PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 45 TAHUN UKM
SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN
1. Penyertaan adalah TERBUKA kepada warga UKM
2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya satu logo yang terbaik sahaja akan dipilih.
3. Semua ciptaan mestilah karya asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo yang sedia ada.
4. Panel penilai yang dilantik serta ahli keluarga terdekat tidak layak menyertai pertandingan ini.
5. Semua logo yang diterima akan menjadi hak milik UKM, dan UKM berhak ke atas logo yang terpilih, sama ada untuk dipinda atau diubah suai bagi maksud untuk digunakan, dipamerkan ataupun dicetak untuk sebarang tujuan berkaitan.
TEMA
UKM Pendaulat Amanah Negara
SPESIFIKASI REKAAN
1. Rekaan logo mestilah bersaiz 15 cm x 15 cm yang dicetak berlatar belakang putih. Perlu dihantar dan bentuk cetakan bersama salinan asal (soft copy)
2. Rekaan logo mestilah baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen sensitif. Penyertaan akan terbatal jika didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli.
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
4. Rekaan logo mestilah dihasilkan menerusi perisian Adobe Illustrator (versi CS4 dan ke atas) dalam format AI atau perisian Adobe Photoshop (versi CS4 dan ke atas) dalam format PSD (unflatenned file) dengan resolusi minimum 300 dpi.
5. Rekaan logo yang di hantar mestilah beserta keterangan atau penjelasan yang rasional berkaiatan reka bentuk logo, simbol dan warna yang digunakan.
6. Reka cipta logo hendaklah menepati ciri-ciri warna yang terdapat dalam logo UKM iaitu tidak melebihi empat warna asas.
7. Rekaan harus menggambarkan identiti UKM dan menepati tema yang diberikan.
PENYERTAAN
1. Setiap penyertaan hendaklah mencatat butiran yang lengkap di bahagian belakang hasil karya iaitu:
a. Nama Penuh;
b. Nombor Kad Pengenalan;
c. Alamat Terkini;
d. Nombor Telefon; dan e. e-mel
2. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk:
a. Cetakan warna bersaiz 15 cm x 15 cm b. Fail (artwork) yang dimuatkan dalam CD.
3. Setiap penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 27 April 2015 ke alamat berikut:
URUS SETIA
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 45 TAHUN UKM PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI, SELANGOR
4. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
PENILAI
1. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat oleh Panel Penilai. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi syarat yang dinyatakan.
2. Panel Penilai berhak mengubah suai dan meminda reka bentuk logo sekiranya perlu, mengikut kesesuaian.
3. Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik UKM. Sebarang keputusan Panel Penilai adalah MUKTAMAD.
HADIAH PERTANDINGAN
1. Pemenang: RM1,000.00 beserta Sijil Penyertaan 2. Sijil Penyertaan kepada semua peserta.