• Tidak ada hasil yang ditemukan

Impak Perubahan Jadual Waktu Terhadap Pengetahuan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Impak Perubahan Jadual Waktu Terhadap Pengetahuan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Impak Perubahan Jadual Waktu Terhadap Pengetahuan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah

(Impact Of Changes In Time Schedule On Teachers' Knowledge In Teaching And Learning Malay Language In Elementary Schools)

Afdal Shyarmeezan Sapawi1*, Zamri Mahamod1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

*Pengarang Koresponden: afdalshyarmeezanasapawi@gmail.com

Accepted: 15 January 2023 | Published: 31 January 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.18

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji impak perubahan jadual waktu terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dari aspek pengetahuan serta pelaksanaan sesi PdP Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan di Bahagian Sarikei, Sarawak dengan penglibatan seramai 100 orang responden iaitu melibatkan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah sahaja. Semua responden di bahagian tersebut yang telah dipilih menggunakan kaedah rawak bertujuan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai pendekatan utama. Data ini dianalisis secara deskriftif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan dan dapat melaksanakan aktiviti PdP dengan berkesan. Diharapkan kajian ini dapat menjadi garis panduan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), warga pendidik, dan pengkaji lain untuk membuat kajian lanjutan. Tuntasnya, perubahan jadual waktu bahasa Melayu tidak memberikan kesan yang negatif terhadap pengetahuan dan pelaksanaan PdP bahasa Melayu di sekolah rendah Bahagian Sarikei.

Kata kunci: impak, jadual waktu, sekolah rendah, pengetahuan dan pelaksanaan

Abstract: This study was conducted to examine the impact of timetable changes on Malay Language Teaching and Learning (PdP) from the aspect of knowledge as well as the implementation of Malay Language PdP sessions. This study was conducted in Sarikei Division, Sarawak with the involvement of a total of 100 respondents, which involved Malay teachers in primary schools only. All respondents in the section that have been selected using a purposive random method. This study is quantitative by using questionnaires as the main approach. This data was analyzed descriptively and inferentially using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) software version 27.0. The findings of the study show that teachers have knowledge and can implement PdP activities effectively. It is hoped that this study can serve as a guideline for the Malaysian Ministry of Education (KPM), educators, and other researchers to conduct further studies. In conclusion, the change in the Malay language timetable did not have a negative impact on the knowledge and implementation of PdP of the Malay language in primary schools in Sarikei Division.

Keywords: impact, timetable, primary school, knowledge and implementation

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah lari daripada perubahan dalam pendidikan.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memantapkan Bahasa Melayu sama ada dari peringkat sekolah sehinggalah peringkat nasional. Antara penambahbaikan yang telah berlaku dalam sistem pendidikan negara terutamanya untuk sekolah rendah adalah perubahan dari segi kurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digunakan bagi menambahbaik kekurangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Tujuannya adalah menambah baik ilmu pendidikan di samping membantu mengurangkan beban murid untuk belajar.

Sehingga ke hari ini, isu yang paling banyak ditimbulkan oleh ibu bapa adalah isu beg berat.

Oleh itu, pihak kementerian khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan tujuh langkah untuk mengatasi masalah beg berat dalam kalangan murid dan salah satunya adalah melalui penyusunan semula jadual waktu Pengajaran dan Pembelajaran.

Guru yang merupakan tunjang utama pelaksana dalam sistem pendidikan perlu untuk mengadaptasi diri dalam situasi baharu ini. Guru perlu menjayakan segala dasar kerajaan dan juga membantu menjayakan segala bentuk kurikulum yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan (Saedah dan Mohammed 2012). Guru Bahasa Melayu perlu terus memainkan peranan dengan lebih efektif penting bagi memastikan segala perubahan dalam pendidikan dapat memberikan impak yang baik terutamanya kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

2. Pernyataan Masalah

Isu beg berat bukanlah perkara yang baharu dalam dunia pendidikan di Malaysia. Isu ini telah mendapat perhatian daripada pihak KPM yang telah melaksanakan beberapa kajian bagi melihat sejauh manakah isu beg berat memberikan kesan kepada murid terutamanya murid sekolah rendah. Terdapat tiga buah kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak KPM. Kajian- kajian tersebut ialah Kajian Beban Buku Murid Sekolah Rendah (1994), Kajian Beg Berat Murid Sekolah Rendah (2008), dan juga Laporan Kajian Berat Beg murid Sekolah Rendah (2017).

Usaha meringankan beban murid tidak terhenti di sini sahaja apabila pihak KPM telah mengeluarkan satu pekeliling iaitu Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/2000 melibatkan isu beg berat dan penggunaan buku kerja pada tahun 2018 namun isu ini masih tidak berjaya diselesaikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2022). Disebabkan perkara ini, pihak KPM telah menggariskan tujuh langkah bagi meringankan beban murid sekolah rendah. Antaranya ialah penyusunan semula jadual waktu dan ini tidak terkecuali untuk pendidikan bahasa Melayu.

3. Objektif Kajian

1) Mengenal pasti impak perubahan jadual waktu terhadap pengetahuan guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

2) Mengenal pasti impak perubahan jadual waktu terhadap pelaksanaan aktiviti guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

4. Tinjauan Literatur

Pengetahuan

Pengetahuan adalah satu perkara yang penting bagi seorang guru kerana guru akan mengajar dengan menggunakan pengetahuan yang dimiliki bagi membolehkan segala pelaksanaan

(3)

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu berjalan seperti yang diharapkan. Bagi memastikan objektif pembelajaran dalam kelas berupaya untuk dicapai, guru diwajibkan untuk memiliki pengetahuan yang mendalam bukan sahaja terhadap isi kandungan tetapi perlu juga memiliki pengetahuan terhadap gaya berfikir murid, gaya belajar dan tahap kemahiran murid di dalam kelas (Danial Arif dan Zamri, 2020). Tanpa pengetahuan, guru akan sukar untuk memastikan menguasai sesuatu topik atau pembelajaran Bahasa Melayu.

Pelaksanaan

Pedagogi adalah satu panduan bagi menambah baik kualiti Pengajaran dan Pembelajaran dengan melibatkan beberapa elemen seperti prinsip pengajaran, teknik pengajaran dan proses pengajaran (KPM, 2013). Proses PdP yang tersusun, menarik dan seiring dengan minat murid berupaya untuk membolehkan murid melibatkan diri dengan aktif bagi mengekalkan motivasi murid sepanjang sesi PdP berlangsung di dalam kelas (Nurul Nashrah et al, 2015). Menurut Masyuniza (2015) pula, segala amalan pedagogi dan juga amalan pengajaran yang berkualiti seharusnya berupaya untuk mengimplemtasikan gabungan antara kesemua kaedah, strategi, teknik, pendekatan dan bahan yang seimbang dengan keperluan murid agar kesatuan antara guru, murid, bahan sentiasa berlaku untuk memastikan fokus murid di dalam kelas tidak berubah. Guru sebaik-baiknya berupaya untuk memanfaatkan sepenuhnya masa pengajaran dengan menggunakan pelbagai cara pengajaran.

5. Metodologi

Reka bentuk kuantitatif melalui pendekatan soal selidik digunakan. Kajian ini dijalankan di sebuah bahagian di zon tengah negeri Sarawak iaitu bahagian Sarikei yang terdiri daripada daerah Meradong, Julau dan Sarikei. 100 orang guru yang dipilih secara rawak telah menjadi responden kepada kajian ini. Kesemua responden adalah dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Borang yang digunakan telah diedarkan menggunakan aplikasi

Google Form’ dan diedarkan kepada semua responden terlibat. Set soal selidik ini terbahagia kepada dua kandungan iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian pertama merupakan bahagian demografi responden yang mengandungi maklumat berkaitan jantina, umur, dan tempoh berkhidmat. Bahagian kedua terdiri daripada konstruk utama iaitu impak perubahan jadual waktu terhadap pengetahuan dan pelaksanaan guru. Setelah item dibina, pengkaji mengukur soal selidik dengan menjadikan skala Likert lima mata iaitu “Sangat Faham”,

“Kurang Faham”, “Faham”, “Tidak Faham” dan juga “Sangat Tidak Faham” sebagai panduan utama.

6. Dapatan Kajian

Soal selidik ini telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0 digunakan oleh pengkaji untuk meneliti data dan analisis soal selidik. Setiap data yang telah dianalisis dan dinilai akan diterjemahkan dalam bentuk perkataan dan penjelasan bagi menjelaskan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai.

Interpretasi min dalam kajian ini akan berpandukan kepada skala yang telah ditetapkan oleh Pallant (2007). Terdapat tiga tahap yang diperkenalkan iaitu tahap rendah (min 1.00 – 2.33), tahap sederhana (min 2.34 – 3.66) dan tahap tinggi (min 3.67 – 5.00). Berikut merupakan jadual Min Skala Lima Likert Mengikut Tiga Tahap:

(4)

Jadual 2: Min Skala Lima Likert Mengikut Tiga Tahap Pallant

Nilai Min Interpretasi

1.00-2.33 Rendah

2.34-3.67 Sederhana

3.68-5.00 Tinggi

Impak Perubahan Jadual Waktu Terhadap Pengetahuan Guru

Dalam konstruk pengetahuan, terdapat 10 item soalan yang diuji bagi melihat impak perubahan jadual waktu terhadap pengetahuan Pengajaran dan Pembelajaran PdP Bahasa Melayu sekolah rendah.

Dengan merujuk kepada jadual 3, 2 item mencatatkan min tertinggi daripada kesemua item.

Item tersebut ialah item ke-3 iaitu ‘Saya diberi taklimat tentang cara pelaksanaan PdP’

(min=4.88, sp=.328) dan item ke-4 iaitu ‘Saya memahami kepentingan penyusunan semula jadual waktu’ (min=4.88, sp=.328) dengan kekerapan dan peratusan menunjukkan 12 orang (12%) guru memilih setuju dan 88 orang (88%) guru memilih sangat setuju. Item ke-9 iaitu

‘Saya mengetahui bahawa saya perlu menggunakan buku latihan tidak melebihi dua buah buku dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada satu masa” (min=3.68, sp=1.11) dengan kekerapan dan peratusan menunjukkan 4 orang (4%) guru memilih sangat tidak setuju, 12 orang (12%) guru memilih tidak setuju, 22 orang (22%) guru memilih kurang setuju, 36 orang (36%) memilih setuju dan 26 orang (26%) guru memilih sangat setuju dengan mencatatkan nilai min terendah daripada kesemua item.

Hasil analisis ini menunjukkan bahawa kesemua item mencatatkan min yang tinggi. Ini menjelaskan bahawa guru-guru bersedia dengan perubahan jadual waktu yang berlaku terutamanya bagi Bahasa Melayu.

Jadual 3: Impak Perubahan Jadual Waktu Terhadap Pengetahuan Guru

No Item Frekuensi

Min S.P. Tahap STS

(%)

TS (%)

KS (%)

S (%)

SS (%) 1 Saya mengetahui isu yang

menyebabkan berlakunya penyusunan semula jadual waktu.

0 (0.0)

0 (0.0)

0 (0.0)

16 (16)

84

(84) 4.84 .370 Tinggi

2 Saya membaca pekeliling penyusunan jadual waktu.

0 (0.0)

0 (0.0)

4 (4.0)

22 (22)

74

(74) 4.70 .544 Tinggi 3 Saya diberi taklimat tentang

cara pelaksanaan pdp

0 (0.0)

0 (0.0)

0 (0.0)

12 (12)

88

(88) 4.88 .328 Tinggi 4 Saya memahami kepentingan

penyusunan semula jadual waktu.

0 (0.0)

0 (0.0)

0 (0.0)

12 (12)

88

(88) 4.88 .328 Tinggi 5 Saya mengetahui tentang

jumlah jam setahun mata pelajaran yang perlu dilaksanakan.

0 (0.0)

0 (0.0)

4 (4)

34 (34)

62

(62) 4.58 .575 Tinggi

6 Saya mengetahui jumlah jam minimum bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

0 (0.0)

0 (0.0)

0 (0.0)

16 (16)

84

(84) 4.78 .418 Tinggi

7 Saya mengetahui bahawa pihak sekolah boleh menetapkan jumlah masa

0 (0.0)

0 (0.0)

4 (4.0)

30 (30)

66

(66) 4.62 .567 Tinggi

(5)

yang lebih bagi sesuatu mata pelajaran.

8 Saya mengetahui bahawa jadual waktu Bahasa Melayu akan mengalami sedikit perubahan selepas pelaksanaan penyusunan jadual waktu.

0 (0.0)

0 (0.0)

2 (2)

20 (20)

78

(78) 4.76 .476 Tinggi

9 Saya mengetahui bahawa saya perlu menggunakan buku latihan tidak melebihi dua buah buku dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada satu masa.

4 (4)

12 (12)

22 (22)

36 (36)

26

(26) 3.68 1.114 Tinggi

10 Saya mengetahui bahawa saya hanya menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM.

0 (0.0)

0 (0.0)

0 (0.0)

16 (16)

84

(84) 4.84 .370 Tinggi

Min Keseluruhan 4.47 .413 Tinggi

Impak Perubahan Jadual Waktu Terhadap Pelaksanaan Guru

Dalam konstruk pelaksanaan, terdapat 5 item yang perlu diambil tindakan oleh kesemua responden bagi menghasilkan dapatan kajian untuk impak perubahan jadual waktu terhadap pelaksanaan guru Bahasa Melayu.

Berdasarkan jadual 4, item A4 iaitu ‘Saya melaksanakan pengajaran berpusatkan guru setelah penyusunan jadual waktu’ menunjukkan min tertinggi (min=486, sp=.351) dengan kekerapan dan peratusan menunjukkan bahawa 20 orang (20%) guru memilih setuju dan 76 orang (76%) guru memilih sangat setuju. Item A5 iaitu ‘Saya memaksimumkan penggunaan buku teks digital semasa PdP mencatatkan min terendah (min=3.68, sp=1.26) daripada kesemua item dengan 6 orang (8%) guru memilih sangat tidak setuju, 10 orang (10%) memilih tidak setuju, 22 orang (22%) memilih kurang setuju, 26 orang (26%) guru memilih setuju dan 34 orang (34%) guru memilih sangat setuju.

Hasil analisis kajian telah menunjukkan bahawa penjadualan jadual waktu memberikan impak yang positif kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu apabila mencatatkan min yang tinggi iaitu 4.47.

Jadual 4: Impak Perubahan Jadual Waktu Terhadap Pelaksanaan Guru

No Item Frekuensi

Min S.P. Tahap STS

(%)

TS (%)

KS (%)

S (%)

SS (%) A1 Penyusunan jadual waktu

memudahkan saya untuk menyampaikan pdp dengan lebih baik.

0 (0.0)

0 (0.0)

0 (0.0)

24 (24)

76 (76)

4.76 .431 Tinggi

A2 Saya melaksanakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan tempoh pengajaran 60 minit dan 90 minit.

0 (0.0)

2 (2)

12 (12)

38 (38)

48 (48)

4.32 .768 Tinggi

A3 Saya lebih banyak melaksanakan aktiviti berpusatkan murid setelah penyusunan jadual waktu.

0 (0.0)

0 (0.0)

12 (12)

30 (30.)

22 (22.)

4.81 .403 Tinggi

(6)

A4 Saya melaksanakan pengajaran berpusatkan guru setelah penyusunan jadual waktu

0 (0.0)

0 (0.0)

0 (0.0)

20 (20)

80 (80)

4.86 .351 Tinggi

A5 Saya memaksimumkan penggunaan buku teks digital semasa PdP.

8 (8.0)

10 (10)

22 (22)

26 (26)

34 (34)

3.68 1.26 Tinggi

Min Keseluruhan 4.47 .413 Tinggi

7. Perbincangan

Bahagian perbincangan akan menjawab objektif kajian iaitu mengenal pasti impak perubahan jadual waktu terhadap pengetahuan dan pelaksanaan aktiviti guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Dapatlah dirumuskan bahawa bahawa hampir semua guru mempunyai segala pengetahuan yang cukup tinggi dan pelaksanaan aktiviti juga berlangsung dengan positifnya semasa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu walaupun berlakunya perubahan dari segi jadual waktu. Ini dapat dilihat menerusi dapatan kajian oleh Norliza (2016) yang menyatakan bahawa guru sentiasa bersedia dengan segala perubahan dalam pendidikan bagi melahirkan anak murid yang cemerlang dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Perkara ini adalah disebabkan kebanyakan guru mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap pengajaran Bahasa Melayu. Tindakan yang dibuat ini menggambarkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu memiliki pengetahuan yang mendalam terhadap subjek tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh Rathaneswary dan Ruhizan (2022) mendapati rata-rata guru berupaya untuk melaksanakan perubahan terbaru dalam pendidikan walaupun belum mendapat latihan atau kursus sewajarnya disebabkan guru-guru ini memiliki pengetahuan yang secukupnya terhadap mata pelajaran yang diajar. Disebabkan oleh perkara ini, guru berupaya untuk melaksanakan PdP dengan berkesan walaupun wujudnya gangguan dari segi pengurangan masa mengajar Bahasa Melayu. Perubahan jadual waktu tidak memberikan kesan yang negatif kepada PdP Bahasa Melayu kerana guru masih berupaya untuk melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Apabila guru memiliki pengetahuan untuk melaksanakan PdP walaupun berlakunya perubahan jadual waktu, guru tetap berupaya untuk melaksanakan sesi PdP.

8. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, guru-guru tidak menerima impak yang negatif kesan daripada perubahan jadual waktu terutamanya untuk Bahasa Melayu. Diharapkan dapatan daripada kajian yang telah dilakukan memberikan maslahat kepada banyak pihak agar dapat menambah baik jadual waktu agar proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu berlangsung tanpa halangan. Segala hasil kajian ini boleh membantu untuk digunakan bagi menguji tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap penjadualan jadual waktu. Kajian seumpama ini akan boleh digunakan untuk melihat keberkesanan penjadualan jadual waktu terhadap pembelajaran murid di bilik darjah. Kajian ini boleh menjadi rujukan agar perubahan yang lebih baik akan dapat dibuat agar guru dan murid mendapat manfaatnya.

Rujukan

Danial Arif Abdul Muttalip dan Zamri Mahamod (2020). Pelaksanaan Pendekatan Terbeza Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Yang Mengajar Di Sekolah Rendah Pedalaman Di Sarawak Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(2), 29-42.

(7)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Surat Pekeliling Penyusunan Semula Jadual Waktu bagi Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya.

Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Malay Language Education (MyLEJ). 5(2), 22-30.

Norliza Binti Mat Ali. (2016). Tahap Kesediaan Guru Bahasa Melayu Terhadap Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Selangor, Malaysia. Tesis. Universiti Putra Malaysia.

Nurul Nashrah Salehudin, Noor Hasimah Hassan dan Nur Aida Abd Hamid. (2015). Matematik dan kemahiran abad ke-21: Perspektif murid. Jurnal Pendidikan Matematik. 3(1), 24- 36.

Rathaneswaary Derbala dan Ruhizan M. Yasin. (2022). Tahap Pengetahuan, Penerimaan, Kesediaan Dan Amalan Pengajaran Guru Pemulihan Khas Terhadap Pengajaran Terbeza. Malaysian Journal Of Social Sciences And Humanities, 7(4), 1-20

Saedah Siraj dan Mohammed Sani Ibrahim. 2012. Standard Kompetensi Guru Malaysia. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Johor Bahru, 7-9 Oktober.

Referensi

Dokumen terkait