• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIARAN MEDIA

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "SIARAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA SETUJU KERAJAAN MERATIFIKASI TRITI- TRITI ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA DEMI KEPENTINGAN NEGARA

PUTRAJAYA, 26 OGOS 2022 - Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834]

telah diwartakan pada 25 Januari 2022 dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, telah menetapkan 4 Ogos 2022 sebagai tarikh mula kuat kuasa Akta 834 bagi Bahagian I, II, VII, IX, Seksyen 64 dan Seksyen 72.

Pemberitahuan mengenai perkara ini juga telahpun diwartakan pada tarikh yang sama.

Bagi memastikan pelaksanaan Akta 834 yang efektif dan berkesan, Lembaga Angkasa Malaysia telah ditubuhkan selaras dengan Seksyen 5 (1) dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, bersama keahlian anggota daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Majlis Keselamatan Negara.

Antara fungsi utama Lembaga Angkasa Malaysia adalah mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa bagi tujuan keselamatan, pendaftaran objek angkasa dan peruntukan bagi kesalahan aktiviti angkasa. Ia juga akan memastikan aktiviti angkasa negara dilaksanakan secara bertanggungjawab, selamat, terjamin serta mematuhi segala peraturan dan piawaian yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.

(2)

2

Lembaga ini bertanggungjawab untuk menasihati Kerajaan Malaysia mengenai perkara-perkara berhubung pelaksanaan dan pentadbiran Akta 834, selain melaksanakan atau mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan obligasi yang berbangkit daripada perjanjian, konvensyen atau triti antarabangsa berkaitan akta ini.

Lembaga Angkasa Malaysia telah bersidang kali pertama pada semalam (25 Ogos 2022) dan secara dasarnya bersetuju supaya kerajaan meratifikasi triti-triti angkasa lepas antarabangsa selaras dengan keutamaan dan kepentingan negara. Keutamaan semasa kerajaan ketika ini adalah triti berkaitan keselamatan dan liabiliti yang terkait isu insiden penemuan objek yang disyaki serpihan roket di sekitar Sarawak.

Berkaitan isu penemuan objek disyaki, perkara ini sedang dalam siasatan lanjut pihak Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Jabatan Kimia Malaysia.

# TAMAT #

Disediakan oleh:

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 26 OGOS 2022

Referensi

Dokumen terkait

PAPI Light Issue VISION COMMENT It is important for aviation personnel to report the runway lighting condition to the airport operator directly if they found any abnormal condition..

Emeritus Andrew Tracey, Rhodes University, Grahamstown, RSA African Music ISSN 0065-4019 is an annual peer-reviewed journal published by the International Library of African Music,