentang Autisme
Jadual 2 di bawah merupakan analisis bagi soal selidik untuk Bahagian B bagi Konstruk Pengetahuan Guru yang menunjukkan pengetahuan asas tentang autism.
Jadual 2: Bilangan responden yang dapat menjawab soalan dengan betul
Bil Pernyataan Betul Salah
B1 Kanak-kanak yang didiagnosis autisme mesti mempamerkan masalah interaksi sosial.
310 (87.3%)
45 (12.7%) B2 Kanak-kanak yang didiagnosis sebagai autisme mesti
mempamerkan tingkah laku mencederakan diri sendiri.
136 (38.3%)
219 (61.7%) B3 Kanak-kanak yang didiagnosis sebagai autisme mesti
mempamerkan tingkah laku dan minat yang stereotaip berulang-ulang.
41 (11.5%)
314 (88.5%)
B4 Kanak-kanak yang didiagnosis sebagai autisme mesti mempamerkan masalah komunikasi.
312 (87.9%)
43 (12.1%) B5 Sebilangan kanak-kanak yang mengalami autisme
mempamerkan over-sensitivity dan under-sensitivity terhadap rasa sakit.
310 (87.4%)
45 (12.6%)
B6 Autisme berlaku dalam kurang daripada 10% populasi. 302 (85.1%)
53 (14.9%) B7 Lebih ramai kanak-kanak lelaki didiagnosis autisme
berbanding dengan kanak-kanak perempuan.
252 (71.1%)
103 (28.9%) B8 Sebilangan kanak-kanak yang mengalami autisme
mempamerkan kemahiran motor kasar dan motor halus yang tidak setara.
330 (93.1%)
25 (6.9%)
B9 Kanak-kanak yang mengalami autisme tidak pernah membuat eye-contact.
125 (35.1%)
230 (64.9%) B10 Autisme boleh disembuhkan jika didiagosis lebih awal dan
intervensi yang sesuai disediakan.
54 (15.2%)
301 (84.8%)
B11 Kanak-kanak autisme selalunya lebih baik dengan input visual daripada input pendengaran.
310 (87.4%)
45 (12.6%) B12 Faktor genetik memainkan peranan penting sebagai punca
gangguan spektrum autisme.
233 (65.7%)
122 (34.3%)
Bahagian ini melibatkan 12 item mengenai ciri -ciri kanak-kanak autisme. Dapatan bagi tahap pengetahuan guru menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang baik dalam beberapa ciri autisme. Kajian menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang betul dalam item B1 “Kanak-kanak yang didiagnosis autisme mesti mempamerkan masalah interaksi sosial” (87.3%), item B4 yang menyatakan kanak-kanak autisme mempunyai masalah komunikasi (87.9%) dan item B5 “Sebilangan kanak-kanak yang mengalami autisme mempamerkan over-sensitivity dan under-sensitivity terhadap rasa sakit” (87.4%) serta item B11 menyatakan “Kanak-kanak autisme selalunya lebih baik dengan input visual daripada input pendengaran” (87.4%). Majoriti responden memberi jawapan yang betul dalam item B8 yang menyatakan kemahiran motor kasar dan motor halus yang tidak setara dalam kalangan kanak-kanak autisme (93.1%).
Sehubungan itu, dapatan menunjukkan bahawa masih ada segelintir guru keliru tentang beberapa ciri autisme. Antaranya ialah item B2 seramai 38.3% daripada responden menganggap kanak-kanak autism mesti mempamerkan tingkah laku mencederakan diri sendiri.
Manakala 35.1% (n=125) responden bersetuju dengan item B9 sedangkan kanak-kanak autisme sebenarnya mengadakan eye-contact dengan orang lain cuma tidak kerap. Di samping itu, dapatan ini menunjukkan bahawa responden tidak mempunyai pengetahuan yang betul tentang diagnostik kriteria bagi kanak-kanak autisme. Seramai 88.5% (n=314) guru bersetuju item B3 yang menyatakan kanak-kanak autisme mesti mempamerkan tingkah laku dan minat yang stereotaip berulang-ulang, tetapi ia bukanlah salah satu diagnostik bagi autisme. Selain itu, 84.8% (n=301) mempunyai pengetahuan yang salah dalam item B10 bahawa sebenarnya autisme adalah kondisi yang tidak boleh disembuhkan melalui teknologi perubatan tetapi intervensi awal dapat meminimakan kegelisahan semasa bersosial serta mengurangkan cabaran mengawal tingkah laku.
Skor purata bagi pengetahuan guru aliran perdana terhadap kanak-kanak austime adalah 7.65.
Berdasarkan kriteria Wee et al. (2008) menunjukkan skor purata melebihi 50% responden kajian ‘lulus’ dalam ujian pengetahuan mengenai kanak-kanak autisme. Dengan merujuk kepada rubrik skor dalam jadual 3, tahap pengetahuan guru terhadap kanak-kanak autisme adalah di tahap sederhana.
Jadual 3: Rubrik skor pengetahuan guru aliran perdana terhadap kanak-kanak autisme
Skor Interpretasi tahap pegetahuan
0.00-4.00 Rendah
4.01-8.00 Sederhana
8.01-12.00 Tinggi
Perbezaan pengetahuan guru berdasarkan tahap pendidikan
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan guru aliran perdana sekolah rendah terhadap kanak-kanak autisme berdasarkan taraf pendidikan.
Jadual 4: analisis ANOVA ANOVA
Penerimaan :
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 1.865 2 .932 .460 .632
Within Groups 713.121 352 2.026
Total 714.986 354
Berdasarkan jadual analisis ANOVA di atas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru aliran perdana sekolah rendah terhadap kanak- kanak autisme berdasarkan taraf pendidikan. Dimensi yang diperolehi ialah [p=0.632, p>0.05], di mana hipotesis nul HO1 diterima.
Perbezaan pengetahuan guru berdasarkan pengalaman mengajar
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan guru aliran perdana sekolah rendah terhadap kanak-kanak autisme berdasarkan pengalaman mengajar.
Jadual 5: analisis ANOVA ANOVA
Penerimaan :
Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups 4.346 2 2.173 1.076 .342
Within Groups 710.640 352 2.019
Total 714.986 354
Berdasarkan jadual analisis ANOVA di atas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru aliran perdana sekolah rendah terhadap kanak- kanak autisme berdasarkan pengalaman mengajar. Dimensi yang diperolehi ialah [p=0.342, p>0.05], yang hipotesis nul HO2 diterima.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan pengetahuan guru sekolah aliran perdana terhadap kanak-kanak autisme di Kota Bharu, Kelantan berada pada tahap sederhana.
Ini menunjukkan bahawa tidak semua guru benar-benar memahami dan mengetahui ciri-ciri tentang autisme. Memandangkan 87% guru dalam kajian ini menyatakan pernah mendengar ASD tetapi hanya 1.1% guru yang pernah menerima latihan atau kursus berkaitan dengan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Ini menunjukkan pengetahuan guru mengenai ASD adalah tidak mencukupi. Dapatan kajian juga menunjukkan 31.3% guru pernah mengajar kanak-kanak autisme tetapi hanya 14.4% guru berminat mengajar kanak-kanak autisme. Ini membuktikan bahawa tahap kesedaran guru terhahap kanak-kanak autisme adalah rendah.
Diagnosis autisme pada usia awal sangat bermanfaat dalam perkembangan intelek kanak- kanak. Diagnosis awal terhadap kanak-kanak autisme ini membolehkan permulaan terapi yang sesuai untuk membantu dalam perkembangan mereka. Guru memainkan peranan penting dalam interaksi dengan kanak-kanak semasa tahun-tahun awal kehidupan. Keupayaan guru untuk mengenal pasti kanak-kanak autisme di dalam bilik darjah akan memberi manfaat untuk jangka masa panjang. Skor purata bagi pengetahuan guru aliran perdana terhadap kanak-kanak austime pada tahap sederhana iaitu 7.65. Ini membimbangkan bahawa majoriti guru sekolah rendah di Kota Bahru kelihatan mempunyai pengetahuan yang tidak mencukupi tentang kanak- kanak autisme, mereka tidak bersedia untuk mengajar kanak-kanak autisme dan berasa tidak yakin apabila menghadapi murid autisme. Hasil dapatan kajian ini disokong oleh kajian Segall dan Campbell (2012) di mana sebanyak 196 orang guru aliran perdana dan guru besar hanya mendapat jawab 7 daripada 15 item tentang pernyataan pengetahuan autisme dengan betul.
Beberapa kajian juga melaporkan kekurangan pengetahuan dalam kalangan guru mengenai
ASD yang dijalankan oleh Alharbi et al. (2019), Paul dan Gabriel-Brisibe (2015) serta Haimour dan Obaidat (2013).
Pengetahuan ialah peramal yang relevan terhadap keupayaan dan kesedaran guru untuk menyediakan peluang pembelajaran inklusif kepada murid autisme, membantu mereka memperoleh akses yang lebih baik kepada proses saringan dan pengenalan awal. Kajian ini menyimpulkan dan menonjolkan tahap pengetahuan guru terhadap kanak-kanak autisme tidak mencukupi kerana kekurangan latihan dan bengkel untuk meningkatkan kelayakan mereka.
Oleh itu, lebih banyak usaha diperlukan untuk meningkatkan lagi pemahaman tentang autisme dalam kalangan semua guru di Kota Bharu untuk mengendalikan murid-murid amat diperlukan. Oleh itu, latihan dalam perkhidmatan mengenai autisme patut dilaksanakan agar meningkatkan pengetahuan dan memberikan kesediaan yang lebih baik untuk mengurus murid berkeperluan pendidikan khas pada masa kelak. Perkara ini turut disokong oleh kajian Ahmad dan Abu Hanifah (2015) menyatakan pengetahuan guru yang tinggi adalah sangat penting meningkatkan kepercayaan ibu bapa terhadap guru yang bertanggungjawab mendidik kanak- kanak berkeperluan khas.
Kesedaran guru perlu ditingkatkan dengan adanya pelbagai latihan atau bengkel tentang kanak- kanak berkeperluan khas di sekolah. Kajian Suhaily dan Siti Syahad (2017) mendapati guru aliran perdana tidak arif mengenai ciri-ciri kanak-kanak autisme ini menyebabkan kesedaran guru mengenai autisme adalah berada di bawah tahap rendah. Kajian yang dijalankan oleh Alharbi et al. (2019) di Jeddah, Arab Saudi menyokong fakta bahawa guru memerlukan lebih banyak program untuk meningkatkan pengetahuan mereka untuk membetulkan salah tanggapan terhadap kanak-kanak autisme.
Tahap pengetahuan guru yang tinggi terhadap kanak-kanak autisme mampu membantu murid tersebut menerima intervensi awal. Kajian Tahar dan Najib (2019) menunjukkan bahawa guru aliran perdana tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk mengenal pasti kanak- kanak yang menghadapi masalah autisme di kelas. Persepsi yang negatif akan menyebabkan kesan terhadap keberhasilan murid.
Kajian Nah, Chen dan Kenneth (2022) pula menyatakan 10% guru di semua sekolah rendah telah menamatkan latihan peringkat sijil dalam keperluan khas dari Institut Pendidikan Kebangsaan di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura untuk menyokong murid berkeperluan pendidikan khas di sekolah aliran perdana. Kajian Alharbi et al. (2019) dan Simpson et al. (2013) juga menunjukkan bahawa guru bersedia untuk mengajar ASD setelah mereka berkongsi pengetahuan daripada guru pendidikan khas dan menunjukkan sikap positif selepas menjalankan latihan mengenai PPKI. Kewujudan sistem kerjasama yang sedia di sekolah, membangunkan sistem pementoran dan merupakan penyelesaian yang baik dari segi sosial untuk memberikan sokongan yang lebih tinggi kepada guru (Barry et al. 2020). Kajian Solis, Pedrosa dan Mateos-Fernandez et al. (2016) pula membuktikan budaya kolaboratif yang sangat baik dengan penekanan pada perancangan bersama, perkongsian kepakaran dan maklumat antara guru aliran perdana dan pembantu keperluan khas di Ireland. Oleh itu, kolaborasi antara guru pendidikan khas dan guru aliran perdana di Kota Bharu perlu diadakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan guru terhadap kanak-kanak autisme.
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat dua faktor demografi yang telah dikaji perbezaan dengan tahap pengetahuan guru terhadap kanak-kanak autisme. Dua faktor demografi iaitu pengalaman mengajar dan taraf pendidikan telah menunjukkan nilai yang tidak signifikan. Ini bermaksud tiada perbezaan tahap pengetahuan guru mengikut taraf pendidikan dan
pengalaman mengajar. Dapatan kajian mengenai perbezaan antara tahap pengetahuan autisme dengan taraf pendidikan dalam kalangan guru adalah negatif. Walaupun majoriti guru yang mempunyai kelayakan sarjana muda tetapi pengetahuan guru dalam pendidikan khas adalah sangat sedikit. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan pengalaman mengajar terhadap tahap pengetahuan terhadap kanak-kanak autisme. Walaupun 68.2%
responden mempunyai pengalaman mengajar sebanyak 16 tahun ke atas yang boleh dianggap sebagai guru yang berpengalaman, namun pengetahuan autisme terhadap kanak-kanak didapati adalah tidak mencukupi.
Namun, dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian Haimour dan Obaidat (2013), Talib dan Paulson (2015) menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara pengetahuan dan pengalaman mengajar di mana guru kurang pendedahan kepada kanak-kanak autisme, mereka cenderung menunjukkan lebih rendah tahap pengetahuan tentang autisme dan menyebabkan keyakinan diri yang dinilai kendiri rendah terhadap mengajar murid autisme. Manakala kajian Lingeswaran (2013) mendedahkan bahawa guru mempunyai pengetahuan dan kesedaran rendah hingga sederhana tentang keperluan kanak-kanak istimewa, tanpa mengira jantina dan pengalaman mengajar mereka.
Berdasarkan kajian Alharbi et al. (2019) menyatakan bahawa tahap pengetahuan yang lebih tinggi dalam kalangan guru lebih dikaitkan dengan latihan yang diterima. Walau bagaimanapun, mereka mendapati tiada hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan autisme dalam kalangan guru dengan taraf pendidikan yang berbeza, tahap gred yang diajar dan pengalaman mengajar. Ini menunjukkan bahawa semua faktor ini tidak relevan sebagai faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan guru terhadap autisme. Selain itu, kajian Ayub et al. (2017) yang dijalankan di Pakistan mengaitkan pengetahuan yang lebih baik berkaitan dengan kehadiran kursus dalaman di sekolah tetapi mendapati tiada kaitan langsung dengan pengalaman mengajar dan tahap pendidikan guru.
Dapatan kajian Nor Aniza, Samsilah dan Aini (2019) pula menunjukkan perbezaan yang ketara dalam pengetahuan guru tentang autisme bergantung kepada taraf pendidikan dan pengalaman mengajar mereka. Kajian keratan rentas yang diterbitkan di Nigeria (Omolayo et. al., 2020) menunjukkan bahawa pengalaman mengajar tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengetahuan terhadap autisme, tetapi latihan terdahulu memberikan kesan positif terhadap pengetahuan. Hasil kajian yang dijalankan Gomez-Mari, Sanz-Cervera dan Tarraga- Mínguez (2021) menunjukkan bahawa pengetahuan guru tentang autisme adalah lemah. Ia bergantung pada taraf pendidikan dan latihan yang diterima semasa sebagai pelatih.
Berdasarkan hasil kajian menyokong kepentingan menggabungkan program latihan autisme ke dalam kurikulum latihan guru dengan pengukuhan tetap melalui program latihan dalam perkhidmatan. Kementerian Pendidikan perlu mengambil pendekatan yang lebih proaktif untuk membentuk dan menjalankan kursus latihan dalam perkhidmatan khusus untuk guru sekolah rendah bagi meningkatkan pengiktirafan dan kesedaran tentang ASD ini. Penyelidikan masa depan harus diarahkan ke arah menjalankan kajian yang serupa dengan saiz sampel yang besar dan jantina yang berbeza kerana ia kelihatan sebagai faktor yang boleh mempengaruhi pengetahuan, pendapat dan tahap kecekapan dalam menggunakan strategi tingkah laku dalam menguruskan kanak-kanak autisme.
5. Kesimpulan
Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak autisme dapat dikenal pasti pada peringkat awal supaya tidak terlepas peluang keemasan untuk membantu perkembangan mereka mengikut kaedah dan pendekatan yang betul. Kajian ini menunjukkan keperluan untuk memberi fokus dalam program dan latihan kepada guru yang menekankan kepada kaedah pengajaran kanak-kanak autisme yang berkesan dan berasaskan bukti bagi memenuhi keperluan pendidikan kepada golongan kanak-kanak autisme yang semakin meningkat. Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia harus memperkasakan pelbagai latihan serta menganjurkan kursus yang bersesuaian supaya tahap pengetahuan guru dapat dimantapkan lagi.
Selain itu, guru tidak mempunyai kesedaran atau latihan tentang autisme kerana pihak sekolah tidak menganjurkan sebarang kursus latihan atau bengkel untuk guru mereka yang memberi tumpuan terutamanya kepada autisme atau meningkatkan pengetahuan mereka tentang autisme. Keengganan guru untuk meneroka sesuatu yang baru juga merupakan masalah besar yang wujud dalam golongan guru di Kota Bharu. Kebanyakan guru tidak bersedia menerima hakikat bahawa tingkah laku kanak-kanak autisme boleh diperbaiki jika terima intervensi dengan awal. Oleh itu, pihak sekolah juga memainkan faktor dorongan untuk mengadakan pelbagai kursus atau latihan berkaitan autisme untuk membantu meningkatkan keyakinan diri guru semasa mengajar kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu, kolaborasi anatara guru pendidikan khas dan guru aliran perdana dapat membantu guru lebih memahami keperluan murid berkeperluan pendidikan khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan sasaran sebanyak 75% murid berkeperluan pendidikan khas yang akan mendapatkan pendidikan di sekolah pada tahun 2025.
Secara ringkas, dapat disimpulkan dengan peningkatan jumlah sekolah adalah perlu mempunyai guru yang berpengetahuan agar murid-murid mendapat saringan awal supaya tidak mengalami keciciran. Oleh itu, dengan adanya kajian ini, ianya diharapkan dalam meningkatkan kesedaran kepada para guru tentang kepentingan pengetahuan dan kesediaan mereka apabila menemui golongan kanak-kanak berkeperluan khas ini agar mereka mendapat pendidikan yang bersesuai dengan kebolehan mereka bagi mengurangkan masalah pada masa hadapan mereka. Selari dengan Dasar Sifar Penolakan iaitu guru untuk berpengetahuan tinggi dalam melihat perkembangan murid dapat membimbing semua kanak-kanak diterima masuk ke sekolah tanpa sekatan.
Akhir sekali, kajian ini menunjukkan dan menonjolkan kepentingan mewujudkan kesedaran mengenai autisme dalam masyarakat kita. Daripada dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa dalam usaha untuk menggalakkan peluang pendidikan inklusif yang lebih baik untuk pelajar ASD di Malaysia, adalah penting untuk menyampaikan pengetahuan dan kesedaran tentang keterangkuman masyarakat.
Rujukan
Ahmad, N. A., Roslan, S., Ma'rof, A. M. (2019). Pengetahuan dalam Gangguan Spektrum Autisme (ASD) dalam Kalangan Guru Pra Sekolah di Yaman. Kemajuan dalam Sains Sosial, Pendidikan dan Penyelidikan Kemanusiaan, Jilid 388 Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas ke-3 (ICSE 2019)
Ahmad, N. A. & Hanifah, N. A. (2020). Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas apabila Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran (Special Education Teacher's Level of Knowledge in Dealing with Learning Disabilities
Student. Faculty of Education and Human Development, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, 35900 Perak, Malaysia
Alharbi, K.A., Alharbi, A. A., Al-Thunayyan, F. S., Alsuhaibani, K. A., Alsalameh, N. S., Alhomaid, M. H., Albahouth, I. S., Hamid, P. F. (2019). Schoo’s Teachers Knowledge About Autism in Al-Badayacity.
Aslan, Y. (2016). Attitudes and opinions of parents and teachers about autism in Turkey.
International Journal of Humanities and Social Science Invention, 5(4), 48–51.
Retrieved from http://www.ijhssi.org/papers/v5(4)/H0504048051.pdf.
Ayub, A., Naeem, B., Ahmed, W. N., Srichand, S., Aziz, K., Abro, B., Najam, S., Murtaza, D., Janjua, A. A., Ali, S., & Jehan, I. (2017). Knowledge and Perception Regarding Autism among Primary School Teachers: A Cross-sectional Survey from Pakistan, South Asia. Indian journal of community medicine: official publication of Indian Association of Preventive & Social Medicine, 42(3), 177–179.
https://doi.org/10.4103/ijcm.IJCM_121_16
Baglieri, S., & Shapiro, A. (2012). Disability Studies and the Inclusive Classroom: Critical Practices for Creating Least Restrictive Attitudes. New York, NY: Routledge.
Ballantyne, C., Gillespie-Smith,K. & Wilson, C. (2021). A Comparison of Knowledge and Experience of Autism Spectrum Disorder among Teachers in the United Kingdom and China, International Journal of Disability, Development and Education, 68:2, 160- 171, DOI: 10.1080/1034912X.2019.1674254
Barry, L., Holloway, J., Gallagher, S., & Mcmahon, J. (2020). General Education Teachers Use of Evidence-Based Practices with Students with Autism: The Role of Training,
Knowledge, Attitudes and Barriers to EBP Use.
http://dx.doi.org/10.31124/advance.14166839
Bond, T. G. & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. (Routledge & T. & F. Group, Eds.) (Third Edit).
New York & London.
Busby, R., Ingram, R., Bowron, R., Oliver, J. & Lyons, B. (2012). Teaching Elementary Children with Autism: Addressing Teacher Challenges and Preparation Needs.
Centers for Disease Control and Prevention. (2016). Prevalence and characteristics of autism spectrum disoder among children aged 8 years – Autism and Monitoring Network (ADDM). Atlanta, GA: CDC, Surveillance Summaries. 65:3.
Creswell, J. W. & Plano Clark, V. L. (2018). Designing and Conducting Mixed Methods Research (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE.
Daly, P., Ring, E., (Principal Investigators), Egan, M., Fitzgerald, J., Griffin, C., Long, S., McCarthy, E., Moloney, M., O’Brien, T., O’Byrne, A., O’Sullivan, S., Ryan, M., Wall, E. (2013). An Evaluation of Education Provision for Students with Autism Spectrum Disorder in Ireland. Trim: National Council for Special Education (2016).
Dolah, J., Yahaya, W. A. J. W. & Chong, T. S. (2011). Potential of Interactive Multimedia Learning Awareness (IMLA) in Enhancing Awareness of Autistic Characteristics among Parents and Society in Malaysia
Elder, J., Kreider, C., Brasher, S. & Ansell, M. (2017). Clinical impact of early diagnosis of autism on the prognosis and parent-child relationships. Psychology Research and Behavior Management, Volume 10, 283–292. https://doi.org/10.2147/prbm.s117499.
Fombonne, E. (2020). Epidemiological controversies in autism. Swiss Arch Neurol Psychiatr Psychother. Published online January 28, 2020. doi:10.4414/san p.2020.03084.
Galosy, J. A., Gillespie, N. M. & Banilower, E. R. (2018). Supporting Teachers to Be Agents of Social Capital Development.pp. 111–130.
Gomez-Mari, I., Sanz-Cervera, P. & Tarraga-Mínguez, R. (2021). Teachers’ Knowledge Regarding Autism Spectrum Disorder (ASD): A Systematic Review.
Haimour, A. I. & Obaidat, Y. F.(2013). School teachers’ knowledge about autism in Saudi Arabia. World Journal of Education 3(5): 45.
Harrison, A. J., Bradshaw, L. P., Naqvi, N. C., Paff, M. L. & Campbell, J. M. (2017).
Development and Psychometric Evaluation of the Autism Stigma and Knowledge Questionnaire (ASK-Q). Journal of Autism and Developmental Disorders, 47(10), 3281- 3295.
Joanna, M. L. (2015). Living with autism in Malaysia. Kuala Lumpur: Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
Jongkulin, M. A., Talip, R. & Mukti, R. D. (2019). Sikap Guru Prasekolah Terhadap Pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 20, 171-182.
Khalil, A. I., Salman, A., Helabi, R. & Khalid, R. (2020). Teachers’ Knowledge and Opinions toward Integrating Children with Autism Spectrum Disorder in
Mainstream Primary School in Jeddah, Saudi Arabia.
Kjercie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological measurement 30(3): 607- 610.
Kuzminski, R., Netto, J., Wilson, J., Falkmer, T., Chamberlain, A. & Falkmer, M.
(2019). Linking Knowledge and Attitudes: Determining Neurotypical Knowledge about Attitudes toward Autism. PLoS ONE 2019, 14, e0220197.
Lalvan, P. (2015). Disability, Stigma and Otherness: Perspectives of Parents and Teachers.
May 2015International Journal of Disability Development and Education 62(4):1-1 5DOI:10.1080/1034912X.2015.1029877
Lingeswaran, A. (2013). Menilai pengetahuan guru sekolah rendah tentang ketidakupayaan pembelajaran khusus di dua sekolah di India. Jurnal pendidikan dan promosi kesihatan;
2 (30). doi: 10.4103/2277-9531.115807. http://dx.doi.org/10.4103/2277-9531.115807 Liu, Y., Li, J., Zheng, Q., Zaroff, C. M., Hall, B. J., Li, X. & Hao, Y. (2016). Knowledge,
Attitudes, and Perceptions of Autism Spectrum Disorder in a Stratified Sampling of Preschool Teachers in China. Liu et al. BMC Psychiatry (2016) 16:142 DOI 10.1186/s12888-016-0845-2.
Nah, Y. H., Chen, M. & Kenneth Poon, K. L. (2022). Supporting Individuals with Autism Spectrum Disorder in Singapore. https://doi.org/10.1177/10534512211032911
Omolayo,B., Auta, M., Akinyemi, E. & Dennis, U. (2020). Knowledge and Awareness of Autism Spectrum Disorder Among Teachers in Ekiti State, Nigeria. African Journal of Teacher Education. 9(2):43-61. doi:10.21083/ ajote. 9i2.6240.
Paul, N., Gabriel-Brisibe, C. U. (2015). Awareness of Autism amongst Primary School Teachers in Yenagoa city, Bayelsa State. Niger J Paediatr. 2015;42(1):46-50. do i:10.4314/njp.v 42i1.10
Philips, S. C. (2005). Tahap-tahap Pengetahuan Mengenai Sindrom Autisme di Kalangan Guru
Kelas Biasa. Retrieved on March 15, 2017 from
http://rme.upsi.edu.my/v2ewacana/Sindrom.htm.
Saloviita, T. (2020). Attitudes of Teachers Towards Inclusive Education in Finland,
Scandinavian Journal of Educational Research, Vol 64, No. 2, 270-282, DOI:
10.1080/00313831.2018.1541819
Samsudin, J. B., Noor, N. B.M. & Salleh, N. B. M. (2018). Sikap Terhadap Gangguan Spektrum Autisme Di Kawasan Bandar Di Malaysia. Jurnal Antarabangsa untuk Kajian tentang Kanak-kanak, Wanita, Warga Emas Dan Orang Kurang Upaya, Jld. 5, (Okt.)
Schonert-Reichl, K. A. (2017). Social and Emotional Learning and Teachers. Spring27(1) https://www.jstor.org/stable/i40176578.
Schwartz, H. & Drager, K. D. R. (2008). Training and Knowledge in Autism among Speech- Language Pathologists: A Survey. Language, Speech & Hearing Services in Schools 39(1): 66-77.
Shari, M & Vranda, M. N. (2015). Knowledge of Primary School Teachers in Identifying Children with Learning Disabilities, Disability, CBR and Inclusive Development, 26(3), 68-76.
Segall, Matthew, J., Campbell, Jonathan, M. (2012). Factors Relating to Education Professionals’ Classroom Practices for the Inclusion of Students with Autism Spectrum Disorders. Research in Autism Spectrum Disorders, 6(3), 1156-1167.
Simpson, R. L., de Boer-Ott, S. R. & Smith-Myles, B. 2003. Inclusion of Learners with Autism Spectrum Disorders in General Education Settings. Topics in Language Disorders, 23(2), 116-133.
Simpson, R. L., de Boer-Ott, S. R. & Smith-Myles, B. (2003). Inclusion of Learners with Autism Spectrum Disorders in General Education Settings. Vol. 23, No. 2, pp. 116–
133.
Snider, Busch & Arrowood. (2016). Handbook of Social and Emotional Learning: Research and Practice. New York.
Solis, P., Pedrosa, I., & Mateos-Fernandez. L. M. (2019). Assessment and Interpretation of Teachers’ Attitudes towards Students with Disabilities. DOI:
10.1080/11356405.2019.1630955
Syriopoulou-Delli, Cassimos, D. C., Tripsianis, G. I. & Polychronopoulou, S. A. (2012).
Teachers' perceptions regarding the management of children with autism spectrum disorders. J Autism Dev Disord. 2012;42(5):755–68.
Tahar, M. M. & Najib, F. (2019). Kesediaan Guru Aliran Perdana terhadap Pelaksanaan Pendidikan Inklusif. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, 318-328.
Talib, T. L. & Paulson, S. E. (2015). Differences in Competence and Beliefs about Autism among Teacher Education Students. The Teacher Educator 50(4): 240–256.
The National Autism Society of Malaysia (NASOM). Awareness of Autism. Discussions about Autism are Increasing Lately. Why the Sudden Interest in Autism?
https://www.nasom.org.my/autism/
Toran, H., Hanafi, M., Yasin, M., Mokhtar, M. & Salleh, N. (2010). Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisme. Malaysian Journal of Education (0126-6020), 35(1).
Wee, B. L., Selina Ho, K. Y, Slyvia Choo, H. T., Daisy Chan, K. L., Yeo, C. L., Ho, L. Y.
(2008). Preschool Teachers' Knowledge, Attitudes and Practices on Childhood Developmental and Behavioural Disorders in Singapore. J Paediatr Child Health.
44(4):187–94
Zanin, L. M., Cunha, D. T., Rosso, V. V., Capriles, V. D. & Stedefeldt, E. (2017). Knowledge, Attitudes and Practices of Food Handlers in Food Safety: An Integrative Review.
Zulkafli, N. S., Abdul Majid, L., & Ishak, H. (2018). Inovasi Perubatan melalui Terapi al-Quran terhadap Kanak-kanak Autisme. Jurnal al Turath; Vol.3, No.2; 2018e-ISSN0128-0899.