S y a r i a h a n d L a w D i s c o u r s e I s s u e 4 13
KESALAHAN DALAM PERMAINAN SUKAN DARI ASPEK SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
A m n Ab Rahman
Abstrak
Dewasa ini sukan tidak lagi merupakan satu aktiviti harian, hobi dun mengisi masa lapang. Malahan sukan pada masa kini telah berkembang pesat dengan penganjuran pertandingan dun perlawanan samada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Kita sedia maklum bahawa setiap permainan sukan sudah tentu mempunyai peraturan yang perlu diikuti dun dipatuhi oleh semua atlit yang terlibat. Pada kebiasaannya salah satu daripada syarat peraturan pertandingan yang mesti diikuti oleh para atlit adalah tidak dibenarkan melakukan kesalahan seperti mencederakan pemain lawan atau mengakibatkan kematian sama ada sengaja ataupun tidak. Islam juga amat mengalakkan agar umatnya sentiasa melibatkan aktiviti sukan dun pertandingan kerana ianya secara tidak langsung dapat menyehatkan badan dun mencergaskan minda. Namun begitu, Islam juga ada memberi garis panduan dun peraturan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti pertandingan sukan dengan memperuntukkan hukuman dun pampasan sekiranya terdapat dikalangan atlit yang melakukan kesalahan sehingga mencederakan atau mengakibatkan kematian pihak tertentu.
Artikel ini bertujuan menjelaskan pandangan Islam terhadap kesalahan dun hukuman yang dikenakan, di samping melihat sama ada wujud ataupun tidak peruntukan undang-undang di Malaysia dun antarabangsa tentang isu ini. Artikel ini hanya membincangkan kesalahan yang dilakukan antara pemain sahaja tanpa menyentuh perbincangan kesalahan yang berlaku diantara pemain dun pengadil, penonton dun pihak tertentu. Penjelasan tentangperkara ini amatpenting kerana setiap pemain termasukpengurus dun jurulatih seharusnya mengetahui hak-hak dun tangungiawab serta undang-undang yang melindungi mereka tennasuk saluran yang perlu dirujuk sekiranya kes seperti ini berlaku terhadap diri mereka ataupun rakan-rakan yang lain.
DEFINISI SUKAN
Sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti berenang, bolasepak, lumba lari dan lain-lain lagi yang dilakukan untuk menyihatkan badan.' Berdasarkan takrifan ini, jelas menunjukkan bahawa bersukan adalah segala bentuk kegiatan yang melibatkan pergerakkan anggota badan untuk menyihatkan badan, menghilangkan ketegangan fikiran dan aencergaskan minda.
Asas kegiatan menyihatkan badan ataupun sukan telah dipraktikkan Rasulullah SAW. Baginda telah memilih beberapa jenis sukan antaranya aenunggang kuda, memanah dan gusti. Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa
D i s k u s i S y a r i a h d o n U n d a n g - U n d a n g S i r i 4
yang mempelajari ilmu memanah kemudian meninggalkannya,maka dia bukan dari golongan kami dun sesungguhnya dia telah melakukan kemaksiatan" dan daripada Muhammad bin Ali bin Rukanah :"Sesungguhnya Rukanah mengajak Nabi SA W bergusti dengannya, maka Nabi SA W pun bergusti dun mengalahkannya " 3.
Ini jelas menunjukkan bahawa Islam sememangnya menggalakkan agar umatNya agar sentiasa sihat dan kuat yang bukan sahaja akan memudahkan mereka melakukan urusan dunia bahkan ibadah yang dilakukan akan lebih teratur dan berjalan dengan lancar. Sebenarnya galakan supaya bersukan sememangnya telah ada dalam Islam. Ini boleh dilihat dalam ibadah-ibadah yang disyariatkan seperti solat yang memerlukan pergerakan beberapa anggota badan, puasa yang mengajar kaedah pengawalan makanan, haji yang melibatkan perjalanan yang jauh, amalan menziarahi sanak saudara, perjalanan ke masjid dan ibadah-ibadah lain lagi.
Mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat dianjurkan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui Hadithnya 4:
Mahudnya: Sesungguhnya mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah SWT daripada mukmin yang lemah.
Kekuatan yang dimaksudkan bukan hanya pada tubuh badan tetapi juga melibatkan kekuatan pada aka1 fikiran, spritual dan akhlak. Oleh itu, bersukan adalah termasuk dalam aktiviti yang boleh merealisasikan perkara-perkara tersebut.
KESALAHAN
DALAM PERMAINAN SUKANSecara umumnya, permainan atau pertandingan sukan tidak akan lari dari kesalahan yang mengakibatkan kecederaan dan kematian antara para pemain dan atlit terutama yang melibatkan pennainan ataupun pertandingan sukan yang berisiko tinggi yang memerlukan kedua-dua pihak bersemuka secara langsung seperti bolasepak, gusti, taekwando, karate, hoki, tinju, ragbi dan sebagainya.
Permainan dan pertandingan sukan seperti ini kadang-kadang boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain termasuk mengakibatkan kematian. Kita tidak menafikan bahawa kesalahan ini berkemungkinan tidak disengajakan tetapi kebarangkalian kesalahan ini disengajakan tetap ada yang mungkin disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti membalas dendam atau seumpamanya.
Apa yang ingin ditekankan disini, apakah pandangan Islam terhadap perkara ini dan adakah terdapat peruntukan undang-undang di Malaysia yang boleh melindungi para pemain sekiranya mereka teriibat dengan situasi ini. Kita juga sedia maklum bahawa setiap pertandingan sukan mempunyai peraturan yang
a A-Nawawi, Yahya Shnfd-Dia n.d h h i h MauIk* Beimt: Murnsrb Umrhil d-Wh. hlm I 522
3 A-Tirmidhiyy, Muhunmd bin hand Sumn cll-Titnd&&. Bebut Beind: I)rr d-Thtb d-Ambiy. hlm. 55.
4 A-Namwi, Yrhp S h n f d-Die nd Sahih k l h . Jii 2. hlm. 1395
S y a r i a h a n d L a w D i s c o r i r s e f s s u e 4
telah ditetapkan oleh pihak penganjur, namun adakah peraturan ini sudah cukup untuk melindungi para pemain atau ianya memerlukan penguatkuasaan dari sudut undang-undang.
KESALAHAN DALAM PERMAINAN SUKAN DARI ASPEK PERUNDANGAN ISLAM
Islam merupakan agama yang sempurna yang merangkumi segala aspek kehidupan sehinggakan perbincangan berkaitan dengan sukan juga ada diterangkan dalam perundangan Islam.
Secara umumnya sekiranya kesalahan kecederaan itu berlaku hasil daripada kekerasan yang tidak diperlukan dalam permainan berkenaan, maka pemain yang menyebabkan berlakunya kecederaan itu boleh dipersoalkan dalam perundangan Islam. Sekiranya kesalahan itu dilakukan dengan sengaja, maka ianya dianggap sebagai kesalahan dengan sengaja. Tetapi sekiranya kesalahan itu disebabkan kekasaran dan kecuaian, pemain tersebut bertanggunglawab secara tidak sengaja.'
Walau bagaimanapun sekiranya berlaku kesalahan kecederaan itu dalam permainan yang memerlukan kekuatan sebagai cara berlawan dan bersemuka secara langsung dengan pemain lawan seperti gusti, taekwando, karate, tinju dan seumpamanya, maka adalah tidak menjadi kesalahan jenayah sekiranya mana- mana pemain telah mematuhi syarat-syarat permainan sebagaimana yang telah ditetapkan. Jika dilihat secara umumnya permainan itu sendiri membenarkan segala apa yang biasa berlaku di dalam batas-batas tertentu. Tetapi sekiranya mana-mana pemain melanggar syarat-syarat permainan sehingga mencederakan pihak lawan, pemain tersebut bertanggungjawab secara sengaja jika disengajakan dan secara tidak sengaja sekiranya tidak d i ~ e n g a j a k a n . ~
Sebuah buku yang bertajuk "al-Alcab al-Riyadiyyah Ahkamuha wa
~ h a w a b i t t u h a f i Fiqh al-Islamiyy" yang ditulis oleh Ali Husin Amin Yunus ada rnenerangkan secara jelas tentang hukum melakukan kesalahan kecederaan terhadap mana-mana pemain. Beliau juga berpendapat bahawa haram mengakibatkan kecederaan dan kemudharatan kepada mana-mana pemain lawan, walaupun dibenarkan oleh peraturan permainan. Sesungguhnya persetujuan para pemain ke atas perkara yang diharamkan oleh Allah dan Rasullullah SAW tidak menjadikan perkara itu halal kerana apa yang dihalalkan oleh Allah dan Rasulnya adalah halal dan apa yang diharamkan olehnya adalah haram.
'
5 paizah Haji Ismail. 1991. Undang-undang Jenayah Islam. Selangor: Dewan Pustaka Islam. him. 56
6 c~bdul Qadir aLCAudah. 1994. a/-Tq'ri 'a/-Jinaiy a/-Islami. Beirut: Muassasah al-Risalah. hlm 527-528, Ahmad 1985. M* Ahkam a/-Shar 'iah a/-lslamiahfi 01-Tajrim wa al-'lqab. Kaherah: 'Alam al-Kutub. hlm. 87
7 'Ali Husin Amin Yunus 2003. 01-AFab a/-Riyadiflah Ahkamuha wa Dmvabi~tuhaj Fiqh al-lslamiyy. Jordan: Dar al- Nafais. hlm. 396.
D i s k u s i S y a r i a h d a n U n d a n g - U n d a n g S i r i 4
Di antara contoh-contoh kesalahan yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
1- Tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pemain terhadap lawannya samada dengan cara mencederakannya atau mendatangkan kemudharatan dengan tujuan untuk memenangi sesuatu perlawanan, walaupun dibenarkan oleh peraturan permainan seperti pertandingan gusti, tinju, karate, taekwando, ragbi, bolasepak amerika dan seumpamanya. Ekoran daripada itu, Majlis Majmak al- Fiqhi.al-Islami li Rabitah al-Alum al-Islami telah mengeluarkan keputusan di dalam muzakarah mereka kali ke-10 di Mekah pada tahun 1987 Masihi bahawa pertandingan gusti dan tinju adalah haram yang membenarkan para pemain mengakibatkan kecederaan dan kemudharatan terhadap pihak lawan.
2- Tindakan yang dilakukan oleh pemain yang mengakibatkan kecederaan atau kemudharatan kepada pihak lawan dengan cara yang tidak dibenarkan oleh peraturan permainan seperti memukul, menumbuk atau apa-apa cara sekalipun secara sengaja. Dengan tindakan seperti itu, ia mengakibatkan seseorang pemain itu berada &lam keadaan bahaya seperti mengakibatkan kecederaan yang teruk, kecederaan sementara atau kecederaan yang berkekalan, atau hilang anggota dan seumpamanya yang banyak berlaku secara sengaja dalam mana-mana pertandingan sukan. Perkara seperti ini secara tidak langsung telah menyebabkan timbul permusuhan dan pergaduhan serta sifat balas dendam dikalangan pemain ataupun pihak-pihak yang berkenaan. Tidak hairanlah mengapa Islam mengharamkan perbuatan seperti ini kerana ianya tidak sesuai dengan saranan clan tujuan asal Islam mengharuskan dan mengalakkan kita bersukan dan beriadah.
Terdapat banyak dalil al-Quran dan as-Sunnah yang mengharamkan seseorang mengakibatkan kecederaan dan kemudharatan kepada tubuh manusia termasuk para pemain antaranya:
Firman Allah Ta'ala ayat 195 Surah al-Baqarah:
M&&a: Dan belanjakanlah
(ApaYang ada pada
kamu) kerana(meneg-) agama Allah,
&mjanganlah
ikmmcsengqja mencampakkan din'
Rmnu keDalam bahqa
kebinasuan;a h bai&ilah ((dengun sebaik- baiknya Segala usaha
&m)perbmkm
kamu; k a n aSesungguhrrya Allah mengaihi orang-orang Ymg
benuaha memperbaikiamalanrrya.
Hujah daripada ayat: Setiap apa di dalamnya terdapat pembinasaan nyawa atau sebahagian darinya tanpa darurat seperti bejihad, maka adalah dilarang.
S y a r i a h a n d L a w D i s c o u r s e I s s u e 4 17 Firman Allah Ta'ala ayat 29 surah al-Nisa':
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dun sebagainya), kecuali dengan jalan pemiagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dun janganlah kamu berbunuh- bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.
Hujah ayat: Allah SWT melarang manusia membunuh diri sendiri dan orang lain antaranya dengan mengasak seseorang sehingga membawa kepada kematian atau kecederaan.
Firman Allah Ta'ala ayat 15 1 surah al-An'am:
Mahudnya : Katakanlah: "Marilah, supaya Aku bacakan apa Yang telah diharamkan oleh Itrhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dun hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dun janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dun janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina)
-
yang terang daripadanya dun yang tersembunyi; dun janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak bang dibenarkan oleh @arak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.Hujah ayat: Allah SWT mengharamkan perbuatan membunuh melainkan dengan hak yang ditetapkan oleh syarak seperti Qisas dan seumpamanya.
18 D i s k u s i S y a r i a h d o n U n d a n g - U n d a n g S i r i 4
Daripada Abi Said al-Khudri sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
Jangan lakukun kemudharatan pada diri sendiri atau kepada orang lain
Hujah daripada hadis: Diharamkan ke atas orang Islam menyakiti orang lain atau membalas mudharat dengan kemudharatan yang sama atau lebih tanpa keizinan syarak dan perkara ini mungkin berlaku di dalam pertandingan ini.
KESAN
MENGAKIBATKANKECEDERAAN DAN KEMUDHARATAN
Tidak syak lagi bahawa mana-mana pemain yang mengakibatkan kecederaan dan kematian terhadap pihak lawan ataupun meletakkan dirinya dalam keadaan yang boleh menyebabkan kebinasaaan dan kemudharatan, adalah berdosa sekiranya perbuatan itu disengajakan kerana melakukan kesalahan yang dilarang oleh Allah.
Manakala sesiapa yang melakukan kesalahan itu tanpa niat dan darurat dan jarang berlaku dalam permainan, maka hukumnya tidak berdosa kerana tidak ada niat dan secara tidak sengaja melak~kannya.~
Sesiapa yang sengaja meletakkan dirinya dalam kebinasaan d m kemudharatan, maka hendaklah pemerintah yang bertangungjawab menjatuhkan hukuman mengikut kesalahan yang dilakukan. Pada kebiasaannya orang yang melakukan kesalahan ini dijatuhkan hukuman ta'zir iaitu hukuman yang seimbang dengan kesalahannya atas tujuan untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengikut apa yang dilakukannya seperti denda atau penjara dan seumpamanya.
Sekiranya peraturan pertandingan tersebut membenarkan pemain melakukan kecederaan pada pihak lawan sehingga mengakibatkan kematian, sebahagian ulama berpendapat wajib dijatuhkan hukuman ke atasnya samada qisas, diat atau seumpamanya, manakala sebahagian ulama berpendapat tidak wajib
i
menjatuhkan hukuman qisas, diat atau seumpamanya. Sekiranya kesalahan itu : mengakibatkan kecederaan seperti kehilangan anggota atau hilang manfaat anggota seperti pekak tetapi masih kekal telinga, kebanyakan ulama berpendapat tidak dijatuhkan hukuman terhadapnya kerana peraturan permainan membenarkannya termasuk pemain tersebut setuju dengan syarat permainan.
Tetapi sekiranya peraturan permainan tidak membenarkan pemain melakukan perbuatan melampui batas yang telah ditetapkan, maka ketika ini sesiapa yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman mengikut kesalahan
I
yang dilakukan, samada diqisas disebabkan mengakibatkan kematian, atau
8 al-Baihaqi Ahmad Hush 'Aii. 1994. S u m al-Bqkqi uf-Kubm. MMclrah: Ualdabah Dar al-Bez. Jil. 6 hlm. 69
9 LALi Hush Amin Yunus. 2003. al-Mab al-R&&wh Ahkamha wa hvabi&fi Fiqh al-lslmnjy. him. 399
S y a r i a h a n d L a w D i s c o u r s e I s s u e 4 19 dikehendaki membayar diat atau pampasan kewangan terhadap pihak lawan sekiranya merosakkan anggota badan atau menghilangkan manfaat anggota atau disebabkan kecederaan itu memerlukan pembedahan dan pembelian ubat-ubatan dan rawatan berterusan, ada kemungkinan juga hukuman itu selain daripada yang atas mengikut pandangan hakim dan keadaan pihak berkenaan. Tetapi sekiranya kesalahan itu tidak disengajakan, sekurang-kurangnya diberi pampasan kepada Pihak berkenaan atau kepada keluarganya sekiranya mengakibatkan kematian samada pemain itu sendiri membayar diat ataupun kelabnya.1°
Ibn Qayyim ada menjelaskan bahawa di antara peraturan dalam permainan
*tau pertandingan sukan hendaklah tidak berkelakuan ganas dan kasar seperti rnencederakan atau melukakan pihak lawan kerana ia bertentangan dengan rnatlamat dan tujuan sukan menurut syarak."
I(ESALAHAN PERMAINAN SUKAN DARI ASPEK PERUNDANGAN lWUAYSIA
peruntukkan kesalahan jenayah yang mengakibatkan kematian dan kecederaan di peruntukan dalam Kanun Keseksaan F.M.S Cap 45.
Menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bagi kesalahan yang boleh rnengakibatkan kematian dengan niat, ia memperuntukan, jika terbukti akan kesalahannya pesalah boleh dikenakan hukuman mati. Manakala kesalahan yang boleh mengakibatkan kematian dengan sebab kecuaian, pesalah boleh dihukum Penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Manakala Seksyen 323 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan, bagi kesalahan yang boleh mencederakan seseorang yang dilakukan dengan niat atau dengan pengetahuannya dimana perbuatan tersebut boleh mencederakan seseorang, p a l a h boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun atau denda sehingga RM 2000 atau kedua-duanya sekali.
pembelaan bagi Pesalah
Bab 4 Pengecualian Umum Kanun Keseksaan memperuntukkan pesalah boleh rnenggunakan pembelaan kemalangan jika kecederaan atau kematian yang berlaku itu disebabkan kemalangan atau tidak bernasib baik dan tanpa adanya pengetahuan serta niat dipihak pelaku untuk melakukan jenayah tersebut. (Seksyen 80 Kanun Keseksaan)
zAli Hwin Amin Yunus. 2003.01-Arab 01-R&ad&oh A h h u h wo Dmobittuhafi Fiqh ol-hIm&. & 40
11 Ibn Qayyim Sbamsudin Abi Abdillah Muhammad bin Abu Bakar, n.d. I'lm 01-Mwoqq'iin on h b al-qolmin. Mesir:
al-Tiba'ah al-M*yah. him. 29
20 D i s k u s i S y a r i a h d u n U n d a n g - U n d a n g S i r i 4
Seksyen 87 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan perbuatan yang dilakukan dengan tiada niat yang mengakibatkan kematian atau kecederaan teruk dimana kerelaan kedua-dua pihak telah diberi, maka pihak pesalah boleh menggunakan dalihan kerelaan sebagai satu pembelaan.
Contohnya dalam kes billing hurt^'^ dalam kes ini diputuskan bahawa pemain ragbi telah bersetuju untuk memberikan kerelaan dan bersedia menanggung risiko terhadap terhadap kekasaran yang berlaku dalam permainan (bagi pesalah yang berumur 18 tahun ke atas).
KESALAHAN PERMAINAN SUKAN DARI ASPEK PERUNDANGAN ANTARABANGSA
Secara umumnya, setiap negara mempunyai undang-undang yang berbeza yang berkaitan dengan kesalahan kecederaan dalam permainan sukan. Sebahagian negara mengangapnya sebagai perbuatan yang dibenarkan dalam permainan seperti sebahagian wilayah di Amerika Syarikat, England, Itali, Perancis, Jerman dan Mesir. Manakala sebahagian negara berpendapat kesalahan yang berlaku dalam permainan sukan seperti mencederakan dan mengakibatkan kematian mana-maria pemain adalah satu perbuatan jenayah seperti di negeri di Amerika syarikat.13
Namun begitu, terdapat perbezaan undang-undang dari segi sebab tidak dikenakan hukuman terhadap kesalahan kecederaan yang dilakukan ke atas mana- mana pemain. Sebahagian negara mengatakan bahawa pemain yang melakukan kesalahan tersebut tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah, maka pemain berkenaan tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebahagian negara lain pula mengatakan bahawa itu adalah kerelaan pemain lawan, apabila mereka bertanding maka secara tidak langsung mereka mengetahui bahawa mereka akan menghadapi kemungkinan dicederakan dan seumpamanya. Manakala sebahagian yang lain pula mengatakan bahawa negara menggangap permainan sukan adalah satu bentuk pertandingan yang diharuskan dan digalakkan, sesiapa sahaja yang terlibat dalam aktiviti ini adalah hak mereka dan mereka tidak bertangungjawab dalam
apa-spa
yang berlaku ke atas dirinya atau orang lain.I4
S y a r i a h a n d L a w D i s c o u r s e I s s u e 4 21
Kesimpulannya, secara umumnya Islam ada menerangkan dan menjelaskan tentang hukuman yang dikenakan terhadap pesalah yang dilakukan dalam permainan sukan. Walau bagaimanpun segala hukuman yang akan dikenakan perlu melihat sejauh mana kesalahan yang telah dilakukan samada sengaja ataupun tidak dengan mengambil kira kerelaan pemain terhadap peraturan permainan yang telah dipersetujui sebelum satu-satu pertandingan itu berlangsung.
Dari aspek perundangan di Malaysia pula, kesalahan yang dilakukan oleh para pemain samada mengakibatkan kecederaan dan kematian pihak lawan tidak diperuntukkan dalam enakmen undang-undang jenayah syariah tetapi hanya diperuntukkan dalam undang-undang sivil Kanun Keseksaaan Malaysia.
penerangan tentang perkara ini secara langsung telah memberi panduan kepada para pemain sekiranya menghadapi situasi ini disamping mengetahui saluran dan hak-hak mereka.
Secara dasar, kebanyakan pertandingan yang berisiko tinggi di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa mewajibkan para pemain mengambil insuran bagi melindungi diri mereka sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Walau bagaimanapun kewajipan ini tidak secara menyeluruh dan hanya melibatkan pertandingan tertentu sahaja. Di sini adalah dicadangkan agar pihak penganjur dan pihak yang berkenaan perlu meluaskan lagi pengambilan insuran ini samada dari peringkat terendah hingga tertinggi demi menjamin perlindungan hak setiap pemain dan masa depan mereka.
D i s k u s i S y o r i o h d o n U n d o n g - U n d o n g S i r i 4
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
"Abdul Qadir al-"Audah. 1994. al-Tmri ' al-Jinaiy al-Islami. Beirut: Mu'assasah al- Risalah.
Ahmad Hibah. 1985. Mujaz Ahkum al-Shar 'iah al-Islamiah$ al-Tarim wa al- 'Iqab.
Kaherah: 'Alam al-Kutub.
Al-Bayhaqi, Ahmad Hush "Ali. 1994. Sunan al-Bayhaqi al-Kubra. Mekah: Maktabah Dar al-Baz.
Al-Nawawi, Yahya Sharaf al-Din. Sahih Muslim. Beirut: Muasasah Manahil al-
"Urfan.
Al-Tirmidhiyy, Muhammad bin 'Isa. n.d. Sunan al-Ermidhijy. Beirut: Dar Ihya al- Turath al-Arabiy.
Ibn Qayyim, Sharnsudin Abi Abdillah Muhammad bin Abu Bakar. n.d. I'lam al- Muwaqq'iin an Rub al-'Alamin. Mesir: Idarah al-Tiba7ah al-Muniriyah.
"Ali Hush Amin Yunus. 2003. al-AEab al-Riyadjyah Ahkumuha wa ~ a w a b i t t u h a j Fiqh al-Islamiw. Jordan: Dar al-Nafais.
Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Molly Cheang. 1990. Criminal Law of Malaysia and Singapore Principles oj'Liability.
Kuala Lumpur: Personal Law Books Publishers.
Paizah Haji Ismail. 199 1. Undang-undang Jenayah Islam. Selangor: Dewan Pustaka Islam.
Penal Code. Laws of Malaysia.