• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aspek Pertimbangan Pilih Video Youtube Oleh Guru Sejarah Di Perlis (Aspects of Consideration in Choosing Youtube Videos by History Teachers in Perlis)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Aspek Pertimbangan Pilih Video Youtube Oleh Guru Sejarah Di Perlis (Aspects of Consideration in Choosing Youtube Videos by History Teachers in Perlis)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Aspek Pertimbangan Pilih Video Youtube Oleh Guru Sejarah Di Perlis

(Aspects of Consideration in Choosing Youtube Videos by History Teachers in Perlis)

Shen Yuan Saw1*, Mohd Mahzan Awang1

1 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 April 2023 | Published: 30 April 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.1.22

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Video Sejarah YouTube telah digunakan oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Memandangkan bilangan video Sejarah adalah semakin banyak dalam YouTube, guru Sejarah perlu memilih video Sejarah yang sesuai untuk digunakan dalam PdP Sejarah. Dengan ini, kajian ini fokus kepada aspek pemilihan video YouTube Sejarah oleh guru Sejarah di Perlis. Kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik telah dijalankan di negeri Perlis dan melibatkan 158 guru Sejarah. 27 soalan telah disediakan untuk mengetahui pertimbangan guru Sejarah dari segi populariti, isi kandungan, penghasilan video, tempoh masa serta penghasil video. Dapatan secara deskriptif melalui skor min dan sisihan piawai menunjukkan aspek pertimbangan bagi isi kandungan dan penghasilan video adalah tinggi, manakala aspek populariti dan penghasil video adalah rendah. Tempoh masa yang paling disukai oleh guru Sejarah adalah dalam lingkungan masa 3-5 minit. Kajian ini boleh disasarkan kepada guru Sejarah di seluruh Malaysia.

Kata kunci: YouTube, guru Sejarah, aspek pertimbangan, video

Abstract: YouTube History videos have been used by History teachers in the teaching and learning of History. Since the number of History videos is increasing in YouTube, History teachers need to choose appropriate History videos to use in teaching History. With this, this study focuses on the selection of History YouTube videos by History teachers in Perlis. A survey using a questionnaire was conducted in the state of Perlis and involved 158 History teachers.

27 questions have been prepared to find out the judgment of History teachers in terms of popularity, content, video production, time period and video producer. Descriptive findings through the mean score and standard deviation show that the aspect of consideration for content and video production is high, while the aspect of popularity and video production is low. The time period most preferred by History teachers is within 3-5 minutes. This study can be targeted at History teachers throughout Malaysia..

Keywords: YouTube, History teacher, choose appropriate, video

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh semua murid dari sekolah rendah dan sekolah Menengah. Mulai tahun 2013, murid wajib mendapat kelulusan

(2)

dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan sijil tersebut (Astro Awani, 2013).

Banyak kajian menunjukkan penggunaan video YouTube amat membantu dalam pembelajaran Sejarah sama ada dari segi kefahaman, peningkatan motivasi atau menjalankan pembelajaran kendiri (Lempoy, 2022). Dokumen Standard Kurikulum Sekolah (DSKP) Sejarah juga mencadangkan video sebagai satu sumber untuk membantu murid mengumpul data bagi kajian kes dan sebagai salah satu cara persembahan hasil kajian kes (KPM, 2018).

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan pembelajaran dalam talian dan memperluaskan penggunaan video YouTube sebagai salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran (Irawan et al. 2020). Dengan ini, guru Sejarah perlu memilih video yang sesuai bagi murid dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian Purnamasari et al. (2019) menunjukkan bahawa pengguna YouTube akan dipengaruhi unsur populariti seperti komen, bilangan like pada video tersebut. Selain itu, isi kandungan dalam video seperti penerangan objektif akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran (Brame, 2016). Selain itu, penghasilan seperti intonasi, penambahan caption, unsur animasi juga merupakan salah satu aspek pertimbangan bagi guru untuk memilih video (Pattier, 2021 & Srinivasacharlu, 2020). Di samping itu, tempoh masa video serta penghasil video atau YouTuber juga menjadi aspek pertimbangan bagi pengguna video YouTube.

Demi memastikan video YouTube yang digunakan adalah sesuai, guru Sejarah perlu menimbangkan aspek tertentu untuk penggunaan dalam kelas. Kajian Pattier (2021) telah menjalankan satu kajian terhadap saluran YouTube mata pelajaran Sains bagi mengetahui aspek yang menjayakan satu saluran. Satu isu telah ditimbulkan bahawa sama ada guru sebagai penonton dan pengguna YouTube akan dipengaruhi oleh faktor kejayaan ini untuk memilih video Sejarah untuk pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Hal ini disebabkan berbeza dengan sekadar menonton dalam laman web YouTube, guru akan bertimbang dari aspek lain semasa memilih video tersebut untuk tujuan pembelajaran murid sama ada untuk pembelajaran Sejarah. Dengan ini, kajian ini bertujuan untuk meninjau aspek pertimbangan pemilihan video YouTube oleh guru Sejarah di Perlis.

2. Sorotan Literatur

Dalam kajian ini, aspek pertimbangan pemilihan video merujuk kepada apabila guru ingin memilih video Sejarah, aspek manakah yang akan ditimbangkan oleh guru Sejarah untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek ini merangkumi lima item iaitu populariti, isi kandungan, penghasilan video, tempoh masa dan penghasil video.

2.1 Populariti

Nandagiri & Philip (2018) menyatakan bahawa pengguna YouTube akan dipengaruhi oleh YouTuber yang subscribe oleh mereka. Kajian Purnamasari et al. (2019). menunjukkan tontonan video adalah dikaitkan secara positif dengan bilangan siaran video, bilangan suka (like) pada video dan sentimen negatif dalam ulasan. Kajian ini mendapat dua keputusan iaitu sebahagian menyokong bahawa bilangan suka (like) akan mempengaruhi tempoh siaran pada video manakala sebahagian menyokong komen yang akan mempengaruhi tempoh siaran video.

Kajian Kuchhal & Li (2022) menunjukkan bahawa siaran video tidak mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana berkait rapat dengan isu “monetization” dan juga jangka masa video dimuat naik ke platform YouTube.

(3)

2.2 Isi Kandungan

Kajian Srinivasacharlu (2020) memberi cadangan kepada guru untuk menghasilkan video YouTube yang mengandungi kandungan yang relevan dengan subjek atau kelas tersebut.

Kajian Pattier (2021) menerangkan bahawa YouTuber dalam bidang Sains suka menggunakan cara interaksi untuk menarik perhatian penonton berbanding dengan video dari bidang yang lain. Semasa menstrukturkan video, YouTuber suka menunjukkan objektif pembelajaran mereka dan menghubungkaitkan dengan video lain daripada saluran mereka. Kajian Brame (2016) menyatakan bahawa video harus memberi penerangan ringkas mengenai objektif pembelajaran yang ingin dicapai dalam video bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

2.3 Penghasilan Video

Srinivasacharlu (2020) memberi cadangan bahawa video YouTube yang digunakan harus dilengkapi dengan caption atau subtitle untuk memudahkan murid memproseskan maklumat tersebut. Kajian Pattier (2021) menunjukkan YouTuber dalam bidang Sains biasanya akan menggunakan intonasi yang mudah, berbentuk akademik, satu jenis bahasa ataupun tidak menggunakan bahasa. Kajian ini juga menyatakan bahasa penggunaan bahasa juga ditinjau seperti tidak ada kata-kata makian atau kesat digunakan malah kebanyakan YouTuber akan menggunakan unsur lucu dalam video Sains. Kajian Atmojo (2022) mendapat cadangan daripada murid bahawa mereka susah untuk membaca kandungan PowerPoint tersebut dalam format video. Dengan ini, unsur animasi perlu ditambahkan ke dalam penghasilan video agar video tersebut menjadi lebih menarik. Kajian Nasution (2019) menyatakan YouTube merupakan media yang bagus dalam kelas. Kajian menyatakan video dapat memberi gambaran terhadap perkataan dan memudahkan pemahaman. Visual dalam YouTube boleh dalam pelbagai bentuk peta aliran. Kajian Brame (2016) menyatakan bahawa penggunaan video yang menggunaan audio dan elemen visual membawa kesan positif dalam meningkatkan motivasi murid dan penglibatan murid dalam pembelajaran Biologi. Selain itu, idea dan konsep penting dalam video mesti dititikberatkan bagi memudahkan pemahaman murid. Kajian Hoiles et al.

(2017) juga menunjukkan muka depan video YouTube (Thumbnail) akan membawa pengaruh kepada populariti video. Kajian ini menunjukkan pengubahsuaian muka depan secara optimum membawa kesan positif kepada populariti video. Kajian Azor et al. (2020) menunjukkan penggunaan Video audio dan Kinesteti (VAK) dalam kelas meningkatkan hasil pembelajaran sejarah serta meningkatkan minat murid terhadap subjek sejarah. VAK mengukuhkan pembelajaran murid melalui visualisasi perkara yang berlaku pada masa silam. Cara audio visual juga dapat meningkatkan hasil pembelajaran dan kemahiran bertutur.

2.4 Tempoh Masa

Srinivasacharlu (2020) mencadangkan semasa guru menggunakan YouTube di dalam kelas, tempoh masa video yang dicadang harus dalam lingkungan 5-10 minit agar tidak terlalu beban dan hilang fokus. Video yang melebihi 30 minit akan menjadikan proses pembelajaran kurang berkesan. Kajian Darling-Hammond et al. (2020) juga menyatakan video yang dirakam akan disunting secara minimum supaya tidak membebankan murid dan membantu kawalan fokus murid dalam pembelajaran. Kajian Atmojo (2022) menunjukkan bahawa tempoh video yang panjang menjadikan mereka kurang fokus dan kurang sabar. Dengan ini, terdapat murid yang mencadangkan tempoh masa video boleh dikawal dalam 7-10 minit, kurang dari 20 minit, lebih kurang 10 minit, 10 sehingga 15 minit. Selain itu, video yang terlalu panjang membawa masalah kepada murid yang mempunyai masalah internet kerana perlu data yang banyak untuk menonton video tersebut. Selain itu, terdapat juga fenomena murid akan skip sebahagian video tersebut dan fokus kepada nota penting. Kajian Pattier (2021) menunjukkan video Sains yang dalam lingkungan 5 sehingga 10 minit mendapat bilangan siaran yang paling tinggi iaitu 41.4%

(4)

diikuti dengan video 10 sehingga 30 minit iaitu 36.6% dan video yang kurang daripada 5 minit iaitu 22%. Kajian ini menunjukkan tempoh video adalah kurang daripada 5 minit mendapat sokongan yang paling kurang kerana video yang terlalu pendek kurang sesuai kepada video Sains yang menggunakan cara penerangan. Video Sains memerlukan tempoh masa yang lebih panjang untuk memberi penerangan.

2.5 Penghasil Video

Kajian Amarasekara & Grant (2019) telah menyatakan bilangan wanita yang muncul dalam saluran YouTube Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik adalah lebih kurang berbanding dengan lelaki. Dengan ini, kajian Amarasekara & Grant (2019) menunjukkan menunjukkan saluran yang dihoskan wanita didapati mengumpul lebih banyak ulasan setiap tontonan, dan dengan ketara mempunyai perkadaran penampilan yang lebih tinggi, komen bermusuhan, kritis/negatif dan seksis/seksual. Selain itu, kajian ini juga menyatakan saluran yang hanya menggunakan suara sama ada suara wanita, suara lelaki atau suara neutral mempunyai bilangan siaran yang lebih rendah. Kajian Atmojo (2022) menunjukkan terdapat sebahagian murid yang berharap guru dapat menunjukkan muka dalam video berbanding dengan hanya menggunakan suara sahaja. Selain itu, murid juga memberi pendapat bahawa video yang dihasilkan oleh murid adalah berkait rapat dengan pembelajaran mereka.

3. Metodologi

Dalam kajian ini, kaedah tinjauan digunakan untuk memungut data para guru Sejarah terhadap aspek pemilihan video YouTube dengan penggunaan video YouTube tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data dari responden.

Kajian ini melibatkan 23 buah sekolah menengah serta 74 buah sekolah rendah di Perlis. 158 guru Sejarah dalam sekolah rendah dan sekolah menengah di Perlis telah melibatkan diri dalam kajian ini. Satu soal selidik yang mengandungi item berskala Likert 5- poin iaitu 1- sangat tidak bersetuju, 2 bersetuju, 3-tidak pasti, 4 setuju dan 5 sangat setuju telah digunakan. 27 item telah disediakan. Soal selidik tersebut disahkan oleh 2 orang pakar iaitu seorangan pensyarah dan seorang guru Sejarah cemerlang. Kajian rintis telah dijalankan pada 30 orang guru dari luar negeri dan mendapat nilai Cronbach’ alpha 0.833 iaitu mempunyai kebolehpercayaan yang memuaskan.

Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif serta ujian T tidak bersandar digunakan perisian IBM SPSS versi 25.

4. Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini adalah berdasarkan 27 soalan dalam soal selidik. Dapatan ini menunjukkan aspek pertimbangan oleh guru Sejarah semasa ingin memilih video YouTube untuk pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Selain itu, dapatan ini juga menyatakan sama ada terhadap perbezaan signifikan purata antara guru opsyen Sejarah dan guru bukan opsyen Sejarah semasa menimbangkan aspek pemilihan video. Dapatan kajian ini adalah berdasarkan 158 guru Sejarah di Perlis seperti yang berikut:

(5)

Jadual 1: Profil Demografi Responden

Kategori Sub kategori Bilangan Peratusan (%)

Opsyen (a) Sejarah 29 18

(b) Bukan Sejarah 129 82

158 100

Dapatan kajian ini, nilai Min (M) dan sisihan piawai (SP) digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Jadual 2: Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi Skor Min Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00-2.33 Rendah 1.00-2.33 Rendah

2.34-3.67 Sederhana 2.34-3.67 Sederhana

3.68-5.00 Tinggi 3.68-5.00 Tinggi

Sumber: Adaptasi daripada Landell, 1977

Mengenal pasti aspek pertimbangan pemilihan video Youtube oleh guru Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah berdasarkan opsyen guru.

Aspek pertimbangan pemilihan video YouTube yang dianalisis melibatkan lima aspek iaitu dari segi populariti, isi kandungan, penghasilan video, tempoh masa video dan penghasil video.

Jadual 3 adalah mengenai purata pemilihan video YouTube oleh guru Sejarah berdasarkan dari populariti mengikut opsyen.

Jadual 3: Aspek populariti

Item Sejarah (N=29) Bukan Sejarah (N=129) Secara Keseluruhan Putara Sisihan

Piawai

Purata Sisihan Piawai

Purata Sisihan Piawai

Tahap

B1.1 3.24 0.739 3.42 0.998 3.39 0.956 Sederhana

B1.2 3.07 0.884 3.38 1.105 3.32 1.072 Sederhana

B1.3 3.59 0.501 3.51 0.772 3.53 0.729 Sederhana

B1.4 3.24 1.123 3.29 1.084 3.28 1.088 Sederhana

B1.5 3.07 1.067 3.19 0.950 3.16 0.970 Sederhana

Nilai Keseluruhan 3.242 0.086 3.358 0.98 3.336 0.936 Sederhana

Berdasarkan Jadual 3, dapatan menunjukkan skor min keseluruhan dalam pemilihan YouTube dari aspek populariti bagi guru Sejarah adalah sederhana (M=3.336, SD=0.936). Kelima-lima item dalam aspek populariti adalah dalam lingkungan sederhana. Selain itu, jadual 3 menunjukkan skor min dalam pemilihan video YouTube dari aspek populariti bagi adalah rendah bagi guru opsyen sejarah (M=3.242, SD=0.086) berbanding dengan guru bukan opsyen Sejarah (M=3.358, SD=0.98).

Jadual 4 adalah mengenai purata pemilihan video YouTube oleh guru Sejarah berdasarkan dari aspek isi kandungan mengikut opsyen.

Jadual 4: Aspek isi kandungan

Item Sejarah (N=29) Bukan Sejarah (N=129) Secara Keseluruhan Putara Sisihan

Piawai

Purata Sisihan

Piawai Purata

Sisihan Piawai

Tahap

B2.1 4.34 0.484 4.40 0.804 4.39 0.755 Tinggi

B.2.2 4.17 0.384 3.47 1.068 3.59 1.016 Sederhana

B2.3 3.93 0.651 3.60 0.765 3.66 0.754 Tinggi

B2.4 3.93 0.651 3.76 0.778 3.79 0.758 Tinggi

B2.5 3.66 0.769 4.07 0.615 3.99 0.663 Tinggi

Nilai Keseluruhan 4.006 0.588 3.86 0.806 3.884 0.7892 Tinggi

(6)

Berdasarkan Jadual 4, dapatan menunjukkan skor min secara keseluruhan dalam pemilihan video YouTube dari aspek isi kandungan adalah tinggi (M=3.884, SD=0.7892). Selain item B2.2 iaitu item yang menyatakan video yang menunjukkan skor min sederhana (M=3.59, SD=1.016), skor min bagi keempat-empat item yang lain adalah dalam lingkungan tinggi.

Selain itu, dapatan menunjukkan skor min dalam pemilihan video YouTube dari aspek isi kandungan bagi adalah lebih tinggi bagi guru opsyen sejarah (M=4.006, SD=0.588) berbanding dengan guru bukan opsyen Sejarah (M=3.86, SD=0.806).

Jadual 5 adalah mengenai purata pemilihan video YouTube oleh guru Sejarah berdasarkan dari aspek penghasilan video mengikut opsyen.

Jadual 5: Aspek penghasilan video

Item Sejarah (N=29) Bukan Sejarah (N=129) Secara Keseluruhan Putara Sisihan

Piawai

Purata Sisihan Piawai

Purata Sisihan Piawai

Tahap

B3.1 3.07 0.884 2.88 0.826 2.92 0.837 Sederhana

B3.2 3.59 0.983 4.14 0.622 4.04 0.730 Tinggi

B3.3 2.90 0.772 3.95 0.665 3.75 0.796 Tinggi

B3.4 3.41 0.780 9.74 0.734 3.68 0.751 Tinggi

B3.5 3.93 0.651 4.01 0.755 3.99 0.736 Tinggi

Nilai Keseluruhan 3.38 0.814 4.944 0.72 3.68 0.77 Tinggi

Berdasarkan Jadual 5, dapatan menunjukkan skor min dalam pemilihan video YouTube dari aspek penghasilan video adalah tinggi (M=3.68, SD=0.77). Selain item B3.1 yang menunjukkan skor min sederhana (M=2.92, SD=0.837), skor min bagi keempat-empat item yang lain adalah dalam lingkungan tinggi. Selain itu, dapatan menunjukkan skor min dalam pemilihan video YouTube dari aspek penghasilan video bagi adalah lebih rendah bagi guru opsyen sejarah (M=3.38, SD=0.814) berbanding dengan guru bukan opsyen Sejarah (M=4.944 SD=0.72).

Jadual 6 adalah mengenai purata pemilihan video YouTube oleh guru Sejarah berdasarkan dari aspek tempoh masa mengikut opsyen.

Jadual 6: Aspek Tempoh Masa

Item Sejarah (N=29) Bukan Sejarah (N=129) Secara Keseluruhan Putara Sisihan

Piawai

Purata Sisihan

Piawai Purata

Sisihan Piawai

Tahap

B4.1 2.55 1.055 2.54 0.935 2.54 0.955 Sederhana

B4.2 3.76 0.435 3.20 1.078 3.30 1.014 Sederhana

B4.3 2.90 1.145 3.35 0.757 3.27 0.855 Sederhana

B4.4 2.72 1.334 3.19 1.097 3.11 1.154 Sederhana

B4.5 2.31 1.198 2.95 1.239 2.83 1.253 Sederhana

Nilai Keseluruhan 2.848 1.033 3.046 1.021 3.01 1.046 Sederhana

Berdasarkan Jadual 6, dapatan menunjukkan skor min secara keseluruhan dalam pemilihan video YouTube dari aspek tempoh masa video adalah sederhana (M=3.01, SD=1.046). Kelima- lima item dalam aspek populariti adalah dalam lingkungan sederhana. Video yang dalam lingkungan 3-5 minit mendapat skor min yang paling tinggi (M=3.30, SD=1.014), diikuti dengan tempoh masa 5-10 minit, 10-15 minit, melebihi 15 minit dan terakhirnya 1 minit.

Selain itu, dapatan menunjukkan skor min dalam pemilihan video YouTube dari aspek tempoh masa video bagi adalah lebih rendah bagi guru opsyen sejarah (M=2.848, SD=1.033) berbanding dengan guru bukan opsyen Sejarah (M=3.046SD=1.021).

(7)

Jadual 7 adalah mengenai purata pemilihan video YouTube oleh guru Sejarah berdasarkan dari aspek penghasil video mengikut opsyen.

Jadual 7: Aspek Penghasil video

Item Sejarah (N=29) Bukan Sejarah (N=129) Secara Keseluruhan Putara Sisihan

Piawai

Purata Sisihan Piawai

Purata Sisihan Piawai

Tahap

B5.1 2.72 1.032 2.61 1.01 2.63 1.012 Sederhana

B5.2 2.90 1.145 2.16 0.914 2.29 0.999 Sederhana

B5.3 3.24 0.739 2.92 1.129 2.98 1.074 Sederhana

B5.4 2.48 1.056 2.43 0.974 2.44 0.987 Sederhana

B5.5 2.24 0.739 2.65 0.881 2.58 0.869 Sederhana

Nilai Keseluruhan 2.716 0.9422 2.554 0.9816 2.584 0.9882 Sederhana

Berdasarkan Jadual 7, dapatan menunjukkan skor min secara keseluruhan dalam pemilihan video YouTube dari aspek penghasil video / YouTuber adalah sederhana (M=2.59, SD=0.988).

Kelima-lima item dalam aspek penghasil video / YouTuber adalah dalam lingkungan sederhana. Selain itu, dapatan menunjukkan skor min dalam pemilihan video YouTube dari aspek penghasil video / Youtuber bagi adalah lebih tinggi bagi guru opsyen sejarah (M=2.716, SD=0.9422) berbanding dengan guru bukan opsyen Sejarah (M=2.554, SD=0.9816).

Tahap perbezaan signifikan purata pemilihan video YouTube antara guru opsyen Sejarah dan guru bukan opsyen Sejarah.

Jadual 8 menunjukkan statistik pemilihan video YouTube antara guru opsyen Sejarah dan guru bukan opsyen Sejarah.

Jadual 8: Statistik pemilihan video YouTube berdasarkan opsyen.

Group Statistics

Opsyen N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

Aspek pertimbangan pemilihan video YouTube

SEJARAH 29 3.2386 .55152 .10241

BUKAN SEJARAH 129 3.3116 .39133 .03445

Jadual 8 menunjukkan purata bagi guru opsyen sejarah (M=3.2386) dalam pemilihan video YouTube adalah lebih rendah daripada guru bukan opsyen Sejarah (M=3.3116).

Bagi menjawab sama ada terdapat perbezaan signifikan purata pertimbangan pemilihan video YouTube antara guru opsyen sejarah dan guru bukan opsyen sejarah. Ujian T tidak bersandar telah dilaksanakan. H01 bagi ujian T ini adalah “Tidak terdapat perbezaan signifikan antara purata pemilihan video YouTube dengan opsyen guru”. Jadual 9 menunjukkan keputusan Ujian T.

Jadual 9: Keputusan Ujian T antara purata pemilihan video YouTube dengan opsyen guru.

Levene's Test for

Equality of Variances t-test for Equality of Means

F Sig. t df Sig. (2-tailed)

Aspek pertimbangan pemilihan video YouTube

Equal variances assumed

15.003 .000 -.837 156 .404

Equal variances not assumed

-.676 34.600 .504

Berdasarkan jadual 9, nilai P bagi Levene’s Test ialah 0.000 iaitu kurang daripada 0.05 dan menunjukkan perbezaan variance. Justeru, data barisan kedua akan dirujuk. Nilai P bagi ujian T tidak bersandar ialah 0.504 iaitu lebih besar daripada 0.05. Justeru hipotesis H01 gagal

(8)

ditolak. Dengan ini, tidak terdapat perbezaan signifikan antara purata pemilihan video YouTube dengan opsyen guru.

5. Perbincangan

Berdasarkan analisis kajian yang dijalankan, aspek pertimbangan pemilihan video YouTube dari segi populariti adalah sederhana. Hal ini bermaksud bilangan siaran video, bilangan subscriber, komen positif, video yang guru subscribe dan bilangan like tidak membawa pengaruh yang tinggi kepada guru Sejarah untuk memilih video Sejarah bagi murid. Dapatan ini adalah bertentangan dengan kajian Nandagiri & Philip (2018) bahawa pengguna YouTube akan dipengaruhi oleh YouTuber yang diikuti oleh mereka. Selain itu, kajian Purnamasari et al. (2019) juga menunjukkan tontonan video adalah berkait rapat dengan bilangan siaran video, bilangan like serta komen positif atau negatif pada video tersebut. Namun begitu, kajian Kuchhal & Li (2022) menyatakan bahawa siaran video tidak mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kepada siaran YouTube adalah berkait rapat dengan sistem “monetize” yang mungkin melibatkan penipuan. Tambahan pula, siaran video juga mungkin dipengaruhi oleh jangka masa video tersebut dimuat naik ke platform YouTube. Dengan ini, dapatan kajian ini menunjukkan guru Sejarah kurang menimbangkan aspek populariti semasa memilih video Sejarah bagi murid.

Berdasarkan analisis kajian, aspek pertimbangan pemilihan video YouTube dari segi isi kandungan adalah tinggi. Hal ini bermaksud kandungan video yang dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSKP) Sejarah, video yang mempunyai penerangan objektif, video yang membuat konklusi, serta video yang mempunyai maklumat tambahan membawa pengaruh kepada guru Sejarah untuk memilih video Sejarah bagi murid. Dapatan ini adalah disokong oleh kajian Srinivasacharlu (2020) bahawa video YouTube yang dihasilkan haruslah releven dengan subjek dalam kelas tersebut. Dalam kurikulum standard sekolah rendah dan menengah, guru sering disarankan pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang berdasarkan kandungan DSKP (KPM 2017 & KPM, 2019). Dengan ini, hal ini juga sejajar dengan dapatan kajian bahawa maklum balas para guru Sejarah terhadap item kandungan yang berkait rapat dengan tajuk yang diajar tetapi tidak mengikuti DSKP adalah sederhana. Selain itu, kajian Pattier (2021) dan kajian Brame (2016) juga menyokong dapatan kajian ini bahawa penulisan objektif pembelajaran yang ingin dicapai dalam video adalah diperlukan. Kajian Brame (2016) menunjukkan penulisan objektif dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

Berdasarkan analisis kajian, aspek pertimbangan pemilihan video YouTube dari segi penghasilan video adalah tinggi. Hal ini bermaksud video yang mempunyai gambar yang lebih berkualiti dan jelas, animasi yang menarik, video yang dilengkapi dengan caption atau subtitle serta video yang menggunakan bahasa dan intonasi yang selesa membawa pengaruh kepada guru Sejarah semasa memilih video YouTube untuk murid. Dapatan mengenai penggunaan gambar yang jelas serta animasi yang menarik adalah disokong oleh kajian Atmojo (2022) bahawa murid susah untuk membaca kandungan PowerPoint dalam format video dan memberi cadangan kepada guru untuk menambah animasi yang menarik. Selain itu, kajian Nasution (2019) juga menyokong dapatan ini kerana video YouTube dapat menjadikan perkataan menjadi gambar atau visualize bagi memudahkan pemahaman murid manakala kajian Brame (2016) dan kajian Azor et al. (2020) menyatakan video yang mempunyai audio dan elemen visual dapat meningkatkan motivasi dan penglibatan murid. Selain itu, dapatan ini juga sejajar dengan kajian Srinivasacharlu (2020) bahawa video yang mempunyai caption atau subtitle memudahkan murid untuk memproses maklumat. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan

(9)

memilih video YouTube dan hasil ini adalah bertentang dengan Kajian Hoiles et al. (2017) yang menyatakan muka depan video YouTube akan membawa pengaruh kepada populariti sebuah video.

Berdasarkan analisis kajian, aspek pertimbangan pemilihan video YouTube dari segi tempoh masa adalah sederhana. Video yang dalam lingkungan 3-5 minit mendapat skor min yang paling tinggi dengan tempoh masa 5-10 minit, 10-15 minit, melebihi 15 minit dan terakhirnya 1 minit. Dapatan ini adalah selaras dengan kajian Srinivasacharlu (2020) yang memberi cadangan video haruslah dalam lingkungan 5-10 minit agar tidak membebankan dan menyebabkan kehilangan fokus. Kajian ini juga disokong oleh kajian Darling-Hammond et al.

(2020) bahawa video yang dirakam akan disunting secara minimum supaya tidak membebankan murid dan membantu kawalan fokus murid dalam pembelajaran. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa video yang panjang mendapat skor yang rendah. Hasil ini disokong oleh kajian Atmojo (2022) bahawa tempoh video yang panjang menyebabkan kehilangan fokus dan kesabaran. Selain itu, dapatan kajian ini adalah bertentangan dengan kajian Pattier (2021) yang menunjukkan video yang kurang daripada 5 minit mendapat sokongan yang paling rendah kerana video yang terlalu pendek kurang sesuai untuk video Sains yang memerlukan tempoh masa yang panjang untuk tujuan penerangan.

Berdasarkan analisis kajian, aspek pertimbangan pemilihan video YouTube dari segi penghasil video atau YouTuber adalah sederhana rendah. Hal ini bermaksud video yang menunjukkan muka, atau hanya menggunakan suara lelaki, wanita atau robot, video yang dihasilkan oleh guru sahaja, video yang dihasilkan oleh lelaki atau wanita sahaja serta video yang dihasilkan oleh pakar-pakar Sejarah sahaja kurang membawa pengaruh kepada guru Sejarah semasa ingin memilih video Sejarah untuk murid. Hasil ini adalah bertentangan dengan kajian Amarasekara

& Grant (2019) bahawa saluran saluran yang dihoskan wanita akan menerima ulasan yang lebih tinggi. Selain itu, kajian Amarasekara & Grant (2019) juga menyatakan video yang hanya mempunyai suara yang mendapat bilangan yang rendah. Selain itu, dapatan kajian itu juga bertentangan dengan kajian Atmojo (2022) bahawa murid lebih berharap guru dapat menunjukkan muka dalam video berbanding dengan penggunaan suara sahaja.

Dapatan kajian menunjukkan purata pertimbangan pemilihan video YouTube berdasarkan opsyen adalah dalam tahap sederhana. Guru opsyen Sejarah mempunyai purata yang lebih rendah dalam pertimbangan pemilihan video YouTube berbanding dengan guru bukan opsyen Sejarah. Dapatan Ujian T tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan purata antara guru opsyen Sejarah dan guru bukan opsyen Sejarah. Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian lepas menunjukkan opsyen juga tidak menunjukkan perbezaan signifikan dari segi tahap kesediaan untuk pengajaran kemahiran pemikiran sejarah (Sahid & Hashim, 2022) serta kemahiran berfikir aras tinggi (Zaki & Othman,2021) dengan baik. Dengan ini, sesungguhpun kajian Aziz & Ismail (2007) dan Zaki et al. (2021) menunjukkan guru opsyen Sejarah mempunyai purata pengetahuan pedagogi, pengetahuan penggunaan alat bantu mengajar yang lebih tinggi, guru bukan opsyen Sejarah tidak menunjukkan perbezaan ketara dalam kesediaan dan tanggungjawab untuk belajar pengetahuan dalam mata pelajaran baharu (Ni, 2022). Dengan ini, opsyen guru tidak menunjukkan perbezaan yang ketara semasa memilih video YouTube dari aspek populariti, isi kandungan, tempoh masa aspek penghasilan video dan penghasil video.

(10)

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap pertimbangan pemilihan video YouTube dari segi aspek populariti dan penghasil video adalah secara sederhana. Selain itu, dapatan menunjukkan isi kandungan dan penghasilan video merupakan aspek pertimbangan oleh guru Sejarah semasa memilih video untuk pengajaran dan pembelajaran murid. Video dalam lingkungan 3-5 minit merupakan video yang paling banyak dipilih oleh guru Sejarah.

Secara keseluruhan, opsyen guru tidak membawa pengaruh kepada guru Sejarah semasa memilih YouTube. Kajian ini hanya fokus kepada guru Sejarah di Perlis. Dengan ini, kajian ini dicadangkan menjalankan kajian kepada populasi yang lebih besar.

Rujukan

Astro Awani. (2013). Syarat wajib lulus Sejarah bukan untuk membebankan pelajar: 6 November 2013. Diakses daripada https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syarat- wajib-lulus-sejarah-bukan-untuk-membebankan-pelajar-25123.

Atmojo, A. E. P. (2022). Teacher-Made YouTube Videos in Online EFL Classes: Non-English Department Students’ Perceptions and Practices. Acuity. Journal of English Language Pedagogy, Literature and Culture, 7(1), 51-64.

Amarasekara, I., & Grant, W. J. (2019). Exploring the YouTube science communication gender gap: A sentiment analysis. Public Understanding of Science, 28(1), 68-84.

Aziz, Z., & Ismail, N. A. N. (2007). Kajian tinjauan kesediaan guru-guru Sejarah menerapkan kemahiran pemikiran Sejarah kepada para pelajar. Jurnal pendidikan, 32(2007), 119-137 Azor, R. O., Asogwa, U. D., Ogwu, E. N., & Apeh, A. A. (2020). YouTube audio-visual documentaries: Effect on Nigeria students’ achievement and interest in history curriculum. The Journal of Educational Research, 113(5), 317-326.

Brame, C. J. (2016). Effective educational videos: Principles and guidelines for maximizing student learning from video content. CBE—Life Sciences Education, 15(4), es6.

Darling-Hammond, L., Flook, L., Cook-Harvey, C., Barron, B., & Osher, D. (2020).

Implications for educational practice of the science of learning and development. Applied developmental science, 24(2), 97-140.

Hoiles, W., Aprem, A., & Krishnamurthy, V. (2017). Engagement and popularity dynamics of YouTube videos and sensitivity to meta-data. IEEE Transactions on Knowledge and Data Engineering, 29(7), 1426-1437.

Irawan, E., Ahmadi, A., Prianggono, A., Saputro, A. D., & Rachmadhani, M. S. (2020).

YouTube channel development on education: Virtual learning solutions during the covid.

International Journal of Advanced Science and Technology, 29(4), 2469-2478.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun Empat: Bangunan Bahagian Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun Lima : Bangunan Bahagian Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019) Profil Mata Pelajaran Sejarah

Kuchhal, D., & Li, F. (2022). A View into YouTube View Fraud. In Proceedings of the ACM Web Conference 2022, 555-563.

Landell. 1(977). Classification scale.

Lempoy, J. J. 2022. Youtube Sebagai Media Pembelajaran Sejarah Gereja Bagi Mahasiswa Teologi Iakn Manado. Da'at: Jurnal Teologi Kristen, 3(1), 43-51.

Nandagiri, V., & Philip, L. (2018). Impact of influencers from Instagram and YouTube on their followers. International Journal of Multidisciplinary Research and Modern Education,

(11)

Nasution, A. K. R. (2019). YouTube as a media in English language teaching (ELT) context:

Teaching procedure text. Utamax: Journal of Ultimate Research and Trends in Education, 1(1), 29-33.

Ni, L. B. (2022). Cabaran dan Peluang Penempatan Guru Pendidikan Sejarah: Era Pasca Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 216-229.

Pattier, D. (2021). Science on Youtube: successful edutubers. TECHNO REVIEW.

International Technology, Science and Society Review, 10(1), 1-15.

Purnamasari, I., Tanjung, I., & Rambe, T. (2019). Optimization of Youtube: Media Based on Inclusive Education Anthropological Improving Learning in History Education Department. In Proceedings of the 2nd International Conference on Social Sciences and Interdisciplinary Studies (formerly ICCSSIS), ICCSIS 2019, 24-25 October 2019 Sahid, S. M., & Hashim, S. (2022). Sikap Guru Sejarah Terhadap Kemahiran Pemikiran

Sejarah (KPS). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001898-e001898.

Srinivasacharlu, A. (2020). Using YouTube in Colleges of Education. Shanlax International Journal of Education, 8(2), 21-24.

Zaki, F., Ahmad, A., & Othman, N. (2021). Kompetensi guru dalam penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran pendidikan sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(1), 194-205.

Referensi

Dokumen terkait