• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Ibu Bapa Terhadap Pelaksanaan Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG) Kepada Kanak-Kanak Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Yang Mengalami Masalah Pertuturan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Persepsi Ibu Bapa Terhadap Pelaksanaan Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG) Kepada Kanak-Kanak Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Yang Mengalami Masalah Pertuturan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Persepsi Ibu Bapa Terhadap Pelaksanaan Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG) Kepada Kanak-Kanak Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Yang Mengalami

Masalah Pertuturan

(Parents' Perceptions of the Implementation of the Picture Exchange Communication System (SKPG) for Children with Special

Educational Needs (SED) Who Have Speech Problems)

Low Macie1*, Manisah Mohd Ali1*

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: p111192@siswa.ukm.edu.my , drmanisah.ma@gmail.com

Received: 30 March 2023 | Accepted: 10 May 2023 | Published: 1 June 2023 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.5

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Persepsi ibu bapa mengenai pelaksanaan Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG) amat penting dalam mempengaruhi keberkesanan meningkatkan kemahiran pertuturan kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan ibu bapa, tahap jangkaan ibu bapa serta hubungan antara kedua-dua pembolehubah ini dalam melaksanakan SKPG. Kajian berbentuk tinjauan telah dijalankan terhadap 174 orang ibu bapa yang mengamalkan SKPG dengan anak mereka di negeri Perak. Responden kajian dipilih melalui teknik persampelan bertujuan diikuti dengan persampelan bola salji. Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik berskala likert di Google Form.

Analisis deskriptif telah dijalankan dengan merangkumi kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian telah menunjukkan tahap pengetahuan ibu bapa (min = 4.47, SP = 0.712) dan tahap jangkaan ibu bapa (min = 4.24, SP = 0.92) berada pada tahap yang tinggi. Analisis data menggunakan ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang sederhana kuat antara tahap pengetahuan ibu bapa dengan tahap jangkaan ibu bapa terhadap pelaksanaan SKPG [r (172) = 0.49, p <0.05]. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pengetahuan ibu bapa terhadap SKPG, semakin tinggi tahap jangkaan ibu bapa terhadap SKPG. Dapatan ini dapat mengukuhkan kerjasama antara pihak berkepentingan serta meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak berdasarkan faktor-faktor yang dikemukakan.

Kata kunci: persepsi ibu bapa; Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG); masalah pertuturan; pendidikan khas

Abstract: Parents’ perception towards the implementation of Picture Exchange Communication System (PECS) plays an important role to allow improvement in a child’s speech. This study aims to investigate the knowledge of parents on PECS, expectations of parents on PECS and the relationship between these two variables. This survey study is carried towards 174 parents that implement PECS towards their children in Perak. Sampling technique of this study is purposive sampling followed by snow ball sampling. Data is collected through a Likert scaled survey via Google Form. Data collected is analyzed with descriptive analysis and Pearson correlation test. The results shown that parents’ knowledge are at high level

(2)

(mean = 4.47, SD = 0.712) so does the level of parents’ expectation (mean = 4.24, SD = 0.92).

This shows a significant moderately strong relationship between the two variables stated [r (172) = 0.49, p <0.05]. This study allows to strengthen the bond between concerned parties so that they can find a way to improve the involvement of parents in children education based on the factors found in this study.

Keywords: perception; Picture Exchange Communication System (PECS); speech deficiency;

special education

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Untuk memastikan Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG) dilaksanakan secara berkesan, kerjasama ibu bapa merupakan kunci kejayaan seseorang anak (Amir & Mohd Mokhtar 2022). Namun, dapatan kajian Doak (2021) menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa kurang berinisiatif dalam mengaplikasikan pendekatan SKPG di rumah walaupun bahan-bahan telah disediakan. Hakikatnya, penglibatan ibu bapa amat digalakkan dalam melaksanakan SKPG supaya pelaksanaan SKPG tidak hanya terhad di sekolah mahupun pusat terapi, malah turut dapat dijalankan di dalam rumah (Flink et al. 2019). Hal ini demikian kerana kanak-kanak mengalami kesukaran dalam pertuturan yang menggunakan SKPG di sekolah tidak semestinya menggunakan SKPG di rumah (Alyssa 2021). Memandangkan kaedah SKPG berasaskan teori behaviouris, tingkah laku kanak-kanak dibentuk melalui pengulangan. Apabila kanak-kanak tersebut telah biasa dengan pelaksanaan SKPG yang statik, mereka secara semula jadinya mempunyai limitasi di mana SKPG hanya akan digunakan di lokasi tertentu dan terhadap individu tertentu sahaja (Alsyaedhassan, Banda & Griffin-Shirley 2020).

Kajian menunjukkan SKPG kerap dijalankan oleh guru dan ahli pakar berbanding dengan ibu bapa (Doak 2021; Nurul Aina & Aliza 2018; Susheel, Zhi Zhi & Rahayu 2020; Azam et al.

2021; Amina et al. 2021). Alsayedhassan dan rakannya (2020) telah mencadangkan kajian- kajian mengenai efikasi latihan ibu bapa terhadap SKPG boleh dijalankan untuk menilai kesan tahap pengetahuan ibu bapa terhadap peningkatan kemahiran komunikasi dalam kalangan kanak-kanak masalah pertuturan. Ibu bapa yang dilatih untuk melaksanakan SKPG di rumah akan membolehkan impak positif SKPG dalam meningkatkan kemahiran komunikasi kanak- kanak mengalami kesukaran dalam pertuturan dikekalkan untuk jangka masa yang lebih panjang. Namun, dapatan kajian Alyssa (2021) menunjukkan bahawa ibu bapa yang telah memperoleh kemahiran melaksanakan SKPG di tempat latihan, tidak mendemonstrasikan semua kemahiran SKPG dengan tepat semasa sesi susulan. Dalam konteks ini, pengetahuan ibu bapa terhadap pelaksanaan SKPG merupakan salah satu isu yang perlu ditinjau secara lebih teliti.

Hanya 20 peratus kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah pertuturan telah menerima intervensi awal pada umur bersekolah (Lindee et al. 2020). Sebagaimana yang kita tahu, semakin awal masalah dikesan, semakin kurang masalah lanjutan berlaku. Fenomena ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran ibu bapa adalah rendah kerana tidak menyedari kepentingan menerima intervensi awal untuk mengatasi masalah pertuturan. Selain itu, terdapat segolongan ibu bapa meletakkan jangkaan rendah terhadap sistem Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (KAA) dan berpendapat bahawa pelaksanaan KAA akan melambatkan perkembangan pertuturan atau bahasa anak mereka (Walters, Sevcik & Romski 2021). Persepsi masyarakat yang salah ini telah menjadi salah satu punca ibu bapa kurang aktif melibatkan diri dalam pelaksanaan SKPG.

(3)

Sebagaimana yang kita tahu, setiap individu adalah unik dan mempunyai anggapan, fahaman atau tafsiran yang tersendiri. Hal ini demikian kerana persepsi mempunyai perkaitan rapat dengan pengalaman lampau dan pengetahuan sedia ada seseorang individu (Gelder & Solanas 2021). Sikap, emosi, motivasi, konsep kendiri, minat, struktur kognitif dan jangkaan merupakan faktor-faktor yang akan mempengaruhi persepsi seseorang individu (Thiruvenkatraj & Ramya 2017). Dalam konteks ini, persepsi ibu bapa adalah penting untuk memahami keputusan dan tindakan yang diambil dalam memperkembangkan kebolehan anak mereka kerana pembentukan anak melalui didikan banyak bergantung kepada ibu bapa (Leijten et al. 2018). Terdapat segolongan ibu bapa mempunyai persepsi negatif terhadap KAA dengan meletakkan jangkaan yang rendah terhadap keberkesanan KAA serta berpendapat bahawa pelaksanaan KAA akan melambatkan perkembangan pertuturan atau bahasa anak mereka (Walters, Sevcik & Romski 2021). Dapatan kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian Susheel, Zhi Zhi dan Rahayu (2020) yang menyatakan bahawa terdapat segelintir ibu bapa tidak ingin menggunakan SKPG kerana khuatir ia akan mengehadkan proses pertuturan anak mereka. Untuk memboleh para pengkaji lebih mengenali persepsi ibu bapa Malaysia supaya mampu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan SKPG, objektif kajian ini adalah untuk

i. mengenal pasti tahap pengetahuan ibu bapa terhadap kaedah Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG)

ii. mengenal pasti tahap jangkaan ibu bapa dalam pelaksanaan Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG) terhadap Kanak-kanak Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pertuturan

iii. mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap jangkaan ibu bapa dalam pelaksanaan Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG) terhadap Kanak-kanak Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masalah pertuturan

Persepsi Ibu Bapa Terhadap Pelaksanaan Sistem Komunikasi Pertukaran Gambar (SKPG)

Untuk memastikan peningkatan kemahiran komunikasi kanak-kanak berkeperluan khas melalui kaedah SKPG adalah secara berterusan, ia perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya di dalam rumah (Doak 2021; Jurgens & Moore 2018). Salah satu protokol adalah untuk memperbanyakan peluang komunikasi seharian supaya kanak-kanak dapat mempraktikkan dan memperkembangkan kemahiran komunikasi (Jurgens & Moore 2018). Maka, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mempraktikkan SKPG di rumah supaya kanak-kanak mampu membiasakan diri dengan penggunaan SKPG sebagai rutin seharian. Penglibatan ahli keluarga yang aktif dalam proses perkhidmatan konsultasi dan bimbingan mampu meningkatkan keberkesanan SKPG (Biggs et al. 2021) malah ibu bapa dapat memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan mengenai cara berkomunikasi dengan anak (Flink et al. 2022). Frost dan Bondy telah menyatakan bahawa ibu bapa yang terlatih untuk mengaplikasikan SKPG terhadap kanak-kanak membantu dalam mengeneralisasi kemahiran komunikasi pengguna SKPG dan meningkatkan kefungsian sistem komunikasi (Alyssa 2021). Hujah ini diteguhkan lagi dengan dapatan kajian Alsayedhassan, Banda dan Griffin-Shirley (2020) di mana ibu bapa yang menerima latihan SKPG yang mantap berupaya untuk melatih anak mereka menggunakan pendekatan SKPG secara berdikari.

Dalam dapatan kajian Olivatti et al. (2021) menunjukkan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas menunjukkan peningkatkan kemahiran komunikasi yang lebih ketara bagi ibu bapa yang melibatkan diri secara aktif dalam pelaksanaan SKPG berbanding dengan ibu bapa yang kurang aktif. Dapatan kajian Flink et al. (2022) juga menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam intervensi mendatangkan perubahan yang ketara dari segi cara komunikasi kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mempunyai sokongan ibu bapa akan lebih bertindak respons kepada isi

(4)

kandungan yang disampaikan (Olivatti et al. 2021; Ferreira et al. 2021). Walau bagaimanapun, bukan setiap ibu bapa berupaya untuk memberi komitmen padu dalam melaksanakan SKPG.

Terdapat responden dalam kajian Azman (2020) yang menyatakan bahawa SKPG sukar dijalankan di rumah kerana kebanyakan bahan bantuan belajar SKPG hanya terdapat di sekolah. Memandangkan ibu bapa zaman kini sibuk bekerja (Zamri Mahamod, Rahmat &

Mohd Fekri 2020) dan tiada masa berlebihan untuk bekerjasama dengan pihak sekolah ((Mohamaed Salleh & Rosli 2019; Hornby & Blackwell 2018), mereka berpendapat bahawa terus memberi barang yang dikehendaki kepada anak khas mereka adalah lebih senang dan cepat berbanding dengan penggunaan KAA (Susheel, Zhi Zhi & Rahayu 2020).

Dari aspek tahap kesedaran ibu bapa, terdapat segolongan masyarakat yang menunjukkan tahap yang rendah mengenai kepentingan pelaksanaan SKPG dalam meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam dapatan kajian Doak (2021) telah menunjukkan bahawa ibu bapa kurang berinisiatif dalam mengaplikasikan pendekatan SKPG di rumah walaupun ahli keluarga menyedari penggunaan SKPG di sekolah terhadap anak yang mempunyai masalah pertuturan. Tambahan pula, bahan-bahan seperti kad symbol yang mengandungi item-item bertema makanan dan minuman telah pun disediakan. Pada pandangan mereka, mereka tetap mampu memahami mesej yang ingin disampaikan oleh anak mereka tanpa banuan KAA (Susheel, Zhi Zhi & Rahayu 2020). Dalam konteks ini, SKPG tidak menunjukkan peranan yang mustahak dalam proses komunikasi di sesebuah keluarga yang mempunyai individu bermasalah pertuturan. Terdapat segelintir ibu bapa tidak ingin menggunakan KAA kerana khuatir ia akan mengehadkan proses pertuturan anak mereka (Susheel, Zhi Zhi & Rahayu 2020) malah tidak yakin terhadap keberkesanan SKPG (Safi et al.

2022). Ini merupakan salah faham yang dihadapi oleh ibu bapa terhadap KAA dan seterusnya akan mempengaruhi kebolehterimaan mereka terhadap kaedah KAA.

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang dikaji, negara yang menjalankan SKPG secara berkesan merupakan negara-negara yang maju berkembang (Jurgens, Anderson & Moore 2018; Pierson

& Hanz 2019) dan sebaliknya bagi negara yang kurang atau sedang maju pula menghadapi kekangan yang berlainan (Dafiah, Krishnendu & Vineetha 2020; Susheel, Zhi Zhi & Rahayu 2020; Moorcroft, Scarinci & Meyer 2018). Fenomena ini boleh dikaitkan dengan aspek tahap pendidikan masyarakat. Dapatan kajian Alsayedhassan dan rakan-rakannya (2019) menunjukkan bahawa ibu bapa yang lebih bekerjasama dalam melaksanakan kaedah SKPG merupakan golongan yang berpendidikan tinggi dan golongan yang berpendapatan tinggi.

Selain itu, menurut kajian yang dijalankan oleh Flink et al. (2022), ibu bapa yang sudi menyertai kursus KAA merupakan mereka yang berpendidikan tinggi dan berkemampuan dari segi kewangan. Mereka juga turut memberi maklum balas yang positif selepas penyertaan kursus kerana dapat memperoleh pengetahuan mengenai KAA, dapat meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan anak serta jelas tentang keberkesanan dan pelaksanaan KAA.

2. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Kajian tinjauan amat luas digunakan dalam bidang sains sosial mahupun bidang penyelidikan (Hochbein & Smeaton 2018). Kekuatan kajian tinjauan ialah ia dapat memperoleh maklumat daripada responden yang berjumlah besar (Creswell 2012) kerana kajian ini dijalankan ke atas sampel dalam satu populasi. Populasi kajian dipilih daripada golongan ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas masalah pertuturan serta sedang menjalani program SKPG di sekolah ataupun di pusat terapi sekurang-kurangnya 3 bulan dan ke atas. Kriteria-kriteria sampel telah

(5)

ditetapkan melalui rujukan kajian lepas daripada Alsayedhassan et al. (2019) dan Laubscher (2022) iaitu:

i. Ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas masalah pertuturan

ii. Ibu bapa yang anaknya menjalankan kaedah SKPG sekurang-kurangnya 3 bulan dan ke atas.

iii. Ibu bapa yang tinggal di negeri Perak

iv. Ibu bapa yang mempunyai capaian internet untuk mengisi borang soal selidik atas talian

Dalam kajian ini, persampelan bertujuan telah digunakan untuk memperoleh sampel kajian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan diikuti dengan penggunaan persampelan bola salji untuk memperbanyak bilangan sampel kajian. Persampelan bola salji ini menggunakan analogi kepada bola salji, di mana ia bermula dari kecil tetapi menjadi lebih besar semasa kita menggulungnya (Neuman 2014). Dalam persampelan bola salji, sampel kajian diminta untuk mencadangkan individu yang sesuai untuk menyertai kajian ini supaya dapat meningkatkan bilangan saiz sampel (Creswell 2012). Seramai 174 orang responden yang berasal dari negeri Perak, Malaysia telah menyertai kajian ini.

Instrumen Kajian

Instrumen soal selidik yang dibina merupakan adaptasi daripada kajian Alsayedhassan et al.

(2019), Nurul Ain & Khairul Farhah (2022) dan Amir & Mohd Mokhtar (2022). Setiap item pada soal selidik kemudiannya diubahsuaikan berdasarkan keperluan objektif kajian. Item soal selidik ini disediakan dalam bahasa Melayu memandangkan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (Demografi peserta), Bahagian B (Pengetahuan) dan Bahagian C (Jangkaan). Pada bahagian demografi peserta, maklumat asas seperti umur, status pekerjaan, tahap pendidikan dan sosioekonomi telah diperoleh. Item dalam instrument soal selidik telah menjalani kesahan pakar, kesahan muka dan kesahan bahasa untuk meningkatkan kebolehpercayaan dapatan kajian ini. Jumlah keseluruhan item adalah sebanyak 28 item dan kesemuanya adalah berbentuk skala Likert 5 markah di mana skor 1 bermaksud sangat tidak bersetuju dan skor 5 bermaksud sangat bersetuju. Bagi kesahan pakar, 5 orang ahli terapi pertuturan yang pakar dalam SKPG telah diminta untuk menilai kesahan kandungan. Indeks kesahan kandungan bagi lima orang pakar menunjukkan nilai kritikal 0.99. Bagi proses kesahan muka, borang soal selidik telah dihantar kepada 20 orang ahli terapi pertuturan, guru dan ibu bapa yang mengaplikasikan kaedah SKPG untuk memastikan kejelasan item yang dikemukakan, kesesuaian masa menjawab serta kesesuaian item yang diukur. Kesahan Bahasa pula dilakukan bersama guru Bahasa Melayu di sekolah untuk memastikan penggunaan Bahasa adalah tepat dan mudah difahami oleh orang awam. Kajian rintis juga dijalankan sebelum kajian sebenar dijalankan dengan memilih seramai 10 orang ibu bapa secara rawak untuk menjadi responden. Nilai Cronbach alpha yang didapati adalah 0.81 di mana ia dikategorikan sebagai baik. Untuk mengelakkan masalah pencemaran kajian rintis (contamination of pilot study), responden dalam kajian rintis tidak akan dipilih untuk menjadi responden pada kajian sebenar.

Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data

Instrumen ini telah menggunakan reversed-score untuk meningkatkan kebolehpercayaan jawapan yang diisi oleh sampel kajian. Tiga bahagian instrumen soalan selidik telah dipersembahkan dalam Jadual 1.

(6)

Jadual 1: Instrumen kajian

Bahagian Konstruk Bilangan item

A Maklumat Demografi 10

B Aspek Pengetahuan Ibu Bapa 10

C Aspek Jangkaan Ibu bapa 8

Instrumen soal selidik diedarkan dalam bentuk pautan kepada ibu bapa secara atas talian yang akan menghubung ke aplikasi Google Form. Pilihan Google Form juga mampu mengurangkan kekangan yang dihadapi oleh sampel kajian dalam mengisi soalan soal selidik kerana ia amat mudah diguna. Penggunaan soal selidik berbentuk elektronik juga memberi banyak manfaat dari segi menjimatkan masa, mengurangkan kos dan tiada batasan lokasi (Creswell 2012).

Sebelum mula mengisi soal selidik, sampel kajian akan dimaklumkan secara jelas bahawa sebarang maklumat yang diperoleh melalui borang ini adalah sulit untuk kegunaan analisis kajian sahaja serta tidak akan tersebar. Langkah ini mampu meningkatkan keyakinan sampel supaya dapat menjawab secara jujur dan ikhlas. Walapun masa cadangan adalah sebanyak 10 minit hingga 15 minit, namun tiada had masa kepada sampel untuk menjawab. Hal ini demikian kerana tempoh masa bagi setiap individu untuk berfikir mahupun membuat refleksi kendiri adalah berlainan. Untuk memastikan sampel kajian jelas terhadap kehendak setiap item, nombor telefon pengkaji juga telah disertakan supaya sampel dapat berhubung dengan pengkaji jika menghadapi sebarang kekeliruan dalam proses menjawab soal selidik. Dengan ini, ralat yang dilakukan atas sebab kesalahfaham mengenai item-item dalam soal selidik dapat dielakkan.

Kajian ini melibatkan analisis deskriptif untuk merumuskan ciri-ciri demografi ibu bapa dan respons mereka terhadap item-item dalam soal selidik. Analisis data dalam kajian ini merangkumi kekerapan, peratusan dan min. Min bagi tahap pengetahuan dan tahap jangkaan ibu bapa diintepretasi melalui tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi.

Jadual 2 menunjukkan interpretasi tahap min bagi pengetahuan dan jangkaan ibu bapa.

Jadual 2: Interpretasi min bagi pengetahuan dan jangkaan ibu bapa Sumber: Wierson (1995)

Skor min Tahap

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

Selepas min bagi tahap pengetahuan dan tahap jangkaan ibu bapa dikira, perbandingan ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara tahap pengetahuan dan jangkaan ibu bapa terhadap pelaksanaan SKPG.

3. Dapatan

Tahap Pengetahuan Ibu Bapa

Bagi bahagian B iaitu tahap pengetahuan ibu bapa, sebanyak 10 item telah disoalkan. Setiap item telah dipersembahkan dalam jadual 3. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan data yang diperoleh, item ke-6, ke-9 dan ke-10 merupakan soalan bersifat negatif (score-reversed).

(7)

Jadual 3: Bilangan responden yang menjawab pada bahagian tahap pengetahuan ibu bapa

BIL TAHAP PENGETAHUAN

N (%) 1

Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Kurang

Setuju

4 Setuju

5 Sangat Setuju

B1

Saya melaksanakan SKPG di rumah untuk berkomunikasi dengan anak

saya.

0 (0)

0

(0) 5 (2.9) 21 (12.1) 148 (85)

B2

Saya mewujudkan senarai berkaitan tentang minat (aktiviti, permainan,

makanan) anak saya

0

(0) 3 (1.7) 19 (10.9) 16 (9.2) 136 (78.2)

B3

SKPG merupakan salah satu kaedah dalam KAA untuk meningkatkan

kemahiran komunikasi individu bermasalah pertuturan.

0 (0)

0 (0)

1 (0.6)

5 (2.9)

168 (96.5)

B4

Saya menggunakan buku komunikasi di rumah dengan bantuan simbol dan gambar yang

bersesuaian.

0 (0)

1 (0.6)

7 (4.0)

29 (16.7)

137 (78.7)

B5

Saya kerap berhubung dengan pihak sekolah/ ahli terapi pertuturan untuk mengemas kini perkembangan tahap

komunikasi anak saya.

0 (0)

2 (1.2)

8 (4.6)

31 (17.8)

133 (76.4)

B6 Anak saya hanya melaksanakan SKPG semasa sesi terapi dijalankan.

122 (70.1)

45 (25.9)

3 (1.7)

4 (2.3)

0 (0) B7

Saya memerlukan latihan/ kursus mengenai pelaksanaan SKPG

terhadap anak saya.

22 (12.6)

38 (21.8)

25 (14.5)

35 (20.1)

54 (31.0)

B8

Saya dapat berinteraksi secara lebih kerap dengan anak melalui

penggunaan SKPG.

0 (0)

2 (1.1)

10 (5.7)

35 (20.2)

127 (73.0) B9 Saya tidak tahu SKPG mempunyai 6

fasa pelaksanaan.

146 (83.9)

9 (5.2)

4 (2.3)

14 (8.0)

1 (0.6) B10

Penggunaan SKPG telah mengambil masa yang panjang dan menjejaskan

kerja saya.

22 (12.6)

75 (43.1)

57 (32.8)

17 (9.8)

3 (1.7)

Pada bahagian tahap pengetahuan ibu bapa, hasil dapatan data telah menunjukkan bahawa responden kajian kerap melaksanakan SKPG di rumah untuk berkomunikasi dengan anak mereka (M=4.82, SP=0.454). Responden kajian juga cenderung untuk mewujudkan senarai berkaitan tentang minat anak mereka (M=4.64, SP=0.746). Seterusnya, responden juga menunjukkan kesedaran yang tinggi tentang keupayaan SKPG dalam meningkatkan kemahiran komunikasi individu bermasalah pertuturan (M=4.96, SP=0.224). Responden juga menunjukkan kerjasama yang tinggi dalam mengaplikasikan buku komunikasi di rumah dengan bantuan symbol dan gambar yang bersesuaian (M=4.74, SP=0.558). Untuk mengemas kini perkembangan tahap komunikasi anak, responden kajian amat kerap berhubung dengan pihak berkenaan seperti sekolah ataupun ahli terapi pertuturan (M=4.70, SP=0.612). Bagi aspek pelaksanaan SKPG, responden menafikan bahawa anak mereka hanya melaksankan SKPG semasa sesi terapi dijalankan (M=4.64, SP=0.637). Responden kajian menunjukkan respons yang agak purata bagi keperluan latihan atau kursus mengenai pelaksanaan SKPG (M=3.36, SP=1.434). Melalui penggunaan SKPG, responden kajian memberi maklum balas di mana mereka berupaya untuk berinteraksi dengan anak secara lebih kerap (M=4.65, SP=0.643). Selain itu, responden kajian juga telah menafikan bahawa mereka tidak tahu SKPG mempunyai 6 fasa pelaksanaan (M=4.64, SP=0.913). Untuk persepsi di mana penggunaan SKPG mengambil masa yang panjang dan menjejaskan kerja responden, skor data

(8)

menunjukkan responden berada pada tahap sederhana (M=3.55, SP=0.896). Skor min keseluruhan item yang diperoleh untuk pengetahuan ibu bapa adalah sebanyak 4.47 (SP=0.712). Berdasarkan Jadual 2 yang menunjukkan interpretasi min, nilai ini telah terletak dalam lingkungan skor min antara 3.68 hingga 5 yang membawa maksud tahap pengetahuan ibu bapa adalah pada tahap tinggi.

4. Tahap Jangkaan Ibu Bapa

Untuk meninjau tahap jangkaan ibu bapa, sebanyak 8 item telah dikemukakan dalam soal selidik. Pada bahagian ini, terdapat juga item berbentuk negatif iaitu C3, C4, C5, C7 dan C8 supaya dapat memastikan kebolehpercayaan data yang dikumpul.

Jadual 4: Bilangan responden yang menjawab pada bahagian tahap jangkaan ibu bapa

BIL TAHAP JANGKAAN

N (%) 1

Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Kurang

Setuju

4 Setuju

5 Sangat Setuju C1 Kemahiran komunikasi anak saya

menunjukkan peningkatan.

0 (0)

7 (4.0)

15 (8.6)

45 (25.9)

107 (61.5) C2

Masalah sampingan (masalah emosi/ masalah tingkah laku) anak

saya telah mengurang.

0 (0)

8 (4.6)

25 (14.4)

39 (22.4)

102 (58.6)

C3

Kebolehan pertuturan anak saya secara verbal telah dihadkan

melalui SKPG

94 (54.0)

57 (32.8)

15 (8.6)

7 (4.0)

1 (0.6)

C4

Saya tidak nampak sebarang kemajuan atau perubahan anak

melalui SKPG

137 (78.7)

18 (10.3)

11 (6.3)

6 (3.5)

2 (1.2)

C5

Selain SKPG, saya ingin mencuba sistem KAA yang lain untuk

meningkatkan kemahiran komunikasi anak saya.

65 (37.3)

26 (14.9)

30 (17.2)

37 (21.3)

16 (9.3)

C6 Anak saya amat bergantung kepada SKPG dalam proses komunikasi.

0 (0)

15 (8.6)

22 (12.6)

57 (32.8)

80 (46.0) C7

Aktiviti seharian anak dapat berjalan dengan lancar tanpa

penggunaan SKPG.

67 (38.5)

71 (40.8)

17 (9.8)

17 (9.8)

2 (1.1) C8 Pelaksanaan SKPG memerlukan

kos yang tinggi.

85 (48.9)

82 (47.1)

5 (2.9)

2 (1.1)

0 (0)

Berdasarkan data yang dikumpul, responden memberi respons yang positif terhadap peningkatan kemahiran komunikasi anak (M=4.45, SP=0.815). Responden juga bersetuju bahawa masalah sampingan seperti masalah emosi atau masalah tingkah laku anak dapat dikurangkan melalui pelaksanaan SKPG (M=4.35, SP=0.892). Dapatan data menunjukkan responden menafi bahawa kebolehan pertuturan anak secara verbal telah dihadkan melalui SKPG (M=4.36, SP=0.846). Responden juga menolak hujah di mana tidak nampak sebarang kemajuan atau perubahan anak melalui SKPG (M=4.62, SP= 0.843). Untuk keinginan mencuba sistem KAA yang lain, responden menunjukkan persepsi tahap sederhana (M=3.5, SP=1.409).

Melalui persembahan data, anak responden menunjukkan kebergantungan yang tinggi kepada SKPG dalam proses komunikasi (M=4.16, SP=0.954). Responden juga menyatakan bahawa aktiviti seharian anak tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa penggunaan SKPG (M=4.05, SP=0.99). Seterusnya, responden berpendapat bahawa pelaksanaan SKPG hanya memerlukan kos yang rendah (M=4.44, SP=0.612). Skor min keseluruhan item yang diperoleh untuk

(9)

jangkaan ibu bapa adalah sebanyak 4.24 (SP=0.92) yang membawa maksud tahap jangkaan ibu bapa adalah pada tahap tinggi.

Hubungan Antara Pengetahuan Ibu Bapa Dan Jangkaan Ibu Bapa

Setelah memperoleh data mengenai tahap pengetahuan ibu bapa dan tahap jangkaan ibu bapa terhadap SKPG, ujian korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut.

Jadual 5: Korelasi antara tahap pengetahuan ibu bapa dan tahap jangkaan ibu bapa terhadap SKPG Tahap Pengetahuan

Ibu Bapa

Tahap Jangkaan Ibu Bapa

Tahap pengetahuan ibu bapa

Pearson Correlation 1 0.490**

Sig. (2-tailed) 0.000

N 174 174

Tahap jangkaan ibu bapa Pearson Correlation 0.490** 1

Sig. (2-tailed) 0.000

N 174 174

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed)

Untuk menilai saiz dan arah hubungan linear antara tahap pengetahuan ibu bapa terhadap SKPG dengan tahap jangkaan ibu bapa terhadap SKPG, pekali korelasi Pearson (r) dikira.

Kajian mendapati bahawa pekali korelasi Pearson menunjukkan wujudnya hubungan linear positif yang sederhana kuat dan signifikan antara tahap pengetahuan ibu bapa terhadap SKPG dengan tahap jangkaan ibu bapa terhadap SKPG [r (172) = 0.49, p <0.05]. Dalam kajian ini, nilai r = 0.49 bermaksud kekuatan berada pada tahap sederhana dan merupakan positif.

Memandangkan nilai r kira = 0.49 adalah lebih besar daripada r kritikal = 0.195, ini bermaksud hipotesis nul ditolak. Maka, wujud hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah yang dikemukakan. Daripada dapatan kajian ini, kesimpulan yang boleh dibina adalah bahawa semakin tinggi tahap pengetahuan ibu bapa terhadap SKPG, maka semakin tinggi tahap jangkaan ibu bapa terhadap SKPG.

Jadual 6: Kekuatan nilai r dalam korelasi Pearson

Nilai r korelasi Pearson Kekuatan Arah

Lebih daripada 0.5 Kuat Positif

Antara 0.3 hingga 0.5 Sederhana Positif

Antara 0 hingga 0.3 Lemah Positif

0 Tiada Tiada

Antara 0 hingga -0.3 Lemah Negatif

Antara -0.3 hingga -0.5 Sederhana Negatif

Kurang daripada -0.5 Kuat Negatif

5. Perbincangan

Persoalan kajian yang pertama menyoalkan apakah tahap pengetahuan ibu bapa terhadap kaedah SKPG. Hasil data kuantitatif yang dikumpul untuk kajian ini telah mengenal pasti bahawa tahap pengetahuan ibu bapa terhadap SKPG berada pada tahap tinggi dengan nilai min sebanyak 4.47. Dapatan kajian ini adalah bercanggah dengan dapatan yang dijalankan oleh Jensen de Lopez et al. (2021) di mana beliau mendapati tahap pengetahuan ibu bapa terhadap SKPG adalah rendah. Namun begitu, perbezaan dapatan ini berlaku adalah kerana demografi

(10)

responden yang berlainan. Sampel kajian Jensen bertuju kepada 10 pasang ibu bapa dari 10 negara yang berbeza manakala saiz kajian ini adalah seramai 174 orang responden yang tinggal di negeri Perak, Malaysia. Berdasarkan data yang dikumpul dalam kajian ini, kebanyakan responden menyedari kepentingan mempraktikkan SPKG di rumah untuk berkomunikasi dengan anak serta berupaya mewujudkan senarai berkaitan tentang minat anak. Pengamalan SKPG oleh ibu bapa dalam kehidupan seharian khususnya di rumah amat penting untuk memastikan peningkatan kemahiran komunikasi kanak-kanak (Doal 2021; Jurgens & Moore 2018). Responden kajian juga mengetahui SKPG merupakan salah satu kaedah dalam KAA untuk meningkatkan kemahiran komunikasi individu bermasalah pertuturan serta mempunyai 6 fasa pelaksanaan.

Di samping itu, responden kajian juga menunjukkan penglibatan yang aktif dalam berhubung dengan pihak berkenaan seperti pihak sekolah serta ahli terapi pertuturan untuk mengemas kini perkembangan tahap komunikasi anak. Ini merupakan petanda yang positif kerana proses komunikasi dengan pihak berkepentingan mampu meningkatkan keberkesanan SKPG (Biggs et al. 2021) serta meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai cara berkomunikasi dengan anak (Flink et al. 2022). Terdapat satu item pada bahagian tahap pengetahuan ibu bapa yang menyoalkan tentang keperluan latihan atau kursus mengenai pelaksanaan SKPG dan skor minnya adalah pada tahap sederhana iaitu 3.36. Dengan kata yang lain, responden berinisiatif mengharapakan lebih banyak input berkaitan dengan pelaksanaan SKPG supaya dapat membantu anak mereka meningkatkan keupayaan komunikasi. Sehubungan dengan ini, dapatan kajian yang menunjukkan ibu bapa dapat berinteraksi secara lebih kerap dengan anak melalui penggunaan SKPG. Ini adalah selaras dengan hujah Alyssa (2021) dan Alsayedhassan et al. (2020) yang merumuskan bahawa ibu bapa yang menerima latihan SKPG yang mantap mampu mengekalkan penggunaan SKPG dalam kehidupan seharian seterusnya meningkatkan kefungsian sistem komunikasi anak mereka. Di samping itu, responden menunjukkan pendapat yang berlainan mengenai pengambilan masa pelaksanaan SKPG dan seterusnya menjejaskan kerja mereka. Min yang diperoleh bagi aspek ini adalah 3.55 di mana ia berada pada tahap sederhana. Hasil ini dapat dijelaskan melalui faktor status pekerjaan ibu bapa kerana sebanyak 86.8% responden bekerja sepenuh masa.

Melalui penganalisisan data pada bahagian C dalam kajian ini, tahap jangkaan responden dalam pelaksanaan SKPG berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min sebanyak 4.24. Hujah ini disokong dengan kajian Olivatti et al (2021) dan Ferreira et al. (2021). Jangkaan ibu bapa yang tinggi dan bersifat positif membolehkan mereka melibatkan diri dengan lebih aktif dalam pelaksanaan SKPG lalu mendatangkan impak yang memberangsangkan. Namun, terdapat juga dapatan kajian-kajian lepas (Walters, Sevcik & Romski 2021; Safi et al. 2022) yang menunjukkan pandangan yang bertentangan di mana terdapat golongan ibu bapa yang meletakkan jangkaan yang rendah terhadap keberkesanan pelaksanaan SKPG dalam meningkatkan kemahiran komunikasi. Hal ini demikian kerana inisiatif ibu bapa dalam pelaksanaan SKPG adalah bergantung kepada kesedaran mereka mengenai kepentingan pelaksanaan SKPG dan kerjasama yang diberi kepada pihak sokongan seperti ahli pakar pertuturan serta pihak sekolah (Doak 2021). Responden dalam kajian ini menunjukkan kerjasama yang tinggi sepanjang proses pelaksanaan SKPG malah menunjukkan tahap sederhana dari aspek keinginan untuk mencuba system KAA yang lain kerana responden telah nampak keberhasilan SKPG.

Dari aspek pandangan ibu bapa, dapatan kajian Susheel, Zhi Zhi & Rahayu (2020) menunjukkan ibu bapa risau bahawa pelaksanaan SKPG akan mengehadkan proses pertuturan anak mereka. Hujah ini telah ditolak dalam kajian ini melalui pemperolehan min sebanyak 4.36

(11)

(SP=0.846) pada aspek responden menyatakan bahawa SKPG tidak mengehadkan kebolehan pertuturan anak secara verbal. Ini juga telah membuktikan ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan yang menyeluruh mengenai pelaksanaan SKPG kerana mereka beranggapan bahawa SKPG hanya bergantung pada pertukaran gambar sahaja tanpa melibatkan bimbingan vocal. Kerisauan ibu bapa ini secara tidak langsung akan menjejaskan waktu keemasan anak untuk meningkatkan kemahiran pertuturan anak. Menerusi data yang diperoleh, responden juga menunjukkan kebergantungan yang tinggi terhadap pelaksanaan SKPG dalam proses komunikasi dengan anak malah aktiviti seharian anak tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa penggunaan SKPG. Fenomena ini boleh ditafsirkan sebagai persepsi yang positif daripada ibu bapa melalui kesan peningkatkan kemahiran komunikasi setelah mengamalkan SKPG. Selain itu peningkatan kemahiran komunikasi, masalah sampingan seperti masalah emosi atau masalah tingkah laku juga telah dikurangkan melalui SKPG dan impak ini adalah selaras dengan kajian Walters, Sevcik & Romski (2021).

Dalam kajian ini, salah satu persoalan yang penting untuk dijawab adalah hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap jangkaan ibu bapa dalam pelaksanaan SKPG. Setelah data dianalisis, boleh dilihat bahawa terdapat hubungan linear positif yang sederhana kuat dan signifikan antara kedua-dua pembolehubah ini. Dapatan kajian ini disokong dengan kajian Alsayedhassan dan rakan-rakannya (2019) yang mendapati bahawa golongan ibu bapa yang berpendidikan tinggi lebih bekerjasama dalam melaksanakan SKPG. Ibu bapa yang berpengetahuan menyedari kepentingan melibatkan diri dalam pendidikan anak lalu sudi meningkatkan ilmu pengetahuan sendiri melalui kursus atau latihan. Walaupun tahap pengetahuan responden dalam kajian ini dikategorikan sebagai tahap tinggi, masih terdapat lebih daripada separuh ibu bapa (51.1%) ingin memahami pelaksanaan SKPG secara lebih mendalam. Usaha sebegini yang ada pada responden mungkin menjadi salah satu penyebab anak mereka menunjukkan peningkatan dalam pelaksanaan SKPG berpadu dengan jangkaan ibu bapa. Mereka dapat melihat kemajuan anak mereka yang ketara melalui SKPG (95.3%).

Fenomena ini juga dikukuhkan dengan dapatan kajian Azman (2020) yang menyatakan kekurangan ilmu pengetahuan ibu bapa dalam melaksanakan SKPG serta tahap jangkaan yang rendah (Lavin et ak. 2020) telah menjejaskan keberkesanan pelaksanaan SKPG khususnya di rumah. Terdapat ibu bapa berpendapat SKPG sukar dijalankan di rumah kerana kekurangan bahan bantuan (Azman 2020) malah meletakkan jangkaan dengan mengharapakan pihak sekolah dan pihak pusat terapi yang melaksanakan. Namun, seramai 95.4% responden kajian ini dapat melaksanakan SKPG di rumah dengan menggunakan buku komunikasi bantuan simbol dan gambar yang bersesuaian. Ketekalan ibu bapa dalam melaksanakan SKPG di rumah telah berjaya memajukan kebolehan anak mereka dari aspek komunikasi.

Salah satu faktor mempengaruhi tahap pengetahuan dan tahap jangkaan adalah disebabkan oleh faktor sosioekonomi (Li et al. 2020; Liu, Peng & Luo 2019). Dalam konteks ini, tahap sosioekonomi responden kajian ini berada pada sederhana tinggi di mana 71.9% responden berpendapatan lebih daripada RM6000 sebulan dan 98.9% responden mempunyai kurang daripada 4 orang anak dalam tanggungan. Oleh yang demikian, sebanyak 98.9% responden menafikan bahawa pelaksanaan SKPG memerlukan kos yang tinggi. Secara tidak langsung, responden kajian berkemampuan untuk membenarkan anak mereka melaksanakan SKPG. Atas faktor ini juga, tidak menolak kemungkinan bahawa respsonden menghantar anak ke pusat terapi swasta untuk menerima sesi rawatan yang lebih kerap dan berlanjutan kerana temu janji di hospital kerajaan mengambil masa yang lebih panjang disebabkan kekurangan kakitangan (Shafial 2019). Selain itu, lokasi bandar menyediakan peluang khidmat sokongan yang lebih tinggi berbanding dengan luar bandar. Sebanyak 79.9% responden kajian ini berkediaman di bandar. Maka, mereka lebih senang untuk memperoleh sumber yang sesuai untuk

(12)

melaksanakan SKPG. Dengan adanya kelebihan dari segi pemperolehan maklumat dan sokongan perkhidmatan, mereka secara tidak langsung mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap pelaksanaan SKPG (Tao et al. 2019) malah sanggup bekerjasama untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian anak.

6. Kesimpulan

Persepsi ibu bapa menjadi kunci utama untuk membolehkan ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak. Tahap pengetahuan seseorang memainkan peranan penting dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan. Individu yang berpengetahuan dan sanggup menerima cadangan orang lain lebih cenderung untuk mencari inisiatif menyelesaikan masalah secara berkesan. Jangkaan seseorang individu terhadap sesuatu perkara juga dapat menjejaskan keputusan sama ada ke arah positif mahupun negatif. Memandangkan tahap pengetahuan dan tahap jangkaan ibu bapa terhadap pelaksanaan SKPG mempunyai korelasi yang ketara, cara yang bersesuaian boleh dirancang untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan SKPG lalu meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Namun begitu, terdapat beberapa limitasi kajian yang wujud dalam kajian ini. Salah satu limitasi adalah dari segi tempoh masa pengumpulan data yang membawa kesan kepada saiz persampelan kajian iaitu seramai 174 orang responden. Selain itu, responden kajian ini hanya terhad di negeri Perak sahaja. Dengan kata yang lain, dapatan kajian ini tidak boleh mewakili persepsi ibu bapa yang melaksanakan SKPG bagi populasi yang lebih luas. Dalam konteks ini, dapatan kajian ini membuka peluang kepada lebih pihak berkenaan untuk meninjau secara lebih mendalam mengenai pelaksanaan SKPG dalam meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak.

Melalui inisiatif sebegini, diharapkan pihak berkepentingan boleh meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam usaha memperkembangkan kemahiran anak. Pengkaji juga mengharap kaedah KAA boleh menjadi satu alternatif yang luas diketahui dan diguna pakai untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan ibu bapa dan guru sekolah kerajaan atas kolaborasi dengan ahli pakar pertuturan.

Rujukan

Ahmad Sofian, S., Lee, J.C. & Sabariah, S. (2020). AutiTEACCH: Mobile-based Learning in a Structured Teaching Approach for Autistic Children Caregiver. International Conference on Informatics, Multimedia, Cyber and Information System (ICIMCIS), 259 – 264.

Alyssa, D.T. (2021). Evaluating the effects of Picture Exchange Communication Systems (PECS) Mediator Training via Telehealth using Behavioural Skills Training and General Case Training.

Alsayedhassan, B.T., Banda, D.R. & Griffin-Shirley, N. (2020). Training parents of children with autism to implement the picture exchange communication intervention. Clinical Archieves of Communication Disorder, 5 (1), 31 – 41.

Alsayedhassan, B.T., Banda, D.R., Lee, J.H., Kim, Y.M. & Griffin-shirley, N. (2019). A survey of parents’ perceptions of Picture Exchange Communication System for children with autism spectrum disorder and other developmental disabilities. Clinical Archives of Communication Disorders, 4 (1), 1 – 9.

Amina, I.N., Hanita, H., Saher, F. & Fatima, J. (2021). Implementation of Augmentative and Alternative Mode of Communication (AAC) Enhances the Communication Skills and Reduces the Behaviour Problems of the Nonverbal Children with Celebral Palsy. 2nd International Professional Doctorate and Postgraduate Symposium. 166 – 169.

(13)

Amir, N.D. & Mohd Mokhtar, T. (2022). Penglibatan ibu bapa dalam PDPR di rumah murid berkeperluan khas pembelajaran. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 305 – 317.

Azman, A.R. (2020). Isu Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan Institusi Pendidikan Sewaktu COVID- 19. International Seminar on Islam and Science 2020 (SAIS 2020), 373

Azman, A.R., Syed Salim, S.S., Nurul Nadia, N., Muhd Faiz, A.S. & Afaf, S. (2021). Pandemic COVID-19: Challenges of Teaching and Learning (PdP) Islamic Education in Special Education for Students with Learning Disabilities in Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 5, 127 – 138.

Biggs, E.E., Therrien, M.C.S., Douglas, S.N. & Snodgrass, M.R. (2021). Augmentative and alternative communication telepractice during COVID-19: A national survey of speech-language pathologists. American Journal of Speech-Language Pathology, 21 – 36.

Creswell, J.W. (2012). Education research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research, 4th ed. Boston: Pearson.

Dafiah, P., Krishnendu, S. & Vineetha, S.P. (2020). Exploring the Use of Communication Supports Inventory-Children and Youth (CSI-CY) – to Identify Barriers and Facilitators in Implementing Augmentative and Alternative Communication in India:

Preliminary Evidence from Two Case Reports. Formerly Asia Pacific Disability Rehabilitation Journal, 31(4), 134 – 156.

Doak, L. (2021). Rethingking family (dis)engagement with augmentative & alternative communication. Journal of Research in Special Educational Needs, 21 (3), 198 – 210.

Ferenisa, P. & Budiyanto. (2020). Picture Exchange Communication System untuk Peningkatan Kemampuan Komunikasi Anak dengan Spektrum Autis. Jurnal Pendidiakn Khusus, 16 (1), 1 – 10.

Ferreira, C., Caetano, S.C., Perrisinoto, J. & Tamanaha, A.C. (2021). Percussion of the implementation of the Picture Exchange Communication System – PECS in the overload index of mothers of children with Autism Spectrum Disorder. Creative Commons Attribution License, 1 – 6.

Flink, A.R., Broberg, M., Strid, K., Thunberg, G. & Johnels, J.A. (2022). Following children with severe or profound intellectual and multiple disabilities and their mothers through a communication intervention: single-case mixed-methods findings. International Journal of Developmental Disabilities, 1 – 20.

Flink, A.R., Johnels, J.A., Broberg, M & Thunberg, G. (2019). Examining perceptions of a communication course for parents of children with profound intellectual and multiple disabilities. International Journal of Developmental Disabilities, 68(2), 156 – 167.

Gelder, B. & Solanas, M.P. (2021). A computational neuroethology perspective on body and expression perception. Trends in Cognitive Sciences, 25 (9), 1 – 13.

Hochbein, C. & Smeaton, K.S. (2018). An Exploratory Analysis of the prevalence of Quantitative Research Methodologies in Journal Articles. International Journal of Education Policy & Leadership, 13(11), 1 – 17.

Horbny, G. & Blackwell, I. (2018). Barriers to parental involvement in education: an update.

Education Review, 70(1), 109-119.

Hu, X. & Lee, G. (2019). Effects of PECS on the Emergence of Vocal Mands and the Reduction of Aggressive Behaviour Across Settings for a Child with Autism. Behavioural Disorder, 44(4), 215 – 226.

Jenson de Lopez, K.M., Rena, L., Rama, N., Sofia, B., Julie, F., Sam, H., Maja, K., Inge, S.K., Tina, C.M., Marina, O.T., Thora, S.U., Krisztina, Z. & Isabel, R.R. (2021). Exploring parental perspectives of childhood speech and language disorders across 10 countries:

(14)

A pilot qualitative study. Journal of Speech Language and Hearing Research, 64(5), 1739 – 1747.

Jurges, A., Anderson, A. & Moore, D.W. (2018). Maintenance and Generalization of skills acquired through picture exchange communication system (PECS) training: a Long- term follow-up. Developmental Neurorehabilitation, 1(10), 1 – 11.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Data Pendidikan Khas 31 Oktober 2021.

Laubscher, E. (2022). “You Just Want to be able to Communicate with your child”: Caregivers’

Perspectives on communication and AAC for Beginning Communicators on the Autism Spectrum. Communication Sciences and Disorders, 1 – 237.

Leijten, P., Raaijmakers, M. A. J., Wijngaards, L., Matthys, W., Menting, A. T. A., Hemink- van Putten, M., & Orobio de Castro, B. (2018). Understanding who benefits from parenting interventions for children’s conduct problems: An integrative data analysis.

Prevention Science, 19, 579-588.

Mohamaed Salleh, N. & Rosli, F.N. (2019). Parental Involvement in Discipline Management of Special Education Students in Schools. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 8(4), 912-920.

Mohd Faiz. M.Y., Mohd Fairus, J., Zetty, A.A., Mat Rahimi, Y. & Hapini A. (2020). Kesediaan Pembelajaran dalam talian semasa pandemik covid 19. Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404 – 410.

Moorcroft, A., Scarinci, N. & Meyer, C. (2018). A systematic review of the barriers and facilitators to the provision and use of low-tech and unaided AAC systems for people with complex communication needs and their families. Disability and Rehabilitation:

Assistive Technology, 1- 22.

Moorcroft, A., Scarinci, N. & Meyer, C. (2019). Speech pathologist perspectives on the acceptances versus rejection or abandonment of AAC systems for children with complex communication needs. Augmentative and Alternative Communication, 35(3), 193 – 204.

Newman, W.L. (2014). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches.

London: Pearson Education Limited.

Nurul Aina, N. & Aliza, A. (2018). The Effectiveness of Augmentative and Alternative Communication Application Implementation in Improving Student with Autism Verbal Communication. Journal of ICSAR, 2(2), 95 – 99.

Olivatti, D.O., Sugahara, M.K., Camilo, S., Perissinoto, J. & Tamanaha, A.C. (2021). The relevance of family engagement in the implementation of the Picture Exchange Communication System (PECS) in children with Autism Spectrum Disorder. Speech, Language, Hearing Sciences and Education Journal, 1 – 7.

Pierson, L.M. & Ganz, J.B. (2019). Does use of the Picture Exchange Communication System (PECS) and Focused Playtime Intervention (FPI) improve the communication of children with autism spectrum disorder who are minimally verbal? Evidence-Based Communication Assessment and Intervention, 1 – 5.

Safi, M., Opoku, M.P., Alshamsi, M. & Abu-Shariha, A.H. (2022). Perspectives on the impact of a culturally responsive Picture Exchange Communication System for Children with Autism Spectrum Disorder in the United Arab Emirates. Frontiers in Pediatrics, 10, 1- 11.

Scott, M.S. (2016). Determining Sample Size: How to Ensure you get the correct sample size.

Washington: Qualtrics.

Shafiah, R. (2019). The Use of Alternative and Augmentativ Communication (AAC) In Classroom Settings: a Case Study. Advances in Social Science, Education and Humanities Research, 388, 57 – 60.

(15)

Sharon, L.W. & Sarah K.A. (2008). Statistics Using SPSS:An Integrative Approach. United Kingdom: Cambridge University Press.

Shuhada, A.G. & Suziyani, M. (2019). Level of Augmentative and Alternative Communication Knowledge and Skills among Special Education Teachers for Autistic Students in Primary School. Journal of ICSAR, 3(1), 37 – 42.

Susheel, J.S., Zhi Zhi, D. & Rahay, M.K. (2020). Malaysian Teachers Experience Using Augmentative And Alternative Communication With Students. Augmentative And Alternative Communication, 107-117.

Thiruvenkatraj, T.R. & Ramya, T. (2017). Employee Perception. International Journal for Research Trends and Innovation, 2 (6), 348 – 351.

Tonsing, K.M. & Dada, S. (2016). Teachers’ perception of implementation of aided ACC to support expressive communication in South African special school: a pilot investigation. Early Online, 1 – 23.

Turvey, M.T. (2018). Lectures on Perception. An ecologival perpectives. New York:

Routledge.

Walters, C., Sevcik, R.A. & Romskir, M. (2021). Spoken Vocabulary Outcomes of Toddlers with Developmental Delay After Parent-implemented Augmented Language Intervention. American Journal of Speech-Language Pathology, 30, 1023 – 1037.

Wang, X., Amagai, T., Cho, S., Pei, H. & Sonoyama, S. (2020). Comparison of the Picture Exchange Communication System and a Speech Generationg Device (iPad) to Improve Requesting Skills of Children with Autism. Journal of Special Education Research, 35 – 47.

Wan Fatimah, W.A. & Nur Adilla, Z. (2020). Development of a Mobile Application Using Augmentative and Alternative Communication and Video Modelling for Autistic Children. Global Business and Management Research: An International Journal, 12 (4), 1 – 11.

Wierson, W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction. Boston: Allyn and Bacon.

Zahra, Z., Mitra, Z. & Nader, M.S. (2020). Effectiveness of the Picture Exchange Communication System in Teaching English Vocabulary in Children with Autism Spectrum Disorder: A single-subject study. Cogent Education, 8(1), 1 – 16.

Zamri Mahamod, Rahmat, M.H. & Mohd Fekri, N.A. (2020). The importance of counselling to parents with special needs children. Social Sciences, Education and Humanities, 4, 214-224.

Referensi

Dokumen terkait