• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERJALANANKU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PERJALANANKU"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

SEBUAH AUTOBIOGRAFI SEORANG PAHLAWAN

IBAN

SEBUAH AUTOBIOGRAFI SEORANG PAHLAWAN

IBAN

PERJALANANKU PERJALANANKU

Alih bahasa oleh Aenid Abdullah

Robert Rizal Abdullah

(2)

SEBUAH AUTOBIOGRAFI SEORANG PAHLAWAN

IBAN

PERJALANANKU

PERJALANANKU

(3)

U N I V E R S I T I M A L A Y S I A S A R A W A K

Robert Rizal Abdullah Alih bahasa oleh Aenid Abdullah

SEBUAH AUTOBIOGRAFI SEORANG PAHLAWAN

IBAN

PERJALANANKU

PERJALANANKU

(4)

© Robert Rizal Abdullah, 2019

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.

Diterbitkan di Malaysia oleh UNIMAS Publisher Universiti Malaysia Sarawak

94300 Kota Samarahan Sarawak, Malaysia

Dicetak di Malaysia oleh

Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing in Publication Data Robert Rizal Abdullah

PERJALANANKU SEBUAH AUTOBIOGRAFI SEORANG PAHLAWAN IBAN / Robert Rizal Abdullah ; Alihbahasa oleh: Aenid Abdullah.

ISBN 978-967-2008-95-8 1. Robert Rizal Abdullah.

2. Patriotism--Malaysia--Biography.

3. Heroes--Malaysia--Biography.

4. Autobiography.

5. Government publications--Malaysia.

I. Aenid Abdullah.

II. Judul.

928.0595

SEBUAH AUTOBIOGRAFI SEORANG PAHLAWAN

IBAN

PERJALANANKU

PERJALANANKU

(5)

vii

KANDUNGAN

Tentang Buku Ini ix

Tentang Penulis xi

Sekapur Sirih xiii

Prolog xv

Bab 1 -Tahun-Tahun Awal, Lachau Ili 1948 – 1955 1

Bab 2 - Tahun-Tahun Membesar, Kapit 1956 – 1957 13

Bab 3 - Lutong 1958 – 1959 25

Bab 4 - Bintulu 1960 – 1961 31

Bab 5 - Sekolah Tanjong Lobang, 1962 – 1967 39

Bab 6 - Pemilihan Pegawai Kadet Tentera Darat 49

Bab 7 - Menawan Gunung Kinabalu 57

Bab 8 - Maktab Tentera Diraja, 1967 – 1969 61

Bab 9 - Berkenu di Sg. Perak 73

Bab 10 - Menyertai Batalion Ke-3 Renjer Malaysia 81

(6)

viii

Bab 11 - Serang Hendap dan Balas Dendam 89

Bab 12 - Serian, Sarawak 1973, Pertempuran Pertamaku 99 Bab 13 - Serian, Sarawak 1973, Pertempuran Keduaku 115 Bab 14 - Serian, Sarawak 1973, Serangan ke Atas Kem PGK 123

Bab 15 - Taiping, Perak, 1974-1977 137

Bab 16 - Operasi Cahaya Bena 1, Selatan Thailand 147

Bab 17 - Tawau, Sabah 1978-1979 155

Bab 18 - 10 Renjer 1983 – 1987 167

Bab 19 - Mengakhiri Sebuah Karier 179

Bab 20 – Epilog 183

Renjer Malaysia – Menyusuri Asal-Usul 189

(7)

ix

R R

obert Rizal Abdullah ialah seorang penerima anugerah kepahlawanan Panglima Gagah Berani, yang telah dikurniakan atas keberanian dan kegagahan sejati melebihi panggilan tugas, semasa Operasi Jelaku 6 di Sarawak pada tahun 1973, di mana beliau telah menemui sebuah kem PGK dan bertempur di situ. Sembilan orang PGK1 telah tumbang di tangan beliau dan kompeni beliau.

Keseluruhan hidup beliau adalah sebuah perjalanan yang mengkagumkan dan kepada ramai orang pada hari ini, merupakan satu siri pengembaraan yang ekstrem dan sukar diulang semula.

Buku ini menceritakan kisah lelaki budiman bersuara lembut ini semasa melalui hari-hari cemerlangnya ketika mengetuai anggota-anggotanya ke medan pertempuran. Ia mengisahkan bagaimana beliau mengetuai “Platun Kilat” yang sangat dikenali kerana kecekapan mereka, yang kemudiannya menjadi pengasas kepada tim “RISIK GEMPUR”, serta pertempuran-pertempuran yang melibatkan mereka. Bersama anggota pasukan pembunuhnya yang sungguh berdedikasi, mereka meronda ke dalam hutan-hutan di Semenanjung dan Malaysia Timur untuk memerangi PGK di kawasan mereka sendiri, sebelum pulang bersama kejayaan.

Buku ini adalah kisah tentang pengorbanan, peluh, tangisan dan darah mereka, serta dedikasi mereka terhadap tugas dan keberanian mereka yang sukar difahami oleh seorang manusia biasa. Ia adalah sebuah kisah tentang bagaimana anggota-

1 Pengganas Komunis

TENTANG BUKU INI

(8)

x

Perjalananku

Sebuah Autobiografi Seorang Pahlawan iban

anggota pasukan keselamatan ini meninggalkan keluarga mereka selama berbulan lamanya namun tetap siaga dan teguh menjaga sempadan kita serta melindungi negara ini. Lelaki seperti Robert Rizal Abdullah dan sekian ramai pejuang-pejuang lain yang tidak bernama, adalah benteng kepada kebebasan yang kita kecapi pada hari ini.

Hadirnya buku Robert Rizal ini tepat pada masanya dalam senario hari ini di mana hubungan di antara kaum berada pada tahap terendahnya, dan politik bangsa menjadi kepentingan yang menyebabkan renggangnya hubungan sesama kita. Ia membawa kita kembali ke satu era di mana isu bangsa adalah sesuatu yang tidak penting dan semua rakyat Malaysia - tanpa mengira kaum, berpadu usaha dalam menentang musuh bersama-sama; sebuah era di mana wujudnya wira seperti Robert Rizal.

Buku ini pasti akan menjadi sebuah khazanah untuk generasi muda kerana di dalamnya terkandung kebijaksanaan dalam intipati sebenarnya, membawa pengajaran tentang erti pengorbanan dan kesetiaan terhadap tugas kepada generasi baru terutamanya. Buku “Perjalananku” ini, adalah sebuah autobiografi seorang wira Iban yang patut dijadikan bahan bacaan wajib bagi semua pegawai dan anggota yang sedang membentuk diri di institusi-institusi dan sekolah-sekolah latihan tentera khususnya.

(9)

xi

R

obert Rizal Abdullah (Robert Madang Langi) dilahirkan pada 6 Oktober, 1948. Dibesarkan oleh abangnya, Upi, seorang anggota polis,.

Beliau telah menamatkan pendidikan rendahnya di Kapit, Lutong dan Bintulu dan pengajian menengahnya di Sekolah Premier Tanjong Lobang di Miri, Sarawak. Tidak mampu sekadar hanya melihat insurgensi yang sedang berlaku - mulanya di Malaya, dan kemudian diikuti oleh Pemberontakan Brunei pada tahun 1962, ditambah dengan keprihatinan terhadap satu lagi ancaman jelas dalam bentuk insurgensi komunis di negeri asalnya, Sarawak serta Konfrantasi Indonesia melawan Malaysia, beliau telah dengan sukarela menyertai Tentera Darat Malaysia. Perkhidmatannya adalah sebuah karier membanggakan yang merentas tempoh 25 tahun. Beliau telah bersara sebagai seorang Leftenan Kolonel pada 1992. Beliau telah beberapa kali berperang dengan komunis dan atas keberaniannya yang menjadi tauladan ketika melancarkan satu serangan ke atas sebuah kem PGK pada tahun 1973 di Sarawak, beliau telah dianugerahi pingat keberanian kedua tertinggi negara - Panglima Gagah Berani (PGB).

TENTANG PENULIS

(10)

xiii

P P

erjalanan Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah, PGB, merupakan satu kisah seorang anak bangsa yang banyak menabur bakti dan berjuang untuk negara. Sebagai seorang perwira, bersama sama dengan rakan-rakan seperjuangan merempuh hutan rimba, bukit bukau, tidak kenal penat dan lelah, siang dan malam menentang musuh Komunis yang ganas.

Pengorbanan dan jasa perwira tanah air harus disemati di sanubari semua rakyat Malaysia yang patriotik. Kita harus sedar bahawa pergerakan Komunis dan tentera mereka berjaya menakluki banyak negara-negara lain. Akan tetapi Malaysia bertuah, pergerakan Komunis dan pengganas mereka dapat dibendung dengan jayanya sehinggakan mereka menyerah kalah, dan sekali gus memberhentikan kegiatan kegiatan subversif yang menggugatkan kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

Lt Kol Robert Rizal berasal dari Lacau, Sri Aman, Sarawak. Nenek moyang beliau juga merupakan orang yang mempunyai sifat keperwiraan. Maka perjalanan ini boleh dianggap sebagai satu tradisi turun-temurun.

Versi Inggeris buku ini telah dilancar di Kuching, Sarawak pada 28 Nobember 2008 oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud. Dan secara kebetulan buku tersebut telah dihadiah kepada YAB Perdana Menteri, Dato Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi. Buku versi Inggeris telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Justeru usaha menerbit buku ini dalam bahasa melayu amat tepat sekali, supaya lebih ramai lagi dapat membaca dan mengetahui serba sedikit

SEKAPUR SIRIH

Referensi

Dokumen terkait