SAMBUTANMASYARAKAT TERHADAP ORANG KURANG UPAYA: SATU PERSEPSI MEREKA SENDIRI DI PUSAT
PEMULIHAN SAMARAHAN
HASNAH BINTI MAHASAN
Latihan llmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian
Pengurusan Khidmat Sosial (SmSS)
F AKUL TI SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
1997
KANDUNGAN
PENGHARG.AA.N" ...
IIABSTRAK
....•...•... 1'1'1'"
.
ABSTRACT ... v
SENAAAI JADUAL . ... vii
SENAAAI GAMBARAJAH ...
VIIIGLOSARI ...
IXBAB 1: PENGENALAN ... 1
1.1 Pendahuluan ... ... 1
1.2 Latarbelakang Kajian ... 1
1.2.1 Latarbelakang Pusat Pemulihan Samarahan ... 6
1.3 Kenyataan Masalah ... 8
1.4
Tujuan Kajian ... 9
1.5 Limitasi Kajian ... 10
1.6 Kepentingan Kajian ... 10
1.7 Defmisi Operasional ...
111.7.1 Persepsi Orang K urang Upaya ... 12
1.7.2 Sambutan Masyarakat ... 13
1.8 Kesimpulan... .. . . .. .. ... .... .. . . . .. . . .. .. ... .. .. . . ... ... 13
BAB II: SOROTAN LITERATLTR ... 14
2.1 Pendalluluan ... 14
2.2 Defmisi Konsep... 14
2.2.1 Persepsi Orang Kurang Upaya ... 14
2.2.2 Sambutan Masyarakat ... 19
2.3 Teon KaJlan ... ... 22
2.3 .1 Teori "Labelling" (Melabel) ... 22
2.3.2 Teori Persepsi ... 24
2.4 Kajian Lepas ... . 28
2.5 Hi potesls ... . .
402.6 Kesimpulan ... . 41
BABID: METODOLOGI PENYELIDIKAN ... . 42
3.1 Pendahuluan ... . 42
3.2 Reka Bentuk Kajian ... . 42
3.3 Populasi dan Sampel Kajian ... .. 42
3.4 Lokasi Kajian ... . 43
3.5 Pengumpulan Data ... . 43
3.5.1 Data Primer ... 44
3.5.2 Data Sekunder ... 45
3.6 Alat Kajian ... 45
3.7 Tataeara dan Masalah Kajian ... 47
3.8 Cara Pemarkatan ... 50
3.9 Penganalisaan Data ... 52
3.10 Kesimpulan ... 53
BAB IV: KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN ... 54
4.1 Pendahuluan ... 54
4.2 Hasil Dapatan Kajian ... 54
4.3 Ciri-eiri Demografi Responden ... 55
4.4 Pandangan Orang Kurang Upaya Terhadap Penerimaan Golongan Bukan Keluarga... 57
4.5 Pandangan Orang Kurang Upaya Terhadap Penerimaan Keluarga ... 60
4.6 Pandangan Orang Kurang Upaya Terhadap Diri Sendiri ... 63
4.7 Peluang Pekerjaan ... 64
4.8 Peluang Pendidikan ... 70
4.9 Kemudahan Yang Disediakan ... 73
4.10 Persoalan Pemilihan J odoh ... 75
4.11 Keputusan Ujian Hipotesis ... 76
4.12 Kesimpulan ... 79
BABV:
R"UMUS~ D~ PENlJTUP •••••••••••••••.••••••.••••.••••.••80
5.1 Pendah.uluan ... .
805.2
RUl11usan ... .
805.3
Saranan dan Implikasi Kajian ... .
845.4
Kesimpulan ... ..
86LAMP~
1a... .
87LAMP~1
b ... .
87LAMP~
Ie ... . 89
LAMP~
Id ... . 90
LAMP~
2 ... . 91
LAMP~
3 ... . 100
LAMP~
4 ... . 102
BmLIOGRAFI ... . 104
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat IDahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan latihan ilmiah ini dengan pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi.
lutaan terima kasih diucapkan kepada pihak organisasi khasnya Encik Rais, Encik Basil, Puan Monica dan peketja-peketja Pusat Pemulihan Samarahan (PPS), kerana sudi memberi ketjasama kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada pihak labatan Kebajikan Masyarakat kerana membenarkan saya membuat kajian di PPS tanpa sebarang masalah.
Sekalung penghargaan buat penyelia, Dr. Spencer di atas nasihat, teguran, pandangan dan tunjuk ajar beliau sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah ini Tak lupa juga kepada Dr. Denison yang banyak meberi tunjuk ajar dalam proses membuat proposal Buat Cik Nor Ba'yah, terima kasih tak terhingga temtama latihan ilmiah beliau telah dijadikan rujukan utama mernandangkan bahan tersebut agak berkurangan.
Buat ma dan abah, kakak dan adik-adik, sekalung ingatan tulus ikhlas di atas doa, sokongan moral dan jasa kalian. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada kawan-kawan sepetjuangan, Shimah, Tha, Na, Noi, la, Lin, dan Dah yang banyak membantu temtama ketika menjalankan survei di PPS. Buat Zie, ternan sebilik dan Sook Han serta Naffe. Jasa kalian tak pernah kulupakan. Kenangan suka duka di kampus akan tetap segar diingatan.
ii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persep~ pandangan at au tanggapan orang kurang upaya terhadap penerimaan masyarakat yang terdiri dari keluarga dan golongan bukan keluarga. Secara spesifiknya, penyelidik juga ingin melihat pandangan mereka mengenai diri sendiri, mengenai peluang pekerjaan, pendidikan, kemudahan yang disediakan dan persoalan pemilihan jodoh. Kajian ini juga untuk mengenalpasti sama ada responden mempunyai sikap dan pandangan positif atau sebaliknya terhadap masyarakat dan adakah pandangan tersebut mempunyai kaitan dengan sikap dan penerimaan masyarakat. Seramai 35 orang responden telah dijadikan sampel kajian.
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini meliputi borang soal selidik, interview dan analisis dokumen. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis frekuensi dan ujian 1. Hasil daripada analisis data, didapati responden mempunyai pandangan yang positif terhadap keluarga di samping hubungan baik dengan golongan bukan keluarga yang terdiri dari pekerja PPS, komuniti setempat dan masyarakat umum.
Responden juga berpandangan positif terhadap peluang pekerjaan dan pendidikan.
Mereka tidak menyalahkan pihak kerajaan dan pihak berwajib di atas keterbatasan peluang pekerjaan sebaliknya menganggap masalah diri sendiri seperti kecacatan yang dialami sebagai puncanya. Responden juga menganggap faktor diri sendiri seperti masalah kewangan, jarak tempat tinggal yang jauh dari sekolah dan masalah kecacatan sebagai halangan untuk mereka mendapatkan pendidikan dan juga meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pandangan tentang kemudahan yang disediakan pula agak kurang memuaskan kerana tidak banyak kemudahan yang disediakan terutamanya di PPS, dan Sarawak umumnya. Walaupun keseluruhan
iii
dapatan kajian mendapati pandangan responden adalah positif tetapi ini tidak betmakna mereka senang dengan panggilan orang-orang cacat sebaliknya mereka menganggap perkataan orang kurang upaya lebih sesuai kerana sebutan dan perkataannya tidak mempunyai spekulasi negatif Daripada kajian ini juga didapati tidak terdapat perbezaan yang bermak.na di antara pandangan pelatih lelaki dengan pelatih perempuan terhadap penerimaan masyarakat. Ini kerana jumlah sampel agak ked! dan ia tidak boleh dibuat generalisasi tentang persepsi orang kurang upaya di Malaysia keseluruhannya.
iv
I
ABSTRACT
This research was undertaken to examine the perceptions, oplDlons or assumptions of disabled people to society's acceptance of them including their family/relatives and other people. Specifically, the research also aims to identify their perception of themselves, job opportunities, education and facilities that provided for them In addition to this research will consider the nature of intimate partnershlp chosen by them This research also attempts to investigate whether disabled people have positive or negative attitudes and perceptions towards society and how their perceptions relate with society's attitude and perception. A total of 35 respondent at PPS were taken as a sample. Data was collected using questionnaires, inteIViewing and document analysis. Then data was analyzed using frequency analysis and t-test. Focus on the family showed that respondents have positive perceptions towards their family/relatives, good relationship with other people whom PPS staffs, the community and the society. Respondents also had positive perceptions towards job opportunities and education. They did not blame any party for the job limitation, but their own inability. The results show that, the respondents believed their personal factor such as financial problems, the far distance of school, and disability problem limited them from getting higher education or further their study at a higher level. There are less satisfaction towards the opinions about facilities because its not enough provided at PPS and Sarawak as a whole. Even though, the results showed that disabled people have positive perceptions it does not mean that they are comfortable with the 'orang cacat' term Reversely they believe that' orang kurang upaya' is more suitable because it does not give any negative assumptions about disabled people. The results also
v
J
showed that there no is significant association between females and males perceptions towards society. The small sample used in this research cannot be used to generalise about conditions and perceptions of disabled people in Malaysia as a whole.
vi
..
"...Iadual 1 2 3
4 5 6 7 8
9
10
SENARAIJADUAL
Muka surat Klasifikasi topografi Cerebral Palsy dan keadaan Paralytic 18
eiri-eiri demografi responden 56
Pandangan orang kurang upaya terhadap penerimaan
golongan bukan keluarga 58
Pandangan responden terhadap penerimaan keluarga 61 Persepsi responden terhadap diri sendiri 64
Peluang peke:Jjaan 69
Perasaan responden tentang peke:Jjaan 70
Kemudahan yang disediakan 73
Pandangan orang kurang upaya terhadap penerimaan golongan
bukan keluarga dari segi jantina 77
Pandangan orang kurang upaya terhadap penerimaan dari segi
jantina 78
vii
SENARAI GAMBARAJAH
Gambarajah Muka surat
1 Sebab-sebab responden tidak berpeluang melanjutkan
pelajaran 72
viii
GLOSARI
SPSS
=
Statistical Package For Social Sciencest Nilai t
% Peratusan
a Alpha
*
Signifikan pada aras < 0.05PPS Pusat Pemulihan Samarahan
TCMA Tan Chong Motor Assemblies Sdn. Bhd.
POBM Persatuan Orang Buta Malaysia
MKOBM Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia MAS
=
Malaysian Airline SystemSOCSO Scheme of Compensation
TV Televisyen
UM Universiti Malaya
PACT Employment Services Placement Assessment and Counselling Team
ix
II
BAH I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam bahagian ini, perbincangan tertumpu kepada latarbelakang kajian, kenyataan rnasalah, tujuan kajian dijalankan, limitasi dan kepentingan kajian serta definisi operasional.
1.2 Latarbelakang Kajian
Tidak ada seorang pun manusia di dunia ill ingin dilahirkan cacat tetapi realitinya mereka tidak dapat menolak ketentuan takdir. Kecacatan adalah anugerah Tuhan yang terpaksa diterima oleh setiap individu. Dari segi istilah, orang cae at, orang kurang upaya atau orang istimewa membawa maksud yang sarna untuk menggambarkan tentang kekurangan seseorang sarna ada dari segi fizikal mahupun mental Walaupun mereka berada dalam serba kekurangan tetapi mereka juga adalah sebahagian daripada ahli rnasyarakat.
Sebenamya, orang kurang upaya adalah golongan istimewa yang mempunyai pelbagai kelebihan. Sebagai contohnya, seseorang yang menggunakan kerusi roda dapat bergerak sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Begitu juga mereka yang cacat penglihatan, mereka boleh bergerak dengan hanya menggunakan tongkat
1
2
atau deria rasa. Jika dibandingkan dengan golongan normal, belum tentu kita dapat melakukan seperti mereka.
Mengikut kajian yang mouat di United State, dianggarkan setiap tiga daripada 100 orang kanak-kanak yang barn lahir mengalami masalah terencat akal dan di antara 20-25% kanak-kanak terencat akal dirawat sejak lahir atau masih diperingkat bayi (Edgerton, 197: 1). Seramai dua juta orang yang menghadapi masalah kecacatan iaitu tidak dapat bercakap dan mendengar atau lebih dikenali sebagai pekaklbisu dan 11 juta lagi menghadapi masalah pendengaran (Higgins, 1980: 33).
Mengikut Scott (1980) pula, lebih kurang 1.5 juta warga United State yang mengidap Epileptik dan lebih dari tiga juta menderita kerana kerosakan otopedik.
Manakala lebih dari satu juta yang menghadapi cacat penglihatan dan 50,000 orang daripadanya adalah buta sepenulmya (Scott, 1980: 8).
Golongan kurang upaya dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu cacat penglihatan, cacat pendengaran (pekaklbisu), cacat anggota, dan terencat akal.
Mengikut kajian yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh Malaysia, seramai 55,673 orang kurang upaya telah didaftarkan sehingga Jun 1995. Golongan yang mengalami cacat penglihatan dianggarkan seramai 10,416 orang, sebanyak 19,353 orang mengalami masalah pendengaran dan 10,197 orang mengalami kecacatan anggota. Sementara itu, sebanyak 15,702 adalah mereka yang tergolong dalam kategori terencat akal.
Sungguhpun demikian penyelidik hanya memberi perhatian kepada golongan yang mengalami kecacatan anggota, kerana penyelidik memfokuskan kajian di Pusat Pemulihan Samarahan (PPS) yang menempatkan para pelatib yang mengalami kecacatan anggota (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1995)
3
Berdasarkan perangkaan di atas, temyata tidak rarnai golongan kurang upaya jika dibandingkan dengan golongan normal, tetapi ini tidak bermakna hak mereka dinafikan. Orang kurang upaya juga mempunyai hati dan perasaan seperti orang normal. Memandangkan keadaan iuilah, penyelidik menggunakan perkataan orang kurang upaya bukannya orang cacat. Lagipun, perkataan orang cacat agak kasar dan mungkin boleh menimbulkan perasaan rendah diri. Perkataan cacat juga menunjukkan seolah-olah terdapat jurang yang besar di antara orang kurang upaya dengan golongan normal. Di samping itu, ia juga menjelaskan tentang kekurangan dan kelemahan seseorang. Ini menunjukkan bahawa di sebalik perkataan ini tersirat nilai moral yang mempunyai rnaksud tertentu.
Ekoran daripada kecacatan yang dialami ini menyebabkan mereka berasa tersisih dan diabaikan bukan sahaja di kalangan keluarga tetapi juga rnasyarakat.
Wujudnya perasaan negatif di kalangan orang kurang upaya juga mungkin mempunyai kaitan dengan sikap rnasyarakat itu sendiri seperti adanya sikap prejudis, stereotaip dan diskriminasi.
Ekoran daripada anggapan iuilah wujud perkataan Disablism iaitu menganggap satu kumpulan atau lebih tepat golongan normal (able-bodied) Iebih baik dan sempuma daripada orang kurang upaya. Ia juga wujud apabila kumpulan yang berkeupayaan memandang negatif atau menunjukkan sikap prejudis terhadap orang kurang upaya.
Pada mereka, goiongan ini tidak mempunyai kepentingan ataupun hak berbanding dengan golongan normal (Munro and Elder-Woodward, 1992: 3). Mereka seolah-olah seperti 'Melukut di tepi gantang'. Perkataan Disablism juga wujud apabila masyarakat mempunyai anggapan bahawa:
- orang normallebih berkernampuan berbanding dengan orang kurang upaya.
4
- terdapat gap/jurang pemisah di antara orang normal dengan orang kurang upaya
-orang normal hams mengawal sumber-sumber dan segala aspek kehidupan orang kurang upaya.
Dengan ini, secara tidak lang sung mereka menganggap orang kurang upaya adalah golongan yang membebankan mereka.
Tanggapan dan pandangan ini boleh dikaitkan pilla dengan tu1isan Evans (1993), from an interview with the Morris berhubung dengan pandangan dan tanggapan orang-orang normal terhadap orang kurang upaya seperti:
- Orang kurang upaya buruk/hodoh, serba kekurangan dan memalukan - Mereka mempunyai sifat dengki terhadap orang normal
- Tidak boleh betjalan dan menari
- Mereka jarang yang berkahwin kerana sukar untuk mendapat jodoh dan kalau adapun mereka hanya berkahwin di kalangan mereka juga.
Ada juga yang menganggap orang kurang upaya ini besar kemungkinan terlibat dengan kegiatan gay atau lesbian kerana mereka sukar untuk mendapat hubungan secara heterosexual seperti orang-orang normal.
Selain dari sikap prejudis, masyarakat juga mengamalkan sikap diskriminasi terhadap golongan ini. Contobnya, kebanyakkan sekolah di Britain, kolej dan universiti tidak menyediakan peluang dan kemudahan kepada pelajar kurang upaya (Oliver and Barnes, 1993: 273). Sejak akhir perang dunia ke dua pula, orang kurang upaya yang menganggur berada pada kadar yang tinggi bukan disebabkan mereka tidak mampu beketja tetapi kerana terdapat sikap diskriminasi oleh majikan dan mereka gagal untuk mendapatkan hak mereka di bawah sistem quota (Lonsdale, 1986: 273).
T
5Di Malaysia pula, kerajaan telah membuat polisi barn bahawa orang-orang kurang upaya akan diberi peluang dalam bidang peketjaan sekurang-kurangnya 1%.
Namun begitu, pihak kerajaan tidak memaksa atau mendesak para majikan untuk berbuat demikian. Jadi, sudah tentu polisi ini kurang berjaya dan nasib orang kurang upaya masih seperti dahwu. Sementara itu, satu seminar yang dibentangkan oleh Tg.
Omar (1993) bertajuk "Pewujudan Peluang-peluang Pekerjaan bagi Orang Cacat dalam sektor swasta" mengupas masalah yang dihadapi oleh pekerja kurang upaya dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Salah satu faktomya ialah sektor-sektor swasta kurang bersedia untuk mengambil peketja kurang upaya kerana mereka terpaksa mengubahsuai bangunan berdasarkan jenis kecacatan yang dialami Ini sudah tentu menyulitkan pihak-pihak tertentu. 01eh itu, tidak hairanlah mengapa sektor
sektor tertentu hanya mengambil orang kurang upaya yang tidak mengalami kecacatan yang teruk. Walaupun ini bukan satu bentuk diskriminasi tetapi secara tidak Iangsung boleh menghadkan peluang orang kurang upaya untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Selain itu, dari segi kemudahan media misalnya, orang kurang upaya lang sung tidak diberi peluang. Di radio dan televisyen, rata-rata orang kurang upaya jarang kelihatan kalau dibandingkan dengan pendedahan yang diperolehi oleh orang biasa.
Salah satu format yang seialu digunakan oleh media elektronik, misalnya, ialah satu majlis perbincangan yang diadakan antara orang yang bekerja dengan orang kurang upaya, dan ibu atau bapa mereka akan bercakap bagi pihak anaknya. Mereka jarang diberi peluang untuk berbincang, menyatakan harapan, dan impiannya sebagaimana yang dilakukan oleh orang biasa (Mustafa, 1995: 50 ).
6
Ekoran daripada sikap-sikap negatif inilah menyebabkan orang kurang upaya berasa terasing, diabaikan, rendah diri, tidak diperlukan, dan membebankan.
Tanggapan ini boleh dikaitkan dengan kes seorang kanak-kanak cacat buta sejak dilahirkan. Cartwright telah menceritakan perasaan dan pandangannya berhubung dengan sikap keluarganya terhadap bellau, seperti berikut:
"Semasa zaman kanak-kanak, saya dapat rasakan hubungan antara abang dan kakak saya amat renggang dan jauh. Saya dihantar ke sekolah yang berbeza dengan mereka. Apabila keluarga berbincang tentang masa depan kami, mereka selalu membezakan saya dengan adik-beradik yang lain.
Sebagai seorang kanak-kanak yang sedang meningkat dewasa, saya berasa diri saya disisihkan. Mereka juga tidak mempedulikan keperluan saya seperti tape dan braille yang diperlukan oleh seorang buta seperti saya".
(Morris. 1993: 5)
Daripada pengakuan kisah hidup dan perasaan Cartwright ini jelas membuktikan bahawa orang kurang upaya memang tidak dapat lari dari berasa tersisih dan rendah diri. Faktor utama mereka berkeadaan demik:ian kerana sikap dan penerimaan keluarga dan masyarakat itu sendiri. Jadi, jelasnya, sikap rendah diri dan sensitjf yang ada dalam diri mereka adalah berkaitan langsung dengan sikap dan penerimaan masyarakat terhadap mereka.
1.2.1 Latarbelakang Pusat Pemulilian Samarahan (PPS)
Pusat Pemulihan Samarahan merupakan satu-satunya pusat pemulihan golongan cacat anggota bagi seluruh penduduk Sarawak di bawah rancangan kerajaan.
Dengan kata lain, ia adalah satu projek pembangunan yang diluluskan di bawah rancangan Malaysia empat dengan harga 1.5 juta. Kos projek ini telah meningkat kepada 3.95 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia ke lima dan terus meningkat
7
kepada 6.5 juta dalam Rancangan Malaysia ke enam (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1995).
Projek ini telah woina pada Julai 1990 dan diserahkan kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat pada 14 Disember 1992 dan telah dirasmikan pada 4 Ogos 1993. Ia dilengkapi dengan kemudahan asrama iaitu dua blok untuk lelaki dan dua blok untuk perempuan, bengkellatihan vokasional, satu blok pentadbiran, blok fisioterapi, blok terapi kerja dan beberapa buah rumah kediaman kerajaan. Di samping itu, terdapat kemudahan dan keperluan lain yang disediakan seperti makan-minum, pakaian seragam, alat bantuan otopedik, rawatan perubatan ringan, elaun bulanan, cuti tahunan, kemudahan beriadah, kemudahan pengangkutan dan sebagainya.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti harian dan tahunan. Aktiviti harian seperti latihan kemahiran vokasional, pemulihan perubatan, pendidikan, kegiatan riadah dan sukan, aspek keagamaan dan sebagainya. Sementara aktiviti tahunan pula termasuklah sukan orang cae at, hari terbuka dan perayaan.
Mengikut perangkaan pada 23 Ogos 1996 di Pusat Pemulihan Samarahan, Para penghuni terdiri dari 47 orang iaitu 34 lelaki dan 13 perempuan. Jumlah penghuni adalah berdasarkan kepada semua penduduk di seluruh Sarawak iaitu Kuching 13 orang, Sri Aman enam orang, Sibu lima orang, Miri tiga orang, Sarikei empat orang, Kapit empat orang, Kota Samarahan 11 orang dan Bintulu cuma seorang. Sungguhpun demikian, pada Disember 1996, jumlah tersebut semakin berkurangan kerana rarnai yang telah keluar disebabkan tamat latihan dan ada juga yang tidak mahu lagi mengikuti latihan di PPS. Jadi, jumlah yang masih tinggal hanya 35 orang sahaja.
Para pekerja PPS terdiri dari Pegawai Kebajikan Masyarakat, Penolong Pegawai, Lembaga Pelawat, diikuti oleh pekerja di bahagian sosial, latihan dan
. 8
vokasional, pemulihan dan rawatan serta bahagian pentadbiran. Sementara itu, di bahagian sosial terdiri dari dua orang pembantu kebajikan masyarakat, penyelia asrama, pembantu am rendah dan tukang masak. Bahagian vokasional pula terdiri daripada seorang pembantu pegawai latihan dan seorang sukarelawan dari Jepun. Sementara bahagian pemulihan dan rawatan terdiri dari seorang jurupulih perubatan dan seorang pembantu tadbir, pembantu tadbir rendah, pemandu dan peketja rendah awam di bawah bahagian pentadbiran. Semua tugas yang dilaksanakan oleh para peketja di PPS adalah terletak di bawah seliaan Pengarah Kebajikan Masyarakat N egeri. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk lampiran 1 (a), (b), (c) dan (d).
Matlamat projek ini ialah untuk memberi perkhidmatan pemulihan, termasuk rawatan perubatan dan latihan vokasional kepada 100 orang cacat anggota supaya mereka dapat hidup berdikari, Iebih produktif dan dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat. Ini merupakan tujuan utama penubuhan Posat Pemulihan Samarahan.
1.3 Kenyataan masalah
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana pandangan atau persepsi orang kurang upaya berhubung dengan penerimaan atau sambutan masyarakat terhadap mereka. Bagaimana masyarakat menerima mereka sama ada negatif atau positif. Masyarakat yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada dua iaitu keluarga dan bukan keluarga. Golongan bukan keluarga termasuklah komuniti setempat, peketja-peketja PPS, dan masyarakat secara umum. Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada pandangan pelatih terhadap peluang peketjaan, pendidikan, kemudahan yang disediakan dan soal pemilihan jodoh. Lain-lain aspek seperti jantina
i
,
!
I
1
L
T
9 1juga dilihat untuk mengenalpasti persepsi atau pandangan mereka terhadap penerimaan rnasyarakat.
Melalui kajian ini juga, saya ingin mengenalpasti adakah benar mereka disisihkan atau kerana sikap rendah diri yang ada pada mereka menyebabkan mereka berasa tersisih daripada rnasyarakat. Keadaan ini boleh juga dikaitkan dengan kecacatan yang dialami sarna ada kecacatan sejak lahir atau disebabkan oleh kernalangan dan serangan penyakit. Berdasarkan semua aspek yang dijelaskan ini, ia akan dijadikan panduan untuk menjalankan penyelidikan di PPS.
1.4 Tujuan kajian
a) Objektif am
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti perseps~ tanggapan atau pandangan orang kurang upaya terhadap sambutan dan penerimaan rnasyarakat terhadap mereka. Adakah rnasyarakat dapat menerima mereka dengan baik atau sebaliknya.
b) Objektifkhusus
1. Untuk mengenalpasti pandangan orang kurang upaya itu sendiri berhubung dengan penerimaan bukan keluarga terhadap mereka.
2. Dntuk mengenalpasti persepsi mereka berhubung dengan peluang peketjaan.
3. Untuk mengenalpasti peluang pendidikan yang disediakan untuk orang kurang upaya.
10
.
.,...-.
4. Untuk mengenalpasti perkaitan di antara jantina dengan penenmaan masyarakat.
5. Untuk mengenalpasti pandangan dan tanggapan orang kurang upaya berhubung dengan penerimaan keluarga terhadap mereka.
1.5 Limitasi kajian
Dalam kajian ini terdapat beberapa limitasi yang boleh menghadkan keberkesanan kajian. Dengan ini, keputusan kajian bukanlah sesuatu yang rigid dan mutlak. Ini kerana, kajian ini hanya dijalankan di sebuah pusat pemulihan bagi cacat anggota di PPS. Jadi, sudah tentu ia tidak boleh meliputi keseluruhan pandangan penghuni di pusat pemulihan cacat anggota lain seperti Pusat Pemulihan Caeat Anggota, Cheras. Ia juga tidak boleh digunakan untuk melihat pandangan orang kurang upaya yang menghadapi lain-lain jenis keeaeatan seperti eaeat penglihatan, pendengaran dan tereneat aka1. Lagipun, jenis keeaeatan yang berbeza sudah tentu memberi pandangan yang berbeza. Sementara itu, penghuni di PPS hanya 35 orang sahaja. Jumlah yang keeil ini tidak boleh dibuat generalisasi terhadap penghuni di pusat-pusat pemulihan yang lain.
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini cuba mendedahkan tanggapan dan perasaan orang kurang upaya berhubung dengan sambutan masyarakat terhadap diri mereka. Bagaimana masyarakat menerima mereka menjadi sebahagian daripada ahli masyarakat termasuk memberi
11
peluang pekeIjaan, pendidikan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan sebagaimana golongan normal. Melalui temubual yang dijalankan secara langsung dapat menyelami perasaan para pelatih berhubung dengan sikap sebenar mereka. Adakah mereka seorang yang sensitif dan mempunyai sikap rendah diri, dapat dikaitkan dengan kurangnya penerimaan masyarakat.
Daripada kajian ini juga dapat membantu para penyelidik lain yang ingin membuat kajian tentang orang kurang upaya di masa akan datang. Walaupun sebelum ini terdapat banyak kajian tentang orang kurang upaya tetapi tidak spesifik kepada persepsi mereka sendiri di pusat-pusat tertentu seperti kajian ini. Diharap dengan adanya kajian ini akan dapat membantu penyelidik seterusnya menjalankan kajian dengan lebih berkesan. Segala bentuk kelemahan dan kelebihan daripada kajian ini akan dapat membantu penyelidik lain memperbaiki mutu penyelidikkan mereka.
Seperti mana yang dimaklumi, PPS barn tiga tahun beroperasi dan sudah tentu dalam masa yang singkat ini masih terdapat pelbagai kelemahan. Oleh itu, melalui kajian ini diharapkan dapat membantu pihak agensi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan. Antaranya, seperti membuat hubungan dengan pihak majikan untuk mendapatkan peluang pekeIjaan kepada para pelatih agar mereka dapat berdikari dan menyesuaikan diri dengan masyarakat. Dengan cara ini sekurang
kurangnya, para pelatih tidak perIu bimbang tentang masa depan mereka.
1.7 Defmisi Operasional
Dalam konteks kajian ini, terdapat beberapa definisi operasional yang perIu dihuraikan iaitu konsep sambutan masyarakat, dan persepsi orang kurang upaya.