Potensi komersial kerapu jana pendapatan, ekonomi negara
Oleh Prof Madya Dr Rumeaida Mat Piah - Jun 17, 2021 @ 11:00am [email protected]
Ikan kerapu antara jenis ikan komersil sangat bernilai tinggi. - Foto fail NSTP
SEKTOR perikanan menyumbang lebih 60 peratus penggunaan sumber protein di Malaysia.
Ikan kerapu antara jenis ikan komersil sangat bernilai tinggi dan menjadi spesies pilihan dalam industri perhotelan dan restoran.
Sejumlah 600 spesies direkodkan di seluruh dunia di mana 68 dilaporkan di Malaysia, dengan 16 daripadanya terdapat di perairan Terengganu.
Satu kajian dijalankan pada 2014 dan merekodkan tujuh spesies ikan kerapu didaratkan di dua pusat pendaratan ikan Pulau Kambing Kuala Terengganu dan Kuala Dungun, Terengganu.
Data pendaratan ikan dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia pada 2004 sehingga 2015 menunjukkan ikan kerapu dieksploitasi oleh 14 jenis alat penangkapan ikan dengan 97.8 peratus disumbangkan empat jenis alat penangkapan iaitu pukat tunda, pukat hanyut, bubu dan pancing.
Ikan kerapu mendapat permintaan sangat tinggi sama ada di pasaran tempatan atau global sebagai sumber makanan. Selain itu, juvenil ikan kerapu liar juga menjadi sumber benih utama industri akuakultur yang menyebabkan tekanan ke atas populasi ikan ini.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Ikan kerapu spesies yang mudah diancam pengurangan populasi kerana secara amnya berada di kawasan perairan cetek seperti kawasan terumbu karang dan berkumpulan semasa musim pembiakan, menyebabkannya mudah terdedah kepada eksploitasi berlebihan.
Sifat populasi ikan ini yang mempunyai kadar tumbesaran perlahan, jangka hayat panjang dan lambat mencapai kematangan juga menjadi ancaman kepada kelestarian sumber ini, di mana bilangan individu dituai tidak dapat digantikan individu baharu pada masa sepatutnya.
Selain eksploitasi berlebihan, kehilangan dan kemerosotan habitat juga penyebab utama penurunan stok perikanan.
Pengurusan perikanan di Malaysia berdasarkan Akta Perikanan 1985 menggariskan beberapa peraturan yang memfokus kepada pengurusan anak ikan kerapu iaitu Peraturan Perikanan (Musim Tertutup Untuk Menangkap Anak Ikan Kerapu) 1996 yang dikenali juga sebagai PU (A) 619/96.
Ia menyatakan bahawa, semua aktiviti menangkap anak ikan kerapu adalah dilarang pada setiap November hingga Disember di Terengganu dan Kelantan, kecuali dengan kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia.
Satu lagi pengurusan adalah PU (A) 620/96, Pengurusan Perikanan (Larangan Kaedah menangkap anak ikan kerapu) 1996, di mana tiada sesiapa dibenarkan menangkap anak ikan kerapu di lagun atau muara sungai kecuali dengan menggunakan bubu yang dilesenkan.
Ini langkah bijak diambil Jabatan Perikanan Malaysia dalam memulihara populasi ikan kerapu dengan mengawal eksploitasi anak ikan kerapu liar, yang mana akan menambah bilangan individu dalam populasi. Walaupun tiada peraturan khusus untuk menguruskan ikan kerapu dewasa, penetapan zon penangkapan ikan serta pewartaan habitat marin sebagai Taman Laut antara langkah dapat mengawal eksploitasi ikan kerapu, terutamanya semasa musim pembiakan.
Namun, dicadangkan peraturan perikanan mengenai had saiz tangkapan, musim penutupan serta kuota tangkapan dapat dirangka menggunakan data penyelidikan saintifik mengenai populasi ikan kerapu dan diguna pakai untuk menguruskan sumber perikanan dengan lebih efektif.
Namun, penangkapan secara lestari atau mampan kaedah terbaik dalam mengekalkan populasi ikan kerapu iaitu dengan menangkap hanya pada jumlah tertentu, pada saiz sesuai saja serta tidak mengganggu proses penambahan individu baharu dalam populasi.
Kaedah ini dilihat mampu mengekalkan populasi ikan kerapu dan secara tidak langsung, dapat dinikmati segenap golongan dengan harga lebih rendah.
Sesuatu populasi ikan mempunyai dinamik menarik di mana penambahan individu dalam populasi adalah daripada proses pembiakan dan 'recruitment' (transisi dari satu peringkat ke
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
peringkat lain), manakala kematian ikan secara semula jadi dapat mengimbangkan bilangan individu.
Kadar kematian ikan melalui aktiviti perikanan juga akan mengimbangkan bilangan individu dalam populasi, namun penurunan populasi ikan boleh berlaku apabila adanya eksploitasi berlebihan di mana kehilangan individu melebihi kadar penambahan individu baharu.
Pengalaman menjalankan penyelidikan berkaitan ikan kerapu pada 2015 memfokuskan berkaitan aspek populasi ikan kerapu melalui dua geran penyelidikan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan Kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia bagi penyelidikan di perairan Zon Ekonomi Eksklusif, Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Namun setakat ini, penyelidikan terhad kepada populasi ikan kerapu di perairan Terengganu dan penyelidikan perlu diperluaskan ke perairan lain seluruh Malaysia untuk lebih memahami sifat dan status populasi ikan kerapu.
Sasarannya, supaya penemuan baharu dapat digunakan untuk merangka pelan tindakan berkaitan populasi ikan terbabit.
Selain itu, ikan kerapu juga berpotensi dikomersilkan dalam skala lebih besar memandangkan permintaan tinggi. Ia sekali gus memberi impak baik terhadap perkembangan ekonomi dan menjadi perusahaan penting bagi menjana pendapatan negara.
Geran khas kerajaan juga menggalakkan lagi perusahaan industri penternakan ikan kerapu sangkar memandangkan kos penternakan ikan kerapu agak tinggi.
Namun, terdapat beberapa masalah perlu ditangani terlebih dahulu. Antaranya, spesies ikan kerapu yang dapat dibiakkan dan diternak dalam sangkar adalah terhad, kadar tumbesaran lambat, penghasilan benih tidak mencukupi serta perlunya kajian lanjut.
Peningkatan hasil penternakan ikan kerapu dapat membantu menambah sumber pendapatan negara melalui akuakultur, kerana permintaan tinggi dan harga menarik berbanding dengan spesies ikan akuakultur lain.
Pengeluaran daripada akuakultur juga dapat mengurangkan tekanan ke atas stok ikan kerapu liar.
Namun, aktiviti penangkapan ikan secara mampan masih perlu diambil perhatian dalam memastikan kelestarian populasi ikan kerapu di perairan negara.
Penulis adalah Ketua Bidang Sains Perikanan dan Akuakultur, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.