• Tidak ada hasil yang ditemukan

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2006

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2006"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

KERAJAAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2006

TANGGUNGJAWAB MEMPENGERUSIKAN LEMBAGA PENILAIAN KOMPETENSI DI PERINGKAT KEMENTERIAN/ NEGERI/ AGENSI

TUJUAN

1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab Ketua Setiausaha/ Setiausaha Kerajaan Negeri/ Ketua Agensi bagi mempengerusikan Lembaga Penilaian Kompetensi (LPK) di peringkat Kementerian/ Negeri/ Agensi.

LATAR BELAKANG

2. Perenggan 47, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2005 menetapkan bahawa Pengerusi LPK di peringkat Kementerian/ Negeri/ Agensi adalah seperti berikut:

(2)

“(a) Pengerusi : Ketua Setiausaha/ Timbalan Ketua Setiausaha/

Setiausaha Bahagian yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sumber manusia,

SUK/TSUK, Ketua Agensi/ Timbalan Ketua Agensi”.

3. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan PTK di peringkat Kementerian/

Negeri/ Agensi selaras dengan pentingnya PTK dalam pengurusan sumber manusia, penglibatan Ketua Jabatan sangat diperlukan bagi menerajui Lembaga Penilaian Kompetensi (LPK). Ini adalah selaras dengan kedudukan LPK sebagai badan tertinggi dalam menentukan dasar dan pelaksanaan PTK di peringkat Kementerian/ Negeri/ Agensi.

4. Peranan Ketua Setiausaha/ Setiausaha Kerajaan Negeri/ Ketua Agensi adalah penting dalam mempengerusikan LPK berasaskan perkara-perkara berikut:

4.1 PTK telah dijadikan sebagai syarat penting dalam pembangunan kerjaya pegawai;

4.2 Peranan Ketua Setiausaha, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Agensi sebagai peneraju pembangunan sumber manusia berasaskan kompetensi di agensi masing-masing akan menjadi lebih berkesan sekiranya mereka menjadi Pengerusi Lembaga Penilaian Kompetensi;

(3)

berterusan yang dapat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan; dan

4.4 Peranan Ketua Setiausaha, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Agensi sebagai Pengerusi Lembaga Penilaian Kompetensi akan meningkatkan komitmen terhadap pelaksanaan PTK di setiap Kementerian/ Negeri/ Agensi.

5. Adalah dengan ini Pengerusi LPK sebagaimana di peruntukkan di perenggan 47 (a) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2005 dipinda seperti berikut:

“(a) Pengerusi : Ketua Setiausaha, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Agensi”.

6. Oleh yang demikian, pindaan tersebut hendaklah dilaksanakan dan semua Kementerian, Kerajaan Negeri dan Agensi memastikan pengerusi LKP adalah sebagaimana yang ditetapkan, iaitu:

PERINGKAT PENGERUSI

Kementerian Ketua Setiausaha (KSU)

Negeri Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

Agensi Ketua Agensi

(4)

TARIKH KUATKUASA

7. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

PEMAKAIAN

8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PEMBATALAN

9. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Perenggan 47 (a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2005 adalah dibatalkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

( DATO’ SRI ISMAIL ADAM )

(5)

Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Pihak Berkuasa Tempatan

Referensi

Dokumen terkait

Agensi Kerajaan yang ingin membangunkan atau memperolehi aplikasi baru hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada Repositori Aplikasi Perkongsian Pintar (RAPP) yang

Pegawai Pengawal/Ketua Agensi adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap perolehan perisian komputer, langganan pangkalan data, jurnal dan maklumat secara atas talian

Kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan tatatertib yang diambil adalah berasaskan alasan yang sama dengan atau merupakan alasan yang lain daripada pertuduhan jenayah

Ahli-ahli Pihak Pekerja pula hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi ahli kesatuan-kesatuan sekerja dan persatuan-persatuan kakitangan yang

ada seperti Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD), Latihan Berasaskan Kompetensi atau Competency Based Training (CBT) dan

Catatan Pergerakan Gaji Tahunan BUTIR-BUTIR PERUBAHAN Kebenaran Butir-butir perubahan atau lain-lain hal mengenai pegawai Nama jawatan, peringkat dan/atau kelas Tarikh mulai

(c) Pegawai Farmasi Gred U41 yang sedang berkhidmat pada 1 Julai 2005 dan berada di matagaji P1T4 dan ke atas tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan yang baru

(c) sijil hadir dengan jaya PTM yang dikeluarkan oleh kementerian/negeri/agensi di mana pegawai menghadiri program tersebut hendaklah diterima pakai bagi tujuan pengesahan