• Tidak ada hasil yang ditemukan

pertandingan sempena bulan bahasa kebangsaan ukm 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "pertandingan sempena bulan bahasa kebangsaan ukm 2017"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PERTANDINGAN SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN UKM 2017

Sempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan, ATMA dan BAYU FSSK menganjurkan empat pertandingan bagi menyemarakkan kesedaran dan semangat serta penghayatan bahasa Melayu di UKM. Berikut adalah maklumat mengenai syarat pertandingan.

A. Pertandingan Deklamasi Puisi dalam Bahasa Melayu (Video Pendek - Pensyarah) 1. Terbuka kepada semua pensyarah UKM.

2. Deklamasi puisi (termasuk sajak, pantun, syair, seloka, gurindam) hendaklah dibuat di hadapan pelajar dalam bilik kuliah dan dirakamkan dalam bentuk video tidak lebih dari 2 minit.

3. Rakaman video pendek ini dinaikkan dalam YouTube oleh pensyarah, dan dituliskan tajuk

"Deklamasi puisi BBK 2017 UKM. Siri 1 nama pensyarah" dan seterusnya Siri 2, 3 dan 4.

4. Jumlah minimum video pendek yang dinaikkan ke YouTube ialah 4, dan ia hendaklah dibuat satu atau dua kali seminggu dalam bulan Oktober ini, dan tidak boleh dinaikkan dua video seminggu.

5. Persembahan video mesti ada wajah pensyarah berkenaan dan boleh disunting latar, suara, dan digandingkan dengan penggunaan grafik dan animasi jika perlu.

6. Tarikh tutup pertandingan video pendek deklamasi ini ialah pada 30 November 2017, sebelum jam 12:01 pagi.

7. Sila hantar email makluman kami di [email protected] sebelum atau pada 30 November 2017, sebelum jam 12:01 pagi berserta nama penuh dan No. Matrik UKM.

8. Keputusan pengadil adalah muktamad.

B. Pertandingan Merekacipta 10 Rangkap Pantun Mengikut Tema 1. Terbuka kepada semua pelajar UKM.

2. Semua pantun adalah ciptaan sendiri.

3. 10 rangkap pantun adalah berdasarkan satu tema pilihan sendiri.

4. 10 rangkap pantun hendaklah empat baris.

5. Pantun terbaik mempunyai pembayang maksud dan rima yang baik.

6. Semua pantun hendaklah dihantar kepada [email protected] sebelum atau pada 30 November 2017, sebelum jam 12:01 pagi berserta nama penuh, No. KP dan No. Matrik UKM.

7. Keputusan pengadil adalah muktamad.

C. Pertandingan Syarahan Dalam Bahasa Melayu oleh Pelajar Penutur Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing

1. Terbuka kepada semua pelajar penutur Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.

(2)

2. Syarahan dibuat dalam Bahasa Melayu dan dirakam dalam video pendek tidak lebih dari 5 minit.

3. Syarahan boleh disampaikan menggunakan nota tetapi tidak membaca teks sepenuhnya atau sepanjang syarahan.

4. Semua video pendek dinaikkan di YouTube sebelum atau pada 30 November 2017, sebelum jam 12:01 pagi dan dituliskan "Syarahan Bahasa Melayu BBK UKM 2017 dan nama anda"

5. Sila hantar email makluman kepada kami di [email protected] sebelum atau pada 30 November 2017, sebelum jam 12:01 pagi berserta nama penuh dan No. Matrik UKM.

6. Keputusan pengadil adalah muktamad.

D. Pertandingan PTJ terbaik dalam penghayatan BBK UKM 2017 1. Terbuka kepada semua PTJ.

2. Bilangan pensyarah PTJ yang ambil bahagian dalam deklamasi puisi.

3. Bilangan pelajar PTJ yang ambil bahagian dalam mengarang pantun.

4. Bilangan pelajar asing PTJ yang ambil bahagian dalam syarahan Bahasa Melayu.

5. Bilangan aktiviti bahasa (inisiatif warga PTJ) di PTJ sepanjang Oktober 2017.

6. Bilangan iklan (poster, bunting, mesej digital) yang ditampal, di edar, dan dipapar bagi tingkat kesedaran BBK UKM di PTJ.

7. Semua bukti usaha PTJ hendaklah boleh dilihat berlaku.

8. Tarikh penilaian PTJ terbaik untuk BBK UKM akan dibuat mulai 25 Nov 2017.

9. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Referensi

Dokumen terkait