• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkembangan Sosio Emosi Melalui Pembelajaran Koperatif di Peringkat Sekolah Rendah (Socioemotional Development Through Cooperative Learning at the Elementary School Level)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Perkembangan Sosio Emosi Melalui Pembelajaran Koperatif di Peringkat Sekolah Rendah (Socioemotional Development Through Cooperative Learning at the Elementary School Level)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Perkembangan Sosio Emosi Melalui Pembelajaran Koperatif di Peringkat Sekolah Rendah

(Socioemotional Development Through Cooperative Learning at the Elementary School Level)

Aisyatul Nur Zainol1*, Faridah Mydin Kutty1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Received: 25 April 2023 | Accepted: 20 June 2023 | Published: 30 June 2023 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.19

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran koperatif ialah salah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan interaksi antara murid dalam mencapai tujuan pembelajaran secara bersama. Pembelajaran ini juga dilihat dapat membantu meningkatkan perkembangan sosio emosi murid dengan membangun keterampilan sosial dan emosional, meningkatkan harga diri dan rasa percaya diri, serta membantu mengatasi masalah sosial yang timbul. Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pembelajaran koperatif dan perkembangan sosio emosi murid serta mengkaji hubungannya. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan.

Seramai 290 orang murid sekolah di Padang Serai dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan rawak. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang mempunyai item yang diadaptasi daripada beberapa kajian lepas. Analisis min dan korelasi pearson dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pembelajaran koperatif (M= 4.37, SP=.29) dan tahap perkembangan sosio emosi (M= 4.26, SP=.26) berada pada tahap tinggi. Hasil analisis korelasi Pearson juga mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang kuat antara pembelajaran koperatif dengan perkembangan sosio emosi murid (r=.53, p=<.001). Kesimpulannya, tahap pembelajaran koperatif dan perkembangan sosio emosi murid adalah positif dan memuaskan. Oleh itu, para guru perlu melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah kerana semakin tinggi pembelajaran koperatif maka semakin tinggi tahap perkembangan sosio emosi murid. Justeru, para pendidik perlu mengaplikasikan dan menerapkan kaedah pembelajaran koperatif dengan kreatif dan bermakna.

Kata kunci: perkembangan sosio emosi, pembelajaran koperatif, sosial, emosi

Abstract: Cooperative learning is one of the learning methods that involves interaction among students in achieving learning goals together. This learning method is also seen to help improve students' socio-emotional development by building social and emotional skills, increasing self-esteem and self-confidence, and helping to overcome social problems that arise. This study was conducted to examine the level of cooperative learning and socio- emotional development of students and to examine the relationship between them. The design of this study was quantitative using a survey method. A total of 290 school students in Padang Serai were selected as study respondents through random sampling. The research instrument consists of a set of questionnaires with items adapted from several previous studies. Min analysis and Pearson correlation were analysed using SPSS version 26.0. The findings showed that the level of cooperative learning (M = 4.37, SD = .29) and socio-

(2)

emotional development (M = 4.26, SD = .26) were at a high level. Pearson correlation analysis also found a strong significant relationship between cooperative learning and students' socio-emotional development (r = .53, p <.001). In conclusion, the level of cooperative learning and socio-emotional development of students is positive and satisfactory. Therefore, teachers need to implement cooperative learning methods in the classroom because the higher the level of cooperative learning, the higher the level of students' socio-emotional development. Therefore, educators need to apply and implement cooperative learning methods creatively and meaningfully.

Keywords: socioemotional development, cooperative learning, social, emotion ___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Perkembangan sosio emosi merujuk kepada keseluruhan kesejahteraan termasuk perkembangan murid dalam domain sosial dan emosi yang merangkumi keupayaan untuk menjalin seterusnya mengekalkan hubungan yang positif, mengurus emosi dengan berkesan, serta mempamerkan tingkah laku sosial yang sesuai (Ciarrochi, Forgas & Mayer, 2016).

Pengalaman bilik darjah memainkan peranan penting dalam membantu hasil pembelajaran dan perkembangan sosio emosi murid.

Menurut Fredrickson et al. (2017) dan Suldo et al. (2018) jika murid mempunyai kesejahteraan sosio emosi yang baik, mereka lebih cenderung untuk bermotivasi, prihatin, dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, yang membawa kepada hasil akademik yang lebih baik. Hal ini juga selari dengan Denham (2019) yang mendapati bahawa dalam pembelajaran koperatif murid yang mempunyai kesejahteraan sosio emosi yang baik cenderung untuk mempamerkan kecekapan sosial, empati, dan kemahiran penyelesaian konflik dengan lebih baik sekaligus menyumbang kepada hubungan rakan sebaya yang positif.

Sosio emosi yang tidak sihat dalam kalangan murid akan memberikan kesan negatif apabila berhadapan dengan masalah atau cabaran dalam aktiviti harian yang boleh memberi impak kepada pengalaman pembelajaran murid dalam pelbagai cara. Raver (2018) mendapati bahawa murid yang bergelut untuk mengekalkan fokus dan tumpuan di dalam bilik darjah menghadapi cabaran perkembangan sosio emosi. Hal ini selaras dengan Morrison (2019) yang mengaitkan tentang cabaran sosio emosi dialami murid boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi akademik mereka dengan tahap pencapaian lebih rendah, penurunan tahap motivasi serta efikasi kendiri yang rendah dalam tugas akademik. Di samping itu, cabaran sosio emosi boleh menjejaskan keupayaan murid dalam membentuk hubungan positif dengan rakan sebaya dan guru. Kesukaran mengurus emosi atau mempamerkan tingkah laku sosial yang sesuai boleh membawa kepada pengasingan sosial, konflik mahupun perhubungan tegang yang boleh menghalang pembelajaran koperatif dan interaksi sosial di dalam bilik darjah (Gillies, 2016). Masalah emosi, seperti kebimbangan, tekanan, atau harga diri yang rendah, boleh memberi kesan kepada kesihatan psikologi keseluruhan murid dan fungsi keseluruhan, termasuk keupayaan mereka untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran dengan berkesan (Yusof & Jaafar, 2018).

(3)

2. Pernyataan Masalah

Perkembangan dan pembangunan sosio emosi adalah penting untuk murid berjaya dalam aspek akademik, sosial dan emosi. Ia melibatkan kebolehan untuk memahami dan mengurus emosi individu, membina hubungan positif seterusnya membuat keputusan yang bertanggungjawab. Menurut Brackett dan Rivers (2019), kemahiran sosio emosi juga menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik, kerana murid lebih mampu memberi tumpuan kepada pembelajaran serta terlibat dalam tingkah laku bilik darjah yang positif.

Lantaran itu, murid yang mempunyai kemahiran sosio emosi yang baik lebih bersedia untuk menangani cabaran dan halangan, berkomunikasi dengan berkesan serta membentuk hubungan yang sihat.

Walau bagaimanapun, dalam beberapa kajian mendapati bahawa perkembangan sosial dan emosi murid masih di tahap tidak memuaskan, Payton et. al. (2018) membuktikan bahawa murid menghadapi peningkatan tahap tekanan dan kebimbangan yang memberi kesan negatif kepada perkembangan sosial dan emosi mereka yang membawa kepada masalah terhadap akademik serta pembetukkan peribadi mereka. Selain itu, Rimm-Kaufman dan Pianta (2020) mendapati murid lemah dalam menguruskan sosial dan emosi dengan berkesan. Dalam kajian lain pula, Zins et. al. (2021) menyatakan kurang sokongan dan sumber yang diperlukan oleh murid untuk membantu kemahiran mengurus sosial dan emosi mereka. Justeru, guru perlu memastikan sosio emosi murid berkembang dengan baik dan melalui perkembangan positif sekali gus dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam bilik darjah. Hal ini selari dengan kajian Durlak, Mahoney dan Boyle (2022) yang melaporkan bahawa perkembangan sosio emosi yang baik boleh memberi kesan positif kepada pencapaian akademik, iklim sekolah, dan kejayaan murid secara menyeluruh.

Berdasarkan jurang kajian ini penyelidikan mengenai perkembangan sosio emosi ini dijalankan dengan mengaplikasikan pembelajaran koperatif di sekolah untuk menggalakkan perkembangan sosio emosi yang positif dalam kalangan murid. Pengkaji terdorong untuk mengkaji topik ini kerana kebimbangan tentang kesan perkembangan sosio emosi terhadap pencapaian akademik, perhubungan sosial dan kesejahteraan keseluruhan murid. Tambahan pula, Schultze-Krumbholz et. al. (2019) mencadangkan pembelajaran koperatif sebagai pemangkin terhadap kesan positif perkembangan akademik dan hasil sosio emosi dalam kalangan murid. Dengan mengkaji kesan pembelajaran koperatif terhadap perkembangan sosio emosi, pengkaji dapat memahami dengan lebih baik cara menyokong pertumbuhan sosio emosi murid sekolah rendah.

3. Kajian Literatur

Pembelajaran Koperatif

Armstrong, Chang dan Brickman (2017) menjelaskan pembelajaran koperatif dapat membantu perkembangan sosio emosi dengan menggalakkan interaksi sosial yang positif dan kemahiran interpersonal. Interaksi ini memupuk perkembangan empati, rasa hormat, dan kemahiran komunikasi berkesan yang secara tidak langsung membantu perkembangan kemahiran murid dalam penyelesaian konflik yang penting untuk pertumbuhan sosio emosi mereka. Menurut Ho dan Boo (2017) murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran koperatif menunjukkan tahap kecekapan sosial dan empati yang lebih tinggi berbanding dengan tetapan pengajaran tradisional.

(4)

More, Flowers dan Abu (2018) meneroka kesan pembelajaran koperatif terhadap pembangunan kemahiran interpersonal dan intrapersonal mendapati bahawa murid yang terlibat dalam pembelajaran koperatif menunjukkan peningkatan ketara dalam keupayaan untuk bekerjasama, berkomunikasi dan mengawal emosi. Hal yang demikian adalah selaras dengan Johnson dan Johnson (1999) yang menyatakan di dalam konteks bilik darjah pembelajaran koperatif seharusnya mempunyai matlamat untuk dicapai oleh murid melalui kerjasama serta perlu membawa keseronokan. Justeru, pembelajaran koperatif bukan sahaja membimbing setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri malah pembelajaran semua ahli kumpulan.

Pembelajaran koperatif adalah berkesan dan telah memberi manfaat kepada murid dalam menyatakan pendapat seterusnya mendorong kepada komunikasi serta memberi peluang menggalas tanggungjawab melalui perkongsian kemahiran semasa bekerja di dalam kumpulan (Nadia et al., 2021). Di samping itu, murid terbukti lebih berdaya saing jika berinteraksi, mendapat kepercayaan serta mempunyai penglibatan emosi bersama murid lain (Sharma, 2021). Namun demikian, Dzemidzic Kristiansen (2020) mencadangkan agar pembelajaran koperatif dirancang dengan teliti juga berstruktur supaya mendatangkan keuntungan dalam aspek akademik, emosi dan sosial.

Menurut Burr et. al. (2021) pembelajaran koperatif boleh membawa kesan dalam menggalakkan perkembangan sosio emosi murid dari pelbagai latar belakang, termasuk yang mengalami masalah pembelajaran magupun keluarga berpendapatan rendah. Dalam konteks bilik darjah, pembelajaran koperatif dilihat dapat menyediakan ruang yang selamat dan inklusif untuk murid bekerjasama serta belajar daripada kekuatan mahupun pengalaman masing-masing. Pembelajaran koperatif memberi peluang kepada murid untuk berlatih dan mengembangkan kemahiran sosial seperti komunikasi, kerjasama, dan penyelesaian konflik (Muraya & Kimamo, 2019). Dengan itu, semasa bekerjasama dalam kumpulan murid dapat belajar bagaimana untuk menyatakan idea dengan berkesan dan mendengar pandangan individu lain bagi mencapai matlamat bersama.

Sosio Emosi

Sosio emosi ialah kecekapan untuk mengenali serta mengawal emosi, menetapkan matlamat, mempertimbangkan pandangan individu lain, mewujudkan hubungan positif dengan individu lain, membuat keputusan yang sesuai, dan menangani konflik interpersonal dengan baik (Elias et al., 1997). Abdullah dan Elias (2017) menyatakan bahawa perkembangan sosio emosi dalam konteks pendidikan merujuk kepada murid yang memiliki kebolehan mengemudi interaksi sosial, mengurus emosi dan mempunyai hubungan positif dalam persekitaran pembelajaran. Justeru, sosio emosi memainkan peranan penting dalam pendidikan kerana melibatkan aspek sosial dan emosi yang mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan murid. Talib dan Abdullah (2017) menyatakan bahawa aspek sosio membantu murid membina hubungan yang sihat dengan rakan sebilik darjah, termasuk guru dan ahli keluarga. Sementara itu, aspek emosi membantu murid memahami dan mengawal emosi mereka serta mengatasi cabaran sosial dalam kehidupan harian.

Dalam konteks pendidikan, kemahiran sosio emosi dapat membantu murid menghadapi cabaran akademik dan sosial dengan lebih baik, meningkatkan motivasi dan keyakinan diri, serta meningkatkan kejayaan akademik sekaligus kesejahteraan emosi. Pembelajaran yang tidak mengabaikan keperluan sosio emosi dapat membantu murid belajar secara berkumpulan, bekerjasama dengan individu lain dan mengembangkan kemahiran interpersonal yang penting untuk kehidupan selepas sekolah (Elias & Omar, 2017). Di

(5)

samping itu, Madigan et al. (2018) berpendapat sosio emosi ialah konstruk yang merangkumi masalah emosi dan tingkah laku yang menjadi pemangkin kesejahteraan akademik pada masa hadapan. Hal ini bertepatan dengan pandangan Bakhtiar et al. (2018) yang menyatakan bahawa sosio emosi dapat meningkatkan pembelajaran ahli kumpulan jika matlamat adalah sejajar dan bermotivasi untuk menyumbang kepada proses pembelajaran.

García et al. (2020) pula melihat perkembangan sosio emosi sebagai pengalaman yang dikongsi murid bukan sahaja melalui bahasa badan tetapi juga melibatkan pengurusan emosi yang membina dan mengubah makna pembelajaran. Oleh yang demikian, institusi pendidikan perlu memberikan perhatian terhadap perkembangan sosio emosi murid dan memperkenalkan strategi pembelajaran yang membantu membangun dan mengembangkan kemahiran sosio emosi. Secara tidak langsung, langkah ini akan membantu memastikan murid disokong dalam perkembangan diri secara menyeluruh baik dari segi akademik mahupun sosio emosi.

4. Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian adalah untuk:

i. Mengenal pasti tahap pembelajaran koperatif dalam kalangan murid sekolah rendah.

ii. Mengenal pasti tahap perkembangan sosio emosi dalam kalangan murid sekolah rendah.

iii. Mengenal pasti hubungan antara pembelajaran koperatif dengan perkembangan sosio emosi murid dalam kalangan murid sekolah rendah.

5. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Menurut Basri dan Maat (2021) kajian tinjauan mudah untuk dilaksanakan kerana proses pengumpulan data daripada sampel kajian diperoleh secara terus. Populasi bagi kajian ini ialah murid-murid sekolah rendah di zon Padang Serai seramai 10711. Justeru, kajian ini menetapkan saiz sampel seramai 370 orang dengan merujuk kepada jadual penentu saiz sampel Krecjie dan Morgan (1970) dengan menggunakan kaedah pensampelan secara rawak.

Instrumen kajian merupakan satu set soal selidik yang diadaptasi daripada beberapa kajian lepas diedarkan kepada sampel kajian. Item-item disusun dengan merujuk kepada instrumen Item Pintar Emosi Malaysia (Ishak et al. 2010), Sikap Murid Terhadap Kaedah Pembelajaran Koperatif oleh McLeish, K. (2008), Skala Kecerdasan Emosi (PcSc) (Mehta & Singh, 2013), Mengukur Kemahiran Sosial dan Emosi Murid Sekolah Rendah oleh Child Trends (2014), Soal Selidik Profil Sosio emosi Robin Banerjee oleh Robin Banerjee (2019) serta Kajian Kemahiran Sosial-Emosi Murid oleh Michael Bernard dan rakan-rakan. Responden diberi tempoh selama 45 minit untuk menjawab secara atas talian (google form). Kaedah pengumpulan data melalui soal selidik menggunakan skala likert sebagai aras persetujuan.

Jadual 1: Aras Persetujuan Skala Likert

Aras Persetujuan

(1) Sangat Tidak Setuju (2) Tidak Setuju (3) Agak Setuju (4) Setuju (5) Sangat Setuju

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen telah dilakukan dengan merujuk dua orang guru pakar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang telah menyemak item-item bagi memastikan instrumen yang digunakan adalah tepat sebagai alat pengukur kajian dan item

(6)

diterjemahkan dengan betul dan membawa maksud yang sama. Manakala, interpretasi skor ujian kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha yang dicadangkan oleh Bond dan Fox (2015) turut digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik. skor 0.60 ke atas dianggap sebagai baik, boleh diterima dan efektif.

Berdasarkan ujian kebolehpercayaan, semua konstruk soal selidik mempunyai skor Cronbach’s Alpha melebihi 0.6 dengan skor kebolehpercayaan bagi keseluruhan item ialah 0.84, menurut Bond dan Fox (2015), skor ini menepati tahap kesahan dan kebolehpercayaan bagi instrumen tersebut kerana mempunyai skor 0.60 ke atas yang dianggap sebagai baik, boleh diterima dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi serta dapat menghasilkan data yang lebih tepat serta boleh dipercayai.

Dapatan dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Bagi tujuan analisis data deskriptif, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh Nunally dan Bernstein (1994) di mana skor min 4.00 hingga 5.00 adalah tahap tinggi, skor min 3.00 hingga 4.00 mewakili tahap sederhana tinggi, manakala skor min 2.00 hingga 3.00 adalah pada tahap sederhana rendah, manakala 2.00 hingga 1.00 menujukkan tahap rendah.

Sementara itu, data inferensi pula menggunakan analisis korelasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan pemboleh ubah dalam kajian ini. Jadual skala Ghazali dan Sufean (2016) digunakan bagi mengukur dan menentukan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah, nilai pekali 0.50 ke atas mempunyai hubungan pada tahap sederhana tinggi hingga sangat tinggi.

Manakala, bagi nilai 0.10 hingga 0.30 dianggap mempunyai kekuatan hubungan pada tahap sederhana rendah kepada sangat rendah.

6. Dapatan Kajian

Demografi Responden

Jadual di bawah, menunjukkan jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 296 orang. Responden perempuan merupakan responden yang paling ramai dengan bilangan 177 orang (59.8%) berbanding murid lelaki iaitu seramai 119 orang (40.2%).

Jadual 2: Analisis Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina

FREKUENSI PERATUS (%)

JANTINA Lelaki Perempuan JUMLAH

119 177 296

40.2 59.8 100

Tahap Pembelajaran Koperatif Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Persoalan 1: Apakah tahap pembelajaran koperatif dalam kalangan murid sekolah rendah?

Dapatan kajian pada jadual di bawah menunjukkan tahap pembelajaran koperatif murid sekolah rendah berada pada tahap tinggi (M= 4.37, SP=.295). Dapatan menunjukkan ke semua 9 item mempunyai skor min yang tinggi. Item pembelajaran koperatif membantu saya untuk lebih bersosial merupakan item yang mempunyai skor min paling tinggi iaitu (M=4.60, SP=.49), diikuti item aktiviti berkumpulan menjadikan pengalaman pembelajaran lebih mudah dengan skor min (M=4.55, SP=.543). Manakala, skor min yang rendah ialah item aktiviti berkumpulan menggalakkan kreativiti (M=4.10, SP=.507). Secara keseluruhannya, skor min bagi semua item berada pada tahap tinggi iaitu antara 4.00 hingga 5.00. Hal ini

(7)

menunjukkan bahawa murid mempunyai persepsi yang tinggi dan positif terhadap pembelajaran koperatif.

Jadual 3: Skor Min Keseluruhan bagi Tahap Pembelajaran Koperatif dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Min Sisihan Piawai Tahap Saya dengan rela hati menyertai aktiviti pembelajaran

koperatif.

4.20 0.578 Tinggi

Apabila saya belajar bersama-sama pencapaian saya lebih baik berbanding belajar sendiri.

4.45 0.544 Tinggi

Pembelajaran koperatif dapat memperbaiki sikap saya terhadap pembelajaran.

4.42 0.501 Tinggi

Pembelajaran koperatif membantu saya untuk lebih bersosial.

4.60 0.490 Tinggi

Pembelajaran koperatif meningkatkan hubungan kerja yang baik sesama murid.

4.34 0.474 Tinggi

Aktiviti berkumpulan menjadikan pengalaman pembelajaran lebih mudah.

4.55 0.543 Tinggi

Aktiviti berkumpulan menggalakkan kreativiti. 4.10 0.507 Tinggi Saya bekerja secara koperatif dengan rakan sebilik

darjah yang lain.

4.48 0.500 Tinggi

Saya berkongsi idea baharu dengan rakan sebilik darjah.

4.22 0.503 Tinggi

Min Keseluruhan Pembelajaran koperatif 4.37 0.295 Tinggi

Tahap Perkembangan Sosio Emosi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Persoalan 2: Apakah tahap perkembangan sosio emosi dalam kalangan murid sekolah rendah?

Jadual di bawah menunjukkan tahap persepsi murid terhadap perkembangan sosio emosi berada pada tahap tinggi (M=4.26, SP=.261). Daripada 18 item, hampir keseluruhan item iaitu 17 item berada pada tahap tinggi dan 1 item berada pada tahap sederhana tinggi.

Dapatan menunjukkan skor min bagi item saya seronok apabila bersama rakan merupakan item yang mempunyai skor min paling tinggi (M=4.62, SP=0.486). Seterusnya, item murid lain di sekolah berkongsi barang mereka dengan saya (M=4.51, SP=0.501). Manakala, tahap skor min yang paling rendah yang berada pada tahap sederhana tinggi ialah item apabila kecewa, saya mampu memberitahu seseorang perasaan saya (M=3.99, SP=0.643). Skor min bagi semua item berada pada tahap tinggi dan sederhana tinggi iaitu antara 3.99 hingga 5.00.

Hal ini menunjukkan murid di sekolah rendah melalui perkembangan sosio emosi yang positif.

Jadual 4: Skor Min Keseluruhan bagi Tahap Perkembangan Sosio Emosi dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Min Sisihan

Piawai Tahap

Saya mematuhi peraturan bilik darjah. 4.43 0.496 Tinggi

Saya pandai berkawan. 4.36 0.489 Tinggi

Saya menyelesaikan masalah tanpa bergaduh. 4.38 0.487 Tinggi

Saya mudah mesra dengan semua orang. 4.27 0.640 Tinggi

Apabila kecewa, saya mampu memberitahu seseorang perasaan saya. 3.99 0.643 Sederhana Tinggi Apabila berasa sangat kecewa semasa melakukan tugas yang sukar

atau dilayan dengan buruk, selain daripada menjadi sangat kecewa, saya tetap tenang.

4.00 0.377 Tinggi

Saya berkelakuan baik. 4.34 0.475 Tinggi

(8)

Saya seronok apabila bersama rakan. 4.62 0.486 Tinggi Murid lain membantu saya apabila saya kecewa. 4.20 0.487 Tinggi Murid lain di sekolah berkongsi barang mereka dengan saya. 4.51 0.501 Tinggi Murid lain membenarkan saya menyertai apa yang mereka lakukan. 4.38 0.486 Tinggi Murid lain berkata perkara baik terhadap saya 4.14 0.404 Tinggi

Saya cepat bertenang apabila kecewa. 4.07 0.401 Tinggi

Saya mudah kembali tenang apabila teruja. 4.23 0.467 Tinggi

Saya boleh tunggu giliran saya untuk bercakap. 4.25 0.434 Tinggi Saya mampu bertindak secara tenang walaupun saya sedang marah. 4.06 0.334 Tinggi Saya mampu mengawal perasaan saya walaupun dalam keadaan

tertekan.

4.06 0.338 Tinggi Saya rasa bersalah jika saya tidak dapat melaksanakan tugas dengan

betul.

4.37 0.490 Tinggi Min Keseluruhan Perkembangan Sosio Emosi 4.26 0.261 Tinggi

Hubungan Pembelajaran Koperatif dengan Perkembangan Sosio Emosi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Persoalan 3: Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pembelajaran koperatif dengan perkembangan sosio emosi dalam kalangan murid sekolah rendah?

Jadual di bawah menunjukkan keputusan analisis korelasi Pearson untuk mengkaji hubungan antara pembelajaran koperatif dengan perkembangan sosio emosi dalam kalangan murid sekolah rendah. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan pembelajaran koperatif dengan perkembangan sosio emosi murid (r = .535, p =

<.001). Oleh kerana nilai p<.005, maka hipotesis nol (H0) bagi kajian ini ditolak.

Sehubungan itu, kedua-dua pemboleh ubah mempunyai hubungan korelasi positif yang kuat berdasarkan skala interpretasi kekuatan nilai pekali korelasi.

Jadual 5: Analisis Ujian Korelasi Pearson Hubungan antara Pembelajaran Koperatif dengan Perkembangan Sosio Emosi dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Hubungan Tahap Pembelajaran Koperatif Interpretasi Kekuatan Hubungan

r Sig. (p)

Tahap

Perkembangan Sosio Emosi

0.535 0.01 Kuat

8. Perbincangan

Data yang diperoleh menggambarkan persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif. Skor min bagi setiap item menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran koperatif, dengan semua nilai berada dalam julat yang tinggi. Dapatan ini membuktikan bahawa majoriti murid bersetuju untuk melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran koperatif dan menganggapnya sebagai lebih berkesan daripada pembelajaran individu. Hal ini juga selari dengan kajian Saaris (2019) yang menyokong bahawa pembelajaran koperatif memberi manfaat kepada semua murid melalui kerjasama, saling membantu rakan sebilik darjah dengan membimbing mereka untuk memahami dan memenuhi tugas yang diberikan.

Selain itu, murid juga bersetuju bahawa pembelajaran koperatif dilihat dapat meningkatkan sikap dan membantu murid lebih cenderung terhadap mewujudkan interaksi sosial dalam aktiviti pembelajaran. Interaksi sosial ini bukan sahaja menyumbang kepada suasana bilik darjah yang positif tetapi juga meningkatkan kemahiran sosial dan empati murid. Dapatan ini menyokong kajian Johnson dan Johnson (1994) yang membuktikan bahawa pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang boleh memupuk rasa suka secara bersama,seronok,

(9)

membina komunikasi yang berkesan, penerimaan dan sokongan yang tinggi, serta menunjukkan peningkatan strategi berfikir dalam kalangan ahli kumpulan.

Murid juga memberikan persepsi bahawa pembelajaran koperatif dapat memupuk semangat kerja berpasukan serta menggalakkan hubungan baik antara rakan sebaya yang membolehkan murid membangunkan kemahiran komunikasi yang berkesan, belajar daripada satu sama lain dan menghargai nilai kerja berpasukan. Menurut Ahmad Sabri, Mohamad Nazan dan Jamlus Rafdi (2022) pembelajaran koperatif memberi peluang kepada murid untuk bekerjasama dalam kumpulan kecil yang mempunyai kebolehan yang pelbagai dan secara tidak langsung membenarkan murid untuk berbincang serta berinteraksi antara satu sama lain bagi memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai. Justeru, pembentukan komuniti pembelajaran yang membenarkan murid saling menghormati dan menyokong antara satu sama lain menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Tambahan pula, murid juga bersetuju bahawa aktiviti pembelajaran koperatif menjadikan pengalaman pembelajaran lebih terurus dan merangsang kreativiti. Hal ini telah dibuktikan oleh Tunku Ahmad dan Abdullah (2018) bahawa melalui penglibatan diri dalam kerja kumpulan, murid akan mendapat manfaat daripada pelbagai perspektif, berfikir secara kritis, menjana penyelesaian yang inovatif, mengumpulkan pengetahuan serta idea dan menangani tugas yang kompleks bersama-sama. Bahkan, Ismail dan Zainal, Z. (2017) juga bersetuju dengan menyatakan bahawa pembelajaran koperatif menggalakkan murid bertukar pandangan yang pelbagai, mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif serta meneroka pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.

Dapatan juga menunjukkan tahap positif kecekapan sosio emosi yang tinggi di mana murid mempunyai rasa kepatuhan yang kuat terhadap peraturan bilik darjah dan menunjukkan kemahiran sosial yang berkesan dalam berkawan. Menurut Devis-Rozental (2018) perkembangan sosio emosi merupakan proses mengakui, memahami, mengurus emosi dan interaksi sosial pada masa yang sesuai mengikut tujuan yang betul. Selain itu, dapatan turut mendedahkan bahawa murid mempamerkan kebolehan menyelesaikan masalah tanpa melibatkan konflik. Hal yang demikian membuktikan bahawa murid mampu menyelesaikan isu dan cabaran secara aman serta menggalakkan persekitaran pembelajaran yang positif dan harmoni. Hal ini bertepatan dengan pandangan Coskun (2019) bahawa sosio emosi merupakan kebolehan memahami, mengurus dan menyatakan pengalaman afektif yang membolehkan individu belajar dengan lebih baik, menyelesaikan masalah harian serta menyesuaikan diri dengan persekitaran social.

Murid menunjukkan sifat mesra terhadap individu dengan keupayaan menjalin hubungan positif antara rakan sebaya dengan mudah. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sujadi (2019), perkembangan sosio emosi dapat memenuhi keperluan hidup, bergaul tanpa prejudis serta mampu mengawal diri yang boleh membawa kepada kehidupan murid yang lebih baik dan sejahtera. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa murid menghadapi beberapa cabaran dalam menyatakan emosi mereka apabila berasa kecewa. Oleh itu, dapatan ini menunjukkan bahawa murid memerlukan sokongan dan bimbingan untuk menjelaskan dan mempamerkan emosi mereka dalam situasi sedemikian. Pinto dan Raimund (2016) berpendapat dengan mewujudkan persekitaran yang menyokong dan inklusif di sekolah dapat memudahkan pertumbuhan sosio emosi murid yang lebih positif. Bahkan, Cristóvão, Candeias dan Verdasca (2017) juga bersetuju dengan menyatakan bahawa sekolah perlu memainkan peranan penting dalam memupuk kemahiran sosio emosi dalam persekitaran pendidikan bagi menggalakkan interaksi sosial yang positif dan kesejahteraan emosi dalam kalangan murid.

(10)

Menariknya, murid turut memberikan persepsi bahawa mereka mempamerkan kebolehan yang luar biasa untuk kekal tenang apabila berhadapan dengan kekecewaan semasa tugas yang sukar atau apabila dilayan dengan buruk. Dapatan ini disokong oleh Carstensen, Shavit dan Barnes (2020) yang berpendapat daya tahan adalah penting sebagai penyumbang kepada kesejahteraan emosi murid yang menggambarkan keupayaan mereka untuk menghadapi situasi yang mencabar dengan cara yang tenang.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan murid secara amnya terlibat dalam tingkah laku positif dan memperoleh keseronokan daripada bergaul dengan rakan sebaya yang membantu mereka semasa menghadapi kekecewaan. Hal yang demikian secara jelas menunjukkan kesan positif interaksi sosial terhadap perkembangan sosio emosi murid dan kepuasan keseluruhan terhadap pengalaman sekolah mereka. Menurut Khairiah (2018) sosio emosi merupakan satu perkembangan tingkah laku serta kemampuan murid bertindak balas semasa berhadapan dengan rakan sebaya mahupun individu yang lebih dewasa.

Dapatan kajian menunjukkan korelasi positif yang kuat antara pembelajaran koperatif dan perkembangan sosio emosi di mana apabila tahap pembelajaran koperatif menunjukkan peningkatan yang sepadan dengan perkembangan sosio emosi dalam kalangan murid. Liu dan Lipowski (2021) menyatakan bahawa pembelajaran koperatif memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan dan memperhalusi kemahiran sosial mereka, seperti komunikasi, empati, dan kerjasama. Interaksi sosial dalam konteks pembelajaran koperatif ini menyumbang kepada peningkatan kecekapan sosio emosi murid dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan hubungan kerja yang baik sesama murid.

Sebagaimana Han dan Son (2020) berpendapat pembelajaran koperatif membentuk hubungan kekitaan dan mempengaruhi perkembangan sosio emosi individu secara positif.

Di samping itu, pembelajaran koperatif menggalakkan sikap positif terhadap pembelajaran dan memupuk semangat kemasyarakatan dan kekitaan. Hal ini dipersetujui oleh Qin, Johnson dan Johnson (2019) bahawa pembelajaran koperatif menyediakan peluang untuk interaksi sosial, memupuk tingkah laku positif terhadap pembelajaran dan menggalakkan perhubungan yang menyokong dalam kalangan murid. Sikap positif terhadap pembelajaran ini menyumbang kepada kesejahteraan sosio emosi murid dengan memberi kesan kepada pencapaian dan efikasi kendiri. Bahkan, teori Vygotsky juga selari dengan dapatan ini di mana pembelajaran koperatif merupakan konstruktivisme sosial yang menekankan peranan budaya dan masyarakat, bahasa serta interaksi dalam memahami bagaimana setiap individu belajar seterusnya menikmati faedah bekerjasama dengan rakan sebaya yang lebih pakar dalam kumpulan yang membantu peningkatan prestasi individu.

9. Kesimpulan

Kesimpulannya, perkembangan sosio emosi murid dipengaruhi oleh pembelajaran koperatif di sekolah. Jelaslah bahawa warga pendidik perlu memberi tumpuan terhadap peningkatan serta kepelbagaian aktiviti pembelajaran koperatif untuk membantu perkembangan sosio emosi murid. Namun demikian, kajian ini lebih tertumpu kepada pembelajaran koperatif sewaktu pembelajaran dijalankan secara bersemuka. Pengkaji mencadangkan agar kajian di masa akan datang dapat dilaksanakan pembelajaran koperatif secara atas talian. Selain itu, kajian ini juga terhad dalam aspek populasi dan lokasi kajian. Diharapkan skop kajian akan dapat diperluaskan dengan melangkau sempadan sekolah rendah dan negeri. Kajian berbentuk kualitatif juga boleh dijalankan agar dapat memperoleh data yang lebih jelas dan terperinci bagi meningkatkan kefahaman terhadap permasalahan kajian.

(11)

Rujukan

Abdullah, N., & Elias, H. (2017). Investigating the influence of school climate factors on students' socio-emotional development in Malaysia. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(8), 530-543.

Ahmad Sabri, S., Mohamad Nazan, H. F., & Jamlus Rafdi, N. (2022). Hubungan di antara kaedah pembelajaran koperatif dengan kemahiran bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar KUIS: the relationship between cooperative learning methods and teamwork skills among KUIS Students. Journal of Management and Muamalah, 12(1), 94 - 106.

Armstrong, N., Chang, S. M., & Brickman, M. (2017). Cooperative learning in industrial- sized biology classes. CBE Life Sciences Education, 6, 163-71.

Bakhtiar, A., Webster, E., & Hadwin, A. (2018). Regulation and socio-emotional interactions in a positive and a negative group climate. Metacognition and Learning, 13(1), 57–

90.

Banerjee R. (2019). Robin Banerjee’s socio-emotional profile questionnaires.

Basri, S. and Maat, S. M. (2021). Tahap burnout dalam kalangan guru matematik sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(10), 226 - 234. doi:

10.47405/mjssh.v6i10.1085.

Bernard, M.E. (2018). Free online survey of student social-emotional skills.

Brackett, M. A., & Rivers, S. E. (2019). Transforming students' lives with social and emotional learning. In J. A. Durlak, C. E. Domitrovich, R. P. Weissberg, & T. P.

Gullotta (Eds.), Handbook of social and emotional learning: Research and practice . Guilford Press.

Burr, D. A., Castrellon, J. J., Zald, D. H., & Samanez-Larkin, G. R. (2021). Emotion dynamics across adulthood in everyday life: Older adults are more emotionally stable and better at regulating desires. Emotion (Washington, D.C.), 21(3), 453– 464.

Bond T. G. & Fox C.M. 2015. Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences. Ed. ke-3. Mahwah, NJ: L. Erlbaum

Carstensen, L. L., Shavit, Y. Z., & Barnes, J. T. (2020). Age advantages in emotional experience persist even under threat from the COVID-19 pandemic. Psychological Science, 31(11), 1374–1385.

Child Trends (2014). Measuring elementary school students’ social and emotional skills:

providing educators with tools to measure and monitor social and emotional skills that lead toacademic success.

Ciarrochi, J., Forgas, J. P., & Mayer, J. D. (Eds.). (2016). Emotional intelligence in everyday life. Psychology press.

Coşkun, K. (2019). Evaluation of the socio emotional learning (SEL) activities on self- regulation skills among primary school children. Qualitative Report, 24(4), 764-780.

Cristóvão, A., Candeias, A., and Verdasca, J. (2017). Social and emotional learning and academic achievement in Portuguese schools: a bibliometric Study. Front. Psychol.

8, 1913.

Denham, S. A. (2019). Emotional competence during childhood and adolescence. In V.

LoBue, K. Pérez-Edgar, & K. A. Buss (Eds.), Handbook of emotional development (pp. 493–541). Springer Nature Switzerland AG. https://doi.org/10.1007/978-3-030- 17332-6_20

Devis-Rozental, C. (2018). Socio-emotional intelligence: background, meaning and understanding. Developing Socio-Emotional Intelligence in Higher Education Scholars.

(12)

Durlak A. J., Mahoney L. J. & Boyle E. A. (2022). What we know, and what we need to find out about universal, school-based social and emotional learning programs for children and adolescents: A review of meta-analyses and directions for future research. 148, 765–782.

Dzemidzic Kristiansen, S. (2020). Exploring pupils’ and teachers’ perspectives on face-to- face promotive interaction in cooperative learning. Education 3-13, 50(1), 54–69.

Elias, H., & Omar, Z. (2017). The relationship between school culture and socio-emotional development of students in Malaysian secondary schools. International Journal of Education and Practice, 5(7), 103-115.

Elias, M. J., Zins, J. E., Weissberg, R. P., Frey, K. S., Greenberg, M. T., Haynes, N. M., Shriver, T. P. (1997). Promoting social and emotional learning: guidelines for educators. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Fernández-Espínola, C., Abad Robles, M. T., Collado-Mateo, D., Almagro, B. J., Castillo Viera, E., and Gimenez Fuentes-Guerra, F. J. (2020). Effects of cooperative-learning interventions on physical education students’ intrinsic motivation: a systematic review and meta-analysis. Int. J. Environ. Res. Public Health 17, 4451.

García, A., Olivares, H., Simão, L. M., & Dominguez, A. L. (2020). Socioemotional interactions in collaborative learning: An analysis from the perspective of semiotic cultural psychology. Culture & Psychology, 1354067X2097651.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2016). Methodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan:

Amalan dan Analisis Kajian, (2016). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Gillies, R. M. (2016). Cooperative learning: Review of research and practice. Australian Journal of Teacher Education, 41(3), 3.

Han, S. I., and Son, H. (2020). Effects of cooperative learning on the improvement of interpersonal competence among students in classroom environments. Int. Online J.

Educ. Teach. 7, 17–28

Ho, F. F., & Boo, H. K. (2017). Cooperative learning; exploring its effectiveness in the physics classroom. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching, 8(2), 1- 20.

Ishak, N. Mohd., Iskandar, I. P., & Ramli, R. (2010). Emotional intelligence of Malaysian teachers: a comparative study on teachers in daily and residential schools. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9, 604–612.

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1999). Making cooperative learning work. Theory Into Practice, 38(2), 67–73.

Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Holubec, E. J. (1994). The nuts and bolts of cooperative learning. ^ eMinnesota Minnesota: Interaction Book Company.

Khairiah, D. (2018). Assesmen perkembangan sosio-emosional anak usia dini. Al Athfal:

Jurnal Kajian Perkembangan Anak dan Manajemen Pendidikan Usia Dini, 1(2), 1- 22.

Krejcie, R.V., and Morgan, D.W., (1970). Determining sample size for research activities.

Educational and Psychological Measurement.

Liu, T., and Lipowski, M. (2021). Influence of cooperative learning intervention on the intrinsic motivation of physical education students—a meta-analysis within a limited range. Int. J. Environ. Res. Public Health 18, 2989.

Madigan, S., Oatley, H., Racine, N., Fearon, R. M. P., Schumacher, L., Akbari, E., Tarabulsy, G. M. (2018). A meta-analysis of maternal prenatal depression and anxiety on child socioemotional development. Journal of the American Academy of Child &

Adolescent Psychiatry.

(13)

McLeish, K. N. (2008). Identity and social interactions: implications for cooperation, punishment, and productivity.

Mehta, S., & Singh, N. (2013). Development of the emotional intelligence scale. International Journal of Management & information technology, 8(1), 1252- 1264.

More, G., Flowers, J., & Abu, R. B. (2018). The effects of cooperative learning methods on achievement, retention, and attitudes of home economics students in North Carolina.

North Carolina State University.

Morrison, G.S. (2019). Early childhood education today. Upper Saddle River, NJ:

Merrill/Pearson.

Muraya, D. N., & Kimamo, G. (2019). Effects of cooperative learning approach on biology mean achievement scores of secondary school students’ in Machakos District, Kenya. Educational Research and Reviews, 6(12), 726-745.

Nadia Abdul Rahim, Nor Aqilah Meor Fadzir, Nur Adilah Hani Zaimal, Firli Fairulyzan Arias Yahaya, Zatul Iffah Zainol& Mohd Razimi Husin. (2021). Implikasi gaya pembelajaran koperatif subjek sains bagi murid tahap dua di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang. Journal of Humanities and Social Sciences, 3(2), 57-66.

Nunnally, J.C. and Bernstein, I.H. (1994) The Assessment of Reliability. Psychometric Theory, 3, 248-292.

Payton, J. W., Weissberg, R. P., Durlak, J. A., Dymnicki, A. B., Taylor, R. D., Schellinger, K. B., & Pachan, M. (2018). The positive impact of social and emotional learning for kindergarten to eighth-grade students: Findings from three scientific reviews.

Collaborative for Academic, Social, and Emotional Learning (CASEL).

Pinto, A., and Raimundo, R. (2016). Socio-emotional learning framework: evolution and challenges, in Evaluation and Promotion of Socioemotional Skills in Portugal, eds A. Pinto and R. Raimundo (Lisboa: Coisas de Ler), 15–36.

Qin, Z., Johnson, W. D., & Johnson, R. T. (1995). Cooperative versus competitive effots and problem solving. Review of Educational Research, 5(2), 129-143

Raver, C.C. (2018). Emotions matter: Making the case for the role of young children's emotional development for early school readiness. Retrieved 10 Mei 2023 from http://www.srcd.org/spr16- 3.pdf.

Rimm-Kaufman, S. E., & Pianta, R. C. (2020). An ecological perspective on the transition to kindergarten: A theoretical framework to guide empirical research. Journal of Applied Developmental Psychology, 21(5), 491-511.

Saaris N. (2019). How can students work together in a mixed-ability classroom?

https://www.activelylearn.com/post/collaboration-mixed-ability-classroom

Schultze-Krumbholz, A., Zagorscak, P., Hess, M. et al. The Influence of School Climate and Empathy on Cyberbystanders’ Intention to Assist or Defend in Cyberbullying. Int Journal of Bullying Prevention 2, 16–28 (2020). https://doi.org/10.1007/s42380-019- 00040-8

Sharma A. (2021). Development skills and concepts through educational technology.

Sujadi, E. (2019). Penerapan ‘play therapy’ dengan menggunakan permainan tradisional untuk meningkatkan keterampilan sosio emosional. Jurnal Bimbingan dan Konseling Terapan, 3(1), 14.

Suldo, S. M., Thalji-Raitano, A., Hasemeyer, M., Gelley, C. D., & Hoy, B. K. (2018).

Understanding middle school students' life satisfaction: Does school climate matter?

Applied Research in Quality of Life, 11(1), 179-193.

(14)

Talib, N. B. A., & Abdullah, M. C. (2017). Socio-emotional development and academic achievement among Malaysian gifted students. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(2), 1-25.

Tunku Ahmad, T. S., & Abdullah, N. A. (2018). The effects of cooperative learning on secondary school students' achievement and attitudes towards Mathematics. Journal of Education and Practice, 9(16), 135-144.

Yusof, M. M., & Jaafar, R. (2018). Family functioning and socio-emotional development among adolescents in Malaysia. International Journal of Education and Practice, 6(5), 172-180.

Zins, J. E., Weissberg, R. P., Wang, M. C., & Walberg, H. J. (Eds.). (2021). Building academic success on social and emotional learning: What does the research say?.Teachers College Press.

Referensi

Dokumen terkait