• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seramai 3526 usahawan, penyewa dan peminjam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Seramai 3526 usahawan, penyewa dan peminjam"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur: Seramai 3,526 usahawan, penyewa dan peminjam di Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) bakal menerima manfaat termasuk pengecualian bayaran premis perniagaan dan penangguhan sewa rumah menerusi insentif diperkenalkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Menterinya, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, berkata pihaknya menawarkan lima insentif, mulai bulan lalu hingga Julai ini dan penerima yang layak bakal ditawarkan pengecualian bayaran sewa tanah, penangguhan bayaran balik pinjaman serta penstrukturan semula dan memperluaskan program keusahawan di agensi.

"Sebanyak lima agensi akan terbabit dalam penyaluran insentif ini iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

"Keseluruhan implikasi kewangan susulan insentif ini ialah RM7,590,650.60,"

katanya dalam kenyataan, semalam.

Abd Latiff berkata, pandemik COVID-19 memberi kesan kepada semua kumpulan sasar, terutama usahawan dan peniaga kecil di LKW.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Beliau berkata, kesan itu merangkumi kemerosotan prestasi perniagaan, penyusutan permintaan dan penawaran produk, kekurangan stok bahan mentah dan pengeluaran produk terhad.

"Selain itu, wujud kesukaran membayar sewa premis perniagaan dan menjelaskan balik pinjaman perniagaan dalam kalangan usahawan serta peniaga kecil.

"Justeru, KPLB sentiasa berusaha membantu usahawan dan individu terjejas di bawah agensi kementerian berikutan pelaksanaan sekatan perjalanan penuh serta mencadangkan beberapa insentif bagi meringankan beban mereka," katanya.

Referensi

Dokumen terkait