• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Terhadap Program Vaksinasi Covid-19 Dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti (Perception of the Covid-19 Vaccination Program Among Pre-University Students)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Persepsi Terhadap Program Vaksinasi Covid-19 Dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti (Perception of the Covid-19 Vaccination Program Among Pre-University Students)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Persepsi Terhadap Program Vaksinasi Covid-19 Dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti

(Perception of the Covid-19 Vaccination Program Among Pre- University Students)

Wan Nur Syafiqah Wan Azmi1, Nurulhaidah Daud1*, Farzana Zahra Mohamad Firdaus1, Nur Alia Safiah Ahmad1, Adneera Hew Ann Lie1

1 Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

*Corresponding Author: nurulhaidahd@gmail.com.my Received: 27 May 2023 | Accepted: 10 July 2023 | Published: 30 July 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.2.22 __________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini telah dijalankan pada tahun 2021 bagi mengkaji persepsi terhadap program vaksinasi dalam kalangan pelajar prauniversiti ketika itu. Objektif yang digunakan untuk kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar prauniversiti; berumur dalam lingkungan 17 hingga 18 tahun, untuk menerima atau menolak vaksin yang sedia ada, mengkaji halangan yang dihadapi pelajar prauniversiti untuk mendapatkan vaksin Covid-19 dan mengkaji pemahaman pelajar terhadap kelebihan vaksin Covid-19 kepada pelajar prauniversiti. Perpustakaan dipilih sebagai tempat pensampelan utama untuk mendapatkan sampel kajian yang lebih menyeluruh dan umum. Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui kaedah temubual bagi 20 orang responden terpilih iaitu 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Dalam kajian ini, hasil dapatan mendapati faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar prauniversiti tersebut untuk menerima atau menolak vaksin yang sedia ada ialah keraguan terhadap program vaksinasi termasuk ketakutan terhadap kesan sampingan, pengalaman lepas yang buruk dengan pegawai penjagaan kesihatan, penerimaan rakan sebaya, persepsi negatif terhadap pembekal vaksin, teori konspirasi, kerisauan terhadap program vaksinasi dan kurang kepercayaan kepada penggubal polisi kerajaan. Hasil kajian ini juga menemukan halangan yang dihadapi pelajar prauniversiti untuk mendapatkan vaksin Covid-19 antaranya ialah sikap ibu bapa yang kurang percaya akan program vaksinasi Covid-19 sehingga mempengaruhi keputusan pelajar tersebut. Seterusnya, dapat dikenal pasti juga cara pemahaman pelajar terhadap kelebihan vaksin Covid-19 ialah melalui televisyen dan makluman dari sekolah.

Secara konklusinya, hal ini telah membantu untuk menunjukkan korelasi antara pembolehubah, dengan itu berjaya menyediakan data yang mencukupi untuk membuat kesimpulan bahawa kajian adalah selaras dengan objektif. Kepentingan kajian ini ialah walaupun banyak kajian telah dibuat ke atas pelajar berkaitan persepsi mereka terhadap program vaksinasi Covid-19, kajian ini amatlah penting untuk mengetahui tentang kesediaan mereka menghadapi norma baharu ini, ia agak jarang dilakukan ke atas pelajar dalam peringkat persediaan terutamanya semasa Pandemik Covid-19.

Kata Kunci: Covid-19, faktor, halangan, pandemik, vaksinasi, persepsi

Abstract: This study was conducted in 2021 to examine pre-university students' perceptions of vaccination programs. The objectives of this study were to identify the factors influencing the decision of pre-university students, aged between 17 and 18 years, to accept or refuse the

(2)

existing vaccines, to assess the barriers faced by pre-university students in obtaining the Covid- 19 vaccine, and to evaluate the understanding of pre-university students regarding the benefits of the Covid-19 vaccine. The library was selected as the primary sampling location to obtain a more comprehensive and representative sample for the study. The method used to complete this project was through interviews with 20 selected respondents, comprising ten male and ten female students. The findings of this study revealed that the factors influencing the decision of pre-university students to accept or refuse the existing vaccines included doubts about the vaccination program, including fears of side effects, negative past experiences with healthcare providers, peer acceptance, negative perceptions of vaccine suppliers, conspiracy theories, concerns about the vaccination program, and a lack of trust in government policymakers. The study also identified barriers faced by pre-university students in obtaining the Covid-19 vaccine, including parental scepticism towards the Covid-19 vaccination program, which influenced the students' decisions. Furthermore, it was found that student's understanding of the benefits of the Covid-19 vaccine was primarily derived from television and information provided by schools. In conclusion, this study helped establish correlations between variables and provided sufficient data to conclude that the study was aligned with its objectives. The significance of this study lies in its exploration of pre-university students' readiness to face this new norm, which is rarely studied at the preparatory level, especially during the Covid-19 pandemic.

Keywords: Covid-19, factors, barriers, pandemic, vaccination, perceptions

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Virus Covid-19 atau nama saintifiknya Coronavirus, telah mula dikesan dengan ketara pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, Chine. Wabak ini telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai pandemik global pada 11 Mac 2020. Sehingga kini, wabak ini terus merebak dengan lebih ganas dan telah meragut berjuta nyawa. Malah, baru-baru ini mereka berjaya mengesan variant baharu yang lebih bahaya iaitu Omicron dan Delta. Virus ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh merebak antara satu sama lain dengan cara sama seperti penyakit influenza. Virus ini merebak dengan sangat cepat iaitu dalam beberapa minit sahaja melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin orang yang telah dijangkiti. Golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti ialah orang tua, kanak-kanak, dan mereka yang mempunyai penyakit kronik, pesakit yang mempunyai ketahan badan yang rendah dan wanita hamil. Antara langkah pencegahan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah basuh tangan dengan kerap, memakai penutup muka, mengekalkan jarak dengan orang lain dan pengasingan diri selama 14 hari jika mempunyai gejala Covid-19. Bermula dari Negara China, tetapi kini wabak ini merebak ke seluruh dunia menyebabkan semua negara mengambil inisiatif untuk mengawal wabak ini dengan mewujudkan perintah kawalan pergerakan dan penutupan sempadan negara. Rentetan itu, pelbagai sektor telah terjejas teruk dari segi ekonomi kerana tidak boleh beroperasi dan terpaksa berkurung di rumah selama berbulan-bulan. Oleh hal yang demikian, sektor pendidikan seperti tadika, sekolah dan universiti terpaksa ditutup dan para pelajar harus menempuh pembelajaran dalam talian sama ada rela atau tidak. Sehingga kini, 5 jenama vaksin telah diluluskan penggunaanya di Malaysia, antaranya Pfizer, Sinovac, AstraZeneca dan Cansino (KKM, 2023a).

‘Vaksin’ ialah sejenis cecair yang mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisme penyebab penyakit, yang dilemahkan ataupun dibunuh, dan menghasilkan satu protein pada

(3)

permukaannya(KKM, 2023b). Agen tersebut merangsang sistem imun badan agar ia mengenali agen itu sebagai suatu ancaman, menghancurkan agen itu dan menyimpan catatan supaya sistem imun tersebut lebih mudah mengenali dan memusnahkan apa-apa jua mikroorganisma yang ditemuinya di lain masa. Proses pengendalian vaksin dilakukan melalui suntikan vaksin tersebut ke dalam badan seseorang. Sebelum sesuatu vaksin diberi pengiktirafan dan digunapakai, vaksin tersebut perlu menjalani pelbagai ujian klinikal secara menyeluruh bagai memastikan keberkesan vaksin tersebut. Kaedah ini dilihat merupakan suatu langkah pencegahan penyakit yang paling efektif. Di Malaysia, kerajaan menggalakkan seluruh rakyatnya untuk mengambil vaksin Covid-19 bagi mendapatkan hak keistimewaan seperti makan di kedai makan, melancong ke luar negara, dan banyak lagi. Tambahan pula, bagi pelajar yang ingin pulang ke tempat belajar mereka juga harus mendapatkan suntikan vaksin.

Pengambilan vaksin Covid-19 mampu mengurangkan risiko penyebaran wabak coronavirus ini dalam kalangan rakyat.

Namun, masih ada golongan yang berdegil untuk tidak mengambil vaksin Covid-19 ini kerana terlalu mempercayai berita-berita palsu yang disampaikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Antara faktor-faktor orang menolak vaksin ialah merangui kesahihan vaksin Covid-19, risau akan tindak balas selepas divaksin dan mempertikaikan kebersihan, keselamatan dan melanggar hukum agama. Kini, hampir 84.2% rakyat Malaysia telah menerima sekurang -kurangnya 2 dos lengkap Vaksin Covid-19 sama ada Sinovac, Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan lain-lain(KKM, 2023a).

Pada 2021, kerajaan Malaysia telah mewajibkan pelajar universiti untuk menerima 2 dos suntikan vaksin untuk pulang ke kampus bagi memudahkan proses pembelajaran (KPT, 2021).

Namun demikian, terdapat pelajar yang enggan menerima suntikan vaksin dan membuat keputusan untuk tidak pulang ke kampus mereka. Oleh hal yang demikian, satu tinjaun telah dibuat ke atas para pelajar prauniversiti untuk mengetahui persepsi mereka terhadap program vaksinasi Covid-19. Tinjauan ini dijalankan melalui sesi temu bual dan borang soal selidik bagi mendapatkan persepsi para pelajar. Pelbagai soalan diajukan kepada responden bagi memastikan mereka memahami dengan lebih jelas terhadap program vaksinasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlandaskan informasi yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Pengambilan vaksin mampu menjejaskan konsentrasi dan keputusan pelajar dalam aspek akademik adalah merupakan topik hangat yang sering dibualkan apabila seorang pelajar itu menolak vaksin ketika itu. Tambahan pula, terdapat juga pelajar dari jurusan sains tulen yang menolak suntikan vaksin meskipun mereka sendiri mempelajari bagaimana sesuatu vaksin itu berfungsi. Selain itu, faktor utama yang mempengaruhi persepsi para pelajar terhadap program vaksinasi Covid-19 adalah ibu bapa mereka. Masih wujud ibu bapa yang mempercayai berita- berita palsu yang berada di media sosial tanpa menyelidik kesahihan info tersebut. Kesannya, anak-anak terpaksa akur dengan arahan ibu bapa untuk tidak mengambil vaksin.

Pernyataan Masalah

Penularan wabak Covid-19 melanda di negara kita telah mengorbankan banyak nyawa di negara kita. 11 kematian per 10 ribu populasi direkodkan sehingga kini disebabkan oleh Covid- 19 (KKM, 2023a). Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan program imunisasi kebangsaan (PICK) di negara kita bermula awal Februari 2021. Program ini merupakan langkah yang diambil bagi memastikan rakyat Malaysia selamat daripada wabak yang boleh menggugat nyawa rakyat dan masa hadapan negara. Setakat kini, seramai 84.2% dari populasi rakyat Malaysia telah melengkapkan 2 dos

(4)

vaksin yang disarankan oleh KKM. Persepsi golongan muda tentang program vaksinasi amatlah penting sebagai bakal pemimpin negara, hal ini demi mencapai kadar vaksinasi 100%

pada masa hadapan. Walaupun bilangan kadar vaksinasi semakin meningkat,penulisan kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan persepsi sebenar dalam kalangan pelajar prauniversiti terhadap penerimaan vaksin Covid-19 sama ada mereka menerima dengan baik atau mempunyai keraguan terhadap usaha pemberian vaksin. Persepsi pelajar- pelajar ini berupaya menunjukkan sokongan terhadap program vaksinasi yang dijalankan bagi mencegah wabak Covid-19. Hal ini kerana pelajar universiti telah dikenapasti sebagai golongan berisiko tinggi sebagai agen penyebaran wabak ini kepada komuniti yang berdekatan (Lu et al., 2021).

Persepsi positif terhadap program vaksinasi menunjukkan kesanggupan pelajar untuk menerima vaksin ke dalam tubuh badan sebagai langkah pencegahan kendiri. Menurut hasil kajian Mant (Mant et al., 2021), kesanggupan pelajar untuk menerima vaksin adalah atas saranan pakar kesihatan atau ahli farmasi. Pelajar yang mendapat saranan daripada pasar kesihatan seperti pegawai perubatan juga lebih cendurung untuk mendapatkan vaksinasi.

Faktor yang mempengaruhi keputusan juga lebih pelbagai apabila kajian daripada Sandler (Sandler et al., 2020) menunjukkan pengaruh ibu bapa juga memainkan peranan yang besar dalam keputusan pelajar. Sharma dalam penulisannya menunjukkan pelajar perubatan, pelajar yang mempunyai sejarah pengambilan vaksin influenza,pelajar yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap Covid-19 dan pelajar yang terdedah adalah golongan yang menunjukkan sikap yang positif terhadap pengambilan vaksin (Sharma et al., 2021). Kepelbagaian faktor ini yang telah menjadi satu elemen penting untuk dikaji untuk mengenalpasti faktor pengambilan vaksin terhadap pelajar prauniversiti.

Halangan yang dihadapi individu juga boleh menjadi punca penghalang seseorang individu mendapatkan vaksinasi. Hasil kajian daripada Wong pada tahun 2021 telah mengenal pasti halangan terhadap responden kajian mendapati punca halangan seperti pernah mendengar kes buruk atau kematian selepas mendapatkan vaksin,kurang keyakinan terhadap saranan kerajaan dan menunggu vaksin yang lebih baik menjadi punca halangan ini wujud (Wong et al., 2021).

Halangan mendapatkan vaksin juga wujud disebabkan penyebaran berita palsu, wujudnya salah tafsiran terhadap vaksin dan konspirasi yang tersebar secara meluas di laman sosial (Al- Hasan et al., 2021; Leos-Toro et al., 2021). Kesan negatif yang dikabarkan kepada khalayak ramai terhadap pengambilan vaksin menjadikan masyarakat kurang mempercayai keupayaan vaksin dalam mencegah wabak ini. Selain itu, faktor lain seperti seperti faktor geografi, tempoh masa, sosiodemografi juga menyumbang terhadap halangan pengambilan vaksin (Ali et al., 2022; Beleche et al., 2021; K. H. Nguyen et al., 2021). Pelbagai halangan berkemungkinan wujud bergantung kepada masalah yang dihadapi individu sama ada berkait dengan faktor dalaman mahupun faktor masyarakat sekeliling yang mempengaruhi sebuah keputusan.

Pemahaman yang jelas terhadap vaksin Covid-19 dapat mempengaruhi tindakan seseorang dalam membendung wabak Covid-19. Pemahaman yang jelas ini dapat membantu pelajar dalam mengambil langkah berjaga-jaga dan membiasakan diri sepanjang dalam norma baharu Covid-19. Pemahaman pelajar prauniversiti ini yang ingin dikaji terhadap untuk mengetahui sama ada mereka sedar pelajar terhadap kepentingan vaksin dalam membendung virus yang boleh meragut nyawa, bilangan suntikan vaksin yang bakal diterima dan kesedaran mereka terhadap inovasi yang digunakan dalam penciptaan vaksin. Tahap kesedaran pelajar prauniversiti terhadap usaha kerajaan mencapai sasaran imuniti kelompok juga perlu dikaji dalam kalangan pelajar prauniversiti bagi mengetahui kepekaan mereka terhadap usaha kerajaan dalam membendung wabak Covid-19.

(5)

Bagi mengatasi permasalahan ini, kajian ini dijalankan terhadap pelajar prauniversiti di Bangi, Malaysia, bagi mengetahui persepsi mereka terhadap program vaksinasi Covid-19. Faktor yang mempengaruhi keputusan, halangan dan ilmu mereka terhadap vaksin akan dikaji dengan lebih mendalam menerusi kajian ini. Melalui hasil kajian ini kita dapat mengenal pasti sambutan pelajar prauniversiti terhadap program vaksinasi Covid-19. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar prauniversiti untuk menerima atau menolak vaksin yang sedia ada. Seterusnya, untuk mengkaji halangan yang dihadapi pelajar prauniversiti untuk mendapatkan vaksin Covid-19 serta mengkaji pemahaman pelajar terhadap kelebihan vaksin Covid-19 kepada pelajar prauniversiti.

Persoalan Kajian

i. Adakah pelajar prauniversiti menerima baik program vaksinasi Covid-19?

ii. Adakah ramai pelajar prauniversiti sudah menerima vaksin Covid-19?

iii. Adakah terdapat faktor yang mempengaruhi keputusan pelajar prauniversiti untuk menerima atau menolak vaksin yang sedia ada?

iv. Adakah terdapat halangan yang dihadapi oleh pelajar prauniversiti untuk menerima vaksin Covid-19?

v. Adakah pelajar prauniversiti sedar akan kelebihan vaksin Covid-19 kepada pelajar?

2. Sorotan Literatur

Penyakit coronavirus (Covid-19) merupakan penyakit yang mudah berjangkit berpunca daripada Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) dikesan bermula pada Disember 2019 di Wuhan, China yang menyebar di awal tahun 2020 (Acter et al., 2020;

Bchetnia et al., 2020; Ludwig & Zarbock, 2020; Wei et al., 2020). Ketua Pengarah World Health Organization (Pertubuhan Kesihatan Sedunia- WHO) telah bersetuju untuk mengisytiharkan wabak 2019-nCoV sebagai Public Health Emergency of International Concern (Topcuoglu N, 2020; World Health Organization, 2020). Pada 13 Mac 2020, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakkan Kerajaan Malaysia juga dikenali sebagai MCO ataupun PKP sebagai langkah untuk menangani wabak Covid-19 ini. Percubaan klinikal manusia dalam pembuatan vaksin yang pertama bermula pada March 3,2020 di Amerika Syarikat dan banyak lagi percubaan dilakukan menyusul seterusnya (Yamey et al., 2020). Program vaksinasi di Malaysia bermula daripada 24 Februari 2021 setelah mendapat stok vaksin yang cukup. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat November 2021, populasi yang lengkap divaksinasi merupakan 76.4% ataupun 24,964,238 individu. Sebanyak 53.5% menerima vaksin berjenama Pfizer, 38.3% mengambil vaksin Sinovac, 7.8%

mengambil AstraZeneca dan 0.4% mengambil jenama Cansino.

Dalam usaha pemberian vaksin membendung wabak Covid-19, sejumlah kajian oleh pengkaji lepas telah diadakan bagi meninjau persepsi pelajar universiti terhadap penerimaan mereka terhadap vaksin Covid-19. Menurut Sharma dan rakan sekerjanya, mereka menyatakan pelbagai faktor telah dikenalpasti sebagai elemen yang mewujudkan keraguan terhadap program vaksinasi termasuk ketakutan terhadap kesan sampingan, pengalaman lepas yang buruk dengan pegawai penjagaan kesihatan, penerimaan rakan sebaya, persepsi negatif terhadap pembekal vaksin, teori konspirasi, kerisauan terhadap program vaksinasi dan kurang kepercayaan kepada penggubal polisi kerajaan (Sharma et al., 2021). Manakala kajian daripada Sandler dan rakan-rakan (Sandler et al., 2020) menunjukkan keputusan pelajar mengambil vaksin berkait rapat dengan pengaruh ibu bapa yang memainkan peranan besar dalam sesebuah keputusan pelajar untuk mendapatkan vaksin. Ada juga yang berpendapat sesetengah sub- populasi pelajar mempunyai kecenderungan untuk mengambil vaksin adalah pelajar yang

(6)

mempunyai latar belakang seperti pelajar perubatan, pelajar yang mempunyai rekod pengambilan vaksin influenza, pelajar yang mempunyai kesedaran tinggi tentang Covid-19, pelajar yang berisiko yang tinggi untuk mendapat Covid-19 (Abdallah & Lee CM, 2021;

Mussio & de Oliveira, 2022). Penambahan ilmu baru-baru ini pula menunjukkan bahawa profil psikologi individu juga memainkan peranan apabila individu yang enggan menerima vaksin adalah lebih kurang menunjukkan minat atau kepekaan terhadap kebajikan orang sekeliling, mementingkan diri sendiri dan mempunyai emosi yang tidak terkawal berbanding individu yang menunjukkan minat terhadap program vaksin (Murphy et al., 2021).

Terdapat juga hasil kajian yang mendapati faktor proses penciptaan vaksin yang singkat, masalah kesihatan individu, nisbah faedah-risiko yang tidak meyakinkan individu untuk mendapatkan vaksin , individu yakin dengan imuniti semulajadi diri dan tidak mempercayai kemampuan vaksin merupakan faktor individu tidak mendapatkan vaksin(Robinson et al., 2022; Roy et al., 2022). Terdapat juga kajian yang menunjukkan sesetengah individu juga merujuk kepada media atau diskusi awam untuk mempelajari kelebihan vaksinasi Covid-19 (Lee & You, 2022; Liew & Lee, 2021; D. Van Nguyen & Nguyen, 2022). Walau bagaimanapun, masih banyak maklumat Covid-19 secara atas talian yang kurang pengesahan saintifik. Selain itu, menerusi hasil kajian Geoghegan berpendapat halangan juga boleh berpunca daripada penyebaran mitos tentang vaksin seperti pengambilan vaksin yang terlalu banyak dan pengambilan vaksin penyakit campak, beguk, dan rubela (MMR) boleh merosakkan imun sistem sehingga menyebabkan autisme (Geoghegan et al., 2020). Kedua-dua hujah ini telah dibuktikan salah melalui sebuah kajian penyelidikan dan kenyataan berkaitan keselamatan vaksin MMR telah dinafikan sejak 1999 (Taylor et al., 1999). Sikap ibu bapa terhadap program vaksinasi juga telah dikaji dan persoalan berkaitan vaksinasi wujud kerana wujud keraguan terhadap keselamatan dan keberkesan vaksin, pemahaman seperti ini kebiasaanya wujud kerana kesalahan dalam penyampaian maklumat atau pengetahuan terhadap mekanisme vaksinasi adalah kurang (Geoghegan et al., 2020).

Kajian yang dijalankan pada tahun 2020 mendapati sumber yang mempunyai kekerapan tertinggi berkaitan sumber pengetahuan pelajar terhadap Covid-19 ialah melalui televisyen dan kekerapan yang rendah ialah melalui sekolah (Souli & Dilucca, 2020). Majoriti responden mendapatkan maklumat terhadap vaksin daripada sumber rasmi dan sumber saintifik (Bălan et al., 2021). Program Vaksinasi Kebangsaan juga merupakan sumber pengetahuan yang banyak diakses diikuti dengan journal saintifik, pensyarah universiti dan laman sesawang Kementerian Kesihatan. Dalam tinjauan hasil kajian ini juga menunjukkan 61.2% responden mempunyai pengetahuan tentang teknologi mRNA yang digunakan dalam vaksin yang diluluskan di EU semasa kajian dijalankan, 32.5% mempunyai pengetahuan yang sederhana dan 5.3% adalah kurang sedar akan penciptaan vaksin. Menurut Galle yang menjalankan kajian terhadap 3226 pelajar universiti di Itali menunjukkan 64% responden sedar akan kandungan maklumat genetik yang terkandung dalam penghasilan antigen (Gallè et al., 2021). 96% daripada mereka sedar akan keperluan 2 dos vaksin Covid-19 dan anggaran 80% menjawab dengan tepat bahawa vaksin influenza tidak mencegah Covid-19,vaksin Covid-19 mungkin mencegah dan tidak mendatangkan penyakit, mampu mengurangkan symptom, dan tidak bertindak melalui modifikasi DNA manusia, vaksin Covid-19 tidak memerlukan langkah pencegahan yang lain,vaksin Covid-19 tidak hanya perlu diberikan kepada golongan tua dan petugas kesihatan dan imuniti kelompok tidak akan dicapai hanya melalui imunisasi bagi populasi mendatang.

Satu kajian yang dijalankan Olaimat pada 2020 kepada pelajar universiti di Jordan membuktikan lebih 90% cakna akan gelaja Covid-19 seperti batuk,demam dan sesak nafas (Olaimat et al., 2020).Walau bagaimanapun, masih banyak pelajar (55.7% - 77.1%) kurang

(7)

mengetahui gejala yang kurang signifikan seperti kepenatan, muntah dan cirit-birit. Kajian semasa menunjukkan pelajar (79.2% - 88.3%) sedar bahawa radang paru-paru dan bronkitis adalah kesan daripada Covid-19. Namun hanya 55.2% daripada mereka sedar akan penyakit- penyakit ini mampu membawa kegagalan organ. Kajian yang akan dijalankan kepada pelajar prauniversiti ini dapat menilai tahap pengetahuan pelajar terhadap vaksin Covid-19.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar prauniversiti terhadap vaksin Covid-19.

Dengan ini kita dapat mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi keputusan untuk mengambil vaksin, halangan serta pengetahuan mereka terhadap vaksin Covid-19 yang dapat membantu mengetahui penerimaan pelajar terhadap usaha pemberian vaksin Covid-19.

3. Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian

Kajian tinjauan ini merupakan kajian penerokaan dengan menggunakan data-data kualitatif yang dipungut melalui temu bual. Data-data yang diperolehi daripada sampel rawak ini kemudiannya dianalisis dan dipersembahkan dengan statistik perihalan dan ujian signifikan.

Keputusan ujian-ujian statistik seterusnya akan mengenal pasti masalah-masalah yang memerlukan penyelidikan lanjut supaya siasatan yang dengan lebih sistematik dapat dijalankan dan memberi kesimpulan terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji.

Responden Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 179 pelajar berbangsa Melayu, Cina dan India berumur antara lingkungan 17-18 tahun yang berada di peringkat prauniversiti di Selangor, Malaysia untuk mengetahui persepsi mereka terhadap program vaksinasi Covid-19 yang dijalankan di Malaysia. Sampel rawak telah diambil dengan bilangan responden lelaki dan perempuan yang masing-masing terdiri daripada 10 orang. Kaedah tinjauan adalah cara yang baik untuk mengutip maklumat dengan jumlah data yang banyak daripada ramai responden walau bagaimanapun kekurangan kaedah ini ialah ia terbatas kepada borang soal selidik untuk mengutip data (Moore-Cherry et al., 2015; Richard et al., 2012). Reka bentuk kualitatif adalah bersesuaian bagi kajian penerokaan (Crawford & Irving, 2009) dan persampelan secara rawak digunakan untuk membolehkan setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.

Memandangkan kajian ini hanya memberi fokus kepada cara temu bual dan tinjauan, maka untuk menetralkan faktor-faktor atau pengaruh yang boleh mengganggu hubungan antara pembolehubah tak bersandar (independent variable) dan pembolehubah bersandar (dependent variable) dalam kajian ini, beberapa pembolehubah kawalan (control variable) juga ditentukan sebelum persampelan. Di antaranya ialah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi faktor keputusan pelajar prauniversiti untuk menerima atau menolak vaksin yang sedia ada, untuk mengkaji halangan yang dihadapi pelajar prauniversiti untuk mendapatkan vaksin Covid-19 serta untuk mengkaji pemahaman pelajar prauniversiti terhadap vaksin Covid-19

Kaedah Kajian

Dalam kajian ini penulis menggunakan instrumen temu bual dalam mengumpulkan data. Temu bual bersemuka digunakan dalam kajian ini untuk memahami secara mendalam mengenai persepsi-persepsi responden terhadap program vaksinasi Covid-19, sedangkan data yang dipungut melalui soal selidik kebanyakan hanya memaparkan mendapatkan maklumat yang kurang jelas. Akan tetapi dengan menggunakan kaedah temu bual, maklumat dan data dapat memantapkan data-data yang dipungut daripada soal selidik. Tambahan pula, bukan semua data yang diingini dapat diperolehi secara berkesan melalui soal selidik.

(8)

Kaedah temu bual yang digunakan dalam kajian ini ialah jenis temu bual semi- struktur dan berstruktur. Dimana dalam kata lain bagi maksud semi-struktur, tiada sebarang soalan dibinakan sebelum sesi temu bual, sebaliknya pengkaji hanya menyediakan satu rangka ringkas mengenai maklumat yang ingin dipungut daripada responden. Semua soalan yang ditanya dalam sesi temu bual dibina secara spontan dengan berdasarkan jawapan yang diberi oleh responden dalam borang soal selidik. Manakala, bagi soalan berbentuk struktur, sudah kami sediakan soalan-soalan yang akan ditanya kepada responden agar jawapan yang lebih kukuh boleh didapati dan menepati objektif- objektif yang hendak dicapai. Dengan menjalani temu bual semi-struktur ini, satu gambaran yang lebih menyeluruh tentang faktor-faktor pelajar prauniversiti menerima baik program vaksinasi Covid-19. Temu bual dengan setiap responden dijalankan secara berasingan oleh pengkaji sendiri selepas responden tersebut menyiapkan borang soal selidik. Hanya beberapa soalan akan ditanyakan kepada responden dalam setiap temu bual. Bagi responden yang tidak berminat untuk ditemu bual, pengkaji tidak memaksa mereka. Soalan bagi maklum balas responden dicatatkan dan direkodkan untuk memudahkan kerja analisis.

Penganalisisan Data

Data kualitatif yang diperolehi melalui soal selidik boleh memaparkan persepsi awal pelajar prauniversiti terhadap program vaksinasi. Menurut Strauss dan Corbin, analisis data bukan setakat mengkod dan membentuk tema-tema untuk data yang dipungut, “It involves interacting with data (analysis) using techniques such as asking questions about the data, and so on, making comparisons between data, and in doing so, deriving concepts to stand for those data, then developing those concepts in terms of their properties and dimensions (Strauss & Corbin, 1998). Beliau menerangkan analisis data melibatkan penggunaan teknik seperti bertanya soalan, membuat perbandingan terhadap data yang dikumpul dan kaedah lain untuk membentuk konsep berdasarkan data yang dikumpul.

Pada tahun 1998, Merriam mengatakan pengumpulan dan analisis data adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersamaan dalam suatu penelitian kualitatif (Merriam, 1998). Analisis dimulai pada pertemuan pertama, komentar pertama dan pembacaan pertama dokumen.

Dengan kata lain, analisis data dilakukan pada saat data pertama diperoleh. Proses analisis data dilakukan secara terus menerus selama seluruh masa kajian. Setelah data terkumpul, adalah penting untuk data tersebut dikelola dan ditapis sebaik mungkin bagi membantu pengulas untuk bertanya dan sebagai pemerhatian perrtemuan atau pengamatan berikutnya. Tanpa analisis, data yang dikumpulkan akan menjadi data yang tidak fokus dan berulang (Gibson & Brown, 2009; Merriam, 1998; Shull et al., 2015).

Dalam kajian ini, semua data yang dikumpul dimasukkan dalam perisian Nvivo 10 sebelum analisis data dilaksanakan. Setiap temu bual dirakam secara audio dan mentranskripsikan data- data secara verbatim merupakan langkah pertama yang dilakukan setelah temu bual. Selepas itu, data yang telah ditranskripsikan dibaca berulang kali untuk memperoleh pemahaman yang mendalam sebelum mengkategorikan data.

Strategi untuk mengkategorikan data adalah dengan menggunakan cadangan alat analitik yang dikemukakan oleh Corbin dan Strauss seperti bertanya soalan, membuat perbandingan, memikirkan pelbagai maksud terhadap sesuatu perkataan, pengalaman individu dan sebagainya (Strauss & Corbin, 1998). Namun, alat analitik yang paling banyak digunakan semasa proses analisis untuk kajian ini termasuk bertanya soalan dan membuat perbandingan. Melalui proses bertanya soalan dan memikirkan kemungkinan jawapan dari pelbagai sudut dapat membantu pengkaji memahami fenomena kajian daripada persepsi peserta. Membuat perbandingan

(9)

melibatkan proses membandingkan data dari segi kesamaan dan kelainan kejadian atau peristiwa sebelum membentuk tema- tema dan mengkategorikan data.

4. Penemuan Dan Perbincangan

Pemahaman Pelajar Prauniversiti Pelajar Prauniversiti Terhadap Vaksin Covid-19 Temu bual dimulakan dengan soalan yang paling mudah dan ringkas iaitu soalan berkaitan pemahaman pelajar-pelajar terhadap vaksin Covid-19. Beberapa pelajar mengetahui tentang cara vaksin Covid-19 berfungsi dengan menerangkan bahawa vaksin ini adalah RNA Coronavirus yang dilemahkan dan diperkenalkan virus dalam badan agar badan kita dapat menghasilkan antibodi yang meningkatkan sistem imunisasi badan. Mereka juga mengetahui terdapat pelbagai jenis vaksin seperti Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan lain-lain, dimana setiap vaksin ini amatlah berkesan walaupun mempunyai kandungan antigen berbeza. Secara keseluruhan, semua pelajar setuju bahawa vaksin mempunyai kebolehan untuk membentuk imuniti dalam badan manusia.

Seterusnya, pelajar-pelajar ini juga memberikan pendapat positif tentang vaksin Covid-19 yang menggunakan coronavirus sebagai bahan aktif seperti mengurangkan kadar jangkitan dan juga gejala yang akan dihadapi jika terkena jangkitan Covid-19 untuk mencapai tahap ‘herd immunity’ yang ditetapkan kerajaan. Namun, mereka berpendapat bahawa vaksin ini tidak dapat menghalang penyakit ini secara sepenuhnya. Mereka juga berpendapat bahawa cara ini juga amatlah selamat bagi manusia kerana pemprosesannya telah melalui banyak ujian klinikal yang dilakukan oleh saintis ternama dari banyak negara.

Apabila pelajar disoal berkaitan keyakinan mereka tentang vaksin Covid-19 melindungi penerima daripada jangkitan Covid-19, mereka menjelaskan bahawa mereka amatlah yakin dengan vaksin Covid-19. Beberapa alasan mereka ialah kerana vaksin telah terbukti melindungi pengguna dan mengelakkan gejala serius seperti yang dilihat kepada rakan-rakan responden yang mengalami gejala yang tidak teruk pada fasa endemik berbanding gejala mereka ketika bermulanya penyebaran Covid-19. Terdapat juga segelintir pelajar yang kurang yakin terhadap keberkesanan vaksin kerana terdapat ramai kenalan atau ahli keluarga mereka yang mengambil dos vaksin beserta dos penggalak, namun masih lagi dijangkiti dengan penyakit Covid-19.

Setelah mengadakan sesi temubual bersama responden, temubual ini menunjukkan mereka juga faham tentang kesan sampingan yang akan timbul setelah mengambil vaksin. Dalam kata lain, mereka tidak terlalu bimbang terhadap kesan sampingan vaksin Covid-19 kerana diyakini vaksin memberi lebih manfaat berbanding mudarat. Antara contoh kesan sampingan yang telah responden dapati setelah mengambil dos vaksin atau booster adalah seperti ruam, demam, batuk, selsema, kekejangan otot, pening kepala dan sebagainya. Namun, kesan sampingan ini merupakan perkara yang biasa dialami bagi semua pesakit Covid-19. Juga, terdapat antara mereka yang yakin bahawa kesan sampingan bagi setiap individu adalah berbeza kerana setiap tubuh mempunyai respon yang berbeza dan akan pulih dalam tempoh masa yang tertentu, tidak tertakluk kepada jenis vaksin yang diambil. Salah satu kenyataan responden menyatakan bahawa mereka tidak mendapat kesan sampingan setelah divaksin. Hal ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa antibodi yang dimiliki oleh individu tersebut adalah kuat dan menunjukkan setiap individu mempunyai ketahanan berbeza terhadap kesan pengambilan vaksin ini.

(10)

Pemahaman dari responden juga menyatakan pengambilan vaksin tidak hanya mengurangkan gejala serius dan kes kematian membabitkan jangkitan Covid-19, tetapi bukti terbaharu menunjukkan vaksin ini dapat mengurangkan risiko penularan virus berjangkit itu kepada orang lain (responden merujuk kepada siaran semasa pemakluman dari sidang media, maklumat dari carian di internet dan akhbar). Responden yakin dengan maklumat bahawa ketika vaksin Covid-19 dihasilkan, ia sudah direka bagi mengurangkan kematian akibat Covid- 19 , selain mengelak pesakit dimasukkan ke hospital dan mengurangkan gejala teruk akibat wabak ini.

Pemahaman responden bagi fakta-fakta ini adalah jelas seperti kenyataan statistik kes Covid- 19 di Malaysia yang kini sudah makin turun jumlah orang yang dijangkiti. Dalam kata lain, responden percaya Malaysia sudah mencapai “Herd Immunity”. Disebabkan induk tersebut telah dijangkiti Covid-19, badannya akan menjadi lebih kebal akan jangkitan Covid-19 pada masa akan datang. Seterusnya, akan mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Pada masa yang sama, jangkitan kes Covid-19 di Malaysia akan berkurang dari masa ke semasa.

Golongan yang menerima vaksin ini juga telah melindungi golongan yang tidak ambil vaksin atas sebab tertentu seperti masalah kesihatan dan sebagainya.

Faktor Yang Mempengaruhi Keputusan Pelajar Prauniversiti Untuk Menerima Vaksin Terdapat beberapa isu yang menjadi kegusaran responden ketika ditanya mengenai keputusan pengambilan vaksin Covid-19 ini. Kebimbangan mereka lebih menyeluruh kepada kesihatan diri sendiri dalam jangka masa panjang setelah mengambil dan melengkapkan dos vaksinasi mereka nanti. Dalam sesi temubual ini juga, ramai responden yang meluahkan perasan kecewa dan terkilan akan khabar angin yang tersebar di media sosial mengenai ketidakkeberkesanan vaksinasi dan impak buruk dalam kesihatan yang akan diterima oleh penerima vaksin dalam jangka masa panjang. 20 orang responden dalam kajian ini merupakan pelajar sains dan bagi mereka, kesemua khabar angin dan anasir jahat tentang vaksin Covid-19 adalah sama sekali tidak wajar. Hal ini akan senang mempengaruhi dan membolak-balikkan masyarakat lain yang tidak mempunyai kemudahan untuk mendapatkan fakta dan ilmu tentang vaksin Covid-19.

Rata-rata mereka berpendapat bahawa pencetus khabar angin tersebut mahu mendedahkan masyaratkan tentang cara pemikiran mereka sendiri dan ada yang seperti memaksa dalam mempengaruhi masyarakat untuk menolak vaksin. Permasalahan ini harus diperbetulkan kerana tuduhan mereka tiada bukti saintifik dan mampu menyesatkan masyarakat sehingga terpesong dari fakta yang benar. Responden percaya bahawa hal ini juga amat dibimbangi pihak kerajaan kerana ia menyebabkan masyarakat ragu-ragu akan keputusan mereka untuk mengambil vaksin Covid-19 sehingga mengubah fikiran mereka untuk tidak menerima vaksin.

Responden percaya masyarakat yang bijak perlulah berwaspada dan hanya percaya kepada pihak atasan yang mengeluarkan pernyataan kerana percaya pihak kerajaan telah mengkaji perkara ini untuk masa depan masayarakat dan negara yang lebih baik.

Dalam tinjauan yang dijalankan,70 % peratus daripada responden menyatakan terdapat hubung kait jumlah kematian akibat virus Covid-19 dengan keputusan mereka untuk mengambil vaksin. Rata-rata responden sedar akan kepentingan pengambilan vaksin setelah melihat jumlah kematian yang meningkat pada awal wabak ini melanda negara, seperti di catatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa ketika itu (KKM, 2023b). Mereka mempercayai keputusan mereka untuk mendapatkan vaksin dapat mengurangkan kadar kes kematian akibat wabak ini. Vaksin Covid-19 juga dipercayai dalam membantu mengurangkan kesan sampingan kepada tubuh badan apabila seseorang mendapat penyakit ini. Sebilangan daripada responden juga berpendapat kesedaran mereka melihat angka kematian menyebabkan masyarakat harus mencapai status imuniti kelompok agar dapat mengurangkan kadar kes

(11)

harian dan kematian akibat Covid-19. 30% peratus daripada responden juga menyatakan keputusan mereka untuk menerima vaksin Covid-19 adalah dipengaruhi dengan jumlah kematian semasa yang berlaku dan percaya ianya sebagai langkah pencegahan daripada wabak Covid-19.

Kesemua responden menyatakan kepercayaan yang penuh terhadap keberkesanan vaksin Covid-19.Hal ini kerana telah terbukti vaksin Covid-19 telah membantu dalam mengurangkan kadar kes kemasukan ke hospital dan kadar kematian akibat wabak ini (KKM, 2023b).

Malahan, gejala yang dialami oleh pesakit apabila dijangkiti virus Covid-19 juga menunjukkan kesan sampingan yang kurang serius berbanding individu yang langsung tidak mendapatkan suntikan vaksin. Pengenalan vaksin Covid-19 yang diperkenalkan sejak Februari 2021 juga telah membantu negara mengurangkan kadar kes virus Covid-19 secara berkesan dan berterusan. Responden percaya peralihan negara ke fasa endemik juga menunjukkan tahap kepercayaan yang baik oleh rakyat terhadap vaksin dalam membantu negara membendung virus Covid-19.

Faktor umur juga dikaji sebagai elemen yang mempengaruhi keputusan pelajar prauniversiti dalam mendapatkan vaksin Covid-19. Majoriti daripada responden berpendapat umur merupakan faktor yang penting dalam penerimaan vaksin. Hal ini berikutan maklumat media sosial yang diterima mengatakan bahawa kesan vaksin Covid-19 adalah berbeza mengikut umur dan tahap antibodi individu. Dalam temubual yang dijalankan, responden menyatakan pendapat mereka berkaitan penerimaan vaksin bagi beberapa lapisan umur. Kanak-kanak merupakan golongan yang dianggap golongan yang kurang sesuai untuk mendapatkan vaksin berikutan proses tumbesaran mereka yang masih mempunyai antibodi yang lemah. Responden percaya hal ini dapat menjejaskan kesihatan kanak-kanak kerana vaksin mempunyai kandungan genetik virus Covid-19 yang masih belum lagi boleh dilawan oleh tubuh badan kanak-kanak. Golongan warga tua juga antara lapisan umur yang ditekankan oleh responden akan kepentingan bagi mendapatkan vaksin Covid-19. Hal ini kerana ramai di antara golongan ini mula menghidapi pelbagai penyakit berisiko seperti darah tinggi,kencing manis, kolestrol dan sakit jantung. Penyakit berisiko ini yang menjadikan sistem imunitas tubuh badan golongan tua adalah lebih lemah berbanding lapisan usia yang lain. Responden percaya dan faham bahawa kesan sampingan yang bakal dihadapi oleh golongan tua juga adalah berkemungkinan lebih parah dan berisiko tinggi kerana taraf kesihatan diri yang lemah. Sehubungan dengan itu, golongan warga tua merupakan golongan yang paling disarankan oleh responden dalam kajian ini untuk mendapatkan vaksinasi lengkap. Responden juga menyatakan golongan dewasa adalah lapisan umur yang dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap vaksin kerana mempunyai tahap antibodi yang baik.

Persepsi Terhadap Program Vaksinasi Covid-19 Dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti Bagi semua responden yang terlibat, mereka berpendapat saranan KKM yang menggesa rakyat Malaysia untuk mengambil vaksin Covid-19 amatlah berkesan. Hal ini kerana fakta peratusan mendapatkan dua dos lengkap vaksin beserta dengan dos ‘booster’ telah mencapai sasaran yang ditetapkan(KKM, 2023b). Seterusnya dengan hampir semua rakyat yang melengkapkan dos vaksin, kes telah menurun dan rakyat dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa dan tidak seperti fasa pandemik yang dilaksanakan perintah kawalan pergerakan(PKP). Responden juga percaya masyarakat telah berjaya mencapai status imuniti kelompok dalam masa yang singkat.

Hal ini juga dapat dibuktikan melalui berita terkini di sosial media seperti #vaccinated yang menggalakkan rakyat untuk mendapatkan vaksin terutamanya dalam golongan remaja.

(12)

Halangan Pelajar Prauniversiti Untuk Mengambil Vaksin Covid-19

Setelah ditemu bual semua ahli responden kami, mereka semua bersetuju bahawa pengambilan vaksin Covid-19 merupakan atas keputusan mereka sendiri. Hal ini kerana, mereka sedar akan kepentingan vaksin tersebut buat diri mereka. Kebanyakkan mereka mempercayai akan keberkesanan vaksin ini atas usaha diri sendiri seperti membaca info-info sahih yang terkini di media sosial, akhbar dan iklan televisyen, melalui subjek biologi yang dipelajari semasa di sekolah menengah dan daripada pengaruh rakan sebaya. Ada juga daripada mereka mendapat pendedahan awal daripada ahli keluarga yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Mereka yakin jika mengambil vaksin ini dapat mengurangkan kesan sampingan jika dijangkiti virus ini kerana mempunyai imuniti badan yang tinggi. Selain itu, ada juga yang memberi alasan jika mereka tidak menerima vaksin Covid-19 ini, mereka tidak mendapat keistimewaan penerima vaksin yang lain ketika itu, seperti bercuti, membeli belah dan makan di dalam kedai.

Setelah dikaji dengan lebih mendalam, terdapat beberapa kemungkinan halangan yang diterima oleh beberapa orang reponden serta rakan-rakan seusia mereka dalam membuat keputusan untuk mengambil vaksin Covid-19. Antaranya ialah tidak mendapat kebenaran dan kekangan daripada ibu bapa kerana ada antara ibu bapa mereka yang kurang mendapat pendidikan awal tentang bagaimana sesuatu vaksin tu berfungsi dan ada juga yang mengakui mereka tidak mahu untuk mempercayai KKM tetapi lebih mudah mempercayai kumpulan anti-vaksin. Selain itu, terdapat beberapa kenalan responden yang menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung ataupun menghidapi alahan ubat-ubatan dan kandungan yang terdapat di dalam vaksin ini, dimana mereka percaya boleh menyebabkan komplikasi yang teruk atau kematian sekiranya mengambil vaksin ini. Namun, golongan ini akhirnya mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum membuat sebarang keputusan. Seterusnya, faktor geografi memainkan peranan kerana terdapat golongan yang tinggal di kawasan pedalaman dan tiada kemudahan fasiliti berdekatan yang menyediakan kemudahan suntikan vaksin Covid-19 dari pihak kesihatan negara.

Ketiadaan pengangkutan disediakan buat mereka menyebabkan mereka lebih sukar untuk bergerak, lebih -lebih lagi golongan seusia responden ini ada diantaranya tidak mempunyai lesen kenderaan dan ada juga yang tidak mendapat kepercayaan dari ibubapa mereka untuk membawa kenderaan sendiri kerana dikatakan umur mereka masih muda. Tambahan pula, ada segelintir masyarakat tempatan yang terpedaya akan anasir-anasir kumpulan anti vaksin, contohnya seperti yang ada di aplikasi Telegram, dan mempengaruhi keputusan anak-anak mereka serta rakan-rakan mereka untuk menolak vaksin. Antara kenyataan yang tersebut adalah penggunaan agama sebagai alasan untuk mengharamkan sesuatu seperti menyatakan vaksin ini mengandungi genetik DNA khinzir. Dan kenyataan seperti vaksin Covid-19 mengandungi cip mikro.

Bagi soalan kedua terakhir yang ditanyakan kepada responden iaitu adakah wajar jika ibu bapa tidak membenarkan anak mereka untuk mengambil vaksin COVID-19. Didapati 37% daripada responden menyatakan ianya wajar untuk ibu bapa menghalang anak-anak mereka daripada mendapatkan vaksin ini. Hal ini kerana, sekiranya anak mereka mempunyai penyakit kronik ataupun berisiko tinggi perkara ini akan lebih membahayakan mereka dan harus ditanggung oleh kedua ibu bapa itu sendiri. Akan tetapi 63% responden daripada menyatakan ianya adalah tidak wajar kerana sudah terdapat pelbagai statistik dan pendedahan yang bagus tentang program vaksinasi ini dan tidak seharusnya mereka mengongkong keputusan anak-anak mereka. Namun, ia adalah hak dan kewajaran sebagai ibu bapa untuk berasa resah dan ragu akan kesihatan anak-anak mereka.

(13)

5. Kesimpulan

Persepsi terhadap program vaksinasi Covid-19 dalam kalangan pelajar prauniversiti yang terlibat di dalam kajian ini ialah pelajar secara puratanya memberi sokongan yang kukuh untuk memastikan negara mencapai kadar vaksinasi secara sepenuhnya. Pelajar prauniversiti ini memahami tentang kepentingan vaksinasi semasa penularan Covid-19 dan juga cara vaksin berfungsi. Hampir semua pelajar prauniversiti menerima baik program vaksinasi Covid-19 ini demi mencapai imuniti kendiri yang sempurna untuk mencegah penyakit Covid-19. Faktor- faktor yang menyebabkan keputusan pelajar prauniversiti untuk menerima atau menolak vaksinasi adalah seperti khabar angin negatif vaksin Covid-19 yang menyebabkan ketakutan terhadap pengambilan vaksin, hubung-kait jumlah kematian akibat penyakit virus ini dengan keputusan untuk mengambil vaksin, keyakinan terhadap vaksin sebagai langkah pencegahan Covid dan faktor umur. Terdapat juga beberapa halangan yang dihadapi oleh pelajar prauniversiti seperti sikap ibu bapa yang kurang percaya akan program vaksinasi Covid-19 sehingga tidak membenarkan pengambilan vaksin ke atas pelajar, masalah kesihatan pelajar sendiri, masalah logistik yang menyukarkan individu untuk ke tempat vaksin serta penglibatan hukum agama terhadap vaksin yang mengakibatkan timbul keraguan terhadap penerimaan vaksin di kalangan keluarga pelajar.

Penghargaan

Penyelidikan ini disokong oleh Geran Galakan Penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [nombor geran: GGP-2020-045]

Rujukan

Abdallah, D., & Lee CM. (2021). Social norms and vaccine uptake: College students’ COVID vaccination intentions, attitudes, and estimated peer norms and comparisons with influenza vaccine. Vaccine, 39(15), 2060–2067.

Acter, T., Uddin, N., Das, J., Akhter, A., Choudhury, T. R., & Kim, S. (2020). Evolution of severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2) as coronavirus disease 2019 (COVID-19) pandemic: A global health emergency. Science of The Total Environment, 730, 138996.

Al-Hasan, A., Khuntia, J., & Yim, D. (2021). Does Seeing What Others Do Through Social Media Influence Vaccine Uptake and Help in the Herd Immunity Through Vaccination? A Cross-Sectional Analysis. Frontiers in Public Health, 9.

Ali, H. A., Hartner, A. M., Echeverria-Londono, S., Roth, J., Li, X., Abbas, K., Portnoy, A., Vynnycky, E., Woodruff, K., Ferguson, N. M., Toor, J., & Gaythorpe, K. A. (2022).

Vaccine equity in low and middle income countries: a systematic review and meta- analysis. International Journal for Equity in Health, 21(1).

Bălan, A., Bejan, I., Bonciu, S., Eni, C. E., & Ruță, S. (2021). Romanian Medical Students’

Attitude towards and Perceived Knowledge on COVID-19 Vaccination. Vaccines 2021, Vol. 9, Page 854, 9(8), 854.

Bchetnia, M., Girard, C., Duchaine, C., & Laprise, C. (2020). The outbreak of the novel severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2): A review of the current global status. Infection and Public Helath, 13(11), 1601–1610.

Beleche, T., Ruhter, J., Kolbe, A., Marus, J., Bush, L., & Sommers, B. (2021). COVID-19 vaccine hesitancy: demographic factors, geographic patterns, and changes over time.

Aspe.Hhs.Gov.

Crawford, J., & Irving, C. (2009). Information literacy in the workplace: A qualitative exploratory study. Journal of Librarianship and Information Science, 41(1), 29–38.

(14)

Gallè, F., Sabella, E. A., Roma, P., De Giglio, O., Caggiano, G., Tafuri, S., Da Molin, G., Ferracuti, S., Montagna, M. T., Liguori, G., Orsi, G. B., & Napoli, C. (2021).

Knowledge and acceptance of COVID-19 vaccination among undergraduate students from central and southern Italy. Vaccines, 9(6), 638.

Geoghegan, S., O’Callaghan, K. P., & Offit, P. A. (2020). Vaccine Safety: Myths and Misinformation. Frontiers in Microbiology, 11, 372.

Gibson, W., & Brown, A. (2009). Working with qualitative data.

KKM. (2023a). COVID-19 di Malaysia - COVIDNOW.

KKM. (2023b). Vaksin COVID-19 - Info Sihat | Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

KPT. (2021). Kemasukan Pelajar Ke Kampus Institusi Pendidikan Tinggi secara Berperingkat Bermula 15 Oktober 2021. Kementerian Pendidikan Tinggi.

Lee, M., & You, M. (2022). Direct and Indirect Associations of Media Use With COVID-19 Vaccine Hesitancy in South Korea: Cross-sectional Web-Based Survey. J Med Internet Res 2022;24(1):E32329

Leos-Toro, C., Ribeaud, D., Bechtiger, L., Steinhoff, A., Nivette, A., Murray, A. L., Hepp, U., Quednow, B. B., Eisner, M. P., & Shanahan, L. (2021). Attitudes Toward COVID-19 Vaccination Among Young Adults in Zurich, Switzerland, September 2020.

International Journal of Public Health, 66, 643486.

Liew, T. M., & Lee, C. S. (2021). Examining the Utility of Social Media in COVID-19 Vaccination: Unsupervised Learning of 672,133 Twitter Posts. JMIR Public Health Surveill 2021;7(11):E29789

Lu, H., Weintz, C., Pace, J., Indana, D., Linka, K., & Kuhl, E. (2021). Are college campuses superspreaders? A data-driven modeling study. Comput Methods Biomech Biomed Engin, 24(10), 1136–1145.

Ludwig, S., & Zarbock, A. (2020). Coronaviruses and SARS-CoV-2: A Brief Overview.

Anesthesia and Analgesia, 131(1), 93–96.

Mant, M., Aslemand, A., Prine, A., & Holland, A. J. (2021). University students’ perspectives, planned uptake, and hesitancy regarding the COVID-19 vaccine: A multi-methods study. PLoS ONE, 16(8 August 2021).

Merriam, S. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Revised and Expanded from" Case Study Research in Education.".

Moore-Cherry, N., Quin, S., & Burroughs, E. (2015). Why Students Leave: Findings From Qualitative Research Into Student Non-completion In Higher Education In Ireland (Focused Research Report No. 4). The National Forum for the Enhancement of Teaching & Learning in Higher Education.

Murphy, J., Vallières, F., Bentall, R. P., Shevlin, M., McBride, O., Hartman, T. K., McKay, R., Bennett, K., Mason, L., Gibson-Miller, J., Levita, L., Martinez, A. P., Stocks, T.

V. A., Karatzias, T., & Hyland, P. (2021). Psychological characteristics associated with COVID-19 vaccine hesitancy and resistance in Ireland and the United Kingdom.

Nature Communications 2021 12:1, 12(1), 1–15.

Mussio, I., & de Oliveira, A. C. M. (2022). An (un)healthy social dilemma: a normative messaging field experiment with flu vaccinations. Health Economics Review, 12(1).

Nguyen, K. H., Nguyen, K., Corlin, L., Allen, J. D., & Chung, M. (2021). Changes in COVID- 19 vaccination receipt and intention to vaccinate by socioeconomic characteristics and geographic area, United States, January 6–March 29, 2021. Taylor & Francis, 53(1), 1419–1428.

Olaimat, A. N., Aolymat, I., Shahbaz, H. M., & Holley, R. A. (2020). Knowledge and Information Sources About COVID-19 Among University Students in Jordan: A Cross-Sectional Study. Frontiers in Public Health, 8, 254.

(15)

Richard, E., Just, E., Schmitz, A., Zerbe, R. O., & Just, R. E. (2012). Scitovsky reversals and practical benefit-cost analysis. Journal of Benefit-Cost Analysis, 3(3), 411–413.

Robinson, R., Nguyen, E., Wright, M., Holmes, J., Oliphant, C., Cleveland, K., & Nies, M. A.

(2022). Factors contributing to vaccine hesitancy and reduced vaccine confidence in rural underserved populations. Humanities and Social Sciences Communications 2022 9:1, 9(1), 1–8.

Roy, D. N., Biswas, M., Islam, E., & Azam, M. S. (2022). Potential factors influencing COVID-19 vaccine acceptance and hesitancy: A systematic review. PLOS ONE, 17(3), e0265496.

Sandler, K., Srivastava, T., Fawole, O. A., Fasano, C., & Feemster, K. A. (2020).

Understanding vaccine knowledge, attitudes, and decision-making through college student interviews. Journal of American College Health, 68(6), 593–602.

Sharma, M., Davis, R. E., & Wilkerson, A. H. (2021). COVID-19 Vaccine Acceptance among College Students: A Theory-Based Analysis. International Journal of Environmental Research and Public Health, 18(9).

Shull, F., Singer, J., Dag, •, Sjøberg, I. K., & Sjøberg, D. I. K. (2015). Qualitative research: A guide to design and implementation.

Souli, D., & Dilucca, M. (2020). Knowledge, attitude and practice of secondary school students toward COVID-19 epidemic in Italy: a cross selectional study. BioRxiv, 5(8):084236.

Strauss, A., & Corbin, J. (1998). Basics of qualitative research techniques.

Taylor, B., Miller, E., Farrington, C. P., Petropoulos, M. C., Favot-Mayaud, I., Li, J., & Waight, P. A. (1999). Autism and measles, mumps, and rubella vaccine: no epidemiological evidence for a causal association. The Lancet, 353(9169), 2026–2029.

Topcuoglu N. (2020). Public health emergency of international concern: Coronavirus disease 2019 (COVID-19). The Open Dentistry Journal, 14, 71–72.

Van Nguyen, D., & Nguyen, P. H. (2022). Social media and COVID-19 vaccination hesitancy:

mediating role of the COVID-19 vaccine perception. Heliyon, 8(9), e10575.

Wei, M., Yang, N., Wang, F., Zhao, G., … H. G.-D. medicine and, & 2020, undefined. (2020).

Epidemiology of coronavirus disease 2019 (COVID-19) caused by severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2). Cambridge.Org, 14(6).

Wong, M. C. S., Wong, E. L. Y., Huang, J., Cheung, A. W. L., Law, K., Chong, M. K. C., Ng, R. W. Y., Lai, C. K. C., Boon, S. S., Lau, J. T. F., Chen, Z., & Chan, P. K. S. (2021).

Acceptance of the COVID-19 vaccine based on the health belief model: A population- based survey in Hong Kong. Vaccine, 39(7), 1148–1156.

World Health Organization. (2020). Novel Coronavirus (2019-nCoV): situation report, 11. 1–

8.

Yamey, G., Schäferhoff, M., Hatchett, R., Pate, M., Zhao, F., & McDade, K. K. (2020).

Ensuring global access to COVID-19 vaccines. The Lancet, 395(10234), 1405–1406.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Sarawak dalam proses

Abstrak : Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan masa bagi pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Ambilan 1, dari aspek menguruskan masa

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan strategi belajar bersama-sama rakan dalam kalangan pelajar dalam konteks kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM.. Ia