Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
SIKAP GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID DI SEKOLAH KEBANGSAAN
Norma Jusof, Ph.D1; Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ph.D 2;
1Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM)
2Profesor, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan
Abstrak
Inovasi pengajaran berpusatkan murid telah lama diperkenalkan untuk menggantikan sistem konvensional antaranya termasuklah pengajaran berpusatkan murid. Ianya merupakan satu kaedah pengajaran yang mendorong pelajar berfikir secara kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru terhadap kaedah PBM dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini amat penting terutamanya kepada guru-guru Pendidikan Islam dalam memastikan setiap guru mempunyai sikap yang positif terhadap pendekatan yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 500 orang guru Pendidikan Islam daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kajian tinjauan dan soal selidik. Teknik pensampelan yang digunakan ialah rawak mudah. Analisis Statistik deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menentukan sikap guru Pendidikan Islam dalam pengajaran berpusatkan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan sikap guru pendidikan Islam dalam pengajaran berpusatkan murid berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, kajian ini memberi implikasi terutamanya kepada guru Pendidikan Islam, pihak sekolah, institusi pendidikan guru dan universiti serta kepada teori yang mendasarinya dan amalan pedagogi terutamanya pedagogi Pendidikan Islam.
Kata Kunci
: Sikap guru,
pengajaran berpusatkan murid, sekolah rendahJurnal IPDA, Bil. 28, 2021
PENGENALAN
Kepentingan pengajaran Pendidikan Islam bukan suatu perkara asing lagi. Kurikulum Pendidikan Islam telah mula diperkenalkan semenjak perbincangan tentang paradigma baru kurikulum Pendidikan Islam seluruh dunia dalam sebuah konvesyen” The first conference on Muslim education” yang diadakan di Mekah pada tahun 1977 (Syed Ali Ashraf, 1994).
Namun begitu, didapati berlakunya kegagalan dalam sesuatu pelaksanaan kurikulum adalah disebabkan kurangnya penekanan aspek kesediaan agen pelaksana iaitu para guru. Guru-guru perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif (Norzaini & Mohammed Sani 2007) bagi membolehkan mereka melaksanakan kurikulum dengan lebih baik.
Selari dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, maka perhatian kepada aspek penilaian dan peningkatan profesionalisme guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat bertepatan.
Bagi menghadirkan suasana pembelajaran yang bermakna, komponen kesediaan asas guru Pendidikan Islam perlu dipenuhi seperti Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK), sikap peribadi positif serta motivasi diri (Ab. Halim & Mohd Khairul Azman 2010; Ahmad Yunus & Ab. Halim 2010). Di samping itu, pembelajaran bermakna juga memerlukan guru Pendidikan Islam yang bersedia sebagai mu’allim profesional, berwibawa, berjiwa pemimpin, berperibadi mulia dan bersifat kasih sayang seterusnya menjadi ikutan dan teladan kepada murid (Ab. Halim & Mohd Khairul Azman 2010). Amalan terbaik dan efikasi guru yang ditunjukkan akan mampu merealisasikan hasrat FPI dan FPK.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
Pernyataan Masalah
Peredaran zaman dan perkembangan teknologi yang kian pesat hari ini turut memberi impak dalam institusi pendidikan. Dalam usaha memperkukuh dan memperkemaskan sistem pendidikan kebangsaan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka satu pelan pendidikan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Antara tuntutan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ialah kepada pendekatan pengajaran berpusatkan murid. Tujuan utama pelan ini adalah untuk menggariskan strategi dan inisiatif untuk meningkatkan lagi kualiti sistem pendidikan. Hal ini kerana, pengajaran yang berkualiti merupakan wahana yang paling berkesan untuk mentransformasikan pendidikan rendah dan menengah seterusnya
meningkatkan keberhasilan murid (KPM 2013; Noor Erna & Leong 2013; Sharifah Nor &
Kamarul Azman 2011).
Dalam pengajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah, guru PI bertanggungjawab sepenuhnya dalam menerangkan konsep, membimbing dan mendatangkan kefahaman kepada mereka berprinsipkan kerangka wahyu. Berdasarkan beberapa kajian terdahulu, didapati guru PI mengendalikan pengajaran PI secara berpusatkan murid (Nur Hanani 2015; Zakaria 2012). Namun, terdapat beberapa isu yang mengaitkan guru PI masih kurang menguasai bidang ilmu mereka, pembelajaran berpusatkan murid masih belum merangsang minda murid, kurang berpusatkan murid, bersifat tradisional, kurang mengaitkan dengan realiti kehidupan (Abdul Halim 2016; Ahmad Yunus 2011; Bazliah 2012; Che Pee @ Che Hanapi 1983; Mohd Farid 2016; Mohd Syaubari & Ahmad Yunus 2017; Nurul Asiah Fasehah 2015; Rosnani, Suhailah & Adesile 2014).
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, sikap guru juga merupakan aspek yang sangat dititikberatkan oleh para sarjana Islam. Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1998) dan Al-Ghazali (1992), guru yang positif lebih diutamakan kerana guru bukan hanya mengajar teori semata-mata namun mendidik murid
mengamalkan ilmu yang dipelajari Ini selari dengan objektif Pendidikan Islam yang ingin melahirkan murid yang berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni (Kementerian Pelajaran Malaysia 2002). Oleh itu, sikap positif yang ada dalam diri GPI dalam
melaksanakan pengajaran berpusatkan murid akan dapat membantu GPI melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif seterusnya membantu guru menangani perubahan dalam amalan pengajaran semasa.
Bagi merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2035 untuk kemenjadian murid, maka guru Pendidikan Islam perlu melakukan perubahan. Proses pengajaran berpusatkan murid yang berkualiti akan terhasil berdasarkan komitmen padu GPI dalam pelaksanaannya. Dalam memenuhi aspirasi seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari tugas dan amanah yang amat penting telah diserahkan kepada mereka untuk mendidik generasi yang akan dewasa nanti (Ayob 2004; Muhammad Rusdi 2009; Shahril 2003). Oleh itu, guru Pendidikan Islam mestilah sentiasa bersifat yakin, minat, peka dan berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan terutamanya dalam menjayakan pengajaran berpusatkan murid. Ini adalah kerana, kajian-kajian lepas dari tahun 1997 hingga 2015 menunjukkan tahap
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
profesionalisme GPI termasuklah dalam aspek pengajaran adalah masih kurang
memberangsangkan (Adanan 2011; Aiiri 2003; Aminah 1997; Azhar 2006; Azizan 2001;
Che Noraini 2005; Hatifah 2000; Kamarul Azmi 2010; Mustapha Kamal 2015; Rohaya 2003; Rosmaria 2003) walaupun keperluan untuk menjadi GPI profesional begitu dituntut dalam Islam serta kalangan masyarakat.
Perbincangan di atas juga secara jelas merujuk kepada salah satu keperluan utama bagi seorang guru iaitu sikap guru yang tugas hakikinya adalah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keperluan memenuhi kehendak ini adalah antara tuntutan asas yang perlu dilihat oleh semua pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan komitmen guru di peringkat pelaksana atau mikro. Keperluan ini bukan hanya memfokuskan kepada golongan guru-guru tertentu sahaja dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid tetapi meliputi keseluruhan organisasi guru di Malaysia dan sebahagiannya adalah guru Pendidikan Islam.
Tujuan Kajian
Secara khusus, kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar.
Objektif Kajian
Secara khusus, kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mencapai objektif kajian seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid.
Soalan Kajian
1. Apakah tahap sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid? √
Batasan Kajian
Kajian ini mempunyai had dan batasan yang tidak dapat dielakkan oleh penyelidik seperti kekangan masa, peruntukan kewangan dan kemudahan akses. Oleh itu, kajian ini hanya melibatkan gpi sekolah rendah di semenanjung malaysia sahaja. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat sikap guru pendidikan islam dalam pelaksanaan pbm dalam konteks p&p pendidikan islam sahaja. Untuk itu, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada sampel kajian yang lain. Bilangan peserta kajian yang terlibat tidak dapat menggambarkan keseluruhan pelaksanaan pendekatan pbm yang diamalkan dalam bidang ilmu yang lain. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini masih boleh diaplikasikan dalam konteks dan situasi yang hampir sama.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
Dapatan kajian yang dilaporkan dalam kajian ini juga merupakan satu penerokaan pengkaji sendiri sebagai penyelidik utama. Dapatan kajian ini mewakili p&p yang dilaksanakan dalam aspek p&p pendidikan islam. Oleh itu sejauh mana dapatan ini dapat digunakan dalam situasi lain bergantung kepada cara seseorang individu itu membuat generalisasi berdasarkan kesesuaian nilai, tujuan, pengalaman dan situasi masing-masing.
Tinjauan Literatur
Kajian Fazalur Rahman et al. (2011) dalam pelaksanaan PBM ke atas 62 orang guru bahasa Inggeris di sekolah menengah di Islamabad, Pakistan.mendapati guru-guru yang dikaji bersikap positif terhadap PBM. Namun hasil kajian menegaskan perlunya latihan yang komprehensif dan galakan dari pihak pentadbir. Latihan yang diperlukan juga perlu lebih terarah seperti kemahiran merancang pengajaran PBM, bimbingan, membuat penilaian dan refleksi. Selanjutnya, PBM boleh dimasukkan sebagai subjek utama dalam kurikulum latihan guru.
Manakala kajian Kamaruddin (2010), Norhaya (2015) dan Rohani (2011) mendapati bahawa sikap merupakan salah satu aspek kesediaan penting yang perlu ada bagi seorang guru menjayakan apa jua perubahan dalam kurikulum. Ini kerana sikap yang positif akan mendorong seseorang bagi mencapai suatu kejayaan. Kemahiran yang tinggi menyumbangkan sikap yang lebih positif berbanding aspek pengetahuan guru (Kamaruddin 2010; Norhaya 2015). Pandangan ini telah diperakui oleh beberapa kajian- kajian lalu berkaitan sikap guru terhadap PBM.
Dill (1990) berpendapat, untuk menjadi seorang guru yang terbaik dari aspek sikap, guru seharusnya mempunyai lima ciri berikut, iaitu (i) mempunyai kemahiran asas yang tinggi sebagai keperluan dalam pengajarannya. (ii) menguasai disiplin ilmu (iii) boleh mengaitkan ilmu dan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (iv) sentiasa peka dengan pencapaian murid bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan pengajaran (v) sentiasa ikhlas dan bertanggungjawab dengan ilmu yang disampaikan.
Kajian Nurhaya dan Tuan (2006) telah mengubah persepsi dan sikap guru bahawa pendekatan kaedah nyanyian merupakan satu pendekatan baru yang boleh membantu murid untuk membezakan antara perkara rukun dan sunat dalam solat bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, berbanding sebelumnya menggunakan kaedah pengajaran secara konvensional. Ternyata, selepas murid-murid ini melalui fasa pemulihan dengan menggunakan kaedah PBM, mereka mampu membezakan dua perkara tersebut dengan baik.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
Kajian Abdul Malek (2004) dan Jamaluddin (2008), keberkesanan pengajaran sejarah bergantung pada guru kerana pada peringkat ini, murid mudah bosan sekiranya hanya menyalin nota dan membaca. Malah guru-guru tersebut sangat positif apabila turut mencadangkan kaedah bercerita kisah sejarah adalah cara paling sesuai untuk digunakan, secara tidak langsung menjadikan mata pelajaran ini menyeronokkan. Ini membuktikan kaedah bercerita sebagai kaedah yang efisien untuk digunakan dalam pengajaran.
Hanisah (2010) telah membuat kajian ke atas murid-murid yang terlibat dalam aktiviti nyanyian bagi menghafal fakta Isra’ dan Mikraj. Beliau bersetuju dan yakin bahawa pendekatan ini telah memberi ruang dan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di samping merubah minat mereka untuk belajar. Malah, menurutnya lagi nyanyian mampu meredakan tekanan mental dan fizikal murid-murid. Diperkukuhkan lagi oleh Maimon (2011) dalam kajiannya menyatakan bahawa menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya. Di sinilah bakat, minat dan rasa tanggungjawab murid dapat dipupuk. Mereka akan lebih bermotivasi dan teruja dalam melakukan aktiviti yang diberi oleh guru, secara tidak langsung berjaya merubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran tersebut.
Khadijah et al. (2012) telah membuat kajian dalam bentuk kualitatif terhadap seorang Guru Cemerlang Pendidikan Islam untuk mendapatkan maklum balas tentang pengajaran ayat-ayat hafazan al-Quran. Kajian ini dijalankan secara temu bual. Guru yang ditemu bual mempunyai sikap yang positif dalam menggunakan pendekatan Didik Hibur ini. Menurutnya, penggunaan kaedah rentak ritma (belajar mengaji secara berirama) dalam menghafaz al-Quran menjadikan murid cepat menghafaz dan menyeronokkan. Malah rakan guru yang lain turut tertarik dengan pendekatan tersebut. Menghafaz dalam suasana yang kondusif dan kurang tekanan telah menimbulkan minat belajar al-Quran dengan lebih berkesan. Secara tidak langsung pengajaran berkonsepkan Didik Hibur ini mampu membantu mengurangkan beban guru dalam memastikan objektif pengajaran yang dirancang tercapai.
Kajian-kajian lalu secara umumnya mendapati bahawa sikap guru adalah terhasil daripada keyakinan dan kepercayaan terhadap PBP sebagai pendekatan pembelajaran yang dapat memenuhi pembelajaran abad ke-21. Guru yang bersikap positif pada tahap yang tinggi akan menginterpretasikan sikap ini melalui kesungguhan dan komited dalam amalan pengajaran. Guru yang berkeyakinan dalam melaksanakan PBP akan menjadikan murid dapat mencapai matlamat PBP iaitu pembelajaran kendiri melalui penglibatan aktif dalam PBP.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif untuk meneroka dan
menganalisa sikap GPI dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid di sekolah kebangsaan. Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan yang berasaskan instrumen soal selidik yang mana ianya dapat menjimatkan masa dan membolehkan responden menjawab soalan soal selidik tanpa bimbingan dan intervensi secara langsung daripada penyelidik.
Prosedur Pengumpulan Data
Setelah semua data kuantitatif diperoleh, proses analisis data perlu dilakukan. Semua maklumat berdasarkan maklum balas responden terhadap soal selidik yang telah diperoleh, diproses oleh penyelidik dan dianalisis menggunakan perisian spss (statistical package for the social science) versi 22 analisis data secara deskriptif digunakan bagi mendapatkan frekuansi, peratus, skor min dan sisihan piawai bagi menentukan sikap guru pendidikan islam dalam pengajaran berpusatkan murid(pbm).
DAPATAN KAJIAN
Perbincangan Dapatan Kajian
Analisis deskriptif ini akan melihatkan nilai min, peratusan, sisihan piawai untuk
menentukan tahap setiap pemboleh ubah kajian iaitu sikap guru Pendidikan Islam terhadap pengajaran berpusatkan murid. Penyelidik menggunakan jadual interpretasi skor min Jamil Ahmad (2002) sebagai panduan untuk menghuraikan data deskriptif.
Statistik deskriptif yang menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai digunakan untuk menentukan sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid seperti berikut: √
Jadual 1: Tahap sikap Guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid
No Sikap guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan pengajaran
berpusatkan murid
STS TS KS S SS Min SP
1 Saya yakin pembelajaran berpusatkan murid
- 3
(0.6%)
11 (2.2%) 237 (47.4%)
249 (49.8%)
4.46 0.57
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.
2 Saya yakin pembelajaran berpusatkan murid adalah salah satu kaedah pedagogi yang sesuai bagi Pendidikan Islam.
1 (0.2%)
- 18 (3.6%) 303 (60.6%)
178 (35.6%)
4.31 0.56
3 Saya yakin pembelajaran berpusatkan murid boleh meningkatkan keyakinan kendiri murid.
- - 18 (3.6%) 246
(49.2%)
236 (47.2%)
4.44 0.56
4 Saya yakin murid boleh bekerjasama dalam pembelajaran berpusatkan murid.
- 3
(0.6%)
26 (5.2%) 279 (55.8%)
192 (38.4%)
4.32 0.60
5 Saya yakin pembelajaran berpusatkan murid dapat melatih murid mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
- 1
(0.2%)
12 (2.4%) 267 (53.4%)
220 (44.0%)
4.41 0.55
6 Saya yakin pendekatan berpusatkan murid mempunyai banyak kelebihan.
- 1
(0.2%)
19 (3.8%) 297 (59.4%)
183 (36.6%)
4.32 0.56
7 Saya yakin dapat meningkatkan pencapaian akademik murid melalui pendekatan
berpusatkan murid.
- 1
(0.2%)
18 (3.6%) 311 (62.2%)
170 (34.0%)
4.30 0.54
8 Saya berminat untuk menambahkan pengetahuan tentang kaedah pembelajaran
- 2
(0.4%)
21 (4.2%) 276 (55.2%)
201 (40.2%)
4.35 0.58
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
berpusatkan murid dalam Pendidikan Islam.
9 Saya berminat untuk menambah
pengetahuan tentang kaedah pendekatan berpusatkan murid bagi melaksanakannya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
- 1
(0.2%)
21 (4.2%) 243 (48.6%)
235 (47.0%)
4.42 0.58
10 Saya berminat untuk menambahkan pengetahuan tentang kaedah PBP dalam Pendidikan Islam.
1 (0.2%)
1 (0.2%)
21 (4.2%) 248 (49.6%)
229 (45.8%)
4.41 0.60
11 Saya sentiasa peka dengan topik murid semasa melaksanakan pembelajaran
berpusatkan murid.
- 3
(0.6%)
21 (4.2%) 288 (57.6%)
188 (37.6%)
4.32 0.58
12 Saya seronok melaksanakan pendekatan
berpusatkan murid.
1 (0.2%)
2 (0.4%)
35 (7.0%) 265 (53.0%)
197 (39.4%)
4.31 0.64
13 Saya faham keperluan pengajaran berpusatkan murid.
- 2
(0.4%)
30 (6.0%) 290 (58.0%)
178 (35.6%)
4.29 0.59
14 Saya keberatan mempelajari sesuatu yang baru dalam kaedah pengajaran.
145 (29.0%)
84 (16.8%)
58 (11.6%)
129 (25.8%)
84 (16.8%)
3.15 1.50
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
15 Saya perlu belajar untuk menambah pengetahuan tentang kaedah pendekatan berpusatkan murid bagi melaksanakannya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
- 3
(0.6%)
26 (5.2%) 264 (52.8%)
207 (41.4%)
4.35 0.61
16 Saya tidak galakkan soalan-soalan terbuka dikemukakan oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
139 (27.8%)
97 (19.4%)
59 (11.8%)
120 (24.0%)
85 (17.0%)
3.17 1.48
17 Saya galakkan murid mengumpul bahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid.
- 6
(1.2%)
28 (5.6%) 235 (47.0%)
231 (46.2%)
4.38 0.65
Keseluruhan 4.22 0.38
Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap GPI pada tahap tinggi dan positif terhadap pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid. Ini diperkukuhkan dengan kajian Kamaruddin (2010); Norhaya (2015); Rimm-Kauabfman dan Sawyer (2004); Rohani (2011) yang mana mendapati sikap guru mempunyai perkaitan rapat dengan amalan guru semasa dalam kelas. Sikap guru yang positif akan menentukan keberkesanan dalam amalan pengajaran seharian dan sebaliknya sikap guru yang negatif akan menjejaskan pembelajaran murid. Kemahiran yang tinggi juga menyumbangkan sikap yang lebih positif berbanding aspek pengetahuan guru (Kamaruddin 2010; Norhaya 2015).
√
Responden sangat yakin pengajaran berpusatkan murid memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. GPI perlu memenuhi keperluan murid dengan elemen abad ke-21 bagi menyediakan generasi muda, warganegara dan pekerja global. Didapati ianya selari dengan pandangan Zamri (2012), pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sangat membantu murid meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi mencapai aspirasi pendidikan negara, keberhasilan guru menjadi salah satu anjakan transformasi terkini. Pengajaran dan pembelajaran menerusi kemahiran abad ke-21 sangat membantu guru dan murid dalam usaha mencapai
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
aspirasi pendidikan negara. Hal ini kerana PdPc yang bermakna sangat membantu murid meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi mencapai aspirasi pendidikan negara, keberhasilan guru menjadi salah satu anjakan transformasi terkini. Tanggungjawab memupuk kemahiran pembelajaran abad ke- 21 dilihat sangat penting dalam visi mencapai PPPM 2013-2025 dan kesemua guru termasuk GPI memainkan peranan yang utama dalam merealisasikan misi ini bagi mencapai hasil yang terbaik. Menurut Zamri (2012), bentuk PdPc pada abad ke-21 masih tetap berpusatkan guru, akan tetapi guru memainkan peranan penting untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di sekolah. PdPc menerusi kemahiran abad ke-21 sangat membantu guru dan pelajar dalam usaha mencapai aspirasi pendidikan negara.
Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi dengan kajian Sung dan Peggy (2008) mendapati bahawa salah satu motivasi bagi guru melaksanakan PBM ialah kesungguhan murid menyelesaikan masalah yang diberikan. Dapatan kajian Sung dan Peggy (2008) turut mengukuhkan dapatan kajian Chin et al. (2004) bahawa guru-guru lebih meyakini keberkesanan PBM yang dijalankan secara terancang. Pandangan ini dipersetujui Wong dan Day (2009) berdasarkan kajian mereka terhadap pelaksanaan PBM dalam mata pelajaran Sains sekolah menengah di Hong Kong. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa pelaksanaan PBM yang dirancang rapi mampu meningkatkan pencapaian murid di samping melatih murid mengaplikasikan KBAT (kemahiran berfikir aras tinggi) yang ditekankan dalam pembelajaran abad ke-21. Peningkatan dalam pencapaian Sains ini meyakinkan guru-guru terhadap keberkesanan PBM.
Penyelidik juga mengandaikan keyakinan yang ditunjukkan oleh GPI ini kerana mereka menyedari pengajaran berpusatkan murid boleh meningkatkan keyakinan kendiri murid, murid boleh bekerjasama dalam pembelajaran berpusatkan murid, melatih murid mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, pendekatan berpusatkan murid mempunyai banyak kelebihan dan dapat meningkatkan pencapaian akademik murid melalui pendekatan berpusatkan murid.
Dapatan kajian ini didapati selari dengan kajian Nurhaya dan Tuan (2006) yang mana telah mengubah persepsi dan sikap guru bahawa pendekatan kaedah nyanyian merupakan satu pendekatan baharu yang boleh membantu murid untuk membezakan antara perkara rukun dan sunat dalam solat bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, berbanding sebelumnya menggunakan kaedah pengajaran secara konvensional. Ternyata, selepas murid-murid ini melalui fasa pemulihan dengan menggunakan kaedah nyanyian, mereka mampu membezakan dua perkara tersebut dengan baik.
Manakala item dengan min yang paling rendah ialah saya keberatan mempelajari sesuatu yang baharu dalam kaedah pengajaran berada pada tahap sederhana. Kesediaan guru-guru menerima atau mengadaptasi perubahan dalam PBM akan menentukan kejayaan atau kegagalan dalam proses pengajaran. Menurut KPM (2013), guru adalah penggerak kepada kesinambungan kurikulum. Dalam erti kata lain, keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh mana tercapainya objektif yang dirancang dan dilaksanakan.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam PBM memerlukan kesediaan dari GPI mempelajari sesuatu yang baharu dalam kaedah pengajaran dan seterusnya dalam memastikan visi dan misi pendidikan negara tercapai. Oleh itu, jelaslah bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bergantung kepada kesediaan GPI untuk mempelajari sesuatu yang baharu dalam kaedah pengajaran dan melaksanakan pengajaran menggunakan teknik dan kaedah yang berkesan.
Data ini berbeza dengan dapatan kajian Hanisah (2010) yang telah membuat kajian ke atas murid-murid yang terlibat dalam aktiviti nyanyian bagi menghafal fakta Isra’ dan Mikraj. Beliau bersetuju dan yakin bahawa pendekatan ini telah memberi ruang dan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di samping merubah minat mereka untuk belajar. Malah, menurutnya lagi nyanyian mampu meredakan tekanan mental dan fizikal murid-murid.
Hasil kajian ini juga didapati bercanggah dengan kajian Chin et al. (2004) telah mengkaji tentang sikap guru pelatih di Institut Pendidikan Hong Kong (HKIED) terhadap pelaksanaan PBM. Hasil kajian mendapati, pendedahan dan latihan PBM yang komprehensif selama 10 minggu telah meningkatkan keyakinan diri guru pelatih tersebut untuk mengaplikasikan PBM. Sikap mereka lebih positif terhadap PBM dan sedia berkolaborasi dengan guru-guru lain untuk melaksanakan PBM dalam pengajaran dan pembelajaran.
√
IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi terhadap amalan pedagogi
Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa persepsi sikap GPI berada di tahap tinggi. Pendedahan yang diterima oleh guru dan kursus berkaitan PBM didapati membantu guru meningkatkan sikap mereka terhadap amalan pengajaran PBM.
Dapatan kajian ini mempunyai beberapa implikasi yang boleh dikemukakan dalam penambahbaikan kualiti GPI dalam melaksanakan PBM. Implikasi tersebut boleh dibahagikan kepada empat bahagian:
a. Penggubal dasar
Perubahan dalam kurikulum harus mengambil kira keupayaan dan kemampuan guru kerana mereka merupakan kumpulan pelaksana apa jua polisi yang telah ditetapkan.
Cadangan dan saranan yang berasaskan teori dan bukti emperikal yang dihasilkan oleh penyelidikan berkaitan kesediaan GPI boleh diteliti bagi mendapatkan maklumat tentang kemampuan guru melaksanakan perubahan yang diinginkan. Pihak yang bertanggungjawab seperti Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Bahagian Pendidikan Islam perlu memperkayakan bahan-bahan yang dibekalkan
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
kepada GPI dengan maklumat dan aktiviti berasaskan kaedah PBM. Melalui pendekatan ini, pengajaran berasaskan PBM mampu diaplikasikan dalam bilik darjah.
b. Institusi Pendidikan Guru dan Universiti
Latihan perguruan harus berorientasikan guru sebagai fasilitator berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan mengubah persepsi bakal guru mengenai peranan guru dan murid di dalam kelas. Bakal guru harus mengubah persepsi bahawa peranan guru merupakan penyampai pengetahuan manakala murid adalah penerima maklumat semata- mata.
Institut Pendidikan Guru dan Fakulti Pendidikan di universiti-universiti tempatan seharusnya menekankan amalan pengajaran berasaskan kaedah PBM. Dengan cara ini, bakal guru akan dibekalkan dengan maklumat dan latihan pengajaran berasaskan kaedah PBM secara sistematik, praktikal dan efektif. Pengetahuan ini penting buat mereka agar kaedah pengajaran yang digunakan tidak berlawanan dengan perubahan kurikulum semasa.
c. Sekolah
Program latihan dalam perkhidmatan (LDP) dan pembangunan guru perlu menerapkan ciri-ciri inovasi dengan menggabungkan maklumat mengenai PBP ke dalam bidang pedagogi. Dalam merangka dan merancang LDP, pihak sekolah hendaklah memastikan latihan diberikan secara komprehensif kepada guru menepati keperluan pedagogi semasa guru dan seiring dengan perubahan kurikulum semasa.
d. Guru
Guru perlu menyedari tentang kepentingan sikap positif terhadap kaedah PBM. Terdapat kursus-kursus dan bengkel pedagogi berkaitan bidang pendidikan yang dianjurkan oleh sektor swasta, projek-projek pendidikan dan kajian serta kolaboratif dengan rakan sejawatan juga dapat meluaskan dimensi pemikiran tentang pelaksanaan PBM.
Cadangan kajian lanjutan
Secara keseluruhannya, kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada konteks yang lebih luas atas sebab kekangan batasan kajian. Oleh demikian, beberapa cadangan kajian lanjutan dikemukakan agar penambahbaikan terhadap pendidikan dapat dilakukan. Cadangan- cadangan kajian lanjutan adalah seperti berikut;
1. Kajian proses PBM dari sudut metodologi boleh digunakan. Oleh itu, satu kajian lanjut yang menggunakan pemerhatian sebagai metod utama mengumpulkan data boleh digunakan bagi melihat pelaksanaan proses PBM dalam beberapa fasa.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
2. Kajian ini hanya melihat sikap dalam pengajaran dan pembelajaran secara umum sahaja. Maka dicadangkan kajian lanjutan untuk meneroka sikap dalam bidang-bidang yang lebih khusus iaitu tilawah al-Quran, Sirah, Akidah dan Akhlak.
3. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang hanya menumpukan dapatan kajian melalui soal selidik. Dicadangkan kajian lanjutan yang menggabungkan pemerolehan data secara kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan gambaran yang lebih meluas lagi.
Kesimpulan
Pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sangat membantu murid meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi mencapai aspirasi pendidikan negara, keberhasilan guru menjadi salah satu anjakan transformasi terkini. Pengajaran dan pembelajaran menerusi kemahiran abad ke-21 sangat membantu guru dan murid dalam usaha mencapai aspirasi pendidikan negara.
Oleh sebab itu,
dapatan kajian dalam bab ini telah dibincangkan secara perspektif teori dan
pengkaji juga telah mengemukakan pandangan sendiri. Dapatlah dirumuskan
bahawa persoalan kajian yang dikemukakan telah dijawab dan dihuraikan dengan
dapatan kajian yang diperoleh. Cadangan terhadap implikasi juga diutarakan untuk
perhatian pihak-pihak di bawah kementerian pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri, pejabat pendidikan daerah, pihak sekolah dan guru. Adalah diharapkan,
kajian ini membantu memberi cadangan penyelesaian kepada permasalahan kajian
yang telah diutarakan pada peringkat awal penulisan.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
RUJUKAN
Al- Quran al-Karim
Ab. Halim Tamuri. (2016). Keberkesanan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Mohd Farid Shahran (pnyt.) & Nor Hartini Saari (pnyt.). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Persediaan dan Cabaran, hlm. 1 – 30. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.
Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berkesan berteraskan konsep mu’allim.
Journal of Islamic and Arabic Education 2 (1): 43-56.
Abdul Malek Abdul Rahman. (2004). Kesan Kaunseling kelompok tingkah laku kognitif dalam merawat tingkah laku lansung buli di kalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Abdullah Nasih Ulwan. (2010). Pendidikan anak-anak dalam Islam, Syed Ahmad Semait (ter) Singapore: Pustaka Nasional.
Adanan Haji Basar. (2011). Pendidikan Islam di negara Brunei Darussalam: Kajian terhadap matlamat dan implementasi dalam kalangan guru-guru agama.
Tesis Dr. Fal, tidak diterbitkan). Universiti Malaya.
Ahmad Yunus Kasim. (2011). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah guru Cemerlang pendidikan Islam: Satu kajian Kes.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Yunus Kasim & Ab. Halim Tamuri. (2010). Pengetahua Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2): 13 – 30.
Aiiri Abu Bakar. (2003). Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam : Satu Kajian Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah Melaka (Kertas projek Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Ghazali, A. H. M. bin M. (2005). Ihya ’ ‘ Ulum al-Din. Tahqiq: Muhammad
Sa ’ id Muhammad.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Dr.
Falsafah. Bangi: UKM.
Bazliah Naziri. (2012). Israiliyyat: Kajian Kefahaman Guru-Guru Pendidikan Islam di Sekolah- Sekolah Menengah Zon Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
Che Noraini Hashim. (2005). Keruntuhan Akhlak Dan Pembangunan Remaja Masa Kini : Cabaran Pendidikan Islam di Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4). Pendidikan Islam ke Arah Kemanusiaan Sejagat (19-28). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Che Pee @ Che Hanapi Saad. (1983). Satu Kajian Perbandingan Tiga Kaedah Pengajaran Tauhid Di Maktab Perguruan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chin, M.K, Mok. M.C. &Chung., J.W. (2004). Enchancing self confidence of physical education student teachers using problem-based learning. Dlm. M.
K Chin, Hensley, Cote & Chen (pnyt). Global Perspectives in the Integration of Physical Activity, sports, dance and exercise science in physical Education: From Theory to practice, Hong Kong: Dept. of Physical Education and Sports Science, The Hong Kong Institute of Education, hlm 345-359 http://repository .ied.edu.hk/dspace/handle 22602/9316 (15 Febuari 2015).
Dill, D, D. (1990). What Teachers Need to Know: The Knowledge, Skills and Value essential to Good Teaching. San Francisco: Jossey-Bass.
Fazalur Rahman, Nabi Bux Jumani, Yasmin Akhter, Saeed ul Hasan Chisthi &
Muhammad Ajmal. (2011). Relationship between Training of Teachers and Effectiveness Teaching. Centre for Promoting Ideas, USA.
www.ijbssnet.com.
Hanisah Shaari. (2010). Meningkatkan Kemahiran Menghafal Fakta dalam Tajuk Israk Mikraj Tahun lima Melalui Kaedah ‘Cerna’. Kuala Terengganu.
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato ’ Razali Ismail.
Jamaludin Ahmad. (2008). Modul dan Pengendalian Bimbingan Kelompok.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru
Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
Kamarudin Hj Husin. (1986). Kesedaran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. Jabatan Pendidikan Islam . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Khadijah Alavi, Rahim M. Sail, Lukman Abdul Mutalib, Anwar Ahmad, Shamsul Shah Trajo & Nor Ellina Abdul Razak. 2(012). Kecerdasan Sosial dan Emosi Guru Cemerlang Pendidikan Islam dalam Meningkatkan Prestasi Pelajar. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities 7 (1): 094-104.
Mohd Farid Shahran. (2016). Cabaran dan langkah pemantapan guru mata pelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Mohd Farid Mohd Shahran & Nor Hartini Saari (pnyt.). Guru Cemerlang Pendidikan Islam: Persediaan dan Cabaran.
(Mohd Farid Shahran & Hartini Saari, Eds.). Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kasim. (2017). Konsep Pengajaran Akidah Kepada Kanak-kanak Menurut Al-Quran dan Imam Ghazali Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Journal of Islamic Social Sciences and Humanities 10: 83 – 93.
Mustapha Kamal Ahmad Kassim. (2015). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Lembah Klang: Kajian kaedah dan keberkesanannya (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Noor Erna, Abu, dan Leong, Kwan Eu. (2013). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik 1(2): 20-31.
Norhaya Isa, Tuan Rozaimi Tuan Rani, Norazman Mohaimin & Rokiah Mohamed. (2006). Meningkatkan Kemahiran Membezakan Perkara Rukun Dengan Perkara Sunat Dalam Solat Melalui Pendekatan Permainan Monopoli. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor.
Norhaya Isa. (2015). Pengetahuan, kemahiran Pelaksanaan dan Sikap Guru
Pendidikan Islam sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur. Tesis
sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion Perguruan. Bangi:
Nur Hanani Hussin. (2015). Pengajaran Ibadat dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Asiah Fasehah Muhamad. ( 2015). Pengaruh Tahap Kepercayaan Epistemologi Islam dan Tahap Konsep Kendiri Terhadap Tahap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rimm-Kaufman. S.E & Sawyer, B.E. (2004). Primary-Grade Teachers' Self- Efficacy Beliefs, Attitudes toward Teaching, and Discipline and Teaching Practice Priorities in Relation to the "Responsive Classroom" Approach.
The Elementary School, 2004 - journals.uchicago.edu
Rohani Aziz. (2011). Pengetahuan, sikap dan kemahiran ICT di kalangan guru matematik di sekolah menengah negeri Pahang. Tesis Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosmaria Mohd. Sahat. (2003). Pembangunan perisian p&p berbantukan komputer (PPBK): Adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan (Kertas projek Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnani Hashim, Suhailah Hussein & Adesile M. Imran. (2014). Ḥ ikmah (wisdom) Pedagogy and Students’ Thinking and Reasoning Abilities. Intellectual Discourse 22(2): 119 – 138. doi:2289-5639.
Shahril @ Charil Marzuki. (2003). Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar yang Berkesan yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan pada Abad Ke-21. Jurnal Pengurusan dan kepimpinan Pendidikan. 10 (2): 1-14
Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1):
25-34.
Sung Hee Park & Peggy E. Ertmer. (2008). Impact of Problem-Based Learning (PBL) on Teachers ’ Beliefs Regarding Technology Use. JRTE, 40(2), 247 – 267.
Syed Ali Asyraf. (1994). Horizon baru dalam Pendidikan Islam. Terj.Ismail
Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal IPDA, Bil. 28, 2021
Wong, K. K. H., & Day, J. R. (2009). A Comparative Study of Problem-Based and LectureBased Learning in Junior Secondary School Science. Research in Science Education 39(5): 625 – 642. doi:10.1007/s11165-008-9096-7
Zakaria, A. (2011). Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dalam Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Tesis Dr.
Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod.( 2012). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu.
Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris