Pusat Pengurusan Akademik UKM AKA/246/2 Jld. 5
Bertarikh : 25 April 2017
TAWARAN JAWATAN PEMBANTU PEPERIKSAAN SAMBILAN PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2016-2017
Pemohon-pemohon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di atas.
Syarat-syarat lantikan adalah seperti berikut:-
GAJI
TARAF KERAKYATAN UMUR
TARAF KELAYAKAN
TARAF JAWATAN TEMPOH JAWATAN
RM30.00 Sehari
Warganegara Malaysia
Tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun
Sijil Tinggi Pelajar Malaysia (STPM)/
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/
Penilaian Menengah Rendah (PMR)/
Lain-lain yang setara
(*Keutamaan akan diberikan kepada calon yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di atas) Sambilan dan bergaji hari
3 minggu
(5 Jun 2017 hingga 20 Jun 2017)
Sanggup bekerja bila-bila masa diarahkan
CARA MEMOHON
Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan seperti borang yang dilampirkan beserta dengan dokumen berikut:-
• 2 keping gambar (berukuran pasport),
• Salinan kad pengenalan (yang telah disahkan)
• Salinan sijil (yang telah disahkan)
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Pusat Pengurusan Akademik, Kampus Lingkungan Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi selewat-lewatnya sebelum atau pada 5 Mei 2017. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan. Keutamaan diberikan kepada anak-anak kakitangan UKM.
Calon-calon yang berjaya dipilih untuk jawatan di atas akan dipanggil menghadiri Sesi temuduga pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian iaitu sebelum minggu peperiksaan berjalan. Sekiranya tidak dipanggil atau calon gagal menghadiri sesi temuduga tersebut, maka permohonan calon akan dikira tidak berjaya.
Pusat Pengurusan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia.
(Tel: 03-89118460/8455)
#NSR:rbm/iklan pembpep.
BORANG PERMOHONAN PEMBANTU PEPERIKSAAN SAMBILAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2016-2017
(5 Jun 2017 hingga 20 Jun 2017) MAKLUMAT PEMOHON NAMA PENUH
NO. KAD PENGENALAN
ALAMAT SURAT MENYURAT
NO. TELEFON Rumah: Bimbit:
ALAMAT E-MAIL
TAHAP PENDIDIKAN
[ ] STPM [ ] SPM [ ] PMR Lain-lain yang setara (Nyatakan):
(Peringatan: Sila sertakan salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil yang telah disahkan. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses)
MAKLUMAT WARIS
NAMA WARIS PERTALIAN DENGAN PEMOHON
ALAMAT PEJABAT WARIS
NO. TELEFON Pejabat: Bimbit:
TANDATANGAN: ……….. TARIKH: ……….
Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 5 Mei 2017 ke alamat seperti berikut:
Pusat Pengurusan Akademik Kampus Lingkungan Kedua Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi.
(U.P: Puan Roslinda Binti Basiran @ Basir)
UKM/PPPS/B/P05/AK05/1
Gambar (2 keping)