• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sistem perbankan Malaysia kekal berdaya tahan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Sistem perbankan Malaysia kekal berdaya tahan"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

KUALA LUMPUR: Sistem perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan kapasiti yang mencukupi untuk menyerap kerugian di bawah senario kemerosotan simulasi yang teruk, demikian kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Yunus.

Malah, katanya, kesan tekanan sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland baru-baru ini terhadap bank di negara ini juga adalah minimum.

(2)

Beliau berkata, bank di Malaysia mempunyai pendedahan terhad kepada bank AS dan Switzerland yang bermasalah.

Tambahan pula, jelasnya, pangkalan pendeposit bank di negara ini juga lebih pelbagai.

"Dari segi kesan kerugian mengikut pasaran berikutan kenaikan kadar faedah ke atas pegangan bon bank-bank di Malaysia, ia kekal dalam sasaran modal dalaman bank.

"Bank juga terus memegang paras tinggi aset cair berkualiti tinggi (HQLA) dalam bentuk penempatan dengan bon BNM dan kerajaan yang boleh dicagarkan untuk memenuhi mana-mana keperluan kecairan tambahan," katanya.

Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata, walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar, sistem perbankan di negara ini kekal berdaya tahan, dengan tahap modal dan penampan mudah tunai yang teguh.

Katanya, jumlah nisbah modal berada pada 18.8 peratus setakat Disember 2022, lebih tinggi berbanding paras yang diperhatikan ketika Krisis Kewangan Global.

Beliau berkata, nisbah liputan kecairan dan nisbah pembiayaan stabil bersih juga kekal stabil pada 154 peratus dan 118 peratus.

"Kami juga menguji daya tahan bank dan syarikat insurans melalui latihan ujian tekanan tahunan kami, yang mana bank dan pengendali insurans dan takaful (ITO) tertakluk kepada senario persekitaran operasi yang lebih teruk daripada yang diperhatikan ketika Krisis Kewangan Global dan pandemik 2020.

"Keputusan ujian tekanan mengesahkan bahawa bank kita kukuh, dengan jumlah nisbah modal kekal jauh melebihi keperluan minimum lapan peratus di bawah senario yang teruk," katanya.

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research

Referensi

Dokumen terkait

Peneliti berasumsi bahwa kualitas hidup pasien stroke di RSUD Encik Mariyam Lingga berdasarkan hasil penelitian didapatkan hasil bahwa sebagian besar pasien