• Tidak ada hasil yang ditemukan

senarai tugas pegawai bertanggungjawab di pusat ... - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "senarai tugas pegawai bertanggungjawab di pusat ... - UKM"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

1 SENARAI TUGAS PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB DI PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

BAGI PELUPUSAN SISA KIMIA

(a) Tanggungjawab PTj

i. Pegawai Sains/ Bertanggungjawab dari setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) yang terlibat dengan penghasilan sisa kimia bertanggungjawab memastikan semua sisa kimia yang dihasilkan di makmal masing-masing dibawa keluar dari lokasi penyimpanan tidak melebihi 180 hari atau 20 tan metrik dengan merujuk Jadual Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia), Botol Kosong & Peralatan Kaca yang disediakan oleh Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian & Kesihatan Pekerjaan (ROSH).

ii. Sebelum dibawa keluar dari lokasi penyimpanan, Pegawai Sains/ Bertanggungjawab memastikan semua kakitangan seliaan mematuhi panduan pengendalian sisa kimia seperti yang tertera dalam perkara (b) sehingga (i).

(b) Mengenalpasti Sisa Kimia Yang Terhasil

PTj perlu membuat pengenalpastian sisa kimia yang terhasil.

(c) Membuat Pengumpulan Sisa Kimia:

PTj perlu memastikan semua sisa kimia dikumpulkan di dalam bekas penyimpanan yang bersesuaian.

(d) Membuat Pengkelasan Sisa Kimia:

i. PTj yang menghasilkan sisa kimia perlu membuat pengasingan dan pengkelasan sisa kimia. Pengasingan sisa kimia perlu dijalankan mengikut keserasian (rujuk Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Jadual Keempat (Peraturan 2): Buangan Terjadual Dengan Potensi Ketakserasian).

(e) Melabelkan Botol Sisa Kimia:

PTj perlu melabelkan sisa kimia mengikut pengkelasan yang telah dibuat dengan menggunakan pelekat yang dibekalkan oleh ROSH.

(f) Menstor Sisa Kimia:

PTj perlu memastikan semua sisa kimia distorkan di tempat yang bersesuaian.

(2)

2 (g) Melengkapkan Borang Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia):

i. Borang Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia) mestilah dilengkapkan oleh setiap wakil makmal yang terlibat dengan pelupusan sisa kimia dan dihantar kepada Pegawai Sains/ Bertanggungjawab untuk pengesahan dan menyimpan satu salinan sebagai rekod.

ii. Borang Ringkasan Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia) yang akan diringkaskan oleh setiap Pegawai Sains/ Bertanggungjawab PTj yang terlibat berdasarkan Borang Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia) yang diperolehi dari makmal seliaan masing- masing. Borang ini akan dihantar ke Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian & Kesihatan Pekerjaan (ROSH) mengikut tarikh yang telah ditetapkan di dalam Jadual Pelupusan Buangan Terjadual (Sisa Kimia), Botol Kosong dan Peralatan Kaca. Satu salinan borang disimpan sebagai rekod.

iii. Semua rekod pelupusan sisa kimia hendaklah disimpan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun (rujuk Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005).

(h) Mengumpul Botol Sisa Kimia Pada Hari Pembungkusan:

PTj perlu mengumpulkan botol sisa kimia di tempat yang telah ditetapkan pada hari pembungkusan mengikut pengkelasan sisa.

(i) Kelengkapan Pelindung Diri:

PTj perlu memastikan semua kakitangan yang terlibat dengan prosedur di atas memakai kelengkapan pelindung diri seperti baju makmal, sarung tangan, kasut bertutup/ keselamatan, penutup mulut (mask) (jika perlu) dan cermin mata keselamatan (jika perlu).

Referensi

Dokumen terkait