• Tidak ada hasil yang ditemukan

Semua Pengarah Parit dan Taliair Negeri/Wilayah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Semua Pengarah Parit dan Taliair Negeri/Wilayah"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Semua Pengarah Parit dan Taliair Negeri/Wilayah, (49)dlm.PPT.

Semua Jurutera Projek

Semua Ketua Jabatan Persekutuan Parit dan Taliair

15 Mei 1986 Tuan,

Dokumen-dokumen Untuk Bayaran Wang Pendahuluan, Bayaran Kemajuan Pertama dan

Bayaran Terakhir Bagi Kontrak Kerja

---

Adalah dimaklumkan bahawa didapati seringkali dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada Pejabat ini untuk bayaran-bayaran yang tersebut di atas bagi kontrak-kontrak kerja tidak lengkap.

Ini telah menyebabkan beberapa masalah yang termasuk kelambatan bayaran bagi kontrak-kontrak kerja. Untuk mengelakkan masalah-masalah ini dan memastikan pembayaran bagi kontrak-kontrak kerja dilakukan mengikut syarat-syarat kontrak, dokumen-dokumen seperti yang berikut hendaklah disampaikan.

Bayaran Wang Pendahuluan

2. Dokumen-dokumen yang perlu disampaikan kepada Pejabat ini untuk bayaran wang pendahuluan ialah:

(i) Surat setujuterima yang telah ditandatangani

(ii) Deposit cagaran (bon prestasi) dalam bentuk wang tunai/jaminan insuran/jaminan bank sepertimana yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat kontrak.

(iii) Jaminan bank, jaminan insuran yang sama banyak dengan wang pendahuluan.

(iv) Segala polisi insuran seperti yang ditetapkan dalam syarat-syarat kontrak.

(v) Surat daripada Pejabat SOCSO yang menunjukkan nombor kod SOCSO kontraktor.

(vi) Surat-surat pengesahan daripadan bank/insuran berkenaan.

(vii) Resit pembayaran premium insuran

(viii) Sijil bayaran pendahuluan (Borang PWD 66)

...2/-

(2)

- 2 -

Bayaran Kemajuan Pertama

3. Bagi bayaran kemajuan pertama, sijil bayaran kemajuan pertama (Borang PWD 66) dan satu salinan fotostat cabutan dari Buku Pengukuran dan Pengiraan ataupun dokumen-dokumen pengiraan yang disahkan hendaklah disampaikan. Jika sekiranya bayaran wang pendahuluam belum dilakukan, dokumen-dokumen seperti yang berikut hendaklah disampaikan.

(i) Surat setujuterima yang ditandatangani

(ii) Deposit cagaran (bon prestasi) dalam bentuk Wang tunai/jaminan insuran/jaminan bank sepertimana yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat kontrak.

(iii) Segala polisi insuran seperti yang ditetapkan dalam syarat-syarat kontrak.

(iv) Surat daripada Pejabat SOCSO yang menunjukkan nombor kod SOCSO kontraktor.

(v) Surat-surat pengesahan daripadan bank/insuran.

(vi) Resit pembayaran premium insuran (vii) Salinan keputusan lembaga tender

4. Bagi dokumen-dokumen untuk bayaran wang pendahuluan dan bayaran kemajuan pertama yang tersebut di atas mungkin ada dokumen seperti surat setujuterima yang telah ditandatangani, deposit cagaran telahpun disampaikan kepada Pejabat ini dahulu oleh kontraktor yang berkenaan.

Jika ada dokumen yang telah dihantar ia tidak perlu disampaikan lagi.

Bayaran Terakhir

5. Bagi bayaran akhir, dokumen-dokumen seperti yang berikut hendaklah disampaikan:

(i) Penyata kira-kira akhir (ii) Sijil penamat kerja

(iii) Surat akuan daripada Pejabat Buruh dan 'Statutory Declaration' (iv) Surat pelepasan dari PERKESO

...3/-

(3)

- 3 -

6. Semua dokumen yang disampaikan bagi bayaran pendahuluan dan bayaran pertama kecuali polisi-polisi insuran hendaklah dalam bentuk salinan yang disahkan. Bagi polisi-polisi insuran pula salinan asal adalah diperlukan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(IR. CHEONG CHUP LIM) b.p. Ketua Pengarah,

Jabatan Pengairan dan Taliair, Malaysia.

Bayaran.wp

Referensi

Dokumen terkait