SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH PERTAMA SESI AKADEMIK 2021/2022 CALON LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
SYARAT AM UNIVERSITI
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah; dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET);
dan
Bagi Calon Lepasan STPM;
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain. atau Bagi Calon Lepasan Matrikulasi;
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi Sains UiTM / Asasi TESL UiTM / Asasi Kejuruteraan UiTM/
Asasi Undang-Undang KPT dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
atau
Bagi Calon Lepasan Diploma/Setaraf;
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2019 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am; dan
• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; atau
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2019 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2019 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.
KEPERLUAN KHAS PROGRAM FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
KOD /PROGRAM DIPLOMA/SETARAF
Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
UK6314001 6 semester
Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian UK6342001 6 semester
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian UK6345002 6 semester
Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian 8 semester
Memiliki Diploma yang berkaitan dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75; dan
Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari Semester satu (1) hingga Semester akhir; dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred D (Lulus Atas) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Mathematics / Additional Mathematics
• Bahasa Inggeris dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
atau
CALON A-LEVEL
Mempunyai sijil A-Level yang diiktiraf dengan mendapat sekurang-kurangnya minimum Gred C (Jumlah mata 9) untuk tiga (3) mata pelajaran berikut:
• Ekonomi / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Mathematics; dan
• mana-mana dua (2) mata pelajaran lain dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Atau
CALON DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE
Mempunyai Diploma International Baccalaureate yang diiktiraf dengan memperolehi 25 mata minimum dengan:
Sekurang-kurangnyanya Gred 4 di peringkat Higher Level (HL) untuk dua (2) mata pelajaran berikut:
• Perniagaan & Pengurusan / Ekonomi / Teknologi Maklumat untuk Masyarakat Global; dan
• mana-mana satu (1) mata pelajaran lain.
Penentuan program
perakaunan akan dibuat semasa pelajar berada pada Tahun 2 pengajian.
Sekurang-kurangnyanya Gred 4 di peringkat Higher Level (HL) atau Gred 5 untuk peringkat Standard Level untuk mata pelajaran Mathematics; dan Mendapat
sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Atau
Calon Lepasan STPM / Matrikulasi KPM / Asasi – Aliran Sains (BUKAN TAHUN SEMASA) Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat STPM (Sains) / Matrikulasi KPM / Asasi; dan Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM (Sains) / Matrikulasi KPM / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
• Mathematics / Mathematics M / Mathematics T; dan
• mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:
• Biology
• Chemistry
• Physics dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D (Lulus Atas) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Mathematics / Additional Mathematics
• Bahasa Inggeris dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Atau
Calon lepasan STPM / Matrikulasi KPM / Asasi – Aliran Sastera (BUKAN TAHUN SEMASA) Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat STPM (Sastera) / Matrikulasi KPM;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM (Sastera) / Matrikulasi KPM dalam mata pelajaran berikut:
• Ekonomi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan / Pengurusan Perniagaan / Mathematics / Mathematics M / Mathematics T ; dan
• mana-mana satu (1) mata pelajaran lain dan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D (Lulus Atas) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
• Mathematics / Additional Mathematics
• Bahasa Inggeris
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).