• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIRaj V Medan Percambahan Ilmu – Raja Muda Perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "SIRaj V Medan Percambahan Ilmu – Raja Muda Perlis"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

SIRaj V Medan Percambahan Ilmu – Raja Muda Perlis

MAKASSAR, Indonesia 10 November - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya Seminar Institusi Raja Kelima (SIRaj V) 2017 yang julung kali diadakan di luar Malaysia ini menjadi medan percambahan ilmu serta perkongsian budaya antara Malaysia dan Indonesia.

Titah baginda, adalah diharapkan melalui seminar ini dapat merumuskan resolusi yang baik untuk faedah bersama dan memanfaatkan kedua-dua negara.

"Penganjuran seminar ini juga boleh mengukuhkan lagi peranan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar sebagai pusat percambahan minda, tapak perkembangan ilmu, seterusnya menyemarakkan kepelbagaian budaya," titah baginda.

Baginda juga berkenan mencemar duli merasmikan SIRaj V anjuran UniMAP melalui Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) dengan kerjasama UIN Alauddin Makassar di Rumah Jabatan Walikota Makassar.

Seminar yang berlangsung selama dua hari mulai 1o November itu juga diadakan bersempena ulang tahun Makassar Ke-410 tahun ini yang turut mendapat kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) Berhad, Yayasan UniMAP, UniMAP Holdings dan Proven Group of Companies.

Yang turut hadir Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Pengarah IKRK, Prof Datuk Dr. Ramlah Adam dan Rektor UIN Alauddin Makasaar, Prof Dr. Musafir Pabbari.

Baginda dalam titahnya turut menekankan, pada asasnya, Malaysia dan Indonesia berkongsi ciri dan nilai yang sama iaitu alam Melayu dan secara dasarnya semuanya adalah serumpun.

Bagaimanapun, titah baginda, penaklukan dan pengaruh luar secara tidak langsung mengikiskan nilai dan identiti yang akhirnya menjarakkan lagi hubungan sehingga mewujudkan wilayah-wilayah yang pelbagai dengan identiti dan jati diri yang berbeza.

"Inilah sebenarnya 'kunci' yang perlu kita jadikan cerminan agar persaudaraan terus menerus menyatu, ibarat 'kiambang kembali bertaut'," titah baginda.

Baginda bertitah, penyatuan ini hakikatnya adalah penting bagi kedua-dua negara, demi memastikan kelangsungan hayat survival tamadun bangsa agar terus gah merentas sempadan dunia.

Dikeluarkan oleh;

Unit Perhubungan Media UniMAP

Referensi

Dokumen terkait

Perubahan zaman dan kemasukan pengaruh-pengaruh asing, menggandakan tuntutan supaya Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja bijak dalam menempatkan diri mereka dalam

Tuntasnya dapat dirumus berdasarkan kepada kajian yang dijalankan menunjukkan (MAIPs) di bawah kepimpinan Raja Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku

Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Duli Tuanku berdua berkenan meneruskan tradisi

Syed Saffi juga merupakan kekuatan pemerintahan Tuanku Raja Syed Ahmad dan sebagai galang-ganti negeri Perlis daripada jatuh semula he tangan Kedah apabila negeri Kubang Pasu diperintah

"Highlight the various tourist attractions in Perlis." Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail Raja of Perlis Headline The heritage of Mata Ayer MediaTitle New Straits Times