• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rujukan: UKM3.2.8/244/22 Tarikh: 16 Februari 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Rujukan: UKM3.2.8/244/22 Tarikh: 16 Februari 2011"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-89215102 Faksimili: +603-89214573 E-mel:

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi Centre for Research & Instrumentation Management

Rujukan: UKM3.2.8/244/22 Tarikh: 16 Februari 2011 Dekan-Dekan Fakulti Gugusan Sains Sosial

• Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

• Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

• Fakulti Pengajian Islam

• Fakulti Pendidikan

• Fakulti Undang-undang

• Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) Dekan-Dekan Fakulti Gugusan Sains dan Teknologi

• Fakulti Sains dan Teknologi

• Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

• Fakulti Kejuruteraan

Dekan-Dekan/Pengarah Fakulti Gugusan Perubatan, Sains Bersekutu dan PPUKM

• Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

• Fakulti Perubatan

• Fakulti Pergigian

• Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

• Fakulti Farmasi

Pengarah Pusat/Institut

• Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

• Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

• Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

• Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)

• Institut Perubatan Molekul (UMBI)

• Institut Sains Angkasa (ANGKASA)

• Institut Kajian Oksidental (IKON)

• Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

• Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)

• Institut Sel Fuel (SELFUEL)

• Institut Islam Hadhari (HADHARI)

• Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

• Institut Kajian Etnik (KITA)

• Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM)

• Pusat Pengajian Umum (PPU)

• Pusat Pengajian Siswazah (PPS)

(2)

Jabatan Pendaftar Department of Registrar Y.Bhg. Dato’/Prof.,

PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN EKSPLORATORI (ERGS) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) FASA 1/2011

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) Fasa 1/2011 bermula dari 16 Februari sehingga 15 April 2011.

3. Sukacita pihak Y.Bhg. Dato’/Prof. diminta untuk mengambil maklum beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh KPT bagi permohonan ERGS Fasa 1/2011 dan syarat–syarat lain seperti yang terkandung dalam Garis Panduan ERGS iaitu:

i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan eksploratori, mantap dan lengkap mengikut Garis Panduan ERGS;

ii) Kos projek penyelidikan yang dipohon tidak boleh melebihi RM300,000.00 dengan tempoh penyelidikan maksimum sehingga tiga (3) tahun sahaja;

iii) Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi Fasa 1/2011.

iv) Setiap projek penyelidikan perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) orang penyelidik termasuk Ketua Penyelidik.

v) Kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama bertaraf tetap.

vi) Bagi bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia dan bertaraf tetap.

4. Perkara-perkara berikut hendaklah dikemukakan kepada CRIM selewat- lewatnya pada 11 April 2011 (Isnin) sebelum jam 4.00 petang. Sila rujuk Garis Panduan Pengendalian Borang ERGS Untuk Fakulti/Institut/Pusat yang dilampirkan:

i) Dua (2) salinan borang permohonan;

ii) Satu (1) salinan borang penilaian peringkat F/I/P (dikepilkan di atas borang permohonan); dan

iii) Lampiran B – Format Senarai Keseluruhan Permohonan ERGS Fasa 1/2011 (dalam bentuk softcopy dan hardcopy).

5. Bersama-sama ini disampaikan Jadual Kerja (Lampiran 1), Carta Alir (Lampiran 2) dan format Senarai Keseluruhan Permohonan ERGS (Lampiran B) untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh pihak Y.Bhg. Dato’/Prof. Garis Panduan, Borang Permohonan dan Borang Penilaian Permohonan ERGS boleh dipindah-turun daripada laman web Jabatan Pengajian Tinggi

(3)

Jabatan Pendaftar Department of Registrar

6. Sehubungan ini, jasa baik pihak Y.Bhg. Dato’/Prof. dipohon agar dapat memaklumkan kepada kakitangan akademik di F/I/P masing-masing. Justeru, diharapkan agar pihak Y.Bhg. Dato’/Prof. dapat menyediakan jadual kerja bagi aktiviti-aktiviti yang terlibat di peringkat F/I/P masing-masing (Sila rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2). Bagi tujuan pertanyaan sila hubungi pegawai CRIM (Puan Siti Noraida binti Sood) di talian 89215631. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Prof. dalam perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

t.t.

PROF. DR. CHE HASSAN CHE HARON Pengarah

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi s.k.

 Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Naib Canselor UKM

 Y.Bhg. Timbalan Naib Canselor UKM (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi)

 Fail edaran Berlampir:

Referensi

Dokumen terkait

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-8921 6784 Faksimili: +603-89254372 Laman Web: http://www.ukm.my Fakulti

QMS 01100 PUSAT PEMBENTUKAN PENDIDIKAN LANJUTAN & PROFESIONAL Aras 2, Bangunan Wawasan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.:

: AR 5779 JABATAN BENDAHARI Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Telefon: +603-8921 3000 Faksimili: +603-8921 3058 E-mel:

ISMS 00249 JABATAN BENDAHARI Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Telefon: +603-8921 3000 Faksimili: +603-8921 3058 E-mel:

ISMS 00249 PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK AKADEMIK UKM Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8921 3895 E-mel: [email protected]

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8921 3095 Faks: +603-8921 4550 E-mel:

: AR 5779 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-8921 5011 Faksimili: +603-8925

: AR 5779 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-8921 5011 Faksimili: +603-8925