• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Daya Tahan Murid Sekolah Rendah Luar Bandar dengan Pencapaian Akademik Pos Pandemik (Rural Primary School Student’s Resilience Level with Post Pandemic Achievement)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tahap Daya Tahan Murid Sekolah Rendah Luar Bandar dengan Pencapaian Akademik Pos Pandemik (Rural Primary School Student’s Resilience Level with Post Pandemic Achievement)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Tahap Daya Tahan Murid Sekolah Rendah Luar Bandar dengan Pencapaian Akademik Pos Pandemik

(Rural Primary School Student’s Resilience Level with Post Pandemic Achievement)

Fatihah Shukri1*, Shahlan Surat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p112296@siswa.ukm.edu.my

Received: 25 April 2023 | Accepted: 20 June 2023 | Published: 30 June 2023 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.21

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik di SK Sungai Baging, Kuantan, Pahang selepas pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Seramai 121 orang murid tahap 2 terlibat sebagai sampel kajian ini.

Instrumen kajian ini menggunakan Child and Youth Resilience Measure (CYM-28) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai manakala analisis infrensi menggunakan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar mempunyai tahap daya tahan yang sederhana (M=3.69, SP=0.35) serta pencapaian akademik berada pada tahap yang sederhana (M=3.61, SP =0.76). Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru yang mengajar murid kawasan luar bandar untuk sentiasa memastikan ketahanan diri murid sentiasa positif walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan mereka.

Kata kunci: tahap daya tahan, pencapaian akademik, pos pandemik

Abstract: This study aims to find out the level of resilience of rural primary school students with academic achievement in SK Sungai Baging, Kuantan, Pahang after the COVID-19 pandemic. This study uses a quantitative approach based on a survey design. A total of 121 level 2 students were involved as a sample of this study. This research instrument used the Child and Youth Resilience Measure (CYM-28) and was translated into Malay. Data were analyzed descriptively using frequency, mean and standard deviation while inferential analysis used Pearson Correlation. The findings of the study show that the resilience level of rural primary school students has a moderate level of resilience (M=3.69, SP=0.35) and academic achievement is at a moderate level (M=3.61, SP =0.76). In addition, the findings found that there is no significant relationship between the level of resilience of rural primary school students and academic achievement. This study is expected to help teachers who are outside the city to always ensure that students' resilience is always positive even when faced with various tests and challenges in their lives.

Keywords: resilience level, academic achievement, post pandemic ___________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Pandemik COVID-19 telah membuatkan banyak sektor yang terjejas termasukklah sektor Pendidikan di Malaysia khususnya. Penutupan sekolah yang begitu lama akibat pandemik telah memberi kesan mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid khususnya berada di luar bandar. 70 hari merupakan purata tempoh sekolah daripada 33 negara OECD ditutup akibat pandemic malah di Denmark dan Jerman mencatatkan selama 20 hari dan negara Columbia dan Costa Rica sehingga 150 hari (OECD, 2021). Bahkan Laporan UNICEF menyatakan bahawa kanak-kanak dunia memang terkesan dengan musibah pandemik ini dan dicatatkan bahawa 1.6 bilion kanak-kanak tercicir dalam pembelajaran mereka (UNICEF, 2020).

Akibat penutupan sekolah yang lama memberikan kesan kepada pendidikan murid yang berada di luar bandar khususnya. Mereka berada dirumah lebih lama bersama keluarga.

Menurut Ritz et.al (2020) menyatakan bahawa 60 % kanak-kanak perempuan diarahkan untuk membuat kerja rumah dan kanak-kanak lelaki sebanyak 43%. Peningkatan kerja rumah ini menyebabkan mereka sukar untuk fokus kepada pembelajaran mereka. Antara tugasan kerja rumah yang mereka hadapi ialah menjemur baju, menjaga adik-adik yang masih kecil dan lain-lain lagi. Masalah sukar untuk fokus merupakan salah satu faktor murid tercicir dalam pembelajaran.

Keciciran murid dalam pembelajaran ini menjadikan mereka tidak begitu berminat untuk menyertai sesi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) apabila sekolah dibuka setelah lama ditutup akibat pandemik COVID-19. Situasi ini menyebabkan proses perkembangan kognitif mereka terganggu. Bahkan melibatkan proses perkembangan fizikal mahupun sosial murid turut terjejas. Mereka juga dinamakan sebagai ‘generasi yang hilang’ ataupun ‘lost generation’(UNICEF, 2020). Menurut Sohana (2019) dan Zin et.al (2021), kemenjadian seorang murid ialah aset yang bermakna buat pembangunan negara. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik mereka khususnya. Kajian-kajian lepas banyak mengkaji mengenai ketahanan pelajar daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan sekolah menengah khususnya ketika pandemik COVID-19 berlaku.

Justeru itu, kajian ini menfokuskan kepada tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar. Hal ini kerana kajian-kajian lepas masih belum meluas terutamanya di sekolah rendah di luar bandar Malaysia. Kajian ini diharapkan membantu para guru sekolah rendah luar bandar untuk memastikan ketahanan diri murid sentiasa dalam keadaan baik dan positif walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian dalam kehidupan mereka. Oleh itu, antara objektif kajian ini ialah mengenalpasti tahap daya murid sekolah rendah luar bandar dan tahap pencapaian akademik mereka. Selain itu juga, kajian ini mengkaji hubungan antara tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik murid di salah sebuah sekolah luar bandar di daerah Kuantan, Pahang.

2. Sorotan Literatur

2.1 Daya Tahan

Menurut Johnson (2008) dan Cahill et. Al (2014), daya tahan ialah keupayaan yang bertindak balas bagi menyesuaikan diri dengan situasi kesusahan dan keadaan yang sedang berkembang maju. Daya tahan juga merujuk kepada kebolehan diri bagi mengekalkan atau mendapatkan semula tahap kesihatan mental yang positif daripada negatif apabila dalam situasi yang

(3)

sukardalam kehidupan seharian individu (Wald et.al, 2006). Daya tahan diri dikatikan dengan keupayaan individu bagi menangahi dan menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan tragedi, trauma, kesusahan dan kesukaran. Oleh hal demikian, istilah daya tahan juga disamakan dengan ketahanan diri. Kedua-dua ini mempunyai definisi yang sama.

2.2 Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik menurut Steinmayr et.al (2014) ialah tahap pencapaian individu yang diperolehinya yang melibatkan bidang ilmu pengetahuan ataupun kemahiran. Pencapaian akademik juga adalah hasil pencapaian yang diperolehi daripada perancangan akademik (Wibroski et.al,2017). Namun dalam kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada tahap penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang melibatkan proses yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). PBD ini merupakan konsep pencapaian akademik murid sekolah rendah secara holistik kerana ianya bukan sahaja melibatkan kognitif semata-mata. PBD ini merangkumi aspek afektif dan psikomotor yang telah dinyatakan dalam Standard Kurikulum dan Prestasi (DSKP) mengikut setiap mata pelajaran. Terdapat enam peringkat yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang meliputi aspek pengetahun, kemahiran dan nilai berdasarkan tahap penguasaan murid bagi menentukan pencapaian akademik murid.

2.3 Murid Luar Bandar

Kawasan luar bandar diistilah sebagai kawasan yang terdiri daripada 2,500 penduduk atau kurang dan tidak berdekatan dengan kawasan bandar yang melebihi 250,000 atau sejuta penduduk (USDA, 2013). Menurut Jonson dan Strange (2005) pula bahawa sekolah luar bandar ialah sekolah yang terletak di luar kawasan metropolitan dan populasinya kurang daripada 2,500 orang penduduk. Ini dapat dirumukan bahawa dalam kajian ini, murid luar bandar dalam konteks kajian ini ialah murid yang bersekolah di luar kawasan bandar ataupun metropolitan yang populasinya kurang daripada 2,500 orang.

3. Metodologi Kajian

Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan. 121 sampel kajian yang terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6 dipilih secara persampelan rawak sistematik. Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik daripada Child and Youth Resilience Measure (CYM-28) yang dibina oleh Dr Micheal Ungar (2011) yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu dan pencapaian akademik menggunakan data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pertengahan Tahun 2022. Soalan soal selidik ini mengandungi dua bahagia. Bahagian pertama melibatkan jantina dan umur murid manakala bahagian kedua pula mempunyai 28 item. Setiap item tersebut menggunakan skala likert 1sehingga 5. Kebolehpercayaan soal selidik ini menurut Jefferies, McGarrigle dan Ungar (2019) ialah α=.82. Pengkaji menganalisis kajian menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min dan sisihan piawai manakala analisis infrensi menggunakan Korelasi Pearson.

4. Dapatan Kajian

4.1 Analisis Jantina dan Umur Murid

Berdasarkan Jadual 1 dibawah merupakan analisis latar belakang sampel kajian secara jelas mengikut jantina dan umur. Seramai 121murid tahap 2 yang melibatkan murid tahun 4,5 dan 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Baging, Kuantan, Pahang terlibat di dalam kajian ini. 62 murid (51.2%) lelaki dan 59 murid (48.8%) perempuan. Sampel kajian melibatkan murid 11

(4)

tahun paling ramai iaitu 43 murid (35.5%) dan diikuti dengan murid 12 tahun (34.7%) serta murid 10 tahun (29.8%).

Jadual 1: Latar Belakang Sampel Kajian Latar Belakang

Demografi

Item Kekerapan Peratusan (%)

Jantina Lelaki

Perempuan

62 59

51.2 48.8

Umur 10 Tahun

11 Tahun 12 Tahun

36 43 42

29.8 35.5 34.7

4.2 Tahap Daya Tahan Murid Sekolah Rendah Luar Bandar

Mengikut analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar berada pada tahap yang yang sederhana dengan nilai min

=3.69 dan sisihan piawai = 0.35. Berdasarkan Zulkifli Awang (2012) menunjukkan bahawa nilai skor min yang berada di antara nilai 2.5 hingga 3.79 adalah sederhana. Jadual 2 menunjukkan interpretasi skor min kajian.

Jadual 2: Interpretasi Skor Min Mengikut Zulkifli Awang (2012)

Skor min Interpretasi (Tahap)

1.00 hingga 2.49 Rendah

2.50 hingga 3.79 Sederhana

3.8 hingga 5.00 Tinggi

Selain itu juga, tahap daya tahan murid sekolah rendah ini dapat dilihat berdasarkan hasil dapatan kajian mengikut tiga elemen yang ditentukan dalam awal kajian ini antaranya elemen Individu, Hubungan dan Konteks. Hasil dapatan berdasarkan Jadual 3 dibawah menunjukkan elemen yang berada pada tahap tinggi ialah Konteks dengan nilai min = 4.08, sisihan piawai

= 0.38, diikuti dengan elemen Hubungan dengan nilai min = 3.55, sisihan piawai = 0.61 dan elemen Individu dengan nilai min = 3.43, sisihan piawai = 0.42. Oleh hal demikian, hasil dapatan ini membuktikan bahawa elemen Konteks yang melibatkan Spritual, Pendidikan dan Budaya merupakan elemen yang membentuk daya tahan murid sekolah rendah luar bandar khususnya.

Jadual 3: Elemen Daya Tahan

Elemen Min Sisihan Piawai Interpretasi

Individu 3.43 0.42 Sederhana

Hubungan 3.55 0.61 Sederhana

Konteks 4.08 0.38 Tinggi

4.3 Tahap Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah Luar Bandar

Analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap pencapaian akademik murid sekolah rendah luar bandar berada di tahap sederhana iaitu nilai skor min = 3.61 dan sisihan piawai = 0.76. Ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik murid sekolah rendah luar bandar agak baik dan tidak terjejas teruk walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19. Dapatan ini juga membuktikan bahawa murid sekolah rendah luar bandar tetap berusaha untuk memastikan pencapaian akademik mereka dalam keadaan baik dan cemerlang.

Jadual 4 menunjukkan analisis deskriptif terhadap nilai kekerapan dan peratus bagi tahap pencapaian akademik murid sekolah rendah luar bandar berdasarkan tahap penguasaan keseluruhan mereka dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pertengahan Tahun 2022.

(5)

Jadual 4: Tahap Pencapaian Akademik

Item Tahap Penguasaan (TP) Kekerapan Peratus (%)

Tahu dan Faham 2 5 4.13

Tahu, Faham dan Boleh Buat

3 52 42.98

Tahu, Faham dan Boleh buat dengan beradab

4 48 39.67

Tahu, Faham dan Boleh buat dengan beradab terpuji

5 16 13.22

Berdasarkan Jadual 4,secara keseluruhannya murid sekolah rendah luar bandar di daerah Kuantan memperolehi Tahap Penguasaan (TP4) sebanyak 39.67% dan diikuti dengan TP 3 sebanyak 42.98% dan TP 5 sebanyak (13.22%). Dapatan ini menunjukkan bahawa murid sekolah rendah luar bandar mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik kerana hanya bilangan yang kecil sahaja memperolehi TP2 (4.13%).

4.4 Hubungan Antara Tahap Daya Tahan dengan Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah Luar Bandar

Analisis Korelasi Pearson telah dijalankan bagi mengenalpasti hubungan kedua pemboleh ubah iaitu tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar terhadap pencapaian akademik murid di SK Sungai Baging, Kuantan, Pahang. Jadual 5 menunjukkan nilai pekali korelasi yang diperoleh dari hasil analisis yang telah dijalankan.

Jadual 5: Hubungan antara Tahap Daya Tahan dengan Pencapaian Akademik Hubungan Pekali Korelasi Pearson

(r)

Tahap Signifikan Interpretasi Kekuatan Hubungan Tahap Daya Tahan

dengan Pencapaian Akademik

-0.16 0.07 Sangat Lemah

Kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson antara tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dan pencapaian akademik adalah r = -0.16, P=0.07 (p>0.05). Kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan antara tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik. Ini kerana nilai P yang diperolehi iaitu P=0.07 lebih tinggi daripada nilai signifikan 0.05 dan hipotesis nol kajian diterima.

Walaubagaimanapun, nilai korelasi, r = -0.16, menunjukkan hubungan antara tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dan pencapaian akademik adalah hubungan yang negatif sangat lemah menurut Salkind (2011).

5. Perbincangan Kajian

Kajian ini bertujuam untuk mengetahui tahap daya tahan murid sekolah rendah luar bandar dengan pencapaian akademik mereka serta melihat hubungan daya tahan terhadap pencapaian akademik mereka. Hasil dapatan mendapati bahawa murid SK Sungai Baging, Kuantan, Pahang mempunyai tahap daya tahan yang sederhana selepas pandemik COVID-19 berlaku.

Selain itu, tahap pencapaian akademik mereka juga menunjukkan pada tahap yang sederhana juga.Ini membuktikan bahawa ketahanan diri mereka masih dalam keadaan baik dan positif dan pencapaian akademik mereka tidak terjejas walaupun menghadapi pelbagai ujian dan cabaran ketika sesi pembelajaran dilaksanakan dalam keadaan norma baharu selepas pandemik COVID-19.Bahkan dapatakan kajian jelas mendapati bahawa tidak terdapat

(6)

hubungan yang signifikan antara tahap daya tahan murid sekolah rendah dan pencapaian akademik mereka.

Tahap daya tahan dalam kajian ini meliputi tiga elemen yang utama antaranya ialah elemen individu, hubungan dan konteks. Setiap elemen ini terdapat konstruk yang berbeza. Menurut Ungar dan Lienberg (2011), elemen individu mempunyai tiga konstruk iaitu kemahiran personal, sokongan rakan sebaya dan kemahiran sosial. Elemen hubungan pula melibatkan dua konstruk iaitu penjagaan fizikal dan penjagaan psikologi manakala bagi elemen konteks pula melibatkan spritual, pendidikan dan budaya. Hasil kajian mendapati bahawa elemen konteks konstruk memberikan nilai skor min yang tinggi melebihi skor min keseluruhan tahap daya tahan kajian. Ini membuktikan bahawa murid sekolah rendah luar bandar lebih cenderung untuk melibatkan diri kepada aktiviti keagamaan dan pendidikan serta mempunyai budaya yang positif dalam pembentukan ketahanan diri mereka dalam kehidupan seharian.

Kajian ini selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh Kassim dan Ahmad (2019) bahawa faktor pelindung dan kekuatan dalaman membentuk ketahanan diri akademik dalam keadaan baik. Walaupun murid mengalami masalah keluarga, mereka masih memerlukan kasih- sayang dan perhatian daripada ibubapa atau penjaga mereka. Budaya keluarga yang positif akan membentuk ketahanan diri anak yang tinggi. Namun kajian ini bertentangan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Subra et al (2019) yang mendapati bahawa masalah kekurangan ketahanan diri menyebabkan murid tercicir dalam pembelajaran mereka. Namun, hasil kajian mendapati bahawa antara strategi yang diberikan oleh responden mereka ialah dalam memastikan ketahanan diri mereka sentiasa utuh ialah mempunyai matlamat diri, tabah dan redha dalam menghadapi cabaran kehidupan serta rajin menyertai aktiviti keagamaan yang melibatkan mental dan rohani. Ini membuktikan bahawa elemen spritual dan pendidikan amat penting dalam pembentukkan ketahanan diri murid.

Kajian ini juga bertentangan dengan kajian yang dilaksanakan oleh Anak Sari dan Surat (2020), yang mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara tahap daya tahan murid dengan pencapaian akademik pelajar. Ini menunjukkan bahawa tahap daya tahan yang tinggi mempengaruhi perkembangan prestasi akademik mereka. Kajian ini dijalankan di sekolah kawasan pendalaman, namuan kajian ini membuktikan bahawa pelajar yang jauh daripada keluarga mampu berjaya dan cemerlang dalam akademik. Hal ini kerana mereka menjadikan kekurangan itu sebagai satu peluang dan pembakar semangat untuk lebih berjaya dalam kehidupan mereka.

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa murid sekolah rendah luar bandar mempunyai tahap daya tahan yang baik serta pencapaian akademik yang memberangsangkan walaupun dalam keadaan norma baharu selepas pandemik COVID-19.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa tahap daya tahan murid sekolah rendah tidak mempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar guru-guru yang mengajar kawasaan luar bandar membentuk budaya dan rutin yang positif sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar pembentukkan ketahanan diri sentiasa utuh dalam kehidupan mereka seharian. Seterusnya, sebagai kajian lanjutan, pengkaji seterusnya boleh meluaskan kajian imi kepada skop sekolah luar bandar yang melibatkan beberapa buah sekolah untuk menghubungkaitkan kajian ini.

(7)

Rujukan

Anak Sari, N., & Surat, S. (2020). Hubungan Daya Tahan Pelajar Sekolah Rendah Pedalaman Dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 165-170.

Cahill, H., Beadle, S., Farrelly, A., Forster, R., & Smith, K. (2014). Building resilience in children and young people. Youth Research Centre, Melbourne Graduate School of Education, University of Malbourn, 16-21.

Calvin, C. M., Batty, G. D., Der, G., Brett, C. E., Taylor, A., Pattie, A., Deary, I. J. (2017).

Childhood intelligence in relation to majorcauses of death in 68 year follow-up:

Prospective population study.BMJ,357, j2708. https://doi.org/10.1136/bmj.j2708 Jefferies, P., McGarrigle, L., & Ungar, M. (2019). The CYRM-R: A Rasch-Validated

Revision of the Child and Youth Resilience Measure. Journal of evidence-based

social work, 1–23. Advance online publication.

https://doi.org/10.1080/23761407.2018.1548403

Johnson, B. (2008). Teacher-student relationships which promote resilience at school: a micro-level analysis of students' views. British Journal of Guidance & Counselling, 36(4), 385-398

Johnson, J., & Strange, M. (2005). Why rural matters 2005: The facts about rural education in the 50 states. The rural school and community trust. Retrieved April 10, 2010, from http://www.ruraledu.org

Kasim, M., & Ahmad, N. S. (2019). Ketahanan diri akademik dalam kalangan murid daripada ibu bapa bercerai. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16(1), 233-256

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019).Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)Edisi Ke-2. https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim- menu/kurikulum/kurikulum

OECD (2021,April 13). The State of School Education: One Year into the COVID Pandemic, OECD Publishing, Paris, https://doi.org/10.1787/201dde84-en.

Ritz, D., O’Hare, G. dan Burgess, M. (2020). The Hidden Impact of COVID-19 on Child Protection and Wellbeing. London, Save the Children International.

Salkind, N. J. (2011). Statistics for people who (think they) hate statistics (4th ed.). SAGE Publications.

Steinmayr, R., Meiǹer, A., Weideinger, A. F., & Wirthwein, L. (2014). Academic achievement (pp. 9780199756810-0108). Oxford University Press.

Subra, TH., Abdullah, M. A. I. L., & Devi, K. (2019). Ketahanan Diri dalam Mempengaruhi Aspek Keciciran Pelajar India di Daerah Kuala Muda, Kedah: SatuKajian Kes.

International Journal of Modern Education, 1(3), 10-23.

U.S. Department of Agriculture (USDA), Economic Research Service. (2013). Rural-Urban continuum codes [Data set]. Author.http://www.ers.usda.gov/data-products/Rural- Urban-continuum-

Ungar, M., & Liebenberg, L., (2011). Assessing Resilience across Cultures Using Mixed Methods: Construction of the Child and Youth Resilience Measure-28. Journal of Mixed-Methods Research, 5(2): 126-149.

UNICEF. (2020, November 18). UNICEF calls for averting a lost generation as COVID-19 threatens to cause irreversible harm to children’s education, nutrition and well-being.

Wald J, Taylor S, Asmundson GJG, et al. Literature review of concepts: psychological resiliency. Toronto (ON): Defence R&D Canada; 2006.

Wibrowski CR, Matthews WK, Kitsantas A.(2017). The role of a skills learning support program on first-generation college students’ self-regulation, motivation, and academic achievement: a longitudinal study. J Coll Stud Retent. 19(3):317–32.

(8)

Zin, S. A. M., Ismail, R. N. H. R., Rozali, W. N. A. W., & Isa, N. K. M. (2021). COVID-19:

Impak Pandemik Terhadap Konflik Emosi Dan Pendidikan Di Malaysia – Satu Kajian Literatur. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 6 (25), 01-14

Zulkifli Awang. (2012). Strategi Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Yang Berkesan. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait