MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 02549
Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 3909/ 4988 Faks: +603-8921 4077 E-mel: [email protected] Web: www.ukm.my/rosh
PUSAT PENGURUSAN RISIKO, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN • CENTRE FOR RISK MANAGEMENT, OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
UKM.RKK.500-4/12/1
15 Mac 2021
DEKAN/ PENGARAH/ PENGETUA
FAKULTI/ INSTITUT/ PUSAT/ KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
PERINGATAN UNTUK MEMATUHI PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) BAGI PENCEGAHAN PENULARAN WABAK COVID-19 DALAM KALANGAN WARGA UKM
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur yang berkuatkuasa dari 5 Mac hingga 18 Mac 2021, ROSH-UKM ingin membuat peringatan kepada semua warga PTj di UKM untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh UKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kepekaan dan kesedaran semua warga UKM terhadap pematuhan SOP perlu dipertingkatkan memandangkan UKM akan menerima kemasukan pelajar secara berfasa bagi Semester 2, Sesi 2020/ 2021 mulai 17 Mac 2021 serta penganjuran Majlis Konvokesyen UKM ke-48 secara fizikal pada 3 April hingga 12 April 2021.
3. Semua PTj diminta untuk melakukan semakan kendiri pematuhan SOP di PTj masing-masing setiap dua bulan sekali mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh ROSH-UKM. Semakan kendiri tersebut hendaklah dihantar kepada ROSH-UKM dalam tempoh lima (5) hari selepas semakan dibuat. Untuk makluman pihak YBhg.
Prof. Ulung/ Prof./ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, ROSH-UKM telah selesai melakukan pemeriksaan SOP di semua Kolej Kediaman UKM dan kini akan mula bergerak untuk memeriksa tahap pematuhan SOP di semua PTj yang lain. Jadual pemeriksaan akan dimaklumkan kemudian kepada Ptj yang terlibat. Sehubungan itu, semua PTj diminta bersedia dengan semakan kendiri pematuhan SOP di PTj masing-masing sebelum ROSH-UKM hadir untuk membuat pemeriksaan. Sukacita diingatkan bahawa semua warga PTj bertanggungjawab dengan tindakan pematuhan SOP di premis kerja masing-masing.
4. Bersama-sama ini disertakan Senarai Semak Kendiri (Semakan Kedua), Lampiran Bergambar (Semakan Kedua), Jadual Semakan Kendiri PTj UKM 2021 dan semua poster kesedaran yang berkaitan dengan pematuhan SOP pencegahan wabak COVID-19 (wajib ditampal di sekitar PTj). Kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/ Prof./
Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan untuk menghebahkan peringatan ini kepada semua kakitangan di PTj amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, salam hormat.
“Pembudayaan Pengurusan Risiko dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Era Norma Baharu”
MS ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 02549
Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel.: +603-8921 3308/4076/4350 Faks: +603-8921 4077 E-mel: [email protected] Web: www.ukm.my/rosh Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
Yang benar
PROF. TS. DR. KADIR ARIFIN Pengarah
Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Krisis UKM
(Kategori Penyakit Berjangkit)
s.k. - YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman Naib Canselor, UKM