• Tidak ada hasil yang ditemukan

Syarahan Perdana Prof. Dr. Vincent Pang Kupas Isu Penilaian Kurikulum Di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Syarahan Perdana Prof. Dr. Vincent Pang Kupas Isu Penilaian Kurikulum Di Malaysia"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

8/9/2019 UMS - Syarahan Perdana Prof. Dr. Vincent Pang Kupas Isu Penilaian Kurikulum Di Malaysia

www.ums.edu.my/v5/ms/banner-link/7388-syarahan-perdana-prof-dr-vincent-pang-kupas-isu-penilaian-kurikulum-di-malaysia?tmpl=component&print=… 1/2

Syarahan Perdana Prof. Dr. Vincent Pang Kupas Isu Penilaian Kurikulum Di Malaysia

Terakhir dikemaskini: Isnin, 07 Januari 2019 16:32 | Cetak | Jumlah paparan: 240

ISNIN, 7 JANUARI – Syarahan Perdana oleh Pengarah Pusat

Kecemerlangan Pengajaran dan Kualiti Akademik (PKPKA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Vincent Pang Ah Fook yang berlangsung di Dewan Bankuasi, UMS baru-baru ini mengupas isu-isu berkaitan penilaian kurikulum yang diamalkan oleh institusi pendidikan di Malaysia.

Menurut Prof. Dr. Vincent Pang, penilaian kurikulum adalah antara penyelidikan yang popular dalam bidang pendidikan di Malaysia, dan sememangnya terdapat cabaran berkaitan amalan penilaian kurikulum yang memerlukan perhatian.

“Antara cabaran tersebut adalah berkaitan isu etika yang tidak banyak dimasukkan dalam pelaporan penilaian kurikulum, selain kebanyakan kajian penilaian tersebut dilaksanakan tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan dalam penilaian kurikulum.

“Dan walaupun kajian penilaian ini telah menghasilkan penemuan untuk pertimbangan spesifik, keputusan, penambahbaikan atau penyelesaian masalah berkaitan kurikulum, namun segala pertimbangan dan keputusan tersebut tidak diketahui statusnya apabila melibatkan proses pelaksanaan dan pembuatan dasar,” katanya di hadapan lebih 500 hadirin ketika menyampaikan syarahan tersebut.

Tambahnya lagi, segala perancangan berkaitan kurikulum seperti yang digariskan dalam Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia hanya akan berhasil melalui penilaian kurikulum atau penilaian program dalam perancangan tersebut.

“Untuk itu, bagi memastikan segala keputusan berkaitan perkara tersebut dapat dilakukan dengan tepat dan mampan, penilaian kurikulum perlu dilakukan bagi menyokong keputusan berasaskan bukti di setiap program, fakulti dan institusi,” ujar beliau.

Tweet

Kongsi0 Syorkan0 Kongsi Share

(2)

8/9/2019 UMS - Syarahan Perdana Prof. Dr. Vincent Pang Kupas Isu Penilaian Kurikulum Di Malaysia

www.ums.edu.my/v5/ms/banner-link/7388-syarahan-perdana-prof-dr-vincent-pang-kupas-isu-penilaian-kurikulum-di-malaysia?tmpl=component&print=… 2/2

Pada majlis tersebut, turut diadakan penyerahan buku “Penilaian Kurikulum Di Malaysia: Aspirasi Dan Realiti”

oleh Prof. Dr. Vincent Pang kepada Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, K Y Mustafa; Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datuk Dr. Christina Rundi; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail;

dan Penolong Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Marcus Jopony.

Referensi

Dokumen terkait

It is said there is a difference between the effectiveness of collaborative learning model with open-ended approach and open-ended approach in terms of problem-solving skills of

• Definition of Negligence • According to Winfield and Jolowicz “Negligence is the breach of a legal duty to take care which results in damage, undesired by the defendant to the