• Tidak ada hasil yang ditemukan

Program 'SME - UniMAP Internship' 2010

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Program 'SME - UniMAP Internship' 2010"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM

‘SME—UniMAP INTERNSHIP’

2010

Sempena pelancaran

Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT)

Universiti Malaysia Perlis

Anjuran:

Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan (PKKK)

Dengan Kerjasama:

Penutup

Program SME-UniMAP Intership 2010 ini dijangka mampu menjadi satu platform yang

sangat berguna kepada para peserta untuk mendalami ilmu keusahawanan.

Program ini dapat menjadi platform bagi melahirkan lebih ramai usahawan siswazah

yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada transformasi ekonomi negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan

berpaksikan inovasi ke arah pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020.

BORANG PENYERTAAN

* Sila sertakan keputusan peperiksaan terkini yang disahkan bersama- sama borang penyertaan ini.

Sila kembalikan borang yang telah lengkap diisi ke:

Pejabat AM, Pusat Kemahiran Komunikasi dan Keusahawanan (PKKK),

Blok B, Kompleks Pusat Pengajian Jejawi, Universiti Malaysia Perlis, 02400 Jejawi, Perlis.

Tel: 04 – 979 8890 Fax: 04—979 8175

(2)

Pendahuluan

Program “SME – University Internship” ini merupakan kesinam- bungan daripada Program Pembelajaran Berasaskan Konsultasi untuk EKS ASEAN atau singkatannya CoBLAS (Consulting Based Learning for ASEAN SMEs).

Keberkesanan model yang telah diperkenalkan ini telah menarik minat SME Corporation Malaysia (SME Corp) untuk turut serta dalam menjayakan program ini di Malaysia dengan ker- jasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Justeru, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tampil ke hadapan untuk turut serta dalam program yang dilihat berpotensi untuk membangunkan sahsiah pelajar ke arah memilih kerjaya keusa- hawanan.

Objektif

Bagi merealisasikan hasrat universiti untuk meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan, PKKK tampil dengan cadangan menganjurkan program ini dengan objektif berikut:

1. Melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai pemikiran, attribut dan nilai keusahawanan yang tinggi.

2. Menerapkan nilai dan minat keusahawanan ke dalam diri pelajar.

3. Memberi pendedahan kepada para peserta terhadap realiti sebenar pengurusan sesebuah SME (Small and Medium Enterprise).

4. Mewujudkan kolaborasi yang lebih akrab di antara akademia dan usahawan/industri di sekitar negeri Perlis.

5. Menyediakan program pengukuhan keusahawanan dan infrastruktur serta persekitaran yang kondusif kepada golongan pelajar yang benar-benar mempunyai minat dan keinginan untuk menjadi seorang usahawan.

6. Mengukuhkan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan di UniMAP.

Pelaksanaan Program: Syarat-syarat Penyertaan:

1. Pelajar UniMAP warganegara MALAYSIA.

2. Pelajar tahun 2 bagi program perniagaan atau tahun 3/4 bagi program kejuruteraan.

3. CGPA terkini 3.00 dan ke atas.

4. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan bercita-cita untuk menjadi usahawan.

5. Mempunyai personaliti yang kemas dan menarik.

6. Mempunyai peribadi dan akhlak yang cemerlang.

7. LULUS temuduga program.

Tarikh Tutup Penyertaan 3 Ogos 2010. Jam 5.00petang

Temuduga akan diadakan pada 6 Ogos 2010 jam 9.00 pagi di PKKK.

PROGRAM ‘SME—UniMAP INTERNSHIP’ 2010

ELAUN BULANAN DISEDIAKAN UNTUK PESERTA YANG

LAYAK !!!!

RM600 / bulan

Referensi

Dokumen terkait