Merakyatkan sains
Sekolah pedalaman - SMK Usukan
terpilih menjadi sekolah angkat STEM PPST
01
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)Nota Editor
Megawati M.Y (Penulis)
Ramziahrazanah J (Penyunting)
26 Julai – Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) telah mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi menangani isu ketirisan pelajar aliran sains.
Pihak PPST telah menubuhkan unit Jawatankuasa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memperkemaskan lagi gerak kerja mempromosikan STEM di peringkat negeri sabah. Buat julung kalinya, satu lawatan ke Sekolah Menengah Usukan, Kota Belud bagi program Mentor Mentee telah diadakan. Program ini bertujuan untuk membimbing kumpulan sasaran iaitu pelajar sekolah menengah rendah untuk mengenali STEM dengan cara lebih mesra alam dan praktikal melalui pengenalan kepada 4 subjek utama iaitu Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik. Pengarah STEM PPST, Dr. Azrul Abdul Rajak, berserta ahli jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat kali pertama bersama pihak sekolah untuk mendapat kesepakatan Sekolah Usukan yang merupakan sekolah pedalaman untuk menjalankan aktiviti Mentor Mentee tersebut.
02
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)Nota Editor
Megawati M.Y (Penulis)
Ramziahrazanah J (Penyunting)
Pengarah STEM PPST, Dr. Azrul Abdul Rajak, berserta ahli jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat kali pertama bersama pihak Sekolah Usukan yang juga merupakan salah sebuah sekolah pedalaman di Sabah bagi mendapatkan persetujuan pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti Mentor Mentee di sekolah tersebut. Antara perkara yang dibincangkan adalah kesediaan sekolah menjalankan aktiviti pada tarikh-tarikh yang ditetapkan, tempat aktiviti dan juga penyediaan demografi data daripada kumpulan sasaran. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 bagi memupuk minat mereka lebih awal terhadap bidang Sains.Pantauan daripada STEM PPST terhadap kumpulan sasaran
03
Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST)Nota Editor
Megawati M.Y (Penulis)
Ramziahrazanah J (Penyunting)
Inisiatif bersama
Melakar masa hadapan generasi
Ahli Jawatankuasa STEM PPST merakamkan gambar kenangan bersama guru daripada SMK Usukan.
Dengan pertemuan pertama kali ini, pihak STEM PPST bakal menjalankan 4 projek sains untuk memupuk minat pelajar terhadap sains dan teknologi diperingkat sekolah menengah rendah