• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA 2012 PENTAS EKSPRESI SEMANGAT MERDEKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA 2012 PENTAS EKSPRESI SEMANGAT MERDEKA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

1/2

PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA 2012 PENTAS EKSPRESI SEMANGAT MERDEKA

PUTRAJAYA, 27 JULAI 2012- Warganegara Malaysia adalah dialu-alukan untuk menyertai Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Pertandingan ini bertujuan menggalakkan cetusan kreativiti rakyat dalam menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan melalui kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di bangunan, kawasan dan premis masing-masing.

Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 yang dianjurkan terbahagi kepada lapan (8) kategori iaitu Bangunan Kerajaan dan Swasta, Kampung, Sekolah, Taman Perumahan, Individu, Pintu Gerbang dan Anjung Komuniti 1Malaysia.

Penilaian pemenang akan dibuat berdasarkan kepada tiga (3) kriteria utama iaitu aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah. Antaranya ialah kepelbagaian hiasan dan reka letak bendera, membuat bendera dengan penggunaan flora dan bahan-bahan terpakai serta paparan lukisan, grafiti, pantun atau slogan yang menterjemahkan tema Hari Kemerdekaan.

Borang penyertaan boleh diperolehi secara dalam talian (online) di www.penerangan.gov.my atau di semua pejabat Jabatan Penerangan Daerah yang berhampiran.

Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke pejabat Jabatan Penerangan Daerah yang berhampiran atau di alamat:

Urusetia

Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2012 Jabatan Penerangan Malaysia

Aras 11, Kompleks KPKK

No.49, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya.

(2)

2/2 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2012. Hadiah keseluruhan berupa wang tunai sebanyak RM 45,000.00 menanti pemenang.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Urusetia Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2012 di talian 03-8911 7306/7325 atau melalui e-mel di [email protected].

Tahun lalu Jabatan Penerangan Malaysia telah menerima sejumlah 356 penyertaan dari seluruh negara bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan. Dijangkakan penyertaan akan meningkat pada tahun ini berdasarkan maklumbalas positif yang diterima daripada orang ramai sebelum ini disamping promosi dan publisiti untuk menggalakkan penyertaan.

###

Disediakanoleh : Bahagian Media danKomunikasiKorporat JabatanPenerangan Malaysia

Aras 10, Kompleks KPKK Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya

Tel : 03 – 8911 3440

Faks : 03 – 8911 7544

E-mel : [email protected]

Referensi

Dokumen terkait