Perlaksanaan Kaedah Bermain Bagi Memperkembangkan Sosio Emosi Dalam Kalangan Pelajar Pra Sekolah
(The Implementation of Play Methods to Develop Socio-Emotions Among Preschool Students)
Nadiyah Noordin1*, Shahlan Surat1, Saemah Rahman1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Received: 25 April 2023 | Accepted: 20 June 2023 | Published: 30 June 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.20
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Bermain merupakan aktiviti yang amat sinonim dengan kanak-kanak yang dapat dijadikan alat kepada pembelajaran yang menyeronokan. Ianya dipercayai dapat menjadikan murid lebih berdaya saing dan bersahsiah tinggi. Selari dengan kepentingan akademik, keutamaan mengenai aspek perkembangan sosio emosi kanak-kanak pra sekolah sewajarnya dititik beratkan dalam menjadi asas kemenjadian murid. Apatah lagi perkembangan ini berlaku secara pesat dalam usia mereka 0-6 tahun. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah bermain terhadap sosio emosi murid pra sekolah. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian eksperimen dengan menggunakan Skala Pembangunan Sosial dan Emosi Kanak-kanak Prasekolah bagi pengumpulan data. Seramai 80 daripada 200 orang murid daripada 5 buah tadika di pilih dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS bagi mengukur keberkesanan kaedah bermain. Perubahan terhadap rangsangan bermain kepada sosio emosi murid dilihat amat positif dan terdapat perbezaan yang signifikan diantara kumpulan eksperimen dan kumpulan rawatan. Konklusinya, aktivit pembelajaran yang berteraskan bermain ini dilihat dapat membantu terhadap perkembangan sosial emosi murid. Seterusnya revolusi pendidikan khususnya di Malaysia sewajarnya dapat mengetengahkan pendidikan bermain secara mendalam, menitik beratkan kurikulum yang lebih efektif dan melatih para guru.
Kata kunci: bermain, perkembangan sosio emosi, prasekolah
Abstract: Playing is an activity that is very synonymous with children that can be used as a fun learning tool. It is believed to make students more competitive and have high character.
In parallel with the academic importance, the priority regarding the socio-emotional development aspect of pre-school children should be emphasised in becoming the basis of student development. What's more, this development happens rapidly in their 0-6 year old age. This study aims to examine the effects of playing methods on the socio-emotional behaviour of preschool students. The design of this study is an experimental study using the Social and Emotional Development Scale of Preschool Children for data collection. A total of 80 out of 200 students from 5 kindergartens were selected and divided into a control group and a treatment group. The findings of this study were analysed using SPSS software to measure the effectiveness of the playing method. Changes to the stimulation of playing to the socio-emotional students are seen as very positive and there is a significant difference between the experimental group and the treatment group. In conclusion, this play-based
learning activity can be seen to help the social and emotional development of students. Next, the education revolution, especially in Malaysia, should be able to highlight play education in depth, emphasise a more effective curriculum and train teachers.
Keywords: play, socio emotional development, preschoolers ___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Walaupun pada dasarnya banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi sosio emosi seseorang kanak-kanak, kajian ini secara khusus ingin meneliti peranan dan kaitan antara kaedah bermain dengan perkembangan sosio emosi di kalangan kanak-kanak pra sekolah.
Perkembangan sosial dan emosi bermula sejak lahir dan merangkumi banyak bidang pertumbuhan. Menurut (Humprey et al, 2016) empat daripada bidang pertumbuhan utama dalam pembangunan sosial dan emosi termasuk: i) Perangai: Keupayaan anak kecil menyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap pelbagai situasi, penjaga dan orang yang tidak dikenali. ii) Ikatan: Keupayaan untuk membina hubungan atau ikatan emosi antara kanak-kanak dan penjaga. iii) Kemahiran sosial: Keupayaan untuk bergaul dengan rakan sebaya dan orang lain. iv) Peraturan emosi: Keupayaan untuk mengawal reaksi dan emosi dalam pelbagai persekitaran atau situasi. Asas-asas pembelajaran dan perkembangan pelbagai kemahiran terbentuk pada 6 tahun pertama dimana engalaman kanak-kanak pada awal usia juga boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan masa hadapan mereka. Pada peringkat ini, aspek pembelajaran seperti sosio-emosi, intelektual, fizikal dan rohani harus diberi perhatian sebelum mereka memasuki pendidikan formal (NurSyuhada, Norwaziah, Siti Hafawati, Umi Hanim & Afiqah 2018)
Melalui kajian Halle & Darling Churchill (2016) dan Schmitt, Pratt, Korucu, Napoli &
Schmerold (2018), mereka menekankan tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak terhadap perkembangan fungsi sosio emosi seseorang individu dan bagaimana kepentingan tahap perkembangan sosio-emosi bagi membolehkan kanak-kanak mengawal tingkah laku dan emosi mereka (Aquino et al., 2019). Perkembangan pada peringkat awal kanak-kanak ini membantu pembentukan sahsiah dan perwatakan peribadi mereka pada masa hadapan (Zakaria et al., 2021). Disebabkan itu, perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak perlu dipupuk, terutamanya semasa tahun prasekolah.
Pada peringkat awal, kajian-kajian tentang sosio emosi daripada Blurton-Jones (1972) yang menyelidiki mengenai perkembangan bermain telah memberi tumpuan kepada aspek fizikal dan sosial yang aktif. Peter K. Smith (1989 juga mengkaji fenomena ini dan beliau berpendapat bahawa permainan ini boleh meningkatkan kecekapan sosial dalam kalangan pelajar. Kajian Erik Erikson (1963, 1977), juga memperlihatkan kepada kepentingan bermain bagi umur tiga hingga enam tahun, di mana kanak-kanak mengambil peranan bagi pengukuhan blok emosi mereka. Kajian-kajian ini seiring dengan kajian masa kini seperti dapatan kajian Nik Murshidah et al. (2019) yang menyatakan bahawa aktiviti main peranan mampu meningkatkan kemampuan interaksi antara murid dan kajian lain yang dilakukan oleh (Abd Razak et al; 2022) mendapati Terapi bermain Kognitif Tingkah laku sesuai digunakan untuk menangani masalah sosial dan emosi pelajar pintar. Ini menjelaskan hubungan positif antara aktiviti bermain dalam mempengaruhi sosio emosi pelajar. Walaubagaimanapun, kajian mendalam terhadap kanak-kanak terumanya dibawah usia 6 tahun amat terhad di Malaysia.
Justeru itu, objektif kajian adalah untuk mengkaji tentang kepentingan bermain terhadap pembentukan sosioemosi pelajar pra sekolah. Kajian ini mensasarkan 80 orang murid daripada 200 jumlah murid dalam lingkungan 4 sehingga 6 tahun di bawah penyeliaan 5 buah tadika swasta di negeri Selangor. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang kepentingan bermain terhadap pembentukan sosioemosi pelajar pra sekolah. Secara amnya, kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian iaitu bagaimanakah keadaan sosioemosi kanak-kanak sebeluma aktiviti main peranan dijalankan dan bagaimana keadaan sosioemosi kanak-kanak selepas aktiviti main peranan dijalankan. Dapatan ini diharapkan agar dapat memberi kesedaran kepada warga pendidik, ibu bapa dan pihak tadika bahawa kualiti bermain dapat mempengaruhi tahap sosio emosi pelajar agar lebih bercambah.
2. Tinjauan Literatur
Sosio Emosi
Menurut Cohen (2005, Andrade, 2019) sosial dan perkembangan emosi merujuk kepada perkembangan kapasiti kanak-kanak untuk mengalami, mengurus dan meluahkan pelbagai emosi positif dan negatif; membina hubungan yang rapat dan memuaskan dengan kanak- kanak dan orang dewasa lain dan meneroka persekitaran mereka secara aktif dan belajar.
Perkembangan sosio-emosi adalah berkenaan dengan cara kanak-kanak berfikir, merasa dan bertindak (Ergan,2021)
Ia merujuk kepada proses di mana kanak-kanak mengembangkan kebolehan untuk memulakan dan mengekalkan hubungan saling percaya dengan orang dewasa dan rakan sebaya untuk memahami dan meluahkan emosi dengan cara yang sesuai dan untuk menjadi berdikari, meneroka dan melibatkan diri dengan alam sekitar dan membuat keputusan yang bertanggungjawab (Ashdown & Bernard, 2012). Manakala (Kostelnik et al, 2015) juga menegaskan bahawa perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran mereka secara keseluruhan.
Dalam konteks kajian ini, perkembangan sosio emosi meliputi sosio emosi merujuk kepada perkembangan menyeluruh bagaimana seseorang itu berkomunikasi secara baik dengan seseorang yang lain dengan memperlihat kan kesesuaian emosi dalam sesuatu situasi yang dihadapi oleh mereka serta tindak balas yang mengikut adab dan moral yang dituntut.
Bermain
Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison, 2000; & Spodek, 1973). Menurut (Piaget, 1962) sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri. Manakala menurut (Isenberg and Jolongo, 1997) pula, bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.
Jean Piaget menganggap bermain bukan sahaja sebagai cerminan kemahiran kognitif tetapi juga kehidupan dan masalah harian kanak-kanak. Ia adalah mungkin, melalui bermain, untuk menghubungkan intelek dengan emosi. Inilah sebabnya Piaget percaya bahawa mainan kanak-kanak akan mempunyai kesan daripada pengalaman kanak-kanak itu pada masa lalu (Piaget, 1962)
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mildred Parten pada tahun 1929, beliau mengenal pasti enam peringkat permainan yang dilalui oleh kanak-kanak. Namun dalam kajian ini, pemilihan 3 elemen kaedah bermain daripada Parten dipilih mengikut kepada keperluan sosio emosi mereka iaitu:
i) Permainan Fantasi: Kanak-kanak belajar untuk mencuba peranan baharu dan situasi, bereksperimen dengan bahasa dan emosi dengan permainan fantasi. Kanak-kanak belajar untuk berfikir dan mencipta melebihi asas. Mereka mengambil alih peranan dewasa dan belajar berfikir secara abstrak. Kanak-kanak berimaginasi dan menggunakan yang baru perkataan dan nombor untuk menyatakan konsep, impian dan sejarah.
ii) Permainan kooperatif: Permainan ini dianjurkan mengikut matlamat kumpulan. Terdapat sekurang-kurangnya seorang pemimpin, dan kanak-kanak pasti berada dalam atau keluar dari kumpulan. Apabila kanak-kanak beralih daripada mementingkan diri sendiri dunia kepada pemahaman tentang kepentingan sosial dan peraturan, mereka mula bermain permainan dengan peraturan. Permainan dengan peraturan mengajar kanak-kanak konsep bahawa kehidupan mempunyai peraturan itu semua orang mesti ikut.
iii) Main Ekspresif. Beberapa jenis permainan membantu kanak-kanak belajar untuk meluahkan perasaan. Di sini ibu bapa boleh menggunakan pelbagai jenis bahan. Bahan mungkin termasuk cat, krayon, berwarna pensel dan penanda untuk melukis gambar atau menulis. Ia boleh juga termasuk item seperti tanah liat, air dan span ke mengalami tekstur yang berbeza. pundi kacang, bangku berdebar, dan alat irama adalah sumber mainan lain untuk permainan ekspresif. Anda boleh mengambil peranan aktif dalam permainan ekspresif dengan menggunakan bahan bersama anak anda.
Jean Piaget, (1945, 1965) yang merupakan ahli sarjana dan psikologi melihat bermain dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat bayi hingga usia sekolah dan menerangkan jenis permainan yang paling lazim pada setiap peringkat umur. Piaget mencadangkan bahawa kanak-kanak menggunakan permainan untuk mengasimilasikan setiap hari mereka pengalaman ke dalam skema kognitif mereka yang sedia ada. Dia mencirikan permainan bayi sebagai permainan latihan, yang melibatkan pengulangan tindakan suka bermain yang serupa, dengan mengulang-ulang tindakan yang sama.
Kajian lepas
Antara beberapa kajian yang dilakukan daripada Blurton-Jones (1972) yang menyelidik mengenai perkembangan bermain telah memberi tumpuan kepada fizikal dan sosial yang aktif dan peraturan yang mengawal permainan tersebut. Tingkah laku semasa proses bermain berfungsi sebagai fungsi sosial dan mungkin berlaku dalam tempoh kritikal. Peter K. Smith (1989) juga mengkaji fenomena ini juga mencadangkan bahawa permainan ini boleh meningkatkan kecekapan sosial dalam kalangan pelajar.
Disamping itu, Erikson melaporkan penyelidikannya dalam sesi terapeutik dengan
kanak-kanak yang menggambarkan emosi penting dalam kehidupan adalah melalui pembinaan blok mereka dan kesimpulan daripada kajiannya mendapati bahawa kanak-kanak kecil boleh memprojekan tema peribadi yang relevan pada mikrokosmos meja permainan.
Justeru itu, terapi bermain telah menghasilkan pelbagai kaedah terapeutik untuk membantu perkembangan emosi.
Dalam kajian lain yang dilakukan oleh (Abd Razak et al; 2022) mendapati terapi bermain kognitif Tingkah laku sesuai digunakan untuk menangani masalah sosial dan emosi pelajar pintar berbakat (PPB) dan meningkatkan keupayaan untuk membuat keputusan dan berdaya tahan. Justeru, Terapi bermain Kognitif Tingkah laku merupakan salah satu pendekatan yang
sesuai untuk diaplikasikan terhadap golongan PPB. Kajian ini memberi implikasi terhadap perkembangan pendekatan terapi bermain di Malaysia khususnya terhadap populasi pintar berbakat.
Merujuk kepada kajian yang diselia oleh (Siti Affiza et al; 2021) dari hasil temubual dan pemerhatian mendapati rata-rata pelajar pada mempunyai kecenderungan untuk bersifat impulsif biarpun masih lagi di peringkat yang terkawal sebelum aktiviti main peranann dijalankan. Dapatan kajian pada sebelum aktiviti bemain membimbangkan, namun, hasil kajian selepas aktiviti main peranan dijalankan menunjukan dapatan yang positif. Peserta kajian rata-rata menunjukan perubahan sosioemosi yang signifikan sebaik sahaja aktiviti main peranan selesai dijalankan. Hal ini juga konsisten dengan dapatan kajian Nik Murshidah et al.(2019) yang menyatakan bahawa aktiviti main peranan mampu meningkatkan kemampuan interaksi antara murid.
Penemuan yang signifikan juga dilaporkan melalui kajian oleh (Lee et al; 2020). Kajian yang bertujuan untuk mengkaji keberkesanan intervensi permainan tidak berstruktur terhadap kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak kecil dalam pelbagai persekitaran komuniti. Kriteria kelayakan artikel termasuk (1) kajian yang merangkumi kanak-kanak kecil berumur tiga hingga tujuh tahun; (2) kajian intervensi yang melibatkan permainan bahagian tidak berstruktur, bebas atau longgar; (3) reka bentuk percubaan terkawal eksperimen atau rawak, dengan atau tanpa peruntukan rawak kepada kumpulan; dan (4) pembolehubah sasaran kajian harus merangkumi konstruk fizikal, sosial atau psikologi yang boleh diukur sebagai hasil yang boleh diubah suai. Kesemua hasil kajian melaporkan kesan positif terhadap tahap aktiviti fizikal kanak-kanak, penglibatan sosial dan kesejahteraan emosi.
3. Metodologi
Kajian ini berbentuk eksperimental yang mengetengahkan kajian invensi dengan menggunakan data kuantitatif yang dipungut melalui kajian pemerhatian dimana sampel responden dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang mempunyai bilangan ahli yang sama. Kaedah intervensi juga merupakan salah satu elemen yang diguna pakai di dalam kajian ini bagi meneliti tindak balas daripada kumpulan kawalan. Data yang diperolehi daripada sampel rawak ini kemudiannya dianalisis dan dipersembahkan dengan statistik perihalan dan ujian signifikan dengan menggunakan perisian SPSS. Keputusan ujian-ujian statistik seterusnya akan memberi kesimpulan terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji
Sampel Kajian
Sampel kajian ini meliputi seramai 80 daripada 200 orang murid pra sekolah yang berumur didalam lingkungan 4 sehingga 6 tahun dimana yang terdiri daripada murid lelaki dan perempuan. Majoriti guru yang terlibat bagi program intervensi juga adalah perempuan.
Kesemua guru dan pelajar adalah daripada bangsa melayu. Kajian ini dilaksanakan di 5 buah tadika swasta dalam negeri Selangor. Saiz sampel seramai 80 orang untuk kajian eksperimen yang dijalankan ke atas subjek kajian dalam sebuah organisasi adalah mencukupi.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan eksperimen dengan menggunakan kaedah kajian kes.
Kaedah pemerhatian digunakan untuk mengumpul data. Instrumen kajian ialah borang pemerhatian skala likert 3 mata untuk mengenal pasti keadaan sosio emosi kanak-kanak sebelum dan selepas aktiviti main diperkenalkan.
Pemantauan sebanyak 6 kali bagi memastikan tahap sosio emosi mereka selain daripada memberi penekanan terhadap teknik bermain mengikut kesesuaian umur pada Ujian 1-6 Tingkah laku bermain kanak-kanak dinilai mengikut skala likert 3 mata Perkembangan sosial dan emosi untuk kanak-kanak prasekolah yang dibangunkan oleh Aye Min Naing (2012).
Prosedur Pemerolehan Data
Pengkaji membuat pemerhatian yang menyeluruh selama 3 hari bagi sesebuah cawangan bagi meneliti perkembangan sosio emosi pelajar disamping menemu ramah guru menggunakan senarai semak. Ini dapat menentukan data sebelum kajian dijalankan.
Daripada data awal yang didapati, pengkaji meneliti dan membentuki kumpulan kepada pelajar berdasarkan tahap perkembangan sosio emosi mereka iaitu lemah, sederhana dan baik. Pelajar lemah dan sederhana dapat dibahagikan kepada dua kumpulan bagi setiap satu iaitu kumpulan yang akan menjalani eksperimen atau intervensi dan kumpulan kawalan.
Pengkaji kemudiannya menjalankan aktiviti bersama guru bagi memastikan perjalanan intervensi dan penilaian dapat dijalankan dengan baik. Aktiviti adalah seperti memberikan latar belakang ilmu ilmu psikologi beteraskan pendidikan kanak-kanak sesuai dengan peringkat umur mereka, merangka pelan konsep bermain yang dapat diterapkan dengan tema pembelajaran tadika yang berpandukan KSPK, menjalankan sesi role play bersama para guru dan ujian bagi melihat tahap pemahaman mereka, menerangkan dengan lebih lanjut cara penilaian dijalankan yang dijalankan ke atas murid sebelum ujian pra dimulakan.
Prosedur yang terakhir adalah mengumpul kesemua data yang dikutip selama hampir 10 minggu bagi pengkaji menganalisa kesemua data.
Tatacara menganalisa Data
Data kuantitatif yang diperolehi melalui kaedah pemerhatian boleh memaparkan perkembangan selepas kaedah bermain dijalankan dan diproses dengan menggunakan perisian statistik SPSS (Statistical Package For Social Sciences) dan keputusan dijadualkan berdasarkan frekuensi dan peratusan. Analisis perbezaan sebelum dan selepas kaedah bermain dijalankan dapat di bahagikan mengikut skala yang diuji iaitu sosio dan emosi Keputusan kajian ini dapat dianalisis dalam dua bahagian iaitu analisa latar belakang responden dan analisis pemerhatian berdasarkan rangsangan program bermain.
4. Dapatan Kajian dan Perbincangan
Profil Responden
Seramai 80 orang daripada 200 orang murid bagi sesi persekolahan 2022 telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Jadual 1 menunjukan jumlah murid lelaki adalah seramai 80 orang manakala murid perempuan pula adalah seramai 80 orang.
Jadual 1: menunjukan latar belakang responden bagi pengkelasan jantina
Jantina Kekerapan Peratus %
Lelaki 40 50.0
Perempuan 40 50.0
Jumlah 80 100.0
Latar belakang ibu bapa responden juga amat penting kerana sebahagian dalam pembentukan utama murid adalah berdasarkan corak didikan ibu bapa mereka. Merujuk kepada Jadual 2.0,
majoriti ibu bapa yang menghantar anak mereka di tadika swasta ini merupakan golongan lepasan sarjana muda iaitu dengan sebanyak 46.25% yang juga hampir majoriti. Ia diikuti oleh lepasan diploma seramai 33.75%, lepasan sarjana, SPM dan sarjana kedoktoran.
Jadual 2: menunjukan pendidikan ibu bapa responden kajian
Pendidikan Ibu Bapa Kekerapan Peratus %
SPM 4 5.0
Diploma 27 33.75
Sarjana Muda 37 46.25
Sarjana 7 8.75
Sarjana Kedoktoran 5 6.25
Jumlah 80 100.0
Bagi pendapatan keluarga pula, majoriti daripada ibu bapa menerima imbuhan diantara RM4,851 sehingga ke RM10,970 dengan jumlah seramai 63 nilai kekerapan dengan peratusan sebanyak 78.75%. Ini diikuti oleh pendapatan sebanyak RM2,500 - RM4,850 bersamaan 14 kekerapan dan 17.5%. Tiada catatan rekod pendapatan ibu bapa yang kurang daripada RM2,500
Jadual 3: menunjukan pendapatan isi keluarga responden kajian
Pendapatan Keluarga Kekerapan Peratus %
Kurang dari RM2,500 0 0
RM2,500 - RM4,850 14 17.5
RM4,851 - RM10,970 63 78.75
RM10,971-RM15,000 2 2.5
RM15,001 dan keatas 1 1.25
Jumlah 80 100
Analisis pemerhatian berdasarkan rangsangan program.
Pemerhatian ini melalui bentuk soalan skala likert 3 mata yang dilakukan selama 10 minggu.
Penilaian diukur dengan mengambil kira ujian pra dimana kedua- dua kumpulan diukur tanpa rangsangan intervensi. Selepas itu, kumpulan rawatan menjalani ujian intervensi manakala kumpulan rawatan tidak akan dipengaruhi oleh sebarang intervensi kaedah bermain. Kesan bermain terhadap perkembangan sosial murid adalah perbandingan di antara kumpulan kawalan dan rawatan mengikut siri ujian.
Kesan bermain terhadap perkembangan sosial murid:
Rajah 1: menunjukan skala liner bagi rekod min perkembangan sosial murid sepanjang kajian dijalankan
Min pra ujian menunjukan perbezaan yang amat tipis iaitu sebanyak 0.39 diantara kedua-dua kumpulan. Ujian kedua pula memperlihatkan perbezaan sebanyak 2.38 diikuti oleh 7.19 pada Ujian ketiga, 12.3 pada siri Ujian ke empat, 18.36 pada Ujian ke lima dan 17.41 pada siri terakhir ujian dijalankan.
Jadual 4: di bawah menunjukkan perbezaan secara signifikan diantara sebelum dan selepas ujian bermain dijalankan.
Melalui ujian ANCOVA 1 Jalan menunjukan Nilai Sig. kurang dari 0,05 (<0.05) maka secara rumusan, keputusan analisis ini mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan diantara kaedah bermain terhadap sosial murid. Ini menunjukkan bahawa program bermain ini mempengaruhi dan merangsang pembangunan sosial murid pra sekolah.
Kesan bermain terhadap perkembangan emosi murid:
Rajah 2: menunjukan skala liner bagi rekod min perkembangan emosi murid sepanjang kajian dijalankan
Min pra ujian menunjukan perbezaan yang amat tipis iaitu sebanyak 0.09 diantara kedua-dua kumpulan. Perbezaan ini di lihat sama bagi Ujian pertama manakala Ujian kedua pula mencatatkan perbezaan sebanyak 0.84, diikuti oleh 3.87 pada Ujian ketiga, 10.36 pada siri Ujian ke empat, 17.10 pada Ujian ke lima dan 23.6 pada siri terakhir ujian dijalankan.
Jadual 5: di bawah menunjukkan perbezaan secara signifikan diantara kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas ujian dijalankan
Menerusi ujian ANCOVA 1 Jalan puls menunjukan Nilai Sig. kurang dari 0,05 (<0.05) maka secara rumusan, keputusan analisis ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan diantara kaedah bermain terhadap emosi murid. Ini menunjukkan bahawa program bermain ini dapat mempengaruhi dan merangsang pembangunan emosi murid pra sekolah.
Hasil daripada analisis kajian mendapati bilangan responden adalah sama iaitu 40 orang murid lelaki dan 40 orang murid perempuan. Latar belakang kesemua responden ini merupakan penduduk bandar dimana majoriti pendapatan keluarga pada taraf yang sederhana. Taraf pendidikan keluarga juga terdiri daripada golongan profesional yang telah mendapat pendidikan asas secara formal dimana sebahagian besar mereka merupakan lepasan ijazah sarjana muda.
Daripada hasil pemerhatian dalam aspek sosial responden mendapati murid dalam kumpulan eksperimen menunjukkan respon yang baik apabila kaedah bermain dijalankan. Ini dapat dilihat melalui perbezaan nilai min diantara kedua-dua buah kumpulan terutamanya pada siri ujian ke 2. Ini juga dapat disimpulkan bahawa kebanyakan responden mempunyai sosial yang lebih baik dengan intervensi bermain. Manakala daripada hasil pemerhatian dalam aspek emosi responden juga mendapati murid dalam kumpulan eksperimen juga menunjukkan respon yang baik apabila kaedah bermain dijalankan. Ini dapat dilihat pada ujian siri ketiga dan seterusnya. Ini juga dapat disimpulkan kebanyakan responden mempunyai emosi yang lebih baik apabila kaedah intervensi bermain diperkenalkan.
Dapatan ini selari dengan kajian-kajian lepasan yang mengaitkan pertumbuhan sosial dan emosi kanak-kanak yang positif terhadap struktur kaedah bermain dalam aktivit seharian mereka.
Ia menunjukkan bagaimana persediaan persekitaran melalui kaedah bermain bagi murid prasekolah dapat meningkatkan perkembangan sosial dan emosi mereka. Keputusan analisis data deskriptif dan inferensi ini telah menunjukan bahawa terdapat kesan yang amat positif terhadap program bermain terhadap murid prasekolah, dimana perkembangan sosial dan emosi mereka merekodkan perubahan yang lebih baik pada setiap ujian. Program bermain ini telah membantu murid prasekolah untuk mengoptimumkan sosial skil dan pembentukan emosi yang lebih berakhlak dalam kalangan mereka.
Kesimpulannya, implementasi kaedah bermain khususnya dalam pembelajaran murid pra sekolah masih berada pada tahap awal. Oleh itu, bagi menjayakannya merupakan suatu cabaran kepada kita terutama bagi para pendidik yang terlibat dan kita semua perlu memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan bahan bantu ini pada masa hadapan. Tidak sewajarnya bagi kita hanya mengguna pakai kaedah tradisional seperti teknik penghafal dan penggunaan buku sahaja. Selari dengan negara-negara maju, pendekatan bermain ini amat dititik beratkan kerana ia menjadi penyumbang besar terhadap perkembangan EQ anak-anak kecil. Pihak pentadbir khususnya mengutamakan perkembangan awal kanak-kanak ini sebagaimana mereka mengutamakan kelas-kelas peperiksaan dalam menjadi penggerak utama kepada pembelajaran yang lebih terstruktur dan efektif mengikut perkembangan sebenar kanak-kanak.
Penghargaan
Terima kasih yang tidak terhingga buat Prof Saemah dan Dr Shahlan Surat serta Universiti Kebangsaan Malaysia diatas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses kajiaan dijalankan sehingga terhasilnya jurnal ini.
Rujukan
Egan, S. M., Pope, J., Moloney, M., Hoyne, C., & Beatty, C. (2021). Missing early education and care during the pandemic: The socio-emotional impact of the COVID-19 crisis
on young children. Early Childhood Education Journal, 49(5), 925-934.
Ina Olmer Specht; Jeanett Friis Rohde; Ann-Kristine Nielsen (et al.) May 2021 Changes in emotional-behavioral functioning among pre-school children following the initial stage Danish COVID-19 lockdown and home confinement. Frontiers in Psychology, pp. 6.
Saurabh, K., & Ranjan, S. (2020). Compliance and psychological impact of quarantine in children and adolescents due to Covid-19 pandemic. The Indian Journal of Pediatrics, 87(7), 532-536.
Yıldırım, B. (2021) Preschool Education in Turkey During the Covid-19 Pandemic: A Phenomenological Study. Early Childhood Educ J 49, 947–963.
Susilowati, I. H., Nugraha, S., Alimoeso, S., & Hasiholan, B. P. (2021). Screen Time for Preschool Children: Learning from Home during the COVID-19 Pandemic. Global Pediatric Health, 8, 2333794X211017836
Cordovil, R., Ribeiro, L., Moreira, M., Pombo, A., Rodrigues, L. P., Luz, C., ... & Lopes, F.
(2021). Effects of the COVID-19 pandemic on preschool children and preschools in Portugal. Journal of Physical Education and Sport, 21, 492-499.
Duran, M. (2021). The Effects of COVID-19 Pandemic on Preschool Education. International Journal of Educational Methodology, 7(2), 249-260
Morgül, E., Kallitsoglou, A., & Essau, C. A. E. (2020). Psychological effects of the COVID- 19 lockdown on children and families in the UK. Revista de Psicología Clínica con Niños y Adolescentes, 7(3), 42-48.
Wang, G., Zhang, Y., Zhao, J., Zhang, J., & Jiang, F. (2020). Mitigate the effects of home confinement on children during the COVID-19 outbreak. The Lancet, 395(10228), 945-947.
Orgilés M, Morales A, Delvecchio E, Francisco R, Mazzeschi C, Pedro M, Espada JP.
Coping Behaviors and Psychological Disturbances in Youth Affected by the COVID-19 Health Crisis. Front Psychol. 2021 Mar 22;12:565657. doi:
10.3389/fpsyg.2021.565657. Erratum in: Front Psychol. 2021 Sep 29;12:692133.
PMID: 33828499; PMCID: PMC8019796.
Mheidly N, Fares MY and Fares J (2020) Coping With Stress and Burnout Associated With Telecommunication and Online Learning
Barnett, W. S., & Jung, K. (2021). Seven impacts of the pandemic on young children and their parents: Initial findings from NIEER’s December 2020 preschool learning activities survey. National Institute for Early Education Research.
Sinha, Ian, Davara Bennett, and David C. Taylor-Robinson. 2020. “Children are Being Sidelined by Covid-19.” British Medical Journal 369), doi:10.1136/bmj.m2061.
Picca, M., Manzoni, P., Milani, G.P. et al. 2021 Distance learning, technological devices, lifestyle and behavior of children and their family during the COVID-19 lockdown in Lombardy: a survey. Ital J Pediatr 47, 203.
Misirli, O., & Ergulec, F. (2021). Emergency remote teaching during the COVID-19 pandemic: Parents experiences and perspectives. Education and information technologies, 26(6), 6699-6718.
Lesilolo, H. J. (2018). Penerapan teori belajar sosial albert bandura dalam proses belajar mengajar di sekolah. KENOSIS: Jurnal Kajian Teologi, 4(2), 186-202.
Amran, N. N., & Hussin, H. (2020). Wanita dan pengurusan emosi melalui pengkisahan Maryam dalam al-Quran. International Journal of Islamic Thought, 17, 90-100.
Andrade, C. (2019). Benefits of play for the social and emotional development of children in kindergarten.
Jones, S., & Doolittle, E. (2017). Social and emotional learning: Introducing the issue. The Future of Children, 27(1), 3-11.
Hasbullah, S. S., Bakar, K. A., & Othman, N. (2020). Pembelajaran Awal Sains dan Kompetensi Sosioemosi Kanak-kanak Prasekolah: Satu Kajian Literatur Sistematik (Early Science Learning and Preschool Children’s Social and Emotional Competencies). Akademika, 90(S3).
Cristóvão, A. M., Candeias, A. A., & Verdasca, J. L. (2020, January). Development of Socio- Emotional and Creative Skills in Primary Education: Teachers' Perceptions About the Gulbenkian XXI School Learning Communities Project. In Frontiers in Education (Vol. 4, p. 160). Frontiers Media SA.
Malik, F., & Marwaha, R. (2018). Developmental stages of social emotional development in children.
Hysing, M., Sivertsen, B., Garthus-Niegel, S., & Eberhard-Gran, M. (2016). Pediatric sleep problems and social-emotional problems. A population-based study. Infant behavior and development, 42, 111-118.
Chen, K., Liu, C., Liu, X., Wang, Z., Luo, R., Li, S., ... & Alderman, H. (2021). Nutrition, cognition, and social emotion among preschoolers in poor, rural areas of south central china: Status and correlates. Nutrients, 13(4), 1322.
Humphrey, N., Kalambouka, A., Wigelsworth, M., Lendrum, A., Deighton, J., & Wolpert, M.
(2011). Measures of social and emotional skills for children and young people: A systematic review. Educational and psychological measurement, 71(4), 617-637.
Lee, R. L. T., Lane, S., Brown, G., Leung, C., Kwok, S. W. H., & Chan, S. W. C. (2020).
Systematic review of the impact of unstructured play interventions to improve young children's physical, social, and emotional wellbeing. Nursing & Health Sciences, 22(2), 184-196.