Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Punca harga sayur meningkat
Saadiah Ismail - April 17, 2021 @ 5:44pm [email protected]
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan setiap hari sehingga menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran di kebun menjadi faktor utama harga bekalan itu meningkat di pasaran.
Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid, berkata peningkatan harga itu tiada hubung kait dengan musim perayaan kerana ia adalah disebabkan cuaca semata-mata.
Katanya, dalam tempoh dua minggu ini, cuaca tidak menentu menyebabkan petani tidak dapat mengeluarkan sayur-sayuran yang mencukupi.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid
"Keadaan ini menyebabkan harga sayur-sayuran meningkat berkali ganda sekurang- kurangnya hingga pertengahan Jun ini.
"Dahulu, harga sekilogram tomato dalam RM1.20, hari ini RM3.20 dan mungkin minggu depan boleh cecah harga RM6 sekilogram.
"Jika cuaca berterusan begini, harga sayur-sayuran akan melambung tinggi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Syed Abd Rahman berkata, jika sayur-sayuran yang ditanam di bawah rumah perlindungan hujan (RPH), harganya jauh lebih tinggi daripada yang tiada perlindungan.
"Ini memandangkan sayur-sayuran di bawah RPH dalam keadaan baik berbanding ditanam di luar yang kebanyakannya rosak teruk.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
"Bagi kami, petani di Cameron Highlands, tiga bulan yang lalu kami memang tidak banyak untung, tetapi dalam tempoh dua bulan ini, harga sayur-sayuran melonjak naik di sini.
"Kenaikan harga ini tiada sebarang kaitan dengan tindakan mengambil kesempatan,"
katanya.
Sementara itu, Penasihat Kehormat Persatuan Penternak Ayam Selangor, Datuk Ishak Mat Arif, berkata harga ayam tidaklah terlalu melambung tinggi seperti ikan, iaitu tidak melepasi RM10 sekilogram.
Katanya, kenaikan ketika ini berlaku atas faktor kos makanan ayam yang meningkat sehingga 15 peratus dari RM88 satu pek kepada RM103.
"Ini juga adalah kesan daripada pandemik COVID-19, selain ditambah dengan kos pengangkutan mahal berikutan harga minyak meningkat dan kekurangan tenaga buruh asing.
"Lebih-lebih lagi musim perayaan di mana permintaan melebihi penawaran," katanya.
Beliau berpendapat harga sekilogram ayam akan kekal jika harga kos makanan ayam tidak menurun atau bergantung kepada pasaran.
Bagaimanapun, katanya, cadangan untuk mengimport ayam sangat tidak dialu-alukan kerana ia seolah-olah membunuh industri penternakan ayam tempatan.
"Kalau sikit-sikit semuanya kita mahu import, nanti lama kelamaan kita tidak ada penternak tempatan dan mungkin apabila negara luar tidak mahu mengeksport lagi, jadi tiadalah ayam untuk pasaran negara kita.
"Ia bukan beri satu penyelesaian, tetapi kesan buruk dalam jangka panjang," katanya.