• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ulasan Sistematik Literatur: Kecergasan Fizikal dan Kesihatan Mental Kanak-kanak semasa Peralihan Fasa Pandemik ke Endemik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Ulasan Sistematik Literatur: Kecergasan Fizikal dan Kesihatan Mental Kanak-kanak semasa Peralihan Fasa Pandemik ke Endemik"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Ulasan Sistematik Literatur: Kecergasan Fizikal dan Kesihatan Mental Kanak-kanak semasa Peralihan Fasa Pandemik ke

Endemik

(Systematic Literature Review: Physical Fitness and Mental Health of Children during the Transition of the Pandemic Phase to Endemic)

Samarni Redde1, Norlena Salamuddin1, Norasmah Othman1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: samarniredde@gmail.com Accepted: 15 August 2022 | Published: 1 September 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.10

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kecergasan fizikal boleh mempengaruhi kesihatan mental, kualiti hidup, produktiviti serta pencapaian akademik kanak-kanak. Namun begitu, penurunan kecergasan fizikal serta peningkatan kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak semasa pandemik Covid-19 amat membimbangkan. Fasa peralihan pandemik ke endemik di kebanyakan negara telah menyaksikan penurunan terhadap kecergasan fizikal dan kesihatan mental kanak-kanak.

Kajian ini bertujuan untuk melihat dapatan tentang isu kecergasan fizikal dan kesihatan mental kanak-kanak secara global melalui kajian-kajian lepas. Kajian ulasan sistematik literatur ini dijalankan dengan menggunakan artikel pada tahun 2021-2022 daripada pangkalan data iaitu Scopus, Google Scholar dan Web of Science. Artikel dikumpul kemudian diteliti bagi memastikan artikel yang dipilih menepati fokus kajian. Sebanyak 17 daripada 114 artikel telah dipilih untuk dibincangkan dalam kajian ini. Secara keseluruhan, terdapat peningkatan berat badan, perlakuan sedentari dan masa skrin kesan daripada penurunan kecergasan fizikal manakala kesihatan mental berkaitan kebimbangan, kesunyian, perasaan sedih serta tekanan pula menunjukkan peningkatan. Pihak terlibat perlu merancang aktiviti kanak-kanak dengan menggunakan masa secara berkesan, mengatur lokasi dan bentuk senaman semasa pandemik agar kanak-kanak dapat bersenam, beriadah, melakukan aktiviti kreatif, bersosial seterusnya mengawal berat badan dengan mengelakkan perlakuan sedentari.

Justeru, kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah perlu ditambah baik dengan memasukkan subtopik berkaitan aktiviti fizikal, jenis serta intensiti senaman semasa pandemik dan endemik. Langkah ini perlu kerana kita tidak dapat meramal akan risiko dan kemungkinan pandemik dan endemik di masa akan datang.

Kata kunci: Kecergasan fizikal kanak-kanak; kesihatan mental kanak-kanak; pandemik ke endemik

Abstract: Physical fitness can affect children's mental health, quality of life, productivity as well as academic achievement. However, the decline in physical fitness and improved mental health among children during the Covid-19 pandemic is alarming. The transitional phase of the pandemic to endemic in most countries has seen a decline in children's physical fitness and mental health. This study aims to look at findings on children's physical fitness and mental health issues globally through past studies. The systematic review of this literature was conducted using articles in 2021-2022 from databases namely Scopus, Google Scholar and Web of Science. The articles are collected and then researched to ensure that the selected

(2)

article meets the focus of the study. A total of 17 out of 114 articles were selected for discussion in this study. Overall, there was weight gain, sedentary behaviour and screen time as a result of decreased physical fitness while mental health related to anxiety, loneliness, feelings of sadness and stress showed improvement. The parties need to plan their children's activities by using their time effectively, organizing the location and form of exercise during the pandemic so that children can exercise, engage in creative activities, socialize and control their weight by avoiding sedentary behaviour. Thus, the primary school Physical Education curriculum can be improved by including subtopics related to physical activity, type and intensity of exercise during the pandemic and endemic. This step is necessary because we cannot predict the risks and possible pandemics and endemic in the future.

Keywords: Children physical fitness; children mental health; pandemic to endemic

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pandemik Covid-19 yang meledak di seluruh dunia telah memberikan kesan yang mendalam terhadap aspek kehidupan manusia kerana ia merupakan krisis kesihatan global yang besar (Bavel et al. 2020). Negara berteknologi tinggi sehingga negara membangun tidak terkecuali menerima kesan terhadap pandemik ini. Mengimbas kembali detik kemunculannya di penghujung tahun 2019, coronavirus baharu tersebut telah mencetuskan sindrom pernafasan akut pada manusia yang mula dikesan di Wuhan, Wilayah Hubei, China (Zhou et al. 2020). Ia kemudian terus merebak ke seluruh dunia menyebabkan World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkannya sebagai pandemik. Pengisytiharan ini telah membawa kepada penutupan akses keluar masuk sempadan negara serta arahan perintah berkurung di kebanyakan wilayah, bandar, daerah malah pergerakan di desa turut disekat dalam melakukan pelbagai aktiviti rutin harian. Natijahnya, seluruh pergerakan ekonomi, sosial, politik, pengangkutan, pendidikan melalui penutupan sekolah, aktiviti sukan dan riadah menerima kesan yang besar dalam urusan seharian. Oleh sebab itu, kebanyakan urusan terpaksa dilakukan secara atas talian atas nama kesihatan dan keselamatan.

Pergerakan tubuh badan merupakan aktiviti fizikal seperti berdiri, berjalan, melompat, mendaki, kegiatan rekreasi dan sebagainya (Sabahriah et al. 2021). Oleh yang demikian, dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal ia akan dapat membantu mengoptimumkan kesihatan tubuh badan sekaligus memperbaiki kesihatan mental individu.

Malah terdapat kajian menunjukkan bahawa senaman boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan mental dan kesejahteraan yang positif (Mazyarkin et al. 2019). WHO menyatakan bahawa kesihatan mental merupakan kesejahteraan di mana individu tersebut sedar akan keupayaan mereka, dapat menerima tekanan normal dalam kehidupan harian, boleh bekerja secara efisien dan dapat menyumbang kepada masyarakat (WHO 2007). Namun begitu, dalam tempoh pandemik Covid-19 di Greece, orang dewasa menunjukkan penurunan aktiviti fizikal (Bourdas & Zacharakis n.d. 2020) dan terdapat peningkatan gejala kemurungan (Parlapani et al. 2020). Manakala kajian yang dijalankan di Australia mendapati 48.3% remaja mengalami tekanan mental (Li et al. 2021). Apa yang lebih membimbangkan adalah kanak- kanak didapati mengalami penurunan aktiviti fizikal dan kesejahteraan mental juga turut terjejas (Vanderloo et al. 2020). Ternyata, pandemik tersebut amat memberi kesan kepada kecergasan fizikal dan kesihatan mental pelbagai peringkat umur khususnya kepada golongan kanak-kanak.

(3)

Dasar Kesihatan Mental negara menyatakan bahawa kesihatan mental adalah tahap keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi antara satu sama lain agar dapat membina kesejahteraan pada tahap yang baik, perhubungan yang berkesan ke arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan secara adil (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2012). Oleh itu, selaras dengan peralihan pandemik ke endemik yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada 1 April 2022, kajian lanjut perlu dipertingkat berkait tahap kecergasan fizikal dan tahap kesihatan mental kanak-kanak semasa peralihan fasa pandemik ke endemik. Hal ini memandangkan akibat penutupan sekolah, pergerakan fizikal dihadkan serta program dan aktiviti sukan yang dibatalkan ekoran pandemik telah meningkatkan kadar pengurangan penglibatan dalam aktiviti fizikal secara aktif di kalangan kanak-kanak (Wan Norsaidaina et al. 2021).

Sekatan sosial semasa pandemik juga telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko kesihatan fizikal kanak-kanak akibat ketidakaktifan pergerakan dan tingkah laku sedentari sepanjang tempoh berkenaan. Pengalaman sekatan sosial serta pembelajaran dari rumah sedikit sebanyak telah menyebabkan kanak-kanak mengalami penurunan aktiviti fizikal (Wang et al.

2020). Oleh itu, kanak-kanak yang aktif sebelum pandemik didapati mengalami penurunan dalam melakukan aktiviti fizikal. Lebih membimbangkan, dalam tempoh pandemik kanak- kanak terdedah kepada peningkatan penggunaan masa skrin (Wang et al. 2020). Ini kerana mereka perlu menjalani pembelajaran atas talian sebagai langkah memastikan kanak-kanak terus mendapat pendidikan. Penjarakan sosial dalam tempoh tersebut secara tidak langsung telah mengubah tabiat serta gaya hidup kanak-kanak. Keadaan ini telah menyumbang kepada masalah kesihatan seperti obesiti serta penyakit berkaitan kardiovaskular kerana diet yang kurang sesuai pada kanak-kanak (Wang et al. 2020) yang mendorong pertambahan berat badan.

Tekanan penjarakan sosial sebelum ini juga mendorong peningkatan pengambilan makanan dan penambahan berat badan (Mengin et al. 2020). Malah terdapat hubungan antara persekitaran tertekan menjadi salah satu sebab peningkatan obesiti dalam kalangan kanak- kanak (Ogden et al. 2016).

Semasa zaman kanak-kanak, pengalaman buruk seperti trauma boleh menyebabkan kesan jangka panjang terhadap perkembangan otak serta menggalakkan gangguan mental dan tingkah laku. Kebimbangan yang tidak terkawal semasa kanak-kanak akan menyumbang kepada kesihatan mental negatif apabila mereka dewasa kelak. Kesan psikologi berganda semasa pandemik dan endemik Covid-19 terhadap populasi kanak-kanak yang dikuarantin semasa pandemik menjadikan individu ini lebih terdedah untuk mengalami gangguan psikiatri jangka panjang (Saurabh & Ranjan 2020). Malah kajian telah melaporkan gangguan tidur (Wang et al. 2020) dan peningkatan tahap kemurungan serta kebimbangan dalam kalangan kanak-kanak akibat pandemik Covid-19. Kanak-kanak yang mengalami tekanan yang berpanjangan akan mengalami penurunan tahap kesihatan mental. Malah, kesan berbahaya wabak Covid-19 boleh menyebabkan kerosakan kepada fisiologi dan psikologi jangka panjang (de Figueiredo et al.

2021). Dalam menghadapi senario pandemik dan endemik ini, kanak-kanak terdedah kepada situasi tertekan seperti ketakutan dijangkiti penyakit, kekecewaan, kebosanan, beban maklumat yang berlebihan, dan perubahan drastik dalam corak aktiviti harian, yang menjelaskan ancaman pelbagai aspek (Brooks et al. 2020).

Perasaan kebimbangan dan kemurungan yang semakin meningkat sebagai tindak balas kepada wabak adalah ketara dalam kalangan kanak-kanak. Keadaan ini sudah pasti membawa kemurungan dalam kehidupan dewasa (Ma et al. 2018) sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Kajian turut mendapati bahawa terdapat peningkatan penggunaan masa skrin dan ianya berkorelasi secara positif dengan pemakanan yang tidak sihat, kekurangan senaman fizikal,

(4)

lebih banyak penyakit dan masalah fizikal (Wang et al. 2020). Apa yang jelas, pandemik dan endemik Covid-19 telah mengancam kesihatan fizikal dan mental (Holmes et al. 2020) khususnya dalam kalangan kanak-kanak. Malah terdapat peningkatan isu kesihatan mental pada zaman kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan (Sellers et al. 2019). Hasil kajian juga ada menyatakan bahawa kecergasan fizikal memberi manfaat kepada kesihatan mental dan boleh membantu menggalakkan daya tahan dalam kalangan kanak-kanak yang terjejas (Belcher et al. 2021). Oleh itu, objektif kajian sistematik literatur semasa peralihan fasa pandemik ke endemik terhadap kanak-kanak sekolah rendah adalah: 1. Melihat dapatan berkaitan kecergasan fizikal kanak-kanak berdasarkan jantina, umur, lokasi, jenis kediaman, masa skrin, bilangan ahli keluarga 2. Melihat dapatan berkaitan kesihatan mental kanak-kanak berkaitan kebimbangan, perasaan sedih, tekanan, kesunyian dan status sosioekonomi kanak- kanak. 3. Melihat dapatan hubungan antara kecergasan fizikal dan kesihatan mental kanak- kanak sekolah rendah melalui kajian-kajian yang dijalankan di seluruh dunia.

2. Kajian Literatur

Aktiviti fizikal dapat memberi kebaikan kepada tubuh badan kerana berupaya meningkatkan prestasi akademik kanak-kanak (Pauline & Tajul 2020). Malah terdapat kajian mendapati hubungan positif antara aktiviti kecergasan, aktiviti fizikal, aktiviti sukan dan rekreasi terhadap kesihatan mental (Syed Lamsah et al. 2018). Ini secara tidak langsung akan memberi kesejahteraan psikologi (Li et al. 2021) kepada kanak-kanak sekiranya amalan ini dilaksanakan. Pengalaman sekatan sosial sebelum ini menyebabkan aktiviti fizikal mengalami penurunan sepanjang tempoh berkenaan dan telah mencetus perlakuan sedentari terhadap kanak-kanak (Wan Norsaidaina et al. 2021). Gaya hidup tersebut menyebabkan penurunan tahap kecergasan fizikal (Khairul Amri & Denise Koh 2021) yang mendorong penyakit berkaitan kardiovaskular dan peningkatan terhadap obesiti kanak-kanak akibat perubahan corak tabiat pemakanan kanak-kanak (Ghosh et al. 2020). Selain itu, terdapat juga peningkatan terhadap penggunaan masa skrin kepada kanak-kanak (Ghosh et al. 2020) akibat pembelajaran atas talian dan secara tidak langsung menjejaskan kualiti tidur mereka. Sepanjang menjalankan pembelajaran tersebut, mereka duduk secara berterusan di hadapan gajet membuatkan kanak- kanak bosan dan kurang minat untuk belajar (Jose & Jiji 2021). Malah kajian juga mendapati kanak-kanak ketagih terhadap media sosial dan gajet (Jose & Jiji 2021) kerana sepanjang tempoh tersebut pelbagai faktor seperti kesunyian menyebabkan mereka beralih kepada gajet bagi menghilangkan tekanan (Atini et al. 2021). Lebih malang lagi dalam tempoh berkenaan pendapatan keluarga terjejas akibat hilang punca pendapatan yang memberi tekanan kepada keluarga mereka. Justeru, kemurungan, kebimbangan dan tekanan yang wujud dalam kalangan kanak-kanak adalah signifikan dengan tekanan psikologi keluarga (Glynn et al. 2021).

Persekitaran tempat tinggal kurang kondusif seperti ruang belajar, bilik terhad menyebabkan kanak-kanak turut berdepan dengan pelbagai tekanan. Sepanjang tempoh tersebut, kanak- kanak menghadapi keterbatasan pergerakan dalam melakukan aktiviti menyebabkan perkembangan fizikal dan mental mereka terganggu. Kesemua faktor ini menyumbang kepada penurunan aktiviti fizikal dan kesihatan mental kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

Jelasnya, apabila kanak-kanak berada dalam tahap kecergasan yang memuaskan maka hasil kemenjadian seseorang murid yang cergas mampu berdaya saing dari segi kekuatan mental dan emosi (Pauline & Tajul 2020)

3. Metod kajian

Ini adalah kajian tinjauan sistematik yang dilakukan melalui analisis kritikal artikel. Kajian menyeluruh bertujuan untuk meringkaskan penyelidikan asal yang menonjolkan isu-isu

(5)

berkaitan kecergasan fizikal dan kesihatan mental kanak-kanak sekolah rendah semasa peralihan fasa pandemik ke endemik. Kajian sistematik literatur ini telah menggunakan kaedah yang jelas untuk mengenal pasti, memilih dan menerangkan kualiti kajian, pengumpulan data dan analisis. Carian artikel dalam pangkalan data telah dijalankan di semua jurnal berindek Scopus, Web of Science dan Google Scholar yang berkait dengan kecergasan fizikal dan kesihatan mental kanak-kanak sekolah rendah semasa peralihan fasa pandemik ke endemik Covid-19. Jurnal yang dipilih untuk kajian juga perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut.

Kriteria tersebut adalah: a) ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, b) Peserta kajian terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah berumur 12 tahun ke bawah, c) Kajian berdasarkan situasi peralihan fasa pandemik ke endemik, d) Meninjau perubahan fizikal dan mental kanak-kanak, e) Pencarian tertumpu pada artikel yang diterbitkan pada 2021 dan 2022 iaitu semasa fasa peralihan pendemik ke endemik yang berlaku secara global.

Penilaian artikel saintifik dilaksanakan dengan menggunakan panduan PRISMA sebagai metodologi. PRISMA ialah metodologi yang sering digunakan dalam semakan sistematik untuk meningkatkan kejelasan kualiti semakan sistematik (Fleming, Koletsi, & Pandis, 2014).

Untuk memilih artikel pula, kriteria kemasukan dan pengecualian telah diwujudkan dan analisis menyeluruh terhadap kualiti artikel dilakukan untuk memastikan kebolehpercayaan literatur terpilih, sekali gus membolehkan meningkatkan ketepatan kajian. Manakala fasa seterusnya pula ialah berkait dengan kelayakan. Pada peringkat ini, fokus diberikan kepada tajuk serta abstrak bagi melihat gambaran keseluruhan artikel. Seterusnya adalah fasa kelayakan iaitu artikel-artikel yang telah dipilih dan akan diulas dalam sistematik literatur kajian ini. Melalui fasa terakhir ini, pengkaji dapat mengenal pasti jumlah akhir artikel untuk digunakan sebagai sampel kajian tinjauan sistematik. Secara keseluruhannya, 17 artikel telah dipilih dan digunakan dalam kajian ini. Rajah 1 memberikan gambaran keseluruhan carian literatur.

(6)

Rajah 1: Carta Alir Proses Pencarian Artikel Kajian

4. Dapatan dan Perbincangan

Sebanyak 17 artikel dikenal pasti mempunyai kaitan terhadap kajian kecergasan fizikal dan kesihatan mental kanak-kanak sekolah rendah semasa peralihan fasa pandemik ke endemik di pelbagai negara. Dapatan yang diperolehi telah diringkaskan secara bersistematik seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Kecergasan Fizikal dan Kesihatan Mental Kanak-Kanak Sekolah Rendah Semasa Peralihan Fasa Pandemik ke Endemik

Rujukan Objektif Negara/

Umur

Dapatan

Ma et al. 2022 Meneroka garis panduan pergerakan 24 jam berkaitan aktiviti fizikal, masa skrin dan tidur berhubung kecergasan fizikal kanak-kanak dan remaja

China 10-17 Tahun

0.9% memenuhi ketiga-tiga garis panduan pergerakan selama 24 jam secara signifikan dikaitkan dengan tahap kecergasan fizikal.

Masa skrin dan tempoh tidur bukan penyumbang utama kepada peningkatan kecergasan fizikal dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Rúa-Alonso et al.

2022

Membezakan komposisi badan dan data kecergasan fizikal kanak-kanak dan remaja yang diperolehi

Spain 6-18 Tahun

Keputusan menunjukkan nilai yang lebih tinggi untuk indeks jisim badan (p = 0.002), lilitan pinggang (p < 0.001), dan nisbah pinggang ke pinggul dan pinggang ke ketinggian (p < 0.001) semasa pandemik berbanding sebelum wabak, Pengenalpastian

Tahun 2021- 2022

Web of science

n=2,241

Google Scholar

n=6,010

Scopus

n=15894 Kata Kunci=

Physical Fitness and Mental Health OR Children OR Pandemic to endemic OR

Covid-19

Saringan

Web of Science

n=66

Google Scholar

n=27

Scopus

n=39

Kelayakan

Web of Science

n=65

Google Scholar

n=27

Scopus

n=39

Termasuk

n=17 Bacaan penuh dan pemilihan

artikel

Terkeluar

n=114

Tidak berkaitan dengan kecergasan fizikal dan kesihatan mental kanak-

kanak

(7)

daripada pangkalan data dalam talian (projek DAFIS) sebelum dan semasa tahun akademik pertama pandemik Covid-19

terutamanya dalam kanak-kanak lelaki. Sebaliknya, kecergasan otot yang lebih rendah diperhatikan untuk kanak-kanak perempuan semasa wabak.

Yomoda & Kurita 2021

Mengenal pasti kesan wabak dan faktor berkaitan terhadap aktiviti fizikal kanak- kanak

Jepun

Bawah umur 18 tahun

Kecergasan fizikal kanak-kanak dan remaja kebanyakannya menurun semasa pandemik

Penurunan lebih banyak berlaku pada kanak-kanak lelaki, lebih tua dan remaja

Penurunan kecergasan fizikal kurang pada kanak- kanak yang tinggal di rumah berasingan, rumah yang memiliki banyak ruang, kawasan luar bandar dan ramai ahli keluarga

Sokongan ibu bapa, pertimbangan lokasi dan jenis aktiviti boleh membantu kanak-kanak mengekalkan atau meningkatkan kecergasan fizikal Sciberras et al.

2022

Mengkaji kesan sekatan Covid-19 dalam kalangan kanak- kanak yang mengalami gangguan kurang perhatian/hiperaktif (ADHD)

Australia 5-17 Tahun

Kanak-kanak kurang bersenam, kurang masa di luar rumah, kurang keseronokan dalam melakukan aktiviti semasa pandemik berbanding sebelum pandemik. Manakala masa menonton televisyen, melihat media sosial, permainan dalam talian juga meningkat.

Perasaan sedih, tekanan dan kesunyian meningkat semasa pandemik

Kebanyakan ibu bapa melaporkan perubahan positif untuk anak mereka iaitu lebih banyak masa bersama keluarga.

Thakur (Rai) et al.

2022

Mengenal pasti keperluan garis panduan masa skrin dan untuk mengkaji kesannya terhadap kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak

India

2-18 Tahun

Lebih daripada satu pertiga kanak-kanak di awal usia mempunyai pendedahan masa skrin di bawah umur 2 tahun.

Kira-kira 70% kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan. Hanya 18% ibu bapa mengetahui konsep hari tanpa skrin.

Masa skrin mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan dan pada tingkah laku kanak-kanak.

Nsamenang et al.

2022

Mengkaji kesihatan pesakit pediatrik dengan obesiti yang berdaftar dalam program pengurusan berat badan di hospital sebelum dan setahun selepas pandemik Covid-19.

Canada 2-17 tahun

Peningkatan rujukan kepada ahli psikologi semasa wabak berbanding pra-pandemik.

Ukuran antropometri dalam kedua-dua tempoh ialah terdapat kadar penurunan skor BMI yang lebih rendah dan peningkatan dalam adipositas semasa wabak.

Pandemik menjejaskan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak dan peningkatan terhadap obesiti kanak-kanak.

Stockwell et al.

2021

Ringkasan literatur perbezaan dalam aktiviti fizikal dan tingkah laku sedentari

Perubahan aktiviti fizikal telah dilaporkan dalam 64 kajian dengan majoriti melaporkan penurunan terhadap aktiviti fizikal dan peningkatan terhadap tingkah laku sedentari semasa tempoh lockdown

(8)

sebelum berbanding semasa lockdown Covid-19.

Okuyama et al.

2021

Ringkasan kajian literatur kesan pandemik Covid-19 terhadap aktiviti fizikal dan status kanak-kanak dan remaja

Jepun 7-17 Tahun

Kesan situasi pandemik Covid-19 telah meningkatkan tekanan psikologi kanak-kanak dan remaja seluruh dunia.

Aktiviti fizikal berkaitrapat dengan kesihatan mental dan boleh meningkatkan status psikologi kanak-kanak.

Terdapat penurunan aktiviti fizikal kanak-kanak akibat Covid-19.

Kesihatan mental kanak-kanak merosot akibat penurunan aktiviti fizikal akibat Covid-19.

Cacioppo et al.

2021

Mengenal pasti isu penjagaan kesihatan berkaitan kesejahteraan orang kurang upaya kanak-kanak, kesinambungan pemulihan dan penjagaan perubatan, dan kebimbangan ibu bapa semasa Covid-19

Perancis 0-18 Tahun

Pandemik mempunyai kesan negatif terhadap semangat kanak-kanak, tingkah laku dan interaksi sosial. Secara keseluruhan, 44% kanak-kanak berhenti melakukan aktiviti fizikal, 76%

menjalankan pembelajaran dari rumah, 22%

mengekalkan susulan perubatan, dan 48% dan 27%

meneruskan fisioterapi dan terapi cara kerja masing-masing.

Berasategi Sancho et al. 2021

Menganalisis secara holistik kesejahteraan kanak-kanak semasa tempoh lockdown

Sepanyol 2-12 tahun

Keputusan menunjukkan bahawa kesejahteraan umum kanak-kanak semasa lockdown adalah pada tahap sederhana. Tahap terendah diperoleh untuk aktiviti fizikal, bersama-sama dengan aktiviti kreatif dan suka bermain. Kanak-kanak perempuan, kanak-kanak yang lebih muda dan mereka yang mempunyai akses ke ruang luar menunjukkan tahap kesejahteraan yang terbaik.

Tulchin-Francis et al. 2021

Mengkaji kesan wabak terhadap Kecergasan fizikal dan tingkah laku bermain kanak-kanak dan memberikan cadangan untuk meningkatkan kecergasan mereka.

U.S Responden 3-18 tahun

Skor kecergasan fizikal kanak-kanak menurun dengan ketara semasa wabak. Secara khusus, skor aktviti sederhana hingga cergas menurun manakala aktiviti fizikal ringan kekal sama.

Perubahan berdasarkan umur dilihat pada kuantiti, kepelbagaian dan kecergasan fizikal dengan kesan yang paling rendah adalah pada kanak-kanak prasekolah dan yang tertinggi di kalangan pelajar sekolah menengah

Yelizarova et al.

2022

Menentukan tahap aktiviti fizikal ringan dan sederhana hingga cergas dalam kalangan kanak-kanak dan kesan faktor luaran dan dalaman terhadap aktiviti fizikal mereka lockdown

Ukraine

Responden:

6-18 tahun

Penurunan ketara aktiviti fizikal iaitu sederhana hingga cergas pada 2021 berbanding 2020.

Peratusan kanak-kanak mencapai tahap sederhana hingga cergas juga didapati menurun pada 2021

Jensen & Reimer 2021

Mengkaji kesan penutupan sementara sekolah akibat pandemik Covid-19 terhadap tahap

Denmark Kesejahteraan kanak-kanak menyukai sekolah bertambah baik semasa lockdown. Namun terdapat juga keputusan sebaliknya.

Penutupan sekolah tidak menjejaskan tahap kesunyian

(9)

kesejahteraan pelajar dan menguji sama ada kesannya berbeza-beza dalam kalangan pelajar yang berbeza status sosioekonomi

Lockdown mempunyai kesan lebih positif dalam kalangan pelajar yang mempunyai status sosioekonomi rendah.

Dudovitz et al.

2022

Menentukan kesejahteraan sosial- emosi kanak-kanak, keperluan dan keutamaan perkhidmatan berasaskan sekolah

Amerika Syarikat

Kira-kira satu perempat daripada kanak-kanak mengalami defisit dalam hiperaktif, satu pertiga dalam masalah rakan sebaya dan dalam bidang prososial.

Kebanyakan ibu bapa melaporkan berkaitan sekolah iaitu sokongan pembelajaran, keperluan pengayaan dan kesihatan mental.

Keperluan keutamaan tertinggi adalah untuk tunjuk ajar, sosialisasi, peningkatan masa pengajaran, menghadapi tekanan, dan fizikal aktiviti

Basterfield et al.

2022

Menilai perubahan satu tahun dalam

kecergasan fizikal, kualiti hidup berkaitan kesihatan dan BMI.

England 8-10 Tahun

Terdapat peningkatan berat badan, obesiti dan penurunan tahap kecergasan kanak-kanak dalam tempoh setahun semasa lockdown. Penyertaan kelab sukan dikaitkan dengan prestasi fizikal yang lebih baik.

Alves et al. 2021

Mengkaji tindak balas emosi memberi kesan terhadap aktiviti fizikal dan tingkah laku sedentari berkaitan kebimbangan dalam kalangan kanak-kanak berkaitan berat badan

Carlifornia 9 -15 Tahun

Kebimbangan berat badan berlebihan meningkat berbanding sebelum pandemik.

Kesan positif lebih tinggi ketika menjalankan aktiviti fizikal dikaitkan dengan penurunan tahap kebimbangan pada kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan/obesiti dan ianya lebih tinggi dikaitkan dengan pengurangan kebimbangan pada kanak-kanak dengan berat badan yang sihat.

Masa lapang yang lebih banyak juga dikaitkan dengan kesan negatif yang lebih tinggi tanpa mengira status BMI kanak-kanak.

McArthur et al.

2021

Mengenalpasti perkaitan masa skrin, tidur, aktiviti fizikal, rakan sebaya, aktiviti rekreasi dan faktor keluarga

9-11 Tahun Kanak-kanak mengalami peningkatan pada masa skrin, gangguan tidur dan penurunan aktiviti fizikal.

Kecergasan Fizikal Kanak-kanak

Majoriti kajian melaporkan penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan tingkah laku sedentari semasa tempoh pandemik (Stockwell et al. 2021). Penurunan ketara dapat dilihat dalam kedua- dua tempoh iaitu pada tahun 2021 berbanding tahun 2020 (Yelizarova et al. 2022). Tingkah laku sedentari yang meningkat menyebabkan skor kecergasan fizikal kanak-kanak menurun dengan ketara semasa pandemik dan penurunan ini dapat dilihat berdasarkan umur, kuantiti serta tahap kecergasan fizikal kanak-kanak (Berasategi Sancho et al. 2021). Kesan ketara terhadap penurunan kecergasan fizikal turut dialami oleh kanak-kanak yang menyertai sukan berpasukan dan mempunyai ruang terhad di rumah (Yomoda & Kurita 2021). Penurunan kecergasan yang berlaku kepada kanak-kanak yang aktif sebelum ini mempunyai kaitan terhadap volume dan intensiti senaman atau jenis sukan semasa dalam sekatan pergerakan kerana pada masa tersebut kebanyakan pusat rekreasi, pusat sukan, sekolah serta taman permainan kanak-kanak ditutup. Penurunan turut berlaku terhadap kanak-kanak yang tidak menyertai aktiviti sukan (Yelizarova et al. 2022). Natijahnya berlaku penurunan kecergasan

(10)

yang ketara akibat tingkah laku sedentari serta perubahan corak aktiviti fizikal dengan tahap terendah diperoleh untuk aktiviti fizikal, diikuti aktiviti kreatif dan suka bermain sepanjang tempoh berkenaan (Berasategi Sancho et al. 2021). Kesan paling rendah terhadap kecergasan fizikal dapat dilihat pada kanak-kanak prasekolah dan tertinggi di kalangan murid sekolah menengah (Berasategi Sancho et al. 2021).

Akibat berlaku penurunan kecergasan fizikal, terdapat pertambahan berat badan semasa pandemik berbanding sebelumnya (Nsamenang et al. 2022). Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kerana didapati terdapat peningkatan kanak-kanak berhenti melakukan aktiviti fizikal (Cacioppo et al. 2021). Lebih merisaukan, kanak-kanak yang memiliki berat badan berlebihan didapati semakin kurang cergas (Yelizarova et al. 2022). Malah, penurunan kecergasan turut dipengaruhi oleh jantina kanak-kanak (Yelizarova et al. 2022). Kajian juga mendapati terdapat peningkatan indeks jisim badan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (Rúa-Alonso et al. 2022). Ini jelas dilihat apabila komposisi badan dan data kecergasan fizikal kanak-kanak menunjukkan nilai yang lebih tinggi untuk indeks jisim badan dan nisbah pinggang ke pinggul dan pinggang semasa pandemik berbanding sebelum wabak bagi lelaki manakala kecergasan otot yang lebih rendah dapat dilihat bagi perempuan (Rúa-Alonso et al.

2022). Dalam tempoh tersebut, penurunan lebih banyak berlaku pada kanak-kanak lelaki dan lebih tua.

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik turut terkesan terhadap penurunan kecergasan fizikal (Yelizarova et al. 2022). Malah kanak-kanak yang mengalami gangguan kurang perhatian atau hiperaktif didapati kurang melakukan senaman, kurang masa melakukan aktiviti luar dan kurang keseronokan dalam melakukan aktiviti (Sciberras et al.

2022). Selain itu, didapati purata peningkatan masa skrin semasa Covid-19 meningkat secara drastik berbanding era sebelum Covid-19 ((Rai) et al. 2022). Malah penggunaan televisyen, media sosial, permainan dalam talian turut menunjukkan peningkatan (Sciberras et al. 2022).

Kajian mendapati masa skrin dan tempoh tidur tidak menyumbang kepada peningkatan kecergasan fizikal dalam kalangan kanak-kanak (Ma et al. 2022). Kesan penjarakan sosial menunjukkan penurunan terhadap kecergasan fizikal kanak-kanak (Yomoda & Kurita 2021).

Semasa tempoh tersebut, penurunan kurang ketara pada kanak-kanak yang tinggal di rumah yang terletak berasingan, rumah yang lebih luas, kawasan luar bandar dan lebih ramai ahli keluarga (Yomoda & Kurita 2021). Selain itu, faktor suhu udara persekitaran memainkan peranan terhadap kecergasan kanak-kanak (Yelizarova et al. 2022). Ternyata lokasi kediaman, jenis kediaman, bilangan ahli keluarga dan suhu udara memainkan peranan terhadap tahap kecergasan fizikal kanak-kanak.

Kesihatan Mental Kanak-Kanak

Penjarakan sosial menyebabkan penurunan terhadap kesihatan mental kanak-kanak. Ini kerana aktiviti fizikal dapat meningkatkan kesihatan psikologi, dan boleh meningkatkan status kesihatan mental kanak-kanak (Okuyama et al. 2021). Kesan positif lebih tinggi ketika menjalankan aktiviti fizikal dan ia dikaitkan dengan penurunan tahap kebimbangan pada kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan (Alves et al. 2021). Semasa tempoh peralihan ini, didapati kebimbangan (Alves et al. 2021) perasaan sedih, tekanan, dan kesunyian telah meningkat (Sciberras et al. 2022). Hal ini disebabkan penjarakan sosial telah menganggu rutin harian kanak-kanak menyebabkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti secara normal.

Penutupan sekolah menyebabkan kanak-kanak tidak dapat berinteraksi dengan rakan sebaya menyebabkan mereka tertekan, sedih dan sunyi. Tinjauan semasa tempoh pandemik telah menunjukkan kesejahteraan kanak-kanak menyukai sekolah bertambah baik (Jensen & Reimer 2021). Namun begitu, terdapat juga kajian menyatakan bahawa penutupan sekolah tidak

(11)

menjejaskan tahap kesunyian dan mempunyai kesan yang lebih positif dalam kalangan yang mempunyai status sosioekonomi rendah (Jensen & Reimer 2021). Kebanyakan ibu bapa melaporkan keperluan kesihatan mental dalam menghadapi tekanan kerana kanak-kanak sekolah mempunyai keperluan sosial-emosi yang tinggi semasa di sekolah. Oleh itu, persekolahan amat diperlukan terutamanya untuk sokongan pembelajaran dan kesihatan mental kanak-kanak (Dudovitz et al. 2022).

Semasa tempoh ini juga, semangat kanak-kanak, kesejahteraan mental, tingkah laku dan interaksi sosial kanak-kanak kurang upaya telah mengalami penurunan. Malah kebimbangan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya akibat kekurangan bantuan dan sokongan turut meningkat (Cacioppo et al. 2021). Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak kurang perhatian dan hiperaktif pula telah melaporkan perubahan positif untuk anak mereka termasuk lebih banyak masa bersama keluarga (Sciberras et al. 2022). Kajian juga mendapati terdapat peningkatan rujukan kepada ahli psikologi semasa wabak berbanding dengan pra- pandemik (Nsamenang et al. 2022).Terdapat juga kajian yang melaporkan kesihatan mental kanak-kanak semasa pandemik adalah pada tahap sederhana (Berasategi Sancho et al. 2021).

Kanak-kanak perempuan, kanak-kanak yang lebih muda dan mereka yang mempunyai akses terhadap aktiviti luar menunjukkan tahap kesihatan mental yang lebih baik (Berasategi Sancho et al. 2021). Ini bermaksud jantina, umur, berat badan, status kesihatan dan lokasi kediaman memainkan peranan terhadap kesihatan mental kanak-kanak.

5. Kesimpulan

Kajian sistematik literatur yang dijalankan mendapati terdapat penurunan kecergasan fizikal akibat tingkah laku sedentari yang mendorong pertambahan berat badan. Peningkatan berat badan juga berlaku kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan sedia. Manakala kesihatan mental kanak-kanak berkaitan kebimbangan, perasaan sedih, tekanan dan kesunyian telah meningkat. Sepanjang tempoh tersebut, semangat, kesejahteraan mental, tingkah laku dan interaksi sosial kanak-kanak kurang upaya turut mengalami penurunan. Jantina, umur, lokasi, masa skrin, jenis kediaman, bilangan ahli keluarga, status sosioekonomi dan suhu persekitaran memainkan peranan dalam menentukan tahap kecergasan dan kesihatan mental mereka.

Sokongan moral seperti memahami hak kanak-kanak oleh ibu bapa dan pihak sekolah perlu dipertingkatkan. Mereka tidak sepatutnya terpinggir kesan daripada penjarakan sosial. Jika hal ini tidak diatasi, kesan fisiologi dan psikologi dalam jangka masa panjang memberi impak kepada kecergasan fizikal dan kesihatan mental lebih parah seperti obesiti, kemurungan dan bunuh diri. Pihak terlibat juga perlu merancang aktiviti kanak-kanak dengan menggunakan masa secara berkesan, mengatur lokasi dan bentuk senaman semasa pandemik. Melalui cara itu kanak-kanak akan dapat bersenam, beriadah, melakukan aktiviti kreatif, bersosial seterusnya dapat mengawal berat badan. Ia juga dapat meningkatkan kesihatan mental dan menghindarkan perlakuan sedentari semasa wabak. Ibu bapa kanak-kanak boleh menjadikan garis panduan pergerakan 24 jam berkaitan aktiviti fizikal, masa skrin dan waktu tidur untuk kekal cergas. Selain itu, kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah perlu ditambah baik dengan memasukkan subtopik aktiviti fizikal serta jenis senaman semasa pandemik. Justeru, Kementerian Pendidikan perlu mengambil peluang daripada pandemik yang berlaku untuk menguatkuasakan semula kesedaran tentang kepentingan kecergasan fizikal kerana ia dapat meningkatkan kesihatan mental kanak-kanak. Keperluan untuk melakukan lebih banyak penyelidikan, menambah pengetahuan serta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan memerlukan tindakan semua pihak berwajib kerana kita tidak dapat meramal akan kemungkinan pandemik di masa akan datang.

(12)

Rujukan

Alves, J. M., Yunker, A. G., DeFendis, A., Xiang, A. H. & Page, K. A. 2021. BMI status and associations between affect, physical activity and anxiety among U.S. children during COVID-19. Pediatric Obesity 16(9). doi:10.1111/ijpo.12786

Atini Alias, Siti Haziqah Shaban, Siti Marhamah Kamarul Arifain & Aimi Khairunnisa Abdul Karim. 2021. Hubungan Kesunyian Dengan Ketagihan Internet dalam Kalangan Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Semasa Pandemik COVID-19. Al-’Ulwan 6(1).

Basterfield, L., Burn, N. L., Galna, B., Batten, H., Goffe, L., Karoblyte, G., Lawn, M., et al.

2022. Changes in children’s physical fitness, BMI and health-related quality of life after the first 2020 COVID-19 lockdown in England: A longitudinal study. Journal of Sports Sciences 40(10). doi:10.1080/02640414.2022.2047504

Berasategi Sancho, N., Idoiaga Mondragon, N., Dosil Santamaria, M. & Eiguren Munitis, A.

2021. The Well-being of children in lock-down: Physical, emotional, social and academic impact. Children and Youth Services Review 127.

Bourdas, D.I., & Zacharakis, E.D. (2020). Impact of COVID-19 Lockdown on Physical Activity in a Sample of Greek Adults. Sports, 8, 139

Belcher, B. R., Zink, J., Azad, A., Campbell, C. E., Chakravartti, S. P. & Herting, M. M. 2021.

The Roles of Physical Activity, Exercise, and Fitness in Promoting Resilience During Adolescence: Effects on Mental Well-Being and Brain Development. Biological Psychiatry: Cognitive Neuroscience and Neuroimaging 6(2): 225-237.

doi:10.1016/J.BPSC.2020.08.005

Brooks, S. K., Webster, R. K., Smith, L. E., Woodland, L., Wessely, S., Greenberg, N. &

Rubin, G. J. 2020. The psychological impact of quarantine and how to reduce it: rapid review of the evidence. The Lancet 395(10227): 912–920.

doi:10.1016/S0140-6736(20)30460-8

Cacioppo, M., Bouvier, S., Bailly, R., Houx, L., Lempereur, M., Mensah-Gourmel, J., Kandalaft, C., et al. 2021. Emerging health challenges for children with physical disabilities and their parents during the COVID-19 pandemic: The ECHO French survey. Annals of Physical and Rehabilitation Medicine 64(3).

doi:10.1016/j.rehab.2020.08.001

De Figueiredo, C. S., Sandre, P. C., Portugal, L. C. L., Mázala-de-Oliveira, T., da Silva Chagas,L., Raony, Í., Ferreira, E. S., et al. 2021. COVID-19 pandemic impact on children and adolescents’ mental health: Biological, environmental, and social factors. Progress in Neuro-Psychopharmacology and Biological Psychiatry 106.

doi:10.1016/J.PNPBP.2020.110171

Dudovitz, R. N., Thomas, K., Shah, M. D., Szilagyi, P. G., Vizueta, N., Vangala, S., Shetgiri, R., et al. 2022. School-Age Children’s Wellbeing and School-Related Needs During the COVID-19 Pandemic. Academic Pediatrics. doi:10.1016/J.ACAP.2022.01.015 Ghosh, R., Dubey, M. J., Chatterjee, S. & Dubey, S. 2020. Impact of COVID -19 on children:

special focus on the psychosocial aspect. Minerva pediatrica 72(3): 226–235.

doi:10.23736/S0026-4946.20.05887-9

Jensen, S. S. & Reimer, D. 2021. The effect of COVID-19-related school closures on students’

well-being: Evidence from Danish nationwide panel data. SSM - Population Health 16.

doi:10.1016/j.ssmph.2021.100945

Jose, J. & Jiji, I. 2021. Psychosocial problems experienced by the children during COVID-19.

Educere BCM Journal of Social Work 17(1):51–66.

Holmes, E. A., O’Connor, R. C., Perry, V. H., Tracey, I., Wessely, S., Arseneault, L., Ballard, C.,et al. 2020. Multidisciplinary research priorities for the COVID-19 pandemic: a call for action for mental health science. The Lancet Psychiatry 7(6): 547–560.

(13)

doi:10.1016/S2215-0366(20)30168-1

Khairul Amri & Denise Koh. 2021. Impak Perintah Kawalan Pergerakan Terhadap Tahap Kecergasan Pelajar dari Kawasan Pinggir Bandar Malaysia. Jurnal Dunia Pendidikan

3(3):106–113.

Li, S.H., Beames, J.R., Newby, J.M., Maston, K., Christensen, H., Werner-Seidler, A. (2020).

The impact of COVID-19 on the lives and mental health of Australian adolescents.

MedRxiv,

Li, Y., Xia, X., Meng, F. & Zhang, & C. 2021. The association of physical fitness with mental health in children: A serial multiple mediation model. Current Psychology.

doi:10.1007/s12144-020-01327-6

Ma, J., Chen, Z., Chi, G., Wang, L., Chen, S., Yan, J. & Li, S. 2022. The Combinations of Physical Activity, Screen Time, and Sleep, and Their Associations with Self-Reported Physical Fitness in Children and Adolescents. Public Health 19(10): 2–12.

doi:10.3390/ijerph19105783

Ma, D., Serbin, L. A. & Stack, D. M. 2018. Children’s anxiety symptoms and salivary immunoglobulin A: A mutual regulatory system? Developmental Psychobiology 60(2):

202–215. doi:10.1002/DEV.21590

McArthur, B. A., Racine, N., McDonald, S., Tough, S. & Madigan, S. 2021. Child and family factors associated with child mental health and well-being during COVID-19.

European Child and Adolescent Psychiatry. doi:10.1007/S00787-021-01849-9

Meltzer, L., & Chang, J.O. (2006). Export market influence on the development on the pacific shrimp fishery of Sonora, Mexico. Ocean and Coastal Management, 49(3-4), 222-235.

Mengin, A., Allé, M. C., Rolling, J., Ligier, F., Schroder, C., Lalanne, L., Berna, F., et al. 2020.

Consequences Psychopathologiques du Confinement. Science Direct 46: 43–52.

doi:10.1016/j.encep.2020.04.007

Nsamenang, S. A., Gutierrez, C. A., Manayathu Jones, J., Jenkins, G., Tibelius, S. A.,

DiGravio, A. M., Chamas, B., et al. 2022. Impact of SARS-CoV-2 pandemic on the mental and physical health of children enrolled in a paediatric weight management clinic. Paediatrics & Child Health 27(Supplement_1): S72–S77.

doi:10.1093/pch/pxac014

Newman, E. (2007). Criminal legacies of war economy. Journal of Development, 3(3), 49-62.

Okuyama, J., Seto, S., Fukuda, Y., Funakoshi, S., Amae, S., Onobe, J., Izumi, S., et al. 2021.

Mental health and physical activity among children and adolescents during the COVID- 19 pandemic. Tohoku Journal of Experimental Medicine 253(3): 203-215.

doi:10.1620/tjem.253.203

Ogden, C. L., Carroll, M. D., Lawman, H. G., Fryar, C. D., Kruszon-Moran, D., Kit, B. K. &

Flegal, K. M. 2016. Trends in Obesity Prevalence Among Children and Adolescents in the United States,1988-1994 Through 2013-2014. American Medical Association

315(21):2292-2299. doi:10.1001/jama.2016.6361

Parlapani, E.; Holeva, V.; Voitsidis, P.; Blekas, A.; Gliatas, I.; Porfyri, G.N.; Golemis, A.;

Papadopoulou, K.; Dimitriadou, A.; Chatzigeorgiou, A.F.; et al. (2020) Psychological and Behavioral Responses to the COVID-19 Pandemic in Greece. Front in Psychiatry

11(821): 1-17. doi: 10.3389/fpsyt.2020.00821

Pauline & Tajul. 2020. Kecergasan Fizikal dan Prestasi Akademik Murid Tahun Enam di Wilayah Persekutuan Labuan. Jurnal Dunia Pendidikan.

(Rai), N. T., Singh, A. K., Rai, N. & Shukla, D. K. 2022. Cross-sectional study on prevalence and consequences of screen time on physical and mental health in children in the era of COVID-19. Asian Journal of Medical Sciences 13(1):19-24.

doi:10.3126/AJMS.V13I1.40578

(14)

Rúa-Alonso, M., Rial-Vázquez, J., Nine, I., Lete-Lasa, J. R., Clavel, I., Giráldez-García, M.

A., Rodríguez-Corral, M., et al. 2022. Comparison of Physical Fitness Profiles Obtained before and during COVID-19 Pandemic in Two Independent Large Samples of Children and Adolescents: DAFIS Project. International Journal of Environmental Research and Public Health 2022, Vol. 19, Page 3963 19(7): 3963.

doi:10.3390/IJERPH19073963

Saurabh, K., Ranjan, S., 2020. Compliance and psychological impact of quarantine in children and adolescents due to Covid-19 pandemic. Indian J. Pediatr. 87 (7), 532–536.

https://doi.org/10.1007/s12098-020-03347-3.

Sciberras, E., Patel, P., Stokes, M. A., Coghill, D., Middeldorp, C. M., Bellgrove, M. A., Becker,S. P., et al. 2022. Physical Health, Media Use, and Mental Health in Children and Adolescents With ADHD During the COVID-19 Pandemic in Australia.

Journal of Attention Disorders 26(4). doi:10.1177/1087054720978549

Sellers, R., Warne, N., Pickles, A., Maughan, B., Thapar, A. & Collishaw, S. 2019.

Cross-cohort change in adolescent outcomes for children with mental health problems.

Journal of Child Psychology and Psychiatry 60(7): 813–821.

doi:doi:10.1111/jcpp.13029

Stockwell, S., Trott, M., Tully, M., Shin, J., Barnett, Y., Butler, L., Mcdermott, D., et al. 2021.

Changes in physical activity and sedentary behaviours from before to during the COVID-19 pandemic lockdown: a systematic review. BMJ Open Sp Ex Med 7: 960.

doi:10.1136/bmjsem-2020-000960

Syed Lamsah, Imran, M. & Sareena Hanim. 2018. Kepentingan aktiviti fizikal dalam membina personaliti dan meningkatkan prestasi akademik. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani 7(1): 21–33. doi:10.37134/JSSPJ.VOL7.1.3.2018

Thakur (Rai), N., Singh, A. K., Rai, N. & Shukla, D. K. 2022. Cross-sectional study on prevalence and consequences of screen time on physical and mental health in children in the era of COVID-19. Asian Journal of Medical Sciences 13(1).

Tulchin-Francis, K., Stevens, W., Gu, X., Zhang, T., Roberts, H., Keller, J., Dempsey, D., et al. 2021. The impact of the coronavirus disease 2019 pandemic on physical activity in U.S. children. Journal of Sport and Health Science 10(3).

Vanderloo, L.M., Carsley, S., Aglipay, M., Cost, K.T., Maguire, J., Birken, C.S. (2020).

Applying Harm Reduction Principles to Address Screen Time in Young Children Amidst the COVID-19 Pandemic. J. Dev. Behav. Pediatrics, 41, 335-336

Wang, G., Zhang, Y., Zhao, J., Zhang, J. & Jiang, F. 2020. Mitigate the effects of home confinement on children during the COVID-19 outbreak. The Lancet 395(10228): 945–

947. doi:10.1016/S0140-6736(20)30547-X

Wan Norsaidaina, Mohd Razdani, Mohamad Firdaus & Siti Aida. 2021. Tahap Penglibatan dalam Aktiviti Fizikal serta Aktiviti Sedentari Pelajar Semasa Penularan Covid-19.

Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 15–23.

Wang, G., Zhang, Y., Zhao, J., Zhang, J. & Jiang, F. 2020. Mitigate the effects of home confinement on children during the COVID-19 outbreak. The Lancet 395(10228): 945–

947. doi:10.1016/S0140-6736(20)30547-X

Yelizarova, O., Stankevych, T., Parats, A., Polka, N., Lynchak, O., Diuba, N. & Hozak, S.

2022. The effect of two COVID-19 lockdowns on physical activity of school-age children. Sports Medicine and Health Science. doi:10.1016/j.smhs.2022.01.002

Yomoda, K. & Kurita, S. 2021, July 1. Influence of social distancing during the COVID-19 pandemic on physical activity in children: A scoping review of the literature. Journal of Exercise Science and Fitness. Elsevier (Singapore) Pte Ltd.

doi:10.1016/j.jesf.2021.04.002

Referensi

Dokumen terkait