• Tidak ada hasil yang ditemukan

Salah guna logo halal, kotak biskut bernilai RM906,609 dirampas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Salah guna logo halal, kotak biskut bernilai RM906,609 dirampas"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Salah guna logo halal, kotak biskut bernilai RM906,609 dirampas

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 24, 2022 bhnews@bh.com.my

Anggota penguatkuasa KPDNHEP Kedah melakukan pemeriksaan ke atas sebahagian kotak biskut yang didapa� menyalah gunakan logo halal. - Foto ihsan KPDNHEP

ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah merampas 20,193 kotak biskut bernilai RM906,609 di sebuah kilang di Bukit Pinang kerana menyalah gunakan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth, berkata serbuan jam 11 pagi semalam susulan maklumat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) berhubung Pensijilan Halal Malaysia syarikat itu sudah ditarik balik oleh jabatan berkenaan sejak Mac lalu.

Katanya, penarikan balik itu dibuat kerana syarikat melanggar prosedur Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang ditetapkan.

"Ini menyebabkan syarikat tidak boleh menggunakan logo halal JAKIM pada semua produk yang dikeluarkan di kilang itu.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

"Dalam pemeriksaan itu, pasukan serbuan mendapati hampir semua produk yang siap dibungkus dan dikotakkan masih diletakkan dengan logo halal JAKIM.

"Tindakan itu adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya ketika dihubungi hari ini.

Affendi berkata, semua produk yang sudah dilabelkan dengan logo halal JAKIM itu disita untuk tindakan lanjut.

"Berdasarkan makluman lisan pengurusan syarikat, syarikat itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

"Hasil siasatan mendapati, produk keluaran syarikat terbabit yang kebanyakannya adalah biskut sudah diedarkan untuk pasaran di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan sabit kesalahan boleh

didenda tidak melebihi RM200,000 bagi kesalahan yang pertama.

Referensi

Dokumen terkait