• Tidak ada hasil yang ditemukan

surat pekeliling perbendaharaan bil. 12 tahun 1989

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "surat pekeliling perbendaharaan bil. 12 tahun 1989"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 12 TAHUN 1989 Kepada:

Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan Persekutuan,

Semua Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Semua Ketua Badan Berkanun.

PENGECUALIAN BAYARAN GANTIRUGI `LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES'

SEHINGGA TIGA (3) BULAN KEPADA KONTRAKTOR-KONTRAKTOR BUMIPUTERA YANG

MELAKSANAKAN KONTRAK KERJA DENGAN KEMENTERIAN/JABATAN DAN BADAN

BERKANUN SERTA PENUBUHAN AKAUN AMANAH BAGI WANG GANTIRUGI

`LIQUIDATED

AND ASCERTAINED DAMAGES'

1. PENDAHULUAN

1.1 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1987 telah memberi

pengecualian bayaran gantirugi `Liquidated and Ascertained Damages' sehingga tiga (3) bulan bagi kontrak-kontrak kerja yang dikendalikan oleh kontraktor-kontraktor Bumiputera melalui semua Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun.

(2)

1.2 Kementerian Kewangan telah membuat kajian mengenai pengendalian wang gantirugi `Liquidated and Ascertained Damages' dan mengambil keputusan supaya Akaun Amanah ditubuhkan oleh Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun untuk menyelesaikan masalah pengakaunan dan pembayaran semula wang tersebut yang telah dikecualikan kepada kontraktor-kontraktor selaras dengan peruntukan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1987.

2. PERGECUALIAN BAYARAN GANTIRUGI `LIQUIDATED AND ASCRTAINED DAMAGES'

2.1 Kementerian Kewangan telah memutuskan bahawa pengecualian bayaran

gantirugi `Liquidated and Ascertained Damages' diberikan bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan selepas tempoh kontrak kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang melaksanakan kontrak kerja dengan semua Kementerian/Jabatan dan Badan

Berkanun.

2.2 Pengecualian bayaran gantirugi `Liquidated and Ascertained Damages' ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

2.2.1 Pengecualian bayaran gantirugi `Liquidated and Ascertained Damages' diberikan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera mengikut merit masing-masing dan tidak secara otomatik.

2.2.2 Jumlah pengecualian bayaran gantirugi ini diberikan mengikut pertimbangan dan budibicara Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun masing-masing tetapi tidak melebihi tempoh tiga (3) bulan selepas tempoh kontrak.

2.2.3 Jumlah pengecualian bayaran gantirugi ini dikira semasa penyediaan penyata kira-kira akhir (Statement of final account).

(3)

2.2.4 Pada masa pengiraan dibuat kontraktor-kontraktor hendaklah masih bertaraf Bumiputera; Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah menyemak dengan Pusat Khidmat Kontraktor untuk menentukan taraf tersebut masih sah.

2.2.5 Pengecualian bayaran gantirugi ini tidak meliputi perkara-perkara dibenarkan di dalam Syarat-syarat Am Kontrak.

2.3 Walau bagaimanapun, pengecualian bayaran gantirugi `Liquidated and Ascertained Damages ini tidak termasuk kontrak-kontrak pembinaan rumah kediaman/kedai untuk dijual kepada orang ramai.

3. PENUBUHAN AKAUN AMANAH BAGI WANG GANTIGURI `LIQUIDATED AND ASCERTAINED DAMAGES'

3.1 Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun adalah dinasihatkan supaya menubuhkan satu Akaun Amanah untuk memperakaunkan wang gantirugi yang berkaitan dengan `Liquidated and Ascertained Damages'.

3.2 Bagi menubuhkan Akaun Amanah ini, Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun adalah dikehendaki mengisi Borang Deraf Arahan Akaun Amanah tersebut dalam Malaysia dan Bahasa Inggeris (Lampiran A dan B) dan mengemukakan ke Bahagian Pentadbiran, Kementerian Kewangan untuk kelulusan.

4. PEMBATALAN SURAT PEKELILING PENBENDAHARAAN BIL. 2 TAHUN 1987 4.1 Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini, Surat Pekeliling Perbendaharaan 2 Tahun 1987 adalah dibatalkan.

5. KUATKUASA

(4)

5.1 Pengecualian bayaran gantirugi `Liquidated and Ascertained Damages' Kontraktor-kontraktor Bumputera yang melaksanakan kontrak kerja adalah berkuatkuasa dari 1 Januari 1987.

5.2 Penubuhan Akaun Amanah untuk memperakaunkan wang gantirugi yang berkaitan dengan `Liquidated and Ascertained Damages' berkuatkuasa dari tarikh Surat Pekeliling Perbendaharaan ini dikeluarkan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"CINTAILAH BAHASA KITA"

Saya yang menurut perintah, (YAHYA BIN YAACOB)

Bahagian Pengurusan Kontrak dan Bekalan, b.p Ketua Setiausaha,

Kementerian Kewangan Malaysia.

s.k.

Yang Berhormat Pegawai-Pegawai Kewangan Negeri.

(5)

LAMPIRAN `A' DERAF

AKTA ACARA KEWANGAN 1957 ARAHAN DI BAWAH SEKSYEN 9(3) ...

...

(Nama Akaun Amanah)

Bahawa dengan ini adalah ditubuhkan suatu Akaun Amanah di dalam Akaun Amanah Yang Disatukan yang dikenali

sebagai"..." kemudian daripada ini disebutkan sebagai `Akaun'.

2. Akaun ini adalah ditubuhkan dengan tujuan untuk ...

...

3. Akaun ini akan dikawal

oleh...

atau oleh seorang pegawai yang dilantik dengan sempurna olehnya secara bertulis.

Semua terimaan dan bayaran bagi maksud Akaun ini hendaklah diperakaunkan oleh Akauntan Negara Malaysia.

4. Akaun ini hendaklah dikendalikan mengikut peruntukan Arahan-arahan

Perbendaharaan dan lain-lain peraturan kewangan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa di bawa Akta Acara Kewangan 1957.

5. Akaun subsidiari hendaklah dibuka bagi setiap bayaran, `Liquidated Ascertained

(6)

Damages dan ditutup secepat mungkin dengan mengkreditkan baki kereditnya ke Hasil Persekutuan.

6. Akaun ini hendaklah dikreditkan dengan:- (a) ...

(b) ...

(c) ...

7. Wang dalam Akaun ini hendaklah dibelanjakan hanya bagi tujuan-tujuan yang berikut:-

(a) ...

(b) ...

(c) ... ...

(d) ... ...

8. Semua bayaran dari Akaun ini hendaklah dibuat denqan vaucer yang telah disahkan oleh...

atau oleh seorang pegawai yang telah dilantik dengan sempurna olehnya secara secara bertulis bagi maksud ini.

9. Akaun ini hendaklah sentiasa berbaki kredit dan tidak boleh terlebih dikeluarkan.

LAMPIRAN `A' DERAF

AKTA ACARA KEWANGAN 1957 ARAHAN DI BAWAH SEKSYEN 9(3) ...

(7)

...

(Nama Akaun Amanah)

Bahawa dengan ini adalah ditubuhkan suatu Akaun Amanah di dalam Akaun Amanah Yang Disatukan yang dikenali sebagai "...

..." kemudian daripada ini disebutkan sebagai

`Akaun'.

2. Akaun ini adalah ditubuhkan dengan tujuan untuk ...

...

3. Akaun ini akan dikawa oleh

... atau oleh seorang pegawai yang dilantik dengan sempurna olehnya secara bertulis. Semua terimaan dan

bayaran bagi maksud Akaun ini hendaklah diperakaunkan oleh Akauntan Negara Malaysia.

4. Akaun ini hendaklah dikendalikan mengikut peruntukan Arahan-arahan

Perbendaharaan dan lain-lain peraturan kewangan yang dikeluarkan dari semasa di bawah Akta Acara Kewangan 1957.

5. Akaun subsidiari hendaklah dibuka bagi setiap bayaran, `Liquidated Ascertained Damages' dan ditutup secepat mungkin dengan mengkreditkan baki kereditnya ke Hasil Persekutuan.

6. Akaun ini hendaklah dikreditkan dengan:- (a) ...

(b) ...

(8)

(c) ...

7. Wang dalam Akaun ini hendaklah dibelanjakan hanya bagi tujuan-tujuan yang berikut:-

(a) ...

(b) ...

(c) ...

(d) ...

8. Semua bayaran dari Akaun ini hendaklah dibuat dengan vaucer yang telah disahkan oleh ...

atau oleh seorang pegawai yang telah dilantik dengan sempurna olehnya secara bertulis bagi maksud ini.

9. Akaun ini hendaklah sentiasa berbaki kredit dan tidak boleh terlebih dikeluarkan.

10. (a) Secepat mungkin selepas 31 Disember tiap-tiap tahun, tetapi walau

bagaimanapun tidak lewat daripada 31 Mei, dalam tahun berikutan dengan tahun kewangan yang berkenaan...

... hendaklah menyerahkan kepada Ketua Audit Negara penyata-penyata akaun yang menunjukkan baki pembukaan, perjenisan lengkap terimaan-terimaan dan bayaran-bayaran bagi tahun lepas dan baki penutup Akaun ini.

(b) Satu salinan akaun yang telah diperiksa oleh Ketua Audit Negara hendaklah dikemukakan oleh... kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Akauntan Negara Malaysia.

11. Akaun ini hendaklah ditutup apabila tidak diperlukan lagi dan apa baki kredit

(9)

hendaklah dikreditkan ke Hasil Perseketuan.

12. Arahan ini hendaklah disifatkan telah berkuatkuasa mulai...

LAMPIRAN `B' DRAFT

FINANCIAL PROSEDURE ACT 1957 DIRECTION UNDER SECTION 9(3) ...

...

(Name Of Trust Account)

There is hereby established a Trust Account in the Consolidated Trust Account to be known as"... hereinafter referred to as "the Account".

2. The account is established for the purpose of ...

...

3. The account shall be controlled by the

... or by an officer duly appointed by him in writing. Receipts and payments for the purpose of the Account shall be accomted for by the Accountant General, Malaysia.

4. The Account shall be operated in accordance with the provisions of the Treasury Instructions and any other financial regulation issued from time to time under the Financial Procedure Act, 1957.

(10)

5. A subsidiary account shall be opened for each payment of Liquidated Ascertained Damages and shall be closed as soon as possible by crediting its credit balance to the Federal Revenue.

6. The account shall be credited with:- (a) ...

(b) ...

(c) ...

(d) ...

7. Moneys standing to the credit of the Account shall be expended for the following purposes:-

(a) ...

(b) ...

(c) ...

(d) ...

8. All payments made from the Account shall be on vouchers duly certified by the ... or by and officer duly appointed by him in writing for the Purpose.

9. The account shall always be in credit and shall not be overdrawn.

10. (a) The ... shall as soon as possible after 31st December of each year,

but in any case not later than 31st May of the year following the financial year, submit to the Auditor-General statements of accounts showing the opening balance, detailed

(11)

classification of receipts and payments for the previous year and the closing balance of the Account.

(b) A copy of the account duly examined by the Auditor-General shall be forwarded by the ... to the Secretary-General to the Treasury and the

Accountant-General Malaysia.

11. The Account shall be closed when it is no longer required and its credit balance, if any, shall be credited to the Federal Revenue.

12. This Direction shall be deemed to have effect as from ...

Referensi

Dokumen terkait

Apa-apa konsesi atau tolak ansur yang diberi oleh Kerajaan kepada Kontraktor atau apa-apa persetujuan antara Kerajaan dan Kontraktor atau apa-apa pengekangan/penahanan yang

Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah

[r]

[r]

Pegawai Pengawal/Ketua Agensi adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap perolehan perisian komputer, langganan pangkalan data, jurnal dan maklumat secara atas talian

• pemakluman susulan rasmi melalui Laporan Awal hendaklah dalam tempoh 7 hari dari tarikh berlakunya darurat kepada Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan. Laporan

Kontraktor Bumiputera tempatan Kelas II dan I yang telah memperolehi kerja elektrik di dalam projek Program PIA dan PIAS tidak dibenarkan melaksanakan kerja elektrik

Dengan berlakunya peningkatan kes positif COVID-19 dan selaras dengan kenyataan media daripada KPT bertarikh 2 Oktober 2020, pihak pengurusan Universiti telah memutuskan bahawa