• Tidak ada hasil yang ditemukan

Syarikat didenda RM40,000 gagal pastikan keselamatan pekerja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Syarikat didenda RM40,000 gagal pastikan keselamatan pekerja"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Syarikat didenda RM40,000 gagal pastikan keselamatan pekerja

November 16, 2021 @ 4:09pm

Siti Fairuz (kanan) yang mewakili Sinergi Perdana Sdn Bhd keluar dari Mahkamah Sesyen Klang, hari ini. Foto Bernama

KLANG: Syarikat konsortium pertanian, Sinergi Perdana Sdn Bhd, didenda RM40,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana gagal

memastikan keselamatan di tempat kerja hingga menyebabkan seorang pekerja maut terkena renjatan elektrik, dua tahun lalu.

Hakim Razali Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat terbabit yang diwakili Pengurus Undang-Undang dan Korporat, Siti Fairuz Kamis, 35, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi.

Sinergi Perdana sebagai majikan didakwa gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan ketika bekerja dengan tidak menyediakan maklumat, arahan, latihan

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

(2)

dan penyeliaan untuk menjalankan aktiviti kerja kimpalan pada tapak motor elektrik 'granulator chute' sehingga menyebabkan kemalangan maut kepada Jafri

Jamaluddin, 41.

Syarikat itu melakukan kesalahan itu di bahagian pengeluaran dalam kilang, di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, di sini pada jam 4.50 petang 19 Februari 2019.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 15(2)(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa yang bekerja berseorangan membuat kerja baik pulih 'granulator chute' terkena renjatan elektrik dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, tetapi disahkan meninggal dunia ketika

mendapatkan rawatan.

Terdahulu, ketika memohon hukuman ringan, Siti Fairuz berkata, kemalangan itu berlaku ketika syarikat baru beroperasi selama setahun dan ia kesalahan pertama.

"Kami sudah mengambil tindakan segera dengan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan kerja selamat dengan pekerja sentiasa diberi latihan," katanya.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor, Jamaludin Harun dan Mohd Nizam Teh Kammaruddin.–

BERNAMA

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Referensi

Dokumen terkait

155 | Publisher: Humanistic Network for Science and Technology DOI: http://dx.doi.org/10.33846/hn60403 http://heanoti.com/index.php/hn RESEARCH ARTICLE URL of this article:

Trong đó, một số chỉ tiêu nhằm đánh giá và mô tả sự phát triển về việc ứng dụng Airbnb trong kinh doanh dịch vụ lưu trú homestay tại thành phố Huế bao gồm: 1 Danh sách hoạt động của các