• Tidak ada hasil yang ditemukan

4.6 Surau al-Muttaqin SMA Mahmudiah Kuala Berang, Terengganu 4.6.1 Inovasi SIBER TV al-Huda

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "4.6 Surau al-Muttaqin SMA Mahmudiah Kuala Berang, Terengganu 4.6.1 Inovasi SIBER TV al-Huda"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

166

Rajah 24: Logo & Lay out radio al-Falah FM Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

Rajah 25: Pelajar sedang melaksanakan pengkongsian ilmu di bilik konti Sumber: Kajian lapangan 20 April 2017

4.6 Surau al-Muttaqin SMA Mahmudiah Kuala Berang, Terengganu 4.6.1 Inovasi SIBER TV al-Huda

Rajah 26: Inovasi SIBER TV al -Huda Sumber: Kajian lapangan 25 April 2017

(2)

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

167

SMA Mahmudiah mencipta Inovasi Siber TV al-Huda yang merupakan sebuah platform untuk mendidik dan mengasah bakat pelajar menjadi lebih berani berada di khalayak ramai. Iamenyerupai dunia penyiaran stesen televisyen Islamik seperti TV alhijrah dan Astro Oasis. Hasil idea inovasi ini adalah melalui perbincangan guru- guru. Peruntukan dana diperolehi daripada sumbangan PIBG, tabungan pelajar dan sumbangan pihak luar.

Perbelanjaan melaksanakan inovasi ini adalah melebihi RM1000.00. Ini melibatkan pembelian peralatan seperti kamera, speaker, mikrofon dan lain-lain yang dapat melancarkan pelaksanaan program. Ia boleh diakses pengguna di laman sesawang sekolah dan You Tube. Studio yang digunakan untuk melaksanakan penyiaran ini adalah di bilik tayangan sekolah. Tv al-Huda adalah salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri pelajar dalam melontar idea secara spontan berkaitan pengetahuan hal-hal agama. Ia dapat melatih pelajar berani berhujah dan berkeyakinan diri dalam masyarakat. Di antara program yang dilaksanakan adalah program talk show berkonsepkan Islam seperti Imam Muda dan Da`ie. Di antara tajuk yang dikupaskan seperti berbuat baik kepada ibu bapa, masalah sosial di kalangan remaja, perbahasan berkaitan ayat-ayat al-Qur’an dan sebagainya.

Rajah 27: Contoh akses pengguna di You Tube Sumber: https://www.youtube.com/user/psssmamahmudiah

Rajah 28: Contoh Talk Show Da’ei

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=FputLzt_qx4&t=68s

4.6.2 Inovasi QR Barcode Scanner

Seiring dengan pembangunan teknologi, pelbagai medium diketengahkan untuk memberi maklumat tentang sesuatu pengetahuan. Antaranya ialah penggunaan aplikasi teknologi kod dua yang disebut kod QR sebagai medium perantaraan untuk pencapaian sesuatu maklumat. Kod QR merupakan singkatan dari “Quick Response

(3)

168

Code”. Aplikasi teknologi kod dua dimensi sedang berkembang akhir-akhir ini terutamanya dengan menggunakan kamera di telefon bimbit (Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin et al. 2014). Kelebihan yang ada pada Kod QR kini dimanfaatkan dalam bidang pendidikan untuk mengekod pengisian, artikel, gambar, alamat laman sesawang, profile facebook, video YouTube, alamat email, teks SMS, nombor telefon dan apa sahaja walaupun sekadar huruf dan nombor. Kebelakangan ini di Malaysia, penggunaan Kod QR mula berkembang untuk tujuan pemasaran, contohnya logo Kod QR ini terdapat di papan iklan dan penanda arah. Ini semua disebabkan peningkatan dalam teknologi mudah alih khusus kepada telefon pintar yang mempunyai fungsi untuk menyokong teknologi berkenaan (Mohamad Hafiz & Saedah 2016). Surau al-Mutaqqin mengapliklasikan penggunaan kod QR sebagai satu kaedah dalam menyebarkan dan berkongsi pengetahuan berkaitan dengan surau dan ilmu-ilmu agama. Kod-kod ini diletakkan di dinding sekolah dan surau bagi memudahkan pengguna untuk mengimbas kod berkenaan. Penggunaan ini adalah sebagai suatu pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan penggunaan kod QR.

SURAU AL-MUTTAQIN AKTIVITI SURAU AL-MUTTAQIN Rajah 29: Contoh QR Barkode Scanner

Rajah 30: QR Barkode Scanner di dinding sekolah dan surau Sumber: Kajian lapangan 25April 2017

Rajah 31: Sumber air hujan sebagai air wudu’

Sumber: Kajian lapangan 25 April 2017

(4)

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

169

4.7 Surau al-Ikhlas Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar Dungun, Terengganu

Rajah 32: Pandangan bahagian depan durau al-Ikhlas Sumber: Kajian lapangan 26 April 2017

4.7.1 Inovasi takungan air wudu’

Lebihan air wudu’ disalurkan ke saluran paip ke takungan kolam konkrik. Dalam takungan tersebut, diletakkan pokok bunga teratai dan peliharaan ikan puyu bagi mengelakkan pembiakan jentik-jentik. Air takungan digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling surau. Surau al-Ikhlas telah melakukan satu kajian dengan membahagikan kepada dua jenis air untuk disiram ke pokok-pokok. Kawasan berdekatan dengan tempat takungan air lebihan wudu’ disiram menggunakan air tersebut manakala kawasan bersebelahan disiram air paip biasa. Kuantiti air yang disiram adalah kuantiti yang sama banyak bagi kedua-dua kawasan. Berdasarkan tinjauan, didapati pokok-pokok bunga yang disiram air lebihan wudu’ dilihat lebih subur dan bunga-bunga tumbuh dengan banyak dan cantik. Manakala pokok-pokok yang disiram air paip biasa dilihat kurang subur dan bunga-bunganya sedikit.

Rajah 33: Takungan lebihan air wudu’

Sumber: Kajian lapangan 25April 2017

(5)

170

Rajah 34: Takungan lebihan air wudu’

Sumber: Kajian lapangan 25April 2017

4.8 Surau Az-Zahra`, Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, Alor Star 4.8.1 Inovasi kad pengesanan rekod kitaran haid untuk pelajar perempuan

SMK Alor Janggus telah mencipta satu inovasi Green Card yang menyimpan rekod pergerakan kitaran haid.

Objektif utama adalah untuk memantapkan disiplin sekolah melalui ibadah solat dan membantu pelajar perempuan yang menghadapi masalah kewanitaan disebabkan pusingan haid yang tidak teratur. Menurut Responden 5, jumlah pelajar perempuan yang ramai menyukarkan guru bertugas mengesan pelajar yang uzur syar`ie. Untuk mengatasi masalah tersebut pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Jawatankuasa disiplin bergabung tenaga mewujudkan Green Card. Projek ini dapat mengatasi masalah pelajar yang cuba mengelak daripada menunaikan solat dengan alasan uzur Syar`ie. Kaedah penggunaan Green Card mampu mencapai kempen “Ponteng Solat Sifar” di kalangan pelajar perempuan. Pelajar yang uzur syar`ie dikumpul di Anjung Seri Gemilang dan guru memeriksa Green Card pelajar dan waktu solat diganti dengan ceramah agama yang berfaedah kepada pelajar.

Rajah 35: Kad pengesanan uzur syari’e (haid)

(6)

Abdul Munir Ismail / TAWIS (2017)

171 5. Kesimpulan

Penggunaan ruang yang efektif di surau sekolah boleh membawa persekitaran yang kondusif dan menyeronokkan. Ruang dalaman surau sekolah boleh dibahagikan kepada ruang sembahyang, ruang serba guna, ruang wanita, ruang pusat sumber, ruang wudu’ lelaki dan wanita. Penggunaan ruang di surau sekolah biasanya bergantung kepada saiz bangunan surau sekolah dan kemudahan yang ada. Pengagihan ruang di surau sekolah perlu dirancang dengan teliti dan harus bersesuaian setelah mengambil kira peralatan dan perabot yang akan dimuatkan dalam surau tesebut (Basil Castaldi 1994). Bagi mewujukan keselesaan dalam pengajaran dan pembelajaran, faktor fizikal seperti kebersihan, keindahan, kemudahan dan keselamatan harus dititik beratkan bagi menimbulkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang sihat di kalangan guru dan pelajar. Oleh yang demikian, perancangan yang mengambil kira lokasi sekolah, kemudahan bagi aktiviti riadah dan landskap yang sesuai menyumbang kepada kecergasan, psikologi dan kesihatan disamping dapat mewujudkan sumber pembelajaran kepada warga sekolah. Landskap yang baik juga bukan sahaja menyumbang kepada ecosystem oksigen, malah dapat menapis bunyi kenderaaan, penapis habuk kekotoran. Kesannya memberikan persekitaran yang nyaman untuk suasana pembelajaran.

Penghargaan

Penghargaan dan terima kasih kepada RIMC UPSI kerana membiayai geran penyelidikan ini.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri, Shahrin Awaluddin & Tajul Ariffin Nordin 2003. Fungsi surau dan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam: Satu kajian di sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor. Kajian penyelidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Islam, Surat daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, KPM bertarikh 31 Mac 2014, Rujukan KP(BPI)5206/3/9.8(48) bertajuk Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Sekolah Sempena Bulan Dakwah Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.

Bani Hidayat Mohd Shafie & Nor Hayati Fatmi Talib. 2014. Persepsi murid terhadap penggunaan surau sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education 2(1).

Bani Hidayat Mohd Shafie. 2010. Peranan Surau Sekolah Dalam Mengukuhkan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bidang Ibadah dan Akhlak Islamiah Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah Menengah.

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara kali ke 4, hlm. 378-387.

Bani Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib, Mohd. Huzairi Awang @ Husain, Hajarul Bahti Zakaria, Nabiroh Kassim & Ab. Halim Tamuri. 2010. Strategi teknik demonstrasi dan pemerhatian terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ibadat Pendidikan Islam KBSM di surau sekolah. Prosiding International Conference on Learner Diversity, hlm. 50-57.

Bani Hidayat Mohd Shafie & Norhayati Fatmi Talib, Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi Husain, Nabiroh Kassim & Ab. Halim Tamuri. 2010. Penerapan elemen-elemen ergonomik di persekitaran surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education.

Kamus Dewan Bahasa. 2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Panduan Pengurusan dan Pengimarahan Surau Sekolah, Putrajaya, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Redzauddin Ismail. 2008. Hubungan Rekabentuk Landskap Sekolah Dengan Pencapaian Prestasi Akademik Pelajar Sekolah Menengah Di Besut, Terengganu. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia.

(7)

172

Mohammad Hafiz Zaini & Saedah Siraj. 2016. Kebolehlaksanaan penggunaan kod quick response terhadap pembelajaran herba kesihatan dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik 4(2).

Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin et al. 2014. Aplikasi Iphone: Antara teknologi maklumat dan komunikasi, media sosial dan sebaran dakwah. Jurnal Sains Humanika.

Responden 1, Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdul Rahman merupakan pengurus dan penyelaras surau SMK Sri Kukup, Pontian, Johor. Temubual pada 22 Februari 2017 (Rabu) 9.00 pagi bertempat di Surau al-Falah Sri Kukup.

Responden 2, Tuan Hj Misbahuddin bin Salleh merupakan setiausaha surau al-Muttaqin, Besut, Terengganu.

Temubual pada 4 April 2017 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di surau al-Muttaqin SMA Mahmudiah.

Responden 3, Ustaz Wan Mohd Najmi bin Wan Abdul Rahman merupakan guru pendidikan Islam. Temubual pada 19 April 2017 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di surau al-Hasanah, SMK Seri Kurau, Bagan Serai, Perak.

Responden 4, Ustazah Latifah Mohamad merupakan guru Pendidikan Islam SMK Sultan Yusuff. Temubual pada 15 Mac 2017 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di Surau An-Nur SMK Sultan Yusuff, Perak.

Responden 5, Ustazah Roshidah Awang merupakan guru Pendidikan Islam dan AJK Surau, temubual bertarikh 20 Mac 2017 (Rabu) jam 10.30 pagi bertempat di Surau Az-Zahra SMK Alor Janggus, Alor Star.

Sufean Hussin. 2001. Inovasi pendidikan di kalangan pengetua: Status pelaksanaan dan model teoretikal. Kertas kerja Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan dalam Wawasan Progresif. Universiti Malaya. Kuala Lumpur, 20 November.

Suhanim Abdullah & Rosnaini Hamid. 2006. Pendidikan aqidah Luqman Al-Hakim: Satu analisis dalam konteks pembangunan modal insan. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan 2006, hlm. 358.

Surat Rasmi / Pekeliling daripada Bahagian Pendidikan Islam, KP.5206 /12/5/ (17), bertarikh 2 Mac 1989.

Zaltman, G. & Duncan, R. & Holbek J. 1973. Innovations and Organizations. New York: Wiley.

(8)

♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

173

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi Ibadah Dan Tahap Pengamalannya Pelajar Politeknik Zon Tengah

Mohamed Hamdan Abdullaha, Fariza Md. Shamb,c, A’dawiyah Ismailb,c

aKolej Komuniti RTC Gopeng, Gopeng, Perak, MALAYSIA

bInstitut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

cJabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

Abstrak

Islam dengan jelas menyebutkan bahawa ibadah itu menuntut seluruh kehidupan manusia untuk mengabdikan diri dan mentaati Allah SWT, tetapi ramai juga yang mengabaikan ibadah yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Oleh itu, kajian berkaitan ibadah telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon Tengah. Kajian berbentuk kajian rentas dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian ini tertumpu kepada pelajar Islam di politeknik Zon Tengah yang terdiri daripada 6 buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh 107 orang, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang 91 orang, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam 71 orang, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam 91 orang, Politeknik Banting, Selangor 20 orang dan Politeknik Metro Kuala Lumpur 20 orang, menjadikan jumlah respondennya ialah 400 orang daripada pelajar Islam semester akhir diploma bagi setiap politeknik tersebut. Data yang diperoleh daripada soal selidik dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 22.0 (SPSS v22.0) bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan skor min. Hasil kajian mendapati tahap pengamalan ibadah Islam yang paling tinggi ialah ‘responden membaca doa sebelum makan’ dengan skor min 4.68 diikuti tahap yang paling rendah iaitu ‘responden sering melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis’ dan ‘responden sering menunaikan solat sunat tahajjud’ dengan skor minnya 3.23 dan 2.97.

Purata skor min secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu dengan skor min 4.03. Ini menunjukkan bahawa tahap pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon Tengah adalah baik dan pengamalan ibadah pelajar ini biasanya melalui proses pembelajaran Pendidikan Islam dan program dakwah yang dilaksanakan di politeknik telah menunjukkan keberhasilannya. Kajian ini mendapati, dari aspek ibadah khusus seperti solat, puasa dan doa pelajar sering melaksanakannya. Ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kesedaran untuk menunaikan amalan ibadah yang telah ditetapkan oleh syariat.

Kata Kunci: Pengamalan Islam; ibadah; iman; tingkah laku; politeknik.

© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.

Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]

(9)

174 1. Pengenalan

Ibadah dalam Islam mempunyai ruang lingkup yang sangat luas, meliputi semua tindakan dan aktiviti manusia yang bermatlamat ke arah mencapai kebajikan di dunia dan di akhirat (Yusuf al-Qardhawi 1995).

Memandangkan tuntutan beribadah ini adalah berterusan hingga ke akhir hayat seseorang manusia, maka perintah ini hendaklah dilaksanakan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan cinta kepada Allah, kerana hanya Allah sahaja yang patut dikasihi dan dicintai. Ibadah dalam Islam juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia dan tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu.

Menurut Ibn Manzur (1994) ibadah dari segi bahasa ialah al-tha’ah iaitu taat dan kerja yang disukai Allah SWT (al-Marbawi 1990). Ia turut diertikan sebagai pengabdian diri kepada Allah SWT (Jawatankuasa Istilah Fiqh 1995). Di samping itu, ibadah juga boleh difahami sebagai suatu perbuatan yang dilakukan sebagai usaha menghubungkan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagai tuhan yang disembah (Ensiklopedia Hukum Islam t.th.). Al-Raghib al-Asfahani (1961) pula menyatakan ibadah yang merupakan kata terbitan dari perkataan ‘abada, ya‘budu merangkumi segala perkataan dan perbuatan yang disukai Allah SWT bagaimanapun mestilah terdiri dari dua elemen penting iaitu ilmu dan amal. Namun, ilmu adalah lebih diutamakan dari amal kerana dengan ilmulah sesuatu amalan itu dapat dilakukan dengan sempurna dan menjadi amal yang soleh.

Menurut Abdul Halim et al. (2010) ibadah ialah menyembah, iaitu melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT dengan melakukan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya seperti solat menjadi bukti ibadah kepada Allah SWT. Manakala menurut Shahrul Riza (2008), ibadah merupakan manifestasi syariat Allah melalui perbuatan dan perlakuan seseorang untuk menunjukkan ketaatan kepada Allah.

Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1996) matlamat utama ibadah ialah untuk menjadikan seseorang itu ingat kepada Allah SWT, tunduk ikhlas serta meletakkan dirinya sebagai hamba yang kerdil sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

ٓ ِنَِّنِإ اَن َ

أ ُ َّللّٱ َف ۠اَن َ

أ ٓ َّ

لَِّإ َهَٰ َلِإ ٓ َلَّ

ِنّأدُبأعٱ ِمِق َ

أَو َةَٰوَل َّصلٱ ٓيِر كِ ِلَّ أ

١٤

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

(Taha 20:14) Ini juga bertepatan dengan pandangan yang menjelaskan syarat untuk melengkapkan diri sebagai Muslim yang sejati perlulah tunduk dan patuh kepada perintah Allah (Kamal & H. Zahiah 2011). Zakaria (2011) pula menyatakan ibadah boleh dianalogikan sebagai daya pencegah maksiat dan penghapus dosa yang amat mujarab untuk manusia. Hal ini kerana manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dan dosa.

Maka ibadah seperti solat, puasa, haji dan perbuatan yang diredai Allah SWT dapat menolong seseorang menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Dengan itu, mengatasi masalah gejala sosial perlulah dari sudut pengayaan pengamalan amal ibadah yang berkualiti (Jasmi 2011).

Penciptaan manusia di alam ini bukan sekadar untuk mendiami bumi semata-mata. Bahkan mempunyai tanggungjawab tertentu, iaitu mengabdikan diri atau beribadah kepada-Nya. Oleh itu sama ada ibadah itu berbentuk umum atau pun khusus, ia tetap mempunyai tujuannya yang tertentu. Di antara tujuan ibadah dalam Islam ialah sebagai tanda bersyukur dan berterima kasih atas segala nikmat kurniaan Allah (Hamka 1990).

Nikmat Allah SWT kepada manusia di muka bumi ini tidak terhitung banyaknya; beribadah adalah bertepatan dengan fitrah kejadian manusia yang telah membuat perjanjian di alam ruh iaitu hanya akan menyembah Allah yang Satu (Yusuf al-Qardawi 1995) dan sebagai menunaikan hak Allah, iaitu agar manusia tahu dirinya lemah,

(10)

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)

175

tidak ada daya dan pertolongan melainkan bantuan daripada tuhannya serta tidak boleh bergantung melainkan kepada Allah (Yusuf al-Qardawi 1995).

Yusuf al-Qardawi (1995) telah menggariskan lima syarat utama dalam memastikan sesuatu perbuatan manusia itu layak dinilai sebagai ibadah (Ensiklopedia Hukum Islam t.th.). Syarat pertama ialah perbuatan yang dimaksudkan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Perlakuan seperti berjudi misalnya sekalipun berlandaskan niat untuk menampung perbelanjaan bagi menunaikan ibadah haji, adalah tertolak kerana judi diharamkan di dalam Islam. Demikian juga seorang wanita yang bekerja sebagai seorang penyanyi sekalipun berniat menjadikannya sebagai mata pencarian adalah tidak dinilai sebagai ibadah kerana suara wanita itu haram diperdengarkan di khalayak ramai (Muhammmad Atiyyah 1987). Syarat kedua, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan niat yang baik. Seorang Muslim hendaklah berhasrat murni terhadap dirinya sendiri, menjaga kebajikan keluarganya, memberi manfaat terhadap masyarakat sekelilingnya dan menguruskan tanah air menurut cara yang disukai Allah SWT. Syarat ketiga, sesuatu perbuatan hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan dan kesempurnaan demi meraih keredhaan Allah SWT. Oleh itu, setiap Muslim yang beramal dengan hasrat mendapatkan keredhaan dari Allah mestilah memiliki keyakinan terhadap amalannya. Dia mesti mengenali apakah amalan yang disukai dan dibenci oleh Allah SWT (Syeikh Abu Bakar 1994). Syarat keempat, perbuatan tersebut tidak boleh melanggar ketetapan Allah seperti tidak berlaku zalim, khianat, penipuan, atau rampasan hak orang lain. Kegiatan jual beli yang digalakkan di dalam Islam akan berubah menjadi larangan sekiranya bercanggah dengan perkara-perkara di atas. Manakala syarat kelima ialah urusan yang bersifat duniawi tidak boleh mengganggu kewajipan agama. Oleh itu, kesibukan dalam menguruskan rumahtangga dan melaksanakan sesuatu pekerjaan seperti tidak akan mendapat nilaian ibadah sekiranya menjejaskan sesuatu kewajipan dalam agama (Yusuf al-Qardawi 1995).

Dalam ibadah, mengamalkannya akan melahirkan kesan yang sangat positif, besar dan mendalam kepada pelakunya. Oleh itu penghayatan dalam amalan ibadah sangat penting kepada setiap individu Muslim tanpa mengira kedudukan mereka. Antara kepentingannya ialah:

i. Dapat melahirkan kemanisan iman dan keikhlasan dalam beribadah (Shaykh al-Mubarak t.t) ii. Dapat menghindarkan diri dari terlibat dengan perkara-perkara keji (fahsha’) dan munkar.

iii. Dapat membersihkan jiwa (tazkiyyat al-nafs) daripada sifat-sifat yang keji. (Shaykh al-Mubarak t.th.) iv. Dapat melahirkan muslim yang menjadikan syariat Islam sebagai satu cara hidup (Yusuf al-Qardawi

1995)

v. Dapat melahirkan individu dan seterusnya masyarakat yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Secara kesimpulannya, ibadah dan pengamalannya sangat penting dalam membentuk jiwa dan rohani manusia kerana ia boleh mendorong dan mengawal tingkah laku manusia. Menurut Ismail Ibrahim (1996) ibadah dalam Islam seharusnya mendorong umat Islam menjadi manusia yang maju dan berdisiplin. Ini kerana ibadah dalam Islam merangkumi gabungan pekerjaan hati dan badani, rohani dan jasmani. Sesuatu yang dilakukan dengan dorongan hati dan jasmani sepatutnya akan lebih berjaya dari sesuatu yang dilakukan kerana dorongan luaran semata-mata. Dorongan hati dan kerohanian sepatutnya menghasilkan kerja yang lebih bermutu dan bernilai, ditambah dengan si pelakunya percaya bahawa kerjanya itu akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

2. Metodologi Kajian

Kaedah kajian ini merangkumi reka bentuk kajian, pemilihan lokasi kajian, pemilihan sampel kajian dan kaedah pengumpulan data.

(11)

176 2.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ialah kajian kertan rentas (cross sectional). Kajian ini melibatkan pendekatan kuantitatif iaitu melalui pengedaran soal selidik yang akan bertindak sebagai instrumen kajian utama bagi kerja-kerja pemerolehan data melalui sampel yang telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi. Reka bentuk kajian ini bertujuan memperolehi maklumat umum melalui kutipan yang menyeluruh dari suatu populasi. Kajian ini juga menggabungkan dua pendekatan penyelidikan sains sosial, iaitu dapatan daripada data-data kualitatif dan dapatan daripada data-data kuantitatif. Data-data dari kualitatif akan melibatkan kajian-kajian pengumpulan data daripada sumber-sumber perpustakaan termasuk penelitian dokumen-dokumen yang berkaitan. Ia bertujuan melengkapkan dapatan daripada data-data yang akan diperolehi melalui kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif digunakan bagi menjamin kesahan dapatan. Ini disebut sebagai gabungan pendekatan kuantitatif atau proses triangulation of method. Dengan gabungan ini, kelemahan kuantitatif dapat ditampung dengan kualitatif dan begitu juga sebaliknya (Neuman 2000).

2.2 Lokasi Kajian

Lokasi kajian yang dikaji adalah di politeknik Zon Tengah sahaja iaitu di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Politeknik Banting, Selangor dan Politeknik Metro Kuala Lumpur. Pemilihan kawasan zon ini dapat mewakili seluruh politeknik di Malaysia kerana beberapa faktor yang boleh dilihat di politeknik Zon Tengah ini, antaranya ialah faktor senioriti, kawasan dan kategori.

2.3 Sampel Kajian

Bidang kajian ini tertumpu di politeknik Zon Tengah yang terdiri daripada 6 buah politeknik. Responden yang dipilih dalam kajian ini ialah pelajar muslim peringkat diploma di semester akhir pengajian. Mengikut Laporan Statistik Jabatan Hal Ehwal Pelajar di setiap politeknik Zon Tengah, bagi sesi Disember 2015 untuk pelajar Islam peringkat Diploma di semester akhir pengajian politeknik berkenaan, jumlah populasi kajian ini ialah seramai 2960 orang. Berdasarkan jadual Krecjie dan Morgan (1970) yang dinyatakan dalam Chua (2011), nilai sampel yang sepatutnya diambil adalah seramai 350 orang dan sampel itu sudah mencukupi. Dalam kajian ini, pengkaji telah menambahkan bilangan sampel kepada 400 orang bagi meningkatkan tahap kebolehpercayaan terhadap kajian ini.

2.4 Instrumen Kajian

Soal selidik kajian ini mengandungi 30 item yang meliputi soalan tentang pengamalan akidah Islam. Pengkaji menggunakan item soal selidik yang diadaptasikan daripada instrumen yang telah dibangunkan oleh Fariza et al.

(IPI.Fariza.net.2015) dan telah dilakukan beberapa pengubahsuaian dan penambaikan agar bersesuaian dengan tujuan kajian dan diuji kebolehpercayaan dan kesahannya semula berdasarkan kajian rintis yang telah dibuat.

3. Dapatan dan Perbincangan

Dalam bahagian ini pengkaji memulakan dahulu dengan menganalisis demografi responden kajian dan seterusnya menganalisis dapatan kajian berkaitan tahap pengamalan akidah Islam pelajar politeknik Zon Tengah.

3.1 Analisis Demografi Responden Kajian

Merujuk Jadual 1 ialah taburan responden berdasarkan demografi. Analisis hasil kajian melalui demografi responden kajian ini didapati jantina responden lelaki dan perempuan adalah seimbang iaitu 52.3% dan 47.8%.

Keseimbangan latar belakang responden dari aspek jantina dikawal supaya hasil kajian ini tidak berat sebelah

(12)

Mohamed Hamdan Abdullah et al. / TAWIS (2017)

177

dan tidak cenderung kepada satu jantina sahaja. Manakala taburan responden berdasarkan politeknik pula didapati jumlah responden di Politeknik Ungku Omar (26.8%) adalah paling tinggi dalam kajian ini diikuti Politeknik Sultan Azlan Shah dan Politeknik Sultan Idris Shah iaitu 22.8%, seterusnya dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (17.8%), manakala politeknik Banting, Selangor dan Politeknik Metro Kuala Lumpur merupakan jumlah responden paling rendah iaitu sebanyak 5.0% sahaja. Ini kerana pembahagian jumlah responden di politeknik ini dibuat berdasarkan jumlah bilangan sebenar pelajar di semester akhir diploma dan didapati jumlah bilangan pelajar di Politeknik Ungku Omar adalah yang paling ramai. Analisis ini dibuat bagi mengimbangi dapatan kajian antara politeknik berkaitan. Bagi taburan umur pula majoriti responden ialah berumur 21 tahun iaitu sebanyak 90.0% dan ini kerana kebanyakan pelajar politeknik yang dipilih masuk ke politeknik adalah terdiri daripada kalangan pelajar lepasan SPM yang masih baru. Begitu pula bagi taburan responden berdasarkan tahap pendidikan agama didapati semua responden telah melalui sistem pendidikan agama di sekolah secara formal. Ini membuktikan bahawa semua responden politeknik ini mempunyai asas ilmu pengetahuan dan pendidikan agama Islam. Oleh itu, dengan adanya dapatan demografi responden ini tahap pengamalan akidah Islam dapat dikaji dan dianalisis dengan lebih baik dan menarik.

Jadual 1: Taburan responden berdasarkan geografi

Perkara Kekerapan Peratus

Jantina

Lelaki 209 52.3

Perempuan 191 47.8

Jumlah 400 100.0

Politeknik

Politeknik Sultan Idris Shah 91 22.8

Politeknik Sultan Azlan Shah 91 22.8

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 71 17.8

Politeknik Banting Selangor 20 5.0

Politeknik Metro KL 20 5.0

Politeknik Ungku Omar 107 26.8

Jumlah 400 100.0

Jabatan

Jabatan Perdagangan 151 37.8

Jabatan Kejuruteraan Elektrik 86 21.5

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti 29 7.2

Jabatan Kejuruteraan Awam 70 17.5

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal 64 16.0

Jumlah 400 100.0

Umur

20 tahun 21 5.25

21 tahun 360 90.0

22 tahun 12 3.0

23 tahun 5 1.25

24 tahun 2 0.5

Jumlah 400 100.0

Tahap Pendidikan Agama

Sekolah Rendah 191 47.8

SRA 119 29.8

SMA 70 17.5

STU/STAM 3 0.8

Lain-Lain 17 4.3

Jumlah 400 100.0

Sumber: Borang soal selidik 2016

(13)

178 3.2 Tahap Pengamalan Ibadah Islam

Al-Quran menyebutkan bahawa manusia diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk beribadah kepada-Nya (al- Dhariyat 51: 56). Islam menuntut seluruh kehidupan manusia untuk mengabdikan diri dan mentaati Allah SWT (Yakan 1988), manakala skop ibadah itu sangat luas merangkumi semua aspek kehidupan manusia yang bersesuaian dengan syariat Allah SWT di samping keikhlasan kepada-Nya (Zakiah et al. 1984).

Merujuk kepada jadual 2 di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan item-item di dalam tahap pengamalan ibadah Islam. Daripada hasil kajian menunjukkan bahawa skor min tertinggi ialah bagi item

‘responden membaca doa sebelum makan’ dengan skor min 4.68, diikuti ‘responden melakukan puasa di bulan Ramadhan’ dengan skor min 4.63 dan ‘responden mandi junub bila keluar tanda-tanda hadas besar/haid’

mempunyai skor min 4.61. Seterusnya item ‘responden mengucap dua kalimah syahadah dalam kehidupan harian’ dengan skor min 4.50 dan ‘responden belajar ilmu agama untuk diamalkan’ dengan skor min 4.49.

Hasil dapatan juga mendapati skor min yang terendah dalam kategori ini ialah ‘responden membaca al- Quran setiap hari’ dengan skor min 3.39, diikuti item ‘responden membantu menguruskan jenazah sewaktu berlaku kematian’ mempunyai skor min 3.28 dan item ‘responden sering menunaikan solat berjemaah di masjid’

dengan skor min 3.26. Manakala skor min paling rendah ialah bagi item ‘responden sering melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis’ dan ‘responden sering menunaikan solat sunat tahajjud’ dengan skor minnya 3.23 dan 2.97.

Dalam konteks kajian ini, didapati amalan-amalan wajib yang diutarakan merupakan kewajipan dalam kehidupan seharian sebagai seorang remaja Islam iaitu seperti solat fardhu sehari semalam adalah pada skor min yang tinggi iaitu 4.17 (77.3%). Ini menunjukkan bahawa para pelajar ini tidak pernah mengabaikan amalan ibadah solat wajib ini. Namun demikian masih terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak menunaikan amalan ibadah solat fardhu mereka. Dapatan ini menyamai hasil kajian Seri Kartini (2012) menunjukkan majoriti pelajar di politeknik menunaikan solat lima waktu setiap hari iaitu pada skor min yang tinggi 4.15 (7%). Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Yuseri (2003) mendapati majoriti respondennya menunaikan amalan fardhu ini berbanding 28.8% respondennya yang merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Temerloh dan Kuantan, Pahang masih cuai dengan ibadah fardhu ini. Namun dapatan kajian ini agak berlawanan dengan kajian Azhar (2006) yang mendapati hampir separuh dari respondennya yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah menengah di Sarawak tidak menunaikan solat fardhu sepenuhnya. Dapatan kajian beliau memberi gambaran bahawa generasi pelajar sekolah menengah yang merupakan golongan remaja pada hari ini sedang menghadapi masalah besar dalam menunaikan kewajipan asas mereka sebagai seorang Muslim.

Begitu juga dengan amalan wajib yang lain seperti berpuasa, menunaikan zakat dan niat dalam menunaikan haji. Daripada analisis kajian ini, mendapati bahawa semua amalan wajib bagi responden mendapat skor min yang tinggi kecuali pada pemberian zakat sahaja mendapat skor min yang sederhana. Ini mungkin kerana responden masih di bawah tanggungjawab bapanya yang mengeluarkan zakat untuknya. Oleh itu mereka kurang mengetahui dan kurang mengambil maklum tentang pemberian zakat ini.

Secara keseluruhannya tahap pengamalan ibadah Islam ini adalah pada skor min yang tinggi kerana kebanyakan item-itemnya adalah pada tahap skor min tinggi berbanding hanya 7 sahaja yang mempunyai skor min sederhana. Dapatan kajian ini menyamai hasil kajian Seri Kartini (2012) yang mendapati 94% respondennya daripada pelajar Politeknik Ungku Omar berada pada tahap pengamalan ibadah yang tinggi. Dapatan kajian ini berbeza dengan hasil kajian Alias (2010) yang mendapati tingkah laku pelajar-pelajar politeknik seluruh Malaysia dari aspek ibadah berada pada tahap yang sederhana. Namun demikian, dapatan kajian ini turut juga

Referensi

Dokumen terkait