PERSEPSI PENGUNJUNG TERHADAP PERSEMBAHAN SENI BUDAYA DI GELANGGANG SENI KOTA BHARU
KELANTAN
NOR MAISARAH BINTI YAHYA (52953)
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (PengurusanSeni)
2018
PERSEPSI PENGUNJUNG TERHADAP PERSEMBAHAN SENI BUDAYA DI GELANGGANG SENI KOTA BHARU,
KELANTAN
NOR MAISARAH BINTI YAHYA 52953
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak
2018
r
UNIVERSJTI MALAYSIA SARAW AK
Grade:_ _ _ __
Please tick (--i)
Final Year Project Report
o
Ma::;ters
D
PhD
D
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on tlle. " ...day 0 1'. . :)
v.
I-l ... ,2018.Student's Declaration:
1 NOR MAISARAH B1NTI YARYA, 52953, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitled PERSEPST PENGUNJUNG TERHADAP PERSEMBAHAN SENT BUDAYA DI GELANGGANG SENI KOTA BHARU, KELANTAN is my original work. 1 have not copied fi'om any student's work or any other sources excepl where due reference or acknowledge is made explicitly in the next, nOr has any part been \"trillen for me by another person.
5
:J UN :>'0 \8,Date submitted Nor Maisarah Binti Yahya (52953)
Supervisor's Declaration:
1 ENCIK MOHD FAHMT BIN YAHAYA hereby certifies that the work entitled PERSEPST PENGUNJUNG
TERHADAP PERSEIYIBAHAN SENJ BUDAY A DJ GELANGGANG SENI KOTA BHARlI, KELANT AN was prepared by the above name student, and was submitted to the "FACULTY" as a partial /full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONORS (ARTS MANAGEMENT), and tlle aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student 's work.
Received for examination by: Date: '5
ulAN
-:>0\£- ,
Encik Mohd Fahmi Bin Yahaya Mobel Fahmi Yahayt
Lecturer
~....lty.f Al'!'li04l >nd ('re" i,.AnI
\.rNTVE~~ITI \ ' 'l.LAYSIA SAIVIWAK
---
•
r
I declare that ProJttt/Thesis is classified as (Please tick ( »:
D D
CONFIDENTIAL RESTRICTED(Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
(Contams restricted information as specified by the organization where research was done)*
IZf
OPEN ACCESSValidation of Project/Thesis
I therefore duly affirmed with 6'ee consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follow:
• This Project/Thesis is the sale legal property ofUniversiti Malaysia Sarawak (UNlMAS).
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right la make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalize the content for the Local Content Database.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning [nstitute.
• No dispute or any claim shall arise fi'om the student itself neither third party on this ProjectlThesis once it becomes the sale property of UNIMAS.
• This ProjectlThesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the srudent except with UNIMAS permission.
Student's Signature:
-- ~.cLI;;"",,-'
Supervisor's signature:_ ~
Current Address: D-I 9 JALAN KUNIK, 17500 T ANAH MERAH,
KELANTAN.
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
PENGAKUAN
Penyelidikan yang bertajuk Persepsi Pengunjung Terhadap Persembahan Seni Budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu, Kelantan telah disediakan oleh Nor Maisarah Binti Yahya dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
_____________________________
(Encik Mohd Fahmi Bin Yahaya)
Tarikh:
PENGAKUAN PELAJAR
Saya, Nor Maisarah Binti Yahya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk “Persepsi Pengunjung Terhadap Persembahan Seni Budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu, Kelantan” ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya telah nyatakannya.
……… ...……….
Tarikh (NOR MAISARAH BINTI YAHYA)
No.Matrik : 52953
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, ribuan ucapan syukur kepada tuhan atas segala rahmat yang diberikan untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir ini yang menjadi keperluan bagi pelajar tahun akhir untuk bergraduat. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia kajian saya iaitu Encik Mohd Fahmi Bin Yahaya, kerana didikan dan tunjuk ajar beliau, motivasi yang diberikan dan kata-kata semangat yang beliau titipkan sangat membantu saya dalam menyiapkan projek ini. Tanpa penat lelah beliau, sukar untuk saya untuk saya menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya titipkan kepada responden-responden saya yang sudi memberikan kerjasama sepanjang kajian saya di jalankan. Terima kasih juga kepada keluarga saya terutama ibu bapa saya serta rakan-rakan kerana telah memberikan semangat dan doa untuk permudahkan segalanya. Akhir sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu secara tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.
ABSTRAK
Kajian ini memfokuskan mengenai Persepsi Pengunjung Terhadap Persembahan Seni Budaya di Gelangang Seni Kota Bharu, Kelantan. Tujuan kajian ini di jalankan untuk menganalisis faktor minat, pengetahuan dan persekitaran sosial yang mempengaruhi pengunjung terhadap persembahan seni. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan hasil kajian mendapati pengunjung yang hadir ke persembahan seni budaya didorong oleh beberapa faktor untuk menghadirinya.
ABSTRACT
The research focuses on visitor perceptions on performing arts in Gelanggang Seni Kota Bharu, Kelantan. The purpose of this study is to analyze the interest factors, knowledge and the social environment that influence visitors to art performances. This research used quantitative methods and the findings show that visitors who attend cultural art performances are encouraged by several factors to attend.
SENARAI KANDUNGAN
MUKA TAJUK PENGESAHAN PENGAKUAN
PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN
ABSTRAK
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
BAB 1:- PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang kajian 2
1.3 Permasalah kajian 4
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Persoalan kajian 6
1.6 Skop kajian 7
1.7 Rumusan 8
BAB 2:- SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Gelanggang Seni 10
2.3 Persembahan Seni Budaya 11
2.4 Pengunjung 12
2.5 Persepsi 14
2.5.1 Faktor minat mempengaruhi persepsi pengunjung 17 2.5.1 Faktor pengetahuan mempengaruhi persepsi pengunjung 19 2.5.2 Faktor persekitaran sosial mempengaruhi pengunjung 22
2.6 Kerangka teori (research framework) 26
2.7 Hipotesis 27
2.8 Rumusan bab 28
BAB 3:- METHODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Keadah pengumpulan data 29
3.2.1 Data primer 30
3.2.1.1 Soal selidik 31
3.2.2 Data sekunder 32
3.3 Lokasi kajian 33
3.3.1 Lokasi kajian Pusat Budaya Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan 34
3.4 Kaedah persampelan 35
3.5 Kaedah analisis data 36
3.5.1 Kaedah kuantitatif 36
3.6 Limitasi kajian 37
3.7 Kajian perintis (pilot test) 38
3.8 Rumusan bab 39
BAB 4:- ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis deskriptif 41
4.2.1 Demografi responden 41
4.3 Ujian kebolehpercayaan (reliability test) 47 4.4 Analisis korelasi (correlation analysis) 49
4.5 Rumusan bab 51
BAB 5:- PERBINCANGAN, LIMITASI KAJIAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1Pengenalan 52
5.2 Cadangan kerangka kajian 53
5.3 Perbincangan dan dapatan kajian 53
5.3.1 Minat 53
5.3.2 Pengetahuan 5.3.3 Persekitaran sosial
54 54
5.4 Limitasi dan cadangan kajian 55
5.5 Kesimpulan kajian 56
5.6 Rumusan bab 58
RUJUKAN LAMPIRAN
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Kajian ini memfokuskan kepada penilaian persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan agar dapat menilai pandangan pengunjung terhadap persembahan seni yang di adakan. Dalam kajian ini pengkaji turut menggunakan teori Miftah Toha (2003), yang menyatakan faktor yang mempengaruhi persepsi adalah minat, pengetahuan dan persekitaran sosial.
Sehubungan dengan itu, di dalam bab ini juga pengkaji akan menerangkan objektif kajian serta proses kajian ini di jalankan. Selain itu, menerangkan mengenai skop kajian serta permasalahan kajian.
2 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam menjalankan kajian yang berkaitan dengan persepsi pengunjung, pengkaji telah mendapati beberapa faktor yang telah mempengaruhi persepsi pengunjung terhadap sesuatu persembahan seni budaya yang di adakan. Persepsi pengunjung juga menurut Muchlisin Riadi (2012) adalah proses individu menerima, mengumpul dan tindak balas serta pemahaman mereka terhadap persekitaran yang ada di sekelilingnya. Menurut teori Miftah Toha (2003), yang menyatakan faktor yang mempengaruhi persepsi dapat dilihat melalui minat, pengetahuan dan persekitaran sosial.
Minat yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah mengenai sikap atau tingkah laku pengunjung terhadap persembahan seni yang diadakan di Gelanggang Seni yang telah di dorong oleh motivasi serta emosi mereka untuk berkunjung ke tempat tersebut. Minat merupakan sesuatu keputusan yang dibuat oleh pengunjung untuk bertindak dan menghadirkan diri ke persembahan seni budaya yang di adakan di Gelanggang Seni Kota Bharu untuk memenuhi keperluan dan juga minat yang telah mendorong mereka untuk bertindak. Minat dalam konteks ini adalah merujuk kepada faktor pendidikan, faktor motif sosial, faktor emosional, faktor keinginan, juga faktor individu.
Selain itu, faktor yang mempengaruhi persepsi pengunjung menurut Miftah Toha (2003) yang kedua pula adalah pengetahuan. Pengetahuan menerangkan perkata “ tahu” atau memahami sesuatu setiap peristiwa atau persembahan seni yang di adakan di Gelanggang Seni hasil daripada pancaindera individu terhadap sesuatu persembahan yang di adakan. Pancaindera yang dimaksudkan adalah proses daripada
3
penglihatan, pendengaran serta tindakan pengunjung yang membentuk perkara serta pengetahuan yang baru. Pengetahuan yang di terangkan dalam hal ini adalah merujuk kepada faktor pendidikan, faktor pengalaman, faktor kebudayaan, faktor pengalaman dan juga faktor jangka masa pengunjung terlibat dengan persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu.
Seterusnya, faktor ketiga yang merupakan faktor terakhir persepsi pengunjung adalah faktor persekitaran sosial. Faktor persekitaran sosial Menurut Barnett & Casper (2001) adalah dipengaruhi oleh persekitaran fizikal dan sosial yang merupakan perkembangan sosial manusia untuk membuat keputusan dan tidak hanya terkongkong dengan keputusan diri sahaja malah di dorong oleh keadaan di sekeliling mereka. Dalam konteks ini persekitaran sosial adalah dipengaruhi oleh faktor keinginan untuk bersosial dan berhubung dalam khalayak yang ramai, manakala dipengaruhi oleh faktor penglibatan individu, faktor jangka masa adalah merujuk kepada tempoh masa individu terlibat sepanjang acara persembahan tersebut di adakan mengenai masa lapang individu adakah hanya untuk menghadiri persembahan seni budaya yang di adakan di Gelanggang Seni. Selain itu, faktor rakan sebaya dan juga faktor komuniti setempat juga mempengaruhi persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu.
4 1.3 PERMASALAHAN MASALAH
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Tan Sri Norliza Rofli menyatakan masyarakat menganggap seni dan budaya merupakan aspek sampingan dalam kehidupan seharian. Persepsi masyarakat terhadap seni dan budaya hanyalah seni persembahan, tarian , dan permainan tradisi tetapi, seni dan budaya juga merangkumi kesemua aspek luar termasuk bahasa, adat resam, pergaulan dalam masyarakat yang dapat dijadikan satu persembahan seni budaya yang merangkumi kesemua aspek dan melatih masyarakat terutama di peringkat anak-anak muda untuk melibatkan diri dalam persembahan seni budaya.
Selain itu, permasalah seterusnya adalah kebanyakkan hanya sesetengah peminat seni menyukai persembahan seni budaya ini, tetapi oleh mereka kurang pendedahan dan tidak mengetahui di mana tempat sesuai yang membolehkan mereka untuk menontonnya. Tambahan pula, seni yang berasaskan persembahan tradisional kurang diberi perhatian oleh golongan muda pada hari ini, hal ini disebabkan oleh mereka terlalu terpengaruh dengan kemodenan dan kecanggihan teknologi serta tidak memandang kebelakang lagi yang membawa rmaksud tidak mengambil tahu mengenai seni persembahan tradisional malahan ia juga amat penting kepada hiburan kesenian masyarakat.
Menurut Norhidayyu Zainal (2014) didalam laporannya usaha memartabatkan kesenian yang menjelaskan bahawa pada masa kini generasi muda kurang mengenali seni tradisional malahan hanya sesetangah individu sahaja yang meminati seni yang telah di asuh sejak kecil. Kebanyakkan yang menjadi sasaran terhadap persembahan kesenian ini hanya golongan berumur 40-an ke atas. Selain itu, galakkan dan
5
dorongan amat diperlukan oleh golongan muda untuk menontonnya supaya dapat diwarisi kepada generasi akan datang.
Oleh hal yang demikian, pengkaji berminat untuk mengkaji mengenai persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan kerana pusat kesenian yg ditubuhkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Kelantan masih lagi mengamalkan konsep kesenian berpusat serta menjadi daya tarikan kepada para pengunjung dengan aktiviti persembahan seni budaya yang di adakan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing.
6 1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji telah memilih beberapa objektif yang sesuai untuk digunakan dalam kajian ini antaranya ialah :
i. Untuk mengkaji hubungan antara minat dengan persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan.
ii. Untuk mengkaji hubungan antara pengetahuan dengan persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan.
iii. Untuk mengkaji hubungan antara persekitaran sosial dengan persepsi pengujung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan.
1.5 PERSOALAN KAJIAN
Terdapat beberapa persoalan di dalam kajian ini, antaranya ialah :
i. Adakah minat memberi impak kepada persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan.
ii. Adakah pengetahuan memberi impak kepada persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan.
iii. Adakah persekitaran sosial memberi impak kepada persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan.
7 1.6 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini memfokuskan kepada faktor yang mempengaruhi persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bahru Kelantan. Skop tempat kajian yang akan dijalankan adalah di Pusat Budaya Gelanggang Seni Kelantan, kawasan sekitarnya, dan juga di acara-acara yang melibatkan persembahan seni budaya yang di anjurkan oleh Pusat budaya Gelanggang Seni. Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada 200 orang responden iaitu pengunjung yang menghadiri persembahan seni budaya yang di adakan.
8 1.7 RUMUSAN BAB
Didalam bab ini secara keseluruhannya, pengkaji menerangkan mengenai persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kelantan. Dalam kajian ini juga pengkaji menekankan mengenai persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya yang di adakan serta membuat huraian ringkas dan padat serta kepentingan kajian semasa menjalani kajian antaranya latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, dan skop kajian yang akan dijalankan.
Dalam kajian ini juga memerlukan pemahaman dan pandangan yang jelas terhadap sesuatu perkara serta memerlukan mempunyai pengertian dan pandangan yang tinggi dalam pelbagai sudut seperti warisan, seni budaya dan juga persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kelantan.
9 BAB II
SOROTAN KESUSTERAAN
2.1 PENGENALAN BAB
Dalam bab ini membincangkan mengenai kajian-kajian lepas yang telah di kaji oleh pengkaji terdahulu untuk dijadikan sebagai bukti dan sokongan pengkaji.
Sumber yang di dapati oleh pengkaji untuk dijadikan idea dan sumber rujukan untuk mengembangkan lagi idea pengkaji yang telah sedia ada. Dalam bab ini juga , pengkaji memperolehi dari pelbagai sumber idea yang merangkumi semua sumber pencarian maklumat seperti sumber daripada perpustakaan. Segala maklumat pengkaji dapat di bentuk untuk di jadikan kajian baharu yang di perolehi daripada jurnal, tesis, penulisan ilmiah, artikel dan sebagainya untuk di jadikan sumber sokongan dalam menjalankan kajian ini.
Kajian sorotan kesusasteraan ini telah di kaji mengikut kajian pengkaji dan di susun mengikut tajuk kajian pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang mendalam.
Melalui kajian ini juga dapat membantu pengkaji untuk mengukuhkan lagi maklumat terhadap tajuk kajian dengan lebih tepat dan jelas. Segala maklumat yang digunakan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan kajian pengkaji iaitu mengenai persepsi pengunjung terhadap persembahan seni budaya di Gelanggang Seni Kota Bharu Kelantan.
10 2.2 GELANGGANG SENI KELANTAN
Gelanggang seni terletak Kota Bharu ia merupakan sebuah pusat kesenian yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1987 . Dengan mengamalkan konsep kesenian berpusat menjadi daya tarikan kepada para pengunjung dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan akan seni warisan dan budaya untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing
Pusat Seni atau Gelanggang Seni yang dikenali sebagai Pusat Kebudayaan adalah salah satu medium memperkembangkan seni warisan yang terdapat di Kelantan. Wujudnya tempat seni pesembahan budaya seperti ini masyarakat dapat meluangkan masa untuk memenuhi aktiviti harian mereka dengan menyaksikan warisan kebudayaan yang kaya di Kelantan. Kebiasaan pengunjung akan mendapat pengalaman mengenai kesenian dan warisan. Sesetengah masyarakat Kelantan menganggap kesenian yang ada di kelantan adalah seni rakyat yang sangat popular serta menjadi kegemaran masyarakat Kelantan pada masa lalu. Pelbagai pertunjukan kebudayaan dan permainan tradisional serta diselitkan dengan hiburan yang disampaikan melalui warisan generasi dulu seperti pertunjukan wayang kulit, silat pertunjukan pertahanan diri dan wau bulan.
Gelanggang Seni Kelantan adalah dibawah pentadbiran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Antara tempat pelancongan yang menjadi tarikan pengunjung adalah, Taman kelip-kelip, alam semulajadi, tempat bersejarah, warisan, dan kraftangan. Manakala dari segi kebudayaan pula ialah permainan seperti gasing, wau, kertok, rebana ubi, wayang kulit, seni silat, congkak, dan juga dikir barat yang masih bergiat aktif serta masih dikekalkan oleh segelintir masyarakat di Kelantan.
11 2.3 PERSEMBAHAN SENI BUDAYA
Menurut Koentjaraningrat (1980) di dalam kajian Claude Kluckhohn, menyatakan bahawa seni kebudayaan merupakan idea, gagasan dan tindakan manusia dalam memenuhi keperluan hidup sehari-hari, yang diperolehi dari aktiviti harian. Budaya juga dapat di kategori kepada dua dimensi iaitu wujud dan isi. Dalam kategori wujud adalah aktiviti atau kegiatan, dalam bentuk benda atau artifak.
Manakala dalam kategori isi pula merupakan unsur kebudayaan universal seperti sistem kepercayaan, bahasa, teknologi dan peralatan, pendidikan dan juga kesenian
Persembahan seni adalah berasaskan teater, tarian atau berasaskan muzik atau penyatuan semua tiga bentuk dan banyak lagi termasuk seni visual, sarkas dan persembahan wayang. Persembahan ini dapat dikaitkan dengan isu sosial, politik atau kehidupan peribadi. Persembahan budaya boleh di kategorikan di dalam ruang tradisional atau tapak yang khusus untuk kesenian. Dengan gabungan dan kolaborasi antara artis, bentuk dan kandungan memproduksi dan bentuk persembahan yang memberangsangkan dapat menimbulkan perasaaan teruja dengan prestasi yang dipersembahkan di khalayak ramai.
Manakala menurut Amanda (2011), menjelaskan bahawa persembahan seni adalah satu bentuk amalan seni yang melibatkan seseorang atau orang yang melakukan tindakan atau tindakan tersebut dalam jangka masa tertentu serta dalam ruang atau lokasi tertentu untuk penonton. Pusat kepada proses dan pelaksanaan persembahan seni adalah secara langsung dari artis dan cara tindakan dan persembahannya kepada penonton untuk menyampaikan pengalaman seni dalam jangka masa yang tidak lama kepada penonton. Manakala, komponen utama lain ialah masa, ruang dan perhubungan antara pemain dan penonton.