Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Smart SBB: 17,000 hektar penanaman padi dikenal pasti
BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Telupid: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengenal pasti
17,000 hektar tanah untuk pembangunan penanaman padi menerusi Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB), kata menterinya Datuk Seri Dr Ronald
Kiandee.
Beliau berkata, program itu membabitkan empat negeri di Semenanjung iaitu Pahang, Selangor, Perak dan Kedah, manakala pelaksanaan di Kota Belud, Sabah pula sedang dalam perbincangan.
"Program Smart SBB merupakan satu konsep penglibatan pihak swasta bersama pengusaha ataupun pemilik tanah sawah di negara kita untuk kolaborasi strategik yang diharapkan akan dapat meningkatkan tahap sara diri (SSL) negara dalam pengeluaran beras.
"Ketika ini, SSL beras negara adalah 70 peratus dan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 menyasarkan SSL meningkat kepada 75 peratus, manakala 80 peratus
disasarkan untuk tempoh 10 tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas Program Sentuhan Kasih Tani di Kampung Bauto di sini, hari ini.
Ronald berkata, untuk meningkatkan SSL beras negara, suatu pendekatan pertanian moden perlu diolah dengan pengurusan secara efisien untuk meningkatkan hasil pengeluaran beras.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
RONALD Kiandee (dua, kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM12,500 sebagai sumbangan MAFI Prihatin kepada Kamilius Dian (kanan) yang mewakili penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19 pada program Sentuhan Kasih Tani di Kampung Bauto. FOTO Bernama
Program Smart SBB antara Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021- 2025 dengan menggalakkan kerjasama pengusaha sawah padi dan sektor swasta bagi meningkatkan pendapatan pesawah, seterusnya meningkatkan SSL beras negara.
Terdahulu, Ronald berkata, kerajaan memperuntukkan RM63.32 juta setakat ini kepada MAFI bagi menjayakan Program Kebun Komuniti (Kebuniti) di seluruh negara.
Beliau berkata program itu telah memberi manfaat dari aspek ekonomi dan sosial, selain menjana peluang pekerjaan serta menyokong keperluan makanan penduduk bandar dan luar bandar.
Menurutnya, sejak 2014 hingga 2020, sebanyak RM28.82 juta telah diperuntukkan untuk Program Kebuniti termasuk RM10 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah memberi manfaat kepada 165,207 orang di seluruh negara.
"Susulan sambutan menggalakkan daripada masyarakat telah mendorong kerajaan untuk memberi peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta pada tahun ini selain peruntukan tahunan sebanyak RM4.5 juta yang telah memberi manfaat kepada 39,608 orang melibatkan 25,775 lokasi seluruh negara," katanya.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Disiarkan pada: Oktober 16, 2021 @ 5:45pm