Ruj Kami/ Our Ref: FRIM500-3/2/1(5) Tarikh : 07.04.2021
IKLAN KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN SOKONGAN SIRI 1/2021 Permohonan adalah dipelawa dari pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
1. (a) JAWATAN : PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA38
(b) KEKOSONGAN : SATU (1)
(c) GAJI MINIMA : RM3,630.00 (MIN) – RM7,924.00 (MAK) (d) KENAIKAN TAHUNAN : RM195.00 SEBULAN
(e) SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA38
Penolong Juruukur Bahan Gred JA36 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA38 yang kosong apabila telah :-
(i) Mencapai tahap penilaian prestasi yang ditetapkan;
(ii) Memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
(iii) Bebas dari sebarang kes tatatertib termasuk prosiding di peringkat pertuduhan semasa tarikh tutup permohonan;
(iv) Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
(v) Telah membuat laporan pengisytiharan harta melalui HRMIS; dan (vi) Diperaku oleh Ketua Perkhidmatan / Ketua Jabatan.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem permohonan jawatan dalam talian yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hanya permohonan yang dibuat melalui sistem permohonan dalam talian FRIM (http://www.frim.gov.my/general-public/career-opportunities/) akan diproses.
Calon dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 April 2021 (Isnin) CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
No. Kotak:No. Dokumen: 10286591
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) KEPONG, 52109 SELANGOR DARUL EHSAN