Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Primeworks kerjasama dengan tiga produksi Jepun
KUALA LUMPUR: Primeworks Studios Sdn Bhd mengukuhkan lagi portfolio isi kandungannya menerusi dua projek usaha sama dengan syarikat produksi Jepun.
Anak syarikat penerbitan Media Prima Bhd itu bersama rangkaian televisyen 8TV menjalin kerjasama dengan Nippon Television dan Sumitomo Corporation bagi menerbitkan siri travelog 'Welcome to the Railworld Japan' yang dijadual ditayangkan Januari depan.
Primeworks Studios dan ntv7 pula menjalin usaha sama dengan Tokyo Broadcasting System (TBS) untuk menerbitkan siri permainan 'Find the Wasabi!' yang dijadual memulakan
penggambaran November ini.
Ketua Pegawai Operasi, Perkongsian Perkhidmatan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid, berkata penerbitan bersama itu membuka peluang kepada Primeworks Studios
memahami lebih mendalam cara bekerjasama dengan syarikat produksi luar, khususnya Jepun.
Katanya, ia juga memberikan pengalaman baharu berhubung penerbitan rancangan yang unik.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
"Ini kerjasama yang besar kepada Media Prima. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan syarikat produksi utama Jepun.
"Primeworks Studios mempunyai minat mendalam terhadap format rancangan dan ini satu matlamat kami untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi penerbitan untu k penerbit utama dari seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pengumuman kerjasama antara Primeworks Studios dengan tiga syarikat Jepun berkenaan pada Content Malaysia yang diadakan sempena acara KL
Converge di sini hari ini.
Yang hadir sama ialah Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV Media Prima, Airin Zainul.
Content Malaysia 2014 menyediakan platform kepada penggiat industri kreatif antarabangsa mengenai perkembangan semasa industri.
Program tiga hari itu dianjurkan Persatuan Kandungan Kr eatif Malaysia (CCAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS).
Mengulas lanjut, Kamal berkata kerjasama dengan syarikat Jepun berkenaan mencerminkan dedikasi kumpulan untuk menghasilkan isi kandungan terbaik.
"Kami menyasarkan untuk mengukuhkan lagi portfolio kerjasama kumpulan pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CCAM, Datuk Mahyidin Mustakim berkata pembabitan Primeworks Studios itu membantu usaha CCAM untuk menggalakkan industri kandungan kreatif tempatan menjalin kerjasama dengan tenaga produksi luar negara.
"Kami berharap organisasi lain dapat mengambil petunjuk daripada projek usaha sama ini kerana potensi pendapatan yang boleh dijana adalah besar," katanya.