• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prof. Dr. Yahaya Ibrahim - sebagai Naib Canselor UniSZA

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "Prof. Dr. Yahaya Ibrahim - sebagai Naib Canselor UniSZA"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

Prof. Dr. Yahaya Ibrahim telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkuatkuasa pada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015. Pelantikan ini bagi menggantikan Dato’ Profesor Dr. Alias Daud yang tamat tempoh lantikan pada 31 Disember 2012 yang lalu.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Memetik laporan dari KPT, pemilihan beliau sebagai Naib Canselor UniSZA adalah berasaskan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPT dengan mengambil kira pengalaman akademik, penyelidikan serta pentadbirannya semasa bertugas di UMT di samping kepakaran beliau dalam bidang sains sosial dan pembangunan komuniti.

Anak jati Terengganu yang dilahirkan pada 16 Mei 1962 di Kuala Terengganu ini telah dianugerahkan Bachelor in Urban and Regional Planning (Honours) dari Universiti Teknologi Malaysia, Master of Arts (Sociology) dari Universiti Malaya (UM) dan seterusnya PhD (Development Studies), juga dari UM.

Perlantikan

Prof. Dr. Yahaya Ibrahim

sebagai Naib Canselor UniSZA

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Profesor dalam bidang pembangunan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dijemput sebagai Profesor Pelawat di Ritsumeikan University, Kyoto, Jepun.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di UMT, beliau telah berkhidmat sebagai CEO untuk syarikat UKM Pakarunding Sdn. Bhd. Beliau turut terlibat dalam pelbagai aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan sosial di Malaysia.

Warga UniSZA mengucapkan selamat datang kepada beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Naib Canselor, Dato’ Prof.

Dr. Alias Daud atas segala bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui UniSZA.

(4)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mengadakan Retreat Transformasi UniSZA 2013 pada 12 – 13 Januari 2013 bertempat di Tanjong Jara Resort, Dungun, Terengganu.

Program ini dihadiri oleh kumpulan pengurusan UniSZA iaitu seramai 18 orang dan dibantu oleh dua orang fasilitator jemputan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Objektif program tersebut bertujuan untuk memperkasakan struktur organisasi UniSZA bagi memastikan fungsi dan peranan UniSZA direalisasikan dengan berkesan, menilai dan membuat penambahbaikan imej korporat UniSZA bersesuaian dengan nama kesultanan yang digunapakai serta merancang konsep pembangunan pusat-pusat kecemerlangan.

Retreat ini bertindak sebagai pembuka tirai kepada usaha untuk memastikan pencapaian matlamat transformasi dapat direalisasikan dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara asas seperti struktur organisasi, imej korporat dan bidang tujahan UniSZA.

Retreat Transformasi UniSZA 2013

Susulan daripada Retreat Transformasi UniSZA 2013, satu Retreat Transformasi UniSZA siri 2/2013 telah diadakan di Tok Aman Bali Beach Resort, Tok Bali, Kelantan pada 26-27 Januari 2013. Program ini dihadiri oleh kumpulan pengurusan UniSZA seramai 44 orang dan dibantu oleh tiga orang fasilitator jemputan.

Retreat siri kedua ini merupakan kesinambungan daripada retreat pertama yang diadakan pada 12 dan 13 Januari 2013 bertempat di Tanjong Jara Resort. Hasil daripada retreat tersebut, sebanyak empat jawatankuasa telah ditubuhkan bagi membincangkan dan mencadangkan Pembentukan Imej, Niche Area dan CoE, Pembangunan Akademik serta Struktur Organisasi UniSZA.

Objektif retreat kali ini adalah untuk meningkatkan imej korporat UniSZA selaras dengan nama kesultanan yang dipakai serta melakukan penjenamaan semula, memfokuskan Niche Area dan CoE ke arah meningkatkan kecemerlangan UniSZA, memperkasakan program akademik bagi memartabatkan UniSZA dan menambahbaik struktur organisasi UniSZA bagi memastikan fungsi dan peranan PTj dapat direalisasikan dengan berkesan.

Retreat Transformasi UniSZA Siri 2/2013

(5)

Y. Bhg. Dato’ Haji Jailani Ngah, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan rasmi ke UniSZA pada 12 Februari 2013.

Program tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa pelbagai perancangan telah dibuat dalam tempoh lantikannya sebagai Naib Canselor UniSZA. Dalam retreat pengurusan sebelum ini, beliau menyentuh tentang pembinaan imej UniSZA dan usaha untuk menyelaraskan pembangunan akademik supaya mengikut kehendak dan keperluan semasa. Selain itu, beliau turut menyuarakan perancangan untuk membina sebuah bangunan Canseleri

baru di Kampus Gong Badak dan mewujudkan satu Kerusi Sultan Zainal Abidin dalam usaha untuk menjadikan UniSZA sebagai salah sebuah pusat rujukan ilmu terkemuka dunia. Beliau juga menyatakan hasrat untuk membangunkan asrama baru dan mewujudkan Sekolah Imtiyaz UniSZA.

Majlis diteruskan dengan ucapan Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Y. Bhg. Dato’ Haji Jailani Ngah. Dalam

ucapannya beliau menyatakan sokongan terhadap rancangan dan usaha Naib Canselor untuk menjadikan UniSZA sebagai salah sebuah Pusat Islam di Pantai Timur. Beliau kemudiannya memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada tabung kebajikan UniSZA selain menghadiahkan pakej ibadah haji kepada seorang pensyarah. Turut menerima hadiah pakej haji tersebut adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Saudara Muhammad Marzuqi Zainal Adlan. Seorang lagi pensyarah yang berhajat dan masih menunggu giliran untuk menunaikan haji diberi keutamaan untuk menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini.

Y. Bhg. Dato’ Haji Jailani Ngah dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Yahaya atas pelantikannya sebagai Naib Canselor UniSZA dan menyeru kepada warga UniSZA supaya memberi sokongan penuh kepada kepimpinan baru serta meneruskan sokongan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Lawatan Setiausaha Politik

kepada YAB Perdana Menteri ke UniSZA

(6)

Terlebih dahulu, Sidang Pengarang Buletin UniSZA mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Y. Bhg. Prof. kerana dalam kesibukan menghadapi tugasan harian, masih sudi meluangkan masa untuk ditemuramah. Ketika menerima amanah sebagai Naib Canselor, apakah jangkaan dan harapan Y. Bhg. Prof dalam menerajui Universiti Sultan Zainal Abidin?

Amanah sebagai Naib Canselor ini merupakan satu amanah yang cukup berat dan tertinggi dalam konteks pentadbiran sesebuah institusi pengajian tinggi. Memegang jawatan sebagai Naib Canselor, tidak kira di universiti mana sekali pun, sama sahaja kerana tuntutan itu sama. Jadi, tuntutan sebagai Naib Canselor adalah cuba untuk menaikkan nama universiti, melonjakkan nama universiti ke persada yang lebih tinggi serta mencemerlangkan pencapaian universiti dalam bidang akademik dan bukan akademik. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada pencapaian pelajar dan kebolehpasaran graduan. Kalau kita lihat dalam konteks UniSZA itu sendiri, ketika saya diamanahkan sebagai Naib Canselor, UniSZA berada dalam keadaan yang sangat rendah dari segi pencapaiannya seperti yang dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berdasarkan kepada indikator-indikator tertentu seperti MyRA, MyMohes dan sebagainya. Oleh itu, berdasarkan perbandingan indikator-indikator tersebut, pencapaian UniSZA adalah antara yang terendah kalau dibandingkan dengan universiti lain. UniSZA merupakan universiti yang tidak terserlah dan tidak menjadi pilihan utama pelajar. Jadi, itu yang menjadi satu tanggungjawab besar kepada saya. Kalau saya ditugaskan sebagai Naib Canselor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), s a y a

kira ianya lebih mudah, walaupun universiti tersebut lebih besar tetapi segalanya telah berjalan dengan baik dan kedudukannya telah mantap. Tetapi di UniSZA, kita perlu mewujudkan perkara-perkara yang belum ada, perlu mengangkat perkara-perkara yangletaknya di bawah, perlu membaiki perkara-perkara yang rosak, mencemerlangkan perkara-perkara yang lemah dan sebagainya. Jadi, banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Ini bukan satu kerja mudah kerana perlunya persefahaman, kepercayaan, komitmen dan keikhlasan. Apa yang saya harapkan adalah penyatuan seluruh warga UniSZA untuk memartabatkan UniSZA.

Kalau kita tidak bersatu dan tidak mempunyai komitmen yang tinggi dan sama-sama berhasrat untuk mencemerlangkan UniSZA, maka hasrat dan misi kita tidak akan tercapai.

Apakah pelan pembangunan akademik yang holistik untuk UniSZA?

Bercakap tentang pelan pembangunan, kita masih baru dan kita masih belum melakukan apa-apa yang terpandu secara terperinci. Tetapi dalam minda saya, untuk mencapai hasrat memantapkan UniSZA sebagai institusi pengajian tinggi, maka proses pertama saya cuba mengenali UniSZA. Apa yang ada dalam UniSZA, apa potensinya, apa sumber-sumber yang boleh dibangunkan, apa keperluan masyarakat dan negara yang mungkin UniSZA ada, yang boleh ditonjolkan sebagai perkara yang akan menjadi nic UniSZA.

Jadi, proses pertama adalah proses mengenali dan memahami. Proses kedua adalah proses mengekalkan dan mengembangkan potensi yang ada. Proses yang ketiga adalah mengukuhkan potensi untuk menjadi asas kepada kekuatan UniSZA. Setiap proses ini mengambil masa dua tahun, dan saya yakin dalam masa enam tahun, sekiranya semuanya boleh bergerak seperti yang dirancang kita boleh mencapai sekurang- kurangnya berada di antara sepuluh universiti terbaik di Malaysia. Perancangan itu perlukan kerja-kerja pemantapan akademik, organisasi, pelajar dan infrastruktur. Keempat-empat perkara ini sudah mula berlaku.

Sejenak Bersama Naib Canselor UniSZA

Prof. Dr. Yahaya Ibrahim

(7)

Apakah perancangan Y. Bhg. Prof. untuk menjenamakan semula UniSZA sebagai pusat ilmu Islam di Pantai Timur?

UniSZA ditubuhkan sejak 32 tahun dahulu sebagai sebuah kolej agama, jadi asasnya telah ada, tetapi pada masa itu tuntutannya tidak begitu meluas dan sehebat sekarang. Maka hari ini kita perlu mengembangkan sayap ke peringkat global dan antarabangsa. Kita juga perlu lihat tuntutan pasaran dan permintaan sekarang.

Saya tidak mahu UniSZA menjadi universiti Islam yang disebut sebagai universiti Islam, tetapi nama Universiti Sultan Zainal Abidin itu sudah cukup menggambarkan dan dilihat sebagai universiti Islam berdasarkan imej yang ditonjolkan dari segi kurikulumnya. Ilmu Islam diserapkan dalam ilmu lain. Bidang-bidang pengajian Islam juga perlu digabungkan dengan bidang-bidang tuntutan pasaran supaya bidang-bidang pengajian Islam itu ada permintaan dan kebolehpasaran pelajar meningkat. Kebolehan pelajar-pelajar dalam bidang pengajian Islam perlu ditingkatkan dari segi penguasaan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Apakah pelan pembangunan sumber manusia khususnya untuk kebajikan kakitangan akademik dan kakitangan bukan akademik?

Kita masih kekurangan banyak tenaga akademik dan bukan akademik, sedangkan kita berkembang dengan cepat. Carta organisasi yang sedang dalam proses pemurnian ada banyak perubahan. Pembangunan sumber manusia, bukan akademik iaitu pentadbiran dan sokongan akan dilipatgandakan melalui pertambahan jawatan tetap dan jawatan kontrak supaya kerja-kerja dapat berjalan dengan cepat, cekap dan lancar. Begitu juga pembangunan sumber manusia bagi kakitangan akademik. UniSZA akan mengimport sebahagian daripada Profesor atau Prof. Madya yang telah mantap dari universiti-universiti yang terkemuka seperti UKM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) atau Universiti Malaya (UM) untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka dengan pensyarah-pensyarah muda di UniSZA. Dalam tempoh dua tahun daripada sekarang, saya kira tidak kurang daripada 50 orang pensyarah UniSZA akan pulang dengan PhD. Jadi pada masa itu, dengan kehadiran pensyarah-pensyarah yang telah mempunyai PhD, kita sudah boleh perkukuhkan fakulti-fakulti di UniSZA, dan pada masa yang sama kita boleh menghantar pensyarah-pensyarah lain untuk menyambung pengajian di peringkat PhD ke luar negara. Bagi mereka yang tidak mendapat tempat untuk belajar di luar negara dan membuat pilihan untuk belajar di dalam negara, kita memberi keutamaan kepada mereka untuk menyambung pengajian di UniSZA, untuk menambah bilangan pelajar pasca siswazah dan pada masa yang sama kita dapat memantau perkembangan mereka. Yuran percuma akan diberikan

bagi yang menyambung pengajian di UniSZA. Oleh itu, saya berharap mood dalam kalangan tenaga pengajar UniSZA untuk Menyambung pengajian akan berubah, iaitu lebih bersemangat untuk melanjutkan pengajian melalui insentif dan galakan yang diberikan oleh pihak universiti.

Apakah cabaran utama dalam pembangunan akademik Universiti Sultan Zainal Abidin?

Sebenarnya tiada masalah besar yang tidak boleh diselesaikan, Cuma cabaran utama saya adalah bagaimana untuk mengubah budaya kerja daripada bekerja secara individu kepada bekerja secara kumpulan, bagi kakitangan akademik. Bagi kakitangan bukan akademik pula, menjalankan kerja secara sistematik dan pada masa yang sama menghindari tingkah laku yang tidak wajar dilakukan seperti mencemburui kejayaan orang lain, melabelkan orang lain dengan label negatif, menjatuhkan orang lain, mengadu domba dan sebagainya. Budaya ini didapati wujud di UniSZA dan pada pandangan saya individu yang bersikap sebegini tidak buat kerja. Selain itu terdapat juga kakitangan tidak puas hati dan suka mempolitikkan sesuatu isu. Pihak universiti tidak boleh berkompromi dengan individu yang tidak ada kualiti, individu yang bermotivasi rendah dan yang suka memperlekehkan orang lain sedangkan dia sendiri tidak melakukan sesuatu untuk kerjayanya dan universiti.

Pada pandangan Y. Bhg. Prof., apakah peranan yang boleh dimainkan oleh UniSZA untuk turut sama menyumbang kepada pembangunan negeri Terengganu?

Banyak peranan yang boleh dimainkan oleh UniSZA untuk menyumbang kepada pembangunan negeri Terengganu. Sebuah universiti sepatutnya mengambil peranan memikirkan bagaimana untuk mengubah hidup masyarakat melalui inovasi dan penyampaian ilmu kepada masyarakat. Misalnya, FBK boleh mengadakan program untuk mengajar Bahasa Inggeris untuk anak- anak kampung sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan cara ini, kita dapat membantu kelompok ini dari segi kemahiran berbahasa Inggeris sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Dari segi reka bentuk pula, kita mempunyai Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi yang boleh mencipta sesuatu produk yang inovatif untuk membantu masyarakat.

Misalnya dari segi packaging. Kita boleh membantu masyarakat dengan menyediakan packaging yang lebih menarik untuk produk-produk tempatan seperti keropok lekor dan sebagainya. Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan pula boleh mengadakan program latihan perniagaan dan keusahawanan, akaun kepada peniaga kecil, memberi maklumat kepada masyarakat setempat yang ingin memohon lesen perniagaan dan sebagainya. Program-program

(8)

sebegini perlu dijalankan dengan lebih kerap bersama dengan komuniti. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) juga boleh mengambil peranan untuk berdakwah dan mentarbiahkan masyarakat supaya berada di jalan yang benar, jangan dengar perkara-perkara yang tidak betul, jangan mudah terhasut dengan perkara- perkara yang negatif, dan jangan terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan yang boleh memberikan kesan negatif. Jangan tunggu sehingga orang luar memberi jemputan untuk hadir ke program-program tertentu, baru kita mahu melibatkan diri dengan masyarakat.

Sepatutnya kita mengambil inisiatif untuk mengadakan lebih banyak program bersama masyarakat. Begitu juga dengan penglibatan pelajar. Para pelajar perlu lebih kerap melibatkan diri dengan program-program kemasyarakatan melalui program khidmat masyarakat.

Apa perancangan Y. Bhg. Prof. bagi membangunkan infrastruktur UniSZA?

Banyak perancangan yang sedang difikirkan. Pertama, kita dalam usaha untuk membangunkan kemudahan pelajar iaitu asrama yang masih belum mencukupi.

Oleh itu, asrama untuk 3000 pelajar bernilai RM150 juta akan dibangunkan pada tahun ini di kampus Gong Badak. Kemudian, kita juga akan membina kompleks kuliah berpusat untuk 500 pelajar, iaitu lima dewan kuliah dalam satu kompleks. Selain itu, bajet sebanyak RM20 juta untuk pembinaan Bangunan Canseleri sebagai pusat pentadbiran juga telah diluluskan. Di samping itu, bangunan akademik dan bangunan Pusat Pengajian Siswazah juga akan didirikan. Semua asrama lama akan ditukarkan menjadi dewan kuliah dan bilik pensyarah. Kita juga akan membina sebuah kompleks sukan di tapak padang golf lama. Berhampiran dengan pintu pagar utama pula akan dibina rumah tamu universiti dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Hospital juga akan didirikan di kampus Gong Badak dengan kemudahan awal sebanyak 100 buah katil dengan kelulusan bajet sebanyak RM150 juta, tetapi kita dalam usaha untuk mendapatkan 400 buah katil. Kita juga berhasrat untuk membina pembahagi jalan bagi mengelakkan kemalangan dan menaik taraf kolam rekreasi untuk kegunaan warga UniSZA.

Apakah perancangan Y. Bhg. Prof. Bagi meningkatkan pengantarabangsaan UniSZA?

Kita boleh meningkatkan program pengantarabangsaan melalui penambahan bilangan pelajar dan pensyarah antarabangsa. Selain itu, kita juga dalam usaha untuk melaksanakan exchange programme dengan pihak antarabangsa dan melibatkan diri secara aktif dalam program-program seperti visiting professor, visiting scholar, serta menghadiri persidangan-persidangan di peringkat antarabangsa. Kita mempunyai peruntukan untuk para pensyarah menghadiri persidangan antarabangsa tetapi, permintaan tidak banyak. Kita peruntukkan setiap pensyarah menghadiri satu

persidangan antarabangsa dalam masa setahun. Kita juga telah mengadakan kolaborasi dengan banyak pihak. Misalnya, baru-baru ini saya telah ke Gaza dan menandatangani perjanjian dengan dua buah universiti di sana iaitu al-Aqsa University dan Islamic University of Gaza. Selain itu, kita telah menandatangani MoU dalam bidang perubatan dengan Alexandria University, Mesir.

Selain itu, kita turut menandatangani MoU dengan pelbagai pihak lagi sama ada dalam atau luar negara.

Apakah harapan Y. Bhg. Prof. dalam menghadapi cabaran pendidikan tinggi masa kini?

Harapan saya sangat tinggi. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya ingin menjadikan UniSZA berada dalam kelompok sepuluh universiti terbaik di Malaysia. Kita juga ingin menambah bilangan pelajar antarabangsa seramai mungkin melalui kolaborasi yang telah kita jalankan dengan universiti-universiti lain dalam dan luar negara. Cabaran yang kita hadapi sekarang adalah dari segi kebolehpasaran graduan.

Sebenarnya itu di luar bidang kuasa kita sama ada graduan tersebut memperoleh kerja atau tidak. Dalam hal ini, kita tidak boleh menyediakan kursus-kursus yang berlainan. Semua kursus yang ditawarkan perlu diluluskan dan disahkan oleh KPT. Namun begitu, terdapat kursus-kursus tertentu yang tidak relevan dengan keperluan pasaran. Jadi, bila kebolehpasaran graduan kita rendah, ini turut mempengaruhi ranking universiti. Jadi kita kena buat program penjenamaan semula. Saya akan bentangkan tentang academic leadership di Program Retreat yang akan diadakan di Awana Kijal pada 31 Mac nanti. Dalam pembentangan tersebut saya akan tekankan tentang apa yang perlu ada pada seseorang ahli akademik supaya dia dapat melonjakkan apa yang dihasratkan oleh pihak universiti.

Kita akan merancang dari segi KPI. KPI universiti adalah KPI fakulti. KPI fakulti pula adalah KPI staf. Ini penting untuk melonjakkan kedudukan universiti dari segi ranking. Ranking universiti sangat penting kerana ia menjadi ukuran untuk pemilihan pelajar ke UniSZA, sedangkan kita mempunyai kursus-kursus yang bagus, tetapi disebabkan ranking kita terkebawah, menyebabkan UniSZA bukan menjadi universiti pilihan pelajar. Di samping itu, kita perlu memperbanyakkan bidnag-bidang baru dan perlu lebih kompetitif dari segi pencapaian pelajar.

(9)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi MPP pertama di pusat Pengajian Tinggi Awam di negeri ini mempunyai kenderaan sendiri.

Kenderaan pelbagai kegunaan (MPV) Naza Ria itu disumbangkan oleh pihak universiti baru-baru ini bagi melancarkan perjalanan aktiviti MPP berkenaan.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Yahaya Ibrahim berkata, peranan MPP penting kerana setiap kegiatan yang dilakukan merupakan cerminan universiti tempat mereka menimba ilmu.“Setiap program yang diadakan hendaklah bersifat nasional dan antarabangsa dalam usaha mentransformasikan UniSZA menjadi universiti ulung di negara ini. Sehubungan itu kita melihat kemudahan ini akan memberi mereka motivasi untuk menganjurkan pelbagai proram seumpama itu”, katanya.

MPP UniSZA Miliki Kenderaan Sendiri

(10)
(11)
(12)
(13)
(14)
(15)
(16)
(17)
(18)
(19)
(20)

Fakulti Informatik (FiT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Gong Badak telah menerima kunjungan Naib Canselor UniSZA yang baharu iaitu Prof. Dr. Yahaya Ibrahim di Bilik Mesyuarat FIT, blok Anas pada 15 Januari 2013 dengan diiringi Pendafar dan Bendahari UniSZA, Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar dan Encik Baharin Salim.

Lawatan ini dimulakan dengan salam perkenalan antara Naib Canselor dengan 50 orang staf FIT. Selain daripada itu, sesi pembentangan Pelan Strategik FIT oleh Dekan telah disampaikan dengan terperinci sebagai makluman awal kepada Naib Canselor berkaitan perancangan akademik dan penyelidikan

Lawatan Naib Canselor ke Fakulti-fakulti di UniSZA

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) pada hari Rabu, 23 Januari, dalam siri lawatan beliau ke PTj-PTj setelah dilantik sebagai Naib Canselor baharu UniSZA. Tujuan lawatan ini adalah untuk mewar-warkan proses transformasi yang akan dilaksanakan sepanjang beliau menerajui UniSZA.

Perjumpaan bersama Naib Canselor ini dihadiri oleh semua staf FBK.

Dalam ucapannya, Naib Canselor menyatakan bahawa proses transformasi akan berlaku, antaranya ialah kampus Gong Badak akan menjadi kampus utama. Sembilan fakulti akan kekal, cuma ada fakulti

Fakulti Bahasa dan Komunikasi

yang Akan bergabung dan akan wujud sebuah fakulti baharu. FBK kekal tetapi bahagian komunikasinya akan diletakkan di fakulti baharu yang akan menawarkan program komunikasi berbentuk media. FBK masih boleh mengekalkan kursus komunikasi seperti mana yang sedang ditawarkan sekarang.

Naib Canselor juga menyarankan agar ditubuhkan Pusat Kecemerlangan Bahasa Antarabangsa yang menjadi pusat rujukan dan penyelidikan bagi bahasa- bahasa antarabangsa popular di rantau ini dan di dunia.

Pusat ini hendaklah mempunyai pakar-pakar dalam pelbagai bidang bahasa di dunia.

Fakulti Informatik

fakulti sehingga tahun 2015. Harapan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan oleh Naib Canselor amat dihargai dan dijadikan sebagai KPI fakulti pada tahun ini.

Sebelum majlis berakhir, slot soal jawab bersama Naib Canselor juga diselitkan yang kebanyakannya berkisar kepada pembangunan akademik dan kerjaya staf di UniSZA amnya. Para jemputan turut disajikan dengan hidangan makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak fakulti.

Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada semua staf FiT.

(21)

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak telah menerima kunjungan Naib Canselor UniSZA yang baharu iaitu Prof. Dr. Yahaya Ibrahim di Bilik Aktiviti, FKI pada 22 Januari 2013. Kunjungan ini turut diiringi oleh Pendaftar UniSZA, Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar dan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr.

Abdul Hakim Abdullah.

Lawatan ini dimulakan dengan ucapan tahniah, kata-kata aluan dan pembentangan oleh Dekan, iaitu Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berhubung FKI termasuk perancangan fakulti dalam memantapkan lagi tadbir urus dan pembangunan akademik di fakulti.

Naib Canselor dalam ucapan balas pula menyatakan bahawa lantikan beliau sebagai Naib

Lawatan Naib Canselor ke Fakulti-fakulti di UniSZA

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Canselor merupakan tugas dan amanah yang besar untuk memimpin UniSZA. Beliau berhasrat untuk menjadikan UniSZA sebagai universiti terulung di Pantai Timur. Oleh itu, beliau memohon kerjasama semua warga universiti untuk sama-sama berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat tersebut berpegang kepada konsep pengurusan iaitu ‘Mesra dan Efektif’.

Di akhir program,, sesi soal jawab dibuka bagi memberi ruang dan peluang kepada warga fakulti untuk mendapatkan penjelasan daripada Naib Canselor berhubung beberapa perkara termasuklah isu sumber manusia, ruang, kehidupan pelajar di kampus dan pembangunan akademik.

Sebagai penutup, para jemputan disajikan dengan jamuan makan tengahari.

(22)

Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof.

Dr. Yahaya Ibrahim telah mengadakan kunjungan ke Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) pada 20 Januari 2013 jam 2.30 petang. Dalam lawatan tersebut beliau telah mengadakan perjumpaan dengan 52 orang kakitangan FRIT yang diketuai oleh Dekan.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Dekan HEPA dan Bendahari. Naib Canselor telah menggariskan hala tuju baru UniSZA. Kunjungan beliau diakhiri dengan jamuan ringan dan lawatan ke sekitar pejabat baru FRIT.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Fakulti Teknologi Makanan (FTM) pada 30 Januari 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Pentadbiran,UniSZA Kampus Gong Badak.

Lawatan dimulakan dengan taklimat oleh Dekan FTM, Prof. Dr. Che Abdullah Abu Bakar berkaitan kakitangan, program akademik, pembangunan dan perancangan di FTM.

Selesai sesi taklimat, seramai 18 orang kakitangan yang hadir memperkenalkan diri secara ringkas serta perancangan kerjaya masing-masing.

Objektif utama lawatan ini diadakan adalah supaya pihak fakulti lebih mengenali Naib Canselor dan mengutarakan segala permasalah yang dihadapi di FTM. Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai cuti belajar kakitangan akademik yang belum mempunyai PhD supaya dapat menyambung pengajian ke peringkat PhD dalam tempoh terdekat.

Penutup kepada lawatan ini adalah sesi soal jawab antara kakitangan FTM dengan Naib Canselor.

Lawatan Naib Canselor ke Fakulti-fakulti di UniSZA

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan Naib Canselor baharu, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim pada 9 Januari 2013. Kunjungan beliau ke FPSK bertujuan mengenali staf FPSK dengan lebih dekat dan merapatkan hubungan silaturrahim. Di samping mendapatkan maklumat terkini FPSK. Kunjungan beliau disambut oleh kira-kira seratus orang staf FPSK yang terdiri daripada staf akademik dan staf bukan akademik di Dewan Teater, Kampus Kota.

Dekan FPSK, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif telah memberikan taklimat ringkas berkaitan FPSK.

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Naib Canselor pula memberi ucapan ringkas mengenai perancangan beliau bagi UniSZA. Antaranya, beliau turut menyatakan bahawa satu perubahan baru akan berlaku dalam sistem pengurusan UniSZA tetapi ia mengambil masa untuk dilaksanakan. Beliau juga turut menyatakan hasrat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang mesra dan efektif di UniSZA .

Warga FPSK amat bangga menerima kunjungan Naib Canselor baharu dan semoga kunjungan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak Pengurusan UniSZA dengan staf FPSK.

Pada 6 Februari 2013, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) telah menerima lawatan daripada Prof. Dr. Yahaya Ibrahim, Naib Canselor, UniSZA yang baharu. Sesi taklimat dan ramah mesra telah diadakan di Bilik Kuliah, Blok Khadijah.

Lawatan tersebut telah memberi peluang kepada warga FPPP untuk mengenali dan beramah mesra dengan Naib Canselor secara lebih dekat. Melalui lawatan tersebut juga, Naib Canselor telah memberi beberapa amanat iaitu meminta supaya warga FPPP

Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan

bergerak maju iaitu dengan berkerja sebagai satu pasukan. Beliau juga berhasrat untuk memberi insentif kepada para pensyarah yang berjaya menamatkan cuti belajar sebelum tempohnya selain mengucapkan tahniah kepada FPPP kerana mempunyai peratus pemegang PhD antara yang tertinggi antara fakulti- fakulti di UniSZA.

Semoga amanat yang diberikan memberi suntikan semangat baru kepada semua warga FPPP dalam mencapai visi dan misi yang telah digariskan.

Fakulti Teknologi Makanan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan

Teknologi

(23)

Lawatan Naib Canselor ke Fakulti-fakulti di UniSZA

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim telah sudi meluangkan masa untuk mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) pada 7 Februari 2013 di bilik Mesyuarat (FUHA).

Perjumpaan ini diadakan dengan tujuan untuk mengenali Naib Canselor dengan lebih dekat lagi. Selain itu, ianya bertujuan untuk membuka ruang kepada seluruh kakitangan FUHA agar dapat memahami aspirasi beliau dan mampu memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan UniSZA bergerak seiring dengan universiti-universiti terulung yang lain.

Majlis ini berlangsung dengan lancar dan teratur.

Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan dengan seluruh kakitangan FUHA, diikuti dengan taklimat ringkas tentang sejarah dan perkembangan FUHA oleh Dekan, Encik Mohd Fuad Husaini.

Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa

Dalam ucapannya, Naib Canselor mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga FUHA atas kesudian menerima kunjungan beliau. Beliau menyatakan bahawa kunjungan tersebut bertujuan untuk berkongsi pengalaman bagi memastikan FUHA lebih menonjol dan dikenali berbanding sebelumnya. Ahli-ahli akademik disarankan agar lebih memberi penekanan kepada penyelidikan dan mana-mana pensyarah yang masih belum memiliki PhD digalakkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tersebut secepat mungkin.

Dalam pada itu, Naib Canselor turut mengingatkan supaya setiap kakitangan UniSZA memberi perhatian kepada ranking universiti bagi memastikan UniSZA tidak lagi berada di tangga tercorot berbanding universiti-universiti lain.

Fakulti Pertanian dan Bioteknologi

Pada 30 Januari 2013, bertempat di Bilik Kuliah PTM 4, Fakulti Pertanian dan Bioteknologi (FPB), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), satu perjumpaan telah diadakan antara staf FPB bersama Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.

Program ini telah dipengerusikan oleh Dekan FPB iaitu Prof. Dr. Mat Zakaria dan dihadiri oleh semua staf FPB termasuk Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah, staf kumpulan pengurusan &

profesional dan staf kumpulan sokongan. Program bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan FPB kepada Naib Canselor disamping mengeratkan silaturahim dan majlis ramah mesra antara Naib Canselor dan staf fakulti.

Pengisian program antaranya ialah sesi soal jawab antara staf dan Naib Canselor, antara persoalan yang ditimbulkan oleh staf ialah berkaitan dengan kenaikan pangkat staf akademik dan juga berkaitan dengan isu perpindahan ke Tembila. Di akhir sesi soal jawab, semua staf berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Naib Canselor berkaitan dengan isu yang diutarakan.

Pihak fakulti merasa begitu bertuah dengan kunjungan Naib Canselor ke FPB. Pihak pengurusan fakulti berharap program perjumpaan ini dapat diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun supaya masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak fakulti dapat sampai kepada Naib Canselor secara telus dan terbuka.

(24)

Basic Accounting & Finance for College and University Students

Penulis: Ahmad Zahiruddin Yahya & Fakhrul Anwar Zainol

ISBN: 378-983-9842-60-9 Tahun: 2013

Harga: RM27.00

Al-Itqan fi Ta’alim Lughatul al-Quran

Penulis: Kamarul Shukri Mat Teh, Mohd Shahrizal Nasir, Nurazan Mohmad Rouyan, Mohammad Azizie Aziz, Khoirun Nisak Mat Saad, Mohd Firdaus Yahaya & Norasyikin Osman

ISBN: 978-983-9842-57-9 Tahun: 2013

Harga: RM22.00

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga hal tersebut mudah bagi pelaku Usaha Mikro Kecil Menengah (UMKM) untuk mendapatkan bahan baku. Namun, oleh karena literasi dan pendidikan warganya yang kurang,