PROGRAM TAKLIMAT MINGGUAN BERHUBUNG KEPUTUSAN KELULUSAN LESEN KENDALIAN SEMENTARA (TOL) KEPADA LYNAS
BANGI, 15 Februari 2012 : Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) akan mengadakan program taklimat awam untuk status terkini berhubung kelulusan Lesen Kendalian Sementara (TOL) yang telah diberikan kepada syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd.
Program taklimat ini akan diadakan secara mingguan mengikut ketetapan berikut:- Hari : Setiap hari Khamis bermula 16 Februari 2012
Masa : 2:30 petang
Tempat : Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor, Tel : 603-89225888
Taklimat akan dibuat oleh YM Raja Dato’ Abdul Aziz Raja Adnan, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) atau wakilnya dan terbuka kepada media dan semua pihak yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut.