• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIARAN MEDIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "SIARAN MEDIA"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

KIMIA KE DESA: PROGRAM TRANSFORMASI STI MOSTI KE DESA

KOTA TINGGI, 29 MEI 2022 – Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor (KIMIA Johor) hari ini mengadakan Program KIMIA ke Desa 2022 bertempat di Kampung Semangar Dalam, Kota Tinggi, Johor. Program inisiatif Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini adalah merupakan satu platform untuk menarik minat dan memupuk kesedaran Keluarga Malaysia di desa terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).

Majlis perasmian Program KIMIA Ke Desa telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Berucap semasa majlis perasmian, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata,

“Program KIMIA Ke Desa merupakan program jangkau luar (outreach) yang unik kerana ia membawa STI terus kepada masyarakat desa untuk memupuk minat mereka terhadap STI.”

Kampung Semangar Dalam bersama-sama dengan kampung-kampung sekitarnya mempunyai beberapa perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan makanan selain bidang pertanian seperti tanaman kelapa sawit dan getah. Selain itu, mereka turut mengusahakan ternakan lebah kelulut.

Tambah beliau, “Penduduk yang mengusahakan bidang ini boleh memohon khidmat Jabatan Kimia untuk menganalisis sampel-sampel makanan bagi memastikan kualiti dan keselamatan sampel yang dipasarkan mengikut piawaian yang ditetapkan seiring dengan

(2)

perkembangan perusahaan pada masa akan datang, agar perusahaan yang dijalankan akan lebih berkembang maju dan berdaya saing.”

Objektif Program KIMIA ke Desa adalah untuk memupuk minat dalam STI khususnya sains kimia di kalangan masyarakat desa, terutama golongan belia dan pelajar, mendedahkan kepada masyarakat tentang peranan dan fungsi KIMIA Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang dan kesejahteraan rakyat serta untuk mengeratkan hubungan mesra dan silaturrahim antara kakitangan KIMIA Malaysia (penjawat awam) dengan masyarakat desa.

Antara acara menarik yang diadakan sepanjang program KIMIA Ke Desa ini adalah pameran interaktif berkaitan dengan fungsi dan peranan Jabatan Kimia Malaysia, Ikon Kimia, pertandingan CSI (Crime Scene Investigation), wacana ilmu, gotong royong, sukaneka dan sebagainya.

Turut hadir pada program ini adalah YBhg. Dato Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia serta pegawai dan kakitangan KIMIA Malaysia, pelajar dan penduduk sekitar Kampung Semangar Dalam.

#TAMAT#

Dikeluarkan oleh:

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI 29 MEI 2022

Referensi

Dokumen terkait

4.1087 Ilmy Amiqoh Ilmu Administrasi Publik 4.1088 Dikhla Rif`A Ilmu Administrasi Publik 2.39 4.1089 Elfananda Istiqlalia Ilmu Administrasi Publik 4.1090 Hamida Condrowati Jayadi

184 күз 6,1 Сурет 3 – Әр түрлі террассаларда және әр мезгілдегі жер асты сулардың динамикасы көктем, жаз, күз 1-ші кестеден көргеніміздей Сурет 3 Сырдария өзенінің тоғай ормандарының